You are on page 1of 4

SubhanAllah… Air Juga

Mempunyai Perasaan
Tahukah anda bahawa air meliputi 70 peratus daripada permukaan bumi. Air juga boleh
berada dalam tiga bentuk iaitu pepejal (ais), cecair (air) dan gas (wap). Pada dasarnya
setiap orang memerlukan air untuk terus hidup.

Banyak penyakit dapat disembuhkan melalui air. Oleh itu, kita digalakkan minum lapan
gelas besar air setiap hari. Ini bukan sahaja membantu menyegarkan badan dari terhidrat
malah menjadi sebab kesembuhan banyak penyakit.

Antara penyakit yang dapat disembuhkan ialah sakit kepala, haid yang tidak teratur,
kegemukan, radang selaput lendir, gangguan jantung, sembelit, batuk dan banyak lagi.
Dengan minum air yang banyak, usus akan bekerja dengan lebih efektif lagi dan
membentuk darah baru.

Darah merupakan perkara yang terpenting dalam menyembuhkan penyakit dan


memlihara kesihatan.

8 KEAJAIBAN AIR KEPADA MANUSIA

 Menambahkan kekuatan tenaga


 Meningkatkan keupayaan mental dan fizikal
 Membuang toksin dan bahan-bahan yang tidak diperlukan badan
 Menyihatkan kulit dan membuatkannya berseri
 Melegakan sakit kepala
 Memperbaiki sistem pencernaan
 Menyeimbangkan pH badan

TERAPI AIR

Terapi air merupakan salah satu kaedah yang diamalkan dalam perubatan sejak dahulu
lagi. Ini kerana cara ini dilihat lebih murah dan berkesan dalam merawat pelbagai jenis
penyakit. Air berkesan merawat penyakit dengan izin Allah.

Sebagai contoh jika merawat pesakit yang kena gangguan biasanya bila mereka minum
air yang didoakan,bermacam-macam ragam yang dapat diperhatikan. Antaranya sakit-
sakit di tempat-tempat tertentu, lenguh badan, ada yang enggan membuka mulut dan kena
paksa minum, ada yang menjerit dan sebagainya. Antara keajaiban air ni rupa-rupanya
dapat merakam percakapan kita, kalau baik kita cakap maka baiklah jadinya dan kalau
jahat percakapan kita maka jahatlah jadinya.

Ini telah dibuktikan penemuan hasil kajian saintifik oleh Dr. Masaru Emoto seorang
“pakar air” dari Jepun. Penemuan oleh Dr Masaru Emoto ini sungguh menakjubkan.
Beliau membuktikan bahawa susunan molekul-molekul air boleh berubah mengikut apa
yang diucapkan ke atas air tersebut. Ustaz Abdullah Mahmud yang pernah berceramah di
Surau Wisma Telekom Semarak, pernah menceritakan penemuan ini. Beliau
memaklumkan bahawa beliau telah mengikuti satu seminar yang disampaikan oleh
seorang pakar air dari Jepun di Hotel Istana. Dalam seminar itu, mereka telah ditunjukkan
melalui slaid, contoh-contoh air yang dilihat daripada mikroskop khas. Sumber air ini
diambil daripada laut, sungai, empangan, perigi dan sebagainya. Ada pelbagai bentuk,
daripada rupa cantik bercahaya seolah-olah seperti berlian hinggalah ke ‘hodoh dan
mengerunkan” seperti rupa jin bertelinga besar, bertanduk dan sebagainya.

Suatu ketika, apabila ditunjukkan “rupa air yang cantik bercahaya,” molekulnya tersusun
cantik, seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar, berwarna-warni melebihi 12 warna,
para hadirin telah disoal pakar air tersebut tentang asal usul sampel air itu. Salah seorang
hadirin meneka, itu mungkin air Zam-Zam. Dan sememangnya telah disahkan benar oleh
pakar air tersebut. Kemudian beberapa hadirin dipilih untuk membuat kajian. Di atas
pentas, mereka dikehendaki membacakan sesuatu ke atas air mineral masing-masing.
Lalu salah seorang hadirin dikehendaki menunjukkan hasil kajiannya. Apabila
ditunjukkan di skrin kelihatan molekul air itu membentuk seolah-olah seperti tokong cina
( dengan janggut yang panjang dan perut buncit ).

Apabila tiba giliran Ustaz Abdullah, air tersebut dibacakan surah Al-Fatihah, Selawat dan
ayat Kursi, maka apabila dipaparkan di skrin kelihatan molekulnya seperti berlian yang
berkilau-kilau, cantik bercahaya. Kemudiannya beliau disuruh membaca sebarang ayat
atau kata-kata yang tidak elok, maka ternampaklah di skrin molekul air itu berubah
menjadi seperti sel-sel barah.

Banyak hadis dan ayat-ayat Quran, yang menceritakan fenomena ini. Air juga merupakan
makhluk Allah yang bernyawa. Dengan keizinan daripada-Nya, ia mampu menyembuh
dan memudaratkan seseorang, kerana dalam Islam ada kaedah-kaedah tertentu yang
menggunakan air, untuk berikhtiar mengubati penyakit. Salah satu daripadanya
mengunakan air penawar, atau dalam bahasa mudahnya air jaz, para imam.

Berikut ialah contoh-contoh air yang dilihat daripada mikroskop khas, yang telah
didedahkan dengan pelbagai situasi “suara dan kata-kata” seperti yang dibuktikan oleh Dr
Masaru Emoto melalui kajiannya.

Ketika dibacakan doa untuk penyembuhan dihadapan sebotol air maka terakam kristal
seperti gambar dibawah:
Ketika dibacakan doa Ayat suci Al-Quran, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun
muncul berkilauan.

Ketika diputarkan muzik symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga.

Ketika muzik heavy metal diperdengarkan, kristal akan hancur.


Kristal air ini merakam lagu ‘Imagine’ dari John Lennon. Seperti lagunya, kristal ini unik
dan indah. Setiap elemen terhasil dengan harmoni.

Selanjutnya dibisikkan kata ”malaikat” : terbentuk rantai dengan kristal hexagon yang
indah (gambar kiri) dan ketika dibisikkan kata “syaitan”, kristal berbentuk buruk dengan
bola api ditengah (gambar kanan).

Inilah satu keajaiban Allah s.wt yang menciptakan sesuatu yang menakjubkan.
Bayangkan kalau air itu diucapkan kalimah Allah s.w.t. tentulah lagi berkilaulah cahaya
molekulnya.

You might also like