You are on page 1of 22

Kaedah Pengajaran Sirah Sekolah Rendah

Kaedah Pengajaran Sirah Sekolah Rendah

Kaedah merujuk kepada satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu

pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik.  Dalam menerangkan sesuatu

prosedur pengajaran dan pembelajaran guru boleh menggunakan kaedah yang sesuai

terutama kaedah-kaedah yang dapat  memenuhi keperluan murid.

 Dalam mengendalikan apa sahaja kaedah / teknik prinsip-prinsip berikut boleh


dijadikan panduan:
a.    Melibatkan pelajar secara aktif
b.    Menggalakkan pengalaman secara langsung
c.    Menekankan amalan dan penghayatan
d.    Mengambil kira kebolehan dan keupayaan pelajar
e.    Menyampaikan pengetahuan dan pengalaman secara
      bersepadu

Panduan   menggunakan  kaedah yang berbeza


a.    Mesti sesuai dengan murid
b.    Guru benar-benar faham kaedah yang akan digunakan.
c.    Pastikan kaedah itu  membantu pencapaian objektif P & P
d.    Dapat merangsangkan murid berfikir dan interaktif
e.    Memandu murid uuntuk mencapai kejayaan

Kaedah pengajaran sirah biasanya adalah berorientasikan sejarah. Oleh kerana itu
guru perlu menguasai beberapa kemahiran mengajar supaya pengajaran tersebut
menarik dan berkesan. Kesan daripada pengajaran sirah kepada pelajar ialah pelajar
dapat mengambil pengajaran dan iktibar daripada kisah-kisah yang mereka pelajari.
Antara objektif pengajaran sirah ialah:

1. Menyedarkan pelajar tentang perjalanan hidup dan perjuangan Rasulullah SAW


menegakkan agama Islam
2. Mengambil pelbagai pengajaran dan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku ke
atas umat yang terdahulu
3. Menjadikan Rsulullah SAW sebagi contoh ikutan yang terbaik
4. Menanamkan semangat dan cintakan Islam

Terdapat beberapa kaedah dan teknik pengajaran yang biasa digunakan oleh guru
untuk pengajaran sirah. Antara kaedah-kaedah yang terdapat dalam pengajaran dan
pembelajaran pendidikan Islam
1.          Soal jawab
2.          Projek
3.          Lawatan
4.          Main peranan
5.          Sumbangsaran
6.          Simulasi
7.          Bercerita
8.          Kuiz
9.          Dialog
10.        Bermain
11.        Penerangan/Syarahan/Kuliah
12.        Perbincangan

A.  Kaedah Bercerita
Kaedah bercerita ialah suatu teknik pengajaran di mana guru menyampaikan isi
pengajaran dan pembelajaran dengan cara bercerita yang menarik dan menghiburkan.
Oleh kerana itu, setiap guru seharusnya dapat menguasai prinsip-prinsip bercerita
supaya ianya dapat disesuaikan orang yang mendengar cerita tersebut.

i. Prinsip Kaedah Bercerita


Antara prinsip-prinsip bercerita ialah:

a. cerita mestilah mempunyai tema yang sesuai dengan umur, latarbelakang dan
pengalaman murid.
b. Cerita mestilah menggunakan bahasa yang sesuai. Bahasa perlulah mudah,
tepat dan jelas serta tidak mempunyai perkataan yang mengelirukan.
c. Plot cerita hendak tersusun teratur serta mempunyai permulaan dan
kesudahannya.
d. Penyampaiannya haruslah menarik dengan suara yang jelas serta intonasi yang
sesuai.
e. Gerak badan dan ekpresi mata perlulah berdasarkan kepada suasana dan mood
cerita seperti riang, sedih atau marah.

Dalam Pendidikan Islam, guru yang hendak bercerita mestilah ikhlas dan bercerita
semata-mata kerana Allah untuk mendidik pendengar supaya berakhlak mulia dan
bertakwa kepada Allah. Oleh itu, cerita-cerita yang dipilih adalah cerita yang boleh
memberi didikan dan pengajaran. Islam tidak bersetuju dengan cerita-cerita yang
berunsur khayalan, seks, karut dan khurafat.

ii. Langkah-langkah Pengajaran Sirah Menggunakan Kaedah Bercerita


Bagi memastikan objektif pengajaran tercapai dengan menggunakan kaedah bercerita,
guru terlebih dahlu perlu merangka langkah-langkah pengajaran. Antaranya:

a) Sebelum Sesi Bercerita

 Memilih cerita yang sesuai dengan tema dan isi pengajaran


 Wujudkan suasana yang memberansangkan dan sesuai dengan cerita
 Menyediakan soalan-solan yang sesuai untuk sesi bercerita
 Sediakan Bahan Bantu Mengajar yang sesuai

b) Permulaan Pengajaran
Menarik perhatian pelajar dengan menggunakan beberapa teknik. Antaranya:

 Gunakan set induksi yang menarik


 Mengemukan beberapa soalan
 Menunjukkan gambar, rajah dan peta
 Membuat kuiz dan teka-teki

c) Semasa Sesi Bercerita


Ketika guru bercerita perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

 Gaya dan nada suara yang sesuai


 Pandang semua pelajar dan adakan kontak mata
 Gunakan gerak isyarat atau bahasa badan
 Gunakan soalan sekiranya pelajar mulai bosan
 Libatkan murid dalam aktiviti berceria
 Terapkan nilai-nilai murni dalam cerita
d) Selepas Sesi Bercerita

 Beri peluang kepada pelajar bertanya dan mengemukakan soalan


 Menyoal pelajar mengenai pengajaran daripada cerita yang telah disampaikan
 Melakukan aktiviti yang sesuai sebagai tugasan susulan

 B.  Kaedah Perbincangan

Perbincangan merupakan satu kaedah yang melibatkan perbualan, mengeluarkan


pendapat, bertukar fikiran dan berkongsi maklumat mengenai sesuatu topik atau
masalah dengan tujuan untuk mencari penyelesaian. Tujuan kaedah ini adalah untuk
menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara beberapa orang pelajar tentang
sesuatu topik. Ia secara langsung dapat merangsang minat pelajar dan membimbing
mereka mendapatkan pengetahuan yang baru.

i. Pembahagian Kaedah Perbincangan


Kaedah ini terbahagi kepada dua iaitu:

a. Perbincangan Formal
b. Perbincangan Tidak Formal

a) Perbincangan Formal
Perbincangan Formal dijalankan secara perbahasan, forum pembentangan kertas kerja
dan sebagainya. Ciri-ciri perbincangan formal adalah seperti berikut:

• Penentuan Penglibatan Pelajar


Guru perlu menentukan terlebih dahulu pelajar yang akan mengambil bahgian.
Misalnya, jika guru ingin mengadakan forum, terlebih dahulu ditentukan pelajar yang
akan menjadi ahli panel. Begitu juga dengan tugas-tugas lain seperti
pengerusi,pencatat dan penjaga masa.

• Masa yang Mencukupi


Pelajar diberi masa yang mencukupi untuk mencari bahan yang akan disampaikan.
Bahan boleh didapati daripada berbagai sumber seperti majalah, surat khabar, internet
dan sebagainya.

• Penglibatan Ramai Pelajar


Sebaik-baiknya guru perlu melibatkan seberapa ramai pelajar yang boleh. Dalam aktiviti
forum misalnya, pelajar yang menjadi diberi peluang untuk menyatakan pendapat
mereka. Penglibatan pelajar yang ramai akan menjadikan pengajaran guru lebih
berkesan.

• Aktiviti Susulan
Aktiviti perbincangan perlu disusuli dengan aktiviti lain. Dalam pengajaran akhlak
misalnya, tajuk forum boleh dijadikan tajuk karangan atau esei. Dengan cara ini pelajar
akan memberi tumpuan kepada perbincangan tersebut.

• Ulasan Guru
Setelah tamat perbincangan guru, perlu memberi komen atau pendapat. Isi
perbincangan perlu ditambah dan beberapa perkara yang dibincangkan hendaklah
diulas semula oleh guru.

b) Perbincangan Tidak Formal

Bagi perbincangan tidak formal pula biasanya dijalankan tanpa memerlukan persiapan
rapi seperti perbincangan formal. Antara ciri-ciri perbincangan tidak formal ialah:
• Guru Menjadi Pengerusi
Dalam perbincangan tidak formal guru bertindak sebagai pengerusi. Perbincangan
dibuka kepada semua pelajar. Guru perlu memberi peluang kepada seberapa ramai
pelajar untuk memberikan pendapat mereka. Guru juga perlu menggalakkan pelajar
yang pasif supaya mengambil bahagian.

• Kawalan Kelas
Kawalan kelas adalah penting untuk mengelakkan pelajar daripada berebut-rebut untuk
bercakap. Ketegasan guru perlu untuk menjadikan perbincangan lebih teratur. Guru
juga perlu menentukan agar perbincangan tidak dimonopoli oleh pelajar tertentu sahaja.

• Pembahagian Kumpulan
Pelajar boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Mereka diberi masa yang
yang mencukupi untuk membincangkan tajuk-tajuk yang telah ditentukan. Setiap
kumpulan perlu melaporkan hasil perbincangan dalam kumpulan mereka.

Kaedah ini  berkesan untuk dilaksanakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran 
sirah kerana kerana perbincangan melibatkan pelajar secara langsung dalam
pembelajaran. Malah mereka dilatih untuk memberi pendapat dan menghormati
pendapat orang lain. Mereka juga turut bekerjasama dan merancang sesuatu sebelum
membuat keputusan.

C.  Kaedah Lakonan

Kaedah lakonan iaah satu kaedah pengajaran yang berbentuk drama pendek atau
sketsa yang melibatkan lebih daripada dua orang pelajar. Setiap pelajar melakonkan
watak dan peranan yang diperlukan mengikut skrip atau isi pengajaran. Misalnya,
dalam pengajaran sirah, pelajar dikehendaki melakonkan babak yang berkaitan dengan
perjanjian Hudaibiah. Pelajar-pelajar yang terpilih melakonkan babak tersebut dan
pelajar-pelajar lain memerhatikannya.

Dalam kaedah ini, pelajar-pelajar menjalankan aktiviti lakonan dan berpeluang


mengalami sendiri situasi dan masalah. Pelajar-pelajar juga digalakkan membuat
berdasarkan maklumat-maklumat yang dikumpulkan ketika menyaksikan lakonan
tersebut di samping itu pelajar juga boleh mendapatkan maklumat melalui temuramah
dengan individu-individu tertentu yang terlibat dengan lakonan tersebut. Pada akhir
lakonan guru dan pelajar akan membincangkan peristiwa tersebut dan memberi ulasan
dan pendapat masing-masing. Melalui kaedah ini, pelbagai kemahiran dapat
digabungjalinkan seperti kemahiran lisan, mengambil nota dan catatan, kemahiran
menulis dan mengarang serta kemahiran membuat keputusan.

Untuk menjalankan kaedah lakonan, beberapa perkara perlu diberi perhatian.


Antaranya:

• Peristiwa Yang Sesuai


Tidak semua peristiwa atau episod sesuai dilakonkan. Pilih peristiwa yang agak relevan
dengan isi pengajaran. Episod yang dipilih itu sebaik-baiknya tidak memerlukan begitu
ramai pelakon.

• Pelakon Memahami Situasi


Pelajar yang dipilih hendaklah benar-benar memahami peristiwa tersebut. Guru perlu
menjelaskan terlebih dahulu situasi yang hendak dilakonkan seperti punca dan akibat
peristiwa itu berlaku. Setiap pelajar perlu memahami dan menghayati watak masing-
masing.
• Penjelasan Kepada Penonton
Guru perlu menjelaskan kepada pelajar-pelajar mengenai apa yang mereka
tonton.Dengan penjelasan ini, pelajar-pelajar lain akan dapat atau cuba memahami apa
yang cuba dilakonkan oleh rakan mereka.

• Pelakon Yang Sesuai


Sebaik-baiknya pelakon dipilih secar sukarela. Pemilihan secara sukarela ini
dijangkakan memberikan hasil yang lebih berkesan. Lakonan boleh diulang. Guru juga
boleh menggunakan pelajar-pelajar lain untuk mengulangi lakonan tersebut.

• Lakonan Secara Bebas


Biarkan pelajar memainkan peranan dn watak mereka secara bebas. Pelakon tidak
perlu terlalu terikat dengan skrip. Walaubagaimanapun guru perlu mengawasi pelajar
agar mereka tidak menyeleweng dari situasi yang sepatutnya mereka lakonkan.

• Perbincangan selepas Lakonan


Setelah selesai lakonan, guru dan pelajar hendaklah berbincang tentang babak yang
telah mereka saksikan. Hasil perbincangan ini dapat membantu pelajar lebih
memahami peristiwa yang mereka pelajari.

Langkah-langkah Kaedah Lakonan Dalam Pengajaran Sirah

Bi Kaedah Huraian
l
 Melatih murid-murid memberikan pendapat atau
1 Perbincangan idea-idea mengenai sesuatu topik yang ditetapkan.
 Guru dalam hal ini bertindak sebagai fasilitator atau
pemudahcara.
 Kaedah ini sering bergandingan dengan kaedah
sumbang saran iaitu murid memberi idea atau
pandangan dalam bentuk perbincangan.
 Faedah menggunakan teknik ini ialah murid-murid
dapat bebas bersuara menyatakan pandangan dan
menggalakkan pertukaran idea antara beberapa
orang murid. Maka secara tidak langsung
membimbing mereka memperolehi pengetahuan
baru.

 Ia merupakan bentuk pertandingan menjawab


2 Kuiz soalan.
  Faedah atau rasionalnya menggunakan kaedah ini
ialah merangsang dan menguji pemikiran murid
untuk mengingat kembali dan memahami semula
fakta dari topik yang dipelajari secara berperingkat-
peringkat.
 Prinsip penyoalan ialah dari mudah kepada yang
susah, dari jauh kepada dekat atau sebaliknya, dari
yang umum kepada spesifik atau sebaliknya.
 Aktiviti akan menjadi sangat menarik sekiranya
diselit dengan unsur-unsur hadiah yang mudah
kepada murid-murid yang berjaya menjawab
soalan-soalan tersebut dengan baik.

 
 Guru mengemukakan soalan dan murid menjawab
3 Soal Jawab dengan jawapan yang sewajarnya.
 Faedah dan kebaikan melaksanakan kaedah ini
ialah guru dapat menggalakkan murid berfikir dan
memberi tumpuan terhadap pelajaran sekali gus
mengelakkan mereka memikirkan perkara lain.
 Kaedah ini juga memudahkan murid memahami
dengan lebih cepat kerana mereka berpeluang
menyoal guru untuk mendapatkan penjelasan lanjut
berkenaan tajuk pelajaran.

  Teknik perbualan mengenai sesuatu tajuk.


4 Dialog  Faedah dan praktikalnya menggunakan kaedah ini
dalam P&P Asas Ulum Syariah (Sirah) ini ialah
dengan berdialog sesama murid kita dapat
menyampaikan banyak maklumat dan secara tidak
langsung penerapan nilai-nilai murni dapat disemat
di dalam jiwa mereka.

 Iaitu anda menyampaikan isi pelajaran dengan


5 Cerita menggunakan kaedah bercerita.
 Faedah menggunakan kaedah ini ialah P&P anda
akan lebih menarik dan berkesan kerana
kebiasaannya murid-murid gemar mendengar
gurunya bercerita. Kaedah ini dapat
membangkitkan perasaan ingin tahu di kalangan
murid-murid.
 Mereka juga akan lebih memberikan tumpuan
lebih-lebih lagi anda menyelitkan unsur-unsur
humor atau percintaan, intonasi suara yang
pelbagai dan sekali gus anda dapat mengawal
kelas dengan baik.

 Ia merupakan aktiviti susulan selepas mengajar


6 Lawatan sesuatu topik atau pun mengajar kemahiran baru
yang memerlukan kepada lawatan.
 Faedah melaksanakannya ialah murid-murid dapat
menghayati topik yang dipelajari dengan lebih
mendalam dan memperolehi pengalaman dan
pengetahuan baru semasa sesi lawatan.

Aplikasi Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sirah Sekolah Rendah

Mata pelajaran Pendidikan Islam


Bidang Sirah
Masa 30 minit
Tajuk Dakwah Rasulullah di Makkah:
Dakwah kepada keluarga secara sulit.
Kaedah Cerita, dialog dan kuiz.
Gabung jalin Membaca dan memahami
Penyerapan ilmu Geografi, Sejarah dan Akhlak.
Penerapan nilai Mencontohi kepimpinan dan keperibadian Rasulullah
s.a.w. dan penguasaan ilmu pengetahuan.
Kemahiran Mengenal pasti dan memberi refleksi mengenai
berfikir peristiwaperistiwa yang berlaku semasa Rasulullah s.a.w.
menyampaikan dakwahnya.
Sumber/Media Petikan cerita, skrip dialog dan soalan kuiz
Pengajaran
Hasil Aras 1: Murid dapat menyebut dan membaca topik
Pembelajaran dakwah Rasulullah  s.a.w. di Makkah secara sulit dengan
betul.
Aras 2: Murid dapat menganalisis perkara-perkara penting
dari dakwah Rasulullah s.a.w. secara sulit di Makkah
dengan tersusun.
Aras 3: Murid dapat menyenaraikan beberapa pengajaran
dari dakwah Rasulullah s.a.w. secara sulit di Makkah
dengan baik.

Cadangan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran adalah seperti berikut;

 1. Kaedah Bercerita                                    

Ø  Petikan cerita Rasulullah s.a.w menyampaikan dakwah kepada keluarga terdekat


secara sulit.
Ø  Setiap pelajar mendapat salinan cerita tersebut.
Ø  Pelajar-pelajar membaca cerita tersebut secara individu – bacaan senyap.
Ø  Beberapa orang pelajar menceritakan semula kepada rakan-rakan dalam kelas.
Ø  Guru memerhati dan meneliti aktiviti tersebut sambil membetulkan kesilapan.

2. Kaedah dialog

Ø  Dialog Rasulullah semasa berdakwah kepada keluarganya.


Ø  Pelajar-pelajar membaca dialoq tersebut dengan teliti secara bacaan senyap.
Ø  eberapa orang pelajar membaca dialog tersebut di hadapan kelas  -bacaan kuat.

3. Kaedah Kuiz

Ø  Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan.


Ø  Guru mengemukakan soalan kuiz berhubung dengan pelajaran Sirah : Rasulullah
berdakwah kepada keluarga.
Ø  Setelah tamat aktiviti tersebut pelajar dan guru membuat rumusan .
Ø  Di samping itu pelajar membuat inferen dan refleksi.

Cadangan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Sirah Tahun 1

i.              Tajuk : Tanda-tanda Kenabian Nabi Muhammad s.a.w

(a) Mengadakan perbincangan dengan murid tentang peristiwa tentera bergajah


menyerang kota Mekah. Saya ingin mencadangkan supaya perbincangan dibuat
dengan bantuan cerita bergambar, anda perlu menyediakan gambar-gambar yang
boleh menunjukkan rentetan peristiwa tersebut seperti gambar tentera bergajah,
ka’bah, sekawan burung dan peta kedudukan Mekah dan Yaman (tempat asal
Abrahah). Dengan menggunakan gambar-gambar tersebut, anda menggunakan teknik
bercerita, kerana teknik bercerita adalah satu teknik yang sangat berkesan kepada
murid-murid tahun satu.

(b) Mengadakan perbincangan tentang kejadian-kejadian luar biasa sebelum, semasa


dan selepas kelahiran Muhammad s.a.w. Anda boleh membahagikan murid-murid
kepada enam kumpulan, kemudian anda edarkan untuk satu kumpulan satu peristiwa
luar biasa itu dan meminta setiap kumpulan memahaminya. Setelah itu, setiap
kumpulan diminta untuk membentangkan iktibar dan pengajaran dari peristiwa yang
berlaku.

(c) Sumbangsaran tentang keperibadian Nabi s.a.w yang mulia sejak kecil hingga
dewasa. Semasa anda menjalankan aktiviti sumbangsaran ini, anda perlulah
mengaitkan dengan kehidupan seharian murid, supaya mereka dapat membuat satu
perbandingan berkaitan dengan akhlak Nabi dan akhlak mereka. Selepas mereka
mengeluarkan berbagai pendapat dan membuat banding beza, anda perlu membuat
proses dan kesimpulan daripada perbincangan tersebut.

ii. Tajuk  : Silsilah Keturunan Nabi Muhammad s.a.w

(a) Menggunakan Carta Salasilah Nabi Muhammad s.a.w.


Anda tampal satu carta salsilah Nabi s.a.w dari sebelah bapa dan sebelah ibu, sambil
memberi penerangan tentang salasilah Nabi s.a.w yang sampai kepada Nabi Ismail a.s,
kemudian anda nyatakan bagaimana dan di mana nasab sebelah bapadan sebelah
ibunya bertemu. Saya ingin menarik perhatian anda, ibrah dari kisah ini yang paling
penting iaitu anda hendaklah memberi penekanan kepada bagaimana salsilah Nabi
s.a.w itu suci dari kekufuran atau jahiliyyah.

(b) Membuat Gerak Kerja Secara Berkumpulan

Berbagai gerak kerja secara berkumpulan boleh dilakukan. Di sini saya ingin
mencadangkan beberapa contoh gerak kerja yang boleh membantu anda semasa
menjalankan aktiviti:
i. Anda edarkan kepada setiap kumpulan satu kertas mahjong dan minta mereka
melakarkan grafik yang mudah untuk menunjukkan salsilah Nabi Muhammad s.a.w.
Mereka boleh menggunakan kretiviti mereka dalam membuat grafik tersebut.

ii. Membuat teka silangkata berkaitan dengan salsilah Nabi s.a.w, sebagai contoh saya
lakarkan di bawah ini:
Melintang:
a. Nasab sebelah bapa dan sebelah ibu Nabi Muhammad s.a.w bertemu.
b. Beliau adalah datuk kepada Nabi Muhammad s.a.w sebelah ibu.
Menegak:
c. Nasab Nabi s.a.w dikatakan sampai kepada Nabi ____________ a.s.
d. Salah seorang anak Nabi Ismail a.s.

iii. Mengadakan pertandingan bercerita. Anda dikehendaki menyediakan beberapa


cerita pendek berkenaan dengan salsilah Nabi s.a.w, kemudian anda mengadakan
pertandingan bercerita diantara kumpulan. Kaedah ini dapat mencungkil bakat
muriddan melatih murid berani bercakap di hadapan orang ramai.

iii. Tajuk : Penyusuan Nabi Muhammad s.a.w

(a) Membuat perbincangan dengan murid tentang kisah penyusuan Rasulullah s.a.w
dengan menyatakan siapa yang menyusu baginda dan tempoh penyusuan. Sering kali
diingatkan, agar anda mengaitkan dengan keadaan semasa, sebagai contohnya,
penggunaan susu lembu yang menggantikan susu ibu.

(b) Menceritakan kepada murid anda tentang pentingnya penyusuan susu ibu kerana ia
adalah fitrah yang Allah buat untuk manusia. Kaedah sumbang saran adalah kaedah
terbaik untuk melihat tahap kefahaman murid dalam topik di atas.
iv. Cadangan aktiviti penilaian bagi tajuk Tanda-tanda Kenabian Nabi Muhammad
s.a.w.

Aktiviti penilaian penting dijalankan untuk memastikan sesi pengajaran dan


pembelajaran telah mencapai hasil yang ditentukan dalam huraian sukatan.
Berdasarkan kepada topik di atas anda perlu pastikan murid telah dapat menguasai
perkara berikut:

o 1.    Menyatakan kisah tentera bergajah


o 2.    Menyebut satu persatu perkara luar biasa yang berlaku terhadap Nabi
s.a.w
o 3.    Menghuraikan Salsilah keturunan Rasulullah hingga ke Nabi Ismail
a.s
o 4.    Menyatakan Kepentingan penyusuan Nabi s.a.w di kampung
o 5.  Menyebut satu persatu rukun Islam

B.  Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Sirah Tahun 2

i. Tajuk : Nabi dididik dalam masyarakat  desa.

1. Set Induksi: Guru menayangkan gambar suasana kampung menggunakan


media elektronik. Guru meminta pelajar bersoal jawab berkaitan dengan
tayangan. Perbincangan pelajar dikaitkan dengan bagaimana Nabi dididik dalam
masyarakat desa.

2. Antara kaedah yang boleh dilakukan ialah:

(i)            Bercerita
(ii)           Sumbangsaran
(iii)          Bersoal jawab
(iv)         Kajian teks
3. Guru bercerita suasana masyarakat desa ketika Nabi dibesarkan.
4. Guru meminta sumbangsaran daripada pelajar dengan mengaitkan nilai-nilai
murni masyarakat desa.
5. Guru bersoal jawab dengan pelajar empat kesan pembentukkan diri Nabi
dibesarkan di desa.
6. Guru meminta pelajar membuat kajian kes tentang kemahiran dan pengalaman
yang diperolehi Baginda semasa kecil.
7. Guru membuat rumusan terhadap semua isi pembelajaran.

(a)  Bincangkan nilai-nilai murni masyarakat desa.


(b)  Menulis kemahiran dan pengalaman yang diperolehi oleh Nabi semasa di desa.
Aktiviti 7.1
ii. Tajuk  : Kewafatan Bapa dan Ibu

1. Set Induksi:

(i)      Guru memperdengarkan nasyid “selimut putih”/tolong kami bantu


      kami.
(ii)     Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan nasyid tersebut.
(iii)    Guru mengaitkan nasyid dengan isi pelajaran.
(a)  Bincangkan bagaimana cara menghargai jasa ibu dan bapa.
(b)  .Lakonan berkaitan keperihatinan terhadap anak yatim.ktiviti 7

2. Antara kaedah yang boleh dilakukan ialah kaedah:

(i)            Nasyid
(ii)           Bercerita
(iii)          Soal jawab
(iv)         Lakonan
(v)          Perbincangan

3. Guru menayangkan gambar berkaitan kematian manusia.


4. Guru bercerita mengenai peristiwa kematian bapa dan ibu Nabi.
5. Bersoal jawab berkaitan peristiwa kematian bapa dan ibu Nabi.
6. Bernasyid tolong kami bantu kami
7. Lakonan berkaitan keperihatinan terhadap anak yatim.
8. Guru membuat rumusan terhadap semua isi pembelajaran.

iii. Tajuk : Kematian Datuk Nabi

1. Set Induksi

(i)            Mempamerkan gambar solat jenazah.


(ii)           Bersoal jawab berkaitan dengan gambar solat jenazah.
(iii)          Mengaitkan dengan tajuk pelajaran.

2. Antara kaedah yang boleh dilakukan ialah kaedah:

(i)            Bercerita
(ii)           Perbincangan
(iii)          Soal jawab
(iv)         Sumbangsaran
(v)          Penerangan

3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang nama datuk Nabi.


4. Guru memberi penerangan mengenai pengalaman Nabi bersama datuknya.
5. Guru bercerita peristiwa kematian datuk Nabi.
6. Guru meminta murid membuat pantun tentang peristiwa kematian datuk Nabi.
7. Guru meminta sumbangsaran daripada murid kesan kematian datuk Nabi
kepada Nabi.
8. Guru membuat rumusan hasil sumbangsaran kesan kematian datuk Nabi.
9. Guru membincangkan tentang pengajaran dari peristiwa yang mendukacitakan
Nabi.
10. Guru membuat rumusan hasil perbincangan.
11. Guru membuat rumusan terhadap semua isi pembelajaran.

iv.  Tajuk : Pemeliharaan Nabi Oleh Bapa Saudara

1. Set Induksi

(i)      Guru mempamerkan gambar bapa saudara dengan anak saudara


       lelaki.
(ii)     Guru bersoal jawab dan mengaitkan dengan tajuk pelajaran.
a)   Jelaskan keadaan Nabi ketika dipelihara oleh bapa saudara   
      Baginda.
b)   Sebutkan pengalaman Nabi ketika bersama bapa saudaranyai 7.9

2. Antara kaedah yang boleh dilakukan ialah kaedah:

(i)            Bercerita
(ii)           Sumbangsaran
(iii)          Penerangan
(iv)         Kajian Teks

3. Guru bercerita dan memperdengarkan rakaman kepada pelajar tentang:


(i)            Nama bapa saudara Nabi dan peribadinya.
(ii)           Umur Nabi dan keadaan Baginda.
(iii)          Pengalaman yang diperolehi Nabi semasa dipelihara oleh Abu Talib.

4. Guru menerangkan iktibar atau pengajaran daripada akhlak Nabi.


5. Guru meminta pelajar membaca tiga teks berkaitan kesan pengalaman Nabi
bersama bapa saudaranya (buku teks).
6. Guru membincangkan kepentingan hidup berdikari.
7. Sumbangsaran berkaitan pengorbanan Abu Talib terhadap Nabi
8. Guru membuat rumusan terhadap semua isi pembelajaran.

Teknik Efektif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sirah

Huda ‘Ali dan Sa’dun Mahmud (2005) menjelaskan bahawa teknik-teknik pengajaran
mata pelajaran Sirah Rasul adalah bergantung kepada tajuk-tajuk yang diutarakan,
jenisnya dan kepanjangan atau kependekannya. Oleh itu, seseorang guru yang ingin
menjalankan pengajaran Sirah Rasul setelah memulakannya dengan sedikit
pengenalan, maka ia boleh menggunakan kesemua atau salah satu daripada tiga teknik
berikut :

(a) Teknik Pertama: Mengajukan Soalan-soalan Berserta Ulasan

Teknik ini dapat dilaksanakan dengan seseorang guru itu mengajukan soalan-soalan
berkaitan tajuk-tajuk dalam mata pelajaran Sirah Rasul. Ianya berkesan untuk menarik
perhatian murid-murid dengan mata pelajaran yang disampaikan. Dalam teknik ini,
terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan iaitu:
i. Soalan-soalan yang akan diajukan kepada murid-murid perlulah mengikut aliran
tahap-tahap tertentu seperti berikut: bermula dengan soalan-soalan bersifat
mudah, sederhana dan berpindah kepada soalan-soalan yang agak sukar bagi
melihat tahap pemahaman muridmurid dan kepintaran mereka.
ii. Jawapan-jawapan yang diberikan oleh murid-murid sebaik-baiknya diberikan
ulasan yang ringkas bagi memperjelaskan sebarang jawapan yang kurang tepat
dan sempurna. Guru juga boleh menambah ulasannya berpandukan kepada
kisah-kisah dalam Sirah Rasul yang menyokong huraian tersebut.
iii. Ulasan yang diberikan pula sebaik-baiknya dilakarkan dalam bentuk gambar
rajah atau senarai tajuk-tajuk utama yang meliputi namanama dan peristiwa-
peristiwa atau kisah-kisah tertentu.

(b) Teknik Kedua: Pembahagian Subjek Kepada Tajuk-tajuk Kecil

Teknik ini adalah teknik membahagikan Sirah Rasul kepada tajuk-tajuk yang lebih kecil
dan terperinci. Dalam teknik ini terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan iaitu:

i. Isi kandungan Sirah Rasul itu dibahagikan kepada unit-unit atau tajuk-tajuk yang
kecil di mana guru tersebut akan menghuraikan unit-unit tersebut. Di samping itu,
ia perlu juga mendengar reaksi atau respon murid-murid dan soalan-soalan yang
dikemukakan.
ii. Memastikan tajuk-tajuk bagi setiap unit itu ditulis dengan rapi di atas papan
hitam/putih dan menghuraikannya satu persatu berdasarkan turutan unit-unit
tajuk itu di samping mengambil perhatian kepada tarikh-tarikh penting bagi setiap
peristiwa Sirah Rasul yang dinyatakan itu.
iii. Membuat kesimpulan setelah selesai menghuraikan tentang unit-unit tajuk dalam
Sirah Rasul itu.
(c) Teknik Ketiga: Penghuraian dalam Bentuk Cerita

Teknik ini adalah teknik menghuraikan Sirah Rasul dalam bentuk penceritaan yang
berobjektifkan pendidikan dan mengambil pengajaran daripadanya. Dalam teknik ini
terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan iaitu:

i. Mengambil kira kronologi Sirah Rasul dari segi tarikh dan tahun peristiwa itu
berlaku dengan penghuraian berbentuk mudah dan jelas.
ii. Menyampaikan pelajaran tersebut dengan cara yang menarik perhatian murid-
murid agar respon yang baik diperolehi dan keberkesanannya tercapai di dalam
kelas.
iii. Sebaiknya watak-watak dan lokasi-lokasi Sirah dirujuk terlebih dahulu sebelum
mengajar, agar pengajaran lebih menarik.
iv. Menjelaskan peristiwa-peristiwa dalam Sirah Rasul dengan menyatakan sebab-
sebab ia terjadi dengan mengaitkan pelajaran-pelajaran Sirah Rasul dengan isu-
isu semasa.
v. Menggunakan teknik surprise atau kejutan yang mampu menarik perhatian
murid-murid untuk mengetahui cerita selanjutnya.
vi. Menggunakan media pengajaran untuk menjelaskan peristiwa-peristiwa dalam
Sirah Rasul dalam bentuk yang menarik dan memberangsangkan. Sekurang-
kurangnya papan hitam/putih adalah medium pengajaran yang baik untuk
memudahkan kefahaman murid-murid terhadap sesuatu mata pelajaran
khususnya Sirah Rasul.

You might also like