You are on page 1of 90

TAHAP PENGGUNAAN INTERNET DI SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN SAMARAHAN, SARAWAK

MICHEAL ANAK RINGGIT

TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEH IJAZAH


SARJANA PENDIDIKAN

FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR
2008
i

PENGAKUAN

Saya akui ini adalah karya saya sendiri dan setiap petikan yang terdapat dalam
kajian ini telah saya jelaskan sumbernya.

29 Ogos 2008
MICHEAL ANAK RINGGIT
G74588
ii

PENGHARGAAN

Terima kasih kepada Tuhan yang memberikan kesihatan yang baik, masa dan
kematangan fikiran sepanjang melaksanakan kajian dan menyiapkan kajian ini
dalam bentuk sebegini rupa. Jutaan terima kasih kepada penyelia saya, En.
Zolkepeli Haron atas bimbingan, teguran dan nasihat yang begitu berguna
sepanjang kajian ini. Tidak lupa juga kepada Dr. Laurence John dan Prof.
Emeritus Dato Dr. Khoo Kay Kim selaku konsultan yang telah membawa saya
masuk ke program ini khasnya dan Pusat Kembangan Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia amnya. Terima kasih atas sokongan ahli keluarga dan
kawan-kawan atas dorongan yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan kajian
ini.
iii

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap penggunaan internet di kalangan guru
Sekolah Rendah Bahagian Samarahan, Sarawak. Sehubungan itu, kajian ini juga
meninjau tahap kemahiran dan minat para guru menggunakan internet sebagai
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seramai 100 orang guru dari sepuluh
buah sekolah rendah telah diambil sebagai sample kajian Kajian ini
menngunakan soalselidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian profil
responden, tahap pengunaaan internet dan minat guru menggunakan internet.
Data yang diperoleh diproses mengunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial
(SPSS Versi 12). Hasil kajian ini mendapati kebanyakan guru menggunakan
internet untuk mendapatkan maklumat seperti berita, bahan pengajaran, akses
laman web, pembelajaran online, dan kegunaan untuk pembelajaran dalam kelas.
Sebilangan mereka mempunyai kemahiran menggunakan internet tetapi amat
kurang mengaplikasiknya sebagai proses pengajaran dan pembelajar dalam bilik
darjah. Kemudahan akses internet amat mengecewakan bagi sekolah-sekolah
yang dikaji.
iv

ABSTRACT

The research was carried out to survey the level of internet usage among teachers
in Samarahan Division Primary School, Sarawak. The relation to that, this
research also surveyed the level of skills and interests among teachers in using
internet in the teaching and learning processes. 100 teachers from ten primary
school were selected as research respondents. This research used questionnaires
consisted of three sections namely respondents profiles, level of internet usage
and teachers interest in using internet. The data obtained was processed by
Statistical Package for the Social Sciences (SPSS Version 12) the findings of this
research found that most teachers used internet to find out information like news,
teaching aids, access for websites, learning online and the usage for learning in
class. Some of them possessed skills in using internet however in application
usage of it was so low in teaching and learning in the classroom. Internet access
facilities to the researched schools were really frustrating.
v

KANDUNGAN

Halaman

PENGAKUAN i

PENGHARGAAN ii

ABSTRAK iii

ABSTRACT iv

KANDUNGAN v

SENARAI JADUAL ix

SENARAI ILUSTRASI x

SENARAI SINGKATAN xi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Kajian 2

1.3 Permasalahan Kajian 4

1.4 Kerangka Konseptual Kajian 8

1.5 Tujuan Kajian 9

1.6 Objektif Kajian 9

1.7 Persoalan Kajian 10

1.8 Signifikan Kajian 10

1.9 Kepentingan Kajian 11

1.10 Definisi Operational 11

1.10.1 Definisi Internet 11

1.11 Kesimpulan 12
vi

BAB II KAJIAN KEPUSTAKAAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Internet Dalam Pendidikan 14

2.3 Peranan Dan kegunaan Internet Dalam Pengajaran Dan


Pembelajaran 16

2.4 Bentuk-bentuk Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Internet17

2.4.1 Mel Elektronik (E-mail) 18


2.4.2 Kumpulan berita dan diskusi 19
2.4.3 Pengkalan data katalog perpustakaan 19
2.4.4 Laman Web ( World Wide Web) 20
2.4.5 Permindahan Fail ( FTP ) 20
2.4.6 Telnet 22
2.4.7 Internet Relay Chat ( IRC ) 23
2.4.8 Integrasi Internet Dalam Matapelajaran Matematik 24
2.4.9 Penggunaan PBBK dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Arab 27
2.4.10 Eknologi Maklumat Dalam Pengajaran Sains 27
2.4.11 Perubahan Kaedah Pengajaran Sains 28

2.5 Penggunaan Internet Di Kalangan Guru 32


2.6 Kesimpulan 33

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 35

3.2 Reka Bentuk Kajian 35

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 36

3.4 Lokasi Kajian 36

3.5 Instrumen Kajian 36

3.6 Tatacara Pengumpulan Data 37

3.7 Tatacara Penganalisisan Data 37

3.8 Kesimpulan 38
vii

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 39

4.2 Profil Responden Kajian 40

4.3 Persoalan Kajian Pertama 41

4.3.1 Kekerapan penggunaan internet di kalangan guru dalam


masa seminggu 41

4.4 Persoalan Kajian Kedua 45


4.4.1 Sejauhmanakah minat guru menggunakan internet dalam
pengajaran? 45

4.5 Persoalan Kajian Ketiga 47

4.5.1 Persepsi guru berkenaan keberkesanan penggunaan internet


dalam proses pengajaran 47

4.6 Persoalan Kajian Keempat 49

4.6.1 Tahap pengetahuan internet guru 49

4.7 Kesimpulan 50

BAB V PERBINCANGAN DAN DAPATAN KAJIAN

5.1 Pengenalan 51

5.2 Ringkasan Kajian 51

5.3 Perbincangan Dan Dapatan 52

5.3.1 Tahap penggunaan internet di kalangan guru dalam


masa seminggu 52
5.3.2 Tahap kemahiran dan minat guru 55
5.3.3 Persepsi Guru terhadap Penggunaan Internet dalam
Pengajaran dan Pembelajaran 57
5.3.4 Tahap pengetahuan internet guru 58

5.4 Kesimpulan Kajian 58

5.5 Implikasi Kajian 60

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 61


5.7 Penutup 62
viii

RUJUKAN 63

LAMPIRAN

A Senarai Seklah Rendah Di Bahagian Samarahan 65

B Borang Kaji Selidik 69

C Surat kelulusan Menjalankan Kajian Di Sekolah 78


ix

SENARAI JADUAL

No. Jadual Halaman

1. Menunjukkan jadual Skor Min yang ditetapkan

2. Profil Responden

3. Tahap penggunaan email dalam seminggu

4. Tahap penggunaan laman web dalam seminggu

5. Tahap penggunaan perbualan elektronik dalam seminggu

6. Tahap penggunaan newsgroup dalam seminggu

7. Tahap penggunaan telesidang/conference dalam seminggu

8. Tahap pengunaan system catalog perpustakaan dalam seminggu

9. Sejauhmanakah minat guru menggunakan internet dalam pengajaran?

10. Min Persepsi guru berkenaan keberkesanan penggunaan internet dalam proses

pengajaran

11. Tahap pengetahuan internet guru


x

SENARAI ILUSTRASI

No. Rajah Halaman

1. Kerangka konseptual kajian 9


xi

SENARAI SINGKATAN

CD Compact Disc
CD ROM Read Only Memory
ERIC Education Resources Information Center
FTP File Ttransfer Protocol
ICQ I Seek You
ICT Information & Communications Technology
IRC Internet Relay Chat
IRC Internet Relay Chat
IT Information Technology
Jaring Joint Advanced Research Intergrated Networking
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
LAN Local Access Network
MIMOS Malaysian Institute of Microelectronics System
mIRC Internet Relay Chat
MSC Multimedia Super Corridor
NCTM National Council of Teachers' of Mathematics
OPD Objek Pembelajaran Digital
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
PBK Pembelajaran Berasaskan Komputer
SPSS Statistical Package for the Social Sciences
TM Teknologi Maklumat
WAN Wide Area Network
WWW World Wide Web
1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Keupayaan menggunakan internet secara berkesan sudah dilihat sebagai agenda


penting sebagai prasyarat kepada pengguna untuk memperolehi dan
mengeksploitasikan maklumat setiap aktiviti di mana sahaja. Keperluan dan
kebolehan mengases maklumat mesti selari dengan konsep masyarakat
bermaklumat. Kursus-kursus yang berkaitan dengan ict telah banyak dianjurkan
oleh jabatan pelajaran dan hampir kesemua guru telah menyertai kursus tersebut.
Masing-masing tidak mahu ketinggalan dalam arus perdana ini.

Para guru kini telah tercabar dengan dasar baru kerajaan yang
menghendaki subjek sains dan matematik diajar dalam bahasa inggeris di sekolah
rendah, menengah dan menengah atas. Sekolah dibekalkan dengan alat sokongan
seperti komputer, software cd dan sebagainya. Akan tetapi bahan yang dibekalkan
mungkin tidak seauai digunakan di semua sekolah. Maka guru perlu
menggunakan alternative lain iaitu perlu melayari internet bagi menggantikan
bahan yang sedia ada dengan mencari apa-apa sahaja maklumat yang berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran. Terdapat banyak pilihan laman web
termasuk dari kementerian, sumber terbuka atau sumbangan orang perseorangan.
Kerajaan juga menggalakkan pembelajaran secara online contohnya melalui
portal zoom-a, portal score-a dan banyak lagi.
2

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Seorang pekerja atau warganegara di abad ke-21 ini amat memerlukan kemahiran
yang lebih kompleks dan terperinci selain perlu pengetahuan asas di bidang
bacaan, penulisan dan kira mengira. Kemahiran membaca, menulis serta mengira
menggunakan kaedah yang lama atau tradisi hendaklah diselaraskan dengan
latihan komunikasi masa kini, termasuk dalam kemahiran mengkritik (berfkir
secara kritis), kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesai masalah. (Costa,
1985).

Kemudahan teknologi yang terdapat di rangkaian teknologi maklumat,


system telekomunikasi dan pengkalan data (data base) membolehkan segala
maklumat diperolehi dengan begitu cepat, mudah, pantas dan terkini. Walau
bagaimana pun, ia bergantung kepada sejauh manakah kita, dapat mengenal pasti
maklumat tersebut dalam WWW(World Wide Web), bagaimana ia diperolehi,
dan bila seharusnya ia patut digunakan? Bagi mereka yang ingin memperluaskan
pengetahuan, internet adalah pilihan yang tepat buat masa kini. Seandainya kita
yakin yang maklumat itu sebagai penyalur pengetahuan, kemudian dapat menjadi
penghubungkan antara manusia sejagat setiap masa dengan pelbagai rangkaian
dan pengkalan data, maka ianya sudah tentu menjadi jalan penentu bagi
melahirkan pelajar yang berdaya saing (McLain & DiStefano, 1995).

Melalui perhubungan Internet, Malaysia telah berjaya di kenali dunia.


Jaring (Joint Advanced Research Intergrated Networking) umpamanya,
merupakan salah satu agensi teknologi maklumat yang di pertanggungjawabkan
oleh kerajaan Malaysia sebagai penyalur segala maklumat untuk negara ini. Ia
dipunyai sepenuhnya oleh Malaysian Institute of Microelectronics System
(MIMOS), sementara operasinya dikendalikan bersama dengan Telekom
Malaysia. Kemudahan infrastuktur Telekom yang sedia ada, memudahkan lagi
operasi tersebut berjalan dengan lancar. Ekoran itu menurut statistic (Information
Technology, 1997), jumlah pelanggan Jaring telah meningkat kira-kira 20 peratus
sebulan, menjadikan kira-kira 100,000 pelanggan dalam masa yang singkat
dengan lebih 3,500 pengguna pelbagai pertubuhan. Baru-baru ini Telekom
3

Malaysia telah bersetuju meluluskan untuk mengadakan perkhidmatan talian


Internet kedua seluruh negara. Di samping itu Telekom Malaysia mempunyai
sasaran tersendiri untuk mendapatkan pelanggan sekurang-kurangnya 250,000
pelanggan pada tahun 1998 ketika itu. Akhirnya, telekom telah mendapat kira-
kira 35,000 pelanggan yang diluar jangkaan dalam masa yang begitu singkat,
selepas beberapa tahun pelancarannya.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah merancang untuk menerapkan IT


(Information Technology) atau TM (Teknologi Maklumat), selaras dengan
perkembangan ICT (Information Comunication Technology) atau Teknologi
Informasi dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah
Bistari menjelang tahun 2010. Masa kini terdapat 7,000 buah sekolah rendah dan
1,500 buah sekolah menengah di Malaysia. Dari jumlah tersebut 90 buah sekolah
telah dipilih sebagai sekolah printis Sekolah Bistari pada tahun pada Januari
1999. Pada tahun 2000, jumlahnya meningkat 500 buah sekolah dengan
penglibatan sejumlah 300,000 pelajar kearah pembelajaran Bistari. Pada tahun
2010, semua sekolah di negara ini yang berjumlah 10,000 buah sekolah akan
terlibat sebagai sekolah Bistari. Ini bermakna 8.5 juta pelajar dan 450,000 orang
guru akan terlibat (MSC,1997).

Dalam proses menjayakan peralihan ‘pembelajaran tradisi’ kepada


‘pembelajaran yang berteraskan IT dan ICT’, kejayaannya sebenarnya bergantung
kepada sejauh mana pengendalian, penerimaan dan penggunaan sumber IT dan
ICT itu sendiri di sekolah tersebut, yang mana berkait rapat masalah kedudukan
atau persekitaran sekolah dan peranan serta inisiatif peringkat kerajaan dalam
melaksanakan kejayaan perancangan tersebut. Sehubungan itu, Menteri
Pendidikan ketika itu dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad telah
melancarkan “TM School On-Line (1997). Melelui TM On-Line pelajar dapat
belajar berintratif (interaksi) antara satu sama lain dan berguna untuk mencari
maklumat dalam pembelajaran masing-masing. Disamping itu khidmat nasihat
dan kepakaran pula diberi secara percuma oleh pihak berkenaan. Ekoran dengan
itu, institusi pengajian tinggi juga pada masa yang sama tidak mahu ketinggalan
dalam bidang IT dan ICT. Umpamanya, UTM (Universiti Teknologi Malaysia)
4

telah melabur sebanyak RM10 juta untuk menyediakan infrastruktur berkenaan,


termasuk dengan menghubungkan taliannya kepada kakitangan, pelajar,
perbendaharaan dan pendaftar, bertujuan untuk melicinkan pentadbirannya keerah
‘Berteknologi Maklumat’. Melalui kemudahan tersebut pelajar-pelajar pula boleh
menyambong rangkaian talian Internet di komputer masing-masing untuk belajar
berkonsepkan ICT. Secara langsung universiti tersebut telah cuba untuk
menjadikan kampus-cyber, di mana pelajar-pelajar boleh memperolehi pelbagai
kemudahan perkhidmatan, termasuk kuliah melalui video-conferencing (Nur
Aida. 1998).

Dalam pada itu, Mohamad Salmi Mohd. Sohod, merupakan pengarah


projek KUB Malaysia Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) - salah satu
universiti swasta yang terawal di Malaysia menggunakan kemudahan IT, pernah
menyebut pembelajaran sebenar berkonsepkan ICT yang diperkenalkan mungkin
sebagai satu perubahan pradigma bagi kebanyakan warganegara Malaysia, tetapi
bagi sesebuah universiti yang unggul yang mengamalkan konsep ini, ianya akan
menjadi sumber kemahiran yang diperlukan sealiran kemajuan pengetahuan
semasa dan terkini (Computimes, 1998).

Apa yang menjadi persoalannya, Bagaimana Internet itu digunakan oleh


pelajar dengan sebaik-baiknya? Sejajar dengan perkembangan semasa IT dan ICT
di semua institusi pendidikan dan sekolah-sekolah rendah kerajaan tidak
ketinggalan untuk mengikuti perkembangan tersebut. Talian Schoolnet adalah
talian yang menghubungkan komputer kepada komputer peribadi, makmal-
makmal komputer, bilik Bistari, perpustakaan, jabatan-jabatan, unit-unit dan
pejabat pentadbiran.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Pembelajaran secara maya telah diperkenalkan dan telah digunapakai oleh


beberapa institusi. Kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak untuk
membangunkan kemudahan yang dianggap canggih pada masa kini tetapi
program ini akan gagal sekiranya para guru tidak mempunyai kemahiran
5

menggunakan kemudahan tersebut. Sekolah Bestari adalah merupakan perintis


kearah itu. Kejayaan tersebut banyak bergantung kepada para guru bagaimana
mereka menfaatkan penggunaan access internet yang terdapat dengan banyak di
sekeliling mereka baik kepada mereka sendiri atau kepada pelajar. Semua usaha
ini adalah menyokong ke arah pembelajaran berkesan. Jika guru pandai
menggunakan kemudahan internet dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah atau hal-hal yang berkaitan dengan kerja mereka sudah tentu ini
merupakan pengalaman baru dan merubah paradigma pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Adakah guru sudah bersedia dengan cabaran ini?

Sekolah bestari ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara


menyeluruh daripada segi proses pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk
membantu pelajar menghadapi cabaran zaman maklumat. Proses pengajaran dan
pembelajaran iaitu proses berkaitan dengan kurikulum, pedagogi penaksiran atau
bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran akan direka semula untuk membantu
pelajar belajar dengan lebih berkesan dan cekap. Guru bukanlah sumber utama
untuk pelajar mendapatkan maklumat, malah pelajar dengan menggunakan
kemudahan IT akan mendapat maklumat yang diperlukan secara sendiri yang
dikatakan akses kendiri.

Sistem pendidikan negara hari ini telah mengalami perubahan dari masa
ke masa. Arus perubahan ini menuntut sistem pendidikan negara supaya lebih
bersifat dinamik, memandangkan sector pendidikan adalah penting dan menjadi
tunjang kepada pembangunan negara danmanusia. Kerajaan kini sedang berusaha
untuk meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara supaya bertaraf dunia.

Dalam usaha merealisasikan cabaran ini, kita harus melihat kembali


kepada apa yang berlaku di peringkat pengoperasian yang sebenar iaitu di
peringkat universiti, maktab perguruan dan sekolah. Di institusi pendidikan ini
para guru dan pelajar dibentuk untuk memenuhi aspirasi negara. Mereka perlu
dilengkapkan dengan keupayaan untuk membolehkan mereka menganalisis dan
menangani perubahan yang berlaku.
6

Penggunaan komputer dalam dunia hari ini bukanlah perkara yang baru.
Bahkan penggunaan internet sudah menjadi suatu yang penting bagi pelajar di
institusi penggajian tinggi malah di peringkat sekolah menengah dan sekolah
rendah untuk mendapatkan dan menghantar maklumat yang diperlukan dengan
kadar yang segera. Norin (2004) dalam tesisnya yang bertajuk “Kemahiran,
masalah dan tahap penggunaan komputer di kalangan guru-guru sekolah bestari
Negeri Perak” menjelaskan perkembangan menarik dalam bidang komputer ialah
dengan penubuhan JARING (Joint Academy Research Integrated Networking)
oleh MIMOS (Malaysian Institute of Micro Electronic). Dengan menggunakan
rangkaian ini para guru dan pelajar boleh menggunakan kemudahan dan
perkhidmatan internet seperti e-mail, telnet, gopher dan ftp (file transfer protocol)
yang membolehkannya berhubung dengan komputer lain sama ada dalam negara
atau luar negara. Pengaliran maklumat ini boleh berlaku dengan cepat.

Perkembangan teknologi maklumat ini telah membawa perubahan yang


besar dalam dunia pendidikan. Para guru mempunyai banyak pilihan dalam
menyampaikan pengajarannya kepada para pelajar. Guru dan pelajar boleh
berinteraksi secara terus melalui email atau kotak pesanan. Mereka juga boleh
mendapatkan maklumbalas dari pelajar dengan cepat dan tepat hanya dengan
menggunakan komputer. Namun demikian bentuk pembelajaran secara e-
pembelajaran ini belum berkembang secara meluas di Malaysia berbanding
dengan negara maju.

Teh Hong Seng, et, al (1997), menjelaskan sekolah bestari ialah institusi
pendidikan yang mana segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan disusun atur semula dengan lebih sistematik untuk membolehkan para
pelajar sedia menghadapi era teknologi maklumat. Dengan ini, penggunaan
teknologi maklumat akan menjadi bahagian utama dalam sekolah bestari iaitu
bidang pengajaran dan pembelajaran. George (1993) menjelaskan bahawa
teknologi komputer boleh digubakan untuk meningkatkan tahap pendidikan dan
persekitaran kerja selain membantu mencapai misi dan visi sekolah. Penggunaan
internet dalam pengajaran dan pembelajaran boleh membantu dan memberi kesan
yang lebih baik kepada prestasi akademik pelajar.
7

Simonson et al (1997) menjelaskan bahawa cara belajar juga berubah


dengan menggunakan komputer interaktif untuk melahirkan pelajar yang kreatif
yang mampu menyelesaikan masalah di dunia ini. Penggunaan buku secara
tradisinya akan bertukar kepada penggunaan komputer sebagai bahan pengajaran.
Kementerian Pendidikan Malaysia sedang menjalankan kajian penggunaan
komputer dalam pendidikan dengan menggantikan buku teks kepada ‘note book
komputer’. Projek ini dikenali sebagai ‘e-book’.

Terdapat beberapa kajian telah dijalankan terhadap penggunaan komputer


dalam pendidikan masih lagi tidak memuaskan. Ridgway dan Passey (1991)
menyatakan bahawa halangan utama peggunaan teknologi maklumat secara
berkesan di dalam pendidikan ialah kekurangan pengetahuan dan kemahiran di
kalangan guru-guru itu sendiri. Beberapa kajian yang telah dijalankan di negara
ini juga menunjukkan tahap penggunaan internet dalam pendidikan masih tidak
memuaskan seperti mana kajian oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (1995),
Nadarajah (2001) dan Norin (2004).

Kewujudan sekolah bestari merupakan satu agenda utama menjelang abad


ke-21 bagi sistem pendidikan negara. Usaha kea rah penyediaan sekolah bestari
yang merangkumi sumber tenaga manusia, bahan pengajaran dan pembelajaran,
prasarana dan sistem pengurusan telah siap dirancang dan dilaksanakan pada awal
tahun 1999. Adalah dijangkakan 10,000 sekolah bestari akan diwujudkan di
negara ini menjelang tahun 2010.

Tidak dapat dinafikan bahawa bagi merealisasikan pelaksanaan sekolah


bestari ini, guru merupakan agen pengubah dan pelaksana yang paling penting.
Namun terdapat kebimbangan mengenai tahap literasi komputer dan teknologi
maklumat yang lemah di kalangan guru-guru sekolah yang sedia ada.

Menyedari tentang beberapa masalah yang timbul ini, pengkaji ingin


melihat sejauh manakah tahap kemahiran serta kesediaan guru–guru di sekolah
rendah bahagian Samarahan, Sarawak menggunakan teknologi komputer iaitu
internet khasnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah masing-
8

masing. Kajian ini juga cuba untuk melihat tahap penggunaan komputer dan
internet serta masalah-masalah yang dihadapi di kalangan guru-guru tersebut.

1.4 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Kemahiran penggunaan internet dan masalah penggunaankomputer dan internet


adalah antara faktor yang boleh mempengaruhi tahap penggunaan internet
seseorang individu. Kedua-dua faktor ini memainkan peranan yang penting dan
saling berkaitan antara satu sama lain dalam mempengaruhi tahap penggunaan
komputer (Kamaruzzaman 2001).

Pengetahuan komputer yang jitu berhubung rapat dengan minat


menggunakan komputer dan internat. Kemahiran komputer paling penting untuk
mempercepatkan lagi penerapan inovasi teknologi maklumat. Ketiadaan
kemahiran dalam penggunaan komputer adalah penghalang utama terhadap
penggunaan internet. Guru-guru didapati masih kurang menggunakan internet dan
segala kemudahan internet (Linda 1999). Justeru, para guru dan bakal guru
seharusnya mempunyai kemahiran dalam menggunakan komputer bagi
merealisasikan hasrat dan matlamat pendidikan di era teknologi maklumat ini.

Rohayty et al (1990) pula menyatakan bahawa terdapat faktor-faktor lain


seperti kekurang prasarana dan kemudahan internet, sikap guru terhadap
pengajaran berbantukan internet, kos melanggan internet yang mahal serta
kemahiran komputer yang terhad menyebabkan budaya penggunaan teknologi
maklumat sukar untuk berkembang. Berdasarkan faktor-faktor yang telah
dibincangkan sebuah kerangka konsep telah dibina untuk kajian ini. Faktor-faktor
ini saling berkait dan mempengaruhi tahap penggunaan internet di kalangan guru.
Hubungan antara faktor dan tahap penggunaan internet ini ditunjukkan di dalam
rajah di bawah.
9

Rajah 1 Kerangka konseptual kajian

Pembolehubah bebas Pembolehubah


 Jantina bersandar
 Pengalaman mengajar  Kemahiran Tahap

 Bidang pengajaran penggunaan internet penggunaan

 Pemilikan komputer  Masalah Internet

 Latihan komputer penggunaan


komputer
Sumber : Norin bt Mustaffa, kemahiran, masalah dan tahap penggunaan komputer
di kalangan guru-guru Sekolah Bestari Negeri Perak, 2004 (UKM)

1.5 TUJUAN KAJIAN

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti sejauh manakah
tahap penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru.
Pengkaji juga ingin mengetahui perspektif guru terhadap penggunaan internet
dalam pengajaran di sekolah. Pengkaji juga ingin mengenal pasti minat guru
menggunakan internet dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

1.6 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini secara umumnya bertujuan untuk mendapatkan gambaran


status penggunaan internet di kalangan guru. Dimensi-dimensi yang dikaji
merangkumi dimensi pendedahan, kemudahan, penggunaan, latihan, dan
kemahiran oleh guru. Sebanyak lima objektif kajian telah dikenalpasti iaitu:

1. Meninjau tahap penggunakan internet di kalangan guru-guru.


2. Mengenal pasti minat guru mengunakan internet dalam pengajaran dan
pembelajaran.
3. Meninjau persepsi guru berkenaan keberkesanan penggunaan internet dalam
proses pengajaran.
4. Meninjau tahap pengetahuan internet guru.
10

1.7 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut:


a. Sejauhmanakah tahap penggunaan internet di kalangan guru dalam masa
seminggu?
b. Sejauhmanakah minat guru menggunakan internet dalam pengajaran?
c. Apakah persepsi guru berkenaan keberkesanan penggunaan internet dalam
proses pengajaran?
d. Apakah tahap pengetahuan internet guru?

1.8 SIGNIFIKAN KAJIAN

Kesignifikinan kajian ini secara khususnya boleh dibahagikan kepada dua


bahagian, iaitu implikasi dan aplikasi. Di era hidupan zaman ‘IT’ dan globalisasi
masyarakat seharusnya sentiasa menjurus dan peka dengan apa yang dikatakan
“Information Society” iaitu masyarakat yang berteknologi. Jika tidak, kelompok
masyarakat itu akan dalam keadaan yang sentiasa ketinggalan dan terpinggir
dengan pengetahuan tersebut. Sehubungan itu, ini guru-guru perlu mengikuti
perkembangan tersebut. Selaras dengan konsep demikian internet adalah sumber
penting sebagai penyalur media terkini dalam ICT, dan yang tidak asing lagi
dikalangan semua pengguna komputer.

Melalui kajian ini kita dapat melihat sejauh mana tahap pengguasaan
internet guru. Dengan adanya kajian ini juga sedikit sebanyak diharap boleh
membantu pihak atasan untuk merancang kursus yang sesuai dengan keperluan
guru bagi meningkatkan tahap pengetahuan penggunaan internet di kalangan
guru. Keperluan ini menjadi penting satu ketika nanti supaya guru-guru tidak
dianggap sebagai penyalur dan penerima bahan pengajaran dan pembelajaran
yang berunsur negatif. Kemahiran dan kemampuan untuk menggunakan
perkhidmatan internet hendaklah diseimbangkan bersama dengan paras
kemahiran guru itu sendiri. Para guru hendaklah belajar semua aspek kemahiran
dan peraturan yang patut diketahui sebelum, semasa dan selepas melayari
11

internet, dari bermuala tidak mahir hinggalah menjadi benar-benar mahir. Dengan
adanya guru yang sedemikian, fungsi internet yang sebenar dalam pendidikan
akan lebih makna dan tidak disalahgunakan.

1.9 KEPENTINGAN KAJIAN

Sebahagian besar daripada intelektual dan masyarakat kita percaya internet


mampu meningkatkan keupayaan pembelajaran pelajar untuk belajar dan berdaya
saing. Namun sejauh mana perkara ini memberian kesan positif terhadap pelajar
dan para guru masih lagi menjadi tanda tanya dan di peringkat kajian. Didapati
tidak ramai golongan kakitangan pelajaran dan guru yang tidak menyedari atau
tidak mengambil tindakan yang swajarnya terhadap masalah ini berbanding
jabatan lain. Kajian yang telah dijalankan oleh Tan Ai Ngoh, 1998 memberi kita
gambaran tentang tahap kemahiran komputer serta sikap guru-guru sekolah
rendah terhadap penggunaan komputer dalam pendidikan. Walaupun kajian
terhad kepada satu buah sekolah sahaja namun dapatan kajian dijangka dapat
memberi petunjuk-petunjuk tentang tahap kemahiran komputer dan sikap guru-
guru sekolah rendah terhadap penggunaan komputer, khususnya dalam
pendidikan. Maklumat ini signifikan sebab dengan berbekalkan pengetahuan ini,
para pendidik dan perancang kurikulum dapat menjangka masalah yang bakal
timbul dan memikirkan cara-cara untuk mengurangkan masalah-masalah tersebut.

1.10 Definisi Operational

1.10.1 Definisi Internet

Internet merupakan global web of computer network satu rangkaian computer


seluruh dunia yang menghubungkan berjuta-juta buah komputer di seluruh dunia.
Baik laptop hinggalah kepada supercomputer. Internet kini merupakan rangkaian
computer terbesar di dunia sebagai satu working propotype of the information
superhighway.
12

Guru dapat memberikan layanan tanpa harus berhadapan dengan pelajar.


Demikian pula pelajar dapat memperoleh informasi dalam ruang lingkup yang
luas dari pelbagai sumber melalui ruang maya dengan menggunakan komputer
atau internet. Istilah lain yang makin sinonim ialah e-learning iaitu satu model
pembelajaran dengan menggunakan media teknologi komunikasi dan informasi
khususnya internet. Menurut Rosenberg (2001; 28), e-learning merupakan satu
penggunaan teknologi internet dalam penyampaian pembelajaran dalam
jangkauan luas.

1.11 KESIMPULAN

Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk deskriptif kuantitatif yang direka
bentuk untuk melihat tahap penggunaan komputer di kalangan guru-guru di
Bahagian Samarahan, Sarawak. Keupayaan teknologi komputer iaitu internet
telah banyak membantu para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sebagai agen perubahan dalam pendidikan, guru seharusnya menggunakan
perkhidmatan ini dengan sebaik mungkin.

Di samping penggunaan internet, mereka juga haruslah mempunyai


kemahiran menyampaikan maklumat dengan cepat, tepat dan berkesan kepada
pelajar atau masyarakat di sekaliling. Secara amnya kajian ini nanti diharap dapat
menyumbangkan kepentingan kepada pihak yang terlibat bagi mengumpulkan
maklumat untuk merancang, merangka dan melaksanakan strategi kearah
memajukan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sekolah Bestari acuan Malaysia adalah Falsafah pendidikan Kebangsaan


dan mengambil kira keperluan masa depan negara yang digariskan secara ringkas
dalam wawasan 2020. Bagi melaksanakan pembestarian ini pihak yang berkenaan
harus mengambil beberapa langkah seperti mengubahsuai kurikulum kebangsaan,
mengintegrasikan komputer merentasi kurikulum, mengadakan program latihan
bagi guru-guru secara menyeluruh. Kejayaan rancangan ini bergantung kepada
sejauhmanakah ‘kebestarian’ guru dalam menfaatkan teknologi khasnya internet
dalam pendidikan.
13

BAB 2

KAJIAN KEPUSTAKAAN

2.1 PENGENALAN

Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang


baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan
Eropah sejak awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati
arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia
bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi
berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan
pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Penciptaan mikro komputer
pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan
teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (Nor Hashim, Mazenah
& Rose Alinda, 1996).

Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu


daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif
terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah
daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan,
berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini
(KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan
berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi
agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia (Multimedia
Super Corridor atau MSC ). Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang
seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang akan membolehkan
fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997).
Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas dalam bidang perniagaan
dan komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.
14

Kewujudan internet kini telah banyak membawa perubahan dalam


masyarakat. ELLSworth (1995) mengatakan bahawa internet merupakan alat
perantara di mana kita boleh mencapai maklumat dan data. Ia juga merupakan
satu tempat untuk belajar, berniaga, berhibur dan satu tempat yang membolehkan
kita berinteraksi secara lebih aktif.

Norizan (2000) menyatakan bahawa guru pada masa kini perlu


mempunyai tiga jenis kemahiran iaitu literasi komputer , kemahiran atau literasi
teknologi dan kemahiran literasi maklumat. Impaknya guru bukan hanya tahu
menggunakan omputer, malah perlu juga mempunyai kemahiran menggunakan
aplikasi-aplikasi ICT yang lain agar guru memperoleh ilmu pengetahuan dan
seterusnya menfaatkan ilmu pengetahuan untuk pengajaran dalam bilik darjah.

Kesimpulannya, internet dapat membolehkan manusia mudah dan


membawa pelbagai kebaikan kepada pengganaannya. Ia juga akan meningkatkan
pencapaian kurikulum mengikut perkembangan terkini jika diintegrasikan bahan-
bahan pembelajaran melalui internet dan kurikulum yang sedia ada (Mohd Sari et
al. 1998) ini dapat meningkatkan mutu pembelajaran serta memertabatkan
profesion perguruan dalam kalangan masyarakat di dalam alaf baru ini.

2.2 INTERNET DALAM PENDIDIKAN

Perkhidmatan internet boleh membantu guru mengajar dan murid belajar dengan
lebih berkesan. Atribut media seperti imej animasi, visual gerak, grafik, warna
dan audio dapat mempengaruhi proses instruksi dan pembelajaran kerana
penglibatan hampir kesemua deria dalam proses instruksi dan pembelajaran.
Internet juga dapat mempercepatkan serta meningkatkan proses hantaran,
penerimaan dan sebaran maklumat untuk mewujudkan satu komuniti
pembelajaran (learning community) dalam perkampungan global. Kombinasi
komputer dan teknologi komunikasi dapat melahirkan proses instruksi dan
pembelajaran asinkronous serta lebih bermakna yang melibatkan pelajar dalam
suasana pembelajaran yang lebih aktif, pembinaan pengetahuan baru,
pembelajaran bermuafakat dan koperatif, perbincangan, pembelajaran kontektual
15

dan refleksi. Hasil daripada kecemerlangan dalam instruksi dan pembelajaran


berteraskan internet akan menjana lebih banyak pengatahuan dan maklumat baru
yang akan menyumbang kepada pertumbuhan K-ekonomi.

Kebanyakan pembelajaran berbantukan komputer sebelum ini dikatakan


masih lagi menggunakan teknik-teknik pengajaran tahun 50’an, yang mana masih
terikat dengan psikologi pembelajaran jenis tingkah laku (behaviorisma). Dalam
erti kata yang lain, apa yang diperolehi buat masa ini ialah buku teks tradisi yang
telah dipindahkan kepada bentuk atau konsep baru iaitu sebagai buku teks
elektronik. Komputer di sini hanya berperanan sebagai pembuka helaian atau
mukasurat. Perisian sebegini sememangnya telah terbukti menerusi kajian
kurang berkesan memandangkan cirinya yang linear, berjujukan serta kurang
menarik. Ianya juga didapati sukar atau gagal menarik perhatian serta minat
pelajar untuk terus mendalami sesuatu isi pelajaran yang ingin disampaikan.

Perkembangan pesat dalam teknologi internet sedikit sebanyak telah


berjaya membawa nafas baru dalam dunia pendidikan. Ianya menawarkan
pelbagai keistimewaan yang tidak pernah diperolehi menerusi teknologi
sebelumnya. Teknologi ini pula seterusnya semakin merancakkan lagi
penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan.

Internet atau ‘Internasional Network of Networks’ ialah sebuah rangkaian


gergasi komputer di peringkat antarabangsa (TMB, 1998) dan merupakan cara
komputer berkomunikasi antara satu sama lain ( Crumlish, 1996 ). Ia
mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih
daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih
daripada 160 buah negara (Zoraini, 1995). Dalam rangkaian internet, terdapat
berbagai jenis bahan yang berjuta-juta bilangan dan sentiasa bertambah dari
sehari ke sehari. Bahan-bahan ini termasuklah artikel, imej grafik, perisian
komputer, video, audio, majalah, kertas persidangan, permainan, projek dan
sebagainya. Di dalam internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi
eletronik. Kumpulan ini mungkin terdiri daripada beberapa orang sehinggalah ke
beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama, termasuklah
16

matematik. Keterangan lanjut tentang internet boleh didapat di dalam


http://www.msn.com/tutorial/default.html

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik
berhubung dengan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
i. Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P .
Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya
internet dapat digunakan dengan berkesan.
ii. Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya
,guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran mereka, khususnya dalam bidang IT. Ketrampilan dan
keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama.
iii. Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru
dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur
dan sistematik.

Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam
menghadapi cabaran IT dan era globalisasi. Industri berasaskan maklumat yang
akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan, perlu diberi perhatian
sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat, khususnya warga pendidik dan para
ibubapa.

2.3 PERANAN DAN KEGUNAAN INTERNET DALAM


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Mengikut Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003), Sistem pendidikan masa
kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai kaedah
baru telah diperkenal serta digunakan supaya pengajaran seseorang guru menjadi
lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih bermakna. Sejak beberapa
tahun yang lalu kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer
(PBK) telah mula diperkenalkan dan kini dengan era teknologi maklumat dan
komunikasi yang semakin pesat, ianya semakin mendapat perhatian ramai.
17

Perkembangan dalam teknologi internet pula menjanjikan potensi


besar dalam merubah cara seseorang belajar, cara memperolehi maklumat, cara
menyesuaikan setiap maklumat dan sebagainya. Internet juga menyediakan
pelbagai peluang kepada para pendidik mengaplikasikan pelbagai teknik
pengajaran dan pelajar pula diberi peluang untuk memegang kuasa kawalan bagi
sesuatu sesi pembelajaran. Pelajar juga berpeluang untuk menentukan teknik
belajar yang bersesuaian dengan mereka, membentuk pengetahuan berdasarkan
keperluan masing-masing serta mengalami suasana pembelajaran yang lebih
menarik dan berkesan. Sumber maklumat serta rujukan juga bukan lagi terikat
dengan teks dari buku semata-mata tetapi lebih luas dari itu. Kehadiran teknologi
internet menambahkan lagi kemampuan proses capaian maklumat di mana
setiap maklumat dalam pelbagai bentuk dan pendekatan boleh dicapai dengan
lebih mudah dan pantas.

2.4 BENTUK-BENTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


BERBANTUKAN INTERNET

Internet telah menyediakan beberapa kemudahan, antaranya:


1) E – mail (Mel Eletronik)
2) Laman Web (WWW)
3) Internet Relay Chat (IRC)
4) Telnet
5) Kumpulan Diskusi dan Berita
6) File Transfer Protocal (FTP)

Semua kemudahan di atas boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran


dan pembelajaran. Para guru harus bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan.
Oleh itu, perancangan aktiviti yang kemas dan teratur amatlah penting, supaya
murid-murid dapat menggunakan internet secara maksimum dan optimum. Semua
aplikasi tersebut boleh digunakan sama ada sebagai sumber maklumat atau pun
sebagai bahan bantu yang diintegrasikan terus dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

2.4.1 Mel Elektronik (E-mail)


18

Mel eletronik adalah satu perkhidmatan internet yang popular dan memudahkan
pengguna berkomunikasi antara satu sama lain. Setiap pesanan yang dihantar,
akan melibatkan kos yang amat minimum. Pesanan dan pertanyaan boleh ditulis
bila-bila masa dan dihantar dari rumah atau pejabat dan akan sampai kepada
penerima dalam masa yang singkat. Selain daripada bentuk teks, penghantaran
melalui e-mail boleh melibatkan imej grafik dan suara (voice mail). Penghantaran
maklumat tersebut boleh dilakukan sama ada dari se orang ke se orang atau dari
se orang kepada ramai, yakni se kumpulan penerima secara serentak. Se orang
guru atau pensyarah boleh menerima dan memeriksa hasil tugasan pelajarnya
melalui kemudahan e-mail. Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru
dengan mengunakan e-mail ialah (Zulkifli, 1998):

a. Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan
pihak jabatan serta kementerian.
b. Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal.
c. Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan
pembelajaran ; teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan
penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya.
d. Menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain mengenai
sesuatu program dan polisi yang di gunakan khususnya dalam menyelesaikan
sesuatu masalah yang timbul.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah:
a. Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain.
b. Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang
negara mengenai berbagai isu semasa.
c. Mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui
komunikasi dengan rakan pena di luar negara.
d. Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah
pelajaran secara "on-line".
19

Aktiviti-aktiviti seperti di atas akan memberi banyak faedah kepada para pelajar
Zoraini (1996)
a. Pelajar lebih peka terhadap isu semasa dunia
b. Pelajar dapat membiasakan diri dengan aplikasi komputer
c. Pelajar berpeluang menjalankan aktiviti kumpulan , dan
d. Pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir, kemahiran bahasa atau kemahiran
berkomunikasi

2.4.2 Kumpulan berita dan diskusi

Di internet, kita boleh membaca atau menyertai perbincangan tentang pelbagai


subjek mengikut minat dan cita rasa kita. Kumpulan berita dan diskusi secara
asasnya adalah aplikasi dan lanjutan kepada penggunaan e-mail secara berkesan.
Komuniti-komuniti yang terbentuk secara elektronik yang mempunyai minat
yang sama membolehkan ahli-ahli yang menyertai kumpulan diskusi berkongsi
pendapat dan membantu di antara satu sama lain tanpa batasan sempadan
geografi. Terdapat beribu-ribu kumpulan diskusi yang boleh disertai oleh
pendidik mengikut minat mereka. Senarai kumpulan diskusi eletronik dalam
pendidikan boleh didapati dari laman http://k12.cnidr.org:90/list.html.

2.4.3 Pengkalan data katalog perpustakaan

Di Amerika Syarikat , pengkalan data seperti ERIC dan ETS Test Collection
adalah merupakan pengkalan data yang paling polular dikalangan pendidik dari
semua peringkat. Kita boleh mendapatkan data soal-selidik, artikel-artikel,
rancangan pengajaran, ujian, dan lain-lain alat pengukuran dari dua pengkalan
data tersebut. Kita juga boleh mengakses katalog dari perpustakaan misalnya
perpustakan Universiti Malaya dan lain-lain universiti luar negara serta
mengakses bahan-bahan teks bercetak dari badan kerajaan Amerika.
20

2.4.4 Laman Web ( World Wide Web)

Rangkaian sedunia WWW adalah sebahagian daripada internet dan merupakan


satu koleksi besar dokumen yang dikenali sebagai ‘halaman web’ (TMB, 1998,
Crumlish, 1996). Halaman web merupakan komponen yang menjadikan internet
lebih menarik dan paling diminati oleh sesiapa sahaja yang dapat mengaksesnya.
Dengan lebih 50 juta tapak halaman web dan dengan pertumbuhan 10 peratus
setiap hari, halaman web merupakan sumber maklumat tak terhingga
kandungannya. Para pendidik boleh mendapatkan kandungan teks penuh, artikel,
rancangan pengajaran, dan lain-lain bahan pengajaran pembelajaran seperti
maklumat mengenai projek-projek yang boleh dijalankan oleh pelajar, pendidikan
keibu-bapaan, dan maklumat kesihatan serta bermacam-macam maklumat lain
yang boleh diperolehi dengan mudah dan cepat.

Terdapat satu laman (http://k12.cnidr.org:90/web.intro.html) yang


menghuraikan cara-cara menggunakan World Wide Web khususnya dalam
mereformasikan kurikulum. Dicadangkan bahawa WWW dalam pendidikan
boleh berperanan sebagai:
a. Tutor
b. Pusat sebaran dan penerbitan
c. Medan perbincangan ( Forum )
d. Pemandu ( Melalui search engine )

2.4.5 Permindahan Fail ( FTP )

Menerusi internet, segala fail sama ada dalam bentuk teks, grafik, audio atau
video amat mudah untuk dipindahkan dari satu komputer kepada komputer yang
lain dengan menggunakan "File Transfer Protocol(FTP)". Segala bahan
pembelajaran yang terdapat dalam sesuatu server (di mana-mana institusi
pendidikan) boleh dipindahkan ke dalam komputer kita di rumah atau di sekolah
tanpa mengalami sebarang perubahan. Pada hari ini, terdapat pelbagai perisian
yang boleh dimuat turun (download) sama ada secara percuma ataupun berbayar.
Kita juga boleh memuatkan kembali (upload) segala fail ke dalam sesuatu server
21

untuk di pamirkan atau dimanfaatkan oleh orang lain, terutama para pendidik dan
pelajar di seluruh dunia. Semuanya menggunakan kemudahan FTP.

Capaian maklumat melalui internet melibatkan dua komponen utama iaitu


capaian secara fizikal (physical access) dan capaian secara bijaksana (intellectual
access). Capaian secara fizikal di dalam internet merupakan kemudahan
kelengkapan komputer kepada guru dan pelajar untuk mencapai internet berserta
dengan komponen seperti e-mel, gopher, kumpulan perbincangan elektronik,
pemindahan fail, Archie, Veronica, WAIS, dan WWW. Tanpa kemudahan untuk
mencapai internet, pengajaran secara maksima mengintegrasikan internet dalam
pengajaran dan pembelajaran sukar berlaku. Namun dengan kemudahan jaringan
kerja setempat "LAN" (Local Access Network) hasrat mengintegrasikan internet
ke dalam pengajaran masih boleh dilaksanakan. Pelajar juga perlu dididik
mengenai tanggungjawab dan etika sebagai pengguna "on-line" di dalam
mencapai internet. Pelajar perlu didedahkan kepada capaian intelektual , iaitu
kebolehan dan kemahiran menjelajah dunia siber dengan penuh berakhlaq dan
bijaksana.

Kemahiran-kemahiran intelektual yang perlu ada pada pelajar di dalam


mencapai internet secara efektif ialah:
a. Mengetahui cara menggunakan beberapa aplikasi penting seperti e-mail, FTP,
IRC dan sebagainya.
b. Menguasai beberapa perisian word processing dan grafik.
c. Memilih engin pencari yang sesuai dan tahu menggunakannya.
d. Memilih maklumat yang sah dan boleh dipercayai melalui penilaian terhadap
kandungan dan sumber.
e. Merancang pencarian supaya cepat dan tepat.
f. Menganalisa data.
g. Membina dan menguji model-model.

Pembelajaran melalui internet seharusnya lebih banyak tertumpu


kepada aktiviti "intellectual inquiry", iaitu aktiviti yang boleh membawa pelajar
22

kepada penyelesaian masalah berasaskan sumber maklumat yang bermakna.


Antara kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai digunakan ialah:
a. Pengajaran berasaskan sumber (resource based teaching)
b. Pengajaran pemusatan pelajar (child-centered classrooms)
c. Pengajaran berkonstruktif (constructivist teaching)
d. Pengajaran dan pembelajaran "Authentic" (Authentic teaching and learning)
e. Pengajaran dan penilaian berasaskan kepada pencapaian pelajar dalam sesuatu
projek (project oriented education using authentic assessment).

2.4.6 Telnet

Telnet  (Remote Login) Salah satu kelebihan internet ialah kemudahan


menggunakan komputer yang berlokasi di benua lain, sama seperti mana
menggunakan komputer yang ditempatkan dalam sebuah bangunan yang sama.
Telnet adalah salah satu aplikasi yang wujud dalam Internet yang berasaskan satu
protokol piawai bagi membolehkan seseorang pengguna membuat sambungan
kepada komputer lain untuk melaksanakan perisian yang tersimpan dalam
komputer tersebut. Secara khusus Telnet ialah nama yang diberikan kepada
protokol yang membolehkan pengguna log masuk ke dalam satu komputer hos
yang terletak di tempat berasingan dalam internet. Dengan kata lain, Telnet
membenarkan pengguna komputer untuk memasuki komputer yang berjauhan.

Bagi menggunakan Telnet, pengguna harus melaksanakan atur cara yang


dinamakan telnet di komputer mereka. Atur cara ini menggunakan internet bagi
membuat sambungan kepada komputer yang dikehendakki. Sebaik sahaja
sambungan dibuat, telnet bertindak sebagai agen pertengahan di antara anda dan 
komputer yang dihubungi. Semua yang ditaip menggunakan papan kekunci akan
dihantar kepada komputer yang dihubungi. Semua yang dipaparkan oleh
komputer yang dihubungi itu akan dipaparkan di skrin di hadapan anda. Hasil
akhir ialah papan kekunci dan skrin komputer anda dihubungkan secara terus
kepada komputer yang berjauhan itu.
23

Dalam terminologi Telnet, komputer anda dipanggil komputer tempatan.


Komputer yang satu lagi dinamakan komputer jauh (remote) yang anda hubungi.
Terma ini diguna pakai tanpa mengira sama ada komputer yang dihubungi itu
berada jauh di benua lain, atau berada dalam sebuah bilik yang sama. Telnet
biasanya digunakan oleh seseorang pengguna yang mempunyai kebenaran atau
diberi kuasa untuk memasuki sesuatu komputer. Setiap kali pengguna berjaya
mengadakan sambungan dengan menggunakan telnet, beliau dikehendaki
memasuki nama pengenalan atau ID pengguna dan kata laluan. Apabila nama dan
kata laluan tersebut sah, barulah pengguna itu dapat memasuki komputer jauh
berkenaan. Di sini sistem keselamatan digunakan seperti penghadang api
(firewall) dan lain-lain bentuk keselamatan capaian bagi mempastikan bahawa
hanya pengguna yang sah sahaja berjaya memasuki suatu komputer atau tapak.
Walaupun begitu, terdapat juga lokasi-lokasi telnet yang menyediakan
perkhidmatan kepada semua pengguna untuk memasukinya. Bagi menyediakan
perkhidmatan sebegini, kebanyakan penyedia perkhidmatan mengumumkan ID
pengguna generik atau nama pengguna umum, misalnya “guest”. Ia juga
menyediakan kata laluan yang umum atau tiada kata laluan langsung supaya
semua pengguna boleh mencapai maklumat yang dikehendaki.

2.4.7 Internet Relay Chat ( IRC )

Salah satu cara berkomunikasi paling cepat yang dapat disertai ialah kumpulan
perbualan yang terdapat dalam  internet. Internet Relay Chat tidaklah merujuk
kepada sekumpulan orang berbual sesama sendiri dan mereka dapat mendengar
suara masing-masing. Sebaliknya, IRC bermakna kita berbual dengan orang lain
dengan menggunakan papan kekunci. Walau bagaimanapun pada hari ini sudah
terdapat perisian yang membolehkan komunikasi secara audio dan visual dengan
bantuan beberapa alatan tambahan. Komunikasi seperti ini sering disebut sebagai
telesidang (video conferencing).  Kita boleh berbual serentak dengan ramai orang
di seluruh dunia. Beribu-ribu orang di seluruh dunia berbincang tentang berbagai
tajuk setiap masa melalui IRC. Setiap tajuk yang berlainan dinamai “saluran”.
24

IRC sebenarnya berdasarkan model pelayan pelanggan. Ini bermakna,


perisian pelanggan dan pelayan diperlukan untuk melihatnya. Terdapat banyak
perisian pelanggan IRC untuk pelbagai komputer yang berlainan. Antara yang
terkenal ialah mIRC (http://www.mirc.com), netmeeting, ICQ
(http://www.mirabilis.com), dan lain-lain lagi. Perisian pelanggan IRC akan
berkomunikasi dengan pelayan IRC dalam Internet. Kita log masuk pelayan
dengan menggunakan perisian pelanggan dan kemudian pilihlah saluran yang
diminati. Melalui kemudahan yang disediakan oleh beberapa web server
(contohnya Xoom – http://www.xoom.com), kita berpeluang membina ruang
perbualan sendiri. Ruang-ruang perbualan ini boleh diubahsuai untuk digunakan
sebagai bilik mesyuarat siber.

2.4.8 Integrasi Internet Dalam Matapelajaran Matematik

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat


memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih sedekad yang
lalu, NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980)
mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang
ditawarkan oleh komputer. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh
memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga
boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Keadaan yang
sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran lain
di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam
pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna
jika seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah.
Laporan Cockcroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus
diterjemahkan kepada sebut an dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan.
Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap
struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah
menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar.
Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan internet (Lim,
1989).
25

Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993;


Henderson and Landersman, 1992; Chazan, 1988; Mc Coy, 1991; Al Ghamdi,
1987) didapati bahawa:
a. Pelajar yang menggunakan internet dalam matematik mempunyai sikap yang
lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan
menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
b. Penggunaan internet dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar
memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan.
c. Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang
ketara.
d. Kumpulan yang belajar berbantukan internet mempunyai kemampuan
mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat
menggunakannya dalam bidang-bidang lain.

Penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran


melibatkan beberapa aplikasi seperti multimedia audio visual. Peranan dan
penggunaan internet telah mula dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam
sistem pendidikan negara khususnya dalam pelaksanaan proses pengajaran
pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan para
pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat yang prihatin.

Kajian oleh Christie (1996) terhadap penggunaan mel eletronik (e-mail)


dan penerokaan maklumat di kalangan para pelajar sekolah rendah mendapati
bahawa, selain daripada semangat belajar secara kumpulan (cooperative learning),
para pelajar juga semakin mesra dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha
untuk meneroka 'alam yang baru ditemui' (virtual reality). Mereka sentiasa
menemui maklumat baru dan bahan-bahan yang amat menarik perhatian. Nolan
dan Martin (1994) menyatakan bahawa pembelajaran dalam suasana baru seperti
menggunakan internet di sekolah telah membawa banyak perubahan kepada
pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara
kritikal. Walau bagaimanapun jurang perbezaan sosial ekonomi di kalangan
26

pelajar harus diambil kira semasa pendedahan teknologi komputer dan internet
diberikan (Bier et. al, 1996).

Kang (1995) dalam kajiannya untuk menilai kesan aktiviti mel eletronik
ke atas sikap pelajar terhadap internet telah mendapati bahawa para pelajar amat
kagum dan tertarik kepada internet. Mesej yang dihantar sejauh 25,000 batu
jauhnya boleh sampai dalam masa beberapa minit sahaja. Para pelajar juga amat
berhati-hati semasa menulis mesej supaya tidak terdapat kesalahan ejaan dan
maksudnya boleh difahami oleh sipenerima dengan mudah. Amalan ini akan
dapat meningkatkan penguasaan bahasa, khususnya bahasa Inggeris. Aktiviti
komunikasi dalam internet seperti mel eletronik akan dapat menyediakan pelajar
untuk dunia pekerjaan yang akhir-akhir ini banyak menggunakan proses
perhubungan telekomunikasi yang canggih (Everett and Ahern, 1994 ).

Internet telah menjadi sebahagian dari sekolah bestari semenjak beberapa


tahun yang lepas. Semua sekolah menengah mendapat akses ke internet pada
tahun 2000. Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama serta bantuan
kepakaran MIMOS, telah melancarkan Projek Jaringan Pendidikan (Sulaiman,
1996). Melalui projek ini, Kementerian Pendidikan telah menyediakan
kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan pendidik di
samping menyediakan program latihan yang berterusan kepada guru-guru.
Program ini, walaupun kurang berjaya, tapi sekurang-kurangnya telah dapat
memberi pendedahan awal kepada guru-guru dan pelajar tentang penggunaan dan
peranan internet kepada dunia pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia
melalui Bahagian Pendidikan Guru, telah lama menjalankan Kursus Dalam
Perkhidmatan (14 Minggu) Bestari kepada guru-guru di seluruh negara bertempat
di beberapa buah maktab perguruan. Guru-guru ini dipilih daripada sekolah yang
akan melaksanakan kurikulum sekolah bestari. Dalam kursus ini, guru-guru
didedahkan dengan pelbagai kemahiran generik termasuklah kemahiran teknologi
maklumat yang seterusnya akan menjadi asas dan keperluan utama dalam
pembinaan pakej pembelajaran bestari. Para peserta akan berpeluang menjadikan
internet sebagai sumber dan alat penyebaran maklumat yang cepat dan berkesan.
27

2.4.9 Penggunaan PBBK(Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer)


dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab

Satu kajian telah dijalankan oleh mahasiswa Universiti kebangsaan Malaysia


terhadap 40 orang guru bahasa Arab dari sekolah agama berasrama penuh di
Malaysia iaitu Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kelang, Sekolah Menengah Agama
Persekutuan, Kajang dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu. Tujuan
kajian ini adalah untuk mengetahui skop penggunaan komputer dan internet di
kalangan guru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah yang
dipilih. Kajian ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada
guru-guru yang mengajar bahasa Arab tentang persepsi, tahap kesediaan dan
peranan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab berbantukan
komputer khususnya internet. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa
guru mempunyai persepsi yang sangat baik terhadap PBBK. Para guru juga telah
menunjukkan kesediaan yang tinggi untuk menghadiri apa jua bentuk latihan
yang berkaitan dengan PBBK bagi memastikan agar ianya dapat berjalan dengan
lancar dan jayanya.

2.4.10 Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran Sains

Pada alaf ke-21 ini begitu banyak sekolah-sekolah di negara maju telah
mengapliksikan teknologi malumat di dalam pentadbiran dan pengajaran sekolah
mereka. Sekolah-sekolah ini dipanggil 'Lamppost schools' atau 'model technology
schools' seperti Queen Ann di New York dan Sekolah Waterford di Orem Utah,
di mana pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat telah
dijalankan dengan jayanya untuk matapelajaran bahasa dan matapelajaran lain-
lainya (Van Horn,1991). Sekolah-sekolah ini menjalankan pengajaran dan
pembelajaran berbentuk maya telah menjadi ikutan dan dipraktikan oleh sekolah
lain. Di dalam sistem pendidikan di negara kita pengajaran dan pembelajaran
maya ini baru mula dipraktikkan. Di dalam perancangan projek sekolah Bestari, 4
mata pelajaran untuk semua peringkat iaitu, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Sains, dan Matematik akan dilakukan secara menggunakan komputer multimedia.
28

Bahan pembelajaran dan pengajaran menggabungkan teks dan perisian


yang disalurkan melalui rangkaian inernet dan dibangunkan supaya dapat
membantu pelajar mengikut tahap kemahiran dan kelajuan pembelajaran masing-
masing. Ia adalah satu langkah yang berani Kementerian Pendidikan untuk
menggabungkan teknologi maklumat di dalam sistem pendidikan negara. Ini
merupakan satu tranformasi pendidikan dari berbentuk konvensiol di mana guru
dan buku teks adalah sumber maklumat dan pemberi maklumat kepada bentuk
maya iaitu menggunakan teknologi maklumat: peralatan teknologi komunikasi
atau sistem rangkaian elektronik dan komputer yang digunakan untuk
mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur, dan menyampaikan maklumat
kepada pelajar (Laudon dan Laudon 1996).

Maklumat dan pengetahuan ini kemudiannya digunakan, diolah, dan


dimanfaatkan oleh pelajar dan guru. Projek perintis sekolah Bestari ini telah
dimulakan pada tahun 1999 di mana 99 sekolah telah dipilih untuk diperkenalkan
kepada sistem pembelajaran bestari iaitu menggunakan komputer multimedia dan
internet sebagai alat bantuan mengajar dan pembelajaran. Peringkat pertama
seramai 85 000 pelajar terlibat dan konsep pembelajaran bestari ini direncanakan
dan dikembangkan secara berperingkat-peringkat. Peringakat kedua dalam tahun
2000 lebih kurang 500 buah sekolah yang melibatkan 300 000 pelajar akan
dijadikan sekolah bestari. Dianggarkan pada tahun 2010, kesemua sekolah di
Malaysia akan dijadikan sekolah bestari. Ini melibatkan lebih kurang 5.8 juta
pelajar dan 450 000 guru.

2.4.11 Perubahan Kaedah Pengajaran Sains

Pengajaran sains melalui teknologi maklumat akan mengubah secara


keseluruhannya pengkaedahan pengajaran sains di sekolah. Pengajaran dan
pembelajaran sains dapat dipraktikkan secara interaktif dan koloboratif, bentuk
pengajaran akan dapat menghasilkan pelajar yang sentiasa melakukan
eksperimen, mengaplikasi pengetahuan dan pengalaman serta dapat membuka
fikiran secara kreatif dan kritis. Faktor-faktor yang mengalami perubahan apabila
teknologi maklumat diaplikasikan di dalam pengajaran sains adalah seperti
29

berikut: Faktor pertama ialah bentuk interaksi. Pengajaran sains yang


menggunakan teknologi internet akan dapat membantu interaksi pelajar lebih
interaktif dan spontan. Soalan-soalan yang terkandung di dalam perisian-perisian
kursus dan melalui talian internet mempunyai maklumbalas yang tepat dan cepat.
Pelajar dapat mengetahui serta-merta jawapan yang mereka berikan samada betul
atau salah. Mereka akan diberi penerangan lanjut dan bantuan sekira jawapan
mereka salah yang terdapat dalam talian tersebut. Pujian atau ucapan tahniah yang
berbentuk galakkan dan rangsangan minda kepada pelajar akan dipaparkan pada
skrin. Interaksi ini merupakan interaksi dua hala di antara pelajar dengan internet.

Faktor kedua ialah bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran sains boleh
diprogramkan di dalam bentuk multimedia. Bahan maklumat disampaikan secara
data, teks, imej, video, animasi, bunyi, dan suara. Kemudahan multimedia ini
membuatkan teks yang dibaca lebih menghiburkan dan seronok kerana ianya
disampaikan dengan animasi dan bunyi. Kaedah ini membantu situasi pengajaran
dan pembelajaran sains lebih berkesan dan hidup. Penerangan sesuatu konsep,
prinsip, dan fakta dapat dilakukan dengan lebih mudah, berkesan, dan menarik
dengan kemudahan multimedia. Penggunaan teknologi internet pula dapat
membantu membawa alam kehidupan ke dalam bilik darjah dan menjadikan
proses pembelajaran lebih realistik. Guru-guru dan pelajar juga didedahkan
kepada satu himpunan ilmu yang boleh dimanfaatkan untuk pendidikan.

Faktor ketiga ialah aktiviti kelas lebih berpusatkan kepada pelajar.


Teknologi maklumat membolehkan tumpuan diberikan kepada setiap pelajar
dengan tiada sebarang rintangan dan pilihan. Ini selaras dengan kaedah
pendidikan di alaf 21 ini yang lebih menumpukan kepada pelajar. Setiap pelajar
dapat mengimbangi pembejalaran sains masing-masing dari kecepatan,
kemahiran, tahap eksperimen dan tahap latihan. Dari segi kecepatan, pelajar boleh
melambatkan atau mempercepatkan pelajaran sains sesuai dengan tahap
kefahaman dan kelajuan pembelajaran masing-masing. Dari segi kemahiran,
pelajar boleh memilih pelajaran sains sesuai dengan tahap kemahiran mereka iaitu
asas, pertengahan atau pengukuhan dan pengkayaan (mahir). Pelajar yang mahir
mungkin tidak perlu melaku latihan peringkat asas dan terus melakukan latihan di
30

peringkat pengukuhan dan pengkayaan. Begitu juga sebaliknya pelajar yang


lemah perlu menumpukan latihan di peringkat asas. Dari segi latihan pula, pelajar
boleh membuat latihan berulang kali atau membuat cubaan menjawab berulang-
ulang tanpa merasa malu dan rendah diri jika membuat kesilapan. Pelajaran yang
diulang-ulang juga tidak berubah dari segi mutu penyampaiannya.

Faktor keempat ialah cara pembelajaran boleh dijalankan di dalam bentuk


pembelajaran kendiri. Pembelajaran sains yang menggunakan kaedah tekonologi
maklumat akan menjadikan pembelajaran sains boleh dijalankan di mana-mana
sahaja dan tidak tertumpu di dalam makmal sains yang formal atau di dalam
makmal komputer. Pelajar boleh mengikuti pelajaran sains di rumah, di
perpustakaan atau di tempat-tempat lain yang menyediakan perkakasan yang
sesuai dan talian internet di dalam suasana yang kondusif untuk pembelajran
mereka. Waktu pembelajaran juga tidak terbatas. Dominasi guru dapat
dikurangkan dan ini akan membantu pelajar-pelajar yang malu untuk berinteraksi
dan memberi maklum balas di dalam kelas akan merasa lebih selesa berbuat
demikian dengan komputer.

Faktor kelima ialah dari segi pengurusan kelas. Penggunaan teknologi


maklumat membolehkan interaksi pelajar dan guru berlaku samada di luar bilik
darjah dan di luar waktu pengajaran. Pelajar, guru, dan pentadbir sekolah boleh
berinteraksi dengan mudah dan selesa melalui penggunaan mel elektronik di
waktu sekolah dan di luar sekolah. Di bidang pentadbiran, pentadbiran sekolah
boleh mengendalikan maklumat dan aktiviti guru serta pelajar melalui komputer
dengan lebih cekap untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Pentadbiran
boleh dilaksanakan tanpa kertas jika kemudahan dan kelengkapan teknologi
maklumat disediakan secara menyeluruh. Komputer juga membolehkan guru
menyimpan rekod peribadi dan pencapaian setiap pelajar dari hari pertama
persekolahan sehinggalah mereka tamat persekolahan.

Faktor keenam ialah dari segi penilaian yang berbentuk komprehensif.


Penggunaan internet membolehkan penilaian dijalankan di dalam talian di mana
ianya adalah lebih komprehensif. Internet berupaya membantu para guru
31

membuat set penilaian, menjalankan penilaian dan menilai set soalan penilaian
mereka dan membolehkan pelajar menjawab soalan-soalan berkenaan. Soalan-
soalan yang dberikan kepada pelajar boleh dianalisis dan soalan-soalan sains itu
boleh dikumpulkan dalam bentuk bank soalan.

Kaedah penilaian ini dikenali sebagai penilaian komputer. Penilaian dalam


talian ini juga membolehkan pelajar memilih permasalahan untuk diselesaikan
dan cara maklumat tertentu. Kerja ini boleh dilaksanakan secara berkumpulan
atau individu. Pelajar akan dinilai dari segi kebolehan mereka menilai maklumat,
menggunakan maklumat, dan mempersembahkan maklumat mereka dalam
bentuk laporan atau persembahan.

Faktor ketujuh ialah peranan guru sebagai pembimbing cara ilmu. Peranan
guru sains adalah lebih cenderung sebagai facilitator dan juga pengemudi ilmu.
Tugas guru yang menggunakan internet ialah membantu pelajar untuk mencari
maklumat, menyusur laman web yang berkaitan dan menggunakan makluamt
yang tersedia untuk menyelesaikan masalah. Para guru juga berperanan sebagai
pembantu makmal yang dapat membantu pelajar dari segi teknikal. Di dalam
kelas-kelas yang tidak melibatkan eksperimen guru sains tidak perlu hadir di
dalam kelas. Semua arahan dan maklumat boleh didapati di dalam komputer dan
pelajar hanya perlu mengikut arahan yang diberikan di dalam talian. Ini
membolehkan lebih ramai pelajar dapat mengikuti pelajaran sains ini serta dapat
membantu mengembangkan kefahaman pelajar tentang konsep, prinsip, dan fakta
sains. Waktu terhad untuk pelajar berjumpa dengan guru di dalam kelas boleh
digunakan untuk urusan konsultasi ataupun membantu pelajar mengatasi masalah
kefahaman sains pelajar dari kemahiran proses sains, kaedah menjalankan
eksperimen boleh diberikan perhatian oleh guru dengan lebih teliti. Justeru itu,
guru-guru sains adalah perlu lebih peka dan sentiasa bersedia untuk menggunakan
teknologi maklumat ini supaya tidak ketinggalan dengan era baru pendidikan di
abad ke 21 ini. Guru-guru harus berani dalam menggunakan kemudahan
teknologi maklumat yang sedia ada agar pengajaran dan pembelajaran dapat
berkembang dan bergerak searah perkembangan teknologi maklumat.
32

2.5 Penggunaan internet di kalangan guru

Tedapat beberapa kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh para pendidik
dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Secara umumnya terdapat tiga
kategori kaedah pengajaran sebagaimana dikemukakan oleh Peterson et al (1984).
Kategori-kategori tersebut adalah pertama, mendengar dan bertutur, kedua,
membaca dan menulis, dan ketiga adalah kategori memerhati dan membuat.
Dengan itu, kaedah kuliah boleh diletakkan di bawah kategori pertama iaitu
kategori mendengar dan bertutur. Pelajar mendengar dan guru bertutur,
menyampaikan atau menjelaskan sesuatu perkara. Kaedah ini melibatkan darjah
pemusatan yang tinggi kepada guru. Kaedah ini sesuai digunakan kepada
kumpulan pelajar yang ramai pada tempoh masa tertentu di bilik atau di dewan
kuliah. Sewaktu menyampaikan kuliah para guru atau pensyarah boleh
mempelbagaikan teknik supaya penyampaian mereka lebih berkesan. Ini
termasuklah penggunaan soalan-soalan yang merangsangkan pemikiran, media
sokongan, intonasi suara serta kawalan mata.

Sebagai perbandingan, kaedah pengajaran pembelajaran berasaskan web


boleh diletakkan dibawah kategori ketiga iaitu memerhati dan membuat. Dalam
hal ini para pelajar akan memerhati isi kandungan laman web yang disediakan
menerusi monitor komputer yang berangkaian internet dengan cara membaca
serta berinteraksi dan seterusnya melakukan kerja-kerja mencatat atau membuat
penyalinan. Menerusi laman web, para pelajar akan dapat mempelajari sesuatu
pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Ini bermakna, melalui laman web, pelajar
berpeluang untuk belajar apabila mereka bersedia untuk belajar. Keadaan ini jauh
berbeza dengan kaedah pengajaran biasa dalam bilik darjah atau kuliah, di mana
sebahagian daripada pelajar tidak bersedia untuk belajar walaupun guru telah
menyediakan pelbagai strategi, kaedah, bahan, dan sumber untuk proses
pengajaran tersebut.

Melalui kaedah laman web, pelbagai bahan dan maklumat dapat disedia dan
disajikan secara serentak dalam bentuk yang lebih interaktif. Termasuklah bahan
seperti teks, grafik, animasi, audio, dan video. Oleh yang demikian, kaedah
33

pengajaran dan pembelajaran berasaskan web mempunyai darjah pemusatan yang


tinggi kepada pelajar.

2.6 KESIMPULAN

Berdasarkan tinjauan literature terhadap hujah-hujah lepas dapatlah dirumuskan


bahawa perkhidmatan internet adalah alat yang sangat penting dalam dunia
pendidikan kini, sedangkan tahap komputer dan kemahiran menggunakan internet
masih lagi pada tahap yang membimbangkan. Setiap guru harus mengorak
langkah ke depan seiring dengan kemajuan teknologi dalam menempuh cabaran
baru dunia pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan ekoran dari capaian
maklumat secara global. Memandangkan kepentingan penggunaan internet di
kalangan guru maka para guru sekolah rendah, menengah, pengajian tinggi awam
dan swasta harus mengambil langkah mengenalpasti masalah dan membuat
penyelidikan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh para pendidik amnya.

Pengenalan Koridor Raya Multimedia (MSC) pada 1997 yang lalu telah
memperkenalkan kita kepada tujuh aplikasi perdana yang perlu digapai menjelang
tahun 2020 merupakan satu anjakan paradigma dalam melahirkan generasi yang
bermaklumat dan berpengetahuan tinggi dalam teknologi maklumat.  Fenomena
ini mengharuskan pelajar berupaya memandu proses pembelajaran mereka dalam
persekitaran pembelajaran elektronik manakala pendidik perlu bersiap siaga
menyatupadukan penggunaan teknologi maklumat dalam strategi pengajaran. 

Penggunaan serta pemahaman ICT harus dipandang dari sudut yang


positif oleh semua golongan.  Perdana Menteri, Dato Seri Dr.Mahathir Mohamad
turut menyatakan keyakinan bahawa Malaysia mampu menjadi peneraju dalam
bidang ICT  jika rakyat berganding bahu menjayakan matlamat tersebut.  Beliau
juga menegaskan bahawa jika semua pihak melibatkan diri menguasai ICT,
negara tidak akan ketinggalan malah menjadi lebih kompetatif di arena
antarabangsa (Utusan Malaysia, 24 April 2002). 

Pembangunan, pengembangan, isu dan cabaran pengajaran sumber dan


teknologi maklumat terkini khususnya pembelajaran berpandukan internet
34

merupakan di antara topik-topik utama yang mendapat perhatian dalam bidang


penyelidikan terutama dalam mengenalpasti keberkesanan pembelajaran bestari
menerusi kecanggihan Information Communication Technology atau ICT
mencapai matlamat atau disebaliknya.  Gates (1996), percaya bahawa teknologi
maklumat akan memberi banyak kuasa penguasaan ilmu kepada semua lapisan
pelajar dan menegaskan bahawa proses berfikir, proses instruksi, dan proses
pembelajaran dapat dipermudahkan dan dipertingkatkan dengan menggunakan
teknologi komputer.
35

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Tinjauan ini merupakan satu penyelidikan tindakan dan bertujuan mengenalpasti


penggunaan internet di kalangan guru di sekolah-sekolah Bahagian Samarahan.
Jangka masa tinjauan ini adalah selama tiga bulan (akhir bulan Mac hingga akhir
Jun 2008) dan melibatkan seramai 100 orang guru di sepuluh buah sekolah
rendah. Tiga teknik telah digunakan untuk tinjauan ini iaitu mengumpul
maklumat, pemerhatian dan senarai semak. Maklumat yang diperolehi melalui
tiga teknik ini telah di senaraikan mengikut kategori-kategori kemudahan
penggunaan internet seperti tahap penggunaan internet dalam pengajaran dan
pembelajaran, perspektif guru terhadap penggunaan internet di sekolah, status
penggunaan internet dan minat guru menggunakan internet. Dapatan ini telah
dianalisis menggunakan Program SPSS dan Microsoft Excel 2003 untuk mengira
kekerapan, min dan peratus dan perkhidmatan internet yang digunakan oleh guru
dalam proses menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini adalah berbentuk tinjauan iaitu menggunakan satu set soal selidik
untuk mengumpul maklumat kajian.  Kaedah tinjauan digunakan kerana sesuai
untuk menentukan tahap pengetahuan komputer dan penghasilan bahan
pengajaran dan pembelajaran serta kekerapan menggunakan internet sama ada
secara individu atau bersama murid di kelas. Kaedah tinjauan boleh menerangkan
sesuatu fenomena yang sedang berlaku (Mohd. Majid 1986).
36

3.2.1. Kaedah

i. Borang soal selidik dihantar ke sekolah bagi mendapatkan maklumbalas


tentang status kemudahan internet dan tahap kemahiran serta kekerapan
penggunaan internet di sekolah tersebut.
ii. Temubual dengan beberapa orang guru yang dipilih secara rawak.
iii. Pemerhatian

3.3 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Populasi bagi kajian adalah semua guru yang mengajar di sekolah-sekolah rendah
Bahagian Samarahan, Sarawak. Terdapat 50 buah sekolah rendah dan anggaran
populasi seramai 991 orang guru. Daripada jumlah ini 100 orang responden telah
terpilih sebagai sampel bagi penyelidikan ini. Responden dipilih secara rawak
mudah dan setiap orang guru berpeluang untuk dipilih sebagai responden kajian.
Responden kajian ini terdiri daripada guru-guru yang mengajar di sepuluh buak
sekolah rendah di Bahagian Samarahan, Sarawak. Borang soal selidik diagihkan
kepada guru untuk mendapatkan maklum balas tentang pengunaan internet di
sekolah berkenaan.

3.4 LOKASI KAJIAN

Kajian ini dijalankan di sepuluh buah sekolah rendah di Bahagian Samarahan,


Sarawak. Pemilihan lokasi kajian ini adalah berasaskan bandar sekolah tersebut
mempunyai kemudahan internet sama ada yang disediakan oleh kementerian atau
persendirian.

3.5 INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang digubah sendiri berdasarkan
keperluan kajian. Soal selidik ini mengandungi 5 bahagian iaitu;

i. Bahagian 1 - Demografi Responden


37

ii. Bahagian II - Anggaran kekerapan masa menggunakan perkhidmatan


internet dalam seminggu
iii. Bahagian III - Minat guru menggunakan internet dalam pengajaran dan
pembelajaran
iv. Bahagian IV - Persepsi guru berkenaan penggunaan internet dalam proses
pengajaran
v. Bahagian V - Tahap pengetahuan internet guru

3.6 TATACARA PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data dibuat setelah mendapat kebenaran daripada Bahagian


Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan
Malaysia pada 22 Februari 2008. Borang soal selidik diedarkan ke sekolah yang
dikaji hasil kerjasama rakan guru dari sekolah-sekolah berkenaan. Pengkaji telah
menerangkan tujuan kajian ini kepada guru-guru dan guru guru tersebut diminta
menerangkannya kepada rakan yang lain seperti arahan dalam boring soal selidik.
Pengkaji meminta responden menjawabnya dengan jujur dan berjanji kepada
responden bahawa segala maklumat adalah rahsia dan hanya kan digunakan
untuk tujuan kajian sahaja.

Setelah 100 borang soal selidik diedarkan dan kesemuanya berjaya dikumpul atau
dikembalikan. Jumlah ini terdiri daripada 53 guru lelaki (53%) dan 47 guru
perempuan (47%). Jawapan setiap soalan dikodkan dan dimasukkan ke dalam
komputer melalui program SPSS. Berikut adalah kaedah penganalisan data.

3.7 TATACARA PENGANALISISAN DATA

Setelah borang soal selidik dikumpul dan disemak semula, proses memasukkan
data dilakukan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan program Statistical
Packages for Social Sciences (SPSS) versi 12. Pada peringkat awal, statistic
deskriptif atau pemerihalan digunakan bagi menghasilkan taburan kekerapan,
peratus, min dan sisihan piawai. Data dipersembahkan dalam bentuk peratusan,
kekerapan, min dan sisihan piawai. Analisis deskriptif digunakan untuk
38

mendapatkan tahap kemahiran penggunaan internet, min tahap masalah


penggunaan internet dan min tahap penggunaan internet di kalangan guru-guru.
Penilaian skor min tahap adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3.1
berdasarkan Hamzah (2001) dan Abdullah (2004)

Jadual 1: Menunjukkan Jadual Skor Min yang ditetapkan

  Tahap   Nilai Min  


  Rendah   1.00 hingga 2.50  
Sederhana 2.51 hingga 3.50
  Tinggi   3.51 hingga 5.00  

Sumber : Hamzah (2001) dan Abdullah (2004)

Analisis deskriptif digunakan untuk menghuraikan secara menyeluruh berkaitan


status latar belakang responden kajian. Ia bertujuan memberi gambaran awal
seperti jantina, lokasi sekolah, kelulusan akademik dan pengalaman mengajar.
Statistik deskriptif yang digunakan ialah seperti min, peratus dan kekerapan.

3.8 KESIMPULAN

Bab ini menjelaskan tentang rekabentuk kajian yang digunakan. Penyelidikan


yang dibuat adalah penyelidikan deskriptif kuantitatif menggunakan kaedah
tinjauan untuk melihat tahap kemahiran penggunaan internet, perspektif guru
terhadap penggunaan internet dalam pengajaran di sekolah, status penggunaan
internet oleh guru serta juga minat menggunakan internet di kalangan guru-guru
sekolah rendah Bahagian Samarahan, Sarawak. Data dikumpul menggunakan
borang soal selidik dan di analisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan
pakej SPSS.
39

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

PENGANALISISAN DATA

4.1 PENGENALAN

Bab ini melaporkan hasil analisis data daripada borang soal selidik yang
diedarkan. Laporan ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu profil responden
kajian dan jawapan kepada soalan kajian. Profil responden kajian menjelaskan
maklumat dari diri guru dari segi jantina, bangsa, kelulusan, lokasi sekolah, latar
belakang sekolah, pengetahuan tentang komputer dan internet serta pemilikan
komputer. Manakala dapatan kajian memeperihalkan hasil dapatan dari segi
kekerapan masa menggunakan perkhidmatan internet dalam seminggu, minat
guru menggunakan internet dalam pengajaran dan pembelajaran, persepsi guru
berkenaan keberkesanan penggunaan internet dalam proses pengajaran serta tahap
pengetahuan internet guru.
40

4.2 Profil Responden Kajian

Profil responden diringkaskan dalam jadual 4.2 seperti berikut.

Jadual 2: Profil responden

Profil Bilangan (n) Peratus(%)

1. Jantina

Lelaki 53 53%
Perempuan 47 47%

2. Bangsa

Melayu 80 80%
India 6 6%
Iban 8 8%
Lain-lain (etnik Sarawak 6 6%

3. Kelulusan

SPM 75 75%
STPM 13 13%
Sarjana Muda 12 12%

4. Lokasi

Luar Bandar 97 97%


Lain-lain (Bandar) 3 3%

Berdasarkan jadual 4.2 diatas, dari segi jantina, seramai 53 guru lelaki dan 47
guru perempuan telah dipilih untuk menjawab soal selidik yang diedarkan. Dari
jumlah ini seramai 80 orang berbangsa melayu, 8 orang berbangsa India, 8 orang
iban dan 6 orang dari etnik di Sarawak.

Dari segi akademik pula 75%(75) guru berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM), 13% (13)memiliki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM) dan
selebihnya 12% (12) sahaja yang memiliki ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
41

Kebanyakkan responden adalah dari sekolah kawasan luar Bandar iaitu 97% (97)
guru berbanding hanya 3% atau 3 orang sahaja yang dari sekolah lain iaitu
Bandar.

4.3 PERSOALAN KAJIAN PERTAMA

4.3.1 Tahap penggunaan internet di kalangan guru dalam masa seminggu

Terdapat enam item dalam bahagian ini berdasarkan kepada soal selidik tahap
penggunaan internet oleh guru-guru seperti yang ditunjkkan pada Jadual 3

Jadual 3: Tahap penggunaan email dalam seminggu


Item penggunaan Kekerapan Peratusan
(f) (%)
Tahap penggunaan email dalam seminggu
Setiap hari 9 9.00
5-6 kali 4 4.00
3-4 kali 18 18.00
1-2 kali 34 34.00
Tidak pernah 35 35.00

Dapatan kajian mendapati peratus guru yang menggunakan perkhidmatan internet


iaitu email setiap hari ialah (9% ), 5-6 kali seminggu ialah (4%), 3-4 kali
seminggu (18%), 1-2 kali seminggu (34%) dan selebihnya iaitu (35%) yang
langsung tidak pernah menggunakan perkhidmatan email.

Jadual 4: Tahap penggunaan laman web dalam seminggu


42

Item penggunaan kekerapan peratusan


(f) (%)
Tahap penggunaan laman web
Setiap hari 9 9.00
5-6 kali 6 6.00
3-4 kali 24 24.00
1-2 kali 49 49.00
Tidak pernah 12 12.00

Berdasarkan jadual 4 didapati seramai 9 orang guru (9%) mengakses tapak laman
web setiap hari. Sementara itu hanya 6 orang guru (6%) sahaja yang meggunakan
laman web sekerap 5 hingga 6 kali seminggu. Bagi yang menggunakan laman
web 3 atau 4 kali seminggu ialah 24 orang (24%). Hampir separuh iaitu 49 orang
guru(49%) menyatakan bahawa mereka hanya menggunakan laman web 1 atau 2
kali seminggu. Daripada 100 orang guru 12 orang guru (12%) menyatakan
bahawa mereka tidak pernah menggunakan perkhidmatan laman web.

Jadual 5: Tahap penggunaan perbualan elektronik dalam seminggu

Item penggunaan kekerapan peratusan


(f) (%)
Tahap penggunaan perbualan elektronik
Setiap hari 0 0.00
5-6 kali 6 6.00
3-4 kali 12 12.00
1-2 kali 20 20.00
Tidak pernah 62 62.00

Merujuk kepada jadual 5 di atas menunjukkan tiada (0%) guru yang


menggunakan perbualan elektronik. Bagi yang menggunakan 5-6 kali seminggu
hanya 6 orang (6%) sahaja. Manakala 12 orang guru (12%) menyatakan bahawa
mereka menggunakan perbualan elektronik 3-4 kali seminggu. 20 (20%)
mengaku mereka cuma menggunakan perkhidmatan tersebut pada kadar sekali
43

dua sahaja seminggu. Daripada 100 orang guru, seramai 62 orang guru (62%)
tidak pernah menggunakan perkhidmatan perbualan elektronik melalui internet.

Jadual 6:Tahap penggunaan newsgroup dalam seminggu

Item penggunaan kekerapan peratusan


(f) (%)
Tahap penggunaan newsgroup
Setiap hari 9 9.00
5-6 kali 7 7.00
3-4 kali 3 3.00
1-2 kali 13 13.00
Tidak pernah 68 68.00

Dapatan kajian menunjukkan 9 orang guru (9%) menggunakan pekhidmatan


newsgroup setiap hari. Manakala bagi yang menggunakannya antara 5-6 kali ialah
7 orang (7%). Hanya (3%) sahaja yang menggunakan perkhidmatan tersebut
dengan kekerapan 3 atau 4 kali seminggu. 13 orang guru (13%) menggunakan
newsgroup sekali atau dua kali dalam masa seminggu. 68 orang guru (68%)
mengatakan bahawa mereka tidak pernah menggunakan perkhidmatan
newsgroup.

Jadual 7: Tahap penggunaan telesidang/conference dalam seminggu

Item penggunaan kekerapan peratusan


(f) (%)
Tahap penggunaan telesidang
Setiap hari 3 3.00
5-6 kali 3 3.00
3-4 kali 5 5.00
1-2 kali 10 10.00
Tidak pernah 79 78.00
Berdasarkan jadual 7 di atas, menunjukan 3 orang guru (3%) menggunakan
telesidang setiap hari. 3 orang guru (3%) juga menggunakan 5-6 kali seminggu.
44

Bagi penggunaan 3-4 kali seminggu seramai 5 orang (5%) sahaja. Manakala 10
orang (10%) menggunakan perkhidmatan tersebut pada kadar 1-2 kali seminggu,
79 orang (79%) tidak pernah menggunakan telesidang atau konference.

Jadual 8: Tahap penggunaan sistem katalog perpustakaan dalam seminggu

Item penggunaan kekerapan peratusan


(f) (%)
Tahap penggunaan sistem katalog perpustakaan

Setiap hari 0 3.00


5-6 kali 2 3.00
3-4 kali 5 5.00
1-2 kali 15 15.00
Tidak pernah 78 78.00

Berdasarkan jadual 8 di atas, tidak terdapat (0%) menggunakan sistem katalog


perpustakaan setiap hari. Daripada 100 orang guru, didapati 2 orang guru (2%)
sahaja yang menggunakannya 5-6 kali seminggu. 5 orang guru (5%)
menggunakan perkhidmatan tersebut 3-4 kali, 15 orang (15%) menggunakan
sistem katalog perpustakaan 1-2 kali seminggu dan 78 orang guru (78%)
menyatakan bahawa mereka tidak pernah menggunakan sistem katalog
perpustakaan.

4.4 PERSOALAN KAJIAN KEDUA

4.4.1 Sejauhmanakah minat guru menggunakan internet dalam pengajaran?


45

Jadual 9: Sejauhmanakah minat guru menggunakan internet dalam pengajaran?

Sangat
tidak Tidak Tidak Sangat
Bil Minat
setuju setuju pasti Setuju setuju
(%) (%) (%) (%) (%)
Saya sungguh berminat mengikuti
1. 0 15 8 55 22
kursus internet
Saya terus mempelajari dan
2. mendalami internet secara 0 6 26 58 10
berterusan
Kursus internet banyak memberi
3. manfaat kepada saya untuk 0 2 8 76 14
mendapatkan maklumat
Saya tidak pasti jenis perkhidmatan
4. 9 31 36 22 2
yang disediakan oleh internet
Saya tidak tahu menggunakan
5. 40 44 8 8 0
komputer dan internet
Saya mengakses data
6. menggunakan komputer dan 0 16 14 52 18
internet
Amalan menggunakan internet
7. 4 20 13 40 23
boleh dilakukan bila-bila masa
Saya mendapat bimbingan yang
8. baik dari rakan guru menggunakan 6 17 29 34 14
internet
Internet sangat baik digunakan
9. 0 0 8 48 44
sebagai alat perhubungan
Saya ada alamat email bagi diri
10.
saya 12 14 6 40 28
Saya mencari maklumat
11.
menggunakan search engine 6 4 11 44 35
Saya mendapat ramai kenalan
12. 27 27 14 26 6
menerusi ruangan chit cet
Penggunaan internet terlalu
13. diperbesarkan oleh pelajar 6 9 26 37 22
pendidikan tinggi
Laman web adalah cara terbaik
14. 0 0 12 57 31
berkongsi maklumat secara maya
Perkhidmatan email adalah murah
15. 0 0 0 75 25
dan mudah

Dapatan kajian mendapati 22 orang guru (22%) sangat setuju dan berminat
mengikuti kursus internet, 55 orang (55%) setuju, 8 orang (8%) tidak pasti
manakala tidak setuju dengan pernyataan tersebut ialah 15 orang (15%). Bagi
item nombor dua iaitu terus mempelajari dan mendalami internet secara
berterusan 6 orang guru (6%) tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut, 26
46

orang (26%) tidak pasti manakala 58 orang (58%) setuju dan 10 orang (10%)
sangat bersetuju.

Kursus internet banyak memberi manfaat untuk mendapatkan maklumat.


Seramai 14 orang guru (14%) sangat setuju dengan pernyataan tersebut. 76 orang
(76%) setuju, 8 orang (8%) sahaja tidak pasti dan cuma 2 orang (2%) yang tidak
setuju. Bagi yang tidak pasti tentang jenis perkhidmatan yang disediakan oleh
internet, 9 orang (9%) sangat tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut dan 31
orang (31%) tidak setuju. Manakala 36 orang (36%) tidak pasti, 22 orang setuju
(22%) dan 2 orang (2%) mengatakan mereka sangat setuju.

Berdasarkan jadual 9 juga, seramai 40 orang (40%) sangat tidak setuju


mereka dikatakan tidak tahu menggunakan komputer dan internet. 44 orang
(44%) tidak setuju dengan pernyataan tersebut. 8 orang (8%) tidak pasti dan 8
orang (8%)setuju. Daripada 100 responden, seramai 16 orang (16%) tidak pernah
mengakses data menggunakan komputer dan internet. 14 orang (14%) tidak pasti
sama ada mereka pernah atau tidak mengakses data menggunakan komputer dan
internet. 52 orang guru (52%) setuju dan 18 orang (18%) sangat setuju dengan
pernyataan item nombor enam.

Dapatan kajian juga mendapati 23 orang (23%) sangat setuju, 40 orang


(40%) setuju, 13 orang (13%) tidak pasti manakala 20 orang (20%) tidak setuju
dan 4 orang (4%) sangat tidak setuju bahawa amalan menggunakan internet boleh
dilakukan pada bila-bila masa. Seramai 6 orang (6%) sangat tidak bersetuju
mereka dikatakan telah mendapat bimbingan yang baik dari rakan guru
menggunakan internet. 17 orang (17%)juga tidak bersetuju dengan pernyataan
tersebut. 29 orang (29%) tidak pasti, 40 orang (40%) setuju dan selebihnya 23
orang (23%) sangat setuju mereka telah mendapat bimbingan yang baik dari
rakan guru menggunakan internet.

Jadual 9 menunjukkan data iaitu 14 orang (14%) tidak pasti bahawa


internet sangat baik digunakan sebagai alat perhubungan. 48 orang (48%) setuju
dan 44 orang (44%) sangat dengan pernyataan tersebut. 26 orang (26%) tidak
47

mempunyai alamat email, 6 orang (6%) tidak pasti sama ada mereka mempunyai
alamat email atau tidak dan 68 orang (68%) yang ada alamat email.

Item nombor sebelas iaitu mencari maklumat menggunakan search engine,


12 orang (12%) sangat tidak bersetuju dan 14 orang (14%) tidak setuju. 6 orang
guru (6%) tidak pasti manakala 40 orang (40%) setuju dan 28 orang (28%) sangat
setuju mereka mencari maklumat menggunakan search engine dalam internet. 27
orang (27%) sangat tidak setuju dan 27 orang (27%) juga tidak setuju mereka
mendapat ramai kenalan menerusi ruangan chit cet. Daripada 100 orang
responden, 14 orang (14%) tidak pasti dengan pernyataan tersebut manakala 26
orang (26%) setuju dan 6 orang (6%) sahaja sangat setuju mereka mendapat
ramai kenalan menerusi ruangan chit cet.

Penggunaan internet terlalu diperbesar-besarkan oleh pelajar pendidikan


tinggi. Bagi pernyataan ini seramai 6 orang (6%) sangat tidak setuju, 9 orang
(9%) tidak setuju, 26 orang (26%) tidak pasti, 37 orang (37%) setuju dan 22
orang (22%) sangat setuju. 12 orang (12%) pula tidak pasti tentang laman web
adalah cara terbaik berkongsi maklumat secara maya. 57 orang (57%) setuju dan
31 orang (31%) sangat setuju. Seramai 75 orang (75%) setuju dan 25 orang (25%)
sangat setuju bahawa perkhidmatan email adalah murah dan mudah.

4.5 PERSOALAN KAJIAN KETIGA

4.5 Persepsi guru berkenaan keberkesanan penggunaan internet dalam


proses Pengajaran

Jadual 10: Min Persepsi guru berkenaan keberkesanan penggunaan


internet dalam proses pengajaran
Item Bahagian IV - Persepsi guru berkenaan
Keberkesanan penggunaan internet dalam proses Min Tahap
Pengajaran
1. Maklumat dari internet membantu saya menyediakan
3.82 Tinggi
bahan untuk pengajaran
2. Penggunaan internet boleh mempelbagaikan strategi 4.51 Tinggi
48

pengajaran dan pembelajaran


3. Masalah teknikal adalah sebab utama saya tidak
3.83 Tinggi
menggunakan internet
4. Saya menggunakan kemudahan internet secara
2.89 Sederhana
optimum seperti yang disarankan oleh kerajaan
5. Saya lebih suka pergi ke perpustakaan sekolah
3.02 Sederhana
berbanding perpustakaan maya
6. Saya mahir menggunakan internet dan menyimpan
2.53 Sederhana
maklumat dalam laman web
7. Saya mahir mendownload software atau sebarang
2.9 Sederhana
bahan dari internet
8. Jadual waktu yang padat mengurangkan peluang saya
3.74 Tinggi
mengajar menggunakan internet
9. Bahan pengajaran yang diambil dari internet menarik
3.9 Tinggi
perhatian pelajar saya
10. Pelajar saya sangat berminat belajar secara online 3.18 Sederhana
11. Saya yakin penggunaan internet dapat meningkatkan
3.85 Tinggi
pencapaian akademik
12. Saya menggalakkan pelajar menggunakan
3.68 Tinggi
perkhidmatan internet untuk mencari bahan rujukan
13. Saya berhasrat untuk mempunyai laman web sendiri 4.12 Tinggi
14. Pelajar saya sangat suka pembelajaran yang berbentuk
3.75 Tinggi
permainan di internet
15. Rangkaian internet sepatutnya dapat digunakan dan
3.87 Tinggi
lebih baik dari yang sedia ada
Min Keseluruhan 3.57 Tinggi

Jadual 10 di atas menunjukkan min keseluruhan pada tahap tinggi (min 3.57) bagi
aspek persepsi guru berkenaan keberkesanan penggunaan internet dalam proses
pengajaran. Terdapat sepuluh item menunjukkan nilai min berada pada tahap
tinggi tentang persepsi guru berkenaan keberkesanan penggunaan internet dalam
proses pengajaran manakala selebihnya lima item berada pada paras sederhana.
Dapatan ini menunjukkan guru mempunyai persepsi serta pandangan yang baik
tentang keberkesanan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan
pembelajaran

4.6 PERSOALAN KAJIAN KEEMPAT


49

4.6.1 Tahap pengetahuan internet guru

Jadual 11: Tahap pengetahuan internet guru

Item – Tahap pengetahuan internet guru Bilangan Peratus (%)


(n)
1. Mahir 11 11%
2. Sederhana 50 50%
3. Tidak mahir 33 33%
4. Sangat tidak mahir 6 6%

Berdasarkan data di atas terdapat 11 orang guru (11%) sahaja yang mahir
menggunakan internet. Bilangan guru yang dikategorikan pada tahap sederhana
adalah 50 orang (50%), 33 orang (33%) di tahap tidak mahir manakala 6 orang
(6%) sahaja yang masih pada tahap sangat tidak mahir. Masih terdapat guru yang
langsung tidak pernah menggunakan internet kerana tidak berminat, takut
(beranggapan tidak berteknologi/kuno/keluar benda yang pelik-pelik) dan tidak
mempunyai perkhidmatan internet di sekolah atau di rumah. Jumlah yang
memerlukan bimbingan masih tinggi seperti mengikuti kursus komputer khasnya
internet untuk mempelbagaikan sumber pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menarik dan berkesan.

4.7 KESIMPULAN

Bab ini menjelaskan tantang analisis data daripada borang soal selidik yang
diedarkan ke sekolah-sekolah. Dapatan kajian adalah berdasarkan kutipan data
tentang tahap kemahiran penggunaan internet, perspektif guru terhadap
penggunaan internet dalam pengajaran di sekolah, status penggunaan internet
oleh guru serta juga minat menggunakan internet di kalangan guru-guru sekolah
rendah Bahagian Samarahan, Sarawak. Dapatan persoalan pertama menunjukkan
bahawa tahap penggunaan internet adalah masih lagi pada tahap
membimbangkan. Tahap penggunaan email contohnya, menunjukkan peratusan
yang rendah iaitu 9% sahaja bagi pengguna setiap hari manakala bagi yang tidak
50

pernah mengunakan email ialah 35%. Tahap pengguanaan perkhidmatan internet


lain seperti laman web, perbualan elektronik, newsgroup, telesidang dan katalog
perpustakaan juga menunjukkan dapatan yang hampir sama. Kesedaran tentang
keberkesanan teknologi internet sebagai pemangkin dalam semua bidang perlu
disedari. Kerjasama semua pihak juga memungkinkan perkhidmatan tersebut
digunakan seoptimumnya dan kajian yang lebih menyeluruh perlu untuk
mendapatkan maklumbalas tentang kelemahan atau kebaikan daripada pelbagai
aspek.
51

BAB 5

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 PENGENALAN

Bab ini memfokuskan kepada lima aspek iaitu ringkasan kajian, perbincangan
dapatan kajian, kesimpulan dapatan kajian, implikasi dapatan kajian dan
cadangan bagi kajian lanjutan. Dalam aspek ringkasan kajian, pengkaji
mengutarakan secara ringkas tentang tujuan kajian, tekabentuk kajian, sample
kajian, alat kajian dan tatacara penganalisaan data. Bahagian perbincangan
dapatan kajian pula menyatakan semula dapatan kajian ini berdasarkan kepada
persoalan-pesoalan kajian dan seterusnya membincangkan sama ada dapatan
kajian ini menyokong atau tidak kajian-kajian lepas. Implikasi dapatan kajian
menghuraikan implikasi dapatan kajian terhadap amalan pendidikan berpandukan
persoalan-persoalan kajian. Bahagian cadangan kajian lanjutan menekankan
beberapa cadangan bagi kajian selanjutnya.

5.2 RINGKASAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau tahap penggunaan internet di kalangan
guru-guru sekolah-sekolah rendah di Bahagian Samarahan, Sarawak. Aspek-
aspek tahap penggunaan yang ditinjau dalam kajian ini ialah kemahiran
menggunakan internet, kemahiran menggunakan komputer, masalah penggunaan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran serta tahap penggunaan internet.
Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang dijalankan ke atas guru-guru
sekolah yang dikaji. Sampel kajian adalah seramai 100 orang. Mereka adalah
terdiri daripada guru-guru sekolah rendah di bahagian Samarahan, Sarawak.
52

Instrumen yang digunakan dalan kajian ini merupakan satu set soal selidik yang
mengandungi item-item iaitu;

i. Bahagian A : Latar belakang responden


ii. Bahagian B : Anggaran kekerapan masa menggunakan perkhidmatan
internet dalam masa seminggu.
iv. Bahagian C : Minat guru menggunakan internet dalam pengajaran dan
pembelajaran
iv. Bahagian D : Persepsi guru berkenaan keberkesanan penggunaan internet
dalam proses pengajaran
v. Bahagian E : Tahap penggunaan internet guru

Data-data yang dikumpul telah dianalisis dengan bantuan pakej statistic untuk
sains social (SPSS Versi 12).

5.3 PERBINCANGAN DAN DAPATAN

5.3.1 Tahap penggunaan internet di kalangan guru dalam masa seminggu

Hasil kajian mendapati bahawa tahap penggunaan internet di kalangan guru


dalam seminggu adalah rendah. Guru yang menggunakan perkhidmatan internet
iaitu email setiap hari ialah (9%), 5-6kali seminggu ialah (4%), 3-4 kali seminggu
(18%), 1-2 kali seminggu (34%) dan selebihnya iaitu (35%) yang langsung tidak
pernah menggunakan perkhidmatan email. Hasil tinjauan menggunakan borang
soalselidik yang dihantar ke sekolah-sekolah mendapati ramai guru tidak pernah
mengunakan email sama ada membaca, membuka dan memilikinya.Bilangan
guru yang memiliki komputer amat kurang. Mereka kebanyakkannya hanya
mengharapkan komputer yang terdapat di sekolah. Kekangan masa juga amat
menyulitkan bagi guru yang hendak menggunakan kemudahan tersebut. Bagi
sekolah kategori kurang murid (SKM) guru tidak mempunyai waktu ”free” yang
mencukupi. Kebanyakkan masa ”free” digunakan untuk pengurusan seperti
membuat persediaan mengajar, menyemak buku pelajar, mengisi data murid, data
guru atau kakitangan, mengurus pelajar, mesyuarat dan bermacam-macam lagi.
53

Tambahan pula kemudahan akses internet yang disediakan oleh schoolnet tidak
dapat digunakan kerana peralatan seperti modem rosak.

Tahap penggunaan laman web juga hampir serupadengan tahap


penggunaan email. Tidak ramai guru yang melawat ke laman web pendidikan,
laman web sekolah atauke mana-mana laman web. Ini amat menyedihkan kerana
dalam era yang serba canggih dan berteknologi masih terdapat iaitu 12%
mengatakan bahawa mereka tidak pernah menggunakan laman web. Hanya 9
orang guru (9%) mengakses tapak laman web setiap hari. Sementara itu hanya 6
orang guru (6%) saja yang menggunakan laman web sekerap 5 hingga 6 kali
seminggu. Bagi yang menggunakan laman web 3 atau 4 kali seminggu ialah 24
orang (24%). Hampir separuh iaitu 49 orang guru (49%) menyatakan bahawa
mereka hanya menggunakan laman web 1 atau 2 kali seminggu. Daripada 100
orang guru, 12 orang guru (12%) menyatakan bahawa mereka tidak pernah
menggunakan perkhidmatan laman web.

Tiada (0%) guru yang menggunakan perbualan elektronik. Adakah ini


sesuatu yang pelik tetapi benar? Ya, itulah hakikatnya bagi guru di kawasan luar
bandar khasnya Sarawak. Ternyata sekali guru-guru masih kurang pendedahan
tentang keberkesanan penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran.
Guru-guru yang hampir bersara kurang berminat dengan komputer apatah lagi
internet. Beberapa temubual dengan beberapa orang guru mendapati mereka
beranggapan menggunakan komputer dan internet sesuai bagi orang muda sahaja.
Bagi yang menggunakan 5-6 kali seminggu hanya 6 orang (6%) sahaja. Manakala
12 orang guru (12%) menyatakan bahawa mereka mengunakan perbualan
elektronik 3-4 kali seminggu. 20 (20%) mengaku mereka cuma menggunakan
perkhidmatan tersebut pada kadar sekali dua sahaja seminggu. Daripada 100
orang guru, seramai 62 orang guru (62%) tidak pernah menggunakan
perkhidmatan perbualan elektronik melalui internet. Ini bermakna lebih separuh
daripada bilangan guru yang dikaji tidak menfaatkan teknologi seperti perbualan
elektronik sama ada dengan rakan guru atau pelajar. Baru-baru ini laman web
Engkabang.net semakin digemari oleh para pendidik. Laman web ini memberi
ruang kepada guru dan pelajar berinteraksi secara maya. Terdapat juga bahan
54

sumber pendidikan yang boleh di download bagi memudahkan proses pengajaran


dan pembelajaran.

Dapatan kajian menunjukkan 9 orang guru (9%) menggunakan


perkhidmatan newsgroup setiap hari. Manakala bagi yang menggunakan antara 5-
6 kali ialah 7 orang (7%). Hanya (3%) sahaja yang menggunakan perkhidmatan
tersebut dengan kekerapan 3 atau 4 kali seminggu. 13 orang guru (13%)
menggunakan newsgroup sekali atau dua kali dalam masa seminggu. 68 orang
guru (68%) mengatakan bahawa mereka tidak pernah menggunakan
perkhidmatan newsgroup. Manakala perkhidmatan internet telesidang atau lebih
dikenali sebagai konference menunjukkan 3 orang guru (3%) menggunakan
telesidang setiap hari. 3 orang guru (3%) juga menggunakan 5-6 kali semingu.
Bagi penggunaan 3-4 kali seminggu seramai 5 orang (5%) sahaja. Manakala 10
orang (10%) menggunakan perkhidmatan tersebut pada kadar 1-2 kali seminggu,
79 orang guru (79%) tidak pernah menggunakan telesidang atau konference. Ini
bermakna penggunaan internet belum mencapai tahap yang baik atau memuaskan.
Rakan sebaya atau rakan sekerja boleh memainkan peranan dalam
mempercepatkan penguasaan interner guru. Guru yang mahir internet boleh
memberi bimbingan secara peribadi atau memberi kursus dalaman kepada rakan
guru yang memerlukan kemahiran tersebut. Kerajaan perlu juga merancang
program dari semasa ke semasa supaya tiada guru yang ketinggalan dalam arus
perdana dan globalisasi ini. Pelajar yang pandai adalah hasil guru yang pandai.

Hasil dapatan mendapati tidak terdapat (0%) menggunakan sistem katalog


perpustakaan setiap hari. Daripada 100 orang guru, didapati 2 orang guru (2%)
sahaja yang menggunakan 5-6 kali seminggu. 5 orang guru (5%) menggunakan
perkhidmatan tersebut 3-4 kali, 15 orang (15%) menggunakan sistem katalog
perpusrakaan 1-2 kali seminggu dan 78 orang guru (78%) menyatakan bahawa
mereka tidak pernah menggunakan sistem katalog perpustakaan. Mereka lebih
selesa menggunkan cara lama yang telah sebati dengan diri mereka.
55

5.3.2 Tahap Kemahiran dan Minat Guru

Dalam kajian mendapati 22 orang guru (22%) sangat setuju dan berminat
mengikuti kursus internet, 55 orang guru (55%) setuju, 8 orang (8%) tidak pasti
manakala tidak setuju dengan pernyataan tersebut ialah 15 orang (15%). Bagi
item nombor dua iaitu terus mempelajari dan mendalami internet secara
berterusan 6 orang guru (6%) tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut, 26
0rang (26%) tidak pasti manakala 58 orang (58%) setuju dan 10 orang (10%)
sangat setuju.
Kursus internet banyak memberi manfaat untuk mendapatkan maklumat.
Seramai 14 orang guru (14%) sangat setuju dengan pernyataan tersebut. 76 orang
(76%) setuju, 8 orang (8%) sahaja tidak pasti dan cuma 2 orang (2%) yang tidak
setuju. Bagi yang tidak pasti tentang jenis perkhidmatan yang disediakan di
internet, 9 orang (9%) sangat tidak setuju dengan pernyataan tersebut dan 31
orang (31%) tidak setuju. Manakala 36 orang (36%) tidak pasti, 22 orang setuju
(22%) dan 2 orang (2%) mengatakan mereka sangat setuju.

Berdasarkan jadual 4.4 juga, seramai 40 orang (40%) sangat tidak setuju
mereka dikatakan tidak tahu menggunakan komputer dan internet. 44 orang
(44%) tidak setuju dengan pernyataan tersebut. 8 orang (8%) tidak pasti dan 8
orang (8%) setuju. Daripada 100 responden, seramai 16 orang (16%) tidak pernah
mengakses data menggunakan komputer dan internet. 14 orang (14%) tidak pasti
sama ada mereka pernah atau tidak mengakses data menggunakan komputer dan
internet. 52 orang guru (52%) setuju dan 18 orang (18%) sangat setuju dengan
pernyataan item nombor enam.

Dapatan kajian juga mendapati 23 orang (23%) sangat setuju, 40 orang


(40%) setuju, 13 orang (13%) tidak pasti manakala 20 orang (20%) tidak setuju
dan 4 orang (4%) sangat tidak setuju bahawa amalan menggunakan internet boleh
dilakukan pada bila-bila masa. Seramai 6 orang (6%) sangat tidak setuju mereka
dikatakan telah mendapat bimbingan yang baik dari rakan guru menggunakan
internet. 17 orang (17%) juga tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. 29
orang (29%) tidak pasti, 40 orang (40%) setuju dan selebihnya 23 orang (23%)
56

sangat setuju mereka telah mendapat bimbingan yang baik dari rakan guru
menggunakan internet.

Jadual 9 menunjukkan data iaitu 14 orang (14%) tidak pasti bahawa


internet sangat baik digunakan sebagai alat perhubungan. 48 orang (48%) setuju
dan 44 orang (44%) sangat setuju dengan pernyataan tersebut. 26 orang (26%)
tidak mempunyai alamat email, 6 orang (6%) tidak pasti sama ada mereka
mempunyai alamat email atau tidak dan 68 orang (68%) yang ada alamat email.

Item nombor sebelas iaitu mencari maklumat menggunakan search engine,


12 orang (12%) sangat tidak setuju dan 14 orang (14%) tidak setuju. 6 orang guru
(6%) tidak pasti manakala 40 orang (40%) setuju dan 28 orang (28%) sangat
setuju mereka mencari maklumat menggunakan search engin dalam internet. 27
orang (27%) sangat tidak setuju dan 27 orang (27%) juga tidak setuju mereka
mendapat ramai kenalan menerusi ruangan chit cet. Daripada 100 orang
responden, 14 orang (14%) tidak pasti dengan pernyataan tersebut manakala 26
orang (26%) setuju dan 6 orang (6%) sahaja sangat setuju mereka mendapat
ramai kenalan menerusi ruangan chit cet.

Penggunaan internet terlalu diperbesar-besarkan oleh pelajar pendidikan


tinggi. Bagi pernyataan ini seramai 6 orang (6%) sangat tidak setuju, 9 orang
(9%) tidak setuju, 26 orang (26%) tidak pasti, 37 orang (37%) setuju dan 22
orang (22%) sangat setuju. 12 orang (12%) pula tidak pasti tentang laman web
adalah cara terbaik berkongsi maklumat secara maya. 57 orang (57%) setuju dan
31 orang (31%) sangat setuju. Seramai 75 orang (75%) setuju dan 25 orang (25%)
sangat setuju bahawa perkhidmatan email adalah murah dan mudah.

Secara keseluruhannya ternyata ramai guru berminat menghadiri kursus


internet. Namun demikian masih terdapat kekangan yang menyebabkan mereka
terbatas menggunakan kemudahan tersebut. Kursus ICT anjuraana Jabaran
Pelajaran selalu mendapat sambutan menggalakkan. Ini bermakna para guru
memang arif betapa penting pendidikan demi memajukan diri, pelajar dan
masyarakat. Mereka juga sedar dengan menghadiri kursus tersebut boleh
57

menambahkan ilmu dan memperbanyakkkan sumber bagi mendapatkan


maklumat secara cepat dan berkesan. Terdapat sebilangan kecil sahaja yang tidak
pasti perkhidmatan yang disediakan oleh internet walaupun semua guru
berkebolehan menguasai komputer. Bagi pengguna aktif, mereka merasakan amat
selesa mengakses internet pada bila-bila masa selain pengajaran dalam kelas.
Tidak kurang juga yang menfaatkan kemudahan internet untuk aktiviti luar
pejabat seperti mencari kenalan, rakan lama, rakan baru, belajar secara online,
menghantar dan mendapatkan maklumat kerana merasakan perkhidmatan internet
adalah murah dan mudah digunakan.

5.3.3 Persepsi Guru terhadap Penggunaan Internet dalam Pengajaran dan


Pembelajaran

Dapatan kajian ini selaras dengan kajian-kajian yang telah dijalankan sebelum ini
iaitu daripada segi aspek sikap, persepsi dan kemahiran mengintegrasikan ICT
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut kajian Rosnaini et al.
(2006). Dapatan menunjukkan skor tertinggi bagi item maklumat dari internet
membantu saya menyediakan bahan untuk pengajaran dengan skor min sebanyak
3.82. Manakala bagi item penggunaan internet boleh mempelbagaikan strategi
pengajaran pembelajaran dan pembelajaran menunjukkan skor min 4.51. Skor
yang tinggi juga bagi item bahan pengajaran yang diambil dari internet menarik
perhatian pelajar saya iaitu dengan skor min 3.9. Item-item tersebut juga
mempunyai nilai skor min yang tinggi seperti item nombor 10, 11, 12, 13, 14 dan
15 yang menunjukkan skor tingi 3.68, 4.12, 3.75, 3.87 dan 3.57. Kesimpulannya
sikap guru terhadap penggunaan internet berada pada tahap yang tinggi. Dapatan
menunjukkan persepsi guru positif terhadap penggunaan internet dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Bagi item sederhana pula iala menggunakan kemudahan internet secara


optimum seperti yang disarankan oleh kerajaan dengan nilai skor min 2.89.
Faktor masa membataskan para guru menggunakan internet secara maksimum.
Faktor kemudahan internet dan komputer yang agak terhad dan sering bermasalah
juga mempengaruhi tahap penggunaan yang agak sederhana. Faktor guru lebih
58

suka pergi ke perpustakaan sekolah berbanding perpustakaan maya dengan min


3.02 berada pada tahap sederhana kerana kemahiran menggunakan internet yang
masih di tahap rendah. Manakala item kemahiran menggunakan internet dan
menyimpan maklumat dalam laman web juga pada tahap sederhana iaitu pada
min 2.53. Item mendownload software atau sebarang bahan dari internet juga
pada tahap sederhana dengan nilai min 2.9. Ini menunjukkan persepsi yang positif
kerana tidak terdapat persepsi tahap rendah bagi item yang dinilai.

5.3.4 Tahap pengetahuan internet guru

Dapatan menunjukkan terdapat 11 orang gur (11%) sahaja yang mahir


menggunakan internet. Bilangan guru yang dikategorikan pada tahap sederhana
adalah 50 orang (50%), 33 orang (33%) di tahap tidak mahir manakala 6 orang
(6%) sahaja yang masih pada tahap sangat tidak mahir. Masih terdapat guru yang
langsung tidak pernah menggunakan internet kerana tidak berminat, takut
(beranggapan tidak berteknologi/kuno/keluar benda yang pelik-pelik) dan tidak
mempunyai perkhidmatan internet di sekolah atau di rumah. Jumlah yang
memerlukan bimbingan masih tinggi seperti mengikuti kursus komputer khasnya
internet untuk mempelbagaikan sumber pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menarik dan berkesan. Kesudahannya, separuh daripada populasi guru di kawasan
dikaji boleh dikategorikan mempunyai tahap pengetahuan internet yang
sederhana. Walau bagaimanapun satu pertiga masih belum menguasai kemahiran
menggunakan internet dengan baik. Namun demikian terdapat juga guru yang
mahir menggunakan internet. Guru yang mahir ini sebolehnya dijadikan rakan
pembimbing bagi guru yang belum menguasai internet supaya tahap penguasaan
internet guru pada tahap yang sepatutnya demi meninggikan taraf pendidikan
guru serta pelajar khasnya dan negara amnya.

5.4 KESIMPULAN KAJIAN

Beberapa rumusan dapat dibuat berdasarkan dapatan kajian terhadap guru-guru


yang dikaji. Dalam kajian ini penyelidik cuba meninjau tahap penggunaan
internet, mengenalpasti minat guru menggunakan internet dalam pengajaran dan
59

pembelajaran serta meninjau persepsi guru berkenaan keberkesanan penggunaan


internet dalam proses pengajaran. Akhir sekali penyelidik meninjau tahap
pengetahuan internet guru. Berdasarkan dapatan-dapatan kajian, kesimpulan
berikut dapat dibuat: Tahap pengetahuan guru tentang internet adalah sederhana
manakala kemahiran menggunakan komputer di kalangan guru juga sederhana.
Guru mempunyai sikap positif terhadap penggunaan internet dalam pengajaran
dan pembelajaran. Tahap penggunaan perkhidmatan internet seperti email, laman
web, perbualan elektronik, newsgroup, telesidang dan sistem katalog
perpustakaan adalah rendah. Namun demikian guru mempunyai minat yang tinggi
menggunakan internet dalam pengajaran walaupun terdapat kekangan masa,
teknikal, sosioekonomi, tempat, psikologi dan sebagainya. Pemilikan komputer di
rumah mempunyai perkaitan dengan tahap penggunaan internet di kalangan guru.
Guru yang memiliki komputer didapati menggunakan internet lebih tinggi
berbanding mereka yang tidak memiliki komputer peribadi di rumah.
Pengetahuan tentang komputer juga mempunyai hubungan dengan tahap
penggunaan internet di kalangan guru. Guru yang mempunyai pengetahuan tinggi
tentang komputer menggunakan internet dengan lebih tinggi.

Tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan teknologi maklumat dan


komunikasi iaitu internet telah membawa perubahan besar kepada kehidupan
sebahagian besar rakyat Malaysia dari segi cara kerja dan cara belajar. Seiring
dengan perkembangan era globalisasi ini, para guru perlu mempunyai hala tuju
masing-masing dalam membekalkan cabaran pendidikan kepada pelajar-
pelajarnya. Pendedahan sedemikian merupakan keperluan pembelajaran yang
perlu untuk pelajar-pelajar selaras dengan perkembangan dalam dunia pendidikan
semasa. Guru juga perlu memainkan peranan penting dalam merealisasikan
aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membawa perubahan kepada
kurikulum sekolah menerusi penggunaan teknologi. Guru perlu menukar
paradigmanya, dari hanya melahirkan pelajar yang berkemahiran tertentu kepada
pelajar atau warganegara yang boleh dijadikan sumber rujukan, boleh mentadbir
dan boleh digunakan sebagai penyelesai masalah.
60

5.5 IMPLIKASI KAJIAN

Hasil daripada kajian, implikasi kajian terbahagi kepada faktor latar belakang
guru-guru, status penggunaan komputer, aspek keperluan pengetahuan dan
kemahiran teknologi maklumat. Secara keseluruhan, guru-guru mempunyai tahap
keperluan pengetahuan dan kemahiran yang besar hingga sangat besar. Tetapi
keperluan ini bukan hanya boleh dipenuhi dengan latihan dalam perkhidmatan
sahaja, tetapi juga memilih guru-guru untuk dilatih menjadi ko-ordinator
komputer yang bertanggungjawab terhadap pembangunan pengkomputeran di
jabatan masing-masing di sekolah. Ini akan melibatkan latihan jangka panjang
kepada guru-guru secara berterusan dan ini sekaligus akan meningkatkan
keyakinan guru-guru menggunakan teknologi maklumat iaitu internet di dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Pengetahuan teknologi maklumat mempunyai kaitan dengan kemahiran


penggunaan internet. Untuk meningkatkan kemahiran maka latihan adalah
diperlukan. Ini menunjukkan bahawa latihan yang menjurus kepada penambahan
pengetahuan, yang sekaligus meningkatkan kemahiran perlu di adakan. Latihan
ini bukan hanya secara berkala, tetapi mesti berterusan. Pengetahuan asas
teknologi maklumat seperti memahami terminologi asas teknologi maklumat
termasuk rangkaian hubungan dan pengajaran berpandukan komputer juga perlu
dipertingkatkan. Manakala kemahiran operasi seperti penginstalasian perisian,
mengimbas dokumen, mencetak dan penggunaan perisian aplikasi seperti
pemprosesan kata, hamparan elektronik dan pangkalan data juga perlu
dipertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan latihannya.

Kemahiran menggunakan internet di dalam proses pengajaran dan pembelajaran


dalam semua mata pelajaran juga perlu dilakukan. Ini memandangkan banyak
kemudahan yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang
boleh digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai bahan bantu
mengajar mata pelajaran semasa di dalam bilik darjah.
61

5.6 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Pengalaman dan dapatan daripada kajian ini, penyelidik mencadangkan beberapa


kajian seterusnya di dalam bidang lanjutan daripada taksiran keperluan
penguasaan teknologi maklumat ini. Adalah dicadangkan kajian seterusnya
melibatkan kajian analisis keperluan yang lebih terfokus kepada aplikasi
pengetahuan dan kemahiran menggunakan internet di dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Ini akan memastikan guru-guru bukan hanya
menggunakan perisian yang sedia ada, tetapi akan membantu guru-guru
membangunkan perisian sendiri berdasarkan kepada keperluan semasa dan
setempat.

Pengkaji juga mencadangkan kajian seterusnya untuk mengkaji taksiran


keperluan kompetensi teknologi maklumat dikalangan guru-guru peringkat
nasional dan ini termasuk murid-murid di sekolah rendah. Ini akan membantu
pihak Jabatan Pendidikan Negeri menentukan tahap konpetensi guru-guru dan
pada masa yang sama menyediakan benchmark kompetensi teknologi maklumat
di kalangan guru di negeri Sarawak khasnya. Pada masa yang sama ini bertujuan
untuk mengenalpasti apakah aspek-aspek yang berkaitan dengan pembangunan
teknologi maklumat yang perlu ditingkatkan oleh pihak pentadbir sekolah,
Pejabat Pendidikan Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Kajian juga dicadangkan diadakan dengan menambah kaedah temubual,


analisa dokumen dan pemerhatian. Ini akan dapat membantu mendapatkan
dapatan dengan lebih menyeluruh dan bermakna. Adalah dicadangkan kajian itu
dijalankan dalam setiap tahun. Ini melibatkan bukan hanya guru-guru tetapi juga
murid-murid agar menjadikan pembelajaran dan pengajaran boleh dilaksanakan
dengan menggunakan teknologi internet. Murid-murid boleh belajar mengikut
arahan kendiri, taksiran kendiri dan dan “self-paced learning”.
62

5.7 PENUTUP

Penyelidik berharap kajian ini dapat membantu megenalpasti tahap penggunaan


internet di sekolah dan kesannya kepada prestasi akademik pelajar. Penyelidik
juga berharap dapat mengesan kekurangan atau kelemahan supaya penggunaan
internet dapat ditingkatkan lebih-lebih lagi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang semakin memerlukan teknologi tersebut. Berdasarkan
perbincangan dapatan kajian jelas menunjukkan keperihatinan guru amat tinggi
terhadap penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran.
Walaubagaimanapun kemahiran seseorang guru menggunakan internet masih lagi
terbatas. Oleh itu pengetahuan dan kemahiran guru mengintegrasikan internet
perlu dikemaskini melalui latihan yang lebih mantap
63

Rujukan

Abdul Razak Habib & Jamaludin Badusah. 1998. Penggunaan komputer untuk
pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan,
23:53-64.

Abt Kaur. 2000 Multimedia dan internet dalam peningkatan pemikiran pelajaran.
Jabatan Pedagogi dan Psikologi, Fakulti Pendidikan, UM.

Ahmad Rasidi bin Osman. 1999. Penggunaan komputer di kalangan guru


sekolah
menengah dalam daerah Temerloh, Pahang. Tesis Ijazah Sarjana
universiti Kebangsaan Malaysia

Azliza Awang. 2007. Penggunaan komputer di kalangan guru-guru pendidikan


khas di daerah Sabak Bernam. Tesis Sarjana Pendidikan: UKM.

Ferdi Serim. 2003. Thornburg Centre for Professional Development Online


Internet Institite (OII) http ://www.oii.org/IT4L/ [20 Jun 2008]

Gomathi a/p Govindaraju. 2003. Penggunaan internet di dalam pengajaran dan


pembelajaran sains: Siap pengetahuan dan kemahiran guru-guru
sains di sekolah luar Bandar. Projek Pendidikan Sarjana, Fakulti
Pendidikan, UKM.

Prof. Dr. John Arul Phillips. 2007. Internet Applications in Education (Aplikasi
Internet dalam Pendidikan), Department of Curriculum & Instructional
Technology, Faculty of Education, UM.(2007)

Jeffery A Lupinacci. 2000. How to Find Useful Information on the Internet.


Http://www.teachlearning.com/ [ 01 May 2000 ]

Joseph, Linda C. 1996. A Wourld of Discovery Online.


Http://www.infotoday.com/MMSchools/NovMMS/cyberbee1.htm [20
Julai 2008]

Ong Tek Seng. 2000. Tahap penggunaan internet di kalangan guru-guru sekolah
menengah di Bahau Negeri Sembilan.Tesis Sarjana, Fakulti
Pendidikan: UPM
64

Rahsidi Azizan. 1993. Penggunaan Komputer dalam pengajaran. Sinar


Pendidikan: UKM.

Rozinah Jamaludin. 2007. Internet dalam Pendidikan. Universiti Malays

Rosnah bt Zakaria. 2001. Tahap Penggunaan Komputer di Kalangan Pensyarah


di Fakulti Sains, UKM: UKM

Rosmini Salleh. 2007. Sikap guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan internet
dalam pengajaran di sekolah menengah Daerah Seremban. Tesis
Sarjana Pendidikan: UKM

Said Draman. 2001. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab berbantukan


komputer : persepsi guru-guru bahasa Arab di Daerah Hulu Langat.
Tesis Sarjana Pendidikan: UKM. Unpublished
65

LAMPIRAN A

SENARAI SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN SAMARAHAN

NAMA
BIL SEKOLAH ALAMAT BANDAR MURID GURU
SEKOLAH
D/A PPG
KOTA
1 YBA1349 SK WIRA JAYA SAMARAHAN,JALAN DATO 54
SAMARAHAN
MOHD MUSA

D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


2 YBA8101 SK MERANEK 207 16
JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN

D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


3 YBA8102 SK MANG 18 18
JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN

D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


4 YBA8103 SK SERPAN 230 17
JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN

SK MATA D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


5 YBA8104 31 31
PARANG JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN

D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


6 YBA8105 SK TAMBIRAT 435 31
JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN

D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


7 YBA8106 SK PINANG 17 17
JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN

SK DATO
D/A PPG SAMARAHAN, KOTA
8 YBA8107 TRAOH MUARA 744 42
JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN
TUANG

D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


9 YBA8108 SK KG BARU 31 31
JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN

D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


10 YBA8109 SK ENDAP 15 15
JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN

D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


11 YBA8110 SK SAMBIR 16 16
JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN

SK TANJONG D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


12 YBA8111 18
APONG JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN

D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


13 YBA8112 SK KG MELAYU 21 21
JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN

SK SEBANDI D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


14 YBA8113 14
MATANG JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN

15 YBA8114 SK TAMBAY D/A PPG SAMARAHAN, KOTA 14


66

JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN

D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


16 YBA8115 SK KG EMPILA 21 21
JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN

D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


17 YBA8116 SK NIUP 16 16
JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN

SK KG
D/A PPG SAMARAHAN, KOTA
18 YBA8117 TANJUNG 14 14
JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN
TUANG

SK MOYAN D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


19 YBA8118 371 29
LAUT JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN

SK SEBANDI D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


20 YBA8119 16
ULU JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN

SK DATO D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


21 YBA8120 919 53
MOHD MUSA JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN

D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


22 YBA8302 SK JEMUKAN 254 20
JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN

SK
D/A PPG SAMARAHAN, KOTA
23 YBA8304 IBOI/PELANDU 230 18
JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN
K
SK HAJI
D/A PPG SAMARAHAN, KOTA
24 YBA8311 KELALI 534 33
JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN
SEMERA
SK
PENDIDIKAN D/A PPG SAMARAHAN, KOTA
25 YBB1204 83 28
KHAS JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN
KUCHING (P)

D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


26 YBB8101 SK PLAIE D C 12 12
JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN

D/A PPG
27 YBB8102 SK SAMPUN SAMARAHAN,JALAN DATO ASAJAYA 12 12
MOHD MUSA

SK SAMPUN D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


28 YBB8103 9
TEBUN JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN

SK JALAN D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


29 YBB8105 1215 56
MUARA TUANG JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN

SK SUNGAI
D/A PPG SAMARAHAN, KOTA
30 YBB8311 BULU/SENANG 12
JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN
EH

D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


31 YBB8316 SK TERASI 13
JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN

D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


32 YBE1327 SK BELIONG 12
JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN
67

D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


33 YBE8107 SK REBAK 125 13
JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN

SK ASAJAYA D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


34 YBE8108 258 21
LAUT JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN

SK ASAJAYA D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


35 YBE8109 375 32
ULU JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN

SK HAJI
BUJANG D/A PPG SAMARAHAN, KOTA
36 YBE8303 318 21
RANGAWAN JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN
PUTIN

D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


37 YBE8305 SK JA'IE 191 17
JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN

D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


38 YBE8313 SK PENDAM 339 26
JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN

SK(A) MIS D/A PPG


KOTA
39 YCA8101 KOTA SAMARAHAN,JALAN DATO 264 21
SAMARAHAN
SAMARAHAN MOHD MUSA

SK KAMPUNG D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


40 YCB8110 155 12
REMBUS JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN

D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


41 YCB8111 SK ST JOHN (M) 12 12
JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN

SK ST MICHAEL D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


42 YCB8112 12 12
(M) JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN

SK ST MARTIN D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


43 YCB8113 15 12
(M) JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN

SJK CHUNG D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


44 YCC1323 11
HUA BELIONG JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN

SJK CHUNG
D/A PPG SAMARAHAN, KOTA
45 YCC8101 HUA SG 157 11
JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN
JERNANG
SJK CHUNG
D/A PPG SAMARAHAN, KOTA
46 YCC8102 HUA 6
JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN
TAMBIRAT

SJK CHUNG D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


47 YCC8103 121 9
HUA ASAJAYA JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN

SJK CHUNG D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


48 YCC8104 12
HUA SAMBIR JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN

SJK CHUNG D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


49 YCC8302 6 6
HUA SEMERA JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN
68

SJK CHUNG D/A PPG SAMARAHAN, KOTA


50 YCC8304 61 8
HUA JEMUKAN JALAN DATO MOHD MUSA SAMARAHAN

TOTAL 991

Data diambil pada 19 Ogos 2008 : Portal Sistem Maklumat Pengurusan


Pendidikan

LAMPIRAN B

Borang Kaji Selidik


69

Bahagian 1 : Demografi Responden

Latar Belakang Guru


Arahan: Tandakan (x) dalam ruang yang berkaitan

1. Jantina
1. Lelaki
2. Perempuan

2. Bangsa
1. Melayu
2. Cina
3. India
4. Iban
5. Lain (Nyatakan)

3. Kelulusan Akademik Tertinggi


1. SPM
2. STPM
3. Sarjana Muda
4. Sarjana
5. PhD

4. Lokasi Sekolah
1. Bandar
2. Luar Bandar
3. Lain(Nyatakan)

5. Latar Belakang Sekolah (Boleh tandakan lebih dari satu)


1. Agama
2. Asrama
3. Harian
4. Sains
5. Teknik

6. Adakah anda mempunyai komputer di rumah?


1. Ya
2. Tidak
70

7. Adakah komputer anda mempunyai internet?


1. Ya
2. Tidak

8. Adakah anda menjadi ahli kelab komputer di sekolah?


1. Ya
2. Tidak

9. Adakah anda pernah melanggan/melayari internet?


1. Ya
2. Tidak

10. Adakah anda mempelajari lebih lanjut internet dari pihak luar?
1. Ya
2. Tidak

11. Bagaimanakah tahap pengetahuan anda menggunakan komputer?


1. Sangat mahir
2. Mahir
3. Sederhana
4. Tidak mahir
5. Sangat tidak mahir

12. Sila nyatakan perkhidmatan internet yang anda pernah dan tidak pernah
menggunakannya.
Tandakan (X) pada ruang yang sesuai.

Perkhidmatan Pernah Tidak Pernah


1. Email
2. Laman Web
3. Perbualan elektronik
4. Newsgroup
5. Telesidang/conference
6. Sistem katalog perpustakaan

Bahagian II
71

Anggaran kekerapan masa menggunakan perkhidmatan internet


dalam seminggu
Tandakan (X) pada ruang yang sesuai.

Perkhidmatan Setiap hari 5-6 kali 3-4 kali 1 atau 2 Tidak


pernah
1. Email
2. Laman Web
3. Perbualan elektronik
4. Newsgroup
5. Telesidang/conference
6. Sistem katalog
perpustakaan

Bahagian III
72

Minat guru mengunakan internet dalam pengajaran dan pembelajaran

Bahagian ini mendapatkan maklumat tentang minat guru mengunakan internet


dalam pengajaran dan pembelajaran. Jawapan adalah berdasarkan kepada skala 5
mata Likert iaitu:

1. STS : Sangat tidak setuju


2. TS : Tidak setuju
3. TP : Tidak pasti
4. S : Setuju
5. SS : Sangat setuju

Sila tandakan ( / ) pada ruang yang disediakan.

Bil Soalan 1 2 3 4 5
1. Saya sungguh berminat mengikuti kursus internet
2. Saya terus mempelajari dan mendalami internet
secara berterusan
3. Kursus internet banyak memberi manfaat kepada
saya untuk mendapatkan maklumat
4. Saya tidak pasti tentang apakah jenis perkhidmatan
yang disediakan oleh internet
5. Saya tidak tahu menggunakan komputer dan
internet
6. Saya mencari mengakses menggunakan komputer
dan internet
7. Dalam kehidupan saya, amalan menggunakan
internet boleh dilakukan pada bila-bila masa yang
sesuai
8. Saya mendapat bimbingan yang baik dari rakan
guru tentang cara penggunaan internet
9. Internet sangat baik digunakan sebagai alat
perhubungan
10 Saya ada alamat email bagi diri saya
11. Saya mencari maklumat dalam internet melalui
engin yahoo/google/altavista/ask/cari.com/msn
12. Saya mendapat ramai kenalan menerusi ruangan
73

chit chet
13. Penggunaan internet terlalu diperbesar-besarkan
oleh setiap pelajar pendidikan tinggi
14. Laman web adalah cara terbaik berkongsi
maklumat secara maya
15. Perkhidmatan email adalah murah dan mudah

Bahagian IV
74

Persepsi guru berkenaan keberkesanan penggunaan internet dalam proses


pengajaran

Bahagian ini mendapatkan maklumat tentang persepsi guru berkenaan


keberkesanan penggunaan internet dalam proses pengajaran. Jawapan adalah
berdasarkan kepada skala 5 mata Likert iaitu:

1. STS : Sangat tidak setuju


2. TS : Tidak setuju
3. TP : Tidak pasti
4. S : Setuju
5. SS : Sangat setuju

Sila tandakan ( / ) pada ruang yang disediakan.

Bil Soalan 1 2 3 4 5
1. Maklumat dari internet membantu saya menyediakan
bahan/sumber untuk pengajaran
2. Penggunaan internet boleh mempelbagaikan strategi
pengajaran dan pembelajaran
3. Masalah teknikal adalah sebab utama saya tidak
menggunakan internet
4. Saya menggunakan kemudahan internet secara
optimum seperti yang disarankan oleh kerajaan
5. Saya lebih suka pergi ke perpustakaan sekolah
berbanding perpustakaan maya dan sumber terbuka
6. Saya mahir menggunakan internet dan menyimpan
maklumat dalam laman web
7. Saya mahir mendownload software atau sebarang
bahan dari internet
8. Jadualwaktu yang padat mengurangkan peluang saya
mengajar menggunakan internet
9. Bahan/sumber pengajaran yang di ambil dari internet
menarik perhatian pelajar saya
10. Pelajar saya sangat berminat belajar secara online
menggunakan internet
11. Saya yakin penggunaan internet dapat meningkatkan
75

pencapaian akademik
12. Saya menggalakkan pelajar menggunakan
perkhidmatan internet untuk mendapatkan bahan
rujukan
13. Saya berhasrat untuk mempunyai laman web sendiri
14. Pelajar saya sangat suka pembelajaran yang
berbentuk permainan di internet
15. Rangakian internet sepatutnya dapat digunakan dan
lebih baik dari yang sedia ada

Bahagian V

Tahap pengetahuan internet guru


76

1. Sangat mahir
2. Mahir
3. Sederhana
4. Tidak mahir
5. Sangat tidak mahir

Bahagian ini mendapatkan maklumat tahap kemahiran menggunakan internet.


Jawapan adalah berdasarkan kepada skala 5 mata Likert iaitu:
1. STS : Sangat tidak setuju
2. TS : Tidak setuju
3. TP : Tidak pasti
4. S : Setuju
5. SS : Sangat setuju

Sila tandakan ( / ) pada ruang yang disediakan.

Bil Soalan 1 2 3 4 5
1. Untuk menggunakan internet anda seharusnya
mempunyai kemahiran dalam pengetahuan
komputer
2. Keperluan asas bagi mengakses maklumat ke
internet ialah komputer, modem dan talian telefon
3. Perkembangan komputer dan internet
mengurangkan penggunaan buku
4. Pelbagai jenis perisian untuk menghantar dan
menerima mel elektronik. Antaranya ialah outlook
express, eudora, google, yahoo, hotmail dan gmail.
5. Perkembangan komputer dan internet mengubah
strategi pengajaran dan pembelajaran contohnya
melalui PJJ
6. Internet adalah media yang terbesar sekali di era
ledakan teknologi maklumat sehingga ada yang
menggelarkannya sebagai sumber maklumat di
hujung jari
7. Internet explorer adalah pelayar web yang paling
popular masa kini
8. Melalui internet saya berpeluang membincangkan
dan menyatakan pandangan terhadap sesuatu isu
dengan mudah
77

9. Apabila menggunakan internet secara terus


bermakna anda membuat sambungan ke rangkaian
komputer serata dunia
10. Banyak bahan boleh diperolehi melalui
perkhidmatan on-line dalam membuat kerja kursus
dan tugasan
11. Internet membekalkan pelbagai jenis maklumat
yang berkaitan dengan pelbagai topik yang ingin
saya ketahui
12. Internet amat berguna dalam membantu aspek
pembelajaran yang berkesan untuk mendapatkan
maklumat dengan cepat tanpa mengira masa dan
tempat
13. Dalam membantu aspek pembelajaran, internet
menjimatkan masa dan wang
14. Saya berfikir secara kreatif dan kritis apabila
mencari dan menggunakan maklumat dari internet
15. Kemahiran meggunakan internet dapat
membekalkan guru dengan nilai murni seperti
bekerjasama, bertanggungjawab
dan sebagainya.

LAMPIRAN C
78

You might also like