You are on page 1of 5

REFLEKSI INDIVIDU

Tugasan bagi subjek BMM 3110 : Sintaksis Bahasa Melayu telah diterima pada 30 Januari 2013 di bawah bimbingan pensyarah iaitu En. Manap bin Hamsin dan encik SK Mohd Sawpi bin Lawi. Penyerahan tugas ini buat kali pertama telah disisipkan sekali bersama-sama dengan beberapa maklumat yang berkait rapat dengan tugasan yang telah diberikan terutamanya berkenaan dengan sintaksis bahasa Melayu yang bakal dicari oleh saya dalam melaksanakan tugasan ini. Tugasan yang perlu dilaksanakan secara berkumpulan iaitu seramai tiga orang dalam satu kumpulan merupakan satu nikmat yang tidak terperi bagi saya, terutamanya apabila dapat berkumpulan dengan rakan-rakan yang banyak memberikan kerjasama serta komited dalam melaksanakan tugasan yang telah diberikan. Segala urusan dalam mencari sumber rujukan dan perbincangan serta pembahagian tugasan yang telah diagihkan telah berjaya dilaksanakan dengan lancar kerana masing-masing memainkan peranan mereka. Oleh kerana tugasan BMM3110 Sintaksis Bahasa Melayu ini mempunyai dua bahagian iaitu kajian sintaksis dan analisis ayat, maka ianya bukanlah semudah untuk dilaksanakan. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya dan ahli kumpulan sering berbincang bagi mendapat gambaran keseluruhan berkenaan dengan tugasan. Bagi memudahkan kerja, saya telah membahagikan tugasan berdasarkan objektif yang ingin dicapai secara sama rata dengan mengikut sistem undian antara ahli kumpulan. Saya dan rakan-rakan telah bekerjasama dalam mencari maklumat dan sumber rujukan yang mampu membantu dalam menyiapkan tugasan tersebut. Oleh kerana sesi kuliah yang dijalankan oleh pensyarah banyak menggunakan dan merujuk buku Tatabahasa Dewan (2008) oleh Nik Safiah Karim, maka hampir keseluruhan maklumat dalam tuagasan ini berdasarkan buku tersebut, di samping mendapat rujukan daripada buku Sintaksis oleh Professor Emeritus Dr. Abdullah Hassan.

Pada awalnya, masalah yang dihadapi oleh kumpulan saya adalah berkaitan dengan pemilihan teks untuk digunakan sebagai bahan kajian untuk analisis teks. Hal ini kerana saya dan rakan-rakan mengalami kekeliruan sama ada mahu menggunakan bahan artikel biasa untuk dijadikan teks kajian ataupun menggunakan buku-buku ilmiah yang terkandung teks-teks cerpen. Bukan itu sahaja, sepanjang melaksanakan tugasan ini, sedikit sebanyak masalah antaranya berkaitan dengan pengetahuan, kefahaman dan penelitian yang perlu teliti dan kritikal dalam memahami hukum-hukum dalam kajian sintaksis ayat bahasa Melayu. Saya mengalami masalah dalam mengenal pasti ayat-ayat terutamanya dalam mengenal pasti ayat komplemen kata kerja dengan ayat komplemen kata nama. Hal ini kerana ayat komplemen frasa kerja adalah hampir sama dengan ayat komplemen frasa nama, cuma yang membezakan mereka adalah ayat komplemen frasa kerja tidak boleh dipasifkan. Oleh kerana ahli-ahli kumpulan telah memilih cerpen untuk dijadikan sebagai teks kajian, maka ayat-ayat di dalam cerpen tersebut kebanyakkan mengalami proses transformasi dan ayat kompleks serta memerlukan ilmu dan kefahaman yang tinggi dalam menganalisis teks yang terdapat cerpen tersebut. Walaupun telah merujuk bukubuku ilmiah seperti Tatabahasa Dewan, namun ianya masih sukar bagi saya untuk mendapat kefahaman menyeluruh. Bukan sahaja saya mengalami masalah dalam mendapatkan kefahaman berkenaan dengan kekeliruan antara ayat komplemen kata kerja dengan ayat komplemen frasa nama, saya juga turut mengalami kekeliruan dan kecelaruan maklumat berikutan dengan unsur-unsur keterangan dalam kata kerja. Hal ini kerana, apabila saya merujuk tatabahasa Dewan Nik Safiah Karim, saya mendapati di bawah tajuk Ayat Majmuk bab 18 iaitu jenis ayat keterangan, saya mendapati dalam bab tersebut telah menyatakan bahawa terdapat sembilan jenis keterangan. Namun begitu apabila saya mula merujuk bab13 iaitu Frasa Kerja saya mendapati hanya ada lapan jenis keterangan. Keadaan tersebut telah menjadikan saya keliru dalam mengenal pasti dan mengelompokkan frasa-frasa kata kerja mengikut unsur-unsur keterangan mereka.

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, saya banyak membuat sumber rujukan dari internet dan telah menggunakan masa semaksimum yang mungkin bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan berkenaan dengan sintaksis terutamanya dalam ayat komplemen kata kerja dan unsur keterangan dalam frasa kerja. Keadaan semakin sukar apabila sumber rujukan dalam bahasa melayu hampir semua maklumat yang telah digunakan juga telah menggunakan sumber yang sama iaitu Tatabahasa Dewan tanpa memberikan penjelasan yang lebih mudah kepada pembaca. Oleh kerana tiada rasa berputus asa yang menguasai diri, saya terus berusaha dalam mencari maklumat bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Pembacaan demi pembacaan dilakukan dengan merujuk beberapa maklumat daripada internet mahupun bahan ilmiah seperti buku Tatabahasa Dewan, Sintaksis oleh Professor Emeritus Dr. Abdullah Hassan. Dengan merujuk beberapa maklumat lain, terutamanya buku Bahasa Melayu STPM yang mempamerkan maklumat berkenaan dengan sintaksis dalam bentuk yang kebih mudah dan ringkas memudahkan kefahaman saya dalam bidang kajian ayat tersebut. Permasalahan demi permasalahan yang menghampiri berjaya diatasi dengan berkat dan daya usaha dalam menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya. Alhamdulillah, kini tugasan kami berjaya dilaksanakan. Sepanjang pengalaman dalam menyiapkan tugasan ini telah banyak mendedahkan saya kepada ilmu sintaksis. Hasil pembacaan daripada pelbagai sumber telah mendedahkan saya kepada ilmu-ilmu yang tidak pernah saya ketahui terutamannya berkenaan dengan ayat komplemen, unsur keterangan, kata bantu dan sebagainya yang mungkin saya telah terlepas pandang. Oleh itu, kesukaran dan hasil pembacaan yang dilakukan secara konsisten sepanjang melaksanakan tugasan ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan saya berkenaan dengan analisis ayat dalam ilmu sintaksis, malah ianya juga berjaya membentuk perkembangan diri individu daripada aspek lain, iaitu kemahiran sosial. Hal ini kerana tugasan yang dikehendaki dilaksanakan secara bertiga dalam satu kumpulan bukan sahaja memerlukan komitmen yang tinggil, malah kerjasama yang utuh juga

perlu dalam kalangan ahli agar konsistensi atau ketekalan dalam perlaksanaan tugasan itu tidak terbantut. Peningkatan dari aspek sosial ini mewakili sikap kerjasama antara ahli kumpulan yang mana masing-masing akan berusaha untuk belajar erti kerjasama dan toleransi dalam memastikan objektif tugasan itu tercapai. Toleransi yang telah dicapai dalam ahli kumpulan adalah semasa pembahagian tugasan yang mana dalam kalangan ahli kumpulan merelakan diri dalam menggabungkan dan melakukan penambahbaikkan sekiranya semua ahli telah siapkan bahagian mereka. Pengalaman melaksanakan tugasan ini juga banyak mengajar saya erti kesabaran dalam melaksanakan tugasan, ianya memerlukan kemahiran dan

kebijaksanaan serta penelitian ayat-ayat secara tajam dan ianya bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya ianya memerlukan kesabaran yang tinggi kerana dalam pengenalpasti ayat memerlukan masa yang agak lama sekiranya berhadapan dengan ayat kompleks dan ayat majmuk. Hasil usaha dan berkat kesabaran yang tinggi membuahkan hasil dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Tugasan yang mencabar ini juga berjaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berfikir terutamanya berkenaan dengan kemahiran analisis ayat yang mana ianya memerlukan daya pemikiran yang kritis dan analitikal dalam mengenal pasti jenis ayat yang dikenal pasti, terutamanya ayat kompleks yang mungkin asalnya daripada ayat mudah. Sebagai seorang bakal guru yang mengajar bahasa Melayu perlu mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal terutamanya dalam bidang sintaksis agar murid-murid sedar dan mengenal pasti akan struktur yang betul dalam sesuatu ayat sama ada betul atau salah, beserta dengan jenis ayat tersebut. Tugasan ini juga telah memberi kesedaran kepada saya agar sentiasa peka terhadap peranan saya sebagai guru bahasa melayu yang perlu sentiasa mantap dalam kemahiran bahasa terutamanya apabila masyarakat mula memerlukan kemahiran guru bahasa dalam membantu meningkatan literasi mereka. Kemantapan bahasa tersebut bukan sahaja kefasihan dalam berbicara, sebaliknya ianya juga turut merangkumi kemahiran guru dalam bidang seperti sintaksis dan morfologi. Keperluan guru dalam

memantapkan pengetahuan bahasanya khususnya binaan ayat ini sekaligus dapat membentuk anak bangsa yang mempunyai keupayaan literasi yang tinggi yang mana mampu bersaing di persada antarabangsa. Kesimpulannya, hasil pembacaan yang dilakukan sedikit sebanyak telah mendedahkan kepada berkenaan dengan ilmu sintakis dan pengetahuan berkaitan dengan struktur ayat. Sebagai seorang bakal guru bahasa, saya perlu mengambil tahu berkenaan dengan ilmu bahasa terutamanya dalam aspek tatabahasa iaitu sintaksis. Pengetahuan secara menyeluruh berkenaan dengan ilmu tatabahasa yang dihasilkan oleh sarjana bahasa kita iaitu Nik Safiah Karim dan sarjana bahasa lain perlu difahami dan dikuasai oleh guru bahasa seperti saya. Saya berharap tugasan yang dilaksanakan ini sedikit sebanyak telah berjaya membantu saya dalam penguasaan ilmu berkenaan di samping membentuk perwatakan guru yang lebih baik dalam diri saya.

You might also like