You are on page 1of 39

KECEDERAAN UMUM

DALAM SUKAN
Mohd Zul Husni Bin Che Husain 133529
Suhaimi Bin Hadi 133718
DISEDIAKAN OLEH:-
JENIS-JENIS KECEDERAAN
1. Keretakan atau patah
2. Terkehel
3. Kecederaan-kecederaan tisu lembut
KERETAKAN
Keretakan atau fraktur adalah pecahan
atau rekahan pada suatu tulang.
Tulang adalah struktur yang tidak rapuh
seperti kapur tetapi ia adalah keras dan
kuat.
Daya kekuatan(tekanan) mungkin datang
daripada titik tekanan menerusi badan dan
meretakkan mana-mana tulang dalam
badan.

TERKEHEL
Tulang yang tertanggal pada sendi boleh
berpunca daripada satu daya rentapan
yang kuat mengakibatkan tulang berada
dalam posisi tidak normal.
Koyakan yang berkaitan dengan ligamen
akan berlaku.
Sendi yang lazimnya terkehel ialah pada
bahu, ibu jari, jejari dan rahang.

KECEDERAAN-KECEDERAAN
TISU-TISU OTOT
Kecederaan-kecederaan ini memberi kesan
terhadap ligamen-ligamen dan otot.
Terseliuh merupakan satu kecederaan pada
ligamen atau pada sendi.
Berpunca daripada rentapan pada sendi yang
menyebabkan tisu-tisu sekeliling terkoyak.
Otot-otot dan tendon akan menjadi tegang dan
terkoyak oleh pergerakan yang tiba-tiba atau
yang kasar.
KECEDERAAN BAHAGIAN ATAS
BADAN
1. Keretakan tulang klavikel.
2. Bahu terkehel.
3. Siku terkehel.
4. Keretakan pangkal tulang radius.
5. Keretakan colles dan smith.
6. Keretakan dan terkehel tulang karpal.
7. Keretakan metakarpal.
8. Keretakan dan terkehel jari.
9. Ibu jari terseliuh.

KERETAKAN TULANG KLAVIKEL
Berlaku akibat perlanggaran secara terus
seperti dua pemain ragbi yang berlanggar.
Mekanisma kecederaan yang sering
berlaku adalah jatuh seperti gimnas yang
jatuh secara membahu.
Selalunya patah pada bahagian tengah
iaitu bahagian terlemah.
BAHU TERKEHEL
Berlaku akibat perlanggaran yang kuat dari
hadapan menyebabkan pangkal humerus
tertanggal daripada soket sendi bahu.
Mengakibatkan kesakitan yang tidak terhingga
yang menyebabkan sebarang pergerakan bahu
tidak terhingga.
Terdapat mangsa yang mengalami dislokasi
yang berulang sehingga satu pembedahan
pengukuhan terpaksa dilakukan.

SIKU TERKEHEL
Gimnas atau penggusti mengalami dislokasi
siku kerana sukan ini melibatkan sokongan
berat badan menggunakan tangan.
Mekanisma kecederaan adalah seperti
penggusti yang jatuh dengan tangan
menyokong keseluruhan berat badannya.
Mengakibatkan kesakitan yang tidak terhingga
yang menyebabkan sebarang pergerakan siku
tidak terhingga.

KERETAKAN PANGKAL TULANG
RADIUS
Berlaku apabila mangsa jatuh secara
tangan terhulur seperti semasa menaiki
basikal.
Walaupun siku tidak jatuh menghentam
tanah,tenaga dari tanah bergerak melalui
tangan dan lengan menyebabkan tulang
humerus menekan pangkal radius.
Menyebabkan kesakitan apabila
memutarkan lengan.
KERETAKAN COLLES DAN
SMITH
Keretakan colles berlaku apabila mangsa jatuh
dengan tapak tangan sambil pergelangan
tangan terhulur.
Keretakan smith berlaku apabila mangsa jatuh
dengan belakang tapak tangan sambil
pergelangan tangan membengkok.
Banyak berlaku kepada remaja dan kanak-
kanak seperti jatuh semasa meluncur kasut roda
kerana plat tumbesaran pada pergelangan
tangan belum matang sepenuhnya.

Keretakan colles
Keretakan smith
KERETAKAN DAN TERKEHEL
TULANG KARPAL
Berlaku apabila terjatuh sambil tangan
terhulur.
Bahagian yang mempunyai bekalan darah
yang terhad dan sembuh sangat lambat
sekiranya tidak dirawat dengan segera
dan teliti.
Bahagian tersebut akan membengkak dan
sakit. Gunakan ais untuk mengurangkan
kesakitan dan bengkak.



KERETAKAN METAKARPAL
Berlaku pada bahagian pangkal, hujung
dan tengah metakarpal bagi peninju
Keretakan berlaku akibat tumbukan yang
tidak tepat dengan penumbuk yang
tertutup.
Keretakan juga berlaku apabila terlebih
regang ke arah luar akibat jari yang
tertarik pada jersi lawan semasa bermain
bola keranjang.
KERETAKAN DAN TERKEHEL
JARI
Berlaku lebih kerap pada pemain bola
sepak dan gimnas.
Apabila atlet tersebut mendarat dengan
tangan dalam posisi kaku atau apabila
bola menghentam hujung jarinya.
Jari yang retak dan terkehel akan sakit
walaupun tidak digerakkan.

IBU JARI TERSELIUH
Selalunya berlaku pada penjaga gol.
Berlaku apabila atlet terlebih regang ke
arah luar apabila cuba menangkap
sesuatu objek.
Ibu jari akan membengkak dan mangsa
tidak dapat mencubit dengan tekanan
yang kuat.
KECEDERAAN BAHAGIAN
BAWAH BADAN
1. Kecederan otot hamstring.
2. Kecederaan ligamen lutut.
3. Patella terkehel.
4. Kecederaan tendon achilles.
5. Buku lali terseliuh.
6. Buku lali terkehel.
7. Keretakan tibia dan fibula.


KECEDERAN OTOT HAMSTRING
Atlet yang meregangkan lutut dan
membengkokkan pinggul juga boleh
mencederakan otot hamstring seperti berlari
dan melompat.
Semakin banyak otot hamstring yang terkoyak,
semakin sukar untuk membengkokkan kaki.
Letakkan ais untuk mengurangkan kesakitan
dan bengkak.
Dalam masa beberapa hari sahaja, kawasan
tersebut akan menjadi pucat.
KECEDERAAN LIGAMEN LUTUT
Berlaku akibat daya dari arah luar atau
dalam yang menyebabkan kaki bergerak
melebihi had normal pergerakan sehingga
mengoyakkan ligamen lutut.
Banyak berlaku pada pemain bola sepak
dan ragbi akibat diterjah atau terjatuh ke
atas tanah.
Pembedahan ligamen lutut diperlukan
bergantung kepada kerosakan ligamen.
PATELLA TERKEHEL
Berlaku akibat daya yang dikenakan pada
bahagian sisi sehingga menyebabkan lutut
terkehel atau dislokasi.
Akan kedengaran bunyi pop.
Akan mengalami kesakitan yang amat
sangat.
Tidak dapat membetulkan atau
memanjangkan kakinya.
KECEDERAAN TENDON
ACHILLES
Banyak berlaku pada atlet yang berusia 30
tahun ke atas.
Berlaku akibat lompatan seperti dalam
permainan bola keranjang.
Mangsa akan mendengar bunyi pop.
Jika tendon achilles terkoyak sepenuhnya,
pembedahan segera diperlukan.
BUKU LALI TERSELIUH
Majoritinya buku lali terseliuh ke arah
dalam dan berlaku pada pemain bola
keranjang.
Berlaku apabila buku lali bergerak
melebihi had normal pergerakan
menyebabkan ligamen terlebih regang dan
terkoyak sedikit.
Bengkak pada bahagian ligamen yang
terlebih regang tersebut.
BUKU LALI TERKEHEL
Banyak berlaku pada pemain bola sepak.
Berlaku akibat ligamen yang menyokong
buku lali telah koyak sepenuhnya.
Perlu dianduh dalam keadaan semasa
terkehel dan perlu dikejarkan segera bagi
mendapatkan kemudahan perubatan.
Letakkan ais pada buku lali yang terkehel
untuk mengawal pembengkakan,
kekejangan otot dan kesakitan.
KERETAKAN TIBIA DAN FIBULA
Berlaku akibat perlanggaran terus ke kaki
dan juga daya yang turut menyebabkan
buku lali terseliuh.
Jika daya dari arah belakang, maka
fibuloa yang akan alami keretakan.
Jika daya dari arah depan, maka tibia
yang akan alami keretakan.
Sakit apabila tapak kaki diketuk.

You might also like