You are on page 1of 12

1

AKAUNTABILITI PENGURUSAN SUKAN DAN KOKURIKULUM




Mhd Radzi Hussain


Abstrak


Keberkesanan akauntabiliti dalam aspek pengurusan sukan dan kokurikulum di Politeknik Tuanku
Syed Sirajuddin kini dipandang serius untuk mewujudkan golongan profesional dalam bidang sukan.
Ini adalah kerana pencapaian akademik yang tinggi mempunyai pertalian dengan pelajar yang aktif
dalam sukan dan kokurikulum. Akauntabiliti dalam pengurusan sukan dan kokurikulum menyentuh
pelbagai aspek: pengurusan stok dan inventori alatan sukan, bilik-bilik khas, penyimpanan dan
penyelenggaraan alatan, rancangan pembangunan, rekod penglibatan serta pencapaian. Penerapan
sukan dan kokurikulum yang berkesan mampu menyemai sifat kepimpinan dalam hati sanubari
pelajar. Sehubungan itu, salah satu akauntabiliti pengurus adalah untuk memastikan supaya sikap
profesional dapat disemai bagi membimbing pelajar memahami aktiviti sukan dan kokurikulum
dengan lebih mendalam.

Kata kunci: Akauntabiliti, pengurusan, sukan, kokurikulum.


1 PENGENALAN

Ke arah meningkatkan tahap profesionalisme, setiap peringkat individu yang berkhidmat
dengan kerajaan perlu mengetahui dan memahami akauntabiliti masing-masing. Menurut
kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, akauntabiliti ditafsirkan sebagai Kewajipan memberi
jawapan dan menanggung segala akibatnya. Setiap pegawai mestilah jelas dengan skop
tugas dan memastikan semua tanggungjawab dapat dijalankan dengan lancar dan
sistematik serta mengikut kod etika yang ditetapkan oleh institusi masing-masing. Bagi
mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, semua
perjalanan kerja perlulah diuruskan secara sistematik. Akauntabiliti bermaksud
tanggungjawab seseorang terhadap tugas-tugas yang perlu dilaksanakan. Dalam konteks
perkhidmatan awam, akauntabiliti bermaksud tanggungjawab pegawai-pegawai awam
dalam melaksanakan tugas-tugas yang diserahkan dan memastikan matlamat serta objektif
tugas-tugas tersebut tercapai (INTAN, 1994).

Merujuk kepada (INTAN, 1994) di dalam Citra Karya Falsafah, Nilai dan Etika dalam
Perkhidmatan Awam, antara tindakan yang perlu dijalankan bagi meningkatkan akauntabiliti
ialah:

1.1 Pihak pengurusan perlu menyatakan dengan jelas akauntabiliti bagi setiap
tugas dan tanggungjawab.

1.2 Sistem akauntabiliti perlu diwujudkan di semua agensi kerajaan yang menetapkan
tugas dan tanggungjawab setiap pekerja yang terlibat dalam melaksanakan satu-
satu tugas. Sistem ini perlu mengandungi penentuan tanggungjawab bagi setiap
pekerja dan jenis tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

1.3 Akauntabiliti hendaklah dinyatakan secara bertulis dan didokumenkan melalui
undang-undang, prosedur dan arahan-arahan yang spesifik.

1.4 Sistem kawalan kewangan perlu mengambil perhatian ke atas tiga aspek yang
penting, iaitu:

2

1.4.1 Sistem belanjawan yang berkesan bagi pengagihan dan pembahagian
peruntukan kewangan.

1.4.2 Mengawas dan mengawal penggunaan tenaga manusia, aset dan
perkhidmatan.

1.4.3 Mewujudkan sistem perakaunan yang cekap dan kemas kini.

1.5 Sistem pengawalan dan pengawasan seperti audit dalam hendaklah
dipertingkatkan keupayaannya.

1.6 Penguatkuasaan hendaklah diambil perhatian agar arahan-arahan dan
peraturan jabatan dapat dilaksanakan dengan tegas dan berkesan.

1.7 Akauntabiliti di peringkat individu ditingkatkan melalui perubahan-perubahan
diri seorang individu itu dengan penerapan nilai-nilai murni dan positif seperti
bersih, cekap dan amanah.


2 FUNGSI PIHAK PENGURUSAN INSTITUSI

Kejayaan atau kegagalan satu institusi mahupun organisasi adalah bergantung kepada
tunjang kepimpinannya. Dalam institusi pengajian tinggi (IPT), pihak pengurusan adalah
bertanggungjawab sepenuhnya untuk menerajui institusi ke arah mencapai kecemerlangan.
Seseorang pemimpin perlu menghayati dan memahami akauntabilitinya bagi memastikan
segala tugas dan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan lancar. Tanggungjawab yang
perlu dilaksanakan merangkumi pelbagai aspek bermula daripada peringkat merancang,
melaksana, menyelaras sehinggalah memantau semua aktiviti di dalam institusi. Ini adalah
untuk memastikan setiap objektif yang disasarkan dapat dicapai tanpa berlakunya masalah
ataupun penyelewengan.

Tugas seorang pengurus institusi pengajian tinggi meliputi pelbagai aspek pengurusan.
Omardin (1999) bersetuju dengan fungsi guru besar di sekolah adalah meliputi keseluruhan
organisasi. Guru besar adalah pengurus dan pentadbir sekolah yang meliputi pengurusan
pejabat, pengurusan perkhidmatan dan perjawatan, pengurusan hal ehwal pelajar,
pengurusan pendaftaran pelajar, pengurusan akademik, pengurusan kokurikulum,
pengurusan perkhidmatan dan kaunseling, pengurusan disiplin sekolah, pengurusan
asrama, pengurusan pusat sumber, pengurusan koperasi sekolah, pengurusan kantin,
pengurusan peperiksaan, pengurusan kewangan, pengurusan pembangunan sekolah dan
pengurusan persatuan Ibu Bapa dan Guru (Omar, 2006).


3 FUNGSI PENGURUSAN SUKAN DAN KOKURIKULUM

Dalam aspek ini ingin penyelidik memilih aspek pengurusan sukan dan kokurikulum di
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin sebagai rujukan bagi menghuraikan keberkesanan
akauntabiliti. Dalam usaha melahirkan graduan yang cemerlang bukan sahaja dari segi
akademik malah dari segi rohani dan jasmani, aktiviti kokurikulum perlu diberi perhatian
khusus. Penerapan kokurikulum yang berkesan mampu menyemai sifat kepimpinan dalam
kalangan pelajar yang bakal menjadi pelapis untuk meneraju negara pada masa akan
datang. Mohd Lotpi (1997) telah membuat kajian berkaitan dengan kesan aktiviti
kokurikulum ke atas peribadi pelajar. Hasil kajian beliau mendapati kokurikulum memberi
kesan positif kepada pelajar seperti pelajar lebih berdisplin, bertanggungjawab,
bekerjasama, amanah, jujur, dedikasi, berdikari, bermotivasi, berkeyakinan dan berani
(J ailani, 2004; Ahmad, 2005).
3


Ada kajian yang telah dijalankan oleh Ab. Alim (2001) pula telah mendapati bahawa pelajar
yang aktif dalam kokurikulum mempunyai pencapaian akademik yang tinggi dan pelajar
yang kurang aktif dalam kokurikulum mempunyai pencapaian akademik yang lebih rendah.
Sehubungan dengan itu, pengurusan kokurikulum adalah salah satu aspek yang penting
dalam akauntabiliti seorang pengurus. Pengurusan yang betul dan berkesan dapat
memastikan pembangunan rohani dan jasmani para pelajar.

Antara tugas yang terdapat dalam pengurusan sukan dan kokurikulum adalah seperti
berikut:

3.1 Pengurusan stok dan inventori alatan sukan
3.2 Pengurusan bilik-bilik khas
3.3 Penyimpanan dan penyelenggaraan alatan
3.4 Rancangan pembangunan
3.5 Rekod penglibatan dan pencapaian

3.1 Pengurusan stok dan i nventori al atan sukan

Pengurusan stok dan inventori alatan sukan memberi impak yang besar dalam kejayaan
sesuatu aktiviti kokurikulum. Tanpa peralatan yang mencukupi sesuatu aktiviti sukan
sukar untuk dijalankan. Secara tidak langsung melemahkan semangat pelajar untuk
menyertai dan membabitkan diri dalam sukan. Lim (2001), menjelaskan bahawa
pengaruh aktiviti sukan dan rekreasi dalam masyarakat dapat dilihat dalam pelbagai
perspektif seperti sosiologi, psikologi, politik dan ekonomi. Begitu juga dengan peranan
peralatan sebagai perantaraan dalam program sukan dan rekreasi adalah untuk
memastikan pengguna mahupun pelanggan dapat melakukan aktiviti sukan dan rekreasi
dengan lancar dan seterusnya memperoleh kepuasan daripada penyertaan.

Untuk mengurus peralatan dengan berkesan, pentadbir atau pengurus sukan dan
rekreasi seharusnya mempunyai pengetahuan tentang sistem dan prosedur pengurusan
yang sistematik. Menerusi pengetahuan itu, program pembelian dan penjagaan
peralatan dapat dirancang dan dikendalikan dengan cekap (Lim, 2001).

Oleh yang demikian, pemimpin perlu mengetahui apakah akauntabiliti dalam
pengurusan stok dan inventori alatan sukan. Menurut Smith dan Stewart (1999),
pengurusan kemudahan sukan dan kokurikulum merangkumi lima dimensi utama seperti
berikut:

3.1.1 Lokasi fizikal
3.1.2 Perabot dan peralatan
3.1.3 Penyelenggaraan dan pengubahsuaian
3.1.4 Kesihatan, keselamatan dan kepatuhan pada peraturan
3.1.5 Perkhidmatan-perkhidmatan tambahan

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin mempunyai seramai hampir 4,500 orang pelajar yang
terdiri daripada enam jabatan yang utama iaitu J abatan Kejuruteraan Mekanikal, J abatan
Kejuruteraan Elektrik, J abatan Perdagangan, J abatan Pelancongan dan Hospitaliti,
J abatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual dan J abatan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi. Satu kaedah pengurusan stok dan inventori alatan sukan yang sistematik
telah dirangka dan dilaksanakan secara berpusat bagi memenuhi keperluan pelajar dan
pensyarah. Setiap pembelian, pinjaman alatan sukan perlu dirujuk kepada pegawai yang
4

menyelaras peralatan tersebut dan beberapa prosedur telah dirangka untuk memastikan
kelancaran pengurusan stok dan inventori peralatan sukan ini. Contohnya, setiap urusan
perlu melalui pengisian borang bagi tujuan rekod dan laporan. Ianya penting untuk
mengenal pasti pengguna peralatan terbabit dan memastikan peralatan tersebut dijaga
dan berada dalam keadaan yang baik.

Strategi ini perlu untuk memastikan alatan dapat digunakan dalam jangkamasa yang
disyorkan dan dikongsi oleh semua pelajar. Adalah menjadi tanggungjawab pengurus
kemudahan tersebut untuk memastikan peralatan yang dibeli mencapai piawai yang
ditetapkan tanpa berlaku sebarang penyelewengan. Setiap pembelian peralatan perlu
melalui proses peninjauan keperluan peralatan dan kertas kerja cadangan perolehan
mesti dibuat bagi menjelaskan objektif keperluannya. Hal ini penting bagi memastikan
peralatan yang diterima adalah berkualiti dalam kuantiti yang diperlukan dengan kos
yang berpatutan. Pemantauan juga dilakukan untuk memastikan peralatan sentiasa
berkeadaan baik dan selamat untuk digunakan supaya program-program yang dirangka
oleh pensyarah dan pelajar dapat dilaksanakan. Bagi tujuan ini, buku stok perlu
dikemaskini dan sentiasa disemak dan disahkan. Pengurusan peralatan yang berkesan
dan baik menentukan kejayaan sesuatu aktiviti sukan dan kokurikulum.

3.2 Pengurusan bilik-bil ik khas

Aktiviti kokurikulum merangkumi badan beruniform, persatuan dan kelab, sukan dan
permainan. Setiap pelajar diberi banyak pilihan untuk mengikuti aktiviti kokurikulum yang
mereka minati. Sesuatu aktiviti yang aktif, memerlukan komitmen yang tinggi bukan
sahaja daripada pelajar dan pelopor aktiviti berkenaan malah memerlukan penglibatan
pihak pengurusan. Sebagai pemimpin, perlulah mengetahui keperluan setiap aktiviti
kokurikulum yang dijalankan. Salah satu keperluan yang penting adalah penyediaan
bilik-bilik khas. Berdasarkan perkara ini, satu kajian untuk mengenalpasti kepentingan
bilik terhadap sesuatu aktiviti kokurikulum dijalankan supaya penggunaan ruang atau
tempat pelaksanaan aktiviti dapat dioptimumkan tanpa banyak pembaziran.

Perancangan yang teliti dibuat untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya
masalah pada masa akan datang. Bagi sesetengah aktiviti kokurikulum, bilik gerakan
amat diperlukan yang bertujuan untuk melaksanakan aktiviti seperti perjumpaan
kumpulan, sesi pembelajaran dan sebagainya.

Oleh itu pengurus perlu memahami dan kepentingannya konsep akauntabiliti dalam skop
ini kerana ianya akan memberi kesan yang mendalam kepada pelajar. Sebagai
contohnya penyediaan bilik yang selesa berserta dengan kemudahan yang mencukupi
mampu mempengaruhi pelajar untuk melaksanakan aktiviti yang mereka rancangkan
dengan baik dan seterusnya dapat menaikkan semangat mereka dalam meningkatkan
sahsiah diri.

3.3 Penyi mpanan dan penyelenggaraan peral atan

Oleh kerana bilangan pelajar yang ramai, pengurusan penyimpanan dan
penyelenggaran peralatan yang sistematik perlu dirangka. Pegawai sukan atau
pengurus yang telah dilantik hendaklah bertanggungjawab serta komited untuk
memantau aktiviti pengurusan, penyimpanan serta penyelenggaraan infrastrutur dan
peralatan tersebut. Stor peralatan perlu dibina di kawasan yang strategik bagi
memudahkan pelajar dan pensyarah menggunakan peralatan yang dikehendaki. Susun
atur stor peralatan dirangka bagi memastikan peralatan yang disimpan berada dalam
keadaan yang baik dan tersimpan kemas. Setiap peralatan yang disimpan perlu
direkodkan. Sebarang alatan yang rosak atau yang perlu dilupuskan dan peralatan yang
5

dibaiki juga perlu direkodkan. Sistem pengurusan lebih sistematik dan mudah untuk
dipantau.

Sebagai pihak pentadbir, pengetahuan tentang peralatan yang dibeli serta keadaan
peralatan adalah penting supaya dapat mempertingkatkan mutu pengurusan
penyimpanan dan penyelenggaraan peralatan. Sebagai contoh, sesetengah peralatan
memerlukan penjagaan yang khusus supaya tidak cepat rosak. Ada juga peralatan yang
sensitif kepada aliran pengudaraan dan perlu ditempatkan di bilik khas.

Pengurusan penyimpanan dan penyelenggaraan peralatan ini tidak boleh dipandang
remeh kerana ianya memberi kesan yang besar dalam pembangunan kokurikulum
pelajar. Oleh kerana pihak institusi telah mengeluarkan bajet yang besar untuk membeli
peralatan maka perlulah setiap peralatan yang ada dijaga dengan baik supaya dapat
digunakan oleh segenap lapisan pelajar. Pihak pengurusan, bertanggungjawab
sepenuhnya untuk mengelakkan berlakunya sebarang pembaziran hasil daripada
penyalahgunaan peralatan dan penjagaan peralatan yang tidak betul.

3.4 Rancangan pembangunan

Dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengurusan kokurikulum di politeknik ini, segala
aktiviti dan program yang telah dijalankan perlu dibuat kajian serta menganalisa
keberkesanannya. Oleh itu, pengurus perlu meneliti perancangan pembangunan yang
bakal diketengahkan bagi mengatasi sebarang kelemahan dan membuat
penambahbaikan secara berterusan terhadap proses pelaksanaannya. Tugas ini
memerlukan kerjasama daripada pelajar, pensyarah dan pihak pengurusan sendiri. Post
mortem perlu dilakukan daripada peringkat bawah sehingga atasan supaya dapat
menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan. Bagi memastikan rancangan
penambahbaikan dapat dijalankan dengan lancar, pihak pengurusan juga perlu
menggunakan pendekatan PDCA-QCC. Pendekatan ini sangat berguna untuk menilai
sesuatu masalah daripada pelbagai sudut. Rajah berikut menunjukkan carta asas
pelaksanaan sesuatu aktiviti bermula daripada ianya diperkenalkan sehinggalah kepada
peringkat penambahbaikan terhadap proses tersebut.



Frederick Taylors Model
PLAN DO SEE
6





PDCA yang praktikal
Japanese Style
p
d
c
a
D
P
C
A
Pengurusan
+
staf
Pekerja
+
staf
Pengurusan
+
staf
Pengurus dan
+
staf
Plan
Do Action
Check
(Ubahsuai oleh Dr. Edwards Deming 1950an)
Pengurusan
Pemeriksa
Pekerja
Traditi onal PDCA
7

Rajah 3.4.1 menunjukkan aspek-aspek yang perlu dititikberatkan dalam PDCA-QCC ini.

Pl an
i) Memilih kumpulan.
ii) Memilih tajuk.
iii) Memahami masalah.
iv) Mencari punca masalah.

Do
v) Tindakan penyelesaian.

Check
vi) Kajian keberkesanan.

Action
vii) Standard/tingkatkan.


Rajah 3.4.1: PDCA-QCC

Aktiviti penilaian dan kajian ini bukan sahaja dapat mengatasi kelemahan malah ia juga
dapat membuka ruang kepada pihak pengurusan untuk merancang program yang
selaras dengan arus pembangunan semasa.

Pengurusan sukan dan kokurikulum telah dilihat sebagai satu aspek yang penting dalam
sekolah dan juga institusi pengajian tinggi. Kepentingan untuk mewujudkan golongan
profesional dalam sukan semakin dipandang serius.

Salah satu akauntabiliti pengurus adalah untuk memastikan sikap profesionalisme dapat
diwujudkan bagi membimbing pelajar memahami aktiviti sukan dan kokurikulum dengan
lebih mendalam. Bagi tujuan tersebut, pihak pengurusan politeknik bertanggungjawab
untuk menghantar pensyarah bagi mengikuti kursus luar atau dalaman untuk
meningkatkan kemahiran mereka di dalam bidang masing-masing. Sebagai langkah
proaktif, pihak politeknik ini telah menghantar beberapa orang pensyarah untuk
mengikuti beberapa kursus sukan yang menjadi sukan teras di politeknik Kementerian
Pengajian Tinggi, sebagai contohnya Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin telah dipilih
sebagai pusat kecemerlangan sukan untuk sepaktakraw.

Ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi untuk melahirkan lebih
ramai pelajar IPT mewakili negara dalam pelbagai bidang sukan. J usteru itu tenaga
pengajar yang mahir diperlukan untuk memperkenalkan dan mempromosikan sukan ini
dan seterusnya dapat menarik minat pelajar di politeknik ini menceburi sukan tersebut.
Pihak pengurusan juga perlu memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam
memberikan sokongan dari segi modal insan dan juga mencari kursus yang
bersesuaian. Kegigihan pelajar dan tenaga pensyarah akan dapat memperkukuhkan
kedudukan sukan ini di politeknik dengan penglibatan lebih ramai pelajar dan seterusnya
politeknik mampu untuk menghantar pasukan dalam pertandingan-pertandingan yang
dianjurkan di peringkat yang lebih tinggi.

Dalam skop ini juga, akauntabiliti pengurus amat penting bagi membina dan
memantapkan semangat pelajar terhadap sukan dan kokurikulum yang dibangunkan
bagi melahirkan individu yang berjaya dalam bidang sukan yang diceburi. Sekiranya
tiada usaha untuk mewujudkan sikap profesionalisme dalam sesuatu bidang sukan atau
aktiviti kokurikulum akan mengakibatkan aktiviti-aktiviti sukan dan kokurikulum tersebut
semakin pupus dan institusi itu sendiri akan malap.



8

3.5 Rekod pengli batan dan pencapaian

Adalah menjadi satu tanggungjawab pihak pengurusan untuk memperkenalkan institusi
mereka kepada masyarakat luar dan setempat. Sehubungan dengan itu, aktiviti
kokurikulum dapat juga dijadikan sebagai salah satu medium untuk merapatkan
hubungan silaturrahim antara politeknik ini dengan masyarakat luar khususnya dan
kepada seluruh negara, secara amnya. Aktiviti- aktiviti sukan dan kokurikulum seperti
pertandingan sukan persahabatan seperti bolasepak badminton, sukan berkayak, sukan
lasak, dan juga sukan antara politeknik dan sebagainya akan dapat membantu pelajar
untuk mengasah dan menyerlahkan bakat mereka di samping membina sahsiah diri
pelajar.

Sebagai pengurus, sumber kewangan perlulah diuruskan dengan baik supaya setiap
aktiviti dapat dijalankan dengan jayanya mengikut kepentingan aktiviti yang dirancang.
Perhatian yang menyeluruh dalam pengurusan kewangan adalah penting supaya pelajar
mahupun pensyarah dapat merealisasikan perancangan aktiviti mereka. Perkara ini
secara tidak langsung mampu memberikan motivasi di kalangan pelajar untuk bergiat
aktif tanpa menghadkan kreativiti mereka hanya kerana kekurangan bajet.

Selain itu, pihak pengurusan politeknik juga bertanggungjawab dalam merekod segala
penglibatan dan pencapaian pelajar dalam bidang kokurikulum. Ini adalah bertujuan
untuk memberi motivasi kepada pelajar lain supaya melibatkan diri dalam sebarang
aktiviti kokurikulum yang dirancangkan oleh politeknik. Ia juga dapat membuka laluan
kepada pelajar untuk melengkapkan sahsiah diri pelajar bagi menempuh alam pekerjaan
yang sememangnya memerlukan individu yang bukan sahaja cemerlang dalam
akademik bahkan dilengkapi dengan modal insan yang tinggi hasil daripada penglibatan
aktif mereka dalam bidang sukan dan kokurikulum.


4 REFLEKSI

Sebagai pihak pengurusan yang bertanggungjawab terhadap aktiviti pengurusan sukan dan
kokurikulum di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, berdasarkan kepada pemerhatian dan
beberapa maklum balas yang diterima, didapati tahap kesedaran dan kepekaan dalam
bidang pengurusan peralatan tersebut masih lagi rendah. Ini dapat dilihat kerana masih
terdapat beberapa kemudahan sukan dan rekreasi yang tahap penggunaannya sangat
rendah dan ada juga keadaannya seolah-olah kelihatan seperti tidak pernah digunakan dan
ada yang telah rosak kerana tidak digunakan.

Perkara ini telah menyebabkan berlakunya pembaziran, oleh itu perlulah setiap warga
politeknik memandang sistem pengurusan sukan dan kokurikulum sebagai tanggungjawab
bersama. Sehubungan dengan itu juga, semua warga politeknik perlu memahami bahawa
proses pengurusan aset sukan dan kokurikulum hendaklah dilaksanakan dengan lebih
terancang dan sistematik bagi menentukan keberkesanan tahap penggunaan yang optimum
dan efektif. Kesan daripada pengurusan peralatan sukan dan kokurikulum yang baik akan
dapat memberi impak jangkamasa panjang seperti berikut:

4.1 Menjimatkan kos pembelian peralatan dari masa ke semasa.

4.2 Kemudahan peralatan dapat digunakan dalam tempuh yang lebih lama.

4.3 Aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat dilaksanakan dengan lancar.

4.4 Peningkatan tahap kefahaman warga sesebuah institusi tentang kepentingan
penglibatan yang berkaitan dengan kokurikulum.
9


4.5 Meningkatkan tahap disiplin dalam kalangan warga politeknik dari segi penjagaan
dan senggaraan kemudahan yang disediakan.

Kesedaran pelajar dari segi kepentingan penglibatan dalam kegiatan kokurikulum perlu
ditekankan supaya sebarang perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan untuk
kegunaan institusi akan lebih bermakna, dapat dimanafaatkan untuk tujuan
mengoptimumkan kesan pengajaran dan pembelajaran dan dalam jangkamasa panjang
ianya adalah merupakan sebahagian daripada asas pembentukan modal insan pelajar
tersebut untuk membina kerjaya masing-masing di masa akan datang. Kesedaran ini juga
dapat dimanafaatkan oleh tenaga pengajar dalam menyediakan bahan keperluan untuk
kegiatan aktiviti kokurikulum kepada pelajar secara lebih sistematik. Ini adalah supaya ianya
dapat dipraktikkan di pelbagai peringkat komuniti selepas tamat pengajian di peringkat
politeknik melalui bidang yang diceburi.

Di samping itu juga, penglibatan pensyarah di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
berkaitan dengan kokurikulum hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh tanpa
mengira tenaga dan masa kerana penglibatan di dalam bidang ini memerlukan komitmen
yang tinggi bagi memastikan ianya berjaya. Bagi memastikan kejayaan di dalam bidang ini,
akauntabiliti di peringkat pengurusan perlulah dilakukan dengan teliti dari segenap aspek
pengurusan yang berkaitan dengan kokurikulum.


5 CADANGAN

Pengurusan sukan dan kokurikulum di politeknik dan di kebanyakan institusi memerlukan
banyak pembaharuan dan penekanan. Di antara penekanan yang boleh dilaksanakan ialah
penyediaan sumber manusia iaitu pegawai yang pakar untuk menerajui unit sukan dan
kokurikulum serta tenaga kerja yang mencukupi bagi melaksanakan semua aktiviti sukan
dan kokurikulum. Nilai-nilai murni dalam pengurusan kewangan untuk tujuan pelaksanaan
aktiviti dan pembelian aset sukan dan kokurikulum hendaklah diterapkan kerana pihak
kerajaan telah membelanjakan sejumlah peruntukan yang besar dalam menyediakan
kemudahan prasarana, peralatan dan sebagainya untuk menyokong pelaksanaan aktiviti-
aktiviti kokurikulum samada di peringkat institusi sehingga ke peringkat nasional. Adalah
diharapkan dengan penubuhan struktur J abatan Sukan, Kokurikulum dan Warisan di
politeknik masa kini akan dapat melancarkan proses pengurusan aktiviti sukan dan
kokurikulum di politeknik dan peranannya akan lebih mencabar di samping memerlukan
perbelanjaan yang lebih besar.

Di samping itu juga pihak pengurusan Sukan, Kokurikulum dan Warisan perlu memikirkan
supaya aktiviti-aktiviti yang berkaitan diperbanyakan kerana setiap pelajar mempunyai
selera dan minat yang berbeza. Dicadangkan supaya tenaga kerja yang khusus dan
berkelayakan untuk melaksanakan proses pengurusan kokurikulum tidak lagi dijalankan oleh
staf akademik yang mempunyai kekangan masa dan pengetahuan yang tidak begitu
mendalam di dalam bidang tersebut. Oleh itu pihak pengurusan sukan dan kokurikulum
politeknik perlu mengadakan kerjasama yang lebih erat dengan badan-badan yang
berkaitan bagi memastikan program yang dijalankan memenuhi visi dan misi politeknik serta
mempunyai matlamat yang selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Untuk memantapkan lagi kaedah pengurusan sukan dan kokurikulum, pengurus haruslah
mengunakan konsep dan falsafah kaizen yang meluas digunakan di dalam sistem
pengurusan, iaitu:

10

Kai bermaksud untuk berubah (change) atau mengubah (modify) atau
mengubahsuai (alter) atau membaharui (renew) atau merubah (reform) atau untuk
diperbetulkan (to be corrected)

Zen bermaksud untuk menambahbaikkan (improve) atau menjadi baik (become
good).

Untuk memastikan konsep kaizen dapat dilaksanakan oleh seseorang pengurus dalam
sesebuah organisasi atau institusi pendidikan, tiga prinsip utama perlu difahami iaitu:

1. Sumber manusia adalah aset yang terpenting dalam sesebuah organisasi
atau syarikat.

2. Proses penambahbaikan / pembaharuan hendaklah dibuat secara sedikit
demi sedikit dan tidak secara radikal.

3. Penambahbaikkan pencapaian proses mestilah berdasarkan kepada penilaian
statistik / kuantitatif.

Sebagai seorang pengurus yang berwawasan, perkara-perkara berikut perlu dibuat semasa
melaksanakan tindakan penyelesaian sesuatu masalah iaitu:

1. Senaraikan tindakan penyelesaian.
2. Tindakan penyelesaian mestilah menyelesaikan punca masalah.
3. Pilih tindakan yang sesuai.
4. Dapatkan persetujuan pihak pengurusan.
5. Laksanakan tindakan penyelesaian.
6. Kenalpasti masalah yang mungkin akan berlaku terhadap tindakan.

Selepas tindakan penyelesaian dilakukan maka kajian keberkesanan perlu dibuat iaitu:

1. Kajian dilakukan terhadap tindakan penyelesaian yang dilakukan.
2. Mengambil masa yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi.
3. Tindakan adalah berkesan sekiranya ia mampu menyelesaikan masalah atau
mencapai objektif yang ditetapkan.

Secara umumnya, akauntabliti pengurus di dalam menangani sesuatu masalah dan
membuat sebarang keputusan mestilah berdasarkan samada mengikut piawaian yang telah
ditetapkan atau membuat peningkatan terhadap institusi dan hendaklah melalui proses
berikut iaitu:

1. Sekiranya tindakan penyelesaian berkesan, pihak pengurusan perlu membuat
keputusan samada hendak mengekalkan mengikut piawaian sedia ada (standard)
atau membuat peningkatan.

2. Pengurus mesti membuat perubahan prosedur kerja yang bertujuan untuk
penambahbaikan atau peningkatan terhadap hasil atau keberkesanan terhadap
proses kerja.

3. Sekiranya terdapat peningkatan atau pembaharuan di dalam sesuatu proses kerja,
pengurus perlu meletakan objektif kerja tersebut kepada sasaran yang baru.
11


4. Perubahan yang dibuat mestilah dimaklumkan kepada anggota kerja yang lain
supaya mereka mendapat gambaran yang lebih jelas tentang halatuju perubahan
yang dibuat.

5. Pengurus hendaklah sentiasa bersikap positif, bertanggungjawab dan istiqamah,
sentiasa bersama turun padang untuk memberi motivasi kepada anggota kerja dan
tidak lokek untuk memberi penghargaan kepada ahli kerana kejayaan sesuatu kerja
dapat dilakukan .


6 RUMUSAN

Pihak pengurusan sukan dan kokurikulum juga perlu peka terhadap perkembangan pesat
bidang sukan samada di peringkat sekolah, pusat pengajian tinggi atau nasional. Terdapat
ramai pelajar yang berjaya mendapat tempat di pusat pengajian tinggi selepas tamat
persekolahan dan semasa di peringkat sekolah pelajar tersebut mempunyai bakat dan
pernah mewakili negeri di dalam sesuatu bidang sukan. Senario yang berlaku sekarang
adalah bakat pelajar tersebut hanya terpendam begitu sahaja selepas tamat alam
persekolahan, oleh itu pengurusan sukan dan kokurikulum di institusi tersebut perlulah
memainkan peranan supaya pelajar tersebut masih dapat memberi sumbangan kepada
sukan yang diceburi dan pada masa yang sama pelajar tersebut dapat mencapai keputusan
akademik yang cemerlang. Sehubungan dengan itu peranan pengurus sukan dan
kokurikulum perlulah sentiasa bersikap pro-aktif dan bersedia untuk menjalankan
tanggungjawab dan melaksanakannya sehingga ke peringkat yang sepatutnya bagi
membantu pelajar yang berkaitan.

Pihak pengurusan sukan dan kokurikulum juga dapat memainkan peranan yang bersifat
kemasyarakatan kerana terdapat banyak aktiviti sosial yang berkaitan dengan kokurikulum
yang dianjurkan samada oleh jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan
swasta, persendirian dan sebagainya terhadap masyarakat dan sudah tentulah memerlukan
penglibatan dari pelbagai pihak. Di sinilah terletaknya aspek akauntabliti pengurus untuk
memastikan penglibatan pelajar di dalam aktiviti tersebut dapat dilakukan. Kekuatan mental
dan fizikal pengurus mesti berada pada tahap yang tinggi kerana di dalam situasi begini
akauntabiliti pengurus akan benar-benar teruji kerana terpaksa berhadapan dengan
masalah dan tekanan dari pelbagai peringkat, pihak luaran dan dalaman. Bagi pelajar pula,
mereka akan mempraktikan segala ilmu yang telah dipelajari dan sentiasa akan menjadikan
pengurus aktiviti berkenaan sebagai pakar rujuk untuk memastikan program tersebut dapat
dilaksanakan sehingga berjaya. Secara umumnya kejayaan sesuatu program
kemasyarakatan dapat diterjemahkan apabila terdapatnya penghargaan dan pujian yang
disampaikan oleh pihak luar dan masyarakat setempat kepada politeknik.


BIBLIOGRAFI

Ab. Alim Abdul Rahim. (2001). Hubungan antara tahap penyertaan kokurikulum
pelajar, pencapaian akademik dan penghargaan kendiri. (Tesis Sarjana). Universiti
Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Ahmad Esa (2005). Peningkatan kemahiran bakal pensyarah politeknik menerusi kursus
pengurusan kokuikulum. Jurnal Sains Sosial.
Ahmad Esa, J ailani Mohd Yunos & Noraini Kaprawi. (2005). Penerapan kemahiran
kepimpinan menerusi kokurikulum di politeknik. Dicapai dari
http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/seminarpapars/2005/ahmadKUITTHO.pdf
pada 6/12/2010

12

Developing critical thinking and interest among students. (1998). San Francisco: J ossey
Bass Inc.
Institut Tadbiran Awam Negara. (1994). Citra karya: Falsafah, nilai dan etika dalam
perkhidmatan awam. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara
J ailani Md Yunos. (2004). Peningkatan kemahiran bakal pensyarah politeknik menerusi
kursus pengurusan kokurikulum. Jurnal Sains Sosial.
Lim, K. C. (2001). Pengurusan pendidikan dan implikasi terhadap program sukan dan
rekreasi. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Pengurusan Kemudahan
Sukan Kebangsaan, di Hotel Quality, Shah Alam, pada 12 13 Mac 2001
Prosiding.
Mohamed Shariff Abu Bakar. (2006). Peningkatan berterusan (Kaizen). Kuala Lumpur:
Training & Consulting Sdn.Bhd.
Mohd. Lotpi Razali (1997). Kesan aktiviti kokurikulum ke atas peribadi pelajar (Satu
kajian di Sekolah Menengah Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak). (Tesis
Sarjana). Universiti Utara Malaysia, Kedah.
Omar Abdul Laja. (2006). Perkaitan kepimpinan pengajaran guru besar dengan
keberkesanan pengajaran guru: Kajian di beberapa buah sekolah pulau di daerah
Semporna.
Omardin Ashaari. (1999). Pengurusan sekolah: Satu panduan lengkap. Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Smith, A., & Stewart, B. (1999). Sports management: A guide to professional practice.
Australia: Allen & Unwin.


Mhd Radzi Hussain, Timbalan Pengarah Akademik, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
Emel: mrhpk@yahoo.com

You might also like