You are on page 1of 15

1

KKC 3023
KAUNSELING KERJAYA
TUGASAN BERKUMPULAN : TEORI PERKEMBANGAN
KERJAYA GINZBERG
__________________________________________________________
HAZIQ AZREE BIN YAZID 20111047456
ZALIPAH BINTI IBRAHIM D20111047468
WEE POH HOON D20111047470
FASLINA BINTI ABDUL GHANI D20111047455
NURRULFATIN BINTI RUSLAND201110467467

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
AT04 : BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEMESTER 2, SESI 2012 / 2013
PENSYARAH : DR. BAZLAN BIN MUSTAFA
2



ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

1.0

PENGENALAN

2.0

LATAR BELAKANG TOKOH

3.0

KONSEP UTAMA TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA GINZBERG

4.0

KEKUATAN

5.0

KELEMAHAN

6.0

CADANGAN

7.0

KESIMPULAN

8.0

BIBLIOGRAFI







3

1.0 PENGENALAN
Dalam hidup ini setiap insan memerlukan sesuap nasi untuk hidup di dunia. Tidak kerana tua
ataupun muda, pasti mereka perlu memenuhi keperluan asas ini untuk terus hidup. Bagi
memastikan kelangsungan hidup, kerjaya merupakan suatu yang mustahak kerana ia merupakan
sumber pendapatan yang akan menentukan tahap sosioekonomi seseorang. Namun, sering
timbulpersoalan dalam diri mereka mengenai kerjaya yang akan mereka ceburi khususnya pada
peringkat remaja.
Menurut Piaget (1977) dalam Sidek Mohd Noah (2002), pada peringkat remaja, mereka
sudah mula merancang dan menyelesaikan masalah berdasarkan keupayaan mereka. Inhelder &
Piaget, (1958) dalam Sidek Mohd Noah (2002) menegaskan bahawa proses kemasukan
pekerjaan dan pemilihan pekerjaan boleh membantu remaja khususnya dari segi pemikiran untuk
lebih realistik. Walau bagaimanapun, berlaku konflik dalam diri apabila minat, nilai, personaliti
dan persekitaran bercanggah dalam diri. Disebabkan faktor-faktor inilah, teori kerjaya telah
mengkaji aspek-aspek yang mempengaruhi perkembangan remaja yang berkaitan dengan proses
pemilihan kerjaya seperti faktor minat, kebolehan dan juga nilai.
Terdapat pelbagai jenis teori perkembangan kerjaya yang dihasilkan setelah Frank Parson
menulis bukunya yang bertajuk Choosing Your Vocation. Kemudian muncul pula teori
perkembangan kerjaya yang di hasilkan Ginzberg bersama empat orang pakar daripada bidang
ekonomi, sosiologi dan psikologi. Menurut Ginzberg et al. (1971) teori ini menyatakan bahawa
proses membuat keputusan yang berkaitan dengan pemilihan kerjaya terbahagi kepada tiga
peringkat iaitu fantasi, percubaan dan realistik. Maka, dalam tugasan ini akan membincangkan
serta menganalisis mengenai teori perkembangan kerjaya Ginzberg. Perbincangan akan meliputi
latar belakang tokoh dan konsep utama teori. Kemudian akan dianalisis kekuatan dan kelemahan
yang terdapat dalam teori ini setelah dibandingkan dengan teori kerjaya yang lain. Ekoran dari
kelemahan yang wujud, maka akan dikongsikan beberapa buah fikiran untuk menambah baik
teori ini supaya sesuai diaplikasikan dalam dunia pekerjaan sebenar.


4

2.0 LATAR BELAKANG TOKOH


Rajah 1:Eli Ginzberg
Eli Ginzberg merupakan anak kepada Louis Ginzberg. Beliau dilahirkan di New York pada 30
April 1911. Ginzberg menerima A.B. pada 1931, A.M. pada 1932 dan Ph.D. pada 1934 daripada
Universiti Columbia. Ginzberg mula menjadi professor ekonomi pada 1935 di Universiti
Columbia. Beliau meninggal dunia pada hari Khamis, 12 Disember pada umur 91 tahun.
Ginzberg, Ginsburg, Axerald dan Hermas dalam bukunya Occupational Choice : An Approach
to a General Theory (1951) merupakan salah satu sumbangan terawal mereka yang penting
kepada teori ini.
Eli Ginzberg merupakan seorang ahli ekonomi, Sol Ginsburg pula seorang ahli psikiatri,
Sidney Axelrad ahli sosiologi dan John Herma merupakan seorang ahli psikologi. Kajian mereka
lebih banyak mengkhususkan mengenai proses pemilihan kerjaya dalam kalangan pelajar
(mainly of upper-middle-class). Kajian mereka juga terdiri daripada temu duga antara pelajar dan
melalui kajian literatur. Memandangkan kajian mereka khusus untuk remaja dan kanak-kanak,
mereka membahagikan kepada tiga peringkat dalam proses pemilihan.

5

Peringkat pertama iaitu peringkat fantasi ( lahir hingga 12tahun) melibatkan permainan
dan imaginasi dalam pemikiran mengenai kerja masa hadapan. Peringkat kedua ialah peringkat
tentatif, kanak-kanak ketika ini mula menggambarkannya secara terperinci, lebih cenderung
untuk memfokuskan kepada satu minat, kebolehan dan nilai. Peringkat ketiga ialah peringkat
realistik. Berlaku selepas umur 17 tahun dan melibatkan proses dalam menentukan pekerjaan
yang benar-benar mereka minat. Dengan mengikuti proses kanak-kanak melalui peringkat ini, ia
dapat membantu kaunselor berada dalam proses kesediaan untuk membantu remaja membuat
pemilihan kerjaya.
Secara umumnya, Ginzberg (1984) melihat proses memilih pekerjaan sebagai satu
langkah optimum, satu keperluan dan keinginan terhadap kekangan dan peluang yang terdapat
dalam persekitaran kerja. Pandangan ini menunjukkan keluasan model beliau walaupun
perbincangan hanya tertumpu kepada perkembangan minat, kebolehan dan nilai.












6

3.0 KONSEP UTAMA TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA GINZBERG
Menurut Ginzberg et. al dalam Weinrach (1979) dalam Sidek Mohd Noah (2002), rumusan
dalam teori perkembangan kerjaya yang dihasilkan oleh mereka mengandungi empat unsur
utama. Antaranya ialah pemilihan berlaku dalam jangka panjang melebihi 10 tahun, proses yang
tidak boleh berpatah balik, wujud kompromi antara minat, kebolehan, nilai dan peluang serta
peringkat-peringkat perkembangan kerjaya. Rujuk rajah 2 menunjukkan konsep-konsep utama
yang terdapat dalam teori Ginzberg.

Rajah 2: Konsep utama dalam teori Ginzberg
Konsep Utama
Pemilihan
melebihi 10
tahun
Tidak boleh
berpatah balik
Wujud
kompromi
Peringkat
perkembangan
kerjaya
Fantasi (6-11) Percubaan (11-18 )
Minat
Kebolehan
Nilai
Realistik (17-20)
Penjelajahan
Kebolehan
Ketentuan
7

Pemilihan kerjaya ialah satu proses perkembangan yang berlaku secara tipikal dalam satu jangka
masa melebihi 10 tahun. Menurut Super dalam Sidek Mohd Noah (2002), hal ini diambil dari
kenyataan yang dikeluarkan oleh The Prinsiples and Practice of Vocational Guidance yang
dikemukakan oleh The National Vocational Guidance Association. Dalam kenyataan ini telah
dijelaskan bahawa pemilihan pekerjaan merupakan satu proses yang mungkin memerlukan satu
jangka panjang. Hal ini bermakna perkembangan kerjaya hanya berlaku dalam tempoh tertentu
dan akan terhenti apabila sampai waktunya. Shetzer (1985) turut menyokong kenyataan ini
dengan mengatakan bahawa pemilihan kerjaya ialah proses memerlukan tahap minimum enam
atau tujuh tahun dan lazimnya memerlukan masa 10 tahun atau lebih.
Kedua, Ginzberg dalam Sidek Mohd Noah (2002) menyatakan bahawa proses
perkembangan ini tidak boleh berundur. Hal ini disokong oleh Super dengan menyatakan
bahawa pengalaman seseorang individu itu tidak dapat dilengkapkan kerana ia memerlukan
pelaburan seperti wang, masa dan ego juga kerana ego akan menghasilkan perubahan dalam diri
individu. Shertzer (1985), pula menegaskan bahawa disebabkan setiap keputusan dihubungkan
dengan pengalaman individu lebih daripada titik tersebut dan telah mempengaruhi masa hadapan
maka proses membuat keputusan menyebabkan ia tidak dapat berpatah balik.
Ketiga, Ginzberg menyatakan bahawa proses ini akan berakhir apabila wujudnya
kompromi antara minat, nilai, kebolehan, nilai dan juga peluang yang ada. Hal ini pernah
disuarakan oleh Frank Parson (1909), bahawa kaunseling kerjaya ialah satu proses membantu
individu mengenali dirinya sendiri, mengenali dunia pekerjaan, serta menyesuaikan diri dengan
peluang pekerjaan berpandukan minat, peluang dan kemampuan dirinya. Beliau menambah
bahawa ini adalah sebagai taakulan sebenar true reasoning. Proses ini akan berakhir apabila
individu berjaya memilih kerjaya yang bersesuaian dengan diri dan keperluan pekerjaannya. Hal
ini disokong oleh Ginzberg (1972) dalam John J. Liptak (2001):
People make decision with aim of optimizing satisfaction by finding the best possible fit
between their needs and desires and the opportunities and constraints in the world-of-
work
Hal ini jelas membuktikan bahawa Ginzberg menekankan kompromi supaya keperluan dan
kehendak berlaku secara seimbang agar kepuasan dapat dicapai secara maksimum.
8

Keempat, terdapat tiga peringkat perkembangan kerjaya iaitu peringkat fantasi,
percubaan dan realistik. Menurut Sidek Mohd Noah (2002) peringkat ini berlaku pada usia 6
hingga 11 tahun. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit percanggahan dengan Lee E. Isaacson
(1986), yang menyatakan peringkat fantasi biasanya meliputi usia 10 atau 12 tahun. Pada
peringkat pertama ini pemilihan kerjaya kanak-kanak adalah berorientasikan permainan dan
dipengaruhi oleh orang dewasa yang signifikan dalam hidupnya meskipun dia belum lagi
memahami realiti. Kesannya, kanak-kanak akan memilih pekerjaan seperti keluarganya.
Misalnya, jika ayahnya adalah polis dan dia dibesarkan di baret polis maka dia juga akan
berfantasi untuk menjadi polis apabila dewasa kelak. Namun, menurut Sharf (1997) kanak-kanak
agak berhati-hati kerana kemungkinan minat mereka akan berubah dan mereka mungkin akan
membuat pilihan yang lain. Walau bagaimanapun mereka tidak begitu jelas tentang alternatif dan
tidak begitu mengambil berat kerana mereka tahu bahawa terdapat banyak lagi masa untuk
membuat pilihan. Buktinya, dalam sampel daripada 478 pelajar lelaki dan 471 orang pelajar
perempuan sekolah rendah di Trice, Hughes, Odom, Woods dan McClelllan 1995menunjukkan
sokongan dalam idea Ginzberg bahawa minat adalah faktor utama dalam pemilihan dan
penolakan dalam kerjaya semasa zaman kanak-kanak.
Peringkat kedua, peringkat percubaan.Menurut Sidek Mohd Noah (2002), peringkat ini
biasanya berlaku pada usia 11 hingga 18 tahun. Pada peringkat ini dicirikan dengan individu
mula membuat pilihan kerjaya berdasarkan kepada apa yang diminatinya, kemudian mereka
mula berfikir sama ada kerjaya itu sesuai atau tidak dengan dirinya. Tambah, Lee E. Isaacson
(1986) tempoh percubaan bermula apabila kanak-kanak mula mengenal pasti bahawa terdapat
beberapa aktiviti yang menarik minat mereka. Kanak-kanak itu kemudiannya mengenal pasti
bahawa mereka lebih berupaya dalam melakukan beberapa aktiviti berbanding rakannya yang
lain. Kanak-kanak tersebut juga belajar lebih banyak nilai berbanding dengan rakannya yang
lain. Akhirnya kanak-kanak tersebut akan mula menyesuaikan idea daripada minat, kebolehan
dan nilai untuk diberikan tumpuan utama terhadap pemilihan kerjaya. Contohnya, dalam kelas
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) kanak-kanak yang menyertai acara lumba lari
mendapati mereka amat berbakat kerana sering menjadi johan dalam acara larian yang disertai.
Justeru, ia akan mempengaruhi minat kanak-kanak ini menjadi atlet kelak kerana ia merasakan
dia berbakat besar dalam sukan tersebut. Dalam hal ini, Sidek Mohd Noah (2002) telah
menyatakan bahawa pada peringkat umur tertentu akan menimbulkan beberapa peringkat yang
9

lebih khusus. Menurut beliau minat akan timbul sekitar usia 11 hingga 13 tahun,, kebolehan pada
usia 13 hingga 14 tahun, nilai pada usia 15 hingga 16 tahun dan peringkat peralihan dalam
lingkungan 17 tahun. Pada peringkat peralihan ini individu biasanya sudah bersedia ke arah
realiti dan membuat pemilihan kerjaya yang sesuai dengan cita-cita mereka.
Peringkat ketiga ialah peringkat realistik. Menurut Sidek Mohd Noah (2002), peringkat
ini berlaku antara umur 17 hingga 20 tahun.Pada peringkat ini individu mula mendapatkan
maklumat dan pengalaman-pengalaman yang dapat membantu mereka dalam membuat
pemilihan kerjaya. Tambah Zunker (1986), tempoh realistik terbahagi kepada tiga peringkat.
Peringkat pertama ialah tahap penerokaan (explore). Semasa peringkat ini individu telah
mengkhususkan pemilihan kerjaya kepada dua atau tiga kemungkinan. Namun, secara umumnya
mereka masih lagi dalam dilema dan tidak yakin dengan pilihan yang ada. Walau bagaimanapun,
tumpuan kerjaya lebih tertumpu pada beberapa jenis kerjaya. Peringkat kedua ialah peringkat
penghabluran (Crystallization). Pada peringkat ini komitmen terhadap sesuatu bidang kerjaya
telah diputuskan. Beberapa perubahan yang berlaku dalam peringkat ini disebut sebagai pseudo-
crystallization. Pada peringkat terakhir, iaitu peringkat pengkhususan (specification) apabila
individu telah memilih kerjaya atau profesion untuk dijadikan kerjaya khususnya.
4.0 KEKUATAN
Penghasilan pelbagai teori kerjaya telah memperlihatkan persaingan tokoh-tokoh dalam
menghasilkan teori yang terbaik dan menyeluruh dalam menjelaskan isu-isu kerjaya. Persaingan
ini telah menonjolkan kekuatan dalam sesuatu teori yang dihasilkan begitu juga dengan teori
Ginzberg.
Antara kekuatan yang terdapat dalam Teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg adalah teori
ini merupakan hasil usaha sama empat orang pakar. Menurut Ginzberg et. al (1951) teori ini
dihasilkan oleh pakar dalam bidang ekonomi, sosial, dan psikologikal iaitu Ginzberg, Ginzburg,
Axelrad dan Herma. Perkongsian idea ini merupakan satu usaha yang murni kerana ia
mengambil pendapat dari pelbagai sudut pandang yang mungkin tidak terfikir dalam pemikiran
ahli psikologi namun mungkin difikirkan oleh ahli sosial. Jika disingkap dalam kebanyakan teori
kerjaya yang dihasilkan, kebanyakannya hanya dihasilkan oleh seorang tokoh sahaja misalnya
10

teori tret and faktor oleh Parson. Kelebihan ini dilihat menjadikan teori Ginzberg lebih sesuai
digunakan oleh mereka dari latar belakang yang berbeza.
Kekuatan kedua, teori kerjaya Ginzberg ini adalah pelopor kepada aliran pendekatan
proses. Menurut Sidek Mohd Noah (2002), secara umumnya terdapat tiga aliran utama teori
kerjaya iaitu pendekatan struktur, pendekatan proses dan membuat keputusan kerjaya. Teori
Ginzberg tergolong dalam teori pendekatan proses yang terawal. Proses yang dimaksudkan ini
ialah apa yang dikatakan oleh Ginzberg sebagai tiga peringkat perkembangan kerjaya iaitu
peringkat percubaan, fantasi dan realistik. Ginzberg telah membuka lembaran baru dalam teori
perkembangan kerjaya kerana berjaya membawa satu idea baru iaitu kepentingan proses
pemilihan kerjaya selepas Parkson menghasilkan teori perkembangan kerjaya yang lebih
mengutamakan perbezaan individu dalam teorinya.
Ketiga, idea Ginzberg telah diguna pakai sebagai asas utama teori perkembangan kerjaya
Donald Super yang mempunyai ramai pengikut hingga hari ini. Proses perkembangan kerjaya
Ginzberg yang meliputi proses percubaan, fantasi dan realistik. Meskipun ia menerima banyak
kritikan khususnya oleh Super sendiri namun perlu diingat bahawa asas idea Super adalah dari
teori Ginzberg. Super mungkin bijak menginovasikan idea Ginzberg dengan mengubah kepada
lima peringkat perkembangan iaitu pertumbuhan, penerokaan, pengukuhan, pengekalan dan
penurunan namun tanpa idea Ginzberg mustahil Super akan berfikiran tentang konsep yang
dikemukakan. Kebanyakan konsep yang dikritik dalam teori ini juga sebenarnya hanya dibaiki
dan menjadikan ia lebih kompleks. Misalnya, Super hanya menambah beberapa aspek seperti
sosial, perkembangan dan juga psikologi. Asasnya, teori Super terhasil daripada keinginan
mengkritik teori Ginzberg yang dilihat mempunyai beberapa kelompongan yang akhirnya
menjadikan teori Super sebagai teori paling popular yang mewakili aliran pendekatan proses.





11

5.0 KELEMAHAN
Penghasilan pelbagai teori kerjaya telah membolehkan perbandingan dibuat bagi mengenal pasti
bukan sahaja kekuatan bahkan kelemahan yang ada. Kelemahan ini jelas jika ia dibandingkan
dengan teori-teori kerjaya yang lain. Antara kelemahan dalam teori Ginzberg ialah teori ini
menceritakan perkembangan kerjaya manusia hanya dalam tiga peringkat sahaja berbanding
Donald Super menerangkannya dalam lima peringkat. Malahan, teori Super adalah pengubahan
baru dari teori Ginzberg. Oleh itu, teori Ginzberg adalah tidak sebaik dan sedalam seperti teori
Super kerana ia menghimpunkan lebih banyak peringkat dan penjelasan yang lebih terperinci.
Kedua, menurut Super(1953) dalam buku John J.Liptak (2001), beliau mengatakan
bahawa Teori Ginzberg ini tidak melakukan kajian yang lebih mendalam dalam kajiannya yang
lepas, tidak menerangkan dengan mendalam tentang pemilihan kerjaya, tidak memperincikan
kompromi yang ditubuhkan serta tidak menyatakan perbezaan antara penyesuaian dan pemilihan
secara terperinci. Dengan kata yang lain, Teori Ginzberg ini tidaklah begitu lengkap dan perinci.
Menurut Super dalam buku Sidek Mohd Noah (2002), teori ini bukanlah hasil daripada satu
kajian yang menyeluruh. Pembentukannya hanya berdasarkan sedikit kajian dan kemudiannya
dibuat secara menyeluruh. Kajian juga dikatakan tidak mengikut kaedah penyelidikan yang
sebenarnya. Contohnya, dalam teorinya tiada ulasan-ulasan karya yang berasaskan pengalaman
atau data-data yang mencukupi. Secara asasnya teori lebih kepada berpandukan falsafah
Ginzberg sendiri dan bukannya berdasarkan kajian yang total dalam konsep-konsep yang
diutamakan.
Ketiga, ketidaktentuan dalam pendirian Ginzberg juga merupakan salah satu kelemahan
dalam Teori Ginzberg ini. Menurut Sidek Mohd Noah(2002), setelah beliau menerima begitu
banyak komen dan kritikan, Ginzberget. el (1972) telah membuat semakan kepada teori yang
telah dihasilkan. Melalui semakan ini, mereka telah membuat kenyataan baru iaitu proses
perkembangan kerjaya bukan berakhir ketika individu berumur 20 tahun,sebaliknya proses
perkembangan kerjaya merupakan satu proses yang berlaku sepanjang hayat individu. Hal ini
turut dikritik oleh Vernom G.Zunker (1998), yang mengatakan bahawa dalam kajian sebelum ini,
Ginzberg dan rakan-rakannya telah menyatakan bahawa proses perkembangan pemilihan kerjaya
adalah tidak boleh berpatah balik kerana keadaan psikologi pada masa mereka membuat pilihan
tersebut adalah berbeza. Walau bagaimanapun, mereka telah menafikan kenyataan tersebut dan
12

Ginzberg(1972) telah mengemukakan kenyataan baru bahawa pentingnya pemilihan pada waktu
awal dalam pemilihan kerjaya sebagai helah belah diri atas kenyataan yang dibuat.
Keempat, dalam Teori Ginzberg hanya menceritakan tentang tiga peringkat dan ia hanya
sampai kepada umur 20 tahun sahaja. Menurut Ginzberget. al(1951) dalam Nadene Peterson dan
Roberto Cortez Gonzalez(2005), tiga peringkat teori Ginzberg adalah terdiri daripada peringkat
fantasi dari lahir sehinggalah umur 11 tahun, peringkat kedua adalah peringkat percubaan dari
umur 11 hingga 17 dan peringkat terakhir ialah peringkat realistik iaitu dari umur 17 tahun
sehinggalah 20 tahun. Teori Ginzberg menjelaskan kerjaya seseorang telahpun berakhir pada
peringkat ini namun hakikatnya, perkembangan kerjaya masih lagi berkembang malahan ada
individu yang masih lagi tidak tetap dengan kerjayanya kerana masih lagi berubah-ubah
walaupun umurnya telahpun mencecah 40 tahun. Manakala jika dibandingkan dengan teori
Super pula, terdapat lima peringkat perkembangan kerjaya. MenurutVernom G.Zunker(1998),
lima peringkat teori Super adalah terdiri daripada kristalisasi pada umur 14 hingga 18 tahun,
pengkhususan dari umur 18 hingga 21 tahun, pelaksanaan dari umur 21 hingga 24 tahun,
kestabilan dari umur 24 hingga 35 tahun, dan pengukuhan adalah antara umur 45 hingga 64
tahun. Perbezaan peringkat perkembangan ini sahaja jelas menunjukkan bahawa teori Super jauh
lebih menyeluruh dan sesuai digunanya pakai kerana ia berlaku sepanjang kehidupan.
Kelima, salah satu kelemahan tentang teori Ginzberg yang diperkatakan oleh Super
dalam buku Sidek Mohd Noah(2002) adalah tentang pemilihan dan penyesuaian. Dalam
peringkat perkembangan, apabila individu telah melakukan pemilihan, individu masih lagi perlu
membuat penyesuaian. Elemen-elemen penyesuaian tidak banyak diperkatakan oleh Ginzberg.
Ginzberg hanya memperkatakan tentang pemilihan tetapi pada hakikatnya, ianya adalah
penyesuaian. Keenam, Sidek Mohd Noah (2002) juga mengatakan bahawa pilihan menurut
pandangan teori Ginzberg ini adalah tidak demokratik. Maksud tidak demokratik ini adalah
bermaksud pemilihan yang ada hanyalah terhad kepada golongan yang majoriti atau yang paling
banyak sahaja, manakala bagi kumpulan yang minoriti ianya kurang sesuai. Ketujuh, menurut
Sidek Mohd Noah(2002) juga, beliau mengatakan bahawa teori Ginzberg ini tiada ulasan lanjut
sekiranya pemilihan individu tidak serasi iaitu wujud ketidakserasian antara apa-apa yang
dikehendaki dengan apa yang dimilikinya. Dalam hal ini, Ginzberg tidak menerangkan konsep
kompromi yang mesti ada untuk menyeimbangkan pilihan kerjaya seseorang individu. Hal ini
13

memperlihatkan teori ini seolah-olah kehidupan itu statik sedangkan hidup ini ada pasang
surutnya.
Sebagai kesimpulannya, melalui perbincangan yang terdapat di atas, dapatlah dirumuskan
bahawa teori Ginzberg ini mempunyai pelbagai kelemahan. Walau bagaimanapun, setiap teori
pasti ada kelebihan dan kelemahannya. Oleh itu, kaunselor haruslah menggunakan pelbagai teori
kerjaya dalam membantu klien agar keputusan yang dibuat dapat memberikan manfaat
sepenuhnya pada mereka kelak.
6.0 CADANGAN
Dalam mengkaji dan menganalisis teori Ginzberg, terdapat pelbagai kelemahan yang ada jika
dibandingkan dengan teori yang lain. Maka, tidak hairanlah menurut Sidek Mohd Noah (2002),
bahawa teori Psikoanalitik Bordin dan teori perkembangan kerjaya Ginzberg antara yang paling
kurang mendapat sambutan. Justeru, beberapa cadangan diusulkan bagi mengukuhkan lagi teori
ini agar lebih lengkap dan menyeluruh.
Antara aspek ketara yang perlu diperbaiki ialah Ginzberg ialah pada peringkat
perkembangan yang merupakan konsep yang banyak dipersoalkan. Ginzberg et. al (1972) dalam
Sidek Mohd Noah (2002) telah mengubah bahawa proses perkembangan kerjaya berlaku
sepanjang hidup. Ini menunjukkan teori ini tidak tetap pendiriannya kerana sering berubah.
Maka, disarankan agar Ginzberg membuat kajian yang teliti sebelum mengemukakan peringkat
yang bersesuaian. Kajian hendaklah melibatkan pelbagai peringkat usia bagi mengenal pasti
sejauh mana ketepatan tempoh masa yang dikemukakan dengan perkembangan manusia.
Misalnya, Super menyatakan peringkat kelima ialah peringkat penurunan sekitar usia 65 tahun
ke atas. Ia merupakan peringkat yang logik dan sesuai tanpa mengira usia kerana kebanyakan
mereka yang pada usia ini mengalami kemerosotan dalam kesihatan, kudrat diri dan kemampuan
untuk berfikir dengan waras. Ginzberg harus mengemukakan bukti dengan kajian-kajian saintifik
seperti Super untuk mengukuhkan hujahnya agar teori ini bukan hasil falsafah beliau semata-
mata.
Aspek kedua disarankan agar Ginzberg memberi satu tempoh sebagai penyesuaian.
Peringkat ini mungkin boleh ditambah selepas peringkat realistik. Peringkat penyesuaian adalah
peringkat di mana individu cuba untuk menyerap kerjaya yang telah diceburinya. Peringkat ini
14

adalah bertujuan untuk menguji sejauh mana minat, nilai dan personaliti seseorang bersesuaian
dengan bidang kerja yang diceburi. Tempoh ini lebih mudah dikenali sebagai tempoh percubaan
bagi individu sebelum kekal dalam kerjaya yang diceburinya. Misalnya, seseorang yang berjaya
masuk ke dalam dunia kedoktoran dan selama ini mempunyai tahap intelek yang sesuai dengan
bidang ini. Namun, ketika berada di hospital dia belum tentu mampu untuk menerima seting
kerja berbau ubat, melayan kerenah pesakit dan perlu on call 24 jam. Pada peringkat inilah
mungkin seseorang perlu menukar pekerjaannya sebelum terlewat kerana ia akan mengurangkan
kepuasan dan keseronokan dalam bekerja. Tempoh penyesuaian ini mungkin sesuai antara usia
20 hingga 30 kerana sekitar usia 40 tahun sepatutnya seseorang telah perlu mencapai kestabilan
kendiri dan pada usia tersebut juga sukar untuk menukar pekerjaan.

7.0 KESIMPULAN
Teori perkembangan kerjaya Ginzberg merupakan suatu teori kerjaya yang beraliran proses
perkembangan. Ginzberg telah membuka lembaran baru dalam teori perkembangan kerjaya
kerana berjaya membawa satu idea baru iaitu kepentingan proses pemilihan kerjaya selepas
Parkson menghasilkan teori perkembangan kerjaya yang pertama. Walau bagaimanapun,
terdapat pelbagai kelemahan dalam teori ini kerana konsep-konsep utama yang dihasilkan lebih
bercorak falsafah serta kurang kajian yang mendalam. Namun, secara keseluruhannya teori ini
masih lagi relevan digunakan dalam pemilihan kerjaya kerana ia telah merintis ke arah
penghasilan teori perkembangan kerjaya Super yang mempunyai pengikut yang ramai hingga
hari ini.






15

6.0 BIBLIOGRAFI
Bruce Shertzer (1985). Career planning: Freedom to choose. Dallas Geneva, Illinois: Houghton
Mifflin Company
Colombia News (2002). Eli Ginzberg, Professor, Presidential Adviser and Director of Revson
Fellows Program, Dies at 91. Diperoleh pada Mac 1, 2013 daripada
http://www.columbia.edu/cu/news/02/12/eliGinzberg.html
Isaacson, Lee E (1986). Career information in counselling and career development. Wells
Avenue, Newton, Massachusets: Allyn and Bacon
John J. Liptak (2001). Treatment planning in career counseling. Belmont, California:
Wadsworth. Brooks/Cole
Nadene Peterson dan Roberto Cortez Gonzalez (2005). The role of work in peoples lives:
applied career counseling and vocational psychology. Belmont, California: Thomson
Brooks/Cole
Richard S. Sharf (1997). Applying career development theory to counseling. Pacific Grove,
California: Brooks/Cole Publishing Company
Sidek Mohd Noah (2002). Perkembangan kerjaya; Teori dan praktis. Serdang, Selangor Darul
Ehsan: Penerbit Universiti Putra Malaysia
Vernon G. Zunker (1986). Career counseling: applied concepts of life planning. Monterey,
California: Brooks/Cole Publishing Company
Vernon G. Zunker (1998). Career counseling: applied concepts of life planning.; Pacific Grove,
California: Brooks/Cole Publishing Company
Wikipedia (2011). Eli Ginzberg. Diperoleh pada Mac 1, 2013 daripada
http://en.wikipedia.org/wiki/Eli_Ginzberg

You might also like