You are on page 1of 11

KESULTANAN MELAYU MELAKA DAN PENTADBIRAN KERAJAANNYA

Zaman kesultanan Melaka merupakan zaman kegemilangan kepahlawanan dalam tradisi kesultanan di
Tanah Melayu khususnya dan di Nusantara amnya, pemerintahan kesultanan ini kekal selama lebih
kurang satu abad iaitu dari 1400-1500 di Melaka. Sungguhpun terdapat percanggahan pendapat tentang
tarikh pembukaan negeri Melaka tetapi kebanyakan ahli-ahli sejarah berpendapat bahawa Melaka di
buka sekitar 1400-an. Selepas abad ke-15, kesultanan Melaka ini tidak terhenti begitu sahaja kerana
telah diwarisi oleh Johor dengan beberapa kejayaan lain. Kesultanan Melaka sebenarnya telah diasaskan
oleh Parameswara, seorang putera Raja dari Pelembang yang kemudian mengundurkan diri ke
Singapura dan seterusnya menubuhkan sebuah kerajaan di Melaka.
Pemerintahan kesultanan Melayu Melaka dapat dibahagikan kepada empat tahap iaitu tahap
pembukaan sekitar 1400-1424 yang diperintah oleh Parameswara dan anaknya Mahkota Iskandar Syah.
Tahap kedua ialah tahap pengukuhan iaitu pada tahun 1424-1446 dibawah pemerintahan Sultan
Muhammad Syah seterusnya pengganti baginda manakala tahap ketiga ialah tahap kegemilangan (1446-
1488) dibawah pemerintahan sultan mansur Syah dan tahap kejatuhan (1488-1511) dibawah pimpinan
Sultan Mahmud Syah.[1] Kegemilangan Melaka telah dapat dicapai ekoran daripada langkah-langkah
yang telah dilaksanakan bagi mengukuhkan negeri tersebut oleh raja-raja dan pembesar selepas
pengasasannya. Salah satu caranya adalah dengan melaksanakan pentadbiran dengan cara yang cukup
baik.
Sejarah Melaka Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara,
seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang juga berketurunan Majapahit. Sebelum membuka Melaka
merupakan sebagai raja Palembang menggantikan ayahandanya Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja
Jawa, Batara Tamavill akibat menggelarkan dirinya sebagai ' Mjeura' ( orang yang berani). Ekoran
daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura.
Setelah membunuh wakil Raja Siam di Singapura, beliau menjadi pemerintah palsu tersebut selama 5
tahun. Oleh kerana bimbang diserang oleh Raja Siam, beliau dengan 1,000 orang pengikut melarikan diri
ke Muar. Beliau menetap di sana selama 6 tahun iaitu ketika itu orang-orang Seletar mendiami Melaka.
(Tome Pires ,Suma Oriental)
Parameswara merupakan pemerintah Melaka yang pertama beliau merupakan seorang yang bercita-cita
tinggi. Sebagai contoh sewaktu percubaan menjadi raja di Palembang dan Temasik walaupun percubaan
itu gagal. Beliau juga seorang yang berpandangan jauh sebagai contoh memerintah rakyat bercucuk
tanam kerana hasil pengeluaran beras dan tebu tidak mencukupi. Tindakannya menyusun satu pasukan
laut yang cekap untuk memberi perlindungan kepada pedagang telah menjadikan Melaka sebagai
pelabuhan entrepot yang penting ketika itu. Tindakan Parameswara mengawal Selat Melaka yang
menjadi faktor terpenting bagi survival ekonomi dan keutuhan Melaka.[2] Pasukan laut terbabit terdiri
daripada orang Laut di sekitar selat Melaka yang menjadi tulang belakang kekuatan tentera laut Melaka.
Kedudukan dan peranan "kelautan' dari segi politik, ekonomi dan ketenteraan kian menonjol di
beberapa tahap awal abad ke-15.[3]
Pemerintah Melaka kedua ialah Sultan Mahkota Iskandar Syah ataupun Megat Iskandar Syah yang
juga merupakan anakanda Parameswara. Baginda memerintah dari tahun 1414-1423 M. Disebut dalam
Sejarah Melayu sebagai 'memerintah istiadat takhta kerajaan baginda'.[4] Antara peraturan yang
ditentukan oleh baginda ialah mewujudkan menteri yang bertanggungjawab menyusun istiadat di
Balairung, melantik para bentara yang bertugas di balairung dan melantik para biduanda.
Megat Iskandar Syah kemudian digantikan dengan Raja Kecil Besar dan dinobatkan sebagai Sultan
Muhammad Syah 1424-1444M. Baginda telah berkahwin dengan Tun Wati anak Seri Nara Diraja atau
Tun Pepatih Besar.[5] Beliau telah banyak melakukan pembaharuan dalam pemerintahan Melaka.
Antara pembaharuan yang dilakukan oleh beliau ialah menerangkan dengan terperinci beraneka jenis
peraturan, tanggungjawab individu di istana, memastikan berbagai-bagaib bidang kuasa para pembesar,
menentukan hak serta bidang kuasa raja Melaka, memformalkan amalan adat istiadat yang berhubung
dengan peraturan kerajaan dan penentuan protokol.[6] memeluk agama islam melalui mimpi.
Pengislaman baginda dilakukan oleh Nabi Muhammmad. Selepas memeluk agama Islam Raja Kecil Besar
telah belajar tentang islam seperti sembahyang dan tuntutan agama yang lain.
Pemerintah Melaka keempat pula ialah Seri Parameswara Dewa Syah ataupun Sultan Abu Syahid
(1444-1446). Tempoh pemerintahannya sangat cepat dan dikatakan masih belum banyak perubahan
yang mampu dibawanya.
Menurut sesetengah sumber, Walaupun Melaka adalah negeri Islam yang agak muda masa itu, baginda
dikhabarkan masih kuat berpegang dengan amalan dan pengaruh agama Hindu. Baginda memakai
gelaran Raja Sri Parameswara Dewa Shah. Sultan Syahid Shah selepas hanya 17 bulan memerintah
Melaka mangkat dibunuh oleh satu konspirasi istana oleh kumpulan India Muslim Bendahara di kepalai
oleh Tun Ali. Namun ada juga yang mengatakan Sultan Abu Syahid masih kanak-kanak ketika baginda
dinobatkan sebagai Sultan, bahkan matinya pula dalam dukungan Bendahara.
Raja Kassim (1446-1456) pula merupakan Sultan Melaka yang ke-5 dengan memakai gelaran Sultan
Muzaffar Syah. Baginda mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah
Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian
besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu Semasa pemerintahannya, pihak Siam
membuat serangan pertama (semuanya tiga kali dan tewas) ke atas Melaka pada tahun 1447 tetapi
ditewaskan tidak jauh dari Muar. Semasa pemerintahan baginda Melaka berada dalam tahap
kegemilangan.
Pada itahun 1456 Sultan Muzaffar Syah diganti pula dengan Raja Abdullah ataupun Sultan Mansur Syah
sehingga tahun 1477. Semasa pemerintahan Sultan Mansor Syah dakwah islamiah telah berkembang
dengan meluas ke seluruh Asia Tenggara terutamanya ke gugusan Kepulauan Melayu. Pendakwa dari
Melaka telah pergi ke Pulau Jawa, Pulau Borneo dan sebahagian Selatan Filipina untuk menyebarkan
agama islam. Terdapat pedagang yang datang ke Melaka turut mempelajari agama islam semasa
berdagang, kemudian menyebarkan pula ke negeri masing-masing. Dasar perluasan kuasa juga
membantu mengembang dan menyebarkan agama islam keseluruh semenanjung tanah Melayu dan
negeri di Sumatera seperti Johor, Pahang, Rokan dan inderagiri. Disini dikatakan kebanyakkan
penduduknya beragama islam
Kemudian, Sultan Alauddin Riayat Syah atau nama sebenarnya Raja Hussin mulai menggantikan tahta
kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1477 sehinggalah 1488. Sultan Alauddin Riayat Shah menaiki
takhta pada usia 15 tahun. Baginda adalah seorang yang tegas dalam melaksanakan tugasnya. Sultan
Alaudin Riayat Shah 1 yang pernah memerintah Melaka dikatakan telah mangkat di Pagoh, Muar.
Kematiannya menjadi misteri dan lagenda. Ada yang mengatakan baginda meninggal dunia semasa
datang untuk bersiar-siar manakala ada pula yang menyatakan beliau mati tercucuk daun. Beliau juga
dikatakan berdarah putih dan mempunyai kaitan dengan Mahsuri di Langkawi, ada juga sumber yang
mengaitkan Sultan Alauddin diracun mati di Pagoh. Walaubagaimanapun kesahihannya masih belum
dipastikan oleh pengkaji sejarah. Baginda diganti oleh Sultan Mahmud Shah.
Sultan Mahmud atau Raja Muhammad meneruskan tradisi kesultanan Melaka dan memerintah
dari tahun 1488 sehingga 1511. Baginda merupakan anakanda kepada sultan Alaudin Riayat Syah. Di
sekitar tahun 1500, Melaka masih berada di kemuncak kekuasaan dan kegemilangannya. Kota Melaka
menjadi pusat empayar Melayu yang unggul dan juga pusat perdagangan bagi kain dari India, tembikar
dan sutera dari China dan rempah ratus dari kepulauan Melayu, serta markas aktiviti pengembangan
Islam di kepulauan Melayu. Namun, pada tarikh 11 September 1509 semasa pemerintahan Sultan
Mahmud dan Tun Mutahir sebagai Bendahara, satu angkatan Portugis yang terdiri daripada lima buah
kapal besar yang diketuai oleh Diego Lopez de Sequeira telah mendarat di pelabuhan Melaka.
Kedatangan orang-orang Portugis ini membawa petanda buruk kerana sejurus kemudian bermulalah
keruntuhan dan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.
Kemudian, dipercayai Raja Ahmad dengan gelaran Sultan Ahmad Syah yang memegang tahta kerajaan
Melaka dari tahun 1511 sehingga 1516, iaitu ketika Melaka diambang kejatuhan. Dipercayai selepas
kematian sultan Ahmad Sultan Mahmud mengambil kembali tahta dan menjadi sultan Melaka semula
sehingga tahun 1528.
Pada kurun ke-15 dan 16 Masihi melaka telah menjadi pusat kegiatan politik di Alam Melayu, ekoran
diripada sistem pentadbiran yang sistematik. Hal ini juga kerana sistem pentadbiran di Melaka
mampunyai susun lapis pemerintahan mengikut heiraki pemerintahan iaitu tergolong daripada golongan
yang pemerintah dan golongan yang diperintah.Golongan pemeritah tergolong daripada Raja atau
Sultan,kerabat diraja dan para pembesar, manakala golongan yang diperintah pula terdiri daripada
artisan,para pedagang, rakyat biasa dan hamba. Dalam mengawal dan menstabilkan politik,Sultan
memainkan peranan yang paling penting. Sultan menduduki heiraki teratas yang berkuasa mutlak, hal
ini dapat dilihat kerana Sultan mempunyai kuasa dalam semua perkara. Contohnya Sultan berhak
menjatuhkan apa sahaja hukuman terhadap pesalah dan penderhaka. Pelantikan Sultan adalah
bardasarkan keturunan iaitu dimana putera sulung akan menggantikan Sultan dalam pentadbiran negeri
selapas kemangkatan sultan. Kemudian, setelah ditabalkan menjadi sultan, seseorang Sultan dianggap
berdaulat. Dalam pertabalan selalunya diakhiri dengan pengakuan dan pengikhtirafan oleh rakyat untuk
mengikut dan menjalankan titah taat setia dengan Raja. Sesiapa yang ingkar dianggap menderhaka dan
akan ditimpa tulah kerana Sultan memiliki pelbagai keistimewaan seperti penggunaan bahasa, hak
istimewa raja, iaitu penggunaan warna dan perhiasan rumah dan perahu, alat kebesaran diraja dan
penggunaan nobat diraja, secara tidak langsung menunjukkan kedaulatan seseorang Raja.
Kestabilan politik Melaka pada peringkat awal dikatakan bermula daripada kebijaksanaan
pemerintahnya iaitu Parameswara yang bijak yang memerintah dan mentadbir politik Melaka. Hal ini
kerana parameswara mempunyai pengalaman berpolitik dan mentadbir, iaitu pengalaman semasa
menjadi Raja di Palembang dan Singapura yang membolehkan Parameswara marancang untuk
memajukan Melaka.
Selain menjalankan sistem pemerintahan beraja, iaitu raja atau Sultan mempunyai kuasa mutlak. Konsep
ini sebenarnya dipengaruhi oleh unsur Hindu sebelum mendapat pengaruh Islam. Bahkan
pemerintahan Melaka terpengaruh dengan sistem dari Srivijaya juga. Hal ini dapat dilihat apabila
Melaka dibahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu peringkat pentadbiran diraja, peringkat
ketenteraan dan peringkat daerah. Kekuasaan Raja Srivijaya dengan Sultan Melaka juga hampir sama,
iaitu baginda berkusa mutlak dan baginda bertindak sebagai ketua kerajaan dalam pemerintahan. Pada
zaman kerajaan awal juga raja digelar `devaraja', iaitu raja yang memerintah dianggap luhur dan suci.
Namun selepas kemasukan pengaruh Islam, pemerintah berkuasa mutlak dalam pemerintahan dan
ketua agama Islam. Ketua negara dan pemerintah tertinggi dan mengetuai pentadbiran pusat dan
wilayah serta dibantu oleh pembesar-pembesar. Selepas kedatangan Islam raja menggunakan gelaran
`Sultan' dan dianggap sebagai Amirul-Mukminin yang bererti pemimpin orang mukmim. Pada Zaman
Kesultanan Melayu Melaka, Sultan disebut `Zulliahifil`Alam' yang bermaksud Sultan yang memerintah di
dunia adalah wakil Allah di bumi. Sultan juga mempunyai cop mohor yang melambangkan kuasa dan
pengesahannya.
Sultan dibantu oleh pembesar-pembesar, untuk mentadbir di luar wilayah yang dipanggil pegangan
yang merupakan anugerah Sultan kerana jasa dan perkhidmatan cemerlang mereka. Bagi mengukuhkan
lagi perjalanan pentadbiran ini, sistem perlembagaan telah diperkenalkan yang mana ianya diketuai oleh
Sultan, Orang Besar Berempat, Orang Besar Berlapan, Orang Besar Berenam Belas dan Orang Besar Tiga
Puluh Dua. Sistem ini dipelopori oleh Sultan Muhammad Syah. Tulang belakang bagi sistem pentadbiran
Melaka terdiri daripada Orang Besar Berempat iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan
Laksamana. Selain itu terdapat juga jawatan-jawatan lain yang menyokong ke arah pentadbiran yang
lebih baik dan lancar di Melaka.
Selain itu, jawatan lain seperti Datuk dan Pemungut Cukai, dan Saudagar turut diadakan dan ini
menunjukkan terdapat sistem pentadbiran yang tersusun dan teratur di Melaka. Pembesar Empat
Lipatan ialah gelaran empat pembesar utama di peringkat pusat di negeri Melaka, iaitu Bendahara,
Temenggung, Laksamana, Penghulu Bendahari, dan Syahbandar. Mereka ini juga digelar `Orang Kaya
Berempat'. Pembesar Empat Lipatan dibantu oleh pembesar 8, 16 dan 32. Biasanya mereka yang
menjadi pembesar daerah dan pusat biasanya terdiri daripada kalangan keturunan Raja atau mereka
yang ada kaitan dengan golongan kelas pembesar yang memerintah.
Adakalanya, pembesar-pembesar ini juga mempengaruhi pentadbiran raja ataupun Sultan. Sebagai
contoh, di Melaka peranan Bendahara Tun Perak sebagai The King Maker. Jarang sekali seorang rakyat
biasa bolehmenjadi pembesar kecuali yang benar-benar menunjukkan kebolehan yang luar biasa.
Sebagai contoh Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya. Pengaruh Srivijaya dapat juga dilihat dalam bidang
daripada pemerintahan yang dibantu oleh majlis pembesar. Sejarah Melayu dengan jelas mengatakan
bahawa semasa memerintah Singapura, Parameswara dibantu oleh para pembesarnya sebagai jentera
pemerintah bagi menjalankan dasar kerajaannya Pembesar berperanan sebagai orang perantaraan
antara raja dengan rakyat.
Namun dalam pentadbiran di Melaka terdapat siitem pembesar yang sangt membantu kepada
kecemerlangan Politik Melaka. Pembesar terutama di Melaka adalah Bendahara yang juga dikenali
sebagai Menteri Utama Melaka dan menjadi orang kedua terpenting selepas kedudukan Sultan.
Bendahara ialah orang kedua selepas Sultan. Beliau ibarat sebagai Perdana Menteri dan Penasihat
Sultan bermakna Bendahara boleh juga menjadi Sultan jika tiada pengganti bagi keturunan Sultan. Tugas
Bendahara adalah menasihati Sultan dalam soal pentadbiran negara dan perhubungan luar. Beliau juga
boleh memberi arahan tanpa perintah daripada Sultan jika untuk kepentingan negara. Malah apabila
seseorang Sultan mangkat beliaulah yang bertanggungjawab menjaga alat-alat kebesaran diraja dan
selepas tujuh hari menjemput Raja untuk ditabalkan. Bendahara juga bertindak sebagai ketua hakim
dan ketua seluruh pentadbiran Untuk menjadi Bendahara perlu menjadi Penghulu Bendahari dan
Temenggung terlebih dahulu. Jawatan Bendahara adalah seperti seorang Perdana Menteri ada masa
kini.
Malah, Penyandang jawatan ini adalah kerabat diraja juga, iaitu Raja Anum. Gelarannya ialah Seri Amar
Diraja. Sejarah Melayu versi tahun 1612 menyebut bahawa tokoh yang kedua menyandang jawatan ini
ialah Tun Perpatih Besar anak Tun Perpatih Permuka Bejajar, Bendahara Singapura yang
pertama.Bendahara juga adalah bapa mentua Raja. Tokoh yang pertama menjadi Bendahara Melaka
bergelar Seri Wak Raja. Antara gelaran-gelaran bagi bendahara ialah Paduka Raja, Paduka Tuan, Seri
Maharaja, Seri Wak Raja dan Seri Amar Diraja. Pada zaman pemerintahan Parameswara, pentadbirannya
dibantu oleh Bendahara, Tun Pepatih Besar dan Bendahara Seri Wak Raja. Manakala semasa
pemerintahan Seri Maharaja ataupun Sultan Muhammad Syah baginda telah dibantu oleh Bendahara
Seri Amar Diraja. Wilayah pegangan Bendahara ialah Sungai Ujong dan memegang gelaran Seri Nara Di
Raja.
Dua pembesar atau menteri utama yang diwujudkan pada ketika itu ialah Temenggung dan Seri Bija
Diraja. Keadaan pada masa itu memerlukan kedua-dua jawatan ini diwujudkan kerana masyarakat serta
corak pentadbiran Melaka yang semakin kompleks. Oleh sebab keamanan Melaka perlu diberi perhatian
yang wajar maka wujudlah jawatan Temenggung untuk mengatasi keamanan disamping mengawal
perjalanan urusniaga negeri. Dengan kehadiran Orang Laut sebagai tenaga utama untuk mengawal
keselamatan diperairan Melaka bagi menggalakkan perdagangan maka diwujudkanlah jawatan Seri Bija
Diraja sahaja ketua ketumbukan hulubalang di darat dan di laut ini.
Temenggung-pula di kenali sebagai Menteri Keselamatan dan bertanggungjawab melaksanakan
peraturan dan keselamatan negeri terutamanya mengenai keselamatan. Sebagai Ketua Polis Negara,
beliau boleh menangkap orang yang bersalah, memasung dan menghukum mereka. Dalam majlis adat
istiadat istana, Temenggung bertugas sebagai ketua protokol dan mengatur tempat duduk mengikut
pangkat masing-masing. Diantara gelaran temenggung adalah Seri Maharaja dan Setia Awadana.
Dibawah jawatan Temenggung terdapat dua jawatan tentera iaitu Hulubalang Besar dan Laksamana.
Apabila raja berangkat dengan menaiki gajah, adalah menjadi tugas Temenggung mengepalai gajah itu.
Beliau akan menjaga keselamatan dalam negeri. Temenggung akan menentukan timbangan dan kes
jenayah kecil. Temenggung bertanggungjawab menentukan timbangan dan sukatan yang betul dan
mengawasi saudagar- saudagar daripada kepulauan Melayu
Selain itu, pembesar penting lain ialah, Penghulu Bendahari. Penghulu Bendahari ialah orang kedua
selepas Bendahara dan merupakan menantu Bendahara. Penyandangnya juga adalah daripada kalangan
Kerabat diraja, iaitu Raja Kecil Muda dan bergelar Seri Nara Diraja. Penghulu Bendahari juga
bertangunggjawab ke atas Bendahari raja di negeri naungan. Beliau juga bertindak selaku setiausaha
kerajaan dan sebagai ketua pemegang khazanah dan harta kerajaan. Bahkan, Beliau juga menyimpan
daftar hamba raja bertepatan dengan tugasnya sebagai ketua seluruh hamba. Penghulu Bendahari juga
akan mengurus kelengkapan dalam istana, mengurus makanan, menjemput tetamu dan memegang
kepala usungan di sebelah kanan apabila raja berangkat pada Hari Raya.

Kewujudan jawatan Syahbandar sukar untuk ditentukan. Jawatan yang penting ini muncul selari dengan
kemunculan Melaka sebagai pelabuhan perdagangan dan entrepot. Syahbandar akan menyelia hal-
ehwal pelabuhan yang semakin rumit dengan urusniaga. Syahbandar juga ditugaskan mengutip cukai
dari pedagang-pedagang dan pembesar . Selainitu, meguruskan hal berkaitan dengan pedagang asing
serta mengaturkan tempat perniagaan dan menyediakan gudang untuk menyimpan barang.Syahbandar
turut memainkan peranan penting dengan menjadi nadi kehidupan Melaka ketika itu menyebabkan
Undang-Undang Melaka meletakkan taraf jawatan Syahbandar ke taraf Pembesar Empat untuk
melancarkan aktiviti perdagangan.
Jawatan dan institusi Laksamana pula wujud semasa pemerintahan Sultan Mansor Syah ( 1456-1477 ).
Jawatan ini pada awalnya dimulakan oleh Ratu Majapahit, kemudian diformalkan oleh Sultan Mansor
Syah. Orang yang pertama menyandang jawatan ini ialah Hang Tuah. Kedudukan jawatan ini di istana
adalah setara dengan Seri Bija Diraja kerana kedua-duanya memikul pedang kerajaan secara bergilir-
gilir. Oleh yang demikian, tugas dan bidang kuasa Laksamana adalah sama dengan tugas Seri Bija Diraja.
Tetapi apabila institusi Laksamana ini semakin kukuh dan berpengaruh di Melaka, taraf jawatan Seri Bija
Diraja pula didapati semakin menurun. Laksamana ibarat ketua angkatan laut. Beliau akan menentukan
keselamatan dan keamanan di perairan Melaka. Secara tidak langsung urut bertangungjawab menjaga
keselamatan Negara. Selain itu, Laksamana akan menjadi pengawal peribadi Sultan. Beliau juga
merupakan ketua utusan ke seberang laut.
Manakala, di peringkat kampung pula, Penghulu atau Penggawa pula mentadbir peringkat kampung.
Pembesar akan memastikan penduduk di bawah jajahannya sentiasa taat setia terhadap Sultan dan
kerajaan. Pembesar akan membekalkan tenaga ketenteraan untuk mempertahankan negara dan juga
sebagai tenaga tentera untuk ekspedisi memperluaskan empayar.Pembesar daerah atau penggawa juga
berperanan untuk memungut cukai di kawasannya. Pembesar pusat pula mengutip cukai dari kawasan
pegangannya.
kepesatan Melaka sebagai pusat perdagangan yang menjalankan pelbagai perdagangan barangan
enterport seperti buah Pala, kain, batik, hamparan, bulu burung, cengkih, kayu dan cendana. Melihat
kepada kepesatan ini, pihak pentadbir Melaka telah menyediakan pelbagai kemudahan dengan tujuan
untuk menarik minat lebih banyak lagi kapal dagang berdagang di Melaka. Kapal-kapal dagangan ini
akan di kenakan cukai 6 peratus dan perahu peribumi hanya 3 peratus.
Melaka juga terkenal dengan pusat pelabuhan yang mementingkan keselamatan, pentadbiran yang
teratur, dan cekap dalam mengendalikan pasar kosmopolitan. Menurut laporan China, Peraturan dan
peruntukan kemudahan yang baik seperti gudang berkunci ada pengawal dan ada loceng untuk
memberitahu jika ada kecemasan atau kekecohan. Apabila bersama dengan wakil-wakil perdagangan
antara negara yang datang berdagang, raja menyediakan pasukan pengawal dengan hebatnya demi
menjaga keamanan, kayu diikat dan menempakan keempat-empat pintu. Pada waktu malam ada orang
mengawal. Hal ini membuktikan pentadbiran terhadap hal perdagangan turut berjalan dengan penuh
sistematik.
Sultan bertanggungjawab untuk mewujudkan hubungan baik dengan kawasan-kawasan yang boleh
mendatangkan sumber ekonomi (kawasan pendalaman). Sultan menguasai bidang ekonomi dengan cara
mengutip hasil-hasil pertanian, cukai, perkhidmatan buruh dan hamba- menjana pendapatan dengan
hasil cukai.
Pentadbiran akan berjalan dengan baik apabila mempunyai pembentukan sistem undang-undang yang
mantap. Sultan mempunyai daulat dan kesaktian untuk mengukuhkan kedudukan raja seperti Hukum
Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang diketuai olehnya. Raja berkuasa menjatuhkan
hukuman mati terhadap sesiapa yang dikatakannya pesalah. Selain itu, Raja turut berkuasa menggubal
undang-undang untuk mengukuhkan kedudukan raja dan rakyat tidak boleh mempertikaikannya.
Contohnya, Sultan Muzaffar Syah yang bertanggungjawab menyusun semula undang-undang Melaka
semasa pemerintahannya.
Undang-undang atau sistem perundangan adalah suatu cara untuk menyelesaikan berbagai-bagai
bentuk konflik mahupun kekecohan dalam masyarakat sama ada antara sesama induvidu ataupun
kelompok. Di Melaka, dalam memastikan kestabilan politik dan Negara. Kerajaan Melaka pada masa
tersebut telah mengubal undang-undang yang bertujuan untuk melancarkan pentadbiran.Terdapat dua
buah teks undang-undang tradisional di Melaka pada waktu itu, iaitu Undang-undang yang pertama
dikenali sebagai hukum kanun melaka iaitu undang-undang darat Melaka yang merangkumi peraturan
yang harus diikuti oleh semua masyarakat di melaka dengan meliputi tentang semua tanah, sungai,
dusun dan tanah jajahan Melaka.
Penubuhan undang-undang ini bertujuan untuk mengawal keselamatan dan keamanan negeri Melaka
pada waktu itu.Pada mulanya Hukum Kanun Melaka ditentukan berdasarkan hukum dan adat setempat.
Namun, semasa zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah, Hukum Kanun Melaka ditukar
berdasarkan Hukum Hudud. Ini dapat dibuktikan berdasarkan fasal 7.2 dalam Hukum Kanun Melaka ;
Adapun jikalau ia mencuri, maka tertangkap lalu dibunuhnya maka kenalah denda akan dia setengah
harganya.... Adapun pada hukum Allah orang yang mencuri itu tiada harus dibunuh, melainkan dipotong
tangannya. Perubahan teras ini adalah disebabkan oleh pengaruh Islam di Melaka pada ketika itu.
Hukum Kanun Melaka diwujudkan bagi menjaga keamanan dan keselamatan rakyat di Melaka
termasuklah bangsa asing yang tinggal dan singgah di Melaka. Namun begitu, undang-undang Islam
hanya dilakukan kepada orang Islam manakala bangsa lain akan dihukum mengikut agama atau adat
masing-masing. Sebagai contoh, jika seorang lelaki Islam telah berzina dengan seorang perempuan cina.
Lelaki tersebut akan dihukum berdasarkan undang-undang Islam dan perempuan tersebut akan
dihukum mengikut adab dan agamanya. Peraturan umum seperti mencuri, merompak dan sebagainya
akan dilaksanakan untuk semua bangsa di Melaka termasuklah bangsa asing. Ini menunjukkan sikap
Sultan-sultan Melaka yang bertoleransi dan adil dengan rakyatnya. Baginda hanya menghukum rakyat
yang benar-benar melakukan kesalahan sahaja. Hal ini telah menarik bangsa lain seperti pedagang dari
China dan Gujerat, Orang Arab serta ramai lagi untuk datang dan menetap di Melaka.
Manakala teks yang kedua pula dikenali sebagai Undang-undang Laut Melaka atau adat pelayaran
Melaka. Teks ini diterjemah sebagai the maritime laws of Malacca. Undang-undang Laut Melaka yang
dikenali sebagai Adat Pelayaran Melaka, Kitab Peraturan Pelayaran dan Hukum Undang-undang Laut.
Undang-undang Laut Melaka mengandungi peraturan dan tatatertib berniaga, hukum-hukum jenayah di
kapal, larangan-larangan dan tanggungjawab nakhoda, cara berjual beli, kiwi serta anak kapal. Undang-
undang Laut Melaka ditulis untuk melancarkan urusan pedagangan di Selat Melaka. Hal ini telah
menggalakkan kedatangan pedagang asing dari luar untuk terus berdagang di Melaka. Sebenarnya
undang-undang di melaka telah dilaksanakan berdasarkan hukum syarak iaitu pengaruh kemasukan
islam. Dengan adanya undang-undang tersebut,melaka telah berjaya manjadi sebuah negeri yang aman
dan selamat sehingga muncul sebagai pusat politik di nusantara. Secara tidak langsung telah
membuktikan satu system pentadbiran yang baik dan cekap dari kesultanan Melayu Melaka.
Kerajaan Melaka terkenal di Alam Melayu dengan kejayaannya dalam menguasai tanah-tanah jajahan.
Bagi mengukuhkan lagi kuasanya Melaka telah menjalankan dasar penaklukkan, kerajaan Melaka telah
menakluki kerajaan-kerajaan lain bagi menambah kekuatan pengaruhnya.Hal ini dapat mengukuhkan
lagi politik dan system pentadbiran Melaka. Dengan adanya pengaruh yang banyak, malah pada masa
yang sama Melaka juga akan digeruni oleh kuasa lain, yang sekaligus mengiktiraf Melaka sebagai
penaung.
Selain itu, terdapat juga negeri-negeri yang secara sukarela meminta untuk menjadi sebahagian dari
jajahan takluk Melaka seperti Kedah, pattani dan lain-lainnya seterusnya menerima dan memeluk islam.
Bahkan, Melaka juga telah berjaya menakluki negeri-negeri dikepulauan Asia Tenggara. Penaklukan
dibantu oleh orang laut, angkatan laut Melaka dengan wawasan ahli-ahli politik dan pentadbir Melaka
seperti Seri Nara Diraja, Bendahara Tun Perak dan Tun Mutahir. Tujuan penaklukan adalah untuk
mendapatkan hasil perdagangan, terutamanya dari kawasan yang kaya dengan sumber-sumber seperti
Kelang, Kelang, Selangor, Bernam, Manjung, Beruas,Selangor dan kedah yang kaya dengan Bijih Timah.
Bijih timah dicairkan dan dijadikan kepingan Jongkong untuk dieksport. Manakala Siak pula dikuasai
bagi membolehkan Melaka mengawal pengeluaran emasnya untuk dibawa ke Melaka bagi tukaran
bahan perdagangan dengan saudagar asing yang lain. Selain itu, penaklukan terhadap Kampar dan
Rokan juga penting untuk mengawal eksport lada dan emas yang dikeluarkan oleh daerah pedalaman
Minangkabau. Manakala penguasaan Melaka ke atas Riau-Lingga pula mempunyai matlamat
perdagangan secara tidak langsung, iaitu supaya bahan-bahan keluarannya dapat dieksport ke Melaka di
samping dapat membekalkan kepada Orang Laut sebagai pendayung kapal perang tentera laut Melaka
untuk tujuan penaklukan.
Walaupun Melaka menakluk banyak kawasan-kawasan yang berada di sekitarnya, Melaka tetap
membiarkan Negara jajahannya itu menajalankan sistem pemerintahan sendiri. Hal ini termasuklah Raja
atau sultan di negara tersebut masih berhak bertahta, Cuma kerajaan Negara tersebut diwajibkan
membayar ufti perlindungan pada waktu-waktu tertentu dan dengan kadar tertentu.
Melaka juga telah menakluk kawasan Aru, Rokan, Siak, Kampar, Inderagiri dan Tungkal yang merupakan
kawasan di pantai Timur Sumatera. Kawasan ini membentuk bahagian Zon Barat dan dilengkapkan
dengan Zon Bahagian Timur seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh Kepulauan Kecil
menganjur sehingga ke Brunei untuk membentuk bahagian Selatan. Penaklukan ketiga-tiga zon ini
membolehkan Melaka mengawal sepenuhnya kapal-kapal yang menggunakan Selat Melaka sebagai
jalan perhubungan di antara Timur dengan Barat.
Melaka di beri jaminan oleh jajahan takluknya dari segi keselamatan pelayaran melalui Selat
Melaka, mata wang untuk urusniaga, pelaut untuk perkapalan, askar bagi keselamatnnya dan bekalan
makanan untuk penduduknya. Dengan menguasai hasil bumi jajahan takluknya membolehkan
pemimpim Melaka menubuhkan kuasa politik dan pentadbiran istana terhadap golongan pembesar
Melaka, dan membina empayar Melaka melalui kuasa tentera serta memperkukuhkan pengaruh politik
Melaka. Hal ini telah membuktikan Melaka mempunyai strategi yang tersendiri dalam mentadbir
negaranya.
Kejayaan Melaka dalam menjalin hubungan diplomatik dengan China juga merupakan salah satu faktor
yang terpenting dalam perkembangan politik Melaka dan membuktikan satu pengurusan pentadbiran
yang baik. Melaka telah mentadbir hubungannya dengan Negara China dengan begitu baik sekali, hal ni
dapat dilihat dengan peristiwa apabila Parameswara telah menghantar utusan ke Peking pada tahun
1405 untuk menjalinkan hubungan baik dengan negeri China. Ekoran daripada penghantaran utusan
tersebut, Parameswara diberi pengakuan secara rasmi pada tahun 1406, pengakuan tersebut disertakan
dengan penyerahan cop mohor,persalinan pakaian daripada kain sutera dan payung kuning. Dengan
terjalinnya hubungan tersebut dikatakan Melaka mendapat perlindungan negeri yang mempunyai kuasa
yang terkuat di asia.
Hal dapat menjamin keselamatan Melaka, khasnya daripada ancaman Siam. Ini dapat dibuktikan apabila
laksamana Cheng Ho yang diutuskan oleh kerajaan China untuk ke Melaka telah diarahkan untuk
singgah di Siam dahulu yang bertujuan untuk memberi amaran kepada Siam supaya tidak menyerang
dan menancam Melaka kerana Melaka telah diiktiraf dibawah naungan China
Konklusinya, Keagungan Melaka mulai merosot setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun
1511 dan kerajaan Acheh telah menggantikan Melaka sebagai pusat perdagangan dan penyebaran Islam
di rantau Asia Teggara. Kecemerlangan pemerintahan beraja menjadikan Melaka muncul sebagai
kerajaan yang gemilang pada abad ke 15 hingga 16. Sistem pemerintahan Melaka memperlihatkan satu
bentuk pemerintahan sistematik dan sangat teratur, iaitu dari pemerintahan tertinggi sehinggalah
pentdbir di peringkat bawahan . Terdapat pelbagai bukti yang telah menunjukkan kehebatan
Pemerintahan Beraja Kesultanan Melayu Melaka, termasuklah dengan memperkukuhkan konsep daulat
dalam kesultanan melayu Melaka itu
Kejayaan dan kemajuan Melaka sebagai sebuah kerajaan Melayu yang berjaya
banyak didokong oleh keupayaan pemerintahnya. Bermula dengan pengasasan Kesultanan Melayu
Melaka oleh Parameswara berjaya mengukuhkan kedudukan negeri Melaka sebagai sebuah negeri yang
berdaulat. Tidak dapat dinafikan juga bahawa corak dan sistem pemerintahan yang diamalkan oleh
sultan-sultan Melaka telah memberi impak yang besar kepada tampuk pemerintahan Pemerintah-
pemerintah seterusnya. Pada ketika itu, jatuh atau bangun sebuah negara adalah dipengaruhi oleh
tahap kewibawaan dan kebijaksanaan seseorang pemerintah di samping dengan bantuan para
pembesarnya. Melaka telah mengalami zaman pengukuhan dan zaman kegemilangan sehingga awal
kurun ke-15 yang mana pada akhirnya terpaksa melalui zaman kejatuhannya setelah ditawan oleh
Portugis pada tahun 1511.



Abdul Rahman Haji Abdullah. (1989). Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional. Kuala Lumpur :
Pena Sdn.Bhd.
Andaya, Barbara W.E. Andaya, Leonard Y. (1982). Sejarah Malaysia. London: Macmillan Press .
Haron Daud. (1989). Sejarah Melayu satu kajian daripada Aspek Pensejarahan Budaya. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Hamid. (1991). Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Hussein.(1996). Tamadun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Hussien, A Aziz Deraman dan Abd. Rahman Al-Ahmadi. (1993). Tamadun Melayu jilid satu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Joginder singh jessa. (1978).Sejarah Tanah Melayu 1400-1959. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mohd Jamil Mukmin.(1994). Melaka Pusat Penyebaran Islam di Nusantara. Kuala Lumpur:Nurin
Muhammad Yusoff Hashim. (1989). Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Muhammad Yusoff Hashim. (1990). Kesultanan Melayu Melaka,Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka
Pada Abad Ke-15 Dan Abad Ke-16 Dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Rahmat Saripan.(1983). Dokumentasi Seminar Sejarah Melaka.Melaka : Marathon Engraving.
Shellabear, W.G (Diusahakan). (1975). Sejarah Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Shellabear W.G., (1903). Sejarah Melayu American Mission. (edisi kedua). Singapura.
Shellabear, W.G (ed), Sejarah Melayu ( The Malay Annals ). Singapura: Malaya Publishing House Limited.
Zainal Abidin Abd Wahid. (1970). Glimpses of Malaysian History. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Zainal Abidin Abdul Wahid. (1996). Malaysia Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka,

[1] Rahmat Saripan. 1983. Dokumentasi Seminar Sejarah Melaka. Melaka Marathon Engriving. Hal 19
[2] Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka. Kajian Beberapa Aspek tentang
Melaka
pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
hal.
139.
[3] Ismail Hussien, A Aziz Deraman dan Abd. Rahman Al-Ahmadi. 1993. Tamadun Melayu jilid satu. Kuala
Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 191
[4] W.G Shellabear. (ed) di petik dari Muhammad Yusuff Hashim. op. cit hal. 148
[5] Bahasa Othman. 1989. Melaka Sejarah Awal Negara Kita. Shah Alam: Marwilis publisher & Distribute
Sdn Bhd. hal 17
[6] Muhammad Yusoff Hashim, loc. cit. hal. 148.

You might also like