You are on page 1of 8

Sistem cas menggunakan dua kaedah penukaran tenaga mekanik daripada enjin kepada satu aliran

arus elektrik. Sistem cas berfungsi untuk membekalkan kuasa kepada semua alatan elektrik dalam kenderaan semasa enjin dihidupkan. Selain itu ia juga berfungsi untuk mengecas kembali bateri agar bateri kenderaan dalam keadaan cas penuh dan boleh mengeluarkan arus apabila diperlukan. Fungsinya ; 1. membekallkan arus elektrik kepada semua peralatan elektrik kenderaan 2. mengecas bateri agar sentiasa berada dalam cas penuh

Jenis-Jenis Sistem Cas


Terdapat dua jenis sistem cas iaitu 1. Sistem cas jenis pengulangalik menggunakan alternator 2. Sistem cas jenis a.t menggunakan generator (janakuasa)

Sistem Cas Pengulangalik Alternator


o o Ia dikenali juga sebagai janakuasa a.u. Pengulangalik pada kenderaan telah diubahsuai bagi o mengubah a.u kepada a.t melalui

pepasangan diod Fungsi utama pengulangalik adalah untuk i. membekalkan kuasa elektrik kepada semua peralatan elektrik di dalam kenderaan ii. o mengecas semula bateri Ketika kendalian kelajuan biasa, pengulangalik akan mengeluarkan arus 30 10 A. dan ketika kendalian kelajuan melahu, pengulangalik akan mengeluar arus 5 10 A.

Pendawaian sistem cas ulang alik

b. Komponen Pengulangalik Alternator


1. Dua pasang kerangka hujung - Kerangka hujung diperbuat daripada aloi aluminium. - Kerangka hujung hadapan dipasang di bahagian hadapan pemutar dan juga pemegang kepada pepasangan pemegun Pada bahagian hadapan kerangka hujung ini terdapat satu kipas penyejuk dan kapi (puli).

2. Pepasangan Pemutar - Merupakan ketulan belitan gegelung dawai yang dipasangkan ke dalam satu buku bongkol besi lembut. - Pepasangan ini mempunyai satu teras dan merupakan aci pemutar.

3. Pepasangan Pemegun - Ianya dipasang di antara dua kerangka hujung. - Terdiri daripada belitan dawai yang dilingkarkan ke lapisan teras besi lembut. Terdapat tiga hingga enam dawai disambungkan ke pepasangan diod. - Pemegun biasanya diperbuat dengan tiga belitan berasingan..

Dua jenis penyambungan tiga belitan iaitu penyambungan delta dan penyambungan Y

4. Gelang Gelincir - Terdapat dua set gelang gelincir yang diperbuat daripada tembaga dan dipasangkan ke hujung belakang pemutar. - Merupakan tempat di mana berus karbon ditetapkan. - Ia disambungkan ke penyambungan pemutar

5. Pepasangan Diod - Diod merupakan satu alat yang mengubahkan a.u kepada arus terus. Ia membenarkan arus mengalir dalam satu arah sahaja. - Pepasangan diod ini dipasang ke kerangka hujung belakang.

Sistem Cas a.t Janakuasa

Litar Pendawaian Sistem Cas Janakuasa

a. Komponen Utama Janakuasa 1. Dua pasang kerangka hujung - Kerangka hujuan hadapan untuk pemacu dan kerangka hujung belakang dikenali kerangka hujung penukar tertib. 2. Kuk dengan Gelung Medan - Kuk berbentuk selinder. Gegelung medang dipasangkan di dalamnya dan dipegang oleh kekasut kutub

3. Angker - Terdiri daripada belitan dawai yang dilingkarkan ke teras besi lembut. Ia dipasangkan melalui satu galas (bearing) jenis bebola pada hujung pacuan dan galas jenis sesendal dihujung penukar tertib. 4. Pepasangan Penukar tertib - Diperbuat daripada tembaga. Ia menghubungkan tiap hujung belitan dawai angker. 5. Pepasangan Berus Karbon - Ianya dipasangkan ke penukar tertib. - Terdapat dua jenis berus karbon iaitu i. ii. Berus karbon positif disambungkan ke tamatan angker. Berus negatif disambungkan ke bumi.

Sistem Cas Janakuasa o Komponen utama sistem cas janakuasa ialah a. Janakuasa b. Regulator c. Bateri ammeter

d. Lampu penunjuk e. Litar pendawaian o o Regulator berfungsi untuk mengawal pengeluaran arus oleh janakuasa dan mencegah arus bateri kembali ke janakuasa. Regulator terdiri daripada tiga geganti ; a. Regulator voltej - mengawal arus agar tidak melebihi had maksimum yang diperlukan b. Regulator arus - mengawal janakuasa daripada mengeluarkan arus yang berlebihan c. Geganti kataut - menghalang arus masuk semula ke janakuasa

SOALAN :

1. Mengapakah janakuasa AU memerlukan diod ? 2. Nyatakan perbezaan dalam pembinaan di antara penjana AT dan penjana AU 3. Apakah fungsi ketaut ? 4. Namakan dua jenis lilitan angker penjana AT I. II. .. .

5. Namakan dua jenis alat atur voltej bagi penjana AU I. II. .. .

6. Mengapakah penjana AU tidak dikutubkan ? 7. Apakah fungsi alat atur voltej ? 8. Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi kekuatan elektromagnet I. II. .. .

9. Apakah fungsi komutator dalam penjana AT 10. Namakan dua jenis sambungan diod di dalam penjana AU I. II. .. .

11. Namakan alat yang digunakan untuk mengelakkan bateri dari membuang cas kepada penjana AT 12. Dimanakah letaknya diod pada sistem pengecas 13. Nyatakan satu kesan yang mungkin timbul jika terminal bateri dipasang terbalik pada kenderaan yang menggunakan penjana AU 14. Nyatakan satu sebab mengapa mika pada komutator perlu dipotong alur 15. Nyatakan dua jenis sambungan stator yang terdapat pada alternator I. .. II. . 16. Dengan menggunakan dua lakaran yang mudah tunjukkan perbezaan asas antara generator dan alternator.

17. Nyatakan dua faktor yang boleh mempengaruhi keupayaan sistem pengecas. I. .. II. . 18. Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi amaun arus yang dihasilkan oleh satu penjana I. .. II. . 19. Apakah fungsi pengatur dalam sistem cas ? 20. Nyatakan dua kelebihan penjana AU berbanding dengan penjana AT I. .. II. . 21. Namakan komponen yang menghalang arus mengalir dari bateri ke penjana berikut dalam sistem cas semasa enjin dimatikan. a) Janakuasa : b) Alternator :

You might also like