You are on page 1of 16

FOLIO

PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA

MPU 2172

NAMA : NURAQILAH NAJWA BINTI ABDULLAH

NO. KAD PENGENALAN : 041009-14-1514

NO. ANGKA GILIRAN : BKV0222BF020

NAMA PENSYARAH : PUAN HALIJAWATI BINTI OTHMAN

TARIKH : 24 FEBRUARI 2023

1
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA


SURAT

1. PENGENALAN 3

2. PEMBENTUKAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA 4 - 10

3. KONSEP PEMBETUKAN NEGARA DAN BANGSA DI 11 - 13


MALAYSIA

4. REFLEKSI 14-15

5. RUJUKAN 16

2
PENGENALAN

Latar belakang pembinaan peradaban majmuk di Malaysia tidak wujud tanpa


asal usul sejarah atau titik permulaan. lanya adalah hasil gabungan daripada beberapa
peradaban besar dunia yang terjalin melalui perjalanan sejarah di Alam Melayu.
Selama ribuan tahun peradaban ini didahului peradaban Pribumi Alam Melayu,
kemudiannya muncul peradaban Asia yang terdłri daripada peradaban India, Cina
serta Timur Tengah dan seterusnya peradaban dari Barat. Peradaban ini akhirnya terus
berkembang dengan pengaruh oleh 'peradaban globalisasi' yang merupakan kacukan
pelbagai punca peradaban tanpa sempadan melalui jaringan digital yang kompleks.

Pembinaan peradaban yang beridentitikan Malaysia bermula dengan


kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 melalui usaha mewujudkan
negara bangsa, didahului oleh pembinaan negara bercirikan satu wilayah, satu
perlembagaan dan satu kewarganegaraan. Negara mewujudkan beberapa institusi
utama seperti sistem birokrasi negara, Pelan Pembangunan Lima Tahun dan pelbagai
inisiatif oleh pihak kerajaan. Pembangunan ekonomi mendahului pembinaan bangsa.
Oleh itu, pembinaan bangsa menyusul, antaranya melalui institusi sistem politik
kepartian dan pilihan raya. Dalam konteks ini telah wujud beberapa "Bangsa Idaman”
yang menguasai wacana politik di Malaysia. Usaha membina peradaban
beridentitikan Malaysia sangat mencabar dan perlu dikupas dan didebatkan.

3
PEMBENTUKAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA

i. PERADABAN PERIBUMI ALAM MELAYU

Tamadun Melayu ialah tamadun yang dibina dan dimiliki oleh


masyarakat yang berbudaya Melayu. Sosiobudaya mereka terdiri daripada
pelbagai kumpulan etnik manakala dari segi politik pada masa lampau mereka
terdiri daripada pelbagai kerajaan kuno. Tamadun tersebut terus berkembang
dan kini menjadi beberapa negara moden dan maju.

Peradaban Melayu dikatakan berasal daripada penduduk Asia


Tenggara, khasnya Gugusan Kepulauan Melayu yang mencakupi Selatan
Siam, Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Sumatera, Jawa, Madura, Sunda,
Borneo, Sulawesi, Filipina, pulau-pulau timur Indonesia dan juga bahagian
kecil daripada Kampuchea sehingga ke Vietnam. Mereka bertutur dalam
keluarga bahasa Melayu-lndonesia. Ciri seterusnya daripada tamadun Melayu,
mereka beragama Islam. Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca antara
orang-orang rumpun Melayu Asia Tenggara berkenaan. Kesimpulannya
tamadun Melayu adalah tamadun yang dibina, dikembangkan dan dimiliki
oleh penduduk Asia Tenggara yang bertutur dalam keluarga bahasa Melayu,
berkomunikasi antara sesama mereka dengan menggunakan bahasa Melayu
sebagai lingua franca.

Antara sejarah sosial pengaruh peradaban dunia dalam pembinaan


negara bangsa ialah sejarah di Alam Melayu dan Peradaban beridentitikan
Malaysia. Sejarah di Alam Melayu terbahagi kepada empat peradaban iaitu
yang pertamanya ialah Peradaban Preribumi Alam Melayu. Peradaban
Peribumi Alam Melayu adalah berasal daripada penduduk Asia Tenggara yang
khasnya Ggugusan Kepulauan Melayu menyebabkan peraturan di dalam
keluarga mereka ialah Bahasa Melayu-Indonesia.

Pembinaan peradaban majmuk di Malaysia didahului oleh pembinaan


Negara bercirikan satu wilayah, satu perlembagaan dan satu kewarganegaraan.

4
Pembangunan ekonomi mendahului pembinaan Bangsa. Oleh itu, pembinaan
bangsa menyusul antaranya melalui institusi sistem politik kepartian dan
pilihan raya. Usaha membina peradaban beridentitikan Malaysia sangat
mencabar dan perlu dikupas dan didebatkan.

Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini di atas


landasan kerohanian dan moral yang dituntut oleh Isdlam dan agama agama
lain berterusan tanpa banyak terjejas, penilaian baik dan buruk pembinaan
peradaban majmuk di Malaysia perlu dilakukan dengan lebih teliti.
Kebaikannya perlu dimakmurkan dan dimanfaatkan oleh rakyat negara ini.
Keburukannya perlu dihindari dan diatasi sebaik mungkin. Akhirnya, kita
perlu menggunakan segala kekuatan dan kekayaan yang ada pada kita,
terutamanya kekayaan dalaman yang terdapat dalam agama dan tradisi kita
baik yang berupa kerohanian mahu pun yang berupa intelektual atau keilmuan

Kesan daripada pertembungan dan kemasukan pengaruh asing,


masyarakat dan budaya Melayu telah mengalami perubahan khususnya
terhadap pengembangan bahasa Melayu. Selain itu, fenomena yang disebut
sebagai imperialisme budaya ini turut berlaku di Alam Melayu yang terkenal
sebagai kawasan strategik antara Timur dan Barat, pusat perdagangan dan
pusat aktiviti keagamaan. Walau bagaimanapun, interaksi yang berlaku adaiah
sesuatu yang positif apabila hasil daripada pertembungan ini, nemperlihatkan
kecenderungan dalam memperkayakan bahasa dan kebudayaan. Maka
bertakulah penyerapan kosa kata pinjaman daripada pelbagai bahasa dan
budaya. Antaranya bahasa Inggeris, Arab, India, Cina, Portugis, Belanda dan
lain-lain.

Zaman persejarahan berlaku apabila kemunculan Kerajaan Kesultanan


Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka telah dibuka oleh Parameswara atau
Raja Iskandar Shah pada awal kurun ke-15 iaitu sekitar tahun 1400. Kehebatan
Melaka ialah terdapat Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun
Melaka yang menggambarkan Melaka mempunyai peradaban yang tinggi.
Faktor utama perkembangan Kerajaan Melayu Melaka ialah kerana wujudnya

5
sistem pentadbiran yang cekap dan tersusun khususnya melalui Sistem
Pembesar Empat Lipatan. Sistem pentadbiran yang cekap ini berjaya
menjamin keamanan dan kemakmuran negeri Melaka. Faktor ini telah menjadi
tarikan para saudagar dan pelayar untuk menjadikan Melaka sebagai pusat
kegiatan mereka.

Kesan daripada pertembungan dan kemasukan pengaruh asing,


masyarakat dan budaya Melayu telah mengalami perubahan khususnya
terhadap pengembangan bahasa Melayu, Selain itu, fenomena yang disebut
sebagai imperialisme budaya ini turut berlaku di Alam Melayu yang terkenal
sebagai Kawasan strategik antara Timur dan Barat, pusat perdagangan dan
pusat aktiviti keagamaan. Walau bagaimanapun, interaksi yang berlaku adalah
sesuatu yang positif apabila hasil daripada pertembungan ini, nemperlihatkan
kecenderungan dalam memperkayakan bahasa dan kebudayaan. Maka
bertakulah penyerapan kosa kata pinjaman daripada pelbagai bahasa dan
budaya. Antaranya bahasa Inggeris, Arab, India, Cina, Portugis,

ii. PERADABAN ASIA

Perkembangan peradaban Asia turut mempengaruhi pembinaan bangsa


dan negara di Malaysia. Hubungan antara pedagang India, Cina dan Timur
Tengah sejak sekian lama telah membawa kepelbagaian adat dan budaya serta
pegangan agama. Kepelbagaian ini merupakan satu keistimewaan yang ada
pada negara ini namun perlu diuruskan dengan baik agar keharmonian bangsa
dapat diperkukuhkan setiap masa.

Masyarakat India dan Cina datang ke Tanah Melayu secara pesatnya


pada kurun ke-18. Kedatangan mereka adalah hasil usaha pihak penjajah yang
membawa masuk pekerja asing bagi memenuhi keperluan ekonomi. Peradaban
mereka merupakan waris peradaban asal mereka di negara asal. Apabiia tiba di

6
Malaysia, mereka bertembung dengan peradaban tempatan termasuk
peradaban Barat dan Melayu.

Peradaban Timur Tengah seperti peradaban India dan Cina yang ada di
Malaysia masih tidak banyak berubah secara keseluruhannya menurut acuan
tempatan. Sebagai contoh adat resam, tabiat pemakaian dan bahasa ibunda
masih dikekalkan dari generasi ke genarasi. Dalam aspek keagamaan juga
demikian, walaupun terdapat dalam kalangan bangsa India dan Cina yang
memeluk agama Islam, namun bahasa dan kebudayaan masih diamalkan
dalam sebahagian kehldupan mereka.

iii. PERADABAN BARAT

Semasa pemerintahan koionial Barat khususnya pemerintahan British,


penyebaran agama Kristian di Tanah Melayu pada zaman tersebut tidaklah
begitu ketara. Beberapa kawasan penempatan awal British dapat dilihat
melalui peninggalan bangunan bersejarah seperti di Pulau Pinang, Melaka dan
Singapura. Peradaban Barat mulai memberi pengaruh kepada penduduk
tempatan selepas mencapai kedudukan yang mempunyai prestij di Alam
Melayu ini.

Di Tanah Melayu khususnya, pengaruh peradaban Barat Iebih kepada


pengaruh bidang material dan kesannya hanya pada peringkat luaran sahaja. la
banyak mempengaruhi kebudayaan dan institusiinstitusi sosial sahaja. Namun
begitu, ajaran Islam tetap menjadi pegangan masyarakat tempatan. Antara
pengaruh peradaban Barat di Tanah Melayu dapat dilihat melalui sistem
pendidikan, kewujudan masyarakat majmuk, perubahan dari segi budaya,
kemunculan bandar-bandar moden dan keperluan-keperluan asas infrastruktur
bandar seperti jalanraya, keretapi, telefon, telegraf, bekalan eletrik dan bekalan
air bersih. Ini semua dinikmati oleh masyarakat bukan Melayu yang tinggal di
bandar-bandar terutamanya para pegawai British dan peniaga Cina.

7
Pengaruh peradaban dari Barat bermula dengan kedatangan kuasa
kolonial ke Alam Melayu (khususnya Tanah Melayu) iaitu Portugis pada
tahun 1511, Belanda pada tahun 1641 dan British pada tahun 1786. Peradaban
Barat bukan sahaja membawa pengaruh dalam kehidupan sosial dan sistem
ekonomi masyarakat, tetapi telah membawa implikasi yang besar dalam
struktur pentadbiran dan pemerintahan negara. Walaupun pengaruh dari
Portugis dan Belanda tidak membawa implikasi yang signifikan pada negeri-
negeri Melayu keseluruhannya melainkan Melaka, tetapi secara langsung
mahupun tidak langsung. la membawa implikasi dari segi penerimaan
beberapa istilah dalam penggunaan Bahasa Melayu. Hanya setelah kemasukan
kuasa Inggeris, pengaruh Barat jelas kelihatan khususnya dari segi sistem
pemerintahan negara dan perkembangan ilmu pengetahuan terutamanya
kefahaman berkaitan dengan etika dan peradaban di mana agama dipisahkan
dari politik (membawa implikasi besar ke atas pembinaan negara-bangsa).
Selain itu, pengaruh Barat yang cuba mengembangkan ajaran Kristian telah
mendorong para pendakwah Islam mempergiatkan peranan mereka di Tanah
Melayu.

iv. PERADABAN GLOBALISASI

Globalisasi menurut Kamus Dewan ialah fenomena yang menjadikan


dunia keiihatan kecil dari segi perhubungan manusia disebabkan pantasnya
perkembangan teknologi maklumat. la juga merupakan era dunia tanpa
sempadan yang berlaku hasil interaksi dan jaringan peradaban yang merentasi
benua dan sempadan negara. Globalisasi berlaku melalui pemodenan dalam
peibagai bidang kehidupan, perkembangan teknologi maklumat dan informasi
seperti komputer dan telefon pintar yang mempunyai talian internet serta
penggunaan media sosial yang berleluasa seperti Facebook, WhatsApp dan
lain-lain.

Peradaban globalisasi membawa pengaruh yang besar dalam pelbagai


aspek kehidupan merentasi bidang politik, ekonomi, sosio-budaya termasukiah

8
perkembangan bidang ilmu dan pemikiran. Perkembangan peradaban giobal
ini turut menjadi penyumbang kepada pembentukan peradaban majmuk di
Malaysia.

Globalisasi dalam perspektif sejarah ialah mempunyai makna teknikal


dan politik, secara tentunya kumpulan berlainan mempunyai penakrifan sendiri
tentang sejarah "globalisasi*. Penggunaan am dalam bidang ekonomi dan
politik ekonomi, ia adalah satu sejarah perkembangan perdagangan antara
negara berdasarkan institusi-institusi stabil yang membenarkan firma dalam
negara berlainan betukar barangan dan perkhidmatan dengan geseran minima.
Istilah "liberalisasi" menjadi penerimaan model ekonomi Neoklasik yang
berdasarkan pergerakan barangan dan perkhidmatan tanpa sekatan antara
bidang ekonomi berasingan. Ini menyebabkan pengkhususan negara-negara
dalam eksport, dan tekanan untuk memansuhkan taraf perlindungan dan
halangan lain kepada perdagangan. Waktu standard emas dan liberalisasi abad
ke-19 selalunya dirujuk sebagai "Era Pertama Globalisasi". Pertukaran antara
barangan dan mata wang yang digantung, era ini berkembang pada masa yang
sama dengan pengindustrian. Pada dasarnya, didebatkan bahawa negara akan
berdagang secara berkesan, dan apa-apa gangguan sementara dalam
permintaan dan penghasilan akan perbetulan dirinya. Institusi standard emas
menjadi dalam langkah di negara-negara berindustri maju bermula pada
pertengahan tahun 1850 dan 1880, walaupun masa bermulaan tepatnya sering
dipertikai.

Globalisasi ekonomi telah member impak yang positif kepada negara-


negara yang sedang membangun terutamanya dari segi modal. Globalisasi
ekonomi telah menambahkan keupayaan modal dalam negara-negara yang
sedang membangun dalam sektor ekonomi dan perdagangan. Negara-negara
Asia Pasifik atau lebih dikenali dengan negara-negara yang sedang
membangun tidak mempunyai keupayaan modal yang secukupnya untuk
menggerakkan dan melibatkan diri dalam sektor ekonomi moden. Oleh
demikian, globalisasi ekonomi yang berlaku akan memberi suntikan baru
yakni suntikan modal asing yang membolehkan industri negara membangun
ini berkembang. Jika industri yang terdapat dalam negara-negara membangun

9
ini berkembang maka secara langsung akan mewujudkan peluang pekerjaan,
mengurangkan pengangguran, meningkatkan taraf hidup serta memutuskan
lingkaran kemiskinan yang terdapat dalam negara-negara membangun. Selain
itu, globalisasi ekonomi juga akan menggalakkan pemindahan teknologi dari
negara maju kepada negara yang sedang membangun. Melalui globalisasi
teknologi moden dan pemindahan kepakaran dari negara maju dapat
membangunkan struktur ekonomi moden negara membangun. Dalam
pemindahan ekonomi ini, rakyat akan diajar kaedah pengendalian teknologi
melalui latihan lanjutan dan usaha sama dalam konteks kajian dan
pembangunan Research and Development (R&D) tenaga manusia. Latihan
yang dijalankan akhirnya akan melahirkan rakyat tempatan yang dapat
mengusai kepakaran asing dan memajukan negara sendiri. Keadaan ini dapat
kita lihat sendiri dalam teknologi HITEC di Malaysia yang bergantung
pemindahan teknologi dari Jepun,teknologi reka bentuk, kawalan mutu,
teknologi komunikasi serta kepakaran dalam pengurusan yang lain.

10
PEMBENTUKAN NEGARA DAN BANGSA DI MALAYSIA

i. KONSEP NEGARA

Negara merujuk pada sebuah masyarakat yang mendiami kawasan tertentu dan
adanya kerajaan yang memerintah. Konsep negara adalah sebuah kerajaan yang
merdeka dan mempunyai kedaulatan politik serta pentadbiran yang diiktiraf oleh
negara-negara lain. Manakala rakyat pula memiiíki taraf kewarganegaraan yang
sah menurut undang-undang. Rakyat merupakan elemen terpenting bagi negara
kerana rakyatlah yang mengatur urus tadbir negara.

Kewujudan rakyat juga yang akan membentuk satu bangsa kepada sesebuah
negara. Antara ciri-ciri utama pembentukan sesebuah negara adalah adanya
penduduk, sempadan, kerajaan dan kedaulatan. Sesebuah negara juga memiliki
sistem politik yang ditegakkan oleh sekumpulan manusia serta membentuk satu
kerajaan yang sah dan diiktiraf oleh pihak luar. Secara ringkasnya, untuk
membentuk sebuah negara perlu rnempunyat elemen penduduk, wilayah, kerajaan
dan kedaulatan.

ii. KONSEP BANGSA

Istilah bangsa merujuk kepada tempat asal lahlrnya seseorang individu


seterusnya membentuk satu kumpulan besar manusia. Penggunaan istilah bangsa
biasanya digunakan untuk menjelaskan tentang sesebuah etnik, bahasa dan
kebudayaan komuniti sesebuah masyarakat.

Kumpulan manusia yang membentuk sebuah bangsa biasanya mempunyai


hubungan darah dan keturunan, bahasa yang sama, perkongsian tradisi dan
sejarah. Waiaupun pelbagai teori berkenaan bangsa ini, selain faktor-faktor
tersebut, elemen perasaan kebersamaan turut menjadi sentimen dalam membentuk

11
sesebuah bangsa. Maka dapat dirumuskan bahawa bangsa adalah hubungan erat
yang wujud melalui perasaan kekitaan terhadap sekumpulan besar manusia yang
ada dalam sesebuah negara.

iii. KONSEP NEGARA DAN BANGSA

Negara bangsa adalah satu konsep kenegaraan yang memperoleh pengesahan


politik; satu entiti bagi satu-satu bangsa dalam sebuah wilayah berdaulat; istilah
negara bangsa menyepadukan negara dan bangsa; dipertautkan melalui
perkongsian wilayah bersama, ekonomi bersama, serta mempunyai unsurunsur
subjektif bersama; ia menandakan bahawa warganya telah bersedia berkongsi satu
bahasa - satu budaya - satu nilai - satu wawasan (Raja Nazrin shah, 2017).

Bagi mencapai konsep sebenar negara dan bangsa, ia perlu memenuhl ciri-ciri
negara dan bangsa tersebut. Antara ciri-ciri negara bangsa adalah :
(a) Kehidupan masyarakat dalam negara tersebut adalah bersatu-padu tanpa
berlaku pemisahan ataupun diskriminasi antara satu kaum dengan kaum yang iain.
(b) Berpegang kepada satu semangat kenegaraan yang utuh melalui simboi-simbol
keutuhan seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara dan
sebagainya
(c) Semua bangsa dan kaum berkongsi pegangan kepada suatu ideologi politik.
(d) Setiap warganegara mempunyai kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap
sistem pernerintahan dan undang-undang negara.

Kerajaan Malaysia telah memilih pendekatan integrasi dalam usaha


pembinaan negara bangsa, dan bukannya pendekatan asimilasi seperti yang
dilaksanakan di Indonesia. Cara integrasi yang dikenali sebagai dasar Kesatuan
dalam Kepelbagaian (Unity in Diversity) menjadi pilihan kerana menjamin
keamanan dalam masyarakat majmuk, sebaliknya cara asimilasi lebih terdorong
untuk 'memaksa' penduduk minoriti untuk menyertai kumpulan majoriti dengan
menghilangkan identiti etnik itu, dan cara ini biasanya berakhir dengan kegagalan
(Cheah, 2004).

12
Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama sesebuah negara dan
boleh dianggap sebagai kemuncak kejayaan bagi sesebuah negara, pentadbiran
serta penduduknya. Merujuk kepada Malaysia, proses awal pembinaan negara
bangsa lebih tertumpu kepada keperluan politik. Usaha-usaha secara intensif bagi
mencapai matlamat mula dilaksanakan selepas peristiwa 13 Mei 1969 khususnya
menerusi rancangan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Matlamat yang lebih jelas pula
hanya muncul ekoran pengenalan Wawasan 2020 oleh Tun Dr. Mahathir
Mohamad pada tahun 1991. Wawasan yang menekankan terhadap keperluan
wujudnya bangsa Malaysia yang mantap mula diberikan perhatian yang lebih
serius oleh pelbagai pihak. Pembinaan negara bangsa Malaysia berdasarkan acuan
sendiri harus dilaksanakan melalui pelbagai saluran (Mohd Rodzi, 2009)

13
REFLEKSI

Sebagai ulasannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula


apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan
British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan
bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah
negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan
yang berlainan dan menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar. Pada hari
ini, masyarakat majmuk di Malaysia telah terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad
ke-19, lebih 90% penduduk Tanah melayu adalah melayu. Namun pada pertengahana
abad ke 19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran
daripada Dasar Leberal Inggeris di Tanah Melayu. Kemasukan imigran di dunia
Melayu meninggalkan banyak kesan, sama ada kesan positif mahupun kesan negatif.
Ia bergantung kepada carabagaimana kita melihat dan mentafsir kedatangan mereka.
Namun kehadiran masyarakat luar ke Tanah Melayu telah mencorakkan perspektif
masyarakat Melayu, membentuk budaya baru, mempertingkatkan daya saing dalam
sektor ekonomi, melahirkan dimensi baru struktur politik rakyat dan sebagainya. Pada
hari ini, masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad
ke-19, lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah melayu. Masyarakat majmuk di
Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola
penempatan, pekerjaan dan pendidikan.Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia.
Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu
Melayu, India dan Cina dan pelbagai etnik yang lain. Diharapkan kita sebagai rakyat
di bawah bumbung Malaysia agar bersatu padu dan mengambil iktibar di atas apa
yang rakyat negara kita telah tempuhi di masa yang lepas dan sama-sama kita
menjaga apa sahaja yang kita kecapi masa kini.

14
Cadangan- cadangan pembahbaikan adalah rakyat harus memegang teguh
kepada prinsip-prinsip “Rukun Negara”. Malaysia mempunyai proses dan acuannya
tersendiri untuk merangka perpaduan dan integrasi iaitu menerusi amalan demokrasi
permuafakatan yang bertanggungjawab membentuk corak hubungan etnik di
Malaysia. Begitu juga dengan Rukun Negara, sekiranya kita membudayakan kelima-
lima prinsipnya iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara,
keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta kesopanan dan kesusilaan,
pasti perwatakan nasional akan berjaya terbentuk dalam kalangan semua
warganegara. Sehubungan itu, Rukun Negara perlu dimanfaatkan untuk membentuk
perpaduan nasional. Sebagai generasi selepas merdeka, kita sendiri amat yakin
bahawa Rukun Negara akan berjaya mencapai matlamat mewujudkan perpaduan jika
ia diterima dan diamalkan oleh seluruh rakyat. Selain itu, kerajaan haruslah
menyambut hari belia secara besar-besaran. Hal ini disebabkan golongan belia
dikatakan penentu masa depan negara, hari perayaan belia ini agak sedikit tenggelam
berbanding dengan Hari Jururawat, Hari Ibu dn Hari Guru yang disambut juga di
bulan Mei. Jika ditanya kepada pemimpin belia dan ahli-ahli persatuan belia pastinya
mereka merindui kemeriahan sambutan tahun 2010 hingga 2013 yang mampu
menghadirkan sejuta belia di Putrajaya. Walau apa pun keadaan sambutannya,
golongan belia akan sentiasa teruja meraikannya kerana inilah peluang yang ada
untuk menunjukkan betapa pentingnya belia dalam pembentukan negara Malaysia di
samping suatu pengiktirafan terhadap kerja sukarela mereka berpersatuan dan
berkhidmat di tengah-tengah kekalutan masyarakat. Akhir sekali, Mmmupuk
semangat perpaduan dan patriosme. Patriotisme boleh ditanam dalam kalangan pelajar
melalui kesedaran, pendidikan dan pengetahuan. Sistem pendidikan harus disesuaikan
untuk memupuk rasa bangga dan kepunyaan bangsa. Rasa kepunyaan ialah unsur
penting yang perlu dipupuk dan dipelihara dalam kalangan pelajar. Hanya melalui
perasaan kepunyaan, generasi muda Malaysia boleh dibentuk menjadi warganegara
yang bertanggungjawab dan matang serta pemimpin masa depan negara.

15
RUJUKAN

 Siti Haslina, (2012), Etika dan Peradaban , Diperoleh pada 10 Februari 2023 daripada
https://issuu.com/thiyashini/docs/etika_dan_peradaban
 Junaidah Zakaria, (2011), Kesan Baik dan Buruk Globalisasi, Diperoleh pada 12
Februari 2023 daripada https://stpmesei.blogspot.com/2015/12/kesan-baik-
dan-kesan-buruk-globalisasi.html
 Noraini Mahood, (2010), Konsep Negara dan Bangsa, Diperoleh pada 14 Februari
2023 daripada https://www.slideshare.net/safeqa/konsep-negara-bangsa
 Salmah Abdul Aziz, (2014), Etika Dan Peradaban, Diperoleh pada 20 Februari 2023
daripada https://anyflip.com/udgzv/lmeg/basic
 Ali Ismail, (2010), Pembinaan Peradaban Majmuk Di Malaysia, Diperoleh pada 22
Februari 2023 daripada https://www.coursehero.com/file/56163731/Topik-5-
PEMBINAAN-PERADABAN-MAJMUK-DI-MALAYSIA-versi-
panjangpptx/

16

You might also like