You are on page 1of 20

SULIT IE/APR 2009/CTU553

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA


PEPERIKSAAN AKHIR

KURSUS HUBUNGAN ETNIK


KOD KURSUS CTU553
PEPERIKSAAN APRIL 2009
MASA 2 JAM

ARAHAN KEPADA CALON

1. Kertas soalan ini mengandungi dua (2) bahagian : BAHAGIAN A (60 Soalan)
BAHAGIAN B (3 Soalan)

2. Jawab SEMUA soalan dari BAHAGIAN A dan satu (1) soalan dari BAHAGIAN B.

i) BAHAGIAN A hendaklah dijawab pada Kertas Jawapan Objektif OMR.


ii) BAHAGIAN B hendaklah dijawab dalam Buku Jawapan.

Dilarang membawa sebarang bahan masuk ke dalam bilik peperiksaan kecuali dengan
kebenaran pengawas.

4. Sila semak bagi memastikan bahawa pek peperiksaan ini mengandungi:


i) Kertas Soalan
ii) Buku Jawapan - disediakan oleh Fakulti
iii) Kertas Jawapan Objektif OMR - disediakan oleh Fakulti

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM ANDA DIARAH BERBUAT DEMIKIAN


Kertas soalan ini mengandungi 20 halaman bercetak
© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT
SUL1T 2 IE/APR 2009/CTU553

BAHAGIAN A

Hitamkan jawapan yang paling TEPAT pada Kertas Jawapan Objektif.

1. Apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengekalkan keharmonian
etnik di Malaysia?

i Memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru


ii Menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara
in Memperkenalkan Dasar Pendidikan Kebangsaan
iv Menubuhkan Majlis Penasihat Perpaduaan Negara

A sahaja
B dan ii
C ii dan iii
D Semua di atas

Apakah faktor yang menyumbang kepada penghijrahan orang Cina dan India ke
Tanah Melayu secara beramai-ramai selepas tahun 1848?

i Penjajahan Inggeris ke atas Tanah Melayu


ii Perkembangan pemsahaan getah di Tanah Melayu
iii Pelawaan orang Melayu terhadap etnik Cina dan India
iv Perkembangan pemsahaan bijih timah di Tanah Melayu

A dan ii
B , ii dan iv
C i, iii dan iv
D Semua di atas

Manakah antara pernyataan berikut BUKAN strategi bagi mengurangkan kadar


kemiskinan di Malaysia?

A Memberi latihan kemahiran kepada belia luar bandar


B Membantu memasarkan hasil pertanian dan perusahaan
C Pembukaan tanah melalui rancangan FELDA dan FELCRA
D Merangsang penghijrahan masyarakat luar bandar ke bandar

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 3 IE/APR 2009/CTU553

Apakah faktor yang mempengaruhi pembentukan Malayan Union 1946 oleh British
di Tanah Melayu?

i Menyatukan negeri-negeri dan meningkatkan kecekapan pengurusan


pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Selat (kecuali
Singapura) dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
ii Malayan Union merupakan langkah awal dalam proses menyedarkan
penduduk Tanah Melayu mengenai erti kemerdekaan
iii Semua Negeri Melayu termasuk Pulau Pinang, Melaka dan Singapura
disatukan di bawah satu kerajaan pusat
iv British menyimpan perasaan antiMelayu kerana orang Melayu bekerjasama
dengan Jepun

A i dan ii
B i dan iv
C ii dan iii
D Semua di atas

Apakah prinsip yang mendasari Dasar Kebudayaan Kebangsaan?

Unsur kebudayaan lain yang sesuai boleh diterima


Semua unsur kebudayaan kaum lain perlu diterima
Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini
Islam adalah unsur yang perlu dipentingkan

A , ii dan iii
B , iii dan iv
C i, iii dan iv
D Semua di atas

"Suatu proses yang berlaku apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk
suatu budaya baru atau ras baru"
(Modul Hubungan Etnik: 18)

Manakah proses yang merujuk kepada pemyataan di atas?

A Asimilasi
B Segregasi
C Akomodasi
D Amalgamasi

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 4 IE/APR 2009/CTU553

7. Manakah antara berikut BUKAN kesan pembentukan masyarakat pluralistik di


Malaysia?

A Penentangan orang Melayu terhadap penjajah


B Kesediaan imigran berasimilasi dengan masyarakat tempatan
C Pemisahan antara golongan agamawan dan sains dalam masyarakat
D Pembahagian sistem pentadbiran kepada kehakiman, eksekutif dan
perundangan

8. Apakah yang dimaksudkan dengan pembangunan politik?

A Peralihan sistem politik lama kepada sistem politik baru dan moden
B Peralihan sistem politik kapitalisme kepada sistem demokrasi
C Peralihan kuasa kepimpinan melalui keputusan eksekutif
D Perubahan sistem dari satu parti kepada pelbagai parti

9. Manakah pemyataan yang TIDAK TEPAT berhubung dengan perkembangan


ekonomi Malaysia?

A Pembangunan ekonomi di akhir 1960an berasaskan pembangunan


teknologi dan peralihan daripada industri gantian import kepada industri
berasaskan eksport
B Pembangunan ekonomi pada peringkat awal lebih tertumpu kepada
peningkatan prasarana ekonomi, pembangunan pertanian dan industri
gantian import
C Pencapaian ekonomi diukur berasaskan keupayaan bersaing dengan
negara lain
D Pembangunan ekonomi menjelang abad ke-21 adalah berteraskan k-
ekonomi

10. Parti politik, parlimen, perlembagaan dan pilihanraya menggambarkan kewujudan


pembangunan politik dalam sesebuah negara.

Apakah sistem yang merujuk kepada pemyataan di atas?

A Feudalisme
B Liberalisme
C Demokrasi
D Sosialisme

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 5 IE/APR 2009/CTU553

11. Berikut adalah contoh toleransi yang dianjurkan oleh Islam dalam kehidupan
masyarakat berbilang etnik dan agama, KECUALI:

A Berkongsi kegembiraan hari kebesaran dan upacara keagamaan


B Memelihara keharmonian keluarga walaupun berlainan agama
C Menziarahi jenazah dan merakamkan ucapan takziah
D Menghormati dan memuliakan hak jiran tetangga

12. Interaksi sosial antara masyarakat imigran dengan masyarakat tempatan telah
mewujudkan kehidupan yang harmoni di Tanah Melayu.

Apakah tahap hubungan etnik yang boleh dikaitkan dengan pernyataan di atas?

A Plulariti budaya
B Amalgamasi
C Akulturasi
D Asimilasi

13. Berikut merupakan bukti kekukuhan hubungan etnik di kalangan masyarakat


pluralistik di Malaysia setelah mencapai kemerdekaan, KECUALI:

A Kesediaan setiap kumpulan etnik berkongsi kekayaan negara secara sama


rata
B Kesediaan kumpulan etnik menerima kepimpinan etnik yang berbeza
C Jaminan kepada setiap etnik untuk mengamalkan agama masing-masing
D Wujud sikap toleransi antara parti-parti politik

14. Sir Ivor Jennings (Britain), Sir William Mckell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim
Abdul Hamid (Pakistan) merupakan tokoh yang menganggotai Suruhanjaya
Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah suruhanjaya tersebut?

A Suruhanjaya Reid
B Suruhanjaya London
C Suruhanjaya Persekutuan
D Suruhanjaya Penggubalan Perlembagaan

15. Apakah bentuk persetujuan yang dicapai dalam kontrak sosial pertama yang telah
termaktub dalam sejarah Alam Melayu sebelum pembentukan Persekutuan
Malaysia?

A Setiap etnik mempunyai wakil dalam sistem pemerintahan negara


B Janji taat setia dan saling menghormati antara raja dan rakyat
C Orang bukan Melayu bersedia menerima keistimewaan orang Melayu
D Orang Melayu sedia menerima orang bukan Melayu sebagai warganegara
© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT
SULIT 6 IE/APR 2009/CTU553

16. Apakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam proses membina sebuah
negara bangsa?

i Globalisasi
ii Kemasukan pendatang asing
iii Gabungan wilayah yang berbeza
iv Gabungan kerajaan yang berbeza

A i dan ii
B i, ii dan iii
C i, iii dan iv
D Semua di atas

17. Apakah matlamat pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional dalam mengekalkan


perpaduan negara?

i Memastikan kestabilan politik dan sosial


ii Mengagihkan kekayaan negara secara adil
iii Mempertahankan keutuhan bangsa Melayu di Malaysia
iv Mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C ii, iii dan iv
D Semua di atas

18. Apakah intipati Piagam Madinah yang diaplikasikan oleh Rasulullah S.A.W. dalam
menangani masyarakat majmuk?

i Memberi kebebasan beragama dan mengamalkannya


ii Membuka peluang kepada sesiapa yang ingin memeluk Islam
iii Menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber rujukan utama
iv Menjamin perlindungan harta dan nyawa kepada semua warganegara

A i, ii dan iii
B i, iii dan iv
C ii, iii dan iv
D Semua di atas

19. Apakah faktor UTAMA pemangkin proses asimilasi antara kumpulan etnik di
Malaysia?

A Kesanggupan etnik minoriti mengenepikan identiti mereka


B Dasar pemerintah yang mendorong berlakunya asimilasi
C Sikap prejudis terhadap etnik yang tidak mahu berubah
D Terdapat banyak perbezaan budaya antara etnik

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 7 IE/APR 2009/CTU553

20. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan beberapa hak istimewa kepada orang


Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, KECUALI:

i Jawatan Perdana Menteri


ii Perkhidmatan awam
iii Bantuan biasiswa
iv Tanah rizab

A i sahaja
B i dan iv
C ii dan iii
D iii dan iv

21. Manakah antara berikut kaedah top down yang digunakan oleh kerajaan dalam
usaha merealisasikan pembinaan negara bangsa?

i Penggabungan antara etnik


ii Penerapan dasar-dasar awam
iii Penghayatan ideologi negara
iv Pengagihan kekayaan negara

A i dan ii
B i dan iii
C ii dan iii
D iii dan iv

22. Apakah peranan budaya dalam kehidupan bermasyarakat bagi sesebuah negara?

i Mempertahankan keutuhan nilai bangsa


ii Membina keperibadian dan identiti negara
iii Melahirkan semangat patriotik di kalangan rakyat
iv Mengutamakan kepentingan budaya etnik sendiri

A i, ii dan iii
B ii, iii dan iv
C iii dan iv
D Semua di atas

23. Manakah antara pernyataan berikut BUKAN ukuran pencapaian pembangunan


ekonomi Malaysia?

A Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)


B Peningkatan indeks kualiti hidup
C Penurunan kadar kemiskinan
D Kadar inflasi yang tinggi

© Hak Cipta Universiti Teknotogi MARA SULIT


SULIT 8 IE/APR 2009/CTU553

24. Apakah kriteria yang perlu diambil kira dalam menentukan ketuanan Melayu?

i Fakta sejarah
ii Kekuatan politik
iii Nisbah demografi
iv Peruntukan perlembagaan

A i dan ii
B i, ii dan iii
C ii, iii dan iv
D Semua di atas

25. Apakah faktor kekuatan Malaysia dalam mengekalkan perpaduan antara etnik?

Budaya India dan Cina diberi ruang dalam kebudayaan Malaysia


Kesediaan masyarakat Malaysia menerima unsur-unsur agama lain dalam
kehidupan
Interaksi antara etnik telah berlangsung sejak zaman sebelum kedatangan
penjajah
IV Kesanggupan Bumiputera dan bukan Bumiputera menerima pakai
sebahagian adat dan budaya dari etnik berlainan

A , ii dan iii
B , ii dan iv
C , iii dan iv
D Semua di atas

26. Manakah antara berikut hak kebebasan yang diberikan oleh Islam kepada setiap
rakyat dalam sesebuah negara?

i Kebebasan bergerak
ii Kebebasan bersuara
iii Kebebasan beragama
iv Kebebasan memiliki harta

A i, ii dan iii
B ii, iii dan iv
C iii dan iv
D Semua di atas

27. Berikut merupakan ciri sesebuah masyarakat, KECUALI:

A Berinteraksi antara satu sama lain


B Statik terhadap perubahan
C Mempunyai aturan sosial
D Mempunyai kepimpinan

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 9 IE/APR 2009/CTU553

28. Manakah antara berikut merupakan tujuan syariah {maqasid syariah) menurut
perspektif islam?

A Menjaga dan memelihara harta, akal, bangsa, negara dan diri


B Menjaga dan memelihara akal, harta, nyawa, budaya dan keturunan
C Menjaga dan memelihara agama, harta, keturunan, akal dan nyawa
D Menjaga dan memelihara bangsa, masyarakat, agama, nyawa dan akal

29. Berikut faktor utama yang mewujudkan jurang interaksi antara imigran dengan
masyarakat Melayu di zaman penjajah, KECUALI:

A Penempatan yang terpisah


B Polisi pentadbiran Inggeris
C Ekonomi yang seragam
D Pendidikan vernakular

30. "Matlamat utama dasar pendidikan ialah untuk menyatukan kanak-kanak daripada
berbilang etnik di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan
satu bahasa pengantar tunggal iaitu bahasa Melayu".
(Modul Hubungan Etnik : 34)

Manakah antara berikut MENEPATI pernyataan di atas?

A Penyata Razak dan Rahman Talib


B Laporan Khir Johari dan Woodhead
C Penyata Razak dan Aminuddin Baki
D Laporan Barnes dan Fenn-Wu

31. Apakah pendekatan yang disarankan oleh Jabatan Perpaduan Negara bagi
memupuk semangat kejiranan di kalangan penduduk pelbagai etnik di Malaysia?

i Kenal-mengenal dan tolong-menolong sesama jiran tetangga


ii Pengkhususan kawasan kejiranan berlandaskan etnik
iii Perasaan megah dan sayang kepada tempat tinggal
iv Pertanggungjawaban sosial dalam kawasan kejiranan

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D Semua di atas

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SUL1T 10 IE/APR 2009/CTU553

32. Manakah antara berikut BUKAN cabaran bagi mencapai Wawasan 2020?

i Membudayakan masyarakat penyayang dalam satu kelompok etnik


ii Membangunkan masyarakat saintifik dan progresif
iii Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu
iv Melahirkan masyarakat yang berjiwa bebas

A i sahaja
B i dan iii
C ii dan iii
D ii, iii dan iv

33. Dalam konteks hubungan etnik, Piagam Madinah menyatakan hak dan
tanggungjawab warganegara dalam beberapa perkara, KECUALI:

A Orang Islam dan bukan Islam diberi hak sebagai warganegara


B Orang Islam dan bukan Islam diberi hak menubuhkan parti politik
C Orang Islam dan bukan Islam bertanggungjawab mempertahankan negara
D Orang Islam dan bukan Islam diberikan hak mengamalkan agama masing-
masing

34. Pilih pernyataan yang BENAR mengenai ciri-ciri budaya dalam sebuah masyarakat.

i Bersifat konsisten dan tidak berubah


ii Unsur perlambangan dan simbolik
iii Warisan turun temurun yang tidak boleh dipelajari
iv Perkongsian perlakuan, gaya hidup dan trend semasa

A i dan ii
B i dan iii
C ii dan iv
D iii dan iv

35. Pilih pernyataan yang BENAR mengenai keharmonian hidup masyarakat pluralistik
zaman Kesultanan Melayu Melaka.

A Sikap toleransi yang diamalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka


B Undang-undang tradisi menghukum pesalah dengan hukuman berat
C Kesultanan Melayu Melaka menggalakkan perkahwinan campur
D Pentadbiran Kerajaan Melaka dimonopoli oleh orang tempatan

© Hak Cipta Universiti Teknoiogi MARA SULIT


SULIT 11 IE/APR 2009/CTU553

Soalan no. 36 berdasarkan maklumat di bawah.

• Diidentifikasikan dengan sektor ekonomi pertanian.


• Komoditi utamanya ialah padi dan perikanan.
• Pengeluaran, pemasaran, tenaga kerja melibatkan
etnik Melayu luar bandar.

36. Pilih pernyataan yang MENEPATI dengan sistem Q?

A Sistem ekonomi tradisional


B Sistem ekonomi kapitalis
C Sistem ekonomi sosialis
D Sistem ekonomi moden

37. Manakah antara pernyataan berikut TIDAK BENAR mengenai Sahifah Madinah?

A Mengisytihar Madinah sebagai sebuah negara kota dan menggariskan


konsep pentadbiran negara baru
B Memperkenalkan konsep perpaduan dengan menyatukan orang Islam dan
bukan Islam dalam satu pemerintahan
C Merupakan kanun yang mengandungi peraturan berhubung tindakan,
amalan, hak-hak dan tanggungjawab yang perlu dipatuhi
D Membuktikan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. serta para sahabat diperakui
sebagai pemegang autoriti tertinggi negara

38. "Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu disebabkan wujudnya satu
kebudayaan atau sub budaya yang jelas menyatukan anggotanya dengan satu
bentuk nilai, tingkahlaku dan sikap yang sama".
(Modul Hubungan Etnik : 11)

Apakah konsep yang boleh dirujuk berdasarkan pernyataan di atas?

A Ras
B Etnik
C Etnisiti
D Etnosentrisme

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 12 IE/APR 2009/CTU553

39. Manakah antara pemyataan berikut bukti ekonomi Islam berpotensi dalam
membangunkan ekonomi Malaysia?

i Memberi keadilan kepada semua pihak


ii Memberi jaminan sosial kepada orang Islam sahaja
iii Menjana pembangunan ekonomi secara bersepadu dan seimbang
iv Mendapat sambutan menggalakkan dari masyarakat Islam dan bukan Islam

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D Semua di atas

40. Pilih pemyataan yang TEPAT mengenai usaha kerajaan bagi menjayakan
pembangunan negara melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun.

i Permodalan Nasional Berhad (PNB) ditubuhkan bagi mengurus pelaburan


dalam skim Amanah Saham Nasional dalam usaha mengimbangi pemilikan
ekuiti antara kaum
Bank Pertanian Malaysia (Agro Bank) ditubuhkan untuk memberi bantuan
kredit bagi mengatasi masalah kekurangan modal
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) ditugaskan
untuk menjalankan penyelidikan berkaitan tanaman getah
FELDA dan FELCRA ditubuhkan bagi memajukan sektor pertanian dan
menghapuskan kemiskinan di luar bandar

A , ii dan iii
B , ii dan iv
C i, iii dan iv
D Semua di atas

41. Manakah antara berikut merupakan ciri Malayan Union yang ditentang oleh orang
Melayu?

Hak kerakyatan berdasarkan jus soli


Singapura kekal sebagai tanah jajahan Inggeris
it Pemusatan kuasa pentadbiran di bawah residen Inggeris
v Raja-raja Melayu hilang kuasa terhadap agama dan adat-istiadat Melayu

A ii dan iii
B iii dan iv
C iii dan iv
D Semua di atas

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 13 IE/APR 2009/CTU553

42. Apakah matlamat UTAMA Dasar Automotif Negara?

Mengekalkan nilai tambah ekonomi domestik


Menjadikan negara peneraju industri automotif serantau
Menyusun semula hak milik sektor syarikat automobil negara
Memelihara kepentingan pengguna dari segi nilai kewangan dan
perkhidmatan

A , ii dan iii
B , ii dan iv
C , iii dan iv
D Semua di atas

43. Mengapakah masyarakat pluralistik gagal berasimilasi dengan masyarakat


tempatan semasa penjajahan Inggeris?

Imigran berhasrat untuk kembali ke negara asal


i Imigran kurang berinteraksi dengan masyarakat tempatan
ii Kedatangan imigran demi kepentingan ekonomi dan politik Inggeris
v Imigran mempunyai kebebasan bergerak dan mencari peluang pekerjaan
sendiri

A dan iii
B dan iv
C i dan iv
D ii dan iv

Soalan no. 44 berdasarkan maklumat di bawah.

Proses pembangunan ekonomi dan politik.


Proses transformasi dalam aspek kehidupan.
Proses perubahan masyarakat secara berencana.

44. Pilih terminologi yang sesuai dengan pemyataan di atas?

A Sosialisasi
B Liberalisasi
C Sekularisasi
D Modenisasi

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 14 IE/APR 2009/CTU553

45. Manakah antara berikut tuntutan Sabah yang dimasukkan dalam Perlembagaan
Persekutuan semasa penubuhan Malaysia 1963?

Sabah memperakukan Islam sebagai agama rasmi


Bumiputera Sabah mendapat hak istimewa seperti orang Melayu
Urusan keluar masuk Sabah dikawal sendiri oleh kerajaan Sabah
Semua negeri perlu dilibatkan dalam proses penggubalan Perlembagaan
Persekutuan

A , ii dan iii
B , ii dan iv
C i, iii dan iv
D Semua di atas

46. Manakah antara berikut TIDAK BENAR mengenai strategi yang diambil oleh
kerajaan untuk mengimbangi pencapaian ekonomi interetnik di Malaysia?

A Penggunaan teknologi terkini dalam industri


B Pembangunan insan sebagai penggerak kemajuan ekonomi
C Penumpuan pembangunan berasaskan keperluan bangsa
D Peralihan pembangunan ekonomi pertanian kepada komersial

47. Pilih pernyataan yang BENAR tentang rasisme.

A Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif sesuatu kelompok sosial


terhadap sesuatu kelompok yang lain berdasarkan biologi
B Rasa bangga yang wujud dalam anggota kumpulan etnik terhadap
kumpulan etnik yang lain
C Menganggap ciri budaya sendiri adalah lebih utama daripada budaya etnik
lain
D Suatu perspektif yang melihat etnik lain menerusi kaca mata etnik sendiri

48. Manakah strategi Pelan Pembangunan Pendidikan Negara yang dilaksanakan dari
tahun 2001-2010.

Pendemokrasian pendidikan
Peningkatan kualiti pendidikan
II Penyediaan peluang pendidikan
v Penyediaan prasarana pendidikan

A i dan iii
B i dan iv
C ii dan iv
D Semua di atas

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 15 IE/APR 2009/CTU553

Soalan no. 49 berdasarkan maklumat di bawah.

Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan antara tahun 1948 hingga
1994 telah menyebabkan pemisahan ras kulit hitam dengan ras kulit putih.

49. Apakah teori yang merujuk pemyataan di atas?

A Asimilasi
B Segregasi
C Akomodasi
D Amalgamasi

50. Nasionalisme yang sempit boleh membawa kepada beberapa elemen negatif dalam
konteks pembinaan negara bangsa, KECUALI:

A Rasisme
B Pluralisme
C Cauvinisme
D Ekstremisme

Soalan no. 51 berdasarkan maklumat di bawah.

• Membangunkan sumber manusia berteraskan sistem nilai dan etika.


• Meningkatkan penyertaan sektor swasta dan penyusunan semula
masyarakat.
• Membangunkan masyarakat perdagangan dan perindustrian
Bumiputera.

51. Manakah antara berikut dasar yang merujuk kepada pemyataan di atas?

A Dasar Ekonomi Baru


B Dasar Perindustrian Negara
C Dasar Persyarikatan Malaysia
D Dasar Pembangunan Nasional

52. Apakah tindakan yang boleh dikenakan kepada pihak yang mempertikaikan
kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan?

A Dihukum buang daerah


B Dilucutkan kewarganegaraan
C Didakwa mengikut Akta Hasutan
D Didakwa mengikut Kanun Jenayah

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 16 IE/APR 2009/CTU553

Soalan no. 53 berdasarkan pernyataan di bawah.

Peniruan gaya hidup moden yang tidak disertai oleh suatu usaha perubahan
secara berencana.

53. Apakah istilah yang boleh dirujuk dengan pernyataan di atas?

A Pembaratan
B Modenisasi
C Liberalisasi
D Sosialisasi

54. Apakah rasional bahasa Melayu diperuntukkan sebagai bahasa rasmi dalam
Perlembagaan Persekutuan?

A Memenuhi desakan komponen parti-parti politik Melayu supaya


memperkasakan bahasa Melayu
B Menjadi medium untuk menyatukan semua etnik dan membentuk sebuah
negara yang bersatu padu
C Desakan Raja-raja Melayu untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai
bahasa utama
D Mengiktiraf penggunaan bahasa Melayu sehingga ke peringkat
antarabangsa

55. Apakah kaedah yang digunapakai oleh Malaysia untuk membolehkan seseorang itu
mendapat taraf warganegara?

i Melalui perkahwinan
ii Melalui permastautinan
iii Tempat kelahiran (jus soli)
iv Undang-undang keturunan darah (jus sanguinis)

A i dan ii
B i, ii dan iii
C i, ii dan iv
D Semua di atas

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 17 IE/APR 2009/CTU553

Soalan no. 56 berdasarkan rajah di bawah.

Dasar Q

Dasar Pembangunan
Nasional
Dasar Ekonomi
Baru

(Dasar Pembangunan Utama Negara)

56. Gambar rajah di atas menunjukkan dasar pembangunan yang dilancarkan oleh
kerajaan dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Berdasarkan pemyataan di atas, apakah dasar Q?

A Dasar Penswastaan
B Dasar Wawasan 2020
C Dasar Integrasi Nasional
D Dasar Persyarikatan Malaysia

57. Manakah antara berikut merupakan cabaran perpaduan etnik di Malaysia dalam era
globalisasi?

i Prejudis
ii Rasisme
iii Hedonisme
iv Etnosentrisme

A i dan ii
B i, ii dan iii
C i, ii dan iv
D Semua di atas

58. Apakah faktor UTAMA sehingga Malaysia menjadi model kepada Negara Dunia
Ketiga dalam menjaga keharmonian hubungan etnik?

A Liberalisasi ekonomi kepada semua etnik


B Penguatkuasaan undang-undang yang tegas
C Keberkesanan rancangan penempatan penduduk
D Semangat toleransi yang tinggi di kalangan warganegara

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 18 IE/APR 2009/CTU553

59. Bahasa Melayu mempunyai kekuatannya tersendiri dalam mengeratkan hubungan


interetnik di Malaysia. Oleh itu ia perlu didaulatkan dalam penulisan papan tanda,
penamaan jalan dan juga majlis-majlis rasmi.

Manakah antara berikut kekuatan yang terdapat pada bahasa Melayu?

i Diakui oleh UNESCO sebagai bahasa ilmu


ii Diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan
iii Dipertuturkan oleh sebahagian besar masyarakat dunia
iv Diterima menjadi bahasa perantaraan (lingua franca)

A i dan ii
B ii dan iii
C ii dan iv
D iii dan iv

60. Manakah antara berikut MENEPATI tuntutan perpaduan antara etnik di Malaysia?

i Semangat kerjasama dan tolong menolong antara etnik


ii Cintakan negara mastautin berbanding negara asal
iii Mengutamakan kepentingan bangsa Malaysia
iv Sikap rasisme dan etnosentrisme

A i, ii dan iii
B ii, iii dan iv
C iii dan iv
D Semua di atas

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 19 IE/APR 2009/CTU553

BAHAGIAN B

S0ALAN1

Orang bukan Islam tidak perlu bimbang mengenai kedudukan Islam sebagai agama
Persekutuan seperti dalam peruntukan Perkara 3(1) kerana ia diimbangi oleh kebebasan
beragama dan mengamalkannya seperti yang termaktub dalam Perkara 11 Perlembagaan
Persekutuan.

Berdasarkan pernyataan di atas:

a) Huraikan TIGA (3) rasional peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan.

(9 markah)

b) Jelaskan TIGA (3) hak berhubung dengan hal ehwal keagamaan berdasarkan
peruntukan Perkara 11 dalam Perlembagaan Persekutuan.
(9 markah)

c) Bincangkan EMPAT (4) cabaran yang boleh menjejaskan perlaksanaan Islam


sebagai agama Persekutuan.
(12 markah)

SOALAN 2

Pembangunan modal insan merupakan aspek penting yang diberi penekanan oleh kerajaan
dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 - 2010) bagi melahirkan insan berkualiti dan
berintegriti.

Berdasarkan pernyataan di atas:

a) Jelaskan TIGA (3) ciri insan cemerlang dalam konteks pembangunan modal insan.

(9 markah)

b) Huraikan TIGA (3) cabaran pembangunan modal insan dalam masyarakat Malaysia.

(9 markah)

c) Bincangkan EMPAT (4) strategi pembangunan modal insan berkualiti dan


berintegriti.
(12 markah)

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 20 IE/APR 2009/CTU5S3

SOALAN 3

Bentuk Hubungan Etnik Pi Malaysia

Baik

Sederhans
\ /A /
Dingin Melaka Zaman Jepun Era Merdeka 13 Mei69 DEB

(Modul Hubungan Etnik :140)

Dalam tempoh lima dekad pasca kemerdekaan, bermacam peristiwa pahit manis, turun
naik hubungan etnik telah berlaku dalam menjalinkan perpaduan antara etnik, pelbagai
cabaran dan halangan diharungi bagi mewujudkan masyarakat Malaysia yang selamat,
aman dan harmoni.

Berdasarkan gambar rajah dan pernyataan di atas, bincangkan:

a) TIGA (3) pengajaran akibat daripada peristiwa 13 Mei 1969.


(9 markah)

b) TIGA (3) cabaran pembentukan masyarakat berintegrasi di Malaysia.


(9 markah)

c) EMPAT (4) strategi bagi menangani integrasi antara kaum di Malaysia.


(12 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

You might also like