PENGENALANENJIN PEMBAKARAN DALAM
Ia adalah sejenis pengerak yang mengeluarkan kuasa hasil dari pembakaran bahanapi di dalam kebuk pembakaran. Enjin pembakaran dalam dikelaskan kepada dua jenis berdasarkan cara bahanapi dibakar untuk menghasilkan kuasa, iaitu sama adamenggunakan pencucuhan mampatan (diesel) atau pencucuhan bunga api (petrol).Kedua-dua jenis enjin ini menjalankan operasinya secara 4 lejang atau 2 lejang.
Bahagian-bahagian utama enjin pembakaran dalam:
Enjin pembakaran terdiri daripada dua bahagian utama:i.Bahagian tetap terdiri dari kepala silinder, blok silinder dan kotak engkol.ii.Bahagian bergerak terdiri dari omboh, rod penyambung, aci engkol, rangkaianinjap dan roda tenaga.
Peralatan tambahan atau bantuan enjin pembakaran dalam terdiri dari:
i.Sistem pencucuhanii.Sistem bekalan bahanapiiii.Sistem pelinciraniv.Sistem pendinginan
Kepala Silinder
Merupakan bahagian yang terpanas kerana di sini terletaknya kebuk pembakaran
Pada bahagian atas kepala silinder ditempatkan injap-injap aruhan dan ekzos, pancarongga-pancarongga aruhan dan ekzos, palam pencucuhan (bagi enjin petrol) dan pemancit bahanapi.
Kepala silinder disejukkan oleh jaket air pendingin yang berada disekelilingtepunya.
Blok Silinder
Merupakan komponen enjin yang menyimpan silinder iaitu satu tuangan bulatterbuka pada hujung bawah kepada kotak engkol dan tertutup di bahagian atasoleh kepala silinder.
Liang-liang ruang pada blok silinder iaitu di sekeliling silinder adalah merupakan jaket air pendingin.
Menerusi jaket ini, air pendingin diedarkan ke sekeliling dinding silinder.
Kotak Engkol
Kotak engkol menupang kepala silinder, silinder dan alat-alat lain seperti motor penghidup, pengulangalik (alternator) dan lain-lain.
Dibahagian bawah kotak engkol terdapat takungan minyak pelincir dan turasminyak pelincir.