You are on page 1of 3

TAMADUN INDUS PEMBINAAN TAMADUN Pengurusan pemerintahan dan pentadbiran tamadun

o o

Jenis, ciri dan bentuk pentadbiran Proses perkembangan LokasiTamadun Indus tamadun terawal di India terletak di Lembah Indus disaliri oleh Sungai Indus juga dikenali sebagai tamadun Harappa bersempena dengan nama Bandar utama tamadun ini terletak di bahagian baratlaut India.

Kerangka Masa Tamadun Indus muncul di sekitar tahun 2500 S.M. dan merosot pada 1800 S.M. Kehancuran tamadun ini masih tidak dapat dikenalpasti antara pendapat kehancuran ialah serangan Orang Aryan serta bencana alam seperti kemarau, banjir, dan gempa bumi.

CIRI-CIRI TAMADUN INDUS Petempatan kekal yang wujud di lembah ini telah membawa kepada pembentukan bandarterancang. Pembentukan yang terancang dan terbahagikepada 2 bahagian dan dikelilingi tembok Bahagian utama pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan.

Bahagian kedua kawasan perumahan dan disusun berasaskan blok berbentuk segiempat Bandar-bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segiempat Setiap blok dipisahkan satu rangkaian jalanraya dan lurus. Bersambung antara satu sama lain Perancangan bandarnya dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan, serta sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.

Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang. Selain jalanraya, Bandar juga dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan.

Tamadun Indus tidak meninggalkan maklumat dan sumber yang jelas tentang organisasisosialnya.

Tinggalan Bandar terancang tamadun Indus Tinggalan rumah di tepi jalan dalam tamadun Indus Tinggalan tempat mandi awam (The Great Bath) Menurut jumpaan arkeologi ,masyarakat Lembah Indus terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan atasan dan bawahan. Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang. Kelas atasan utama ialah pendeta. Para pendeta mempunyai kuasa dan pengaruh besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutamanya kegiatan keagamaan.

Oleh sebab tiada bukti kewujudan raja, maka, sejarahwan berpendapat bahawa tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta. Golongan bawahan pula terdiri daripada petani dan buruh. Golongan petani menjalankan aktiviti petanian dan menyalurkan sebahagian daripada hasil tersebut kepada pihak berkuasa. Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan bandar, membina tembokdi benteng, dan membina terusan

Susun lapis masyarakat tamadun Indus. Masyarakat di Lembah Indus juga mempunyai pengkhususan pekerjaan yang jelas terutamanya dalam bidang ekonomi. kegiatan ekonomi seperti perdagangan, petanian, pertukangan dan pembuatan luar termasuklah dengan Mesopotamia dijalankan Hubungan dagang antara kedua-dua tamadun dapat dibuktikan melalui penemuan cop mohor buatan masyarakat Lembah Indus di Mesopotamia.

Contoh hasil perdagangan termasuklah emas, gading gajah, manik, dan hasil pertanian. Petani pula menjalankan aktiviti bercucuk tanam terutamanya bagi tanaman makanan Cth: barli, kacang Selain petani dan pedagang, ada ahli masyarakat yang menjadi artisan mereka terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam dan barangan tembikar

Masyarakat tamadun ini dikenalpasti telah mempunyai satu amalan agama. Ini dibuktikan dengan penemuan patung dan ukiran yang mempunyai unsur keagamaan. Antara penemuan penting ialah sebuah patung proto-Siva. Kewujudan objek proto-Siva ini menjadi sangat penting terutama dari sudut perkaitannya dengan agama Hindu kemudiannya.

Masyarakat dalam tamadun ini juga percaya kepada Tuhan Ibu. Perkara ini dipercayai telah diwarisi daripada kebudayaan yang lebih awal (turut berlaku dalam masyarakat yang mendiami Mesopotamia, Asia Kecil, Syria & Palestin) Masyarakat tamadun Indus telah mempunyai satu sistem tulisan yang berbentuk piktograf sehingga hari ini, tulisan tamadun Indus masih lagi menjadi misteri dan masih belum dapat ditafsirkan.

Tulisan pada mohor yang dijumpai ditapak arkeologi tamadun Indus. BENTUK PENTADBIRAN Dalam tamadun awal India ( Tamadun Sungai Indus) yang bermula pada tahun 2500 SM, pemimpin adalah dari golongan pendeta dan berkuasa mutlak ( kerajaan bersifa teokrasi). Ini bermakna, India pada masa itu belum lagi melaksanakan pemerintahan beraja.

PROSES PEMBENTUKAN Di bahagian baratlaut India telah wujud penduduk yang mengamalkan kehidupan secara nomad. Penduduk ini kemudian telah membentuk petempatan kekal disepanjang Sungai Indus. Petempatan kekal wujud disebabkan oleh Sungai Indus membekalkansumber air dan dapat menyubuhkan tanah.

Penduduk yang menyesuaikan diri dengan alam sekitartelahmeningkatkan penghasilan pertanian yang menambah jumlah penduduk. Faktor-faktor ini juga menyumbang kepada perkembanganbandar. Dua Bandar utama terbentuk ialah Mohenjo-daro dan Harappa. Lothal danSutkagen Dor merupakan Bandar pelabuhan penting.

You might also like