You are on page 1of 40

KURSUS REFLEKSOLOGI

INSTITUT KECANTIKAN NUVIS SABAH


(SARAWAK)
9 – 13 OGOS 2022

NUVIS™ SABAH
Beauty & Wellness Centre
KANDUNGAN KURSUS

SESI 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN


DALAM BIDANG PENJAGAAN KESIHATAN
MELALUI PERKHIDMATAN REFLEXOLOGY

SESI 2 PERUNDANGAN YANG BERKUATKUASA


MENGAWAL AKTIVITI REFLEXOLOGY, PENENTUAN
PREMIS, PERALATAN DAN TENAGA KERJA.
SESI 3 - 6 AMALI REFLEXOLOGY
SESI 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN DALAM
BIDANG PENJAGAAN KESIHATAN MELALUI
PERKHIDMATAN REFLEXOLOGY

Sejarah Awal Refleksologi.

Sejarah awal tapak kaki @ refleksologi yang diketahui adalah

berasal dari negara Mesir pada 2330 sebelum Masihi.Ini dapat

dibuktikan melalui lukisan tangan Pictograph dan Heiroglyph yang

sekarang tersimpan di Institut Papyrus,Cairo Mesir.Lukisan ini

dijumpai di dinding perkuburan Akhmahor,seorang pegawai tinggi

firaun di Saqera,Mesir.
Bagaimana Refleksologi Berfungsi.

Selepas menerima rawatan urut tapak kaki @ refleksologi,

bahagian organ-organ yang dirawat mendapat bekalan darah yang

sempurna melalui peredaran darah.Fenomena ini sedang dikaji oleh

Saintis dan didapati tapak kaki lebih cepat rangsangannya daripada

tapak tangan.
Apa Itu Refleksologi.
Refleksologi berasal dari perkataan Inggeris, 'reflex" bermaksud

pantulan atau balikkan struktur badan manusia dan Logi

berkaitan dengan sains. Refleksologi adalah merujuk kepada

pemetaan zon-zon reflek seluruh organ melalui tapak kaki

dan/atau tangan.

Refleksologi bukanlah sesuatu yang baru, ia telah wujud lebih dari

5000 tahun dahulu dalam budaya Mesir, China dan India.Kaedah

ini mula dipraktikkan semula selepas diteroka kembali oleh Dr

Willian Fitzgerald pada tahun 1913.


Sambungan…
Kini banyak pusat pengurutan refleksologi dan pusat rekreasi

"berjalan atas batu" dibangunkan di Malaysia kerana ia merupakan

kaedah penyembuhan yang berkesan, efektif dan membantu dalam

pemeliharaan kesihatan. Ia selamat, murah, tidak perlu makan ubat

tahan sakit dan tiada suntikan atau tusukan kedalam badan.

Refleksologi adalah teknik yang melibatkan stimulasi tekanan keatas

zon-zon refleks pada tapak kaki dimana zon-zon refleksi ini

berhubungkait secara langsung dengan organ-organ penting dalam

badan. Ia mengakibatkan kesan relaks, penyembuhan terapeutik yang

membantu keseimbangan badan.


Bagaimana Refleksologi berkesan?

Ginjal atau buah pinggang adalah merupakan organ yang paling

penting dalam tubuh badan manusia.Ia berfungsi untuk enapis darah

dan membuang segala kotoran dalam darah melalui air kencing.

Seseorang tidak akan menghidapi penyakit kronik jika darahnya

berjalan lancar dan baik dalam tubuh. Jika darah berjalan lancar, ini

bermaksud penghantaran oksigen dan zat-zat makanan akan berjalan

dengan sempurna di setiap sel dalam tubuh dan ini menunjukkan

bahawa fungsi buah pinggang adalah sempurna.


Sambungan….

Bila seseorang terkena penyakit kronik, ia menunjukkan bahawa fungsi

buah pinggang telah menurun. Kekotoran yang sepatutnya disingkirkan

telah mula mendap di dalam badan dan berkumpul secara sedikit demi

sedikit dan bila erakumulasi dengan banyak , ia mengakibatkan

gangguan pada organ badan misalnya sakit kepala, lutut, stroke ,

kencing manis dsbnya. 


Sambungan…

Tahukah anda organ tubuh kita mempunyai suis di tapak kaki. Jika

fungsi organ terganggu, maka tapak kaki akan membengkak atau

sakit apabila ditekan.Jika diurut secara teratur , maka toksin yang

berlebihan akan disingkirkansecara beransur-ansur danorgan badan

mula berfungsi dengan baik. Kaedah ini boleh diamalkan oleh

mereka yang sihat untuk mengelakkan dari menghidapi penyakit

seperti stroke, darah tinggi, kencing manis, jantung, gout (asid urik)

dan untuk mereka yang sakit, ia membantu penyembuhan secara

beransur -ansur.
Sambungan….
Kaedah pengurutan refleksologi boleh dilakukan dengan pengurutan oleh

orang yang berpengalaman,berjalan di atas batu di pusat rekreasi dan

kawasan hospital dan juga dengan menggunakan sandal refleksologi.

Jika anda berasa sakit, ini menunjukkan bahawa ada mendapan darah

kotor di dalam tubuh dan perlu disingkirkan.Sebaik-baiknya selepas

mengurut atau memakai sandal selepas 20-30 minit, digalakan meminum

1-2 cawan gelas air suam untuk membantu menyingkir toksin dari tubuh.
Sambungan….

Golongan berikut tidak digalakkan untuk melakukan kaedah

refeksologi- sakit jantung, sakit buah pinggang, perempuan hamil,

pendarahan dalaman(internal bleeding) dan bila perut kenyang.


Kebaikan Refleksologi
Kesan-kesan yang dialami oleh tiap-tiap individu berbeza dan ia memberi kesan positif
kepada proses penyembuhan.

1. Buang angin- melalui sendawa atau kentut.


Ia adalah kesan yang baik untuk membuang toksin berlebihan dari usus besar, mungkin
rasa tidak selesa dalam perut.

2. Membantu dan menambahkan aktiviti buang air besar dan kecil.


Ia memberi tekanan keatas hati, hempedu, perut dan sistem penghadaman memudahkan
angan pembuangan air besar.

3. Mengurangkan imsonia- sukar tidur, sakit kepala dsbnya.

4. Kencing manis.
Biasanya penghidap kencing manis kerap mengalami masalah kaki kebas dan lenguh.
Kaedah ini, amat sesuai kerana ia memberi tekanan ke atas pankreas yang berfungsi
menghasilkan insulin dan menghilangkan rasa kebas.
Sambungan…

5. Kesan emosi
Tekanan keatas kelenjar, organ dan bahagian tubuh badan memberi kesan emosi punca
dari
sistem endrokrin yang berkaitan dengan hormon. Ini adalah kesan sementara kerana
badan mula memperbaiki secara sendiri dengan membuang sisa toksin berlebihan dalam
tubuh.

6. Meredakan sakit pinggang, sakit belakang dan kepenatan bekerja.

7. Simptom loya/sakit kepala, selsema


Tubuh mula berfungsi untuk melakukan pembersihan atau 'cleasing' dan simptom ini
berlaku sementara sahaja. Rehat sebentar dan banyak minum air suam untuk buangan
toksin.

8. Kesan lain- lebih bertenaga, lebih sensitif kepada sentuhan, meningkatkan kesuburan
dsbnya.
Sambungan….

9. Melancarkan Aliran Darah


Urutan di tapak kaki secara teratur dan konsisten mampu melancarkan
aliran darah secara optimum. Selain itu, aliran darah yang baik dan
lancar membantu untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat dan
mengurangkan pengumpulan kolestrol dan lemak dalam darah.
Kepada pesakit diabetis, urutan pada kaki sekurang-kurangnya 20
minit sebelum tidur membantu dalam proses penyembuhan.

10. Mengatasi Masalah Migrain


Anda punyai masalah migrain atau sakit kepala? Kajian mendapati
bahawa dengan melakukan urutan serta menekan bahagia tertentu
pada tapak kaki mampu memulihkan beberapa penyakit termasuk migrain.

.
Sambungan….

11. Menurunkan Tekanan Darah


Satu lagi manfaat luar biasa dengan mengurut tapak kaki sebelum tidur
adalah menurunkan tekanan darah. Bukan sahaja menurunkan tekanan
darah malah urutan yang lembut di kaki akan membantu menyegarkan
tubuh menjadikan diri lebih tenang dan santai. Terdapat kajian di mana
ia menyatakan bahawa mengurut tapak kaki selama 10 minit sebelum
tidur membantu tubuh merembeskan hormone yang mencetuskan perasaan
cemas serta membantu mengatasi masalah lain termasuklah tekanan darah tinggi.

12. Memulihkan Hubungan Intim Bersama Pasangan


Mengurut tapak kaki dengan menggunakan minyak aromaterapi beserta alunan muzik
yang mendamaikan mampu memberi ketenangan kepada tubuh dan emosi. Di saat ini
pastinya menjadikan diri dan pasangan lebih bersedia untuk hubungan intim yang lebih
baik. Urutan yang tepat di tapak kaki dipercayai mampu meningkatkan keinginan
seksual seseorang.
Sambungan…..

13. Menurunkan Risiko Menopause


Mengurut tapak kaki sangat baik untuk kaum wanita. Menurut kajian, aktiviti
mengurut tapak kaki mampu melambatkan risiko menopause. Ia sangat baik untuk
mengatasi masalah sembab atau bengkak kaki semasa mengandung. Oleh itu, kaum
bapa yang macho dan gentleman, urut dan sila manjakan isteri anda.
Urut Refleksologi Dibuat Dengan Pelbagai Cara.

Sebenarnya,urut refleksologi ini boleh dijalankan menggunakan

tangan,kayu,tanduk kerbau,plastik dan lain-lain lagi.Ini bergantung

kepada kita yang mana kita rasa selesa.Bermacam-macam pendapat

tentang cara untuk menjalankan urut refleksologi.Tapi sebaik-

baiknya,pastikan cara urut refleksologi itu membuatkan

anda merasa selesa semasa proses rawatan.


Sambungan….

Perlu diingatkan.Jika tapak kaki anda sakit bila memijak

sesuatu,kesihatan anda dalam bahaya. Anda harus mendapat

rawatan urut refleksologi untuk menghilangkan rasa

sakit tersebut.Tapak kaki yang tiada sakit lagi,ia telah

menandakan kesihatan seseorang itu berada dalam keadaan baik.


Mengetahui Gejala Penyakit.

Untuk mengetahui gejala penyakit dari kawasan refleksi adalah dengan

cara menekan titik-titik point dari organ-organ yang bersangkutan,bila

anda terasa kelainan atau sedikit bengkak dan terasa sakit bila

ditekan,maka ini bermakna organ yang berkaitan sedang bermasalah

atau sakit.Bila rasa sakitnya tak seberapa waktu ditekan,maka ini

menunjukkan bahawa penyakitnya pun tidak seberapa atau tidak

serius.Sebaliknya bila sakit sangat atau bengkaknya agak lebih besar,ini

menunjukkan bahawa penyakitnya agak serius atau telah terjadi agak

Lama.
Sambungan…

Bila kawasan refleksi yang ditekan tiada terasa bengkak dan

sakit,ini beerti organ berkenaan dalam keadaan baik.Jadi untuk

mengetahui seseorang itu sihat dengan kaedah rawatan urut

refleksologi,ialah bilamana keseluruhan point-point refleksologi

tidak menunjukkan sebarang bengkak atau sakit bila ditekan.


Cara Terapi Urut Refleksologi.

Bila kita telah melakukan diagnos terhadap pesakit,perlu juga kita

tanya pesakit,maka barulah kita mulai melakukan rawatan urut

refleksologi iaitu dengan menekan bahagian-bahagian bermasalah itu

untuk beberapa ketika.Tekanan pengurutan dalam urut

refleksologi hendaklah kita sesuaikan dengan daya tahan

seseorang itu yang mana ketahanan ini tidak sama pada setiap orang.
Sambungan…

Kita hendaklah mengerti bahawa kesembuhan itu biasanya tidak

akan berlaku dengan hanya sekali rawatan urut refleksologi,tetapi

perlu diulang 2 atau 3 hari sekali sampai beberapa kali bergantung

pada serius atau tidaknya penyakit yang ada.


Kesan Yang Mungkin Timbul Dari Rawatan Urut Refleksologi.

•Kencing lebih kotor dan berbau lebih busuk kadangkala juga seakan-akan berpasir.

•Bahagian-bahagian tertentu dari anggota badan akan terasa sakit untuk beberapa ketika dan
kemudian hilang dengan sendirinya atau berpindah ke tempat lain.

•Rasa letih,lesu dan mengantuk.

•Timbul gatal-gatal di kulit.

•Berak cair atau berminyak.

•Kepala terasa sakit.

•Muntah-muntah.

•Banyak buang angin.

•Urat darah nampak timbul.

•Berpeluh banyak dan kadang-kadang likat.

•Rasa lebih ringan dan lebih cergas.


Penyakit-Penyakit Yang Senang Disembuhkan Dengan Rawatan Urut
Refleksologi.

•Sakit kepala.

•Sakit buah pinggang.

•Sakit lutut.

•Kebas kaki/tangan.

•Lenguh-lenguh.

•Sembelit.

•Sakit jantung.
Penyakit-Penyakit Yang Sukar Disembuhkan Dengan Rawatan Urut
Refleksologi.

•Barah yang sudah terlambat.

•Urat saraf yang sudah putus.

•Penyakit yang disebabkan oleh sihir.

•Kena rasuk Jin.


Lamanya Pemijatan Urut Refleksologi.

Tidak ada satu ukuran yang pasti tentang berapa lamanya satu-satu tempat itu
mesti dipijat / ditekan.

Bergantung kepada penyakit.Bila penyakitnya serius maka pemijatan tidak


boleh lama kerana seseorang yang sakit teruk,ketahanan badannya akan
lemah.Bila ditekan kuat dan lama akan memudaratkan pesakit.

Bergantung kepada cara atau kekuatan tekanan yang dilakukan.


SESI 2

PERUNDANGAN YANG BERKUATKUASA MENGAWAL


AKTIVITI REFLEXOLOGY, PENENTUAN PREMIS,
PERALATAN DAN TENAGA KERJA
Menurut Persatuan Spa Malaysia (AMSPA) kriteria-kriteria Akreditasi
kemudahan yang perlu ada dalam sesebuah operasi reflek ialah

i. Mengamalkan operasi yang mempunyai reputasi yang baik secara


beretika. Sekiranya terdapat bukti berlakunya amalan yang tidak
beretika, maka ia tidak akan diterima oleh persatuan.

ii. Berkelayakan, sekurang-kurangnya dalam satu kategori


Perniagaan reflek.

iii. Menjadi syarikat yang benar-benar berdaftar, syarikat tempatan


atau syarikat asing.

iv. Mempunyai lesen spa reflek yang sah

v. Sekiranya dijalankan oleh pengusaha dari luar, perlu


mempamerkan bukti yang mengatakan pengusaha telah berdaftar
di Malaysia.

vi. Waktu operasi- perlu ditutup tidak boleh melebih dari tengah
malam.
Sambungan….

vii. Mengambil hanya pekerja yang berkelayakan, staf yang terlatih dan
mengikut kriteria berikut

a. Ahli-ahli terapi mestilah berkelayakan dalam bidang spa


b. Ahli-ahli terapi perlu mempunyai paling minimum 600 latihan/
waktu kerja bagi setiap terapi sebagai terapi reflek dalam tempoh
pengukuhan reputasi baik atau menunjukkan pengalaman
bekerja yang setara.
c. Penyeliaan dan staf pengurusan bertugas yang layak
sepenuhnya dalam waktu beroperasi.
d. Semua kakitangan harus menunjukkan tingkah laku yang
professional, bersesuaian dan beretika terhadap pelanggan
sepanjang masa.
e. Semua kakitangan perlu menjaga keselamatan tempat dan
kesejahteraan pelanggan melebihi segala yang lain.

viii. Semua kakitangan mesti berpakaian uniform lengkap


Sambungan….

ix. Semua pengunjung/pelanggan perlu mendaftarkan diri dan


direkodkan ke dalam fail

x. Mendokumenkan Standard Operating Procedures (SOPs) dan


panduan latihan di dalam kawasan dan sewaktu digunakan.

xi. Mematuhi standard kebersihan yang ditetapkan oleh Kementerian


Kesihatan

xii. Mematuhi syarat-syarat keselamatan dan kebakaran yang telah


ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia sepanjang masa.

xiii. Menggunakan hanya produk rawatan yang dibenarkan dan


disahkan oleh Kerajaan Malaysia.

xiv. Mengasingkan kawasan persalinan dan mandian antara lelaki dan


wanita (kecuali bilik rawatan mewah)
PENENTUAN PREMIS

Lokasi yang mudah & sering dikunjungi adalah penting untuk jenis
perkhidmatan @ perniagaan runcit – tidak mustahak bagi distributor, jualan
langsung @ perkilangan

Kenalpasti lokasi yang paling ideal @ suka dikunjungi ramai

Buat analisa lokasi untuk memastikan kesesuaian lokasi tersebut


PERALATAN DAN BAHAN

Tuala

Krim refleksologi
SESI 3 – 5 LATIH AMAL
SESI 6 LATIHAN DAN PENINGKATAN KEMAHIRAN

Bidang reflexologist adalah satu kerjaya yang memberikan peluang

pekerjaan yang cerah di dalam kerjaya berkemahiran. Ramai yang tidak

tahu atau beranggapan bidang Reflexologist ditafsirkan dalam bidang

urutan sahaja. Hakikatnya bidang Reflexologist mampu memberikan

pendapatan yang lumayan sebagai peniaga ataupun sebagai pekerja.

Kerjaya di dalam bidang Reflexologist terbuka cerah di dalam sektor

swasta atau kerajaan. 


Sambungan…

Antara kerjaya tersebut ialah :-

•- Hotel
•- Pusat Peranginan
•- Menjadi usahawan (dengan modal yang minima)
•- Menjadi tenaga pengajar
•- Kakitangan kerajaan. layari sesawang : www.tcm.moh.gov.my
•- Berpeluang melanjutkan ke Tahap 3 dan Diploma di luar Negara

Reflexologist (N-013-1 / 2 / 3)

Tahap 1 – RM 5,000.00 - sepenuh masa di pusat latihan 5-6 bulan (600 jam)

Tahap 2 – RM5,500.00 – sepenuh masa di pusat latihan 5-6 bulan


(600 jam)

You might also like