You are on page 1of 38

1.

0 Pengenalan Sejarah Bahasa Melayu

Sejarah Melayu merupakan karya sastera sejarah Melayu yang terkenal dalam kalangan rakyat di Malaysia. Karya ini berjaya memaparkan sejarah keagungan bangsa Melayu yang penuh dengan pelbagai pencapaian. Salah satu daripadanya ialah penggunaan bahasa Melayu yang begitu baik dan berkesan yang berjaya menceritakan pelbagai kehebatan dan keagungan bangsa Melayu pada zaman tersebut. Naskhah asalnya telah diterbitkan di Singapura oleh Malaya Publishing House. Naskhah ini merupakan antara naskhah standard yang telah ditemui oleh sejarawan yang telah dicetak dan disalin semula oleh Shellabear pada tahun 1896 di Singapura . Bahkan menurut penulis tersebut, karya ini merupakan karya kedua dari suatu siri tentang sejarahsejarah Melayu yang penting dan karya ini telah diterjemah ke dalam pelbagai bahasa dunia yang lain seperti Perancis dan Belanda.

Karya Sejarah Melayu dari segi bahasanya, Nik Sofiah Haji Karim memberikan pandangan sebagai yang berikut: ( Nik Sofiah Haji Karim, 1985:8): mengenai jenis ayat yang digunakan, saya akan mengambil kesimpulan yang dibuat oleh Awang Sarin. Awang Sarin menyatakan bahawa secara menyeluruh Salatussalatin mempunyai kecenderungan menggunakan ayat majmuk lebih banyak daripada ayat mudah dan ayat transformasi satu dasar.

Pendekatan terhadap Sejarah Melayu dari segi bahasa tidak begitu kerap dicuba sebaliknya, ia boleh dianggap sebagai biasa dimulakan seperti yang dapat dilihat dalam kertas kerja Nik Sofiah Haji Karim iaitu ciri-ciri bahasa Melayu lama : satu pendekatan linguistik.

2.0

Sejarah Melayu dalam aspek Penggunaan Kata.

Kata ialah unit bahasa yang terkecil yang mengandungi makna lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat. Unsur yang membentuk perkataan ialah morfem, iaitu unit terkecil dalam bahasa yanga mempunyai fungsi gramatis atau menjalankan tugas nahu. Morfem terbahagi kepada morfem bebas dan morfem terikat. Morfem bebas ialah morfem yang dapat berdiri sendiri sebagai suatu kata atau ayat minimum manakala morfem terikat memerlukan morfem lain untuk membentuk perkataan .

Contoh morfem bebas dalam teks Sejarah Melayu ialah emas, raja dan hati. Manakala contoh morfem terikat pula ialah ber dalam perkataan berangkatlah, di i membentuk perkataan dianugerahi, per.an membentuk perkataan perbendaharaan dan sebagainya.

Dalam bahasa Melayu terdapat empat golongan kata, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas.

2.1

Kata Nama Dalam Karya Sejarah Melayu

Kata nama ialah sejumlah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama. Kata nama boleh berperanan sebagai subjek dan predikat mengikut situasi ayat atau cerita yang hendak disampaikan oleh penutur. Begitu juga dalam Hikayat Sejarah Melayu ini. Namun begitu, kata nama ini begitu luas untuk dijelaskan. Justeru, kata nama telah dibahagikan kepada kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama.

2.1.1

Kata Nama Khas Dalam Karya Sejarah Melayu

Kata nama khas ialah kata nama yang mendukung makna rujukan khas kepada sesuatu benda atau orang. Huruf pertama kat nama ini ditulis dengan huruf besar. Kata nama khas dapat dibahagikan kepada kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup terbahagi pula kepada dua kumpulan iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia.

Contoh kata nama khas yang terdapat dalam karya Sejarah Melayu boleh dilihat dalam rajah 1 di bawah.

Rajah 1

KATA NAMA KHAS

Hidup

Tak hidup

Contoh: Makaduniah, Hindi, Turkistan

Manusia Contoh: Raja Iskandar, Raja Kida Hindi,, Nabi Ibrahim

Bukan manusia Contoh: Corek Mandang Kini, Lembuara

KATA NAMA AM

Hidup

Tak hidup

Manusia Contoh: raja, puteri,anak , cucu

Bukan manusia Contoh: malaikat, lembu putih,padi

Institusi Contoh: istana,

Bukan institusi konkrit Contoh: negeri, jalan, sungai, kampung

Bukan institusi abstrak berbilang Contoh: santapan, pakaian

Bukan institusi abstrak tak berbilang Contoh: angin,roh kuasa

Kata Ganti Nama

Kata Ganti Nama Tunjuk Contoh: begini, itu, ini

Kata Ganti Nama Diri

Kata Ganti Nama Diri Tanya Contoh: apa, siapa, mana

Kata Ganti Nama Diri Orang

Pertama Contoh: patik, beta

Kedua Contoh: kalian

Ketiga Contoh: baginda, nya

Cara Contoh:laju

Sifat / Keadaan Contoh:pandai

JENIS KATA ADJEKTIF

Perasaan Contoh:gembira

Warna Contoh: kuning

Pancaindera

sentuh Contoh:halus Bau Contoh: harum Rasa Contoh: manis Pandang Contoh: cantik Dengar Contoh: merdu Gabungan Contoh: bersih

Ukuran Contoh:panjang

Waktu Contoh:lama

Jarak Contoh:jauh

1. Bentuk Kata

Tunggal

Terbitan

Majmuk

Ganda

2. Proses Pembentukan Kata

Pengimbuhan

Pemajmukan

Penggandaaan Rajah di atas menunjukkan golongan kata dalam bahasa Melayu. Interaksi P&P Yang Berkualiti. Aktiviti Kokurikulum Yang Berkesan. Pembentukan Sahsiah Guru Yang Mantap. Pengurusan Dan Perkembangan Sumber Manusia Yang Efektif. Penyediaan Persekitaran Yang Kondusif.

2.1.2

Kata Nama Am Dalam Karya Sejarah Melayu

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, orang atau konsep yang bersifat umum. Pembahagian kata nama am boleh ditunjukkan dalam rajah 2 di bawah. Rajah 2

2.1.3

Kata Ganti Nama Dalam Karya Sejarah Melayu

Kata ganti nama ialah kata yang menggantikan kata nama am atau kata nama khas. Pembahagian kata ganti nama ditunjukkan dalam rajah 3 di bawah. Rajah 3

2.1.4

Kata Kerja Dalam Karya Sejarah Melayu

Kata kerja ialah sejumlah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja. Kata kerja dibahagikan kepada kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif.

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut selepasnya. Oleh itu, kata kerja tak transitif tidak dapat dipasifkan. Kata kerja tak transitif dibahagikan kepada dua iaitu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa diikuti pelengkap. Contoh: .anak raja Bentan itu terlalu amat berkasih-kasihan. itulah sebabnya maka beta hendak pergi.

Kata kerja tak trasitif tanpa pelengkap boleh ditambah unsur keterangan seperti yang berikut: Contoh: ..maka baginda pun turun bermain ke pasir.

Kata kerja tak transitif berpelengkap memerlukan pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur-unsur yang menjadi pelengkap boleh terdiri daripada kata adjektif, frasa sendi nama dan kata nama. Contoh: Kata sahibul hikayat, maka trsebutlah perkataan raja di benua Keling , Adi Wiranama Raja Mudeliar namanya, asalnya daripada anak cucu Raja Suran, raja di negeri Bija Nagara.

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek yang terdiri daripada frasa nama untuk menyempurnakan maksudnya. Kata kerja ini terbahagi kepada kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif. Contoh: Maka berapa puluh raja-raja datang meminang, tiada diterima oleh Raja Jambuga Rama Mudeliar, katanya Bukan bangsaku. Dipinang oleh raja kebanyakan ini bukan padannya.

Kata kerja transitif aktif boleh menggugurkan objeknya sekiranya kata kerja tersebut membawa makna adjektif. Contoh: Telah itu maka oleh Paduka Seri Pikrama Wira,ananda baginda Raja Muda dikahwinkan baginda dengan anak

Tun Perpatih Permuka Berjajar; terlalu sangat berkasihkasihan.

2.1.5

Kata Adjektif dalam Karya Sejarah Melayu

Kata adjektif atau kata sifat ialah kata yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Kata adjektif boleh dikenal pasti melalui cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Contoh: terlalu hairan. ..terlalu sekali besar .

Berdasarkan makna yang didukung oleh sesuatu adjektif, kata-kata adjektif boleh dibahagikan kepada jenis-jenis seperti yang berikut:

Kata adjektif dapat digunakan untuk menyatakan tiga darjah perbandingan, iaitu darjah biasa, darjah bandingan, dan darjah penghabisan.

2.1.6

Kata Tugas Dalam Karya Sejarah Melayu

Kata tugas tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat, baik predikat frasa nama, frasa kerja ataupun frasa adjektif. Kata tugas mempunyai tugas-tugas tertentu dalam pembinaan sesuatu frasa, klausa dan ayat.

Berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, kata- kata tugas boleh dikelompokkan kepada:

1. kata penyambung ayat 2. kata praklausa 3. kata prafrasa 4. kata pascakata 5. kata supraayat

Kata penyambung ayat ialah kata hubung yang terbahagi kepada: a. kata hubung gabungan (kata hubung setara) b. kata hubung pancangan (kata hubung tak setara)

Kata hubung gabungan menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Contoh kata hubung gabungan ialah dan, atau, manakala, tetapi, lalu dan sebagainya.

Contoh penggunaan kata hubung dalam karya Sejarah Melayu:

Telah berapa hari di jalan, sampailah ke Majapahit; maka ia pun naik menghadap Betara Majapahit persembahkan surat dan kiriman raja Singapura itu.

Kata hubung pancangan menyambung klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama (klausa induk). Kata hubung pancangan terbahagi kepada:

a. Kata hubung pancangan relatif. b. Kata hubung pancangan komplemen. c. Kata hubung pancangan keterangan.

Kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif digunakan untuk menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Kata relatif yang digunakan ialah yang.

Contoh penggunaan kata hubung pancangan relatif dalam karya Sejarah Melayu:

Maka dititahkan Betara Majapahit seorang hulubalang yang besar akan panglimanya, Demang Wiraja namanya.

Kata hubung pancangan komplemen atau ringkasnya kata komplemen digunakan untuk menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Kata komplemen yang digunakan ialah bahawa dan untuk.

Contoh penggunaan kata hubung pancangan komplemen dalam karya Sejarah Melayu:

I`LAM, ketahui olehmu, kepada zaman dahulukala dan pada masa yang telah lalu, kata yang empunya cerita, bahwa Raja Iskandar, anak Raja Darab, Rum bangsanya, Makaduniah nama negerinya, Zulkarnain gelarannya, sekali peristiwa baginda berjalan hendak melihat matahari terbit; maka baginda sampai pada serokan negeri Hindi.

Kata hubung pancangan keterangan atau ringkasnya kata hubung keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama. Contoh kata hubung keterangan: a. keterangan sebab: kerana, lantaran, oleh sebab b. keterangan syarat: sekiranya, kalau , jikalau, andai kata, jika c. keterangan akibat: hingga, sehingga d. keterangan waktu: sementara, ketika, setelah, tatkala, semasa, sewaktu, apabila, sebelum, selepas e. keterangan pertentangan: walaupun, sungguhpun, kendatipun, meskipun, biarpun, sekalipun f. keterangan tujuan: agar, supaya, untuk g. keterangan cara: dengan h. keterangan bandingan: seolah-olah, seperti

Kata praklausa ialah kata yang hadir di hadapan klausa , contoh kata praklausa ialah kata seru, kata Tanya, kata perintah, kata pembenar dan kata pangkal ayat.

Kata seru digunakan untuk melahirkan pelbagai perasaan dan menghasilkan ayat seruan.

Contoh kata seru ialah aduh, cis, celaka, wah, aduhai, amboi, eh, oh dan wahai.

Kata tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu. Contoh kata tanya ialah mengapa, berapa, bila dan bagaimana. Kata tanya hadir sebagai predikat atau sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kata tersebut perlu disertai partikel kah. Kata tanya boleh dalam bentuk kata ganti nama seperti apa, siapa dan mana.

Contoh penggunaan kata tanya dalam karya Sejarah Melayu: Maka sembah utusan itu, Bukan demikian kehendak paduka kakanda itu; adakah orang yang pandai di bawah duli paduka sangulun yang demikian?

Kata perintah ialah kata yang digunakan dalam ayat perintah untuk menimbulkan suatu tindak balas. Contoh kata perintah ialah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap. Contoh penggunaan kata perintah dalam karya Sejarah Melayu: Maka sembah Tun Perpatih Pandak, Tuanku, kepada bicara patik janganlah ia kita adu; jikalau alah salah seorang, takut menjadi berselisih duli Tuanku dengan paduka adinda.

Kata pembenar digunakan untuk mengesahkan sesuatu pertanyaaan. Contoh kata pembenar ialah ya, benar dan betul.

Contoh penggunaan kata pembenar dalam karya Sejarah Melayu: Maka sembahnya, Ya Tuanku, jika ada kurnia duli Tuanku, empat ribu hulubalang beri akan patik, boleh patik tangkap Raja Semudra itu dengan hidupnya patik persembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan.

Maka sahut Maharaja Dewa Sura, Benarlah kata tuan hamba itu; tuan hambalah sempurna hamba.

Kata pangkal ayat hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Kata ini kerap digunakan dalam bahasa klasik dan jarang terdapat dalam bahasa moden. Contoh kata pangkal ayat ialah hatta, maka, syahadan, adapun, alkisah, kalakian, sebermula, sekali, peristiwa, arakian.

Kata prafrasa hadir di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja atau frasa adjektif. Kata prafrasa boleh dijeniskan kepada kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata sendi nama, kata arah dan kata bilangan.

Kata bantu bertugas membantu frasa kerja, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dengan menimbulkan makna-makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Kata bantu terbahagi kepada: a. kata bantu aspek b. kata bantu ragam

Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa sama ada masa lampau, masa kini atau masa hadapan. Contoh kata bantu aspek: telah, sudah , pernah, sedang, masih, akan dan belum.

Contoh penggunaannya dalam ayat: Setelah sampai ke darat, maka oleh Awi Dicu diisinya peti empat buah, empat orang hulubalang yang gagah.

Kata bantu ragam menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan seperti hendak, mahu, harus, mesti, boleh dan dapat.

Contoh penggunaannya dalam ayat: Maka segala hulubalang Semudra pun gemparlah, masing-masing menghunus senjatanya hendak berperang dengan orang Syahrun Nuwi.

Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dengan fungsinya untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif. Kata penguat terbahagi kepada kata penguat hadapan, kata penguat belakang dan kata penguat bebas. Contoh kata penguat hadapan: terlalu, paling, agak. Contoh kata penguat belakang: sekali, benar, nian. Contoh kata penguat bebas: amat, sangat, sungguh.

Contoh penggunaan kata penguat dalam ayat: Telah sampai ke negeri Syahrun Nuwi, maka Raja Semudra pundipersembahkan oleh Awi Dicu kepada Raja Syahrun Nuwi; maka Raja Syahrun Nuwi terlalu sukacita.

Kata penegas berfungsi memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Kata penegas terbahagi kepada dua: a. Yang hanya menegaskan frasa predikat atau bahagianbahagiannya. Contoh: -kah, -tah dan lah.

Contoh penggunaan dalam ayat: Kata sahibul hikayat, maka tersebutlah perkataan Raja Malikul Mansor di Semudra.

b. Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu subjek dan predikat. Contoh: juga, jua, pun, sahaja, lagi dan memang.

Contoh penggunaan dalam ayat: Maka baginda pun menyesal dirinya.

Kata nafi ialah kata yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat seperti frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kata nafi terdiri daripada kata bukan dan tidak. Kata bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama, manakala kata tidak menjadi unsur frasa kerja dan frasa adjektif.

Contoh penggunaan kata nafi dalam karya Sejarah Melayu: Maka tidaklah dapata orang berdiri adi pantai itu, lagi banyak mati.

Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif sekiranya kedua-dua frasa itu membawa maksud pertentangan maklumat.

Kata pemeri menjadi unsur pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Kata pemeri terdiri daripada kata ialah dan adalah. Kata ialah hadir di hadapan frasa nama dan menunjukkan persamaan atau ekuatif manakala kata adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama dan menunjukkan huraian atau kualitatif.

Contoh penggunaan kata pemeri dalam karya Sejarah Melayu: Syahdan Seri Rama itu panglima gajah, ialah asal ceteria; duduknya dekelek-kelekan kanan, sirihnya bertetampan.

Biasanya kata pemeri tidak boleh hadir bersama kata nafi kecuali dalam binaan kata nafi dan frasa adjektif. Kata pemeri juga tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja.

Kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau frasa nama dan berfungsi untuk merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain. Penggunaan katakata sendi nama digunakan untuk menunjukkan tempat, waktu, arah, menyatakan punca sesuatu, menyatakan sasaran, keterangan, kegunaan sesuatu, maksud, menyatakan perihal dan membawa pengertian tertentu. Contoh kata sendi nama : di, ke, dari, daripada, kepada, pada, untuk , bagi, demi , tentang, seperti,bagai, umpama, laksana, dengan, sejak, semenjak, terhadap, akan , oleh, hingga, sampai, dalam, dan antara.

Contoh penggunaan kata sendi dalam karya Sejarah Melayu: Adapun selama Sultan Mansor Syah di atas kerajaan itu, tiada Siam datang ke Melaka , dan orang Melaka tiada pergi ke Siam.

Sesetengah kata sendi nama selain berfungsi sebagai sendi nama juga mempunyai fungsifungsi lain seperti berfungsi sebagai kata kerja, kata adjektif, kata bantu dan kata arah.

Kata arah hadir sebelum frasa nama dan biasanya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Contoh kata arah ialah atas, antara, bawah, tepi, belakang,

tengah, dalam, luar, penjuru, sisi, sudut, segi, selatan, samping, timur, barat, hadapan, utara dan sebagainya.

Contoh penggunaan kata arah dalam karya Sejarah Melayu: Maka pada suatu hari gajah yang abernama Kuricak itupun dibawa oleh gembalanya mandi lalu dari hadapan penjara itu.

Kata bilangan ialah kata yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama. Kata bilangan terbahagi kepada: a. Kata bilangan tentu. Contoh: satu lima, seratus, seribu dan sebagainya. b. Kata bilangan tak tentu. Contoh: beberapa, segala, semua, para , sekalian, seluruh, banyak, sedikit dan sebagainya. c. Kata bilangan himpunan.

Contoh: berabad-abad,beratus-ratus, beribu-ribu, berjutajuta dan sebagainya. d. Kata bilangan pisahan. Contoh: masing-masing, tiap-tiap dan setiap. e. Kata bilangan pecahan. Contoh: setengah, suku, separuh dan sebagainya.

Kata pascakata ialah kata yang hadir selepas perkataan. Bentuk kata pasca kata yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah nya yang berfungsi sebagai kata penekan dan kata pembenda.

Contoh penggunaan kata pascakata dalam karya Sejarah Melayu: Maka dilihatnya kukunya kurang satu.

Kata supraayat ialah kata yang penggunaannya hanya jelas dalam hubungan antara ayat. Antara contoh kata supraayat ialah pun, juga, jua, pula dan sahaja.

Contoh penggunaan kata supraayat dalam karya Sejarah Melayu: Maka baginda pun terlalu sukacita, serta memberi persalin akan Tun Telanai dan Menteri Jana Putra, dan akan segala utusan Siam itu.

3.0 Ayat Dalam Karya Sejarah Melayu

Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Ayat boleh dijeniskan kepada ayat dasar dan ayat terbitan (transformasi) . Ayat terbitan pula terbahagi kepada ayat tunggal dan ayat majmuk.

3.1

Ayat Dasar

Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber untuk membentuk semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Berdasrkankonstituen subjek dan predikat, pola ayat dasar bahasa Melayu terdiri daripada empat pola sahaja, iaitu: a. Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN) b. Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK) c. Frasa Nama + Frasa Adjektif ( FN + FA) d. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)

3.2

Ayat Tunggal

Ayat tunggal merupakan ayat yang terbit daripada ayat dasar. Binaan ayat tunggal menyamai binaan ayat dasar sekiranya ayat tunggal itu ayat penyata. Ayat tunggal terbina

daripada satu klausa sahaja, iaitu mengandungi satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.

Konstituen subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada: a. subjek kata nama b. subjek kata ganti nama c. subjek kata kerja d. subjek kata adjektif

Konstituen predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada: a. Predikat frasa nama frasa nama itu boleh terbina aripada kata nama am, kata nama khas atau kata nama terbitan. b. Predikat frasa kerja frasa kerja itu boleh terbina daripada kata kerja asal, kata kerja terbitan, kata bantu + kata kerja + unsur keterangan. c. Predikat frasa adjektif d. Predikat frasa sendi nama

Contoh penggunaan ayat tunggal dalam karya Sejarah Melayu: a. b. Maka Sultan pun diam. Maka Seri Udani dijadikan Perdana Menteri.

Dengan berdasarkan intonasi dan tujuannya, ayat tunggal boleh dibahagikan kepada: a. Ayat Penyata b. Ayat Tanya c. Ayat Perintah d. Ayat Seruan

3.2.1 Ayat Penyata

Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan. Ayat ini mempunyai tujuan untuk memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ia juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan.

Contoh penggunaan ayat penyata dalam karya Sejarah Melayu: Kata sahibul hikayat, maka tersebutlah perkataan Raja China.

3.2.2 Ayat Tanya Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal. Ayat tanya terbahagi kepada: a. ayat tanya tanpa kata tanya b. ayat tanya dengan kata tanya

Ayat tanya tanpa kata tanya lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan dengan tanda soal (?).

Contoh penggunaan dalam karya Sejarah Melayu: Maka titah baginda, Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Bulan, anak Orangkaya Hitam?

Ayat tanya tanpa kata tanya boleh disertai partikel kah pada unsur yang dijadikan fokus atau judul ayat. Dalam bahasa lisan, partikel kah biasanya diletakkan pada hujung ayat. Dalam bahasa tulisan ( baku ), unsur yang menjadi fokus dalam ayat harus mengalami pendepanan.

Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat tanya yang menggunakan kata tanya seperti apa , siapa, berapa , mengapa, bagaimana dan sebagainya. Ayat tanya dengan kata Tanya terbahagi kepada: a. Ayat tanya dengan kata ganti nama tanya b. Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya.

Ayat tanya boleh juga dibahagikan kepada ayat tanya terbuka dan ayat tanya tertutup. Ayat tanya terbuka ialah ayat yang memerlukan jawapan dalam bentuk penjelasan. Ayat tanya tertutup pula ialah ayat yang memerlukan jawapan ya atau tidak/bukan.

Contoh: Maka kata Seri Nara Diraja pada bendahara, Apa bicara tuan hamba? Bahwa Raja Kasim hendak membunuh Raja Rekan.

Maka Bendahara Paduka Raja pun keluar bertanya, `Apa sebabnya maka orang gempar ini?

3.2.3

Ayat Perintah

Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Orang yang bertindak ialah orang kedua atau orang dilawan bercakap. Peraturan untuk membina aayat perintah ialah bagi kata kerja transitif yang berawalan meN-, awalan ini digugurkan, tetapi bagi kata kerja tak transitif yang menerima awalan meN- dan beR-, awalan tersebut dikekalkan.

Contoh penggunaan dalam karya Sejarah Melayu: Maka baginda berwasiat pada ananda baginda Sultan Ahmad, katanya, Hai anakku, dan cahaya mataku, dan buah hatiku, hendaklah jangan engaku melalui sembah hambamu yang tua-tua pada barang sutu pekerjaan; hendaklah engkau mesyuarat dengan segala menterimu; dan jangan segera engkau menggerakkkan hati hambamu; dan hendaklah engkau peringankan ibadatmu akan Allah subhanahu wataala; dan jangan engkau ambil hak segala manusia dengan tiada sebenarnya.

Berdasarkan perkataan yang digunakan, ayat perintah terbahagi kepada: a. Ayat suruhan b. Ayat larangan c. Ayat silaan

d. Ayat permintaan

Ayat suruhan diucapkan untuk menyuruh orang yang dilawan bercakap melakukan sesuatu.

Contoh penggunaan ayat suruhan dalam karya Sejarah Melayu: Maka kata Awi Dicu pada hulubalang empat itu, Apabila kamu datang kelak ke hadapan Raja Semudra, kamu bukalah peti ini dari dalam, keluarlah kamu tangkap Raja Semudra itu.

Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah, atau tak usah seabelum kata kerja dengan tujuan untuk melarang seseorang melakukan sesuatu.

Contoh penggunaan ayat larangan dalam karya Sejarah Melayu:

Maka titah Sultan Mansor Syah,Hendaklah Bendahara Paduka Raja karang surat kebenua Siam. Kehendak kita, sembah pun jangan, salam pun tidak, surat kasih pun jangan.

Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput dengan tujuan untuk mempersilakan atau menjemput seseorang melakukan sesuatu.

Contoh penggunaan ayat silaan dalam karya Sejarah Melayu:

Maka kata Hang Kasturi, Baiklah, naiklah engkau.

Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong untuk memohon pertolongan atau kerjasama seseorang.

Contoh penggunaan ayat permintaan dalam karya Sejarah Melayu:

Ia pun pergi mengadap Betara Majapahit memohonkan Siantan, sembahnya, Tuanku, kula hendak memohonkan Siantan; jikalau dianugerahkan sebaik-baiknya; jikalau tiada pun diambil juga.

Bentuk-bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak membawa pengertian yang negatif sebagaimana yang terdapat dalam ayat larangan.

3.2.4 Ayat Seruan Dalam Karya Sejarah Melayu

Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan nada atau intonasi untuk melahirkan sesuatu perasaan, seperti takut, marah, takjub, geram dan sakit. Ayat seruan boleh disertai kata seru atau tidak dan biasanya diakhiri dengan tanda seru (!).

Contoh penggunaan ayat seruan dalam karya Sejarah Melayu:

Maka titah baginda,Syabas! Bahwa Seri Nara Dirajalah sebenar-benar hamba yang sempurna.

Maka kata Raja Muhammad, `Cih! Jatuh destar kita oleh Tun Besar, sama ia memandang penjawatnya.

3.2.5 Susunan Konstituen Ayat Tunggal

Susunan konstituen ayat tunggal terbahagi kepada susunan biasa dan susunan songsang. Dalam susunan biasa, konstituen subjeknya terletak di hadapan konstituen predikat. Ayat tunggal susunan songsang terbentuk melalui proses pendepanan atau penjudulan, iaitu unsur-unsur dalam konstituen predikat yang biasanya hadir selepas subjek dipindahkan ke hadapan subjek.

Proses pendepanan boleh dibahagikan kepada: a. Pendepanan seluruh predikat b. Pendepanan sebahagian daripada predikat

Contoh ayat tunggal susunan songsang pendepanan seluruh predikat:

Maka Tun Besar ditanamkan oranglah.

Ayat tunggal susunan songsang pendepanan sebahagian predikat terbahagi kepada: a. pendepanan frasa kerja b. pendepanan frasa adjektif c. pendepanan frasa sendi nama

3.3 Ayat Aktif dan Ayat Pasif Dalam Karya Sejarah Melayu

Dari segi ragam, ayat tunggal boleh dibahagikan kepada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.

Contoh penggunaan ayat aktif dalam karya Sejarah Melayu:

Maka Sultan Mansor Syah segera menyuruh membawa persalin akan Bendahara dengan selengkapnya.

Maka pada suatu hari Semerluki masuk menghadap ibunya.

Ayat pasif terbit daripada ayat aktif transitif dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal atau subjek terbitan sebagai judul atau unsur yang diterangkan.

Contoh penggunaan ayat pasif dalam karya Sejarah Melayu:

Maka oleh Tun Demang ditikamnya, Khoja Baba, luka.

Maka disuruh tetas oleh Semerluki, maka ditetas oranglah.

Ayat aktif terbahagi kepada: a. ayat aktif transitif. b. ayat aktif tak transitif

Ayat pasif terbahagi kepada: a. ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif b. ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kedua c. ayat pasif dengan kata bantu pasif kena

3.4 Ayat Majmuk Dalam Karya Sejarah Melayu

Ayat majmuk ialah ayat yang terbina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atu lebih, iaitu mengandungi dua atau lebih daripada dua klausa. Ayat majmuk terbahagi kepada: a. ayat majmuk gabungan b. ayat majmuk pancangan c. ayat majmuk campuran

Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal yang setara sifatnya yang digabungkan dengan menggunakan kata hubung gabungan dan, atau, tetapi dan sebagainya.

Ayat majmuk gabungan terbahagi kepada: a. Gabungan yang susunan fakta-faktanya berurutan dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti dan, lalu, lagi, serta dan sambil. b. Gabungan yang susunannya memberikan maksud pertentangan fakta dalam ayat-ayat yang digabungkan.

Contoh penggunaan ayat dalam karya Sejarah Melayu:

Maka Sang Jaya Pirama dan Sang Surana dan Akhtiar Muluk dititahkan bersama-sama dengan Seri Udani.

Maka oleh Semerluki disuruhnya campaki sauh terbang, perahu laksamana kena, lalu lekat.

Ayat majmuk pancangan ialah gabungan ayat-ayat tunggal yang tidak setara membentuk satu ayat baru.

Ayat majmuk pancangan terbentuk daripada satu ayat utama atau induk (klausa utama) dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan dalam ayat induk itu. Ayat majmuk pancangan boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:

a. Ayat majmuk pancangan relatif b. Ayat majmuk pancangan komplemen c. Ayat majmuk pancangan keterangan

Ayat majmuk pancangan relatif ialah ayat yang menggunakan kata relatif yang dalam binaannya.

Contoh penggunaan ayat majmuk pancangan relatif dalam karya Sejarah Melayu: Adapun saudara sepupu Seri Akar Raja yang mati itu, mana bicara Laksamana dengan Seri Akar Raja, kerana ia bukan orang lain pada Laksamana.

Ayat majmuk pancangan komplemen ialah ayat yang dihubungkan dengan kata komplemen untuk dan bahawa.

Ayat majmuk pancangan komplemen terbahagi kepada tiga jenis, iaitu: a. ayat komplemen frasa nama subjek b. ayat komplemen frasa nama objek tepat c. ayat komplemen frasa kerja d. ayat komplemen frasa adjektif

Contoh penggunaan ayat majmuk pancangan komplemen dalam karya Sejarah Melayu:

I`LAM, ketahui olehmu, kepada zaman dahulukala dn pada masa yang telah lalu, kata yang empunya cerita, bahwa Raja Iskandar, anak Raja Darab, Rum bangsanya, Makaduniah nama negerinya, Zulkarnain gelarannya, sekali peristiwa baginda berjalan hendak melihat matahari terbit; maka baginda sampai pada serokan negeri Hindi.

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan ialah ayat majmuk yang terbit daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat ayat induk. Ayat majmuk pancangan keterangan terbahagi kepada kepada jenisjenis berikut: a. b. c. d. e. f. g. h. i. keterangan musabab : Contoh oleh sebab keterangan akibat : Contoh hingga keterangan syarat : Contoh sekiranya, andai kata keterangan waktu : Contoh setelah, ketika keterangan pertentangan : Contoh sungguhpun , sekalipun keterangan harapan : Contoh agar keterangan cara : Contoh dengan keterangan tujuan : Contoh untuk, bagi keterangan perbandingan : Contoh seolah-olah, seperti

Contoh penggunaan ayat dalam karya Sejarah Melayu:

Maka perempuan tua itupun turunlah ke pantai dengan tongkat sebatang kasadnya hendak mencari anak-anak ikan.

Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih satu jenis ayat, yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan pelbagai jenis ayat majmuk.

Contoh penggunaan ayat dalam karya Sejarah Melayu: Adapun Seri Bija Diraja pergi mengikut Maharaja Dewa Sura itu, serta ia berburu kerbau jalang, dan menikam seladang, dan memikat ayam hutan, dan barang di mana pasir yang baik di sana ia singggah bermain sambil menjala dan memukat.

4.0 Tatabahasa Dalam Karya Sejarah Melayu

Tatabahasa mengikut Kamus Dewan Edisi keempat bermaksud pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat atu penyusunan kata dalam ayat atau nahu.

Awang Sariyan dalam Ceritera Bahasa (2002) secara ringkas menyatakan tatabahasa ialah peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa (kata, frasa dan ayat) yang betul bagi sesuatu bahasa tertentu.

Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis. Sistem tatabahasa mempunyai tiga sistem utama iaitu sistem fonologi, tatabahasa dan semantik. Tatabahasa berfungsi utnuk memisahkan bentuk gramatis dengan bentuk yang tidak gramatis. Fungsi tatabahasa secara khusus merujuk kepada subjek, predikat, objek, keterangan dan lainlain.

Selain itu, bahasa istana juga digunakan secara meluas dalam karya ini. Bahasa istana ialah bahasa diraja yang digunakan secara khusus dalam hubungan yang melibatkan sekurangkurangnya salah satu pihak terdiri daripada keluarga diraja. Bahasa istana berbeza daripada bahasa perhubungan biasa kerana bahasa ini mempunyai ciri khusus, terutama dari segi penggunaan kosa kata dan ungkapan.

Bahasa istana disebut sebagai bahasa halus kerana kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan. Penggunaan kata-kata khusus bertujuan untuk menggambarkan rasa hormat kepada raja dan meletakkan baginda pada kedudukan yang lebih tinggi daripada rakyat biasa.

Contoh penggunaan bahasa istana dalam karya Sejarah Melayu: Maka sembah Hang Isa Pantas,`Tuanku, jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan, patik hendak memohonkan emas barang dua tiga kati, dan kain barang dua tiga banian.

4.1

Golongan kata

Golongan kata dalam karya Sejarah Melayu telah membuka minda para intelektual dunia mengenai reformasi yang dialami oleh bahasa Melayu. Perkembangan bahasa yang bermula dari kata tunggal telah berkembang menjadi kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Setiap kata ini melalui beberapa proses seperti pengimbuhan untuk melahirkan kata terbitan, pemajmukan untuk melahirkan kata majmuk dan penggandaan untuk melahirkan kata ganda.

Kata majmuk ini dapat pula dikelompokkan kepada: a. kata majmuk rangkai kata bebas b. kata majmuk istilah khusus c. kata majmuk membawa maksud kiasan (simpulan bahasa)

Contoh penggunaan kata majmuk dalam karya Sejarah Melayu:

Maka Sultan Mansor Syah pun sukacita.

Kata ganda pula boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

a. b. c.

penggandaan penuh penggandaan separa penggandaan berentak

Penggandaan penuh ialah proses menggandakan seluruh kata dasar sama ada kata dasar itu ada imbuhan ataupun tidak. Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata yang digandakan itu boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan. Manakala penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar . Penggandaan berentak terbahagi kepada: a. penggandaan berentak pengulangan vocal b. penggandaan berentak pengulangan konsonan c. penggandaan berentak bebas

Contoh penggunaan kata ganda dalam karya Sejarah Melayu:

Telah Patih Aria Gajah Mada mendengar kata budak-budak itu, maka Ia fikir di dalam hatinya, `Jikalau demikian, sia-sialah kebaktianku sekian lama ini.

Begitu juga dengan kata terbitan yang melalui proses pengimbuhan melibatkan imbuhan dalam bentuk awalan, akhiran, apitan dan sisipan membentuk istilah baru. Kata terbitan berawalan dapat dibahagikan kepada: a. awalan kata nama b. awalan kata kerja c. awalan kata adjektif

Contoh penggunaan kata terbitan awalan dalam karya Sejarah Melayu:

Maka baginda berkira-kira hendak berangkat ke Majapahit.

Kata terbitan berakhiran boleh digolongkan kepada akhiran kata nama dan akhiran kata kerja.

Contoh penggunaan kata terbitan akhiran dalam karya Sejarah Melayu:

Maka Hang Jebat dan Hang Kasturi pun kaiklah ke balai larangan itu.

Kata terbitan berapitan pula digolongkan kepada 3 iaitu apitan kata nama, apitan kata kerja dan apitan kata adjektif. Contoh kata terbitan seperti gemerencing, menanggalkan, menanamkan, permandian, dan kelengkapan.

Contoh penggunaan kata terbitan apitan dalam karya Sejarah Melayu: Sembah Tun Bija Sura,Tuanku,apatah ada permainan kita Melayu ini melainkan sapu-sapu ringin?

5.0 Pengaruh Bahasa Lain Dalam Bahasa Melayu

Pengaruh bahasa asing ini berlaku kerana perkataan bahasa Melayu tidak menepati maksud bahasa asing. Apatah lagi tiada perkataan dalam bahasa Melayu yang sesuai dengan keperluan nama kepada fenomena atau benda yang diperkatakan. Selain itu, pengaruh ini berlaku disebabkan oleh peristiwa peperangan dan penjajahan politik suatu ketika dahulu. Di samping itu, faktor ekonomi iaitu melalui perdagangan dan perniagaan yang melibatkan pelbagai bangsa juga telah mempengaruhi penggunaan bahasa asing

dalam bahasa Melayu. Tambahan pula, perkembangan penyebaran agama yang meluas telah turut sama menyumbang ke arah pengaruh bahasa asing dalam memperkayakan perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu.

5.1 Kosa Kata Pinjaman daripada Bahasa Sanskrit dalam Karya Sejarah Melayu

Seperti yang diketahui umum bahasa Sanskrit ini banyak mempengaruhi istilah dalam bahasa Melayu memandangkan hubungan yang rapat antara kerajaan Melayu dengan kerajaan Hindu sejak zaman dahulu lagi terutama dalam bidang perdagangan dan kebudayaan. Antaranya ialah perkataan benua Keling, Pahili, kata, bicara, merdu, hasta, nadi, kasturi,senjakala, manikam, kendi, peti, angsana putera,puteri sida-sida dan dewa. Kewujudan nama Hindi yang kerap diulang dalam karya ini menggambarkan pengaruhnya memang terpahat dalam sejarah bahasa Melayu. Antaranya ialah Raja Kida Hindi, Raja Gangga Syah Johan , Maha Indera Bupala, dan Mani Purindan.

Contoh penggunaan kata tersebut dalam karya Sejarah Melayu: Kata sahibul hikayat, maka tersebutlah perkataan raja di benua Keling, Adi Wiranama Raja Mudeliar namanya , asalnya daripada anak cucu Raja , raja di negeri Bija Nagara.

5.2 Kosa Kata Pinjaman daripada Bahasa Arab dalam Karya Sejarah Melayu

Begitu juga dengan pengaruh bahasa Arab dalam Sejarah Melayu amat besar sekali. Kita boleh lihat pengaruhnya daripada bab 1 lagi di mana mukadimmahnya telah dimulai dengan kalimah bismillahirahmanirahhim. Selain itu, perkataan Islam, nabi, ilmu, akal, Quran, hajat, niat, hukum, takdir Allah, adil, kaum, Turkistan ,fitnah, wasiat, doa, dunia dan akhirat adalah merupakan kata yang berasal daripada bahasa Arab yang sering kita temui dalam karya Sejarah Melayu. Apatah lagi nama-nama watak dalam karya itu sendiri sudah jelas menunjukkan pengaruh Arab amat tebal dalam kalangan orang Melayu seperti Sultan Mahmud, Nabi Khidir, Zulkarnain, Rasulullah salallahualaihiwasalam, Fakir Muhammad, Allah subhanahu wataala,

Contoh pengaruh Arab dalam karya Sejarah Melayu: Telah Raja Aftabul Ard menengar kata Raja Suran itu, terlalu ajaib ia, seraya mengucap subhana `llahu `l-jabbar.

Wa `llahu a`lamu bi `si-sawab, wa ilaihi `l-marji`u wa `l-ma`ab.

5.3 Unsur bahasa lain dalam Karya Sejarah Melayu

Unsur bahasa Cina, Indonesia (Jawa), Siam , Portugis, dan Belanda juga tercatat dalam karya Sejarah Melayu. Hal ini menunjukkan Melayu memang terkenal sejak zaman dahulu lagi.

Antara bahasa Cina yang sering digunakan dalam karya ini ialah negeri China, cap kempa, sida-sida, loceng, mongkor kaca, naga, tabib dan kongsi. Kewujudan nama tokoh Cina dalam karya seperti Puteri Hang Li Po sedikit sebanyak mencerminkan pengaruh Cina turut menyumbang dalam karya Sejarah Melayu.

Contoh ayat yang menunjukkan pengaruh Cina dalam karya Sejarah Melayu: Syahdan, maka Di Po dengan segala menteri yang menghantarkan Tuan Putri Hang Li Po itu sampai ke benua China.

Begitu juga dengan penggunaan nama pemimpin Jawa seperti Raja Majapahit dan Raden jelas menunjukkan pengaruh Jawa amat besar sebagai bangsa serumpun yang menunjukkan hubungan yang rapat memang terjalin sejak dari dahulu lagi. Penggunaan kata Jawa ini telah diguna dengan meluas dari golongan bawahan hinggalah golongan bangsawan atau istana. Antara perkataan Jawa yang terdapat dalam karya Sejarah Melayu ialah mambang , paman, Palembang, Permasku Mambang, Iwer sang rara kabi dene laksamana lumaku-lumaku penjurit ratu Melayu dan kula. Begitu juga dengan nama tokoh-tokoh Jawa yang terdapat dalam karya Sejarah Melayu seperti Raden Mas Pamari, Tun Perpatih Tulus, Patih Aria Gajah Mada, dan Sang Aji Jaya Ningrat.

Contoh ayat yang menunjukkan pengaruh Jawa dalam karya Sejarah Melayu: Itupun dinyanyikan juga. Geger wong ing panggung dene Sangka Ningrat teka penjurit ratu ing Daha. Ertinya: Gempar orang di atas panggungan sebab melillhat Sangka Ningrat datang itu, hulubalang ratu Daha.

Seterusnya, pengaruh Siam juga terdapat dalam karya Sejarah Melayu seperti perkataan orang Siam, benua Siam, Patani, Duli Pra Cau, Cau Pandan, gajah, Pra Kelong, dan Cau Seri Bangsa.

Contoh ayat yang menunjukkan pengaruh Siam dalam karya Sejarah Melayu: Hatta, berapa lamanya maka datangpula orang Siam menyerang Melaka; Awi Dicu nama panglimanya.

Begitu juga dengan pengaruh Portugis dan Belanda bermula dalam bab dua puluh dua dalam karya Sejarah Melayu. Antara perkataan yang didapati ialah Feringgi, Goa, Benggali Putih, Gonzalo Periera, kapitan, Alfonso d`Albuquerque,, Dios dan fusta.

Contoh ayat yang menunjukkan adanya pengaruh Portugis dalam karya Sejarah Melayu: Telah keesokan harinya, maka segala anak Portugal pun naiklah dengna istinggar, dua ribu orang, lain pula orang hitam dan segala lashykarnya tiada terbilang lagi banyaknya.

6.0 Penutup dan Kesimpulan Muhammad Haji Saleh, peneliti Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarbangsa Universiti Sains Malaysia, menambahkan, Sulalatus Salatin ( Sejarah Melayu ) merupakan karya sastera agung, sekaligus buku sejarah dan panduan istiadat yang penting dalam peradaban, kebudayaan, dan sistem pemerintahan Melayu. Menurut beliau, bahasa yang digunakan merupakan bahasa terbaik dalam khazanah sastera Melayu. Oman Fathurahman, peneliti manuskrip kuno dari UIN Syarif Hidayatullah, juga berpendapat yang sama. Dalam konteks sejarah kesusasteraan Melayu klasik, katanya, Sulalatus Salatin ( Sejarah Melayu ) dapat dianggap sebagai salah satu teks Melayu terpenting yang memikat perhatian peneliti dan sarjana sejumlah negara.

Perbincangan mengenai Tun Sri Lanang juga selalu lekat dengan karya tersebut. Apalagi Sulalatus Salatin menjadi satu-satunya karya yang kepengarangannya dihubungkan dengan Tun Sri Lanang. Sulalatus Salatin banyak diterjemahkan sebagai Sejarah Melayu atau Malay Annals. Ada juga yang menyebut Sulalat sebagai peraturan, pertuturan, juga perteturun. Namun, dengan melihat maknanya, transkripsi paling tepat, menurut Oman, adalah perteturun sehingga Sulalatus Salatin perlu dibaca sebagai Perteturun Raja-raja. Lantaran itu, kata Oman lagi, kebesaran dan keindahan Sulalatus Salatin sebagai sebuah karya sastera sejarah Melayu klasik dalam beberapa hal jauh melebihi kebesaran zaman dan pengarangnya.(Mukhamad Kurniawan) Konklusinya, karya Sejarah Melayu ini merupakan satu khazanah bahasa yang menjadi bukti kepada ketamadunan Melayu yang tidak kurang hebatnya dalam dunia serantau dan antarabangsa. Kemasyhurannya bukan saja dari aspek ekonomi dan politik malahan dari sudut kebudayaan dan ketinggian bahasanya juga turut diperakui oleh dunia. Justeru, sebagai guru bahasa, kita patut menjadikan karya ini sebagai sumber inspirasi dalam pengajaran dan pembelajaran kita demi memartabat dan memperkukuhkan lagi bahasa ibunda ini.

7.0 Rujukan

Abdullah Hassan. 1985. Penerbitan Kata Dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti.

Goay Teck Chong, 2003.Bahasa Melayu Kertas 1 Teks Pra-U STPM Matrikulasi. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Goay Teck Chong, 2005. Bahasa Melayu Kertas 1 Teks Pra-U STPM . Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, 2006. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur : Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sheikh Othman b Sheikh Salim, 2005. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz, 2009.Bahasa Melayu II. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

http://tatabahasabm.tripod.com/tata/amajmuk.htm

http://pbasmkps.blogspot.com/2009/12/tutorial-kata-nama-tunggal-dua-dan.html

http://www.tutor.com.my/stpm/kata_penggandaan/penggandaan.htm

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_nama

You might also like