You are on page 1of 9

TAJUK KAJIAN

Amalan Kitar Semula SMK Pujut di Miri, Sarawak.

PENDAHULUAN

Tajuk kajian saya ialah Amalan Kitar Semula SMK Pujut di Miri, Sarawak. Sebab-
sebab saya memilih Desa Senadin sebagai kawasan kajian kerana berdekatan
dengan sekolah saya dan menyenangkan saya untuk menjalankan kajian untuk
mendapatkan maklumat dan data tentang amalan kitar semula. Tempoh kajian ini
ialah selama enam bulan iaitu berakhir pada bulan Julai 2010.

OBJEKTIF KAJIAN

Untuk menghasilkan kajian mengenai Amalan Kitar Semula SMK Pujut di Miri
Sarawak, saya telah menggariskan objektif kajian seperti berikut:-

1. Menghuraikan konsep kitar semula


2. Menyatakan jenis-jenis bahan dan amalan kitar semula
3. Menghuraikan kepentingan amalan kitar semula
4. Menghuraikan masalah atau halangan amalan kitar semula
5. Menghuraikan langkah atau cadangan mengatasi dalam melaksanakan
amalan kitar semula.
6. Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian saya.

8.0 DAPATAN KAJIAN

8.1 Konsep Kitar Semula

Proses mengitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses dan mengguna


semula bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai sampah. Kitar semula adalah
untuk menjadikan persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih, mengurangkan
pencemaran air dan udara, tanah dan bau. Kitar semula juga untuk menjimatkan kos
pelupusan sampah, menjimatkan sumber kita, menjimatkan tenaga elektrik dan
menyelamatkan hutan untuk penghasilan kertas baru.
Penerapan Unsur : Saya merasa bangga dan berterima kasih kepada
pihak majlis bandaraya kerana menyediakan tong-tong kitar semula di sekolah saya.

8.2 Jenis – Jenis Bahan Kitar Semula dan Amalan Kitar Semula

8.2.1 Jenis-jenis bahan yang boleh dikitar semula

Jenis-jenis bahan kitar semula di kawasan kajian saya iaitu Desa Senadin ialah
seperti berikut:

1. Kaca

Semua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas makanan, botol vitamin
dan bekas kosmetik.

2. Aluminium

Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin-tin


minuman boleh dikitar semula.

3. Kertas

Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna,
seperti suratkhabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad,
sampul surat dan kotak boleh dikitar semula.

4. Plastik

Beg-beg membeli belah plastik, beg plastik dari supermarkat, botol minuman
plastik, botol air mineral dan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik
boleh diproses untuk dikitar semula.
8.2.2 Amalan Kitar Semula

1. Menjual dan membeli

Satu-satunya kaedah yang paling berjaya dan berkesan pada saya kerana ia
melibatkan pulangan atau wang hasil jualan bahan kitar semula seperti tin
minuman aluminium. Rata-rata penduduk di kawasan kajian saya akan
mengumpul tin minuman mereka dan menjual kepada pihak yang membeli
barangan kitar semula yang terdekat dengan kawasan mereka.

2. Menggunakan Semula

Satu amalan yang boleh saya perhatikan semasa di rumah saya atau rumah
saudara mara ialah penggunaan plastik membeli belah sebagai beg plastik
sampah. Selain itu juga, penggunaan semula botol plastik sebagai bekas
menyimpan air di rumah adalah satu kaedah yang telah digunapakai sejak
dahulu dalam masyarakat.

3. Memberi Sumbangan Kepada Pihak Lain

Memberi barangan seperti pakaian lama yang tidak digunakan lagi oleh kita
kepada rumah-rumah kebajikan atau golongan miskin adalah satu kaedah
yang turut diamalkan oleh masyarakat sekarang bagi mengurangkan masalah
pencemaran tanah yang disebabkan oleh baju yang diperbuat daripada
polisterin dan juga mengurangkan kadar pelupusan sampah.

4. Menghasilkan Barangan Baru

Teknologi yang semakin canggih telah membuka peluang kepada kelahiran


inovasi baru untuk menggurangkan masalah sampah. Contohnya teknologi
biocoal yang dihasilkan daripada sampah yang boleh mengurangkan tahap
karbon dioksida diudara membolehkan kita mengimport sampah ke negara
yang berkenaan seperti Australia.

Penerapan Unsur : Oleh yang demikian kita harus menanam semangat


cintakan alam sekitar supaya dapat menjamin kehidupan generasi akan datang.
8.3 Kepentingan Kitar Semula

Kepentingan kitar semula di kawasan kajian saya ialah seperti berikut:

1. Menjimatkan Penggunaan Sumber

Dengan mengitar semula bahan seperti kertas, botol plastik dan kaca serta
aluminium kita boleh menggurangkan penggunaan sumber seperti pokok
untuk menghasilkan kertas, pasir silika untuk kaca, petroleum untuk plastik
dan aluminium yang diperbuat daripada bijih bauksit. Dengan mengitar
semula bahan-bahan tersebut kita dapat menjimatkan penggunaan bahan
mentah

2. Mengurangkan Pencemaran

Kepentingan yang paling utama sekali pada pendapat saya ialah dengan
mengitar semula kita dapat mengurangkan kadar pencemaran air, bau, tanah
dan udara. Hal ini kerana, jika kita tidak mengitar semula tahap pencemaran
air meningkat kerana air daripada tapak pelupusan sampah akan meresap
dan mengalir ke sungai yang boleh mencemarkan air.

Selain itu, sampah plastik tidak mudah mereput yang boleh


mencemarkan air dan tanah serta membahayakan hidupan. Bau busuk
daripada kawasan pelupusan sampah juga menyebabkan tahap keselesaan
penduduk terganggu dan udara juga tercemar akibat pelapasan karbon
dioksida daripada tapak pelupusan.

3. Memupuk Kesedaran Pentingnya Kitar Semula

Dengan mengitar semula kita dapat memupuk kesedaran pentingnya kitar


semula kepada generasi muda supaya mereka sedar tanggungjawab mereka
pada masa akan datang dan dapat menjaga alam sekitar serta persekitaran
mereka.

4. Menjimatkan Penggunaan Tenaga

Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar semula satu tin aluminium
adalah bersamaan dengan tenaga yang digunakan untuk memasang TV
selama 3 jam. Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru
sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk
pengeluaran kaca.

Penerapan Unsur : Saya akan menyemai perasaan cintakan alam sekitar


ke dalam diri saya supaya dapat menjayakan program kitar semula dan menjamin
kehidupan generasi akan datang.

8.4 Masalah atau Halangan Amalan Kitar Semula

Masalah atau halangan amalan kitar semula yang dihadapi di kawasan kajian saya
adalah seperti berikut:

1. Sikap

Sikap antara punca mengapa amalan kitar semula kurang mendapat sambutan di
kalangan penduduk di sekitar kawasan kajian saya. Sikap tidak ambil tahu dan
cintakan alam sekitar yang kurang menjadi punca kepada masalah atau halangan
amalan kitar semula di kawasan kajian saya.

2. Kurang Kerjasama

Selain itu, kurang kerjasama penduduk setempat dengan aktiviti kitar semula di
sekolah dan komunikasi yang kurang menyebabkan mengapa amalan ini hanya
dapat dilakukan di sekolah sahaja tetapi tidak berjaya merebak ke dalam masyarakat
setempat. Pelajar juga tidak memberi infomasi yang penting tentang amalan kitar
semula kepada keluarga dan masyarakat setempat adalah salah satu mengapa
amalan ini hanya berjaya di sekolah sahaja tetapi tidak di luar kawasan sekolah.

3. Kurang Pengetahuan

Kurang pengetahuan penduduk terhadap impak atau kesan aktiviti penduduk


terhadap persekitar misalnya penggunaan plastik yang boleh membawa kesan yang
buruk terhadap persekitaran. Risalah-risalah kepentingan kitar semula tidak sampai
ke tangan penduduk di sekitar kawasan kajian menyebabkan mesej yang hendak
disampaikan oleh pihak sekolah atau pihak berkuasa tidak berjaya.
Penerapan Unsur : Saya berharap semoga perasaan cintakan alam sekitar dapat
disemai dan menjadi amalan setiap masyarakat di kawasan sekitar saya demi masa
depan yang baik untuk tatapan generasi akan datang.

8.5 Langkah Mengatasi Masalah Dalam Melaksanakan Kitar Semula

1. Kempen

Untuk menjayakan amalan kitar semula di kalangan penduduk, pihak sekolah atau
pihak berkaitan hendaklah mengadakan kempen bagi menyedarkan orang ramai
tentang pentingnya kitar semula. Selain itu, kempen juga bertujuan untuk memberi
informasi yang cukup kepada masyarakat setempat tentang pentingnya kitar semula
kepada alam sekitar dan mewujudkan persekitaran yang sihat.

2. Kerjasama Dengan Pihak Berkuasa

Pihak sekolah perlu berkerjsama dengan pihak berkuasa tempatan agar kempen
yang hendak dilaksanakan dan objektif untuk menyedarkan orang ramai tentang
pentingnya kitar semula dapat berjalan dengan lancar dan baik. Hal ini tentunya
tidak membataskan pergerakan kempen kerana ada kalanya memerlukan kos bagi
menjayakan aktiviti kitar semula yang melibatkan masyarakat setempat.

3. Menubuhkan Kelab Pencinta Alam Sekitar

Pada pendapat saya Kelab Pencinta Alam Sekitar bukan hanya melibatkan pelajar
sahaja tetapi ia juga perlu melibatkan masyarakat setempat bagi menyalurkan
maklumat yang betul dan berguna serta menyedarkan masyarakat tentang perlunya
kitar semula dilakukan bukan sahaja di sekolah tetapi juga di rumah. Hal ini
tentunya dapat mewujudkan kerjasama antara masyarakat atau komuniti dengan
pihak sekolah dan juga pihak berkuasa atau berkaitan.

Penerapan Unsur : Sama-sama kita berganding tangan iaitu bekerjasama


mewujudkan persekitaran yang sihat dengan mengamalkan kitar semula demi
generasi masa depan.
RUMUSAN

Saya telah berjaya mencapai objektif kajian saya iaitu menghuraikan konsep
kitar semula, menyatakan jenis-jenis bahan dan amalan kitar semula, menghuraikan
kepentingan amalan kitar semula, menghuraikan masalah atau halangan amalan
kitar semula,menghuraikan langkah atau cadangan mengatasi dalam melaksanakan
amalan kitar semula dan menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan
kajian saya

Selain itu kaedah lain yang boleh kita lakukan ialah kompos sisa makanan
anda jika perlu untuk dijadikan baja. Rumput yang sudah dipotong, daun kering dan
bunga boleh dijadikan kompos yang baik.  Jangan buangkannya kerana ia
meningkatkan tekstur tanaman anda.

Oleh yang demikian kita harus menanamkan nilai cintakan alam sekitar kita
demi masa depan generasi akan datang. Kita haruslah mengikis perasaan
pentingkan diri sendiri dan mula melakukan kitar semula sama ada di rumah atau di
sekolah untuk menjamin kehidupan masa hadapan dan mengurangkan masalah
pencemaran yang tanpa kita sedari bermula daripada sikap kita.
RAJAH KEPENTINGAN KITAR SEMULA

KITAR SEMULA

Amalan 3R
KONSEP YA 1. MENGGUNAKAN
2. MENGURANGKAN
3. MENGITAR SEMULA

TIDAK

MASALAH

 KEMPEN
 KERJSAMA DENGAN PIHAK
BERKUASA
 KELAB PENCINTA ALAM
SEKITAR

 SIKAP
LANGKAH
 KURANG KERJASAMA
 KURANG PENGETAHUAN

NEGATIF

KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR POSITIF


RUJUKAN

Internet

http://www.kpkt.gov.my/kitarsemula/Malay/Why_m.asp

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kitar_semula

www.nea.gov.sg/cms/eed/3Rs-malay.pdf

http://my.opera.com/LA21MPS/blog/show.dml/392905

You might also like