You are on page 1of 2

KERJA ASAS (FOUNDATION)

Pengenalan

Asas (foundation) adalah bahagian yang terpenting di dalam struktur sesebuah bangunan.  Kegagalan
asas akan menyebabkan pemendapan bangunan dan akan menjejaskan struktur lain serta perkhidmatan
dalaman seperti paip, kabel dan lain-lain.  Adalah penting bagi pihak kontraktor memahami sedikit teori
dan cara praktikal dalam pembinaan asas bangunan.

Jenis – Jenis Asas

Rekabentuk bagi jenis asas bangunan adalah bergantung kepada kekuatan / keupayaan galas tanah. 
Terdapat 2 kategori utama iaitu :

 Asas Cetek (shallow foundation)


 Asas dalam (deep foundation)

Asas Cetek

Terdapat 4 jenis asas cetek, iaitu :

 Penapak konkrit tetulang (pad shooting)


 Penapak jalur (strip footing)
 Penapak rakit (raft footing)
 Penapak konkrit bercantum (combined footing)

Asas Dalam

Asas dalam digunakan apabila tanah tidak sesuai untuk menanggung beban yang disebabkan oleh :

 Keupayaan galas tanah yang rendah.


 Mendapan yang berlebihan.
 Keadaan aras air bawah tanah yang tidak menentu.
 Beban mengufuk.

Perkara-perkara penting bagi asas yang perlu diberi perhatian. 

 Asas cetek tidak praktikal digunakan sekiranya terdapat tanah lembut pada kedalaman melebihi
3m kerana ianya akan melibatkan penggalian yang terlalu dalam.
 Saiz dan jenis penapak adalah bergantung kepada beban tiang dan keupayaan galas tanah.
  Asas cetek sesuai untuk tanah keras dengan nilai SPT, N melebihi 5.
 Asas penapak konkrit tetulang dan penapak jalur tidak boleh dibina di atas tanah tambak.
 Penapak konkrit tidak sesuai digunakan bagi kawasan yang mengalami pemotongan dan
penambakan seperti kawasan berhampiran cerun atau kawasan cerun bagi mengelakkan
masalah enapan kebezaan (differential settlement) daripada berlaku.
 Proba JKR perlu dijalankan pada setiap kedudukan tiang sebelum pembinaan dijalankan dan
hendaklah mencapai sekurang-kurangnya bilangan pukulan / hentaman yang dikehendaki untuk
mencapai keupayaan galas yang dibenarkan
 Lubang-lubang yang dikorek tidak boleh dibiarkan terdedah terlalu lama.  Kerja konkrit perlu
dijalankan dengan segera.

ASAS CERUCUK (PILING)

Pengertian 

 Sejenis asas dimana beban dari bangunan dibawa dan disebarkan ke aras yang sesuai di dalam
tanah melalui tiang yang dinamakan cerucuk.
 Asas ini diadakan khusus untuk bangunan bertingkat dan  mempunyai sifat tanah yang tidak
stabil.
 Jenis - jenis cerucuk yang digunakan adalah bergantung kepada kesesuaian tanah,keadaan
muka bumi dan struktur bangunan itu sendiri.
 Antara jenis-jenis cerucuk yang biasa digunakan ialah R.C Pile, Micro Pile, H Pile dan Bore Pile.

Jenis – Jenis Cerucuk dan Kegunaannya

Cerucuk Bakau (Bakau Pile)

 Cerucuk Kayu Berubat (Treated Timber pile)


 Cerucuk Konkrit Tetulang (RC Piles)
 Cerucuk Konkrit Terpintal (Spun Pile)
 Cerucuk Keluli H ( Steel H-Pile)
 Cerucuk Mikro (Micro Pile)
 Cerucuk Tergerek (Bored Piles)

a. Cerucuk Bakau (Bakau Pile )

o Digunakan pada masa dahulu.


o Bersaiz diameter : 75mm dan 100mm.
o Keupayaan galas 5kN – 10kN (0.5 tan – 1 tan).
o Beban maksima 10 kN (1 tan).
o Jarak minima adalah 300mm.
o Saiz cerucuk yang hampir sama adalah lebih ekonomi.
o Tidak begitu ekonomi di kawasan tanah lembut.
o Selalu digunakan untuk kawasan yang berair suatu ketika dahulu.

You might also like