You are on page 1of 2

NAMA: PHARAH DANIESHA A/P PICHAYMUTHU

NO MATRIK: PIB190040

Kuiz komitmen - Video – Nasi Lemak 2.0 YouTube/Ig/Fb: Cikgu Sham Nak Habaq Mai

Huang berpandangan bahawa sambal akan menjejaskan rasa asli masakan mengikut persepsi etnik
Cina.

Huang mempersoalkan tindakan pegawai bandaran yang tidak adil sekaligus menunjukkan
berlakunya sikap diskriminasi (satu konsep dalam masyarakat) oleh pegawai bandaran tersebut.

Sikap Huang yang memarahi dua orang pekerjanya yang beli nasi lemak menunjukkan sub-konsep
berkaitan masyarakat iaitu asimilasi budaya yang bermaksud penerimaan unsur budaya.
Maksud huaren yang diulang-ulang dalam lagu pertama dalam file m ini merujuk kepada subkonsep
rasisme yang bermaksud perspektif negative oleh sekumpulan etnik terhadap etnik lain.
Pengawal keselamatan memperli masakan Huang sebagai berbau perkauman atau dalam konsep
masyarakat dikenali sebagai rasisme.
Teman wanita Huang mengutarakan sub-konsep etnosentrisme sewaktu mempertahankan hujah
‘masakan Cina sebagai yang paling sedap’ berbanding sushi dari negara Jepun dan spageti dari negara
Itali.

Babak pengusaha restoran memilih tukang masak dari China dengan gaji RM 1000
menggambarkan satu masalah ekonomi yang melanda negara iaitu inflasi.

Penggunaan ramuan masakan iaitu kicap digambarkan sebagai satu strategi peniaga kuew tiaw bagi
memenuhi citarasa tempatan.

Sikap Huang yang berusaha untuk mempelajari masak nasi lemak menunjukkan salah satu perspektif
integrasi iaitu asimilasi budaya. Formula perspektif integrasi tersebut ialah Ab+B+C=Ab+Bb+Cb

Sub – etnik baba nyonya digambarkan pandai memasak sambal dalam filem tersebut .

Sikap Huang yang memberi salam sewaktu mula sampai ke rumah David Arumugam menunjukkan
bahawa beliau kurang peka kepada agama dan budaya tempatan.
Pakaian sari yang dicuba oleh teman wanita Namewee boleh menjadi contoh perspektif integrasi
iaitu pluralisme kebudayaan.

Alatan untuk makan iaitu chopstick menunjukkan Reshmonu melaksanakan pluralisme ubahsuaian

Satu ciri ras iaitu warna kulit Reshmonu dinyatakan oleh Huang dalam babak mimpi bergaduh
dengan Afdlin Shauki.

Mengajar Huang supaya baca doa makan merupakan penerapan asimilasi struktur yang diajar oleh
Afdlin kepada Huang sebelum mula makan malam.

Kepandaian berbahasa Cina oleh salah seorang isteri Afdlin Shauki menunjukkan beliau telah
menerima kesan pluralisme pengubahsuaian.

Menurut Huang; telur goreng merupakan lauk asas dalam masakan masyarakat Cina.
Aktiviti taichi oleh Adibah Nor di padang berdepan tasik boleh menjadi contoh kepada pluralisme
ubahsuaian.

Lirik lagu Rasa Sayang pada penghujung filem ini adalah lagu rakyat yang popular di negara
Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Berikan 3 pandangan anda tentang cabaran hubungan etnik di Malaysia dari segi:
a) Politik : Parti politik yang berlainan mengikut kaum
b) Ekonomi : Jurang ekonomi yang ketara antara kaum.
c) Sosial: Kuota kemasukan mahasiswa ke institut pengajian tinggi

YouTube/Ig/Fb: Cikgu Sham Nak Habaq Mai

You might also like