You are on page 1of 12

ETNISITI:

Etnisiti Serta Cabaran Dalam


Membentuk Perpaduan Nasional

Oleh :
Marzudi Md Yunus (P50747)
Program Doktor Falsafah
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Tarikh : 6 November 2009

1
Konsep Etnisiti dan Etnik

Konsep etnisiti berasal daripada perkataan etnik yang sering kita temui
dalam pembacaan kita dari bahan ilmiah atau sebaliknya. Untuk memahami
konsep entisiti, konsep etnik perlu kita fahami terlebih dahulu kerana kedua-
duanya ada mempunyai perkaitan yang langsung. Kegagalan memahami
apa itu yang dikatakan etnik akan menimbulkan kekeliruan apatah lagi
konsep etnik ini sering disamakan dengan konsep ras yang lebih menjurus
kepada perbezaan biologi. Berdasarkan kepada Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka edisi keempat menjelaskan bahawa etnik adalah berkaitan dengan
bangsa atau kaum manusia yang hidup dalam sebuah sistem politik yang
sama dengan amalan kepercayaan dan unsur berbeza. Manakala ras pula
ditaksifkan sebagai keturunan oleh Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.

Berdasarkan kepada Shamsul (2007), dalam buku Modul Hubungan Etnik


menjelaskan bahawa etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia
yang mengamalkan budaya yang hampir seragam meliputi adat resam,
pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Menurut beliau lagi dalam buku
tersebut, konsep etnik mempunyai perkaitan dengan konsep ras dan bangsa
yang mempunyai maksud yang berlainan. Etnik dikelaskan melalui
perbezaan budaya yang dicirikan seperti adat resam, pola keluarga,
pakaian, nilai estetika, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Jika
dikaji daripada pandangan beliau ini bolehlah dikatakan etnik adalah suatu
konsep mengkategorikan kelompok manusia berasaskan kepada sistem
kehidupan yang diamalkan oleh sesuatu kelompok manusia.

Bagi konsep etnisiti pula, beliau menjelaskan ia terbit daripada konsep etnik
yang merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kelompok manusia terhadap
kelompok etniknya. Ia wujud akibat daripada persamaan budaya atau sub
budaya yang difahami dan diamalkan oleh kelompok itu, menerbitkan
semangat penyatuan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku.
Penyatuan aspek-aspek yang disebut tadi menyebabkan pola pemikiran dan
penilaian terhadap suatu menjadi suatu yang kolektif oleh mereka yang
berada diluar kelompok itu. Konsep etnik juga membentuk satu lagi konsep
berkaitan rapat dengan konsep etnisiti iaitu yang dikenali sebagai konsep

2
etnosentrisme yang merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga
terhadap budaya yang dimiliki dan diamalkan oleh kelompoknya. Ia
membawa kepada perspektif atau pandangan bahawa budaya yang
diamalkan oleh etniknya lebih baik berbanding etnik lain.

Tidak bertentangan dengan penjelasan Shamsul, Mohamad Abu Bakar


(1984) dalam artikel Islam, Etnisiti dan Integrasi Nasional menjelaskan
etnisiti adalah hal yang berkaitan dengan pengukuhan anggota dalam suatu
etnik dan meluaskan perbezaan nilai antara etnik lain. Dalam artikel tersebut
didapati secara tersirat bahawa untuk mengukuhkan ikatan etnisiti perlu
digunakan bahantara yang boleh menyatukan hubungan dalam kelompok
etnik. Dalam memberikan contoh yang terbaik alat atau bahantara yang
digunakan beliau merujuk kepada penggunaan agama islam yang menjadi
wadah atau alat dalam menyatukan orang melayu. Orang melayu pada satu
ketika dahulu mengamalkan pelbagai amalan kepercayaan dan budaya
dapat disatukan oleh islam.Islam yang kini telah menjadi penanda aras dan
rujukan dalam kehidupan orang melayu. Lantaran dari itu, ia menunjukkan
kepada kita bahawa konsep atau intipati kepada etnisiti adalah tentang
persamaan atau uniti yang ada dalam anggota etnik bagi membolehkan
mereka bersatu dalam satu identiti yang padu. Prinsip yang ada dalam
konsep etnisiti ini dimajukan atau digunakan dalam membentuk perpaduan
kebangsaan yang melibatkan pelbagai kumpulan etnik yang berbeza.

Faktor etnik boleh membentuk satu ikatan yang kuat dikalangan anggota
bagi membentuk satu kerjasama yang kukuh untuk kepentingan bersama.
Ikatan dan kerjasama yang ada akan bertambah kuat apabila wujud
persaingan untuk mendapatkan peluang-peluang ekonomi dan politik yang
dibawa oleh perubahan dan pembangunan (Sanusi, 1994). Berdasarkan
kepada penjelasan Sanusi ini, boleh difahami bahawa ikatan etnisiti bukan
hanya terbatas kepada persamaan ciri-ciri budaya sahaja. Ia juga boleh
menjangkau aspek harapan dan cita-cita yang akan dinikmati oleh suatu
kelompok secara bersama hasil daripada perpaduan yang ada dikalangan
mereka. Persamaan dan perpaduan etnisiti ini digunakan sebagai alat untuk
merebut peluang yang telah diperolehi dan meluaskan penguasan etnik
dalam suatu bidang yang telah dikuasai.

3
Welyne (1999) dalam artikel beliau menyatakan etnisiti adalah konsep yang
digunakan dalam disiplin ilmu antrapologi untuk operasi pengurusan dan
mengindentiti suatu kelompok masyarakat yang dikaitkan dengan nilai dan
kebudayaan sesuatu kelompok masyarakat. Beliau juga menjelaskan
pemahaman beliau terhadap konsep etnik yang merujuk kepada
sekumpulan manusia yang dilahirkan dalam suatu kelompok, hidup
bersama-sama berkongsi nilai, budaya, pemikiran dan perasaan. Bagi
Welyne, etnisiti adalah hasil kesedaran kendiri tentang perasaan persamaan
yang ada dalam suatu kelompok dan merasakan ia berbeza dengan
kelompok lain.Oleh yang demikian tentu ada elemen yang mewujudkan
persamaan atau bebezaan antara kelompok itu.

Rujukan terhadap laman sesawang Wikipedia Bahasa Melayu juga


memberikan taksiran yang sama (Wikipedia, 2009). Merujuk kepada tulisan
Marcus Banks yang bertajuk Etnicity : Antrapological Contructions pada
1996 menjelaskan etnik sebagai kelompok manusia yang anggotanya
mengaitkan diri mereka melalui suatu warisan sepunya samada warisan
yang benar ataupun yang dianggap sahaja. Seorang lagi tokoh yang dirujuk
dalam laman tersebut ialah T.H. Eriksen dengan tulisan yang bertajuk Small
places, large Issues. An Introduction to Social and Cultural Antrapology edisi
kedua yang diterbitkan di London pada 2001. Dalam buku itu beliau
menjelaskan bahawa identiti etnik dipupuk dengan membezakan kelompok
diri daripada kelompok yang lain menerusi sifat-sifat seperti budaya, bahasa,
agama dan tingkah laku.Beliau menyatakan ia adalah satu proses yang
melahirkan pengenalpastian yang dikenali sebagai entnogenesis.

Artikel yang terdapat dalam laman tersebut juga menjelaskan etnisiti


merupakan salah satu cara manusia mengaitkan diri dalam kelompok
tertentu seperti yang dibahaskan dalan sidang “Cabaran Mengukur Sebuah
Dunia Etnik: Sains Politik, dan Kenyataan” yang dianjurkan oleh Statistik
Kanada dan Biro Banci Amerika Syarikat pada April 1992. Ia merupakan
faktor asas dalam kehidupan manusia dan merupakan fenomena sebati
dalam pengalaman manusia.

4
Berdasarkan kepada penjelasan dan pendapat yang diberikan oleh para
sarjana-sarjana dalam perenggan terdahulu tentang konsep etnik dan etnisiti
telah memberikan gambaran yang jelas untuk difahami. Kedua-dua konsep
ini mempunyai ikatan yang rapat dan tidak dapat dipisahkan dalam usaha
menjelaskan salah satu daripada konsep tersebut. Apabila kita
membicarakan konsep etnik, kita tidak dapat tidak mesti membicarakan
konsep etnisiti bersama-sama sebagai pelengkap dan begitu juga
sebaliknya.

Sebagai kesimpulan daripada pendapat sarjana yang telah dirujuk, konsep


etnisiti adalah perasaan kendiri yang lahir dari dalam diri individu yang
membentuk perasaan kekitaan, persamaan dikalangan kelompok akibat
daripada persamaan ciri-ciri budaya yang akhirnya membentuk suatu yang
bersifat kolektif kepada kelompok itu. Kunci utama bagi konsep etnisiti
adalah unsur-unsur persamaan yang wujud akibat daripada ciri-ciri budaya
yang menerbitkan perasaan kekitaan, semangat penyatuan dan
pengukuhan secara kendiri dalam sesuatu kelompok etnik.

Cabaran etnisiti terhadap perpaduan Nasional Malaysia

Sepertinya kita semua sedia maklum bahawa negara kita Malaysia adalah
sebuah negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai etnik kesan daripada
penjajahan kuasa asing. Sebelum kejatuhan kerajaan Melayu Melaka bukan
tidak ada perbezaan etnik tetapi begitu ketara. Selepas kejatuhan kerajaan
Melaka, landskap politik dan masyarakat telah berubah dengan begitu
ketara. Terutama sekali kemasukan migrasi penduduk keturunan cina dan
india dibawa masuk akibat daripda kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh
penjajah Inggeris (Shamsul, 2007). Selain daripada kedua-dua etnik
tersebut, juga banyak lagi etnik monoriti yang menjadi sebahagian daripada
“keluarga besar” rakyat Malaysia hari ini. Namun untuk perbincangan dalam
penulisan ini, etnik melayu, cina dan india menjadi fokos utama kerana ia
merupakan ahli dominan dalam seluruh “keluarga kita” sebagai rakyat
Malaysia. Ketiga-tiga etnik ini mewarnai sejarah landskap masyarakat
malaysia dari segi politik dan sosial. Peristiwa berdarah Tragedi 13 Mei 1969

5
menjadi tanda hitam dan bukti yang mengesahkan terdapat perbezaan
antara ketiga-tiga etnik tersebut. Faktor etnisiti bukan sahaja merupakan
elemen penting dalam kestabilan politik dan ekonomi Malaysia tetapi
terhadap keselamatan negara seluruhnya (Shamsul, 2007).

Tindakan pembetulan oleh kerajaan melalui Dasar Ekonomi baru dan


pengenalan Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan telah berjaya
merapatkan kembali jurang antara kaum telah mengembalikan kestabilan
dan keharmunian kaum. Namun itu bukan bererti wujud penyatuan etnik
antara melayu, cina dan india serta pelbagai kaum lagi dalam ikatan
perpaduan nasional. Ini terbukti dengan wujudnya banyak pertubuhan politik
dan ekonomi dan sosial yang berasaskan kepada kelompok etnik tertentu.
Sebagai contoh persatuan-persatuan perniagan cina yang dianggotai oleh
peniaga-peniaga cina dan begitu juga pertubuhan perniagaan yang mewakili
kaum-kaum lain. Perikatan dan persetian berasaskan etnik merupakan
sesuatu yang mendatang keuntungan bersama dalam menghadapi
persaingan merebut peluang ekonomi dan politi (Sanusi, 1984). Berasaskan
kepada itu perpaduan dalam konsep etnisiti menjadi agenda atau pilihan
yang utama berbanding perpaduan nasianal yang merentas sempadan
etnik. Hal yang demikian tidak membawa kemajuan terhadap perpaduan
nasional.

Kembali kepada pemahaman kita tentang konsep etnisiti yang didefinisikan


sebagai perasaan kendiri yang lahir dari dalam diri individu yang membentuk
perasaan kekitaan, persamaan dikalangan kelompok akibat daripada
persamaan ciri-ciri budaya yang akhirnya membentuk suatu yang bersifat
kolektif. Berdasarkan rujukan daripada sarjana ciri-ciri budaya yang
dimaksudkan adalah terdiri darpada adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan
ekonomi dan agama yang melahirkan aspek nilai, sikap, pemikiran,
perasaan dan tingkah laku. Ciri-ciri budaya yang dimiliki oleh ketiga-tiga
kumpulan etnik melayu, cina dan india jelas berbeza dengan ketara sekali.
Jika dilihat dari aspek adat resam dan agama misalnya kelihatan jauh
berbeza dan tidak boleh diintegrasikan. Isu yang melibatkan agama adalah
sangat ensitif dan boleh membangkitkan suasana tegang.

6
Adat resam yang ditunjangi oleh ketiga-tiga etnik ini berasal daripada tiga
tempat yang berbeza dari segi geografinya. Adat resam entik melayu
berasal di Nusantara yang menjadi latar kepada negara Malaysia hari ini.
Adat resam etnik cina berasal dari tanah besar China yang telah maju dan
terkenal sejak dahulu lagi. Manakala adat resam etnik india dari negara
India yang merupakan tamadun tua dunia. Perbezaan yang besar ini tidak
memungkinkan perpaduan nasional berlaku dengan mudah. Keadaan yang
sama juga terjadi kepada ciri-ciri budaya yang lain seperti yang telah
disebutkan.

Perbezaan ketiga-tiga etnik ini buka sahaja terbina melalui konsep etnik
tetapi juga merentasi konsep ras yang melibatkan unsur-unsur biologi dan
fizikal. Perbezaan warna kulit, raut wajah dan saiz fizikal menambahkan lagi
jurang perbezaan antara ketiga-tiga etnik ini. Ia membentuk kategori dalam
kehidupan seharian. Persamaan fizikal dari segi konsep ras dan etnik
membentuk perasaan persamaan dan penyatuan dikalangan mereka serta
ditambah pula unsur-unsur etnosentrisme yang sentiasa ada. Perbezaan
etnik yang merentas konsep ras merupakan satu cabaran kepada
perpaduan nasional negara kita. Ia berbeza dengan perbezaan dari segi
konsep etnik yang terdapat dalam kategori ras yang sama. Sebagai contoh
entik jawa dengan etnik melayu yang berbeza dari ciri-ciri budaya seperti
kesenian dan dialek bahasa tetapi sama dari sudut ras boleh disatukan
dengan elemen persamaan ras.

Seperti yang telah dijelaskan bahawa persetiaan melalui ikatan etnisiti terbit
untuk kepentingan dan harapan bersama (Sanusi, 1984), parti-parti politik
berasaskan etnik mewarnai latarbelakang politik negara kita. Setiap parti
politik ditubuhkan dengan tujuan menjaga kepentingan entik yang
diwakilinya. Menyedari hakikat tersebut parti-parti politik yang ada seringkali
menggunakan isu-isu etnisiti demi mendapat sokongan. Secara tidak
langsung konsep etnisiti menjadi suatu yang penting dalam percaturan
politik negara.

Penguasaan dalam aspek politik menjadi gerbang kepada penguasaan


dalam bidang-bidang lain seperti ekonomi dan sosial. Atas nama menjaga

7
kepentingan dan harapan etnik, kerjasama dalam bidang politik terjalin
dikalangan peminpim parti politik (Sanusi,1984). Namun ini tidak bererti
terdapat penyatuan dan perpaduan yang ikhlas dan semulajadi. Ini kerana
peryatuan ini tidak dalam bentuk satu parti. Sebagai contoh, Barisan
Nasional dianggotai oleh UMNO, MCA, MIC, GERAKAN dan pelbagai lagi
parti yang bercirikan etnik. Begitu juga pada Barisan Alternatif yang
dianggotai oleh PAS, PKR dan DAP juga jelas terdiri dari parti politik yang
bercirikan etnik. Ini jelas kepada kita bahawa ‘kita’ tidak bersedia untuk
bersama bersatu dalam parti yang multiracial kesan daripada perasaan
etnisiti yang ada pada kita semua.

Berbeza Dalam Matlamat yang Sama

Etnisiti adalah hal yang berkaitan dengan pengukuhan anggota dalam suatu
etnik dan meluaskan perbezaan nilai antara etnik lain (Mohamad, 1984).
Perbezaan yang wujud dalam aspek ciri-ciri budaya dan dalam bentuk
spritual seperti sistem kepercayaan, pemikiran dan pengharapan (wawasan)
membina jurang yang besar diantara setiap etnik yang ada di negara ini.
Sekali lagi Tragedi 13 Mei 1969 menjadi rujukan kita. Tragedi 13 Mei 1969
itu adalah dalam bentuk tindakan fizikal yang melibatkan harta benda dan
nyawa yang boleh dilihat, dirakam sebagai sejarah. Bagaimana pula bentuk
tindakan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar yang melibatkan aspek
perasaan yang terletak didalam hati sanuibari individu? Bolehkah kita semua
dari pelbagai etnik melalui konsep etnisiti yang didefinisikan sebagai
semangat kekitaan sesuatu kelompok manusia terhadap kelompok etniknya.
Ia wujud akibat daripada persamaan budaya atau sub budaya yang difahami
dan diamalkan oleh kelompok itu, menerbitkan semangat penyatuan dengan
satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku (Shamsul, 2007).

Tingkah laku dilihat merupakan natijah yang terbit daripada ciri-ciri budaya
yang terdapat dalam setiap etnik. Baik dan buruk tingkah laku itu tentu dinilai
oleh kelompok etnik lain yang mempunyai penilaian sendiri. Jika suatu yang
dinilai buruk maka keseluruhan etnik itu juga dinilai sedemikaan rupa

8
berasakan konsep stereotaip yang merupakan kenyataan-kenyataan negatif
terhadap sesuatu kelompok etnik (Shamsul, 2007).

Berdasarkan hujahan pada dua perenggan terdahulu jelas aspek pemikiran


kunci utama dalam melahirkan semangat pernyatuan yang merentasi
konsep etnisiti etnik. Semangat atau pemikiran tentang ciri-ciri budaya yang
terpilih harus dibentuk bagi mewujudkan persamaan merentasi kelompok
etnik. Penerimaan persamaan ciri budaya seperti makanan, pakaian, adat
resam, kesenian, nilai estetik tentu sukar untuk diterima oleh keseluruh
kelompok etnik di negara ini lantaran daripada sejarah dan punca asal usul
yang berbeza. Namun apa yang boleh dipupuk adalah terhadap aspek
pengharapan atau wawasan. Satu wawasan yang menjamin kepentingan
merentasi etnik adalah jalan terbaik bagi membentuk persamaan pemikiran.

Rukun Negara dan Wawasan 2020 merupakan salah satu usaha


membentuk persamaan bagi aspek pemikiran merentasi etnik. Rukun
Negara dan Wawasan 2020 menjadi pusat tumpuan pemikiran rakyat dalam
kehidupan bernegara. Rukun Negara, dengan prinsip-prinsip yang
bertunjangkan semangat Pelembagaan diharap dapat membentuk jati diri
rakyat negara ini sebagai satu Bangsa Malaysia. Ia dijadikan pedoman dan
hala tuju serta pengimbang tara dalam merancang program pembangunan
negara. Ia juga merupakan ikrar yang menjadi acuan bagi integrasi nasional,
pembentukan Bangsa Malaysia dan ideologi negara (Shamsul, 2007).

Perbezaan dan keperbagaian tidak menjadi halangan bagi rakyat malaysia


bersatu kerana dalam bahagian pertama Rukun Negara terdapat matlamat
yang menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaan penduduknya yang kaya dan pelbagai corak asal sahaja setiap
dari kita mengamalkan sifat tolak ansur berteraskan prinsip-prinsip Rukun
Negara.

Demikian juga halnya dengan Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh


mamtan Perdana Menteri Malaysia, Ybhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Wawasan yang mengandungi sembilan cabaran merupakan tindakbalas
kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku diperingkat
kebangsaan dan glabal (Shamsul, 2007). Kesemua sembilan cabaran

9
menuntut setiap rakyat malaysia mengenepikan etnisiti masing-masing dan
berfikir sebagai satu bangsa Malaysia.

Terkini, gagasan “Satu Malaysia (1Malaysia), Rakyat Didahulukan, Prestasi


Diutamakan” telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB.
Datuk Seri Najib Abdul Razak. Walaupun apa jua taksiran yang diberikan
oleh pihak yang bersetuju dan pihak yang tidak bersetuju, ia jelas
mengharapkan semua rakyat merentasi etnik berfikir, mengangap diri
mereka berada diluar kelompok etnik masing-masing. Ianya bukan suatu
yang mudah namun tidak mustahil untuk dijayakan.

Paling penting diantara Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Gagasan Satu
Malaysia, Perlembagaan merupakan perkara yang memayungi aspek
pemikiran dan tindakan seluruh rakyat Malaysia dalam menjalani hidup
bernegara. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang dianggap
kontrak sosial. Merupakan satu perjanjian yang dicapai antara etnik Melayu,
Cina dan India semasa menuntut kemerdekaan daripada penjajah Inggeris
(Shamsul, 2007). Kontrak sosial tersebut mengandungi lima perkara yang
berkait rapat dengan unsur-unsur tradisional negara yang menjadi warisan
etnik melayu yang menjadi penduduk asal.

Perkara pertama berkaitan dengan kedudukan, kedaulatan dan kemulian


Raja-Raja Melayu tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak. Perkara
kedua ialah tentang kedudukan istimewa orang Melayu yang meliputi
perkhidmatan awam, biasiswa, dan segala bentuk bantuan berkaitan
dengan pendidikan, permit atau lesen perniagaan tidak boleh dipersoalkan.
Perkara yang ketiga pula, berkaitan dengan hak untuk mendapatkan
kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli bagi mereka yang lahir sebelum,
semasa dan selepas Persekutuan Tanah Melayu merdeka, melalui kuat
kuasa undang-undang. Hak kerakyatan Malaysia juga boleh juga dilakukan
dengan cara permohonan.

Bagi Perkara yang keempat pula ia melibatkan agama. Islam menjadi


agama bagi persekutuan yang membolehkannya mendapat peruntukan
kewangan daripada kerajaan. Tetapi pada masa yang sama agama-agama
lain juga boleh diamalkan tanpa sebarang sekatan. Manakala yang kelima

10
dan terakhir melibatkan bahasa. Bahasa Melayu dipersetujui menjadi
bahasa kebangsaan. Seperti juga hal berkaitan agama, bahasa-bahasa lain
juga tidak dihalang untuk digunakan.

“Terus memandang kehadapan tetapi sekali-sekala menoleh ke belakang”


boleh dijadikan panduan kepada seluruh rakyat Malaysia. Landskap rupa
bangsa yang diwarisi akibat dari penjajah tidak dapat diubah kembali.
Sejarah yang berlalu tidak boleh dipinda, namum sejarah juga boleh dicipta
berasaskan peristiwa lalu dan harapan masa hadapan. Dengan
keperbagaian yang ada ini tidak boleh dijadikan penghalang untuk mencapai
perpaduan dalam bentuk baru iaitu perpaduan nasional yang merentasi
sempadan etnik.

Penutup dan Kesimpulan

Konsep etnisiti adalah perasaan yang semulajadi wujud dalam diri setiap
terhadap kelompok etniknya. Perasaan kendiri ini lahir dari dalam diri
individu yang membentuk perasaan kekitaan, persamaan dikalangan
kelompok akibat daripada persamaan ciri-ciri budaya yang akhirnya
membentuk suatu yang bersifat kolektif kepada kelompok itu.Etnisiti menjadi
faktor pengikat kesetiaan dikalangan anggota suatu etnik bagi mendapatkan
kepentingan bersama dalam interaksi dengan pelbagai etnik yang ada.

Dalam hubungan sesama etnik, etnisiti merupakan suatu konsep yang


sangat praktikal bagi membentuk perpaduan yang kukuh dan erat bagi
menhadapi cabaran bersama. Namum pada masa yang sama ia menjadi
satu cabaran yang sukar untuk diatasi bagi mewujudkan perpaduan
merentasi etnik kerana terdapat jurang perbezaan yang ketara. Hal ini terjadi
kepada kepada negara kita yang bersifat majmuk dengan kepelbagaian
etnik.

Bagi sesebuah negara yang berwawasan dan mempunyai kepimpinan


berwibawa, kepelbagaian ini tidak menjadi penghalang dalam
menyatupadukan dan mewujudkan keharmonian serta kestabilan politik.
Ideologi, wawasan dan perlembagaan yang luhur menjadi wadah dalam

11
menyatukan aspek pemikiran rakyat yang melahirkan bentuk tindakan yang
diterima oleh semua. Perpaduan yang diasaskan melalui aspek pemikiran
merupakan jalan terbaik berbanding dalam bentuk tindakan tanpa
kesedaran pemikiran. Ia merupakan satu perjalanan yang panjangn namun
ia tidak mustahil untuk direalisasikan selagi kita sebagai rakyat Malaysia
berfikir sebagai “Satu Bangsa Malaysia”.

Sekian.

Rujukan:

Shamsul (pnty.). 2007. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam : Pusat


Penerbitan Universiti (UPENA).
Mohamad. 1984. Islam dan Integrasi Nasional. Dlm. S. Husin Ali
(pnyt.) Kaum, Kelas dan Pembangunan Malaysia, hlm 139-167. Kuala
Lumpur : Persatuan Sains Sosial Malaysia.
Sanusi. 1984. Ikatan Etnik dan Kelas. Dlm. S. Husin Ali (pnyt.) Kaum,
Kelas dan Pembangunan Malaysia, hlm 43-61. Kuala Lumpur : Persatuan
Sains Sosial Malaysia.
Welyne. 1999. Etnicity and Etnic Identity in Sarawak. Jurnal Sains
Kemasyarakatan dan Kemanusiaan Julai 1999 (55): 83-98.
Wikipedia. 2009. Kelompok Etnik. http://ms.wikipedia.org /wiki/
kelompok_etnik[2 November 2009].

12

You might also like