You are on page 1of 4

ISL Minggu 2

Alice Ubong Lian (PISMP Pemulihan 2012) FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA DISLEKSIA Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah; I. Keturunan atau genetic Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun (Psychological Society, 1991 dan Hammond dan Hughes, 1996) II. Biologi Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan ini minimum. Kesukaran ibu semasa dilahirkan seperti lahir tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau komplikasi yang dihadapi ibu semasa proses kelahiran. Semua faktor ini berkemungkinan menyebabkan ketidaksempurnaan perkembangan pada otak yang menyebabkan kanak-kanak tersebut menghadapi masalah disleksia (Hammond dan Hughes, 1996; 11). \Dejerine (1892) (disunting oleh Spatford dan Grosser) telah membuat kesimpulan bahawa disleksia adalah berpunca daripada kerosakan pada Corpus Callosum dan Visual Cortex dalam otak manusia.

III.

Kematangan Biasanya terdapat perbezaan dalam perkembangan sistem saraf manusia. Ada kanak-kanak yang lebih lambat perkembangannya pada bahagian-bahagian tertentu dalam sistem saraf jika dibandingkan dengan rakan sebayanya.

ISL Minggu 2
Kanak-kanak lelaki lebih lambat matang daripada kanak-kanak perempuan. Perkembangan kematangan kanak-kanak lelaki secara umumnya berlaku secara mendadak dan tidak berperingkat seperti kanak-kanak perempuan. Kelewatan kematangan merupakan antara kemungkinan punca kanak-kanak mengalami disleksia.

Bagaimana Disleksia terjadi? Kesilapan yang dilakukan oleh kanak-kanak ini banyak persamaan dengan kesilapan yang dilakukan oleh orang dewasa aphasia yang menghadapi kerosakan otak. Perbezaannya adalah mangsa aphasia telah pun mempunyai kemahiran membaca dan menulis tetapi disebabkan kecederaan di otak, dia tidak dapat lagi membaca dan menulis sementara kanak-kanak disleksia pula tidak pernah mempunyai kemahiran membaca dan menulis. Biasanya penyakit ini telah sedia ada dalam gen keluarga kanak-kanak tersebut. Ini telah dibuktikan oleh Hallgren (1970) yang membuat kajian ke atas 12 pasangan kembar monozygote dan mendapati kesemua keluarga 12 kes tersebut menghadapi masalah dalam bacaan dan ejaan semasa zaman kanak-kanak. Didapati penyakit ini banyak menyerang kanak-kanak lelaki daripada kanak-kanak perempuan dengan kadar 3:1/2:1. Ini disebabnya oleh orang lelaki lebih banyak tanggungjawab berbanding orang perempuan. Disleksia berlaku secara perkembangan atau pembinaan iaitu berkembang sedikit demi sedikit. Bahagian-bahagian tertentu dalam otak tidak berapa matang atau dengan kata lain perkatan pertumbuhannya tidak seimbang lalu menyebabkan bahagian otak yang mengawal bacaan dan ejaan tidak dapat lagi berfungsi dengan sepenuhnya. Berlaku perlawanan dalam dua cerebral hemisphere dalam menguasai kemahiran bacaan dan ejaan. Pada kebiasaannya hemisphere kiri yang menguasai bacaan tetapi kerana ianya lemah maka terjadilah keterbalikkan perkataan dan huruf kepada kanakkanak ini. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa masalah dysleksia adalah disebabkan oleh pengajaran guru yang tidak berkesan. Pendapat ini telah ditentang hebat dengan alasan jika pengajaran guru tidak sesuai, sudah tentu terdapat satu kumpulan murid di dalam kelas yang menghadapi disleksia.

ISL Minggu 2
Berlaku akibat rencatan secara am di dalam perkembangan bahasa kanak-kanak itu.

JENIS-JENIS DISLEKSIA 1. Disleksia Visual Tidak dapat menterjemahkan lambang-lambang bahasa yang ditulis atau dicetak supaya ianya bermakna. Perkataanperkataan atau huruf-huruf yang dilihat terbalik. Sukar mengingati dan mengenal huruf, tidak berupaya menterjemah simbol. Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik

2. Disleksia Auditori Tidak dapat membuat pengamatan pendengaran atau tidak dapat membezakan bunyi huruf yang diperdengarkan padanya. Sukar mengingatai bunyi huruf, memahami bunyi mengikut suku kata dan menyusun atau menggabungkan suku kata untuk menyebut perkataan. Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi

menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori

3. Disgraphia Kesukaran dalam mengkoordinasikan tangan dan otot-otot tangan agar dapat menulis dengan baik dan tulisannya dapat dibaca. Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio

4. Hiperleksia

ISL Minggu 2
mempunyai corak yang iaitu menghadapi masalah dalam membaca, bahasa dan interaksi sosial. kebanyakannya dapat mempelajari visual (simbol dan nombor) dengan lebih baik tetapi bermasalah dalam interaksi sosial. sindrom kanak-kanak yang dapat menginterpretsai bahasa bertulis pada awalnya tetapi tidak faham maknanya. mempunyai masalah komunikasi dan sosial. terbahagi dua iaitu: o o masalah bahsa mempunyai masalah ekpresi bahasa kerana tidak faham kebanyakan perkataan masalah ruang visual pembelajaran nampak seperti normal tetapi mempunyai masalah dalam menginterpretasi bahsa dan ekspresi apa yang mereka dengar atau lihat. Ciri-ciri individu hiperleksia. Phylis Kupperman, Sally Bligh dan Khathy Barouski (2007) o o o o o o o o o o o mempelajari bahasa menggunakan cara yang tertentu, tanpa memahami dan mengetahui maksud struktur ayat. jarang memulakan perbualan Berkemahuan untuk mengekalkan sesuatu yang menjadi rutin dan sukar terima perubahan yang telah menjadi amalan. Pendengaran, deria bau dan sentuh yang sensitif. * Tingkah laku merangsang kendiri. Ketakutan yang luarbiasa Perkembangan yang normal hingga 12 24 bulan, kemudian terbantut. Ingatan yang kuat dari segi penglihatan dan pendengaran. Mempunyai sistem visual dan auditori yang baik. Sukar menjawab soalan-soalan pertanyaan. Sukar faham konsep abstrak hanya berfikir secara konkrit. Hampir pekak dan dengar perkara yang tertentu sahaja.

You might also like