You are on page 1of 6

BERPUISI

Pengenalan
Puisi adalah susunan kata-kata indah yang biasanya menceritakan
pengalaman hidup seseorang atau alam di sekelilingnya. Kepekaan
seseorang penyair melihat dan memerhati sesuatu di sekitar
kehidupannya boleh membantu beliau menyusun setiap yang
didengar, dirasa, dilihat, dan dialami dalam bentuk bahasayang
tersendiri coraknya. Segala pengalaman suka duka, sedih dan
gembira, pahit manis diolah bersama nilai yang ada dalam diri
penyair itu sehingga tercetusnya gambaran perasaan mereka dalam
bentuk puisi.
Teknik Memberi Puisi Yang
Berkesan


Teknik Pengajaran Puisi Yang Berkesan
Bahan-bahan puisi mestilah sesuai dengan murid iaitu sesuai dari
segi kebolehan berbahasa murid-murid, perkembangan emosi,
intelektual dan minat mereka.
Guru sendiri hendaklah mahir dan dapat menguasai puisi serta
memahami aspek-aspek yang bersangkutan dengannya.
Guru hendaklah kreatif dan imaginatif iaitu dia harus sentiasa
berkeupayaan mempelbagaikan aktiviti pengajaran yang lebih
berkesan.
Guru janganlah cuba memaksa murid-murid menerima pendapatnya
sahaja. Mereka mestilah diberi peluang mengemukakan pendapat
sendiri.
Guru hendaklah bertindak sebagai pembimbing sewaktu
perbincangan diadakan perbincangan secara terbuka perlu
diadakan supaya murid-murid lebih memahami puisi tersebut.
Guru hendaklah bertindak mementingkan aspek-aspek yang boleh
mempertingkatkan kemahiran berbahasa murid-murid. Dalam lain
perkataan murid-murid harus melakukan lebih banyak aktiviti
memaham dan bercakap mengenai puisi tersebut. Aspek
penghayatan boleh juga dilakukan untuk menarik perhatian murid-
murid terhadap nilai keindahan yang terdapat dalam puisi tersebut.
PEMILIHAN PUISI
Pemilihan Puisi
Puisi hendaklah dipilih berpandukan perkara-perkara berikut:
a) Puisi yang dipilih itu mestilah sesuai dengan peringkat untuk
kebolehan mental, bakat, dan minat murid-murid.
b) Semasa memilih puisi, cuba elakkan daripada puisi yang
menyentuh dasar kerajaan atau berbaur perkauman.
c) Pilih puisi yang mudah dan senang difahami. Puisi yang terlalu
panjang dan kabur haruslah dielakkan.
d) Puisi yang dipilih haruslah terdiri daripada puisi yang bermanfaat
kepada murid-murid.
e) Puisi tersebut haruslah mempunyai olahan bahasa yang baik.
f) Puisi yang dipilih haruslah mudah untuk dibayangkan oleh murid-
murid.

You might also like