You are on page 1of 17

JELASKAN POLA MIGRASI YANG TERDAPAT DI ASIA TENGGARA DAN BINCANGKAN SEBAB

BERLAKUNYA MIGRASI
TERSEBUT

MIGRASI
Migrasi ialah penghijrahan seseorang dari suatu tempat ke tempat yang lain dengan tujuan menetap secara sementara atau kekal. Migrasi melintasi sempadan kawasan, negeri, negara, atau antarabangsa.

Terdapat dua jenis migrasi iaitu


Migrasi dalaman- Migrasi dalaman ialah penghijrahan penduduk yang melintasi sempadan kawasan atau negeri

Migrasi antarabangsa- Migrasi antarabangsa ialah


penghijrahan penduduk dari sebuah negara ke negara lain dan melintasi sempadan antarabangsa.

POLA MIGRASI
Pola Migrasi ialah arah aliran perpindahan atau perhijrahan penduduk . Terdapat 4 jenis pola migrasi - Luar bandar ke bandar - Luar bandar ke luar bandar - Bandar ke bandar - Bandar ke desa

1. Luar bandar ke bandar


Definisi
Migrasi ini juga dikenali sebagai migrasi desa bandar. Kawasan bandar yang selalu menjadi tumpuan

penduduk ialah bandar, bandar raya dan kawasan


perindustrian. Migrasi penduduk ke bandar menyebabkan

pertumbuhan bilangan penduduk di kawasan bandar.

FAKTOR
1. Peluang pekerjaan

Penduduk dari luar bandar berhijrah ke kawasan bandar besar seperti


Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih baik dan banyak. Di bandar, kadar upah pekerjaan juga adalah lebih tinggi berbanding dengan kadar upah di luar bandar kerana taraf hidup di bandar adalah lebih tinggi daripada luar bandar. Kestabilan politik membolehkan Malaysia membangun dengan pesat dan menggalakkan pelabur asing melabur di Malaysia. Keadaan ini dapat memperkembangkan ekonomi negara dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk. Oleh itu, terdapat ramai penduduk dari luar bandar suka berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan.

Kemudahan infrastruktur

Kawasan bandar mempunyai kemudahan asas yang lebih lengkap berbanding dengan kawasan luar bandar. Bekalan air dan elektrik, sekolah sistem jaringan jalan raya dan hospital di bandar berbanding kawasan luar bandar yang mundur. Oleh itu, penduduk luar bandar suka berhijrah ke bandar untuk menikmati kemudahan asas di bandar.

Institusi pengajian tinggi di Malaysia, kebanyakannya didirikan di


kawasan bandar seperti Universiti Malaya di Kuala Lumpur, Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi, Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang dan Universiti Teknologi Malaysia di Skudai, Johor. Golongan pelajar terpaksa berhijrah ke bandar untuk melanjutkan pelajaran mereka.

masalah bencana alam Ini adalah kerana bencana alam seperti banjir boleh berlaku beberapa kali dalam setahun dan menyusahkan hidup

penduduk. Oleh itu, penduduk luar bandar


lebih suka berpindah ke bandar kerana bandar mempunyai pelbagai kemudahan untuk mencegah banjir.

Migrasi penduduk dari luar bandar ke luar bandar


berlaku antara negeri atau dalam negeri dan juga dikenali sebagai migrasi antara desa. dari kawasan luar bandar yang kurang maju

faktor
dasar kerajaan
rancangan pembangunan tanah yang dirancangkan oleh agensi-agensi kerajaan seperti: (a) Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) (b) Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) (c) Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)

(d) Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)


(e) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)

Agensi-agensi ini dapat memajukan kawasan luar bandar dengan membuka tanah-tanah untuk tujuan pertanian. Membasmi kemiskinan dan mengimbangkan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar.

Migrasi bandar ke bandar


Dikenali sebagai migrasi antara bandar. Terdapat 3 trend iaitu pertama, migrasi dari bandar kecil ke bandar yang sederhana besar seperti dari Mentakab ke Kuantan Kedua, migrasi dari bandar yang sederhana besar ke bandar yang lebih besar seperti dari Kuantan ke Kuala Lumpur Ketiga, migrisi dari bandar besar ke bandar kecil seperti dari Kota Kinabalu ke Semporna

Faktor
Perkembangan industri dalam industri perkilangan. Contoh: Dari Georgetown/ Sungai Petani ke Seberang Prai.

Selain itu turut berlaku akibat penghijrahan pelajar untuk melanjutkan pelajaran & juga para pekerja yang bertukar profesion atau bertukar pekerjaan.

Migrasi bandar ke luar bandar


Boleh dikatakan migrasi jenis ini jarang berlaku.
Berlaku bagi sesetengah penduduk sahaja Kesan positif dapat mengimbangi pembangunan ekonomi luar bandar. dapat mengurangkan kesesakan penduduk & mengurangkan persaingan pekerjaan di bandar

faktor
Golongan pesara pesara polis/tentera & penjawat awam yang telah bersara untuk habiskan usia di luar bandar. menikmati hidup yang lebih segar di luar bandar

pembangunan pesat di bandar banyak rumah dirobohkan diganti dengan bangunan pencakar langit/ bangunan komersial terpaksa mencari tapak kediaman baru

kesimpulan

You might also like