You are on page 1of 1

SURAT PERJANJIAN

Bahawasanya surat perjanjian ini diperbuat di Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan pada tarikh
23 MEI 2014 bersamaan dengan hari Jumaat

Bahawasanya adalah kami nama nama di bawah ini : -

1. MOHD IZZUDDIN BIN HAJI YUSOFF, no Kad Pengenalan : 651224 07 5157
beralamat di No. 679, Jalan Stesyen, 14200 Sungai Bakap, Pulau Pinang selepas
ini disebut dengan panggilan Pihak Pertama TUAN TANAH & PEMBERI
SEWA dan

2. TAJUDIN BIN ISMAIL, No Kad Pengenalan : 740710 08 5787 beralamat di
F359, Sungai Betul, Jalan Bawah, 34250, Tg. Piandang, Perak Darul Ridzuan
selepas ini disebut dengan panggilan Pihak Kedua PENYEWA.

Perjanjian di antara kedua- dua pihak adalah seperti berikut di bawah ini ;

i. Pihak pertama adalah pemilik tanah tapak dan sebuah pondok pengajian yang terletak
di No. 645 Jalan Besar, Kampung Masjid Baru, 14200, Sungai Bakap, Pulau
Pinang.

ii. Pihak Pertama seterusnya mengaku tapak dan pondok pengajian butir-butir di atas ini
diberikan sewa kepada Pihak Kedua untuk selama LIMA (5) Tahun mulai daripada
tarikh MEI 2014 dan tamat tempohnya pada tarikh .. MEI 2019 dengan
kadar penyewanya sebanyak jumlah RM 3,500.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ribu Lima
Ratus Sahaja ) untuk LIMA (5) Tahun Tersebut;

iii. Pihak Kedua mengaku menyewa tapak dan pondok pengajian tersebut dan pada tarikh
diperbuat perjanjian ini telah menjelaskan kesemuanya wang harga penyewaan
sebanyak RM 3,500.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ribu Lima Ratus Sahaja) kepada
Pihak Pertama yang mana mengaku menerimanya dengan sepenuhnya;

iv. Mulai tarikh penyewaan, maka kuat kuasa tapak dan pondok pengajian tersebut
terpulang kepada Pihak Kedua untuk mendudukinya dan seterusnya menjaga kawasan
persekitaran dan pondok pengajian tersebut dengan sebaik mungkin;

v. Mulai daripada tarikh penyewaan, maka kuat kuasa tapak dan pondok pengajian
tersebut terpulang kepada Pihak kedua untuk mendudukinya dan seterusnya menjaga
kawasan persekitaran dan pondok pengajian tersebut dengan sebaik mungkin.

You might also like