You are on page 1of 5

PK17/2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA PEREMPUAN, IPOH


MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM BILANGAN 2/2011
Tarikh
Masa
Tempat
Pengerusi
Kehadiran(Bilangan)
Nama Yang Hadir :

: 11 April 2011(Isnin)
: 2.00 petang
: Bilik Gerakan
: Cik Rusnani binti Sharuddin
: 31/42

Cik Rusnani bt Sharuddin

16

Cik Sellam a/p Paramanathan

Pn. Azizah bt Mat Cha

17

Pn. Anita Suganthi a/p Kolandasamy

Pn. Hjh. Emsakiah bt Zulkifli

18

Cik Nor Maizura Ashikin bt Ibrahim

Pn. Norlaila bt Abd Ghani

19

Cik Shamzurawati (wakil KP Sivik & Kwg)

Pn. Asmah bt Abu Bakar

20

Pn. Jamidah bt Sandang

Pn. Biby Dayana bt Abdullah

21

Pn. Hjh. Mariam bt Ismail

Cik Zaiton bt Bakar

22

Pn Saadiah bt Mohamed

Pn. Suraine bt Muhmad Noordin

23

Pn. Rozitah bt. Hassan

Pn Umaimah bt Harith

24

Pn Noraini bt Nordin

10

Pn. Supinah bt Sopian (wakil KP Mat.)

25

Cik Zuridah bt Ahmad

11

Pn. Rohana

26

Pn. Nurain bt Ali

12

Pn. Mashitah bt Mohamed Tahir

27

Pn. Fong Ee Lin

13

Pn. Julaila bt Yahya

28

Pn. Saidatul Nadiah Shamsuddin

14

Pn. Zaleha bt M. Saufi

29

Pn. Sabrina bt Latib

15

Pn. Mah Yi Fun

30

Pn. Robitah Nordin

Setiausaha : Pn. Asmawati bt Razalli


Nama Yang Tidak Hadir (Bersebab):
1. Pn. Zuraida bt Ahmad Khulaimi
2. Pn. Latipah bt Ahmad Sudan
3. En. Ahmad Khusairi Mohd Salleh
4. Pn. Chan May Fye
5. Pn. Wong Nyook Ngor
6. En. Abdul Ridzuan b Abu Bakar
7. Pn Selambu Chelvi a/p Chelappan
8. Pn. Rozitah bt. Hassan
9. Pn. Yip Pei Yian
10. Pn. Mashidah bt Hj Abu Bakar
11. Pn. Suriani bt Noordin
12. Pn. Shashafarah Ibrahim
13. Pn. Saliza bt Othman

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli jawatankuasa ke mesyuarat kali kedua

sesi persekolahan tahun 2011.


1.2 Mesyuarat kali ini bertujuan untuk membincangkan strategi untuk mencapai sasaran tahun

2011 khususnya bagi tempoh separuh tahun yang pertama. Sasaran peperiksaan awam
2011 adalah sasaran yang "unrealistic". Namun begitu, tidak semestinya sasaran tersebut
tidak boleh dicapai. Untuk makluman, sehingga kini kedudukan SMK Raja Perempuan
masih di Band 3. Oleh itu, semua ahli jawatankuasa/semua pihak harus bekerja keras
untuk memastikan sasaran 2011 iaitu pencapaian sekolah di Band 2 tercapai.
Tindakan : Makluman
1.3 Semua Guru Kanan Mata Pelajaran dan Semua Ketua Panitia dikehendaki memberikan

perhatian dan mengambil tindakan sewajarnya dalam menguruskan panitia masing-masing,


khususnya bagi memastikan para pelajar lulus dengan cemerlang. Tiga perkara yang mesti
dilaksanakan :
1.3.1 Latihan yang berkualiti (konteks & konstruk)
1.3.2 Latihan yang berterusan
1.3.3 Semua Ketua Panitia mesti memotivasikan semua guru mata pelajaran dan
semua guru hendaklah memotivasikan pelajar. Motivasi yang berterusan boleh
menjadi penggerak yang luar biasa ke arah mencapai kecemerlangan.
Tindakan : Semua Guru Kanan, Semua
Ketua Panitia dan semua guru
1.4 Semua Ketua Panitia dikehendaki memastikan bahawa 50% daripada sasaran sebenar yang

telah ditetapkan dicapai pada setengah tahun pertama 2011 (Peperiksaan Pertengahan
Tahun).
Tindakan : Semua Ketua Panitia
2.0 Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu, Bil 1/2011

Cadangan : Pn. Asmah bt Abu Bakar


Sokongan : Pn. Fong Ee Lin
Tindakan : Makluman
3.0 Perkara-perkara Berbangkit
3.1 Merujuk Agenda 5.1.2 berkaitan pemilihan topik eksperimen untuk perbengkelan mata
pelajaran Sains Ketua Panitia Sains memaklumkan bahawa hasil Perbincangan Profesional
Panitia Sains pada 7 Jan. 2011 menetapkan topik-topik yang dipilih untuk sesi bengkel Sains
Tingkatan 3 ialah topik-topik Chapter 6 : Land and Its Resources dan Chapter 7 : Electricity.
3.2 Merujuk Agenda 5.2.2 berkaitan Minimum Adequate Syllabus(MAS) mata pelajaran

Matematik Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 Semua guru Matematik melaksanakan MAS


dengan memberi tumpuan dalam sub topik dan kemahiran yang lebih mudah dicapai oleh
pelajar kelas-kelas Dahlia, Euginia dan Jasmine.
3.3 Merujuk Agenda 5.3 berkaitan kaedah memudahkan pembelajaran Sejarah Guru Kanan
Kemanusiaan dan Ketua Panitia Sejarah memaklumkan bahawa Perbincangan Profesional

Panitia pada 14 Januari 2011 telah memutuskan bahawa dalam P & P, semua guru akan
memberikan penekanan kepada kata kunci dalam penggunaan peta minda dan nota poket. Modul
pengurusan grafik dan modul soalan khas juga akan digunakan.
3.4 Merujuk Agenda 14.1 berkaitan Program NILAM semasa WPK - Guru PSS dan Media
memaklumkan bahawa perancangan dan anggaran perbelanjaan program tersebut telah dibawa ke
pengetahuan Pengetua dan Penolong Kanan. Persetujuan telah diperolehi dan Guru PSS dengan
bantuan Ketua Panitia dipertanggungjawabkan untuk membuat pemilihan dan pembelian bukubuku tersebut. Pemprosesan buku akan dibuat pada pertengahan bulan Mac 2011. Pelaksanaan
program ini dimulai dengan Tingkatan 1 pada bulan April 2011.
3.5 Merujuk Agenda 14.2 berkaitan Majlis Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Sekolah - Majlis
Anugerah Tokoh NILAM peringkat sekolah akan diadakan serentak dengan pelancaran Hari Buku
Sedunia peringkat sekolah pada 25 April 2011.
Tindakan : Makluman
4.0 Analisis SPM 2010
4.1 Analisis SPM - Berdasarkan GPS, SMK Raja Perempuan di kedudukan ke-24 daripada

233 buah sekolah dengan GPS 3.92 berbanding 4.25 pada tahun 2009.
Tindakan : Makluman
4.2 Peratus lulus semua mata pelajaran SPM ialah 76.47%. Bilangan calon gemilang 9A ialah

1 orang pelajar (0.9%).


4.3 Analisis SPM mengikut mata pelajaran Sila rujuk Lampiran 1.

Tindakan : Makluman
5.0 Perancangan dan Persediaan untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011
5.1 Semua Ketua Panitia dikehendaki memastikan bahawa 50% daripada sasaran sebenar yang

telah ditetapkan dicapai pada setengah tahun pertama 2011 (Peperiksaan Pertengahan
Tahun).
6.0 Pelaporan Panitia/Status Pelaksanaan Program Panitia
6.1 Ketua Panitia melaporkan status pelaksanaan program panitia masing-masing.

Tindakan : Makluman
6.2 Antaranya, Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah mengadakan sesi

Perbincangan Profesional khusus berkaitan penandaan kertas/penyelarasan markah bagi


memastikan semua guru terutama guru-guru baru menguasai konstruk peperiksaan dan
skema pemarkahan.
Tindakan : Makluman
6.3 Panitia Sejarah menggunakan modul soalan khas dan lembaran grafik bagi memastikan

pelajar dapat mengingat fakta.


Tindakan : Makluman

6.4 Panitia-panitia Geografi dan Perdagangan menggunakan modul soalan dan soalan-soalan

tahun-tahun yang lepas dalam P & P.


Tindakan : Makluman
6.5 Bidang Sains :

Panitia Sains - mengadakan bengkel Ezi Science untuk pelajar-pelajar PMR pada 4hb dan
11hb April 2011.
Panitia Fizik - menggunakan Construct Base Teaching dengan penekanan kepada scoring
ruberic.
Panitia Kimia - memberi fokus kepada topik-topik mudah yang selalu keluar dalam
peperiksaan dan melatih pelajar teknik menjawab soalan.
Panitia Biologi - memperuntukkan 10 minit masa P & P dengan meminta pelajar-pelajar
lemah untuk menjawab soalan topik-topik tertentu dengan mengisi tempat kosong
berdasarkan petikan daripada buku teks.
Tindakan : Makluman
6.6 Panitia Matematik Tambahan di samping latihan, pelajar diberi motivasi untuk

meningkatkan keyakinan diri mereka.


Tindakan : Makluman
6.7 Panitia Ekonomi Asas menyediakan set-set soalan berbentuk struktur dan meminta

pelajar menghafal langkah/jalan kerja pengiraan.


Tindakan : Makluman
6.8 Panitia Kemahiran Hidup latih tubi topikal topik Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 yang sukar

dikuasai oleh pelajar.


Tindakan : Makluman
7.0 Tindakan Susulan
7.1 Pengerusi sekali lagi mengingatkan semua Ketua Panitia untuk memastikan semua guru

mata pelajaran sentiasa pada tahap cemerlang. Latihan yang diberikan kepada para pelajar
hendaklah berkualiti. Kekerapan latihan juga mesti dititikberatkan.
Tindakan : Makluman
7.2 Pengerusi mencadangkan konsep `kontrak dalam Self Acess Learning` dalam kalangan

pelajar sebagai suatu motivasi kepada mereka untuk memperbaiki diri dan pencapaian
akademik.
Tindakan : Makluman
7.3 Klinik dan bengkel mata pelajaran untuk subjek-subjek kritikal hendaklah beroperasi

secara berterusan. Dua kaedah boleh digunaka semasa klinik tersebut iaitu kaedah pelajarguru dan kaedah pelajar- task/bahan(dengan soalan diberikan sehari lebih awal).
Tindakan : Semua guru berkenaan
7.4 Pelajar sesi petang klinik mata pelajaran bagi mata pelajaran-mata pelajaran teras
dijalankan untuk pelajar-pelajar kritikal/lemah semasa WPK sehingga Peperiksaan
Pertengahan Tahun.
Tindakan : Penolong Kanan Petang dan semua guru berkenaan
4

8.0 Hal-hal lain


8.1 Graf prestasi pelajar Penolong Kanan Pentadbiran dan Setiausaha Peperiksaan diminta

memberi taklimat kepada para pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 untuk melakar graf
prestasi masing-masing.
Tindakan : Penolong Kanan Pentadbiran dan Setiasusaha Peperiksaan
9.0 Ucapan Penangguhan
9.1 Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli jawatankuasa ke

mesyuarat kali ini. Diharap semua guru mengambil tindakan


pemantauan isu-isu berkaitan P & P dan program panitia.

serta melaksanakan

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.45 petang


Disediakan oleh :

Disemak oleh

ASMAWATI BT RAZALLI

RUSNANI BINTI SHARUDDIN, AMN


Pengerusi JKKS/
Pengetua, SMK Raja Perempuan, Ipoh

Setiausaha JKKS

(Tanda tangan tidak diperlukan untuk cetakan komputer)

CERTIFIED TO ISO 9000:2008, CERT NO : AR 4501

Tarikh Keluaran
4 Jan 2010

No Keluaran
01

No Pindaan
00

You might also like