You are on page 1of 12

PENAMBAHBAIKAN

PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
(Kursus Penilaian Tahap Kecekapan 4 (PTK4)
DG48)
Di Cinta Sayang Golf And Country Resort
08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman)
1.KONSEP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

“Pengajaran” atau “pedagogi” bermaksud


bagaimana seseorang guru menyampaikan
pelajaran atau ilmu pengetahuan kepada
pelajar-pelajarnya. Ia merupakan satu proses
daripada persediaan untuk mengajar,
melakukan pengajaran, menilai kembali apa
yang telah diajar serta melakukan tindakan
susulan bagi menyempurnakan proses
pengajaran itu.
2. MATLAMAT PENGAJARAN

• Untuk menyampaikan maklumat


berbentuk ilmu pengetahuan
• Membolehkan pelajar menguasai
kemahiran kogintif, afektif dan psikomotor.
• Membantu pelajar memiliki nilai dan sikap
yang sihat.
• Menggalakkan pelajar berfikir secara kritis
dan kreatif.
• Membantu pelajar supaya boleh berdikari
3. PRINSIP-PRINSIP DALAM
PENGAJARAN
• Merancang pengajaran (pemilihan tajuk, kaedah
pengajaran, penyediaan bahan pengajaran, persediaan
nota guru, persediaan alat Bantu atau media penyampai)
• Penggunaan pelbagai teknik atau kaedah pengajaran.
• Melibatkan pelajar secara aktif semasa pengajaran.
• Mengambil kira perbezaan individu murid dari segi
kecerdasan intelek, emosi, latar belakang keluarga dan
persekitaran kehidupan.
• Mengaitkan isi pengajaran dengan pengetahuan dan
pengalaman pelajar.
• Merancang pemikiran pelajar melalui teknik dan bahan
pengajaran.
4. PRINSIP-PRINSIP
PEMBELAJARAN
• Persediaan pembelajaran atau pengetahuan
sedia ada pelajar.
• Perbezaan kebolehan, minat, pencapaian dan
keupayaan menerima pengajaran.
• Penglibatan aktif semasa belajar.
• Sokongan motivasi dalam diri dan dorongan
luar (seperti ibubapa, rakan dan guru)
• Suasana pembelajaran yang kondusif dan
mempunyai objektif.
• Pengulangan fakta atau latihan yang kerap akan
membantu mengukuhkan pembelajaran.
5. PENAMBAHBAIKAN P&P
• Unsur penambahan P&P ini amat penting
diberi perhatian oleh guru-guru terutama dari
segi:
i) Kaedah penyampaian isi pelajaran
ii) Keberkesanan P&P
iii) Eksploitasi teknologi terkini dalam P&P
iv) Penyediaan bahan pengajaran
v) Perluasan ilmu dan pengetahuan guru yang
global dalam sesuatu topik
6. APAKAH ASPEK YANG PERLU
“DITAMBAH” DALAM P&P?
6.1 Eksploitasi teknologi “Information and
Communication Technology” (ICT) dalam P&P
di bilik darjah
i) ICT sebagai medium penyampai pengajaran
ii) ICT sebagai sumber maklumat untuk isi
pengajaran
iii) Melalui penerokaan ICT
iv) Teknologi ICT sebagai pembantu pembinaan
bahan bantu mengajar atau bahan bantu
belajar
7. KREATIVITI PENYAMPAIAN
• P&P realistik
• Penglibatan aktif pelajar
a) Cara dan bentuk soalan yang dikemukakan di sepanjang masa
P&P
b) Bahan ransangan seperti gambar, filem, keratan akhbar,demonstrasi
guru, lembaran kerja, cerita guru dan sebagainya.
c) Teknik/Kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar mengambil
bahagian
d) Penggunaan alat bantu mengajar
e) “stail peribadi guru” akan menentukan pelajar “mahu” melibatkan diri
atau mendiamkan diri
f) Penggunaan ICT dalam pengajaran
g) Pengunaan “peta minda” dalam pengajaran
h) Eksploitasi bakat guru atau pelajar
i) Penggunaan keratan akhbar/majalah
8. SOKONGAN P &P
• Strategi “Head-count” mata pelajaran sendiri
• Strategi untuk pelajar lemah – berdasarkan “head-count”, pelajar
yang lemah dalam pembelajaran mata pelajaran tertentu perlu
diberikan penekanan khusus untuk membantu meningkatkan
prestasi mereka. Antara yang boleh dilakukan ialah :
i) Memberi hadiah galakan / pujian
ii) Menyediakan bahan bantu belajar yang lebih mudah
iii) Fokus kepada topik mudah
iv) Program pemulihan (terutama yang lemah membaca)
v) “KETAM” (Kelas Tambahan masa cuti / petang)
vi) “LATU” (Latih Tubi yang intensif)
vii) “LATAM” (Latihan Tambahan hujung minggu)
viii) “LULUSKAN” (Luluskan pelajar 30an)
9. PENYEDIAAN BAHAN BANTU
BELAJAR / BAHAN BANTU
MENGAJAR
• Nota isi sesuatu tajuk
• Bahan latihan atau lembaran latihan
• Modul permainan
• Skrip dialog / drama pendek / lirik “lagu” isi pengajaran
• Skrip dialog “choral speaking” isi pengajaran
• Rajah atau gambar dan soalan-soalan perbincangan
• Keratan akhbar
• Silang kata
• “puzzle” atau cantuman gambar / peta
• Puisi isi pengajaran
• Cerpen isi pengajaran
• Pantun isi pengajaran (pantun soalan dan pantun jawapan)
• Susunan gambar berkaitan isi atau tajuk.
10. SET INDUKSI YANG
MENARIK
Antara cara penampilan set induksi guru semasa mengajar ialah :
i) Bercerita (yang berkaitan dengan topik pengajaran)
ii) Mempamerkan gambar-gambar dan bersoal-jawab atau
melakukan sumbangsaran idea
iii) Menayang sedutan filem
iv) Memainkan lagu yang ada kaitan dengan tajuk
v) Mengemukakan soalan-soalan membuka minda dan meninjau
pengetahuan sedia ada
vi) Melakonkan sesuatu adegan
vii) “Membuat lawatan” ke lokasi tertentu berkaitan tajuk
viii) Mereka cerita lucu berkaitan tajuk
ix) Mengemukakan “teka-teki” berkaitan tajuk
x) Mempamerkan alatan atau bahan sebenar berkaitan tajuk
xi) Mengemukan ujian IQ atau permainan minda
SEKIAN
Terima Kasih

You might also like