You are on page 1of 62

KETURUNAN DAN VARIASI

Kromosom
Kromosom merupakan struktur bebenang yang
sangat panjang terdiri daripada molekul DNA.
Kromosom wujud secara berpasangan.
Dalam setiap pasangan kromosom terdapat
beribu-ribu gen yang berbeza.
Bilangan kromosom dalam sel organisma
daripada spesies yang sama adalah sama.

Gen
Gen merupakan unit baka yang membawa
maklumat genetik dari satu generasi ke generasi
berikutnya.
Gen mengawal pelbagai sifat individu spt warna
mata, warna dan jenis rambut, bentuk hidung
dan sebagainya.
Gen wujud secara berpasangan dan tersusun di
sepanjang kromosom.
DNA
DNA singkatan bagi DeoxyriboNucleic Acid
yang bermaksud asid deoksiribonukleik.
DNA menentukan maklumat genetik yang
dibawa oleh kromosom.
DNA merupakan molekul organik yang besar
dan terdiri daripada dua bebenang yang
berpintal secara tersusun dalam bentuk linear
yang dipanggil heliks ganda dua.
Kandungan genetik dalam sel

Mitosis
Mitosis ialah proses pembahagian sel untuk
menghasilkan sel baru yang mempunyai
bilangan kromosom sama seperti sel induk.
Berlaku dalam semua sel kecuali sel seks.
Sel-sel ini dikenali sel soma (semua sel dalam
badan kecuali pada sel di organ pembiakan)
Satu sel induk menghasilkan dua sel anak.
Bagi tumbuhan berlaku di hujung pucuk, tisu
kambium dan hujung akar.
Meiosis
Meiosis ialah proses pembahagian sel yang
berlaku dalam organ pembiakan untuk
menghasilkan gamet atau sel seks.
Satu sel induk menghasilkan empat sel anak.
Bilangan kromosom dalam sel anak adalah
separuh daripada bilangan kromosom dalam
sel induk.

MEIOSIS I
MEIOSIS II
MEIOSIS I
1. Kromosom menjalani proses penduaan.
Membran nukleus menghilang
2. Pasangan kromosom tersusun pada satah
khatulistiwa - Berlaku proses pindah silang
3. Pasangan kromosom homolog terpisah dan
bergerak ke kutub bertentangan
4. Dua sel anak terhasil


MEIOSIS II
1. Kromosom tersusun pada satah khatulistiwa
2. Kromosom terpisah dan bergerak ke kutub
bertentangan
3. Empat sel anak terhasil

PINDAH SILANG
Berlaku dalam meiosis sahaja semasa
pasangan kromosom tersusun di satah
khatulistiwa.
Bahan genetik daripada satu kromatid satu
kromosom bertukar dengan bahan genetik
kromosom yang lain.
Menyebabkan variasi genetik berlaku.
Persamaan dan perbezaan antara
mitosis dan meiosis

MITOSIS PERSAMAAN MEIOSIS
Proses pembahagian sel
PERBEZAAN
Sel soma Tempat Berlaku Organ pembiakan
Sekali

Bilangan Pembahagian
Sel
2 kali
2 Bilangan Sel Anak 4
Sama seperti
sel induk
Bilangan Kromosom
dalam Sel Anak
Separuh daripada
sel induk
Tidak berlaku Pindah Silang Berlaku
Tiada Variasi genetik Ada
KEPENTINGAN MITOSIS
Menghasilkan sel-sel baru untuk pertumbuhan
dan menggantikan sel-sel mati/ rosak.
Menjamin sel anak mempunyai sifat yang
serupa dengan sel induk.
Membolehkan organisma menjalankan
pembiakan aseks dan vegetatif.
Pembiakan aseks, cth: pertunasan dan belahan
dedua
Pembiakan vegetatif, cth: rizom, batang rayap,
umbisi, anak pokok

KEPENTINGAN MEIOSIS
Proses menghasilkan gamet.
Bilangan kromosom dalam gamet separuh
daripada bilangan kromosom dalam sel induk.
Tujuan: memastikan zigot yang terhasil selepas
persenyawaan mempunyai bilangan kromosom
yang sama dengan sel induk.
Menyebakan variasi genetik antara spesies-
spesies yang sama melalui pindah silang.
Pewarisan
Pewarisan: Pemindahan trait daripada ibu
bapa kepada anak-anak.
Trait : Sifat yang diwarisi daripada ibu bapa.
Gen: Membawa maklumat baka (maklumat
tentang sifat)

Gen Dominan & Gen Resesif
Manusia mempunyai 46 kromosom yang
disusun secara berpasangan.
Pasangan kromosom dikenali sebagai
kromosom homolog.
a) Gen Dominan:
gen yang menunjukkan sifatnya tidak kira
sama ada gen yang berpasangan dengannya
gen dominan atau resesif.

b) Gen Resesif:
gen yang hanya menunjukkan sifatnya jika
gen yang berpasangan dengannya adalah gen
resesif.
Mekanisme Pewarisan Trait
Satu sifat dikawal oleh 2 gen.
Satu gen diwakili satu huruf.
Gen dominan diwakili dengan huruf besar.
Contoh: M, K, T
Gen resesif diwakili huruf kecil.
Contoh: m, k, t
Kombinasi gen
a) Sifat dominan baka tulen : MM
b) Sifat resesif baka tulen : mm
c) Sifat baka kacukan : Mm

Gregor Mendel :orang pertama mengkaji
pewarisan sifat secara teratur dan mendalam

SIFAT DOMINAN Huruf SIFAT RESESIF Huruf

Cuping telinga bebas B Cuping telinga lekap b
Tinggi T Kerdil t
Ada lesung pipit P Tiada lesung pipit p
Iris hitam H Iris biru h
Berambut kerinting K Berambut lurus k
Boleh menggulung
lidah
G Tidak boleh
menggulung lidah
g
Tangan kanan K Tangan kidal k
Kacukan antara bapa rambut kerinting dengan
ibu rambut lurus
1 2 3 4
13 14 23 24
R r R r
Rr Rr Rr Rr
RR rr
X
INDUK
Bapa Rambut Kerinting
GAMET
GENERASI
PERTAMA
(F1)
MEIOSIS
PERSENYAWAAN
Ibu Rambut Lurus
Semua anak berambut kerinting
Kacukan antara Generasi F1
1 2 3 4
13 14 23 24
R R r r
RR Rr Rr rr
Rr Rr
X INDUK
GAMET
GENERASI
KEDUA
(F2)
MEIOSIS
PERSENYAWAAN
Kerinting Kerinting Kerinting Lurus
Nisbah genotip
1 RR : 2 Rr : 1 rr

Nisbah fenotip
3 : 1
berambut kerinting berambut lurus

Penentuan Seks Anak dan Kejadian
Kembar
Kromosom manusia
(23 pasang)

22 pasang autosom

1 pasang kromosom
seks

Menentukan sifat
individu

Menentukan jantina

X Y
Kandungan Kromosom
Bil Lelaki Perempuan
1 Testis 44 + XY -
2 Ovari - 44 + XX
3 Sperma
(ada 2 jenis)
22 + X
atau
22+ Y

-
4 Ovum
(ada 1 jenis)
- 22 +X
Rajah Skema Penentuan Jantina / Seks Anak
1 2 3 4
13 14 23 24
22 + X 22 + X 22 + Y 22 + X
44 + XY 44 +XX
X
INDUK
GAMET
GENERASI
PERTAMA
(F1)
MEIOSIS
PERSENYAWAAN
Perempuan Perempuan Lelaki Lelaki
44 + XY 44 + XY 44 +XX 44 +XX
Jantina anak ditentukan oleh jenis kromosom
seks yang dibawa oleh sperma.
Nisbah mendapat anak lelaki dan anak
perempuan ialah 1 : 1 atau 50% : 50%

LELAKI : PEREMPUAN
1 : 1
Kembar seiras

Kembar tak seiras
Kembar siam

MUTASI
Perubahan spontan yang berlaku terhadap
kromosom atau gen yang boleh mengubah sifat
organisma
Jenis mutasi:
Kromosom
Gen
Mutasi Gen
Terjadi apabila berlaku perubahan pada gen.
Boleh diwarisi
Contoh penyakit:
Albino
Buta warna
Hemofilia
Anemia Sel Sabit

Penyakit Penerangan
Buta warna Penghidap tidak dapat
membezakan antara warna merah
dan hijau
Gangguan baka yang dikawal
oleh gen resesif pada kromosom
X
Hemofilia Darah pesakit lambat membeku.
Jika berlaku kecederaan, pesakit
akan mengalami pendarahan.
PENYAKIT MUTASI GEN
Albinisme
(albino)
Perubahan pada gen autosom
yang mengawal warna kulit.
Pesakit tidak dapat menghasilkan
melanin yang mengawal warna
kulit.

Talasemia
(anemia sel
sabit)
Sel darah merah berbentuk sabit
menyebabakan pengankutan
oksigen dalam badan tidak
cekap.
Penyakit Penerangan
Mutasi gen
Albino Talasemia
Mutasi gen
Hemofilia Buta warna
Mutasi Kromosom
Terjadi apabila berlaku perubahan pada
struktur atau bilangan kromosom.
Tidak diwarisi
Contoh penyakit:
Sindrom Down
Sindrom Turner
Sindrom Klinefelter

Mutasi Kromosom
Penyakit Penerangan
Sindrom
Down
Gangguan baka disebabkan
kehadiran satu kromosom
tambahan pada pasangan
kromosom ke-21.
Mempunyai 47 kromosom
Mata sepet, jari pendek,
kerencatan akal dan keimunan
rendah terhadap penyakit.

Sindrom Down
Mutasi Kromosom
Penyakit Penerangan
Sindrom
Klinefelter
Gangguan baka pada lelaki.
Tambahan satu kromosom X
Kromosom seks nya XXY
Tidak dapat menghasilkan
sperma dan menunjukkan sifat
perempuan.
Sindrom Klinefelter
Mutasi Kromosom
Penyakit Penerangan
Sindrom
Turner
Gangguan baka pada perempuan
disebabkan kekurangan satu
kromosom seks.
Kromosom seks nya XO
Tidak mengalami kitaran haid,
kekurangan ciri seks sekunder
bagi perempuan dan mandul.
Sindrom Turner
Faktor-faktor mutasi
Sinaran radioaktif
Gama, beta dan alfa
Gelombang radio berfrekuensi tinggi
Sinar-x, sinar ultra ungu
Bahan kimia bertoksik
Asap rokok
KESAN MUTASI
Kebaikan Keburukan
Meningkatkan
variasi dalam
populasi
Menghasilkan baka
baru bermutu tinggi
Menyebabkan
Kecacatan mental
dan fizikal
Penyakit seperti
kanser
Maut
Kesan Penyelidikan Genetik
Bidang Perubatan
Penghasilan insulin oleh bakteria untuk
merawat kencing manis.
Penghasilan susu oleh biri-biri untuk
merawat pesakit hemofilia.
Pengesanan penyakit baka lebih awal dan
merawat penyakit keturunan dan kecacatan
gen

Pertanian
Hasil yang berkualiti dan banyak.
Hasil membesar dan matang dengan cepat
Ketahanan yang kuat terhadap serangan
penyakit dan perubahan cuaca.
Contoh:
Kelapa sawit Tenera: kelapa sawit Dura
dengan Pisifera.
Lembu Marfiwal: lembu tempatan dengan
lembu Eropah


Pembiakbakaan pilihan


Benih padi bermutu MR 84, MR 159 dan MR
167
Benih cili MC 11 dan MC 12
Ayam SASSO-51A dikacuk dengan ayam
kampung

Kepentingan Pembiakbakaan
Pilihan
Tanaman dan ternakan:
Lebih tahan teradap penyakit
Tempoh pertumbuhan lebih singkat
Mengeluarkan hasil yang lebih banyak
Mengeluarkan hasil yang lebih bermutu
Kontoversi Penyelidikan Genetik
Projek Genom Manusia
Menentukan 100000 gen pada 23 pasang
kromosom manusia
Gen manusia boleh dimanipulasi
Variasi
Perbezaan sifat semula jadi antara individu
dalam spesies yang sama.

Jenis Variasi:
a) Variasi Selanjar
b) Variasi Tak Selanjar
Variasi Selanjar
Tidak menunjukkan perbezaan yang nyata dan
tetap.
Dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti
suhu, air, cahaya dan pemakanan.
Tidak boleh diwarisi
Contoh:
a) Tinggi b) Berat badan
c) Kecerdasan d) Warna kulit
Graf bagi Variasi Selanjar
Variasi Tak Selanjar
Perbezaan yang nyata dan tetap.
Tidak dipengaruhi oleh faktor persekitaran.
Dipengaruhi oleh faktor genetik.
Boleh diwarisi.
Contoh:
a) Kumpulan darah
b) Warna mata
c) Kebolehan menggulung lidah
d) Cap ibu jari
Cap jari
Graf bagi Variasi Tak Selanjar
Kepentingan Variasi
1) Menyesuaikan diri terhadap persekitaran.
2) Pembentukan spesies baru yang mempunyai
ciri-ciri yang lebih baik.
3) Membolehkan kita mengenali antara setiap
individu dalam populasi.
4) Membolehkan menjalankan pembiakbakaan
bagi menghasilkan generasi baru yang
mempunyai sifat-sifat baru.

You might also like