You are on page 1of 15

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH BERKESAN

ALAT-ALAT PENGAJ ARAN YANG DIGUNAKAN OLEH GURU UNTUK


MENCAPAI KECEMERLANGAN

+

CORAK PENDIDIKAN DALAM BILIK DARJ AH YANG MENYERONOKKAN

MERUPAKAN INTEGRASI :

KAEDAH +KURIKULUM +ISI PELAJ ARAN
KAEDAH +INOVASI +KREATIVITI
KAEDAH +TEKNOLOGI +ALAT BANTU MENGAJ AR
KAEDAH +KUALITI PENGAJ ARAN
KAEDAH +KECEKAPAN GURU
KAEDAH +PERKEMBANGAN MURID
KAEDAH +AKTIVITI PEMBELAJ ARAN

KRITERIA UMUM :

1. SESUAI DAN BERKESAN
2. MENARIK MINAT DAN MERANGSANG
3. KREATIF DAN INOVATIF
4. FLEKSIBEL
5. PENGGUNAAN MASA BERKESAN
6. PENGLIBATAN AKTIF MURID
7. MENINGKATKAN KECEKAPAN MURID
8. STAIL PENGAJ ARAN VERSATILE
9. KOMUNIKASI DAN INTERAKSI
10. GABUNGAN BEBERAPA KAEDAH
11. MERANGSANG PEMBELAJ ARAN

KAEDAH PENGAJ ARAN :

Pendekatan dan teknik untuk menyampaikan pengajaran kepada pelajar
sesuai dan berkesan untuk mencapai matlamat P & P
pelbagai, untuk membangkitkan perasaan positif terhadap pembelajaran

KAEDAH PENGAJ ARAN SEJ ARAH:

1. Kaedah Penceritaan
2. Kaedah Inkuiri
3. Kaedah Perbincangan
4. Kaedah Syarahan
5. Kaedah Dapatan
6. Kaedah Sokratik
7. Kaedah Penerangan
8. Kaedah Simulasi
9. Kaedah Kaji Peta
10. Kaedah Kaji Gambar
11. Kaedah Kaji Dokumen
12. Kaedah Tutorial
13. Kaedah Tunjuk Cara
14. Kaedah Kaji Buku Teks
15. Kaedah Lakonan
16. Kaedah Projek

1. KAEDAH PENCERITAAN

Cerita : jalinan dan susunan mengenai kejadian dan hal-hal yang berlaku
sama ada benar atau pun khayalan .
(Kamus Dewan,1989)

Bercerita : perbuatan yang mengesahkan cerita ini
: kegiatan yang boleh menarik perhatian dalam p & p
: kaedah yang amat sesuai dengan sifat semulajadi kanak-kanak
: penggunaan dalam p & p dapat :
Membina keyakinan pelajar
Merangsang pebglibatan cergas
Menarik perhatian dan penumpuan pelajar

Cth. tokoh terkenal, peperangan dan penguasaan sains dan penemuan dsb.

Tujuan Penggunaan:
1. menyuburkan daya imaginasi
2. menyuburkan kecerdasan fikiran
3. menggalakkan perkembangan bahasa
4. mengurangkan masalah disiplin
5. menghayati nilai murni
6. menanamkan semangat kewarganegaraan

Prinsip Pengunaan (Ee Ah Meng, 1993)
1. Cerita yang sesuai dengan gaya yang mennarik
2. Cerita yang mempunyai perkaitan dengan tajuk dan matlamat pengajaran
3. Keadaan dan suasana yang selaras dengan jalan cerita
4. Cara yang bersengaja dan dalam keadaan semulajadi
5. Penggunaan alat-alat bantuan
6. Lenggang bahasa yang ringkas dan mudah.
7. Peluang kepada pelajar untuk menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif
8. Tidak membuang dan membazirkan masa
9. Cerita disudahi dengan kemas dan teratur
10. Aktiviti susulan

Pendekatan Kaedah Bercerita
1. Guru sebagai pencerita
2. Pelajar sebagai pencerita
3. Mendengar rakaman cerita
4. Penceritaan dari buku
5. Penceritaan dari sumber lain

Kebaikan
1. Mudah untuk menyampaikan maklumat, ilmu pengetahuan dan kemahiran
2. Pengembangan program bacaan dan pendidikan
3. Memperkembangkan kemahiran mendengar, kemahiran
penaakulan dan pengukuhan daya ingatan danimaginasi pelajar
4. Memperkembangkan kemahiran lisan dan struktur tatabahasa
5. Mendorong pengajaran dan pembelajaran
6. Memperkembangkan kreativiti
7. Menghasilkan kemahiran dan pertuturan, perbualan dan perbincangan
8. Memperkembangkan minat dan bakat


2. KAEDAH INKUIRI

1. Suatu proses soal selidik untuk mendapatkan kesimpulan daripada
masalah yang dikemukakan dalam P & P
2. Menekankan soal-soal pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan
pendekatan, kaedah, teknik, prosedur, cara melihat dan menyelesaikan masalah.
3. Suatu teknik yang dapat mengembangkan kemahiran belajar di kalangan pelajar.

Matlamat Utama

1) Mengenalpasti unsure-unsur penting untuk melakukan inkuiri bercorak intelektual
2) Mengukuhkan strategi pengajaran yang dibina
3) Membina kemahiran kepada guru untuk mempersembahkan bentuk
pengajaran yang lebih berkesan dan bermakna
4) Menganalisis beberapa implikasi penggunaan strategi guru, bilik
darjah dan kesesuaian kurikulum

J enis-jenis Inkuiri

1) Inkuiri Terbimbing
o Guru bertanggungjawab membimbing pelajar dalam proses kajian
o Kajian adalah sama dalam bentuk soal selidik, membantuk hipotesis dan
merancnag aktiviti penyelidikan
o Dapat membuat rumusan

2) Inkuiri Terbuka
o Tiada bimbingan
o Rumusan adalah hasil dari kajian sendiri
o Sesuai di peringkat pengajian tinggi

Langkah-langkah Kaedah Inkuiri
i. Menentukan masalah
ii. Rangka penyelesaian
iii. Pengumpulan data
iv. Menganalisis data
v. Membuat kesimpulan

Pelaksanaan
1. Memilih sesuatu konsep, idea ataupun generalisasi
2. Membimbing, memberi panduan dan bantuan kepada pelajar untuk
mencari jawapan
3. membantu pelajar untuk menguji konsep, idea dan generalisasi
4. memberi bimbingan untuk memeriksa kembali jawapan

Kelebihan
1. mendorong sikap belajar secara sendiri
2. mempertajamkan fikiran di samping mengembangkan kemahiran intelek
3. penglibatan pelajar sepenuhnya dalam pengajaran guru
4. memberi kesempatan kepada pelajar untuk mengkaji, menilai dan
menyangkal pendapat dan pandangan orang lain mengenai sejarah dengan
mengemukakan hujah dan bukti



3. KAEDAH PERBINCANGAN


Perbincangan merupakan suatu kaedah dan teknik p & p yang melibatkan
perbualan antara pelajar dengan guru dalam bilik darjah.

Mak Soon Seng (1993)

Pelajar bebas mengeluarkan dan mengulas pendapat mengenai sesuatu tajuk

Bertujuan untuk melatih pelajar melahirkan buah fikiran yang bernas dalam
jangka waktu yang ditetapkan

Melibatkan semua pelajar dalam kelas.
Biasanya dikatuai oleh guru.
Boleh juga dilakukan dalam kumpulan kecil.


Pelaksanaan

5 peringkat

1. Peringkat perancangan

2. Menetapkan tajuk yang sesuai. Menerangkan tujuan dan matlamat
tajuk , jika berkumpulan Pengerusi dan pencatat perlu dilantik

3. Peringkat perkembangan
Aktiviti perbincangan.
Setiap ahli kumpulan mengambil bahagian secara aktif.
Pencatat membuat catatan
Guru mengawasi perjalanan perbincangan
Dalam suasana gembira, menyeronokkan dan semangat kerjasama

4. Peringkat rumusan
Sesi pengukuhan melalui perbincangan
lanjut Pencatat membuat laporan

5. Peringkat penutup
Guru membuat rumusan
Pelajar membuat catatan

J enis-jenis Perbincangan

Perbahasan
Seminar
Forum
Kumpulan Belajar
Sesi Buzz

Kelebihan Kaedah Perbincangan
i. Meningkatkan kemahiran pelajar untuk mengeluarkan pendapat dan
hujah yang bernas dan tersusun
ii. Bertutur denganintonasi dan gaya yang betul
iii. Kemahiran mendengar dan memahami sesuatu perbincangan.
iv. Menggalakkan pelajar bekerjasama dan berkongsi pendapat
v. Mewujudkan sikap suka membaca kerana perlu membuat rujukan
vi. Memperkembangkan kemahiran belajar
vii. Melatih mengeluarkan pendapat dan buah fikiran secara logic dan matang
viii. Melatih pelajar bekerjasama dalam mencapai matlamat dan
menyelesaikan masalah
ix. Dapat belajar secara aktif.
x. Mengukuhkan kemahiran berkomunikasi secara berkesan.



4. KAEDAH SYARAHAN


Suatu kaedah pengajaran yang bersifat tradisional dan guru
menyampaikan pelajarannya secara autokrasi
Pengajaran berpusat kepada guru dan pelajar bertindak sebagai pendengar sahaja
Syarahan sering kali dikait dengan penerangan
Thyne (1963) : syarahan merupakan seuatu proses yang dapat memberi penerangan
kepada orang lain . Kaedah ini kerap kali dinamakan Kaedah Syarahan Penerangan
George Brown (1978) : penerangan merupakan nadi dalam proses pembelajaran
Abdul Rahim Rashid (1989) : untuk menarik perhatian dan memberi kefahaman
kepada pelajar, kaedah syarahan, penerangan yang digunakan mestilah
dilaksanakan secara sistematik dan penerangan dilakuukan dengan rapi.

Faktor Pembatasan Keberkesanan
1. Pelajar kurang menumpukan perhatian
.saya melihat tetapi saya tidak nampak, saya mendengar tetapi tidak
pasti apa yang didengar dan saya mengalami sesuatu tetapi tidak tahu
apa yang dialamisuatu gejala mimpi dalam jaga
Abu Zahari (1992): keadaan ini menyebabkan pelajar tidak akan memahami
apa yang diajarkan dan seterusnya akan mengurangkan pencapaian mereka
2. Pelajar suka mengingati fakta yang banyak
Kerana fakta merangkumi bidang yang amat luas dan rencam
sebilangan besar pelajar akan lupa isi syarahan
J ones 91923), 60 peratus pelajar lupa isi syarahan sebaik sahaja keluar
dari bilik syarahan
Iris Paintal 91980) : 23 peratus lagi akan lupa selepas 8 minggu
3. Kurang interaksi antara guru dengan
pelajar a) Pemikiran kritis terbatas
b) Pemahaman berbeza
c) Pelajar tidak dapat memberi maklum balas

4. Kepantasan mengajar
Keana kesuntukan masa, guru tidak akan mengambil kira tentang keperluan pelajar

5. Pelajar ramai
Suasana yang tidak selesa
Gangguan lain

Kaedah Syarahan Yang Berkesan
Peranan guru :
a. Menyusun struktur syarahan
b. Merancang dan mengumpul bahan-bahan dan fakta
c. Membuat persediaan rapi
d. Menguasai beberapa kemahiran

-pengenalan : menarik perhatian dan meruntun fikiran
pelajar membuat edaran bahan dan risalah tentang isi
syarahan -penyampaian : penguasaan syarahan
melalui pembacaan latihan berulang kali

5. KAEDAH DAPATAN


Kaedah penyelidikan/heuristic (Greek : eureka sudah dapat diketahui)

Menekankan proses belajar dengan menggunakan cara penyelidikan
secara pensendirian berasaskan pemerhatian, kaji uji dan ujian

Melibatkan aktiviti mengenalpasti, memerhati , mengkaji, mengumpul
data, menganalisis, membuat pemerhatian dan melakukan rumusan

J enis Kaedah Dapatan
a. Kaedah Dapatan Berstruktur
Guru menyediakan suatu siri aktivit yang berkesinambungan
Pelajar diberi panduan dan bimbingan untuk menjalankan penyelidikan
Pelajar membuat kesimpulan hasil dari penyelidikan




6. KAEDAH SOKRATIK


Mengambil sempena nama ahli falsafah Greek, Socrates (470 399 SM)
Mengutamakan penyoalan
Bertujuan untuk meningkatkan taraf pemikiran pelajar secara logic dari
yang belum diketahui kepada yang diketahui
peringkat tinggi.Taraf pemikiran yang boleh dicapai bergantung
kepada jenis soalan yang ditanya ; peringkat rendah ----

J enis-jenis Soalan
1) Peringatan
Sangat popular
Tentang perkara-perkara dan orang dalam Sejarah

Cth. Siapakah pelukis potret Mona Lisa
Bilakah Perjanjian Pangkor ditandatangani?
Pelajar tidak dikehendaki menggunakan daya
pemikiran 2) Pemikiran
Memerlukan penjelasan atau sebab-sebab
Pelajar mencari maklumat dan membuat hubungan dalam pemikiran
mereka di antara beberapa factor
Mencari perhubungan sebab dan kesan

Cth. Apakah factor-faktor yang telah mencetuskan Revolusi
Perancis? Mengapakah Inggeris campur tangan di Tanah Melayu?

3) Pertimbangan
Pelajar dapat dilatih dalam kemahiran Sejarah
Pelajar digalakkan membuat keputusan sendiri terhadap tiap-tiap kejadian
Pelajar tidak semestinya menerima sebagai benar keterangan dan pendapat
guru atau pengarang buku.

Cth. Adakah benar penjajahan J epun tidak membawa sebarang
kebaikan kepada Tanah Melayu?
Adakah benar imperialisme Barat telah memberi manfaat kepada
masyarakat setempat?

4) Mencipta/Kreatif
Menggalakkan pelajar memikirkan penyelesaian kepada masalah-
masalah yang dihadapi oleh manusia
Mencipta cara-cara baru untuk mengatasi masalah

Cth. Bolehkah anda cadangkan cara-cara untuk mengelakkan
persengketaan antara kuasa-kuasa besar?


7. KAEDAH PENERANGAN


Amalan biasa bagi menerangkan idea-idea, faktor-faktor dan peristiwa penting.
Disertai dengan alat bantu mengajar yang lain seperti papan putih, ohp dll.
Untuk menjelaskan keadaan sesuatu masalah

Cth. Alasan alasan yang digunakan oleh Raffles untuk menduduki Singapura 1819.

J enis Penerangan
1) Interpretatif
Memberi focus dan penekanan dari segi maksud, pernyataan atau isu-isu

2) Deskriptif
Menjelaskan proses-proses struktur atau prosedur-prosedur.

Cth. Bincangkan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada Perang Dunia
Pertama Sebab Musabab
Melibatkan prinsip-prinsip/generalisasi, motif atau nilai-nilai dan
penerangan yang melibatkan sebab musabab.

Cth. Mengapakan Tun Perak begitu terkenal pada zaman keagungan
kerajaan Melayu Melaka?

Peranan Guru
Penerangan mempunyai struktur yang jelas dan menarik
Keberkesanan bergantung kepada minat dan kesungguhan guru
Melibatkan aspek peribadi guru seperti :
Corak dan gaya muka
Suara, pergerakan tangan
Kekakuan dan nada suara.



8. KAEDAH SIMULASI




Mewujudkan satu situasi untuk menyerupai keadaan sebenar.
Melibatkan pelajar-pelajar melakonkan sesuatu perkara (secara berpura-
pura) dalam suatu suasana yang terancang.

J enis-jenis Simulasi


1) Lakonan/Drama
Berskrip
Tanpa Skrip

2) Sosio drama
Pelajar cuba menyelesaikan sesebuah masalah sosial
Pelakon diberi peranan watak sejarah dan suatu masalah atau isu
dalam sejarah. 3) Perbahasan

Pemidato memegang peranan sebagai seorang tokoh sejarah atau
sebagai seorang tokoh sejarah yang membahaskan sesuatu isu sejarah.
Syarahan kecil (lecturette) dilakukan oleh seorang pelajar kepada
rakan-rakan sekelas dan mereka memberi markah.
Cth : seorang pelajar menerangkan apa yang sebenarnya dilihat dan
dirasai oleh Marco Polo dalam pengembaraanya.

4) Simulasi Segera
Guru memberi penerangan tentang sesuatu tajuk .
Guru meminta pelajar memegang sesuatu peranan dan mengambarkan
bagaimana peristiwa itu berlaku.
Cth : J ika anda tokoh x , apakah yang akan anda
lakukan ? Bagaimana reaksi anda terhadap ?

5) Permainan
Terancang dan berstruktur seperti board games dan teka silang kata.


Kelebihan Kaedah

Memperkembangkan kemahiran pendidikan imaginasi , pertimbangan ,
sintesis dan perhubungan secara lisan.
Kesan yang kuat kepada daya ingatan pelajar
Menjamin perkembangan pengetahuan sejarah kerana ia
menitikberatkan aspek afektif.
Menolong mengatasi masalah pelajar yang berbeza kebolehan .
Menimbulkan tahap keinginan yang tinggi untuk belajar.



9. KAEDAH KAJ I PETA


Takrif Peta : bahan grafik
: mengandungi petunjuk dan simbol untuk mendapatkan gambaran yang
jelas tentang sesuatu kawasan.
: Satu kod yang perlu di beri perhatian , ditafsir dan diinterpretasi.



Penggunaan Peta : Sangat berkesan , menarik minat dan menggalakkan
penglibatan pelajar yang aktif.
: sekali sekala
: tidak boleh dijadikan kaedah utama.
: bahan tambahan atau sokongan .
: untuk menjelaskan peristiwa yang berlaku.

Kepentingan dalam P&P Sejarah

1. - memberi lokasi sebenar sesuatu peristiwa sejarah.
- memberi peluang kepada pelajar menghubungkaitkan peristiwa
sejarah dengan faktor persekitaran yang mungkin mempengaruhi.

2. dapat memberi gambaran tepat tentang jarak dan arah.
- membantu pelajar memahami sebab musabab sesuatu peristiwa sejarah.

Cara Penggunaan :

1. Bahan ilustrasi / bahan visual untuk kefahaman yang lebih
jelas Cth: Tamadun Dunia : dapat menunjukkan lokasi tamadun

2. Alat Bantu mengajar dan bahan sumber
Cth : Peperangan , imigrasi , jalan perdagangan

Kemahiran yang diperolehi :

1. mendapatkan maklumat
- melalui soalan-soalan guru yang membimbing pelajar untuk
mendapatkan maklumat.
- Maklumat ditukarkan kepada keterangan bertulis.

2. Memasukkan maklumat
- Pelajar menggunakan pengetahuan sejarah dan pemahaman mereka
tentang simbol-simbol kartografi.


10. KAEDAH KAJ I GAMBAR


Takrif : Kaedah P&P yang menggunakan gambar
: Pelajar lebih memahami sesuatu peristiwa dengan lebih bermakna
Cth : gambar gambar dalam buku teks , buku-buku sejarah , fotografi ,
poskad ilan , poster dan kartun.

Penggunaan gambar : menggunakan daya imaginasi bagi
menyelesaikan masalah berkaitan dengan sesuatu tajuk
: boleh dibimbing memahami persoalan tentang sejarah
: penggunaan secara terancang.
: perlu cungkil maklumat yang tekandung dalam sesuatu gambar.
: guru menyediakan soalan-soalan yang berkaitan dengan gambar
Soalan umum
Soalan Khusus
Soalan yang memerlukan jawapan yang terperinci
Soalan yang memerlukan interpretasi
: penggunaan untuk aktiviti
inkuiri. Kebaikan:
i. - Menambah pengalaman intelektual pelajar
- menambah pengetahuan yang tidak boleh diperolehi melalui
cara lain. ii. - Melatih pelajar mempunyai pemikiran kritis
- melatih pelajar mentafsir keterangan visual

Cara penggunaan :
I. Secara individu (aktiviti inkuiri)
- gambar yang sesuai
- mempunyai maklumat yang dapat membantu
- guru mengemukakan soalan-soalan.
- Perbincangan kelas.
II. Secara berkumpulan
- edarkan gambar-gambar dan soalan-soalan kepada kumpulan-kumpulan.
- Kaji gambar daan bincang soalan.
- Kumpulan membuat laporan
- Guru beri komen-komen tentang jawapan
- Guru mengemukan soalan yang lebih susah.
- Pelajar diberi peluang membuat hiptesis sendiri.
III. Secara bersiri untuk menunjukkan hubungkait perkembangan dan perubahan
- gambaran dapat menunjukkan corak , variasi dan perubahan melalui masa.
- Pelajar memberikan sebab berlakunya perubahan.
- Pelajar menulis esei dengan menggunakan gambar-gambar dari buku-
buku sejarah lain dan buku teks.


11. KAEDAH KAJ I DOKUMEN


Takrif : Dokumen merupakan bahan bertulis / bercetak

J enis Dokumen :
Laporan saksi
Laporan rasmi
Surat perjanjian / persetiaan
Perisytiharan
Akta Parlimen
Memorandum
Catatan peringatan
Rekod kerajaan
Wang kertas
Surat persendirian
Bil-bil
Cop mohor
Peta sejarah

Tujuan :
Membolehkan pelajar melihat dan mengkaji sumber utama
Membolehkan pelajar sedar tentang kepentingan dokumen untuk penulisan sejarah.
Meyakinkan pelajar tentang ketepatan fakta.
Memberi peluang kepada pelajar berperanan sebagaisejarawan.
Memberi peluang kepada pelajar untuk mengeluarkan pendapat/ pandangan.
Meningkatkan kemahiran mentafsir , menganalisis , menilai ,
membuat perbandingan dan merumus sejarah.

Cara Penggunaan
Dapatkan dokumen asal dan buat salinan untuk edaran kepada pelajar.
Pastikan pelajar ada pengetahuan / latar belakang tentang dokumen yang dikaji.
Menyunting atau menukarkan bahasa yang digunakan dalam dokumen
asal kepada bahasa yang mudah difahami.
Menyediakan soalan-soalan mengikut objektif P&P dari senang ke susah


12. KAEDAH TUTORIAL


Sesuai digunakan untuk kelas yang kecil.
Tugasan diberi secara bergilir-gilir untuk mencari bahan-bahan rujukan dan bacaan.
Masa ditetapkan untuk melengkapkan tugasan.
Sessi pembentangan kepada ahli kelas.
Rakan kelas mengemukakan soalan.
Akan berlakunya interaksi antara guru dan pelajar-pelajar.
Guru membuat rumusan.
Sesuai untuk peringkat SPM.


13. KAEDAH TUNJ UK CARA / DEMONSTRASI


Proses P&P dimana seseorang guru berbuat sesuatu dengan kehadiran
pelajar untuk menyaksikannya.
Melibatkan aktiviti penerangan dengan guru menunjukkan cara membuat sesuatu.
Melibatkan juga aktiviti pendengaran , penglihatan dan percubaan pelajar.
Dapat memusatkan perhatian pelajar kepada langkah-langkah dan
peraturan yang terlibat dalam sesuatu proses.
Menggunakan alat pandang dengar.

Tujuan
Pelajar dapat mencontohi sesuatu dengan lebih tepat dan mudah.
Memperkukuhkan ingatan pelajar.
Memudahkan pelajar membentuk konsep dan prinsip.
Menarik minat kerana boleh melihat secara peribadi.
Meningatkan pelajar tentang aspek penting yang seharusnya di beri perhatian.
Mendapat latihan amali untuk membina kemahiran yang tepat dan kukuh.

14. J enis-jenis Tunjuk Cara

1. Model hidup
2. Model Simbolik
3. Model Persepsi

Kelebihan
Pelajar dapat melihat dan mendengar
Idea dan prinsip dapat diilustrasikan
Mengekalkan perhatian dan ingatan
Pelajar dapat menjayakan demonstrasi dan membentuk kemahiran dan sikap



15. KAEDAH PENGGUNAAN BUKU TEKS


Buku Teks adalah bahan sokongan
Isi Kandungannya tidak boleh dianggap lengkap.

Kemahiran Penggunaan.
1. Kemahiran membuat rujukan seperti :
Mencari maklumat
Menggunakan indeks
2. Kemahiran memahami seperti
Memahami petikan atau perenggan tertentu
Memahami makna perkataan dan frasa.
Memahami perkaitan idea
Cth : Renaissance dan Reformation Imperialisme dan Nasionalisme
Memahami carta , peta , rajah dsb.
3. Kemahiran Analisis dan Kritis
Pelajar dibimbing supaya membaca dengan kritis
Menimbulkan persoalan kepada setiap perenggan dan pernyataan.
Melatih pelajar membaca dengan lebih bijak.
Mengasingkan fakta penting dengan yang tidak penting.
Mempunyai pandangan dan fikiran yang tajam.
4. Kemahiran Imaginatif
Pelajar membayangkan / mengandaikan bahawa mereka berada pada
suatu zaman atau situasi
Cth : zaman Renaissance
:zaman Pericles
Guru menggunakan isi kandungan buku
teks. 5. Kemahiran membuat nota
Dibimbing mencari maklumat yang tepat dari buku teks.

Latihan latihan Menggunakan Buku teks
Membina soalan kefahaman berdasarkan petikan atau mukasurat tertentu.
Membentuk soalan yang berbentuk imaginative bagi menghidupkn
sesebuah petikan yang dibaca.
Cth : katakanlah anda Abraham Lincoln
Apakah tuduhan yang akan anda ambil bagi mengatasi perang saudara di Amerika.
Meminta pelajar mengambil dan menyusun data yang berkaitan dengan
sesuatu persoalan dan masalah.
Cth : mencari data yang berkaitan dengan pertanian secara komersil di Malaysia
akibat imperialisme.
Membuat rajah , carta dll
Meminta pelajar menukarkan suatu petikan prosa kepada bentuk graf , carta dsbnya.
Membuat rujukan : memahirkan pelajar menggunakan semua bahagian
didalam buku teks dari muka surat kandungan hingga ke indeks.






16. KAEDAH LAKONAN

Satu cara lagi cara mempertingkatkan kesedaran pelajar tentang sesuatu peristiwa.
Memerlukan ketokohan guru dan pelajar.
Walaupun persediaan memakan masa yang lama tetapi boleh
mengembangkan imaginasi dan daya cipta pelajar
Mengalakkan hubungan sesame mereka.
Menghidupkan peristiwa lampau agar pelajar dapat merasakan seolah-
olah mereka sendiri sedang mengalaminya.
Imaginasi yang dibuat mestilah sedekat mungkin dengan alam
nyata (tidak mematikan kejadian sebenar.)
Boleh melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran sejarah.
Guru membuat rumusan selepas lakonan.



17. KAEDAH PROJ EK

Projek berdasarkan buku ialah penyelidikan / kajian yang terperinci tentang
sesuatu tajuk.
Dilakukan secara individu / berkumpulan
Di dalam atau di luar kelas
Pelajar bebas memilih tajuk dan pendekatan.
Pelajar bebas memilih cara mempersembahkan hasil penyelidikan dalam
pelbagai bentuk :
Risalah Buku
Skrap Model Kerta
Kerja Ilustrasi ICT.
Tujuan
Meluaskan pengetahuan dan memberi pengalaman kepada pelajar
menyelidik , menganalisis serta membuat sintesis.
Menggalak dan membina pemikiran , daya kreatif serta memupuk
semangat berkerjasama di kalangan pelajar.
Memberi peluang dan melatih pelajar merancang dan mengelola
sesuatu aktiviti pembelajaran secara individu atau berkumpulan.
Mengukuh dan menghubungkaitkan pengetahuan mata pelajaran sejarah
dengan mata pelajaran lain memerluka kemahiran dalam pelbagai bidang.

J enis jenis Projek.
1. Projek berdasarkan buku (Book based project)
Sumber utama - buku
Penyelidikan - di
sekolah - luar sekolah
Tempoh masa yang sesuai
2. Projek Luar (Field baed project)
Berdasarkan sesuatu tempat (Kajian sejarah Tempatan)
Bahan-bahan dari sumber setempat , arkib dan perpustakaan.
Keluarga pelajar merupakan seumber maklumat yang
berharga. 3. Projek Lawatan Berstruktur (Structural Visit)
Lawatan ke muzium tempatan atau tempat-tempat bersejarah.
Dirancang dan diatur dengan teliti
Setiap pelajar diberi tugasan sebelum lawatan.
Walaupun bergerak dalam kumpulan , tugasan dibuat secara individu.
Penyelidikan ada kaitan dengan apa yang di pelajari di kelas.
4. Projek Tugasan J angka Pendek (Short Project Task )
Tempoh masa yang singkat
Cth : Sejarah Keluarga

Biodata orang yang berjaya.

Cara-cara perlaksanaan
Individu / kumpulan
Senarai tajuk yang sesuai , walaupun pelajar bebas memilih.
Penerangan tentang kaedah kajian.
Organisasi bilik darjah sesuai dengan jenis aktiviti.
J angkamasa projek.
Bantuan dan bimbingan dalam semua hal yang berkaitan.
Soalan-soalan disediakan untuk soalselidik / Temubual.
Pelajar- pelajar membuat laporan secara berperingkat.

PDF to Word

You might also like