Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
PENGENALAN TUMBUHAN PAKU – PAKIS
 Tumbuhan paku – pakis ( pteridoftit ) merupakan vegetasi dantumbuhan dedaun . Ia merupakan golongan tumbuhan yangmempunyai ciri – ciri khas iaitu pada pucuk daun muda terdapat satugelungan tali yang dikenali sebagai krozier . Ciri lain yang nyata ialahkesemua paku – pakis menghasilkan spora yang terbentuk di dalamsporangium . Sporangium ini berkumpul membentuk tompok –tompok di bahagian hujung , permukaan ataupun tepi daun .Kumpulan sporangium ini dikenali sebagai sorus . Susunan dan bentuksorus berbeza – beza bergantung kepada spesies paku – pakistersebut .Secara amnya , tumbuhan paku – pakis dibahagikan kepada duakelompok utama iaitu paku – pakis primitif yang berstuktur ringkas( fern – allies ) dan paku - -pakis sejati ( true – fern ) . Pada paku –pakis primitif akarnya hanya berupa riziod ( cth.
Psilotum
) , berbatangkecil dan umumnya berwarna hijau kerana memiliki klorofil sehinggadapat membantu proses fotosintesis dan daunnya hanya berupa sisikdengan satu vena daun sahaja . Manakala pada paku – pakis sejati ,pembahagian antara akar , batang dan daun tampak jelas . Ketiga –tiga organ tersebut telah memcapai kesempurnaan yang tinggi .
 
Sebilangan besar paku – pakis tumbuh liar terdapat disekitar kita .Di Semenanjung Malaysia sahaja terdapat lebih kurang 500 spesiespaku – pakis liar yang telah dikenal pasti . Paku – pakis ini ada jugayang dimakan dan ia lebih dikenali sebagai
 Athyrium esculentum
. Disamping itu , terdapat juga paku pakis liar yang dipercayaimempunyai khasiat perubatan . Nenek moyang kita dahulu sudahmenggunakan pelbagai spesies paku – pakis sebagai ubat – ubatantradisional untuk mengubati penyakit kulit , luka dan sakit perut . Ada juga yang boleh digunakan sebagai penahan darah dan penyuburrambut . Kini paku pakis telah dijadikan sebagai tumbuhanperhiasan , antaranya ialah
Lycopodium
,
 Asplenium
,
Playcerium
dansebagainya .
 
 Tumbuhan pteridoftit tersebar luas ke seluruh dunia , kecuali dibahagian kutub yang sentiasa dilitupi ais . Kira – kira 75% spesies initerdapat di kawasan tropika , hampir tropika dan juga kawasan
 
pergunungan yang berhampiran dengan kawasan tropika . Spesiesyang hanya terdiri daripada bahagian batang yang berwarna hijauiaitu tanpa akar dan daun sejati ditemukan pada genus
Psilotum
,hingga kepada genus
Cyathea
yang mempunyai akar sejati danberdaun tebal , batang sempurna dan memyerupai batang pohonpalma . Untuk menentukan variasi panjang atau tinggi paku – pakisdimulai dengan spesies yang berukuran kurang daripada 2.5 cmseperti pada paku – pakis air dari genus
 Azolla
hingga kepada spesiesyang memcapai ketinggian 30m seperti paku – pakis
Cyathea
dan
Dicksonia
.
SISTEM PENGELASAN ALAM PAKU – PAKIS
Dalam sistem pengelasan botani lama oleh Eichler tahun 1883dan Bold et al. , 1980 semua tumbuhan dibahagikan kepada 4 divisiyang besar iaitu Thallophyta , Bryophta , Pteridophyta danSpermatophyta . Divisi Thallophyta meliputi semua jenis rumpai airsama ada di air tawar mahupun di laut . Divisi Bryophyta dianggotaioleh 3 kelompok lumut iaitu lumut hati , lumut kerak dan lumut jati .Semua tumbuhan berbiji pula digolongkan ke dalam divisiSpermatophyta . Sementara tumbuhan yang kita kenali dengan namaumum paku – pakis , serta beberapa jenis tumbuhan yang berkaitandengannya telah dikelaskan oleh ahli ahli botani dalam divisiPteridophtya .
 
Dalam tinjauan sejarah evolusi alam tumbuhan , divisiPteridophyta ditempatkan di antara divisi Bryohyta danSpermatophyta kerana beberapa sifat perantaraan pada golongantumbuhan ini sehingga dianggap sebagai jambatan yangmenghubungkan bentuk tumbuhan yang primitif dengan bentuktumbuhan moden . Walaupun terdapat divisi yang masih belumsempurna strukturnya seperti pembahagian akar , batang dan daun ,namun kebanyakan spesies paku pakis telah memcapaipertumbuhan yang tidak terbatas sehingga dinamakan paku pohon .Ini kerana pembentukan batang dan daunnya begitu sempurnamenyerupai Spermatophyta . Sistem pengangkutan ( sistem vaskular )terbentuk dengan sempurna pada peringkat tinggi dengan elemem –elemen seperti xilem dan floem yang membentuk tisu tisupengangkutan yang cekap dari akar ke daun .
 
Menurut Engler ( Lawrence , H.M. 1968 ) alam tumbuh – tumbuhan
 
dapat dipisahkan ke dalam tiga belas divisi . Sebelas divisi pertamatermasuk dalam golongan tumbuh tumbuhan Thallophyta , divisikedua belas ( Embryophyta Asiphonogama ) dipisahkan ke dalamdua subdivisi iaitu Bryophyta dan Pteridophyta , sementara divisiketiga belas( Embryophyta Siphonogama ) merupakan tumbuh tunbuhanSpermatophyta .
BINAAN DAUN PAKU – PAKIS
 
 Terdapat dua jenis daun paku – pakis , yang pertama dinamakansebagai daun mikrofil yakni daun yang berbentuk sisik dengan ukuranyang sangat kecil umunnya kurang daripada 1 cm panjangnya . Jenisdaun mikrofil ditemukan pada paku pakis seperti pada genus
Psilotum
,
Lycopodium
,
Selaginella
dan
Equisetum
. Khusus pada
Psilotum
dan
Equisetum
daunnya mengalami pengurangan dari segibentuk dan fungsi sehingga bentuknya menjadi sangat kecil dan tidakmenjalankan fungsi fotosintesis .
 
 Jenis kedua dikenali sebagai daun makrofil , iaitu daun yangmempunyai ukuran lebih besar daripada daun mikrofil danmempunyai susunan yang lebih kompleks dengan pelbagai variasidan aktif bagi berbagai bagai fungsi fisiologi seperti pada dauntumbuhan peringkat tinggi . Ia terdapat dalam bentuk tunggal ataumajmuk iaitu permukaan daunnya ( lamina ) tidak terbahagi kepadasegmen – segmen yang terpisah malahan dihubungi kepada batangatau rizom melalui suatu tangkai sama ada panjang atau pendek .Contoh
Vittaria
 
, Ophioglossum
,
 Antrophyumi
,
Salvinia
dan lain –lain . Daunnya terdapat dalam sifat pinat , bipinat , tripinat ,kuadripinat dan seterusnya .
PEMBIAKAN PAKU – PAKISSpora , Sporangium dan Sorus
 
Spora adalah struktur pembiakan halus yang dihasilkan oleh pakupakis . Terdapat pelbagai bentuk spora , antaranya bulat , pipih( monolete ) , segitiga( trilete ) dan sebagainya . Untuk melihat struktur spora tersebut ,mikroskop elektron pengiaman ( Scanning Electron Microscope )digunakan .
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more