You are on page 1of 23

PEMARKAHAN 2 ESEI: a) b) FORUM JUMLAH

KBK 3073 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS


TUGASAN 1 Pendidikan khas merupakan program pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas iaitu program pengajaran khusus yang direka bentuk untuk memenuhi keperluar pelajar luar biasa. Secara terperinci huraikan punca-punca kecacatan, ciri-ciri perkembangan fizikal, kognitif dan sosial kategori: a. b. c. d. Bermasalah pendengaran Bermasalah penglihatan ADHD Bermasalah fizikal

KUMPULAN E-LEARNING EL-N01 (A121PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA MOHD ZAINI BIN ABU BAKAR NO. ID D20111050016 NO. TELEFON 0123898573

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. NOOR AINI BINTI AHMAD TARIKH SERAH: 26 NOVEMBER 2012.

BIL 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 10.0 11.0 12.0 13.0 14.0 15.0 16.0 17.0 18.0 DEFINISI PENDAHULUAN

ISI KANDUNGAN

MUKASURAT 4 4-5 6 6-8 8 9 9 - 11 12 12 -15 16 16 17 17 18 18 18 19 19

DEFINISI MASALAH PENDENGARAN PUNCA-PUNCA MASALAH PENDENGARAN CIRI-CIRI FIZIKAL CIRI-CIRI KOGNITIF CIRI-CIRI SOSIAL DEFINISI MASALAH PENGLIHATAN PUNCA-PUNCA MASALAH PENGLIHATAN CIRI-CIRI FIZIKAL CIRI-CIRI KOGNITIF CIRI-CIRI SOSIAL DEFINISI ADHD PUNCA-PUNCA MASALAH ADHD CIRI-CIRI FIZIKAL CIRI-CIRI KOGNITIF CIRI-CIRI SOSIAL DEFINISI MASALAH FIZIKAL

19.0 20.0 21.0 22.0 23.0

PUNCA-PUNCA MASALAH FIZIKAL CIRI-CIRI FIZIKAL CIRI-CIRI KOGNITIF CIRI-CIRI SOSIAL RUMUSAN RUJUKAN

19 20 20 21 22 23

1.0 DEFINISI Menurut Gearhart dan Weishahn (1980), Pendidikan Khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan yang bertanggungjawab mengadakan peruntukan kemudahan dan keistemewaan bagi membantu kanak-kanak dan belia yang bersifat luarbiasa. Manakala menurut Chua (1982), Pendidikan Khas merujuk kepada pandidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa. Pendidikan Khas juga merupakan kaedah yang dirangka bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya dan merangkumi aspekaspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani dan juga berteraskan rumah, hospital dan institusi. 2.0 PENDAHULUAN Pendidikan khas merupakan suatu program atau perkhidmatan yang digubal bagi memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Proses pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak berkeperluan khas ini adalah berbeza dan memerlukan fleksibiliti serta motivasi. Menurut Hallahan dan Kauffman (2006), pendidikan khas merupakan program pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas iaitu program pengajaran khusus yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ianya juga mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus. Manakala menurut Slavin (1997), mendefinisasikan pendidikan khas sebagai program yang diperuntukkan atau ditujukan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah seperti kecacatan mental, emosi dan ketidakupayaan fizikal ataupun penambahan kepada pembelajaran biasa dalam kelas. Kementerian Pelajaran Malaysia telah merangka kurikulum khas berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan Khas 1997 bagi menyediakan pendidikan khas dan kemudahan untuk murid bermasalah penglihatan dan pendengaran, manakala pendidikan khas integrasi pula adalah untuk murid yang mempunyai masalah pembelajaran, penglihatan dan pendengaran. Pendekatan pengajaran yang dilaksanakan adalah secara berasingan dan diwujudkan di peringkat prasekolah, sekolah harian biasa peringkat rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik dan vokasional.

Falsafah Pendidikan Khas adalah suatu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, beriman, berdikari, mampu merancang dan mengurus kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif. Tiga prinsip utama kearah kecemerlangan akademik dan kemahiran adalah pendidikan menyeluruh dan bersepadu, pembelajaran yang mengembirakan dan bermakna dan pendidikan sepanjang hayat. Murid-murid yang berkeperluan khas ini merangkumi kanak-

kanak yang menghadapi masalah pembelajaran, bermasalah pendengaran, ADHD dan bermasalah fizikal.

3.0 DEFINISI MASALAH PENDENGARAN Masalah pendengaran boleh didefinisikan sebagai kehilangan keupayaan untuk mendengar secara keseluruhan atau separa dengar. Kekurangan atau kehilangan salah satu pancaindera iaitu pendengaran adalah merujuk kepada masalah kebolehan seseorang menggunakan deria dengar iaitu tidak dapat mendengar dengan baik atau tidak dapat mendengar langsung serta tidak dapat bertindakbalas terhadap bunyian di sekeliling mereka.

4.0 PUNCA-PUNCA MASALAH PENDENGARAN Bagi individu yang tiada masalah pendengaran, mereka dapat mendengar dengan baik mengikut tahap keupayaan pancaindera dengar masing-masing. Kebolehan seseorang untuk mendengar bergantung kepada keupayaan telinga untuk menerima, memproses dan menghantar bunyi ke saraf pendengaran di otak. Bunyi-bunyian yang terhasil atau dihasilkan daripada persekitaran akan disalurkan melalui telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam. Beberapa ujian boleh dilakukan seperti ujian tarikan dan ujian pertuturan bagi menguji dan mengesan masalah pendengaran kanak-kanak diperingkat awal.

Di antara punca-punca masalah pendengaran adalah: 4.1 Jenis Konduktif

Berlaku apabila terdapat halangan pada saluran telinga luar. Ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti terlalu banyak tahi telinga yang tidak dibersihkan ataupun saluran tersebut tersumbat dengan objek-objek lain. Walaupun begitu, individu yang mengalami masalah ini masih lagi dapat mendengar namun bunyi yang didengar itu adalah terlalu perlahan atau tidak jelas. Masalah ini boleh diatasi dengan cara pembedahan ataupun dengan menggunakan alat bantu dengar dan terapi pertuturan. Selain dari itu, masalah pendengaran juga boleh berlaku akibat bunyi yang terlalu kuat melalui saluran pendengaran seperti bunyi letupan dan sebagainya yang akan mengakibatkan gegendang telinga menjadi rosak. Hentakan atau tamparan yang kuat terhadap telinga juga akan mengakibatkan kerosakan teruk pada gegendang telinga. Kebiasaannya individu yang menghadapi masalah ini hanya boleh mendengar bunyi pada jarak sekitar 1 hingga 1.5 meter atau tidak melebihi 60 desibel. Kehilangan pendengaran pada tahap ini dikategorikan sebagai ringan dan sederhana.Jangkitan yang berlaku pada lapisan telinga luar dan telinga dalam seperti jangkitan bakteria akibat air yang selalu masuk ke dalam telinga, salur eustachia tersumbat akibat selsema, demam campak, tonsilitis atau jangkitan di hidung dan tekak serta ketumbuhan yang berlaku pada tetulang halus pada telinga tengah juga akan mempengaruhi pekak jenis koduktif ini. Beberapa ujian boleh dilakukan untuk menguji tahap pendengar seseorang iaitu ujian melalui tulang dan ujian melalui udara.

4.2 Jenis Sensorineural

Berlaku akibat jangkitan virus semasa masih dalam kandungan seperti virus german measles, anoxia berlaku akibat kekurang oksigen penyakit demam kuning (jaundice), demam yang teruk Mengambil bahan-bahan terlarang yang mengandungi dadah seperti quinine, tranquillisiers, aspirin, alkohol dan cortisone. Masalah jenis sensorinerural ini merupakan masalah pendengan kekal yang disebabkan kerosak atau kegagalan fungsi bahagian telinga tengah atau saraf organ pendengaran. Rawatan menggunakan alat bantu pendengaran atau pacakan koklea adalah kaedah terbaik untuk merawat masalah sensorinerual ini.

4.3 Jenis Campuran.

Jenis masalah pendengaran adalah gabungan di antara masalah pendengaran konduktif dan masalah pendengaran sensorineural iaitu masalah berlaku pada telinga luar dan telinga tengah. Ia berlaku akibat mampatan tahi telinga. 5.0 CIRI-CIRI FIZIKAL

5.1 Minimal Mengalami masalah untuk mendengar bunyi yang jauh lemah, perlahan dan sayupsayup. 5.2 Mild Bergantung kepada tahap kebisingan di dalam kelas, jarak antara orang yang bercakap. Jarak untuk berbual atau berbincang adalah pada tahap 3 ke 5 kaki sahaja. 5.3 Moderate Pada tahap ini murid memerlukan terapi pertuturan. Kita akan mendapati murid menghadapi masalah untuk bertutur dengan sempurna dan mempunyai

perbendaharaan kata yang amat rendah. Murid perlu diberikan latihan untuk membaca, bahasa lisan dan bahasa tulisan di dalam program pendidikan khas. 5.4 Moderate to severe Kanak-kanak yang menghadapi masalah pendengaran pada peringkat ini memerlukan bunyi yang kuat untuk mendengar. Mereka akan menghadapi masalah pertuturan, perkembangan bahasa dan penguasaan akademik yang lemah. Mereka memerlukan bimbingan yang khas bagi membolehkan mereka mengikuti pelajaran. 5.5 Severe Pada tahap ini kanak-kanak hanya mampu untuk mendengar suara yang kuat pada jarak 1 kaki sahaja. Kanak-kanak ini memerlukan bimbingan dari segi kemahiran berbahasa, auditori dan bacaan bibir secara sepenuh masa.

5.6 Profound Di peringkat ini murid bergantung sepenuhnya kepada deria penglihatan kerana merekat tidak dapat mendengar dengan baik. Mereka hanya dapat merasa getaran yang dihasilkan daripada nada ton. Dengan bantuan alat pendengaran seperti pemakaian implan koklea dan vibrotactile aid dapat membantu murid pada tahap ini. Murid perlu diberi kemahiran komunkasi dan kemahiran akademik di dalam kelas-kelas pendidikan khas. 6.0 CIRI-CIRI KOGNITIF Kanak-kanak yang menghadapi masalah pendengaran tidak dapat bertindak balas terhadap bunyi yang terdapat di sekeliling mereka. Ibu bapa perlu memerhati dan mengambil tahu akan keadaan fizikal anak-anak mereka. Ini penting kerana jika masalah kanak-kanak ini tidak dapat dikesan dengan lebih awal, maka akan menimbulkan masalah besar kepada mereka jika mereka tidak dirawat dengan segera atau ketika mereka di letakkan ke dalam kelas-kelas kanak-kanak normal. Tidak dapat mendengar seperti kanak-kanak yang normal. Mereka mempunyai perbendaharaan kata yang amat sedikit kerana mereka tidak dapat mendengar atau memahami apa yang dipertuturkan oleh orang di sekeliling mereka. Tidak dapat berkomunikasi dengan guru dan rakan-rakan di dalam bilik darjah. Guru mungkin akan menyalah anggap yang murid mereka mempunyai masalah disiplin. Mungkin juga guru akan menganggap murid ini mengalami masalah lembam, terencat akal serta tidak berminat untuk belajar. Kepekaan dan perhatian guru diperlukan bagi mengenalpasti tingkahlaku atau perlakuan yang ditunjukkan oleh murid-murid mereka.

7.0 CIRI-CIRI SOSIAL Komunikasi seluruh. Komunikasi yang berlaku adalah melibatkan keseluruhan penggunaan alat komunikasi seperti lisan, bahasa isyarat, pertuturan kiu dan bacaan bibir. Komunikasi yang berlaku memerlukan hubungan mata, pergerakan tangan bagi menunjukkan isyarat yang akan memberi petunjuk atau untuk melambangkan sesuatu mesej yang ingin disampaikan. 9

Bahasa isyarat Isyarat-isyarat yang digunakan adalah berdasarkan tiga bentuk iaitu isyarat natif, bahasa isyarat Amerika dan Komunikasi Menyeluruh Kod Tangan Bahasa Melayu. Isyarat natif Dicipta dan digunakan dalam lingkungan ahli keluarga atau masyarakat setempat sahaja. Mereka mencipta sendiri isyarat-isyarat yang boleh difahami di dalam lingkungan mereka sahaja. Bahasa isyarat Amerika Bahasa isyarat yang diperkenalkan di Amerika oleh sukarelawan-sukarelawan ketika mengajar kanak-kanak pekak berkomunikasi. Bahasa isyarat yang digunakan adalah dalam bahasa Inggeirs. Komunikasi Menyeluruh Kod Tangan Bahasa Melayu. Bahasa isyarat yang digunakan oleh orang yang bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi memerlukan penggunaan seluruh anggota badan dan termasuk mimik muka. Bahasa yang digunakan adalah struktur bahasa Melayu yang berasaskan tatabahasa bahasa Melayu Ejaan jari Bahasa komunikasi ini menggunakan isyarat jari. Penggunaan jari adalh mengikut abjad-abjad yang terdapat dalam perkataan dan kosa kata yang hendak diperkatakan perlu dieja dengan cekap.

10

Pertuturan kiu Pertuturan kiu memerlukan penuturnya menunjukan isyarat tangan beserta dengan bahasa pertuturan supaya pendengar dapat memahaminya melalui penglihatan dan pendengaran. Setiap suku kata akan ditunjukkan dengan jelas melalui pergerakan bibir beserta isyarat tangan yang dilakukan secara serentak.

Bacaan bibir Orang-orang pekak boleh memahami pecakapan orang-orang normal melalui pergerakan bibir yang mereka lihat. Mereka perlu dlatih bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran ini. Penutur perlulah dalam suasana yang jelas dan terang serta senang dilihat Audiotori verba Proses komunikasi yang dijalankan adalah dengan penggunaan alat audio. Kaedah ini dugunakan bagi mereka yang masih mempunyai saki baki pendengaran tetapi tidak jelas. Mereka akan diajar untuk bertutur hasil daripada proses mendengar dengan menggunakan alat audiotori ini.

11

8.0 DEFINISI MASALAH PENGLIHATAN

Menurut Wong Huey Siew (2006) dari segi perundangan, masalah penglihatan melibatkan ketajaman penglihatan 20/200, bermakna jika seseorang yang penglihatan normal boleh melihat objek tertentu sejauh 200 kaki, maka ketajaman penglihatan bagi orang yang mempunyai masalah penglihatan hanya dapat melihat objek tersebut dalam lingkungan jarak 20 kaki. Luas kawasan penglihatan bagi orang cacat penglihatan pula adalah tidak lebih daripada 20 darjah pada keluasan diameter. Sementara bagi kategori separa/rabun tahap ketajaman penglihatan adalah di antara 20/70 dan 20/200 pada mata yang terbaik dengan pembetulan. 9.0 PUNCA KECACATAN PENGLIHATAN Komplikasi semasa hamil kemungkinan berlaku ketika bayi dilahirkan melalui samada menggunakan kaedah forsep, scissorian, pembedahan dan sebagainya yang mungkin akan mengakibatkan kecederaan kepada bayi tersebut. Penyakit rubella iaitu penyakit berjangkit seakan-akan cacar yang boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi semasa masih di dalam kandungan ibu. Punca berkaitan baka keturunan ini tidak dapat dipastikan oleh pakar perubatan, tetapi jika dilihat daripada pemerhatian yang dilakukan kita akan dapati jika ibu atau ayah atau anak-anak mereka mengalami masalah penglihatan, maka akan terdapat dikalangan keluarga ini akan mengalami masalah yang sama. Penyakit berjangkit seperti demam campak yang dialami oleh ibu semasa mengandung,

kekurangan vitamin A yang boleh menyebabkan buta disebabkan kekurangan makanan yang mempunyai protein, serta penyakit glaukoma yang akan menyerang kanak-kanak sejak lahir yang menyebabkan otot mata tidak normal. Kecederaan boleh berlaku di mana-mana juga kanak-kanak berada. Pengawasa dari ibubapa, penjaga serta guru-guru amat diperlukan bagi mengelakkan sebarang kecacatan berlaku. Penyakit kelamin seperti AIDS, sifillis dan sebagainya yang boleh menjangkiti bayi yang berada di dalam kandungan ibu.

12

Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan di antara buta dengan tahap penglihatan yang rendah. Masalah penglihatan boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu: 9.1 TAHAP SEDERHANA Pada tahap ini, kanak-kanak masih boleh melihat cahaya dan menjalankan aktivit yang melibatkan deria penglihatan tetapi dengan menggunakan alat bantuan khas seperti kanta. 9.2 TAHAP TERUK Pada tahap ini, kanak-kanak memerlukan lebih banayak masa dan tenaga untuk menjalankan aktivit malam kerana mengalami kesukaran melakukan aktiviti yang melibatkan penglihatan walaupun dengan menggunakan bantuan khas. 9.3 TAHAP SANGAT TERUK Masalah pada tahap ini mengakibatkan kanak-kanak sukar untuk melakukan aktiviti yang melibatkan visual seperti membaca serta bergerak dan mereka lebih bergantung kepada deriaderia lain. Kecacatan penglihatan berlaku apabila terdapat halangan atau gangguan laluan cahaya daripada masuk ke mata untuk ditafsirkan oleh otak. Berikut adalah klasifikasi visual tahap penglihatan: 1. Refractive disorder 2. Ocular motility 3. Eye pathologies 4. Amblyopia/lazy eye 5. Katarak 6. Diabetic retinopathy 7. Age related mascular degeneration Refractive disorder adalah disebabkan ketidaksekataan dalam bentuk atau saiz bebola mata, korne atau kanta. Masalah gangguan yang berlaku adalah rabun. Ocular motify disebabkan oleh gangguan gerak mata iaitu pergerakan mata tidak dapat diselaraskan disebabkan oleh otot yang tidak berfungsi.

13

Eye pathologies berlaku kerana kerosakan kepada satu atau lebih struktur mata. Amblyopia / lazy eye atau juling berlaku disebabkan tiada kordinasi di antara otot-otot mata yang menyebabkan kedudukan mata tidak lurus. Sebab-sebab mata juling ialah dalam kebanyakan kes, tiada sebab yang diketahui. Ia boleh disebabkan oleh otot-otot mata yang tidak berfungsi dengan baik pada matayang juling itu atau kelumpuhan otot-otot mata itu sendiri. Rabun jauh juga boleh menyebabkan mata bergerak ke dalam. Mata juling adalah lebih lazim di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah otak seperti Cerebral, Palsy, Down Syndrome, hydrocepahalus dan barah otak.

Katarak disebabkan oleh kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya. Masalah katarak berbeza dengan glaukoma yang merupakan sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. Keadaan ini menjejaskan penglihatan seseorang dan akan menjadi buta sekiranya lewat, atau tidak dirawat. Sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun.

14

Golongan yang berisiko mengidap katarak adalah seperti; pesakit kencing manis yang gagal mengawal penyakitnya.Kandungan gula dalam darah menjadikan kanta kurang kenyal dan membentuk katarak.Orang dewasa yang berusia 60 tahun ke atas.Katarak merupakan suatu proses akibat usia yang lanjut. Kanak-kanak dan bayi yang baru lahir dengan komplikasi katarak boleh berlaku pada bayi atau kanak-kanak sekiranya si ibu mengidap jangkitan seperti penyakit Rubella semasa mengandung. Diabetic retinopathy disebabkan oleh tekanan cecari yang terdapat di dalam mata terlalu tinggi sehingga menyebabkan kerosakan pada sel retina dan serabut saraf mata. Age realted mascular degeneration disebabkan oleh faktor usia, penjarangan tisu mokular dan endapan pigmen di dalam mokular iaitu terjadi pembesaran salur darah sehingga menyebabkan ianya pecah dan bocor seterusnya menyebabkan kerosakan kekal pada sel retina yang akan mewujudkan titik buta pada pusat penglihatan.

Hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh pakar-pakar mendapati masalah penglihatan bagi kanak-kanak terbahagi kepada beberapa jenis iaitu: Astigmatisme (rabun), glaukoma (tekanan biji mata yang merosakkan saraf urat mata), Strabismus (juling), Ambiplia (mata malas), Diplopia(double vision), Albinisme (sensitif kepada cahaya), Myopia(rabun jauh) dan Hyperopia(rabun dekat). 15

10.0

CIRI-CIRI FIZIKAL

Keliru dengan huruf. Selalu menutup sebelah mata. Kerap menggosok mata. Kerap bercakap. Selalu memusingkan kepala ke sebelah sahaja, misalnya untuk melihat papan tulis ataupun objek. Memegang buku ataupun bahan bacaan terlalu dekat dengan muka ataupun pada sudut berlainan. Kerap menangis. Memegang kepala dengan cara luar biasa. Menonton televisyen ataupun membaca buku dengan jarak yang terlalu dekat. Selalu mengelak membuat sebarang tugasan yang diberi. Tidak menyiapkan tugasan yang diberi. Meniru kerja kawan. Sering mencari-cari ayat yang dibaca. Bebola mata kelihatan berputar. Mata sensitif terhadap cahaya yang terang. Bahagian tepi mata kelihatan merah. Kelopak mata bengkak dan berair.Terdapat bintik-bintik di tengahtengah mata. Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan selalunya menghadapi masalah untuk memfokus kepada sesuatu perkara. Mereka akan cuba mengelak daripada memandang kepada cahaya yang terang. Mereka juga sering mengecilkan mata, mengerdipkan mata dan mengosok-gosok mata seolaholah mata mereka dimasuki sampah. Kadangkala kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan ini akan terlanggar objek dan sering tersandung atau terjatuh semasa berjalan. 11.0 CIRI-CIRI KOGNITIF

Menurut Julia et al (2009), kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa dan juga guru. Kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan mempunyai tingkahlaku yang ganas, sifat yang terlalu bergantung kepada orang lain, suka menentang, tidak mahu menurut kata, mempunyai sikap suka mengelak dari melakukan sesuatu kerja dan tingkahlaku yang pasif. Tingkahlaku ini terjadi disebabkan mereka mempunyai ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak dan juga kekuranganfungsi luar kawal otak. Mereka juga sukar dan menghadapi masalah penyesuaian diri dalam komunikasi, kemahiran mengurus kehidupan seharian dan kemahiran mengawal emosi dan sosial.

16

12.0

CIRI-CIRI SOSIAL

Kanak-kanak ini berminat kepada sesuatu permainan yang tertentu, mereka suka bersendirian, sukar bergaul dengan orang lain, gagal berhubung dengan cara yang betul, ada ketika terlalu sensitif, sukar berasa takut dan tidak sensitif terhadap kesakitan. Mereka sukar untuk melahirkan apa yang diinginkan, suka ketawa sendiri, melakukan pergerakan-pergerakan yang aneh, menangis tanpa sebab, merasa tidak selamat atau tertekan, dan suka mengamuk. Mereka juga tidak sensitif terhadap persekitaran, mengalami masalah aktiviti pergerakan dan adakalanya terlalu aktif atau lembab. Memusingkan kepala apabila ingin melihat sesuatu kerana mempunyai pandangan tepi yang lebih baik.

13.0

DEFINISI ADHD

ADHA (attention deficit hyperactivity disorder) adalah istilah yang digunakan oleh pakar perubatan bagi kanak-kanak dan remaja yang menghadapi masalah dari segi tingkahlaku dan kognitif dalam aspek penting kehidupan mereka seperti hubungan dalam keluarga, peribadi dan masyarakat. Menurut Oregan (2005) ...attention deficit hyperactivity disorder, more commonly known as ADHD is a complex and often controversial term. It is an internationally validated medical condition, incolving brain dysfunction, in which individuals have difficulti in controlling impulses, inhibiting their behaviour and sustaining their attention span. This leads to a variety of educational, behavioural, social and related difficulties. perhatian defisit gangguan hiperaktif, lebih dikenali sebagai ADHD adalah satu istilah yang kompleks dan sering kontroversi.Ia adalah satu keadaan perubatan yang disahkan di peringkat antarabangsa, yang melibatkan disfungsi otak, di mana individu mengalami kesukaran dalam mengawal impuls, menghalang tingkah laku mereka dan mengekalkan perhatian mereka. Ini membawa kepada pelbagai pendidikan, tingkah laku, masalah sosial dan yang berkaitan.

17

14.0

PUNCA MASALAH ADHD

Faktor keturunan dan sejarah keluarga dari sifat dan ciri-ciri ibu bapa, adik beradik, nenek moyang, saudara mara dan ahli keluarga yang rapat yang mengalami masalah ini semasa kanak-kanak. Berlaku dari hubungan kelamin iaitu memalui persenyawaan benih ibu dan bapa yang percantuman yang mempunyai sifat cacat atau ketidak sempurnaan Kekurangan aktivit dan tahap metabolisme yang rendah di bahagian otak yang tertentu. Menurut Friend (2006), kajian yang dijalankan ke atas bahagian otak menunjukkan terdapat tiga bahagian otak iaitu prefrontal cortex, basal ganglia dan cereblum. Bagi pengidap ADHD, mereka kekurangan electrical activity dan kekurangan tindakbalas kepada stimulasi.bahagian otak. 15.0 CIRI-CIRI FIZIKAL

Inatesi Kekurangan tumpuan atau perhatian Kurang dan lemah tumpuan dan sering melakukan perbuatan yang berbeza-beza mengikut kehendak sendiri dan seolah-olah tidak mendengar apabila orang ingin bercakap dengan mereka. Tidak boleh duduk lama bermain seperti kanak-kanak lain. Impulsif mengikut dorongan hati Melakukan sesuatu tanpa perancangan dan kebiasaannya mereka ingin melakukan sesuatu perkara dengan cepat tanpa mempedulikan samada betul atau salah. Mereka juga akan sering melakukan sesuatu perkara yang berubah-ubah tanpa berpandukan arahan. Hyperaktif kelakuan terlalu aktif Suka melakukan aktivit seperti memanjat, berlari-lari, sukar untuk duduk diam seolah-olah terdapat suatu kuasa yang mendorong mereka untuk melakukannya 16.0 CIRI-CIRI KOGNITIF

Mudah terganggu. Tidak dapat menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara. Tidak boleh menyiapkan kerja atau tugasan yang diberi. Menghasilkan kerja yang tidak berkualiti. Suka membuat aktiviti tetapi hanya sedikit yang selesai. Perkembangan bahasa yang lambat

18

17.0

CIRI-CIRI SOSIAL

Mudah dan cepat berasa bosan dengan tugasan yang diberi. Kurang tumpuan di dalam kelas. Kurang memahami perasaan orang. Gagal memahami kenapa mereka dihukum. Pelupa dan tumpuan mudah terganggu. Sukar bergaul atau tidak pandai berinteraksi dengan rakan-rakan dan hanya melakukan aktiviti sendiri. 18.0 DEFINISI MASALAH FIZIKAL

Menurut Giuliant & Pierangelo (2007), muscular dystrophy ialah penyakit yang diwarisi dan penyakit ini adalah mereka yang mengalami masalah berkaitan otot. Semasa dilahirkan, kanakkanak ini melalui perkembangan yang normal tetapi masalah bermula apabila otot gentian gagal berfungsi dan digantikan dengan tisu-tisu lemak. Menurut NCBI (2003), Muscular Dystrophy ialah sejenis penyakit termasuk dalam kategori neuromuscular yang mana kecacatan otot-otot badan membari kesan sehingga menyebabkan pergerakan menjadi lemah. 19.0 PUNCA-PUNCA MASALAH FIZIKAL

Punca kecacatan fizikal ini adalah daripada percantuman benih ibu dan bapa. Genetik ibu iaitu kromosom X yang dikenali sebagai X-linked recessive inheritance akan bercantum dengan kromosom Y yang dibawa oleh bapa dan ini akan menjadikan anak lelaki yang akan mewarisi penyakit tersebut dari genetik ibu. Percantuman dua kromosom X ibu dan bapa akan melahirkan anak perempuan dan mereka akan menjadi pembawa penyakit tersebut. Kesan kepada kanak-kanak lelaki adala pada nisbah 1:50 kelahiran untuk bayi yang dilahirkan mendapat kecacatan ini tetapi 1 daripada 3 kes tetap berlaku kepada keluarga normal yang tidak mempunyai penyakit tersebut disebabkan oleh genetic mutation.

19

20.0

CIRI-CIRI FIZIKAL

Kanak-kanak yang mengalami kecacatan fizikal ini menunjukkan tanda-tanda lemah otot, gejala perkembangan otot, lambat dalam perkembangan kemahiran menggunakan otot motor, kesukaran berjalan, kesukaran menggunakan satu atau lebih kumpulan otot motor, tulang belakang bengkok, gaya berjalan terhuyung-hayang, kesukaran menggunakan kemahiran motor seperti melompat dan berlari, kesukaran berjalan atau kehilangan keupayaan berjalan, kepenatan, kecacatan otot sehingga menyebabkan pesakit menggunakan kerusi roda dan pengawalan otot sehingga menyebabkan penggunaan jari yang terhad dan kehilangan keupayaan pergerakan kepala. 21.0 CIRI-CIRI KOGNITIF

Kebaanyakan kanak-kanak bermasalah fizikal menghadapi masalah untuk hadir ke sekolah dan ini akan menyebabkan mereka tidak dapat mengikuti pembelajaran normal di sekolah. Selain itu mereka juga menghadapi tekanan emosi dan psikologi kerana masalah kesihatan yang mereka alami. Tahap keupayaan dan perkembangan kognitif mereka juga agak sukar kerana masalah lumpuh di bahagian sekeliling mulut, masalah sukar memahami bahasa, serta kesukaran untuk menggunakan peralatan permainan dengan betul, kesukaran untuk mengingat, kesukaran untuk meniru aksi atau gaya orang lain, bermasalah membuat hubungan mata (eye contact) dengan orang lain dan masalah untuk melukis.

20

22.0

CIRI-CIRI SOSIAL.

Perkembangan sosial kanak-kanak ini amat terbatas. Mereka tidak boleh bergerak sendiri, duduk sendiri, berjalan sendiri atau makan sendiri. Mereka terpaksa mengharapkan pertolongan serta bantuan orang lain untuk membantu mereka kerana mereka tidak dapat menguruskan diri sendiri. Persekitaran sekolah yang sesuai dan prasarana yang mencukupi diperlukan untuk kanak-kanak ini mengikuti pembelajaran di sekolah.

21

23.0

RUMUSAN.

Setiap kanak-kanak memerlukan perkara-perkara asas dalam kehidupan mereka seperti makan, minum, pakaian, tempat tinggal dan kasih sayang ibu bapa. Keperluan-keperluan ini perlu dipenuhi supaya mereka dapat berkembang dan membesar dengan sempurna. Setiap kanak-kanak ingin menikmati keindahan hidup dan merasakan diri mereka dihargai serta mempunyai kebolehan yang boleh dibanggakan. Begitu juga dengan kanak-kanak yang mengalami kecacatan. Mereka memerlukan sesuatu yang lebih khusus umpamanya bagi kanak-kanak yang cacat pendengaran, mereka memerlukan alat pendengaran serta latihan pertuturan. Kanak-kanak yang mempunyai kecacatan penglihatan mungkin memerlukan cermin mata serta sokongan keluarga. Begitu juga dengan kanak-kanak yang mengalami kecacatan fizikal, mereka perlukan lebih perhatian daripada keluarga serta memerlukan bantuan-bantuan yang khusus untuk mereka meneruskan kehidupan. Kanak-kanak cacat sering tidak diberi rangsangan serta dorongan yang mencukupi untuk membolehkan mereka berkembang dan menguasai kemahiran-kemahiran asas. Kebanyakan ibu bapa tidak mengetahui bagaimana cara-cara untuk menangani kanak-kanak yang mengalami kecacatan ini kerana mereka tidak didedahkan dengan kaedah yang betul. Taraf sosioekonomi juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi

perkembangan kanak-kanak ini. Ibu bapa yang mempunyai pendidikan mungkin akan mengambil tindakan-tindakan yang lebih awal untuk mengenalpasti tahap kecacatan anak-anak mereka. Mereka juga boleh merujuk kepada pegawai-pegawai perubatan berkenaan kaedahkaedah yang betul untuk menangani masalah anak-anak mereka. Ibu bapa juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada para profesional berkaitan rawatan dan pemulihan anak-anak mereka. Selain itu di negara kita juga telah diwujudkan perkhidmatan bantuan untuk kanak-kanak cacat. Pelbagai agensi serta pusat-pusat latihan serta sekolah telah diwujudkan bagi memboleh kanak-kanak yang mempunyai kecacatan ini mendapat pendidikan serta latihan yang sempurna.

22

RUJUKAN 1. Pendidikan Khas, Di ambil pada 25 November 2012 http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_khas 2. Di ambil pada 25 November 2012 http://mfz69.tripod.com/PK01.htm 3. Merangsang kanak-kanak cacat, Di ambil pada 25 November 2012 http://www.hamidarshat.com/anak-penjagaan-informasi-167/201-merangsang-kanakkanak-cacat.html 4. Kanak-kanak masalah penglihatan, Di ambil pada 25 November 2012 http://www.slideshare.net/akushazwa/kanak-kanak-keperluan-kha-masalah-penglihatan 5. Di ambil pada 25 November 2012 http://fskpm.upsi.edu.my/pintarcerdas/images/assignment/Modul/kumpulan4/modul23.pd f 6. Isu sokongan pihak sekolah, Di ambil pada 25 November 2012 http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/02/isu-sokongan-pihak-sekolah-kepada.html 7. Pendidikan khas prasekolah, Di ambil pada 25 November 2012 http://zulprasekolah.blogspot.com/2009/05/pendidikan-khas-prasekolah.html 8. Pendidikan Khas di malaysia, Di ambil pada 25 November 2012 http://www.ceritarasahati2.com/2012/02/06/pendidikan-khas-di-malaysia-danpendidikan-khas-di-luar-negara/ 9. Di ambil pada 25 November 2012 http://eprints.uthm.edu.my/2714/1/23._PKPGB_2008_3.pdf 10. Di ambil pada 25 November 2012 http://penselcikgu.blogspot.com/2011/12/garispanduan-perlaksanaan-program.html

23

You might also like