You are on page 1of 28

1

Isi Kandungan

1.1 Pengenalan ................................................................................................... 3
1.2 Asal Usul Kaum Cina di Malaysia .............................................................. 3
1.3 Pakaian ........................................................................................................ 4
1.4 Makanan ...................................................................................................... 5
1.5 Perkahwinan ................................................................................................ 8
1.5.1 Merisik ............................................................................................... 8
1.5.2 Meminang .......................................................................................... 8
1.5.3 Bertunang .......................................................................................... 9
1.5.4 Majlis Perkahwinan .........................................................................10
1.6 Kelahiran ...................................................................................................12
1.6.1 Sewaktu Mengandung ...................................................................12
1.6.1.1 Pantang Larang ...................................................................12
1.6.2 Selepas Lahir .................................................................................13
1.6.2.1 Berpantang ..........................................................................13
1.6.2.2 Kenduri ...............................................................................14
1.6.2.3 Mencukur Rambut ..............................................................14
1.6.2.4 Memberi Nama ...................................................................14
1.7 Kematian....................................................................................................15
1.8 Warna Merah dalam Kehidupan Masyarakat Cina ...................................16
2

1.8.1 Warna Tuah ...................................................................................16
1.8.2 Sambutan Tahun Baru Cina ..........................................................16
1.8.3 Angpau...........................................................................................17
1.8.4 Perkahwinan ..................................................................................18
1.8.5 Kematian ........................................................................................18
1.8.6 Keteguhan dan Keberanian ............................................................18
1.9 Perayaan Masyarakat Cina ........................................................................19
1.9.1 Sambutan Tahun Baru Cina ............................................................21
1.9.2 Chap Goh Meng ..............................................................................23
1.9.3 Kuih Bulan .......................................................................................24
1.9.4 Cheng Beng .....................................................................................26
1.10 Kesimpulan..............................................................................................28



3

1.1 Pengenalan
Budaya atau kebudayaan adalah suatu cara hidup yang berkemabang dan dimiliki
bersama oleh sebuah kelompok orang dan diwarisikan dari generasi ke generasi. Budaya
terbentuk dari banyak unsur yang rumit, termasuk sistem agama dan politik, adat istiadat,
bahasa, perkakas, pakaian, bangunan, dan karya seni. Bahasa, sebagaimana juga budaya,
merupakan sebahagian dari diri manusia yang tidak dapat dipisahkan sehingga banyak orang
cenderung menganggapnya diwariskan secara genetis. Ketika seseorang berusaha
berkomunikasi dengan orang-orang yang berbeza budaya dan menyesuaikan perbezaannya,
membuktikan bahawa budaya itu dipelajari.
Budaya adalah suatu pola hidup menyeluruh. Ia bersifat kompleks, abstrak, dan luas.
Banyak aspek budaya turut menentukan perilaku berkomunikasi. Unsur-unsur sosio-budaya
ini tersebar dan meliputi banyak kegiatan sosial manusia.
Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat. Menurut Melville J.
Herskovits dan Bronislaw Malinowksi, segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah
masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki
masyarakat itu sendiri. Fahaman ini dikenali di kalangan ahli antropologi (kajian manusia)
sebagai fahaman determinisme (atau penentuan) budaya. Herskovits seterusnya memandang
budaya sebagai sesuatu yag diperturunkan daripada satu gnerasi ke generasi seterusnya dan
konsep ini disebut sebagai organik lampau (superorganik).
Daripada kesemua pengertian ini, kebudayaan bolehlah disimpulkan sebagai
keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan
kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu
kelompok masyarakat.
1.2 Asal Usul Kaum Cina di Malaysia
Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagai
pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Sebilangan besar kaum Cina
di Malaysia berasal dari dua wilayah di negeri China iaitu Hokkien dan Kwangtung.
Mereka dating ke Kepulauan Melayu, juga ke tempat lain di Asia Tenggara, dengan
4

percubaan untuk mencari rezeki. Kehadiran mereka ini membawa bersama bukan sahaja
barangan dagangan untuk tukaran, tetapi juga adat resam, budaya dan corak pakaian
tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan.
1.3 Pakaian
Busana klasik kaum Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman
benang emas dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran
masa dan kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai
di dalam majlis dan upacara. Kebanyakannya masih dihasilkan dari negeri China
menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragamhias benang
emas dan perak.
Pakaian cheongsam atau baju panjang yang selesa dan anggun juga sering dilihat
hingga ke hari ini. Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di
bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain.
Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut.
Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan
pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari cheongsam. Ia digemari oleh wanita-
wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo
diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus. Samfoo turut
dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo
yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah
di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju
Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian
tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.




5

















1.4 Makanan
Budaya makanan masyarakat Cina keistimewaan yang tersendiri. Bahan utama dalam
menu masyarakat Cina ialah bahan soya yang terdiri daripada tahu, taucu, dan kicap soya
serta lain-lain. Bahan ini kemudian akan diolah bersama rempah yang digunakan oleh kaum
Melayu seperti kayu manis, daun ketumbar, dan sebagainya.
Kuih bulan merupakan makanan tradisi kaum Cina. Sejarah kuih ini bermula selepas
orang-orang Cina menumpaskan penjajahan Moghul pada akhir Dinasti Yang. Pada perayaan
6

kuih bulan, makanan tradisinya adalah kuih bulan itu sendiri. Mereka berarak sempena
perayaan ini dengan membawa sekali tanglung. Terdapat juga tradisi yang menyatakan kuih
bulan ini diberi kepada Dewa Dapur bagi memastikan Dewa Dapur tidak dapat
menyampaikan berita buruk kepada Maharaja Syurga kerana tidak dapat membuka mulut
akibat memakan kuih bulan. Oleh itu, kuih bulan ini penting bagi kaum Cina.






Dalam hidangan budaya Cina biasanya terdiri daripada dua atau lebih komponen
utama iaitu satu sumber utama biasanya nasi dan disertai dengan hidangan sayur-sayuran,
ikan, dan daging. Antara makanan Cina yang terkenal ialah Yusheng di mana ia merupakan
satu adat resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan Singapura yang mana saudara-mara
berkumpul di keliling meja lalu melambung cebisan ramuan ke udara dengan penyepit
apabila disuruh, sambil melaungkan ucapan untuk menandakan bermulanya tahun yang
makmur.
Selain Yusheng, Jiaozi juga dimakan ketika menyambut Tahun Baru Cina. Jiaozi
ialah sejenis makanan yang sangat popular bagi kaum Cina, khususnya orang Cina utara.
Sejak lebih 1800 tahun dahulu, orang Cina sudah mula memakan Jiaozi. Ia merupakan
makanan tradisional masyarakat Cina. Di negeri China, ada satu ungkapan yang terkenal,
iaitu "Jiaozi ialah makanan paling sedap". Pada pandangan orang Cina, Jiaozi mempunyai
kaitan yang erat dengan perkumpulan. Pada masa dahulu, apabila orang Cina berkumpul,
mereka akan makan, dan Jiaozi merupakan makanan utama. Pada tengah malam sebelum
masuknya Tahun Baru mengikut kalendar Cina, memakan Jiaozi menandakan satu tahun
sudah pun berlalu dan tahun baru menjelang tiba. Oleh sebab bentuknya seperti "Yuanbao",
7

sejenis wang emas atau perak pada zaman dahulu, maka memakan Jiaozi juga
melambangkan "duit datang". Satu sebab yang lain memakannya ialah Jiaozi mempunyai
inti. Maka orang Cina suka mengisi pelbagai jenis inti ke dalam Jiaozi dengan harapan
semoga semuanya bertuah pada tahun baru yang akan tiba itu.
Pada masa dahulu, taraf hidup rakyat masih kurang tinggi. Maka, memakan Jiaozi
amat membahagiakan mereka. Sekarang, dengan meningkatnya taraf hidup rakyat, Jiaozi
telah menjadi makanan biasa sahaja.






Buatan Jiaozi terdiri daripada kulitnya yang diperbuat daripada tepung gandum dan
intinya daripada pelbagai jenis bahan, termasuk daging, sayur-sayuran, hasil laut dan lain-
lain. Oleh sebab Jiaozi mempunyai kulit, ketika direbus, wangi intinya tidak akan hilang.
Suhu air untuk merebus Jiaozi juga lebih rendah daripada suhu untuk memasak lauk lain.
Oleh itu, pelbagai rasa yang terdapat dalam inti Jiaozi tidak akan berkurang. Jadi, Jiaozi
memang sangat sedap dimakan.
Memasak Jiaozi ada pelbagai cara. Jiaozi boleh dikukus, atau digoreng, manakala
direbus merupakan cara yang paling popular. Orang Cina suka makan Jiaozi yang dicelup
sedikit cuka atau kicap yang dicampur dengan sedikit minyak bijan. Rasanya menjadi lebih
sedap. Ada juga yang mencampurkan sedikit cili atau gula ke dalam sos tersebut, bergantung
kepada selera masing-masing. Jiaozi telah menjadi sebahagian yang penting dalam budaya
makanan Cina untuk membawa kegembiraan kepada orang ramai.
8

1.5 Perkahwinan
Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa
perubahan besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi
keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi
kepada generasi yang lain. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan
diatur sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa
mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan
oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang
tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan
diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Pada asasnya adat resam
perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan
majlis perkahwinan.
1.5.1 Merisik
Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati.
Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi, watak
dan tingkah laku si gadis. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang
berkekalan. Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa
pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si
gadis. Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar mengadakan perbincangan tersebut di
restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain. Tradisi makan bersama ini amat
penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat mengeratkan perhubungan di antara
kedua belah keluarga. Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan perkara-perkara
umum terutama tentang latar belakang keluarga dan asal keturunan.

1.5.2 Meminang
Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-
masing adat meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke
rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu
pengantin pengantin perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan
9

jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang
paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan
menjatuhkan maruah. Segala ketetapan yang telah dipersetujui, diberitahu kepada
kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya
untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan.. Setelah kedua-dua
pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang
dijalankan.
1.5.3 Bertunang
Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah
bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik
digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu
Toong-Su. Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai
akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan menghalami kegagalan. Pada masa inilah
bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan.
Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan . cincin disarung di
jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hari perkahwinan. Bagi
membukitkan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah
atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati
daripada tukang tilik. Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki akan mengadakan
persediaan. Nyen-sang kepunyaan si gadis pula akan diberi kepada tukang tilik
bersama-sama maklumat yang sama tentang dirinya. Tukang tilik akan menghitung hari
dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas
merah yang dinamakan nyik-kor. Ketika menentukan hari yang sesuai, tukang tilik
membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua pasangan. Setelah mendapat
tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua keping nyik-kor dan
diberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin. Nyik-kor tersebut
mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal
pengantin merangkumi adat-adat tertentu.
10

Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin
perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di
Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Di antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas,
sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan
barang hantaran yang cukup kepada pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai
akan diberi. Beserta dengan penghantaran mas kahwin, keluarga pengantin perempuan
diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat dengan pengantin perempuan.
Dalam masyarkat Cina, semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin tinggi
martabat dan kedudukan pihak lelaki.
1.5.4 Majlis Perkahwinan
Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut
tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan
sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu
mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Adalah tidak
manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada
hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah. Masyarakat
Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain
sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai
aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning. Adalah
dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut
melambangkan kematian dan kesedihan.






11

Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan
dan pada masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali
pertama. Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan
pengantin akan didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu.
Selepas acara bersanding, pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga
masing-masing. Pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya
kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga kedua pengantin akan
meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing. Dalam masyarakat Cina juga,
upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi
masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan
penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di
samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini
pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak
lelaki. Walau bagaimanapun adat bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang
diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini.
Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam
iaitu jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di
rumah, dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau
sebagai hadiah kepada pasangan pengantin. Pada masa yang sama kedua pengantin
akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak.
Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua
pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.
Pada hari ini masyarakat Cina kurang mengamalkan adat perkahwinan secara
tradisi sebaliknya menjalankan perkahwinan secara sivil iaitu dengan mendaftarkan
perkahwinan di gereja, terutamanya di kalangan mereka yang beragama Kristian.




12

1.6 Kelahiran
Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina
dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas lahir.

1.6.1 Sewaktu Mengandung
Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita
masyarakat Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi
yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau
kematian. Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan
kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka. Dalam
masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan
bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana
anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek
moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja
dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.
1.6.1.1 Pantang Larang
Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa
mengandung dan diantaranya ialah tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja
seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan.
Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan
kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi
dari terkena badi. Mereka juga digalakkan bekerja supaya mudah bersalin.
Sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan tidak
mengalami sebarang gangguan. Memberi nama kepada bayi yang belum lahir
semasa mengandung juga adalah antara pantang larang dalam masyarakat
Cina. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak
tercapai. Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap
menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat
13

yang manja. Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama
sekali makan makanan yang tajam seperti nenas dan mangga serta tidak
digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan
membuatkan ibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukan samada kandungan
itu lelaki atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita
yang hamil, terutama apabila kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika
perut ibu agak bulat, bayi yang dikandung adalah perempuan dan sebaliknya
lelaki jika perut kelihatan tajam.

1.6.2 Selepas Lahir
Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi.

1.6.2.1 Berpantang
Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang
selama empat puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana
dibimbangi masuk angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit
dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi
dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam
ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan
menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang
tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang baru lahir
selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan
mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan
yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada
satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata.
Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang
dibuat daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut
dimasukkan bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng.
14

Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada
badan wanita yang bersalin disamping menguatkan semula tenaga.

1.6.2.2 Kenduri
Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan
kenduri iaitu apabila bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk
bulat berwarna merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur
yang diwarnai merah kemudiannya diberikan kepada saudara-mara yang
terdekat. Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan membalasnya dengan
membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu.

1.6.2.3 Mencukur Rambut
Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat
mencukur rambut Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut
bayi yang dilahirkan adalah rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa
dalam kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi rambut baru. Adat ini
sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.

1.6.2.4 Memberi Nama
Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama
keluarga. Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik
dan sanak-saudara. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri
sendiri. Sistem nama yang baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan
Yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina. Terdapat lima aspek
penting yang perlu diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir.
Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti
lambang kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan. Bunyi nama mestilah sedap
didengar. Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka
15

yang terhasil tidak bertentangan dan seelok-eloknya sepadan. Nama yang
diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat.
Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta
saling melengkapi.
Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara
seimbang yang mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan
nama yang baik juga akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, samada
akan ditimpa kecelakaan atau mendapat kesejahteraan.
Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi
kadangkala menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya
bagi mereka yang masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada
kitab-kitab tertentu.

1.7 Kematian
Kematian ibu bapa dalam masyarakat Cina adalah upacara yang amat berharga dan
mahal kosnya yang terpaksa ditanggung oleh anak-anak. Keranda yang baik, tanah kuburan
yang baik dan pakaian kematian yang bagus pastinya memerlukan belanja besar. Bagi
masyarakat Cina, inilah hadiah terbaik seorang anak kepada ibu bapanya. Jika si anak tidak
mampu, masyarakat sekeliling pasti akan membantu. Anak lelaki yang tua memainkan
peranan utama memastikan upacara mandi, memberi makan, kafan dan bertanggungjawab
memasukkan mayat ke dalam keranda seperti yang dinasihatkan oleh seorang tukang tilik.
Keranda tersebut akan dijaga sehingga beberapa hari tertentu untuk lawatan dan sembahyang,
seterusnya akan dikebumikan pada satu hari yang ganjil.
Dalam masyarakat Cina, upacara pengkebumian adalah acara yang amat meriah
yang dipenuhi dengan peraturan dan adat tertentu. Selepas pengkebumian mayat, akan
diadakan pelbagai upacara lain terutama adat pembakaran colok dan alatan yang diperbuat
daripada kertas sebagai bekalan hidup si mati di alam akhirat. Upacara ini biasanya akan
diketuai oleh Sami yang diamanahkan oleh keluarga si mati. Oleh kerana adat kematian ini
16

dianggap terlalu penting dalam masyarakat Cina, banyak kepercayaan dan pantang larang
mesti diperhatikan dan dipatuhi apabila berlaku sesuatu kematian.

1.8 Warna Merah dalam Kehidupan Masyarakat Cina
Warna merah atau warna hong (dalam bahasa Cina) adalah warna pilihan utama
masyarakat Cina. Pemakaian warna tersebut telah diamalkan sejak turun temurun lagi. Tidak
ada warna lain yang menjadi pilihan utama , hanya warna merah. Bukan sekadar itu, warna
merah sendiri sebenarnya mempunyai makna yang tersendiri bagi masyarakat Cina. Warna
merah menggambarkan keadaan yang terang dan ceria telah menjadi lambang kegembiraan
dan menjanjikan sinar kecerahan dalam kehidupan.
Warna merah itu dipanggil hong dalam bahasa Cina dan bunyinya kedengaran
seperti ong atau bertuah. Maka, masyarakat Cina percaya warna ini akan membawa tuah jika
dipakai pada hari pertama Tahun Baru Cina dan majlis perayaan yang lain. Mereka percaya
dengan pemakaian warna ini akan dilimpahi tuah sepanjang tahun.

1.8.1 Warna Tuah
Mereka percaya warna merah membawa tuah dan kecemerlangan dalam hidup
mereka. Nasib mereka akan ditimpa malang sekiranya memakai pakaian yang berwarna
hitam dan warna-warna yang gelap. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan
kelabu dalam majlis-majlis perayaan kerana dipercayai warna-warna tersebut
melambangkan kematian dan kesedihan.

1.8.2 Sambutan Tahun Baru Cina
Hiasan tanglung berwarna merah yang pelbagai saiz dan bentuk sering
memenuhi kawasan kediaman masyarakat Cina. Ini menunjukkan perayaan itu akan
disambut dengan cukup meriah. Hiasan dalaman rumah dan tanglung-tanglung serta
birai pintu rumah juga akan diwarnai dengan warna merah bagi menyambut ketibaan
17

tetamu. Hiasan bunga-bunga juga berona merah mewujudkan semangat keceriaan yang
padu dan harmoni.
Pada zaman dahulu orang-orang tua masyarakat Cina sering berpesan agar
orang-orang kampung menggantungkan kertas berwarna merah di pintu-pintu dan
tingkap-tingkap rumah mereka pada setiap waktu menjelangnya tahun baru. Ini kerana
dikhuatiri binatang bernama Nian (raksaksa) akan mengganas di kawasan rumah
mereka. Warna merah sangat ditakuti oleh Nian, dan mampu menghalau raksaksa
tersebut.

1.8.3 Angpau
Antara sebab mengapa Tahun Baru Cina dinanti-nantikan oleh kanak-kanak
ialah pemberian 'angpau' atau sampul merah yang berisi duit. Bagi yang belum
berkahwin, mereka layak untuk menerima angpau. Pada perayaan Tahun Baru Cina,
angpau biasanya diberi oleh yang sudah berkahwin kepada yang belum berkahwin.
Sesiapa yang belum berkahwin layak menerimanya tanpa mengira usia.






Pemberian angpau oleh masyarakat Cina merupakan tradisi utama mereka
dan sering diberikan dalam majlis sosial dan keluarga seperti jamuan perkahwinan
Cina atau ketika perayaan seperti Tahun Baru Cina.
Warna merah sampul ini melambangkan tuah. Jumlah wang yang terkandung
dalamnya lazimnya dikehendaki bermula dengan angka genap kerana angka ganjil
18

dikaitkan dengan wang yang diberi ketika majlis pengebumian . Jumlah wang yang
diberi pada majlis perkahwinan biasanya adalah untuk menampung perbelanjaan
hadirin serta membantu pasangan pengantin baru.

1.8.4 Perkahwinan
Warna merah dalam kalangan masyarakat Cina bererti tanda baik dan
gembira. Oleh kerana itu, sekiranya tetamu memberi hadiah eloklah dibungkus atau
dibalut dengan kertas berwarna merah. Kebiasaannya warna merah dipilih bagi
menggambarkan nasib yang baik. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, lilin
berwarna merah yang diukir menyerupai naga dan burung pheonix digunakan pada hari
perkahwinan adalah untuk melambangkan penyatuan terhadap keluarga baru. Menurut
kepercayaan masyarakat Cina, lilin merah ini akan digunakan pada malam perkahwinan
bagi menghalau hantu dan roh-roh jahat. Warna yang terang boleh menghalau roh-roh
jahat daripada mendekati merek. Baju pengantin sebaik-baiknya berwarna putih dan
merah sebagai lambang keceriaan.

1.8.5 Kematian
Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai baju
berwarna hitam. Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi warna merah yang
dikatakan mempersenda si mati dan keluarganya. Baju yang berbunga juga dilarang
dalam upacara kematian tersebut. Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah
hitam yang lengkap dengan topi.

1.8.6 Keteguhan dan Keberanian
Warna merah sebenarnya membawa maksud keteguhan, keberanaian,
keceriaan dan kemegahan. Warna ini dikatakan memberi dorongan kepada keadaan
yang lebih positif dalam kehidupan masyarakat Cina. Warna ini sering digunakan
dalam perayaan dan sambutan majlis kebesaran mereka kecuali hari-hari yang
19

menunjukkan keadaan kesedihan dalam kehidupan mereka. Warna ini akan terus
menjadi simbol kemegahan masyarakat tersebut malah melambangkan keteguhan dan
kemegahaan negara apabila digunakan sebagai simbol pada logo-logo, lencana, bendera
dan setem malah turut diterjemahkan pada wang kertas dan duit syiling.
Warna merah sering dikaitkan dengan masyarakat Cina terutama pada setiap
kali sambutan Tahun Baru Cina. Warna tersebut akan mendominasikan persekitaran
kehidupan mereka. Namun, warna merah juga menguasai hampir setiap ruang di dalam
dan luar rumah mereka. Bila tibanya perayaan ini hiasan berwarna merah sering
digantung sepanjang jalan yang menandakan perayaan itu kini bukan sahaja disambut
oleh masyarakat tersebut tetapi juga sudah menjadi seperti perayaan seluruh
masyarakat.

1.9 Perayaan Masyarakat Cina
Dalam kalendar Cina, terdapat 17 festival utama masyarakat Cina.
No. FESTIVAL
UTAMA
KALENDAR
CINA
KALENDAR
GREGORI AN
TEMPOH AKTIVITI
UTAMA
BULAN HARI
1 Tahun Baru
Cina

1 1-15 3-17/02 15 hari Pemujaan roh
nenek
moyang di
rumah
Pemujaan
Tuhan di
rumah dan
langit
2 Kepulangan
Tuhan Ke
Alam
Manusia
1 4 06/02 1 hari Pemujaan
Tuhan di
rumah
3 Hari
Keputeraan
Tuhan
Maharaja
Jed
1 9 11/02 1 hari Pemujaan
Tuhan
Maharaja Jed
20

4 Chap Goh
Meh

1 15 17/02 1 hari Pemujaan
Tuhan
5 Hari
Keputeraan
Guan Yin

2 19 23/03 1 hari Vegetarian
Upacara
bersembahya
ng
Pemujaan
Dewi Guan
Yin
6 Hari Cheng
Beng

3 3 05/04 10 hari
sebelum
dan selepas
27/03
14/04
Pemujaan roh
nenek
moyang di
kubur
7 Hari Wesak

4 15 17/05 1 hari Pemujaan
Sakyamuni
Buddha
Upacara
Mandi
Patung
Buddha dan
bersembahya
ng
8 Hari Perahu
Naga
5 5 06/06 1 hari Pertandingan
Perahu Naga
Makan pulut
9 Hari
Keputeraan
Guan Yin

6 19 19/07 1 hari Vegetarian
Upacara
bersembahya
ng
Pemujaan
Dewi Guan
Yin
10 Bulan
Hantu Lapar

7 14 atau
15
13 atau 14/08 Sebulan
31/07
28/8
Upacara
bersembahya
ng dan
penyedekaha
n makanan
kepada hantu
Upacara
pemujaan roh
nenek
moyang
11 Hari Tang 8 15 12/09 1 hari Kuih bulan
21


1.9.1 Sambutan Tahun Baru Cina
Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor
makhluk ganas yang bernama Nian membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini
membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari
ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk
Long
12 Keputeraan
Tuhan
Sembilan
Maharaja
9 1-9 27/09-05/10 9 hari Vegetarian
Upacara
bersembahya
ng
Pemujaan
Tuhan
Sembilan
Maharaja
13 Hari Zhong
Yang

9 9 05/10 1 hari Taat setia
kepada orang
tua
14 Hari
Keputeraan
Guan Yin
9 19 15/10 1 hari Vegetarian
Upacara
bersembahya
ng
Pemujaan
Dewi Guan
Yin
15 Musim
Sejuk

11 28 22/12 1 hari Sup tang
yuan (bebola
pulut manis)
Pembersihan
rumah
dimulakan
16 Penghantara
n Tuhan ke
Alam
Syurga
12 24 17/01/2012 1 hari Pemujaan
Tuhan
17 Ambang
Tahun Baru
Cina
12 29 22/01/2012 1 hari Upacara
pemujaan roh
nenek
moyang
Makanan
keluarga
22

ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar
bunga api siang dan malam.
Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi
kalender masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan
pakaian cheongsam , ia menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan
kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali
berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar
mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar
pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau
puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol
murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China
adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui,
terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda
meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang
untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai
penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak
yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir,
tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab. Kononnya
dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan
untung nasib binatang tersebut.
Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan
berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan
kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat harmoni. Hidangan makan malam
tahun baru ini biasanya adalah tradisi turun temurun seperti itik panggang, khinzir,
tiram berkicap, dan sayuran prosperity yang dimakan bersama arak.
Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara
shuo sui , yang dipercayai akan memanjangkan umur seseorang. Bagi yang tua,
23

malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain mah jong sebagai hiburan untuk
merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan
bunga api akan dibakar, menandakan sambutan tahun baru bermula.
Hee Fatt Choy akan diucapkan sesama penganut. Ia membawa maksud
semoga tahun ini akan membawa kebaikan. Tetamu mula berkunjung membawa limau
mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi ang pow diteruskan
kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum
keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai,
sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua
dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang
diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin.
Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi
bunyi gendang.

1.9.2 Chap Goh Meng
Hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari Chap Goh Mei tidak kurang
pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi
perayaan ini.
Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek
China. Hari itu juga disebut "Pesta Lampu", kerana lampu-lampu dinyalakan pada
sebelah malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu.
Menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu merupakan dua perkara
utama perayaan ini. Mengapa memasang lampu-lampu pada Hari Capgome? Pada
tahun 180 Sebelum Masihi, China diperintah oleh Dinasti Han. Maharaja pada ketika
itu, maharaja Liu Heng berjaya mematahkan gerakan penderhakaan. Hari itu kebetulan
15 hari bulan bulan pertama Imlek Cina. Untuk merayakan kejayaan tersebut, Liu Heng
24

memerintahkan lampu-lampu dipasang di seluruh negara. Beraneka bentuk lampu
dipasang di tepi-tepi jalan pada hari itu. Adat istiadat tersebut diamalkan sehingga kini.
Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang berwarna-
warni, berbentuk seperti gunung, bangunan, orang, bunya, burung dan binatang.
Sekarang teknologi moden yang canggih ianya diperbut dari gentian optik, laser,
kawalan bunyi dan cahaya juga telah digunakan dalam pembuatan lampu-lampu warna-
warni.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia,
malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China)
yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan.

1.9.3 Kuih Bulan
Salah satu daripada perayaan yang disambut oleh etnik Cina di Malaysia
selain Tahun Baru Cina ialah Perayaan Kuih Bulan atau lebih dikenali sebagai Festival
Pertengahan Musim Luruh (zhng qu) disambut pada setiap 15 hari bulan lapan dalam
kalendar lunar. Pada waktu ini, bulan biasanya mengambang terang, menjadikannya
waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas. Di Malaysia, perayaan ini
turut dikenali sebagai Pesta Tanglung. Pada hari ini, pesta ini diraikan dengan santapan
kuih bulan dan perarakan tanglung.
Pada awalnya, perayaan Kuih Bulan ini dimulai dengan peringatan kepada
Dewi Bulan Chang Er, mengikut legenda tua dari awal peradaban Han beberapa ribu
tahun yang silam. Menurut cerita dongengan, pada zaman purba, terdapat 10 buah
matahari di langit, cahaya matahari yang panas terik menyebabkan tanah kering dan
berasap, air di laut kering tersejat dan rakyat jelata menghadapi ancaman maut.
Seorang pahlawan, iaitu Raja Negeri You Qiong Dinasti Xia yang bernama
Hou Yi mempunyai kuasa misteri dan pandai memanah. Baginda dengan gagah berani
telah memanah jatuh 9 buah matahari. Justeru, rakyat jelata memuja Hou Yi yang
menyelamatkan mereka dari ancaman maut.
25

Permaisuri Hou Yi bernama Chang Er dan merupakan seorang jelitawan. Pada
suatu hari, Hou Yi memperolehi ubat panjang umur yang dihadiahkan oleh Permaisuri
Wang Mu Niang Niang. Katanya orang yang makan ubat panjang umur itu dengan
segera akan menjadi dewa atau dewi dan terbang ke kayangan. Hou Yi tidak mahu
berpisah dengan permaisurinya. Maka baginda tidak memakan ubat itu dan
menyerahkan ubat itu kepada permaisurinya Chang Er untuk disimpan.
Perkara ini ternampak oleh Peng Meng, pengikut Hou Yi. Semasa Hou Yi
keluar bertugas, Peng Meng pergi ke istana Hou Yi dan memaksa Chang Er
memberikan ubat panjang umur itu kepadanya. Chang Er mengetahui bahawa dia tidak
berdaya melawan Peng Meng. Justeru, dia terpaksa memakan ubat panjang umur itu.
Setelah memakan ubat itu, Chang Ee pun terbang dari bumi ke bulan dengan serta-
merta.
Apabila Hou Yi kembali ke istana, para dayang telah memberitahu perkara itu
kepada Hou Yi sambil menangis. Hou Yi pun sedih menyeru permairusinya di bulan.
Baginda mendapati bulan pada malam itu sangat bulat, besar dan terang dan dapat
nampak bayang permaisurinya yang bergerak di bulan. Maka, Hou Yi bersembahyang
untuk permaisurinya Chang Er di bulan dengan meletakkan makanan kegemaran
permaisurinya.
Setelah mengetahui bahawa Chang Er terbang ke bulan dan menjadi dewi,
rakyat jelata juga beramai-ramai bersembahyang dengan meletakkan pelbagai jenis
makanan semoga Chang Er di bulan menganugerahkan keamanan dan kesejahteraan
kepada mereka. Lama-kelamaan, adat menyembahyangkan bulan pada 15 hb, bulan 8
kalendar lunar Cina telah menjadi adat-resam rakyat Cina dan menjadi Pesta Kuih
Bulan Cina.
Namun tercatat pula bahawa pada masa dinasti Yuan (tahun 1271 1368)
dimana Negara China dikuasai oleh bangsa Mongol, kaum penjuang Han menggunakan
kuih bulan sebagai bahan pengantar sandi agar rakyat Han secara serentak memulai
pemberontakan terhadap pemerintah Mongol pada tanggal 15 bulan 8 kalendar lunar.
26

Setelah dinasti Yuan berakhir dan dimulainya dinasti Ming, perayaan Kuih Bulan juga
diasosiasikan dengan perjuangan orang Han melawan Mongol.





Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih
Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji
teratai, atau kuning telur masin. Pada masa kini, berbagai-bagai jenis kuih bulan yang
telah dipromosikan oleh peniaga. Menurut legenda, pesanan untuk memberontak telah
disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya
menjatuhkan Dinasti Mongol.
Walaupun terdapat banyak cerita dongeng yang berbeza tentang asal-usul
Pesta Kuih Bulan, tetapi makan kuih bulan merupakan perkara penting dalam perayaan
ini. Kuih bulan yang berbentuk bulat turut dikenali sebagai kek penyatuan, menjadi
simbol bersatu-padu. Sungguhpun zaman sudah berbeza, tetapi Perayaan Kuih Bulan
tetap merupakan kesempatan bagi kaum Cina untuk mengutarakan perasaan akrab
antara anggota keluarga dan sanak saudara serta berdoa memohon restu dan nasib baik.

1.9.4 Cheng Beng
Perayaan Cheng Beng merupakan perayaan yang kedua penting bagi
masyarakat Cina di Malaysia kerana ia merupakan perayaan untuk memperingati roh
nenek moyang. Oleh yang demikian, sekiranya boleh, semua generasi muda seharusnya
balik untuk menziarahi/menyapu kubur roh nenek moyang.
27

Perayaan ini mula disambut sepuluh hari sebelum dan selepas pada hari
Perayaan Cheng Beng. Dipercayai pada hari tersebut, ia akan hujan untuk
menggambarkan perasaan sedih kepada roh nenek moyang. Dalam tempoh tersebut,
ramai masyarakat Cina akan mengadakan upacara pemujaan makanan kepada roh
nenek moyang di kubur. Sebelum upacara tersebut dilakukan, upacara pemujaan akan
dilakukan terlebih dahulu kepada patung Dewa Tua Pek Kong yang terletak di tanah
perkuburan Cina sebagai tanda menghormati kepadanya. Selepas itu, ia diikuti dengan
upacara pemujaan kepada patung Hou Tu Shen (Dewa Penjaga Kubur Tertentu) yang
terletak di sebelah kubur nenek moyang masing-masing. Kemudian, ia disusuli dengan
ritual pemujaan kepada roh nenek moyang.
Semasa upacara pemujaan dilakukan kepada roh nenek moyang, cucu-cicit
mula meletakkan pek ji (duit kertas putih) dan ooi ji (duit kertas kuning) di atas tanah
kubur Cina. Ia menandakan tanah kubur Cina tersebut telah diziarahi oleh
keturunannya. Fungsi simbolik bagi kedua-dua kertas tersebut adalah merupakan duit
kepada roh nenek moyang. Kedua-dua duit kertas tersebut hanya boleh diletakkan
sekali saja. Sekiranya terdapat keturunan yang ingin berbuat demikian, mereka boleh
membakar kepada roh nenek moyang sebagai tanda pemberian kepadanya.
Sepanjang tempoh perayaan Cheng Beng, masyarakat Cina tidak dibenarkan
untuk menganjurkan apa-apa ang su (peristiwa menggembirakan) seperti hari jadi,
perkahwinan dan sebagainya. Bagi mereka, perayaan tersebut adalah perayaan hantu
yang mampu membawa sial.







28

1.10 Kesimpulan
Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik.
Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling
menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilik
mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan
dan kematian. Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut
kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan seperti berikut
merangkumi adat resam masyarakat Cina secara keseluruhannya.
Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun
tidak dapat dinafikan. Adat yang merangkumi seluruh aspek bermula dari kelahiran,
perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat di Malaysia.
Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang
dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut.

You might also like