You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGKAT LARUT

JALAN AYER KUNING


34850, CHANGKAT JERING
PERAK DARUL RIDZWAN

BORANG LAPORAN / MINIT CURAI

NAMA PEGAWAI : MASTURA BINTI MURAD


PERKARA : BENGKEL GURU BAHARU DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA TAHUN 2020
TARIKH : 28 JULAI – 29 JULAI 2020
MASA : 8.00 PAGI – 5.00 PETANG
TEMPAT : PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA
ANJURAN : PPD LMS

CATATAN MINIT :

HARI PERTAMA ( 28 JULAI 2020 - SELASA )

TAKLIMAT OLEH : EN MOHAMMAD RAVI JC B. ABDULLAH (TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH


BAHAGIAN PERANCANGAN ).

1. Sesi perkenalan dengan pegawai-pegawai yang berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan
Selama.
2. Penerangan secara ringkas berkaitan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan
Negeri Perak.
TAKLIMAT OLEH : CIK NAZILAH BINTI N. ANVER BATCHA ( PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
BAHAGIAN PERANCANGAN).

1. Guru diterangkan berkenaan isu-isu strategik yang selalu dihadapi di dalam dunia pendidikan seperti hal
berkaitan akademik, sokongan infrastruktur sekolah, pengurusan, kualiti kepimpinan sekolah, kualiti PDPC guru-
guru, penglibatan ibu bapa / komuniti dan hal-hal berkaitan kehadiran murid.
2. Taklimat berkaitan salah laku yang sering terjadi dalam kalangan penjawat awam khususnya guru-guru seperti
masalah pengurusan integriti, kesalahan mengemukakan dokumen palsu Ketika membuat tuntutan, kesalahan

gangguan seksual, kesalahan melakukan pekerjaan luar dari bidang tanpa kebenaran Ketua Jabatan, etika
berpakaian penjawat awam dan hal-hal berkaitan perisytiharan harta.
3. Perkongsian tentang ciri-ciri dan perwatakan guru yang berkualiti seperti memiliki kemahiran dalam bidangnya,
mampu mewujudkan komunikasi yang berkesan, memiliki kawalan kelas yang baik,mempunyai pengetahuan
tentang
beberapa aspek termasuklah pedagogi, kandungan subjek yang diajar dan sebagainya.

TAKLIMAT OLEH : EN. AMIR SAYUTI B. ABDUL HANIP ( PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN
DAERAH BAHAGIAN PERANCANGAN ).

1. Sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDP). Setiap kumpulan dikehendaki membuat pembentangan bertajuk “ My
Dream’s School” dan menerangkan ciri – ciri sekolah yang diinginkan pada masa akan datang.
BENGKEL DITANGGUHKAN PADA PUKUL 5.00 PETANG

HARI KEDUA ( 29 JULAI 2020 – RABU)

TAKLIMAT OLEH : EN. OSMAN B. HJ. IBRAHIM ( PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH UNIT
KOKURIKULUM
BAHAGIAN PEMBANGUNAN BAKAT MURID ).

1. Guru – guru baharu didedahkan dengan peranan dan bidang tugas-tugas khas seperti skop tugas guru disiplin,
guru SPBT, guru biasiswa, guru kelas dan guru bimbingan kaunseling.
2. Guru – guru diharapkan supaya dapat bergerak aktif dan memberi sumbangan kepada kejayaan sekolah
terutama dalam aspek kokurikulum .

TAKLIMAT OLEH : CIK NORHAILI BINTI MOHD KASSIM ( TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
BAHAGIAN PEMBELAJARAN ) .

1. Guru-guru didedahkan dengan bahan sokongan sektor pembelajaran yang boleh didapati di
https://www.anjungilmuguruperak.blogspot.com.
2. Penerangan tentang tinjauan kaedah pembelajaran yang diminati murid seperti 80.8 % murid memilih untuk
bersetuju jika guru memberi kerja projek mengenai topik yang telah diperoleh dan nota daripada internet menjadi
pilihan diikuti dengan Buku Teks. Murid juga lebih memilih kerja projek berbentuk permainan diikuti buku skrap
berbanding model dan video pendek
TAKLIMAT OLEH : BAHAGIAN KEWANGAN, INFRASTRUKTUR DAN PEROLEHAN

1. Guru-guru diingatkan supaya menyemak e-penyata gaji.


2. Guru-guru perlu memastikan supaya menyemak Buku Rekod Perkhidmatan sekurang-kurangnya 2 kali setahun
supaya tiada sebarang kesilapan yang akan menjejaskan hal-hal berkaitan kenaikan tahunan gaji dan pencen.

BENGKEL TAMAT PADA PUKUL 1.00 TENGAH HARI

Disediakan oleh,

…………………………………..

( MASTURA BINTI MURAD )

You might also like