You are on page 1of 1

Kepercayaan dan mitos

Kampung Sungai Gersik ialah sebuah kampung yang penuh dengan misteri dan kepercayaan
ganjil dan pelik yang menarik bagi ramai tetapi ianya kekal sebagai pantang-larangan bagi
penduduk kampung. Beberapa versi cerita-cerita seperti

 Cerita Embah Sampudin Salleh  :Menurut salah seorang pemastautin tertua kampung,
Tuan Haji Ismat, berumur 88 tahun (2001), kolam air panas ini adalah ditemui oleh
Embah Sampudin Salleh (yang asal usulnya tidak diketahui) pada 1912. Apabila ianya
mula ditemui, ada dua kolam; satu yang besar yang mengeluarkan air panas yang
mengelegak dan berasap dan satu yang kecil yang mengeluarkan air yang suam.
Kepercayaan kampung mengatakan satu hari secara tiba-tiba Embah Salleh Sampudin
telah ghaib, dan Tuan Haji Ismat telah mengambil-alih tanggungjawab membersihkan
dan menjaga tempat kolam air panas. Beliau mendakwa roh Embah Salleh Sampudin
masih sering menjelma di dalam mimpinya menjanjikan banyak ganjaran, seperti satu
cemeti "Nogosari" berusia 600 tahu yang diperbuat daripada 600 gm tembaga tulen yang
mempunyai lambang alat kebesaran diraja kerajaan silam Majapahit.[2]

 Cerita Tuan Hj. Abd. Rahman bin Hj. Harshad : Menceritakan kolam air panas telah
ditemui oleh Tuan Hj. Abd. Rahman bin Hj. Harshad atau lebih dikenali sebagai nama
Hj. Abd. Rahman getu. Sebelum sungai Kg. Sg. Resik sepanjang 2.5 kilometers telah
diterokai sehingga pendalaman, kawasan kolam air panas masih lagi kawasan hutan. Satu
hari, Hj. Abd. Rahman masuk ke dalam hutan untuk mencari kayu dan rotan untuk
membuat pondoknya, apabila petang beliau menyedari sebuah kolam berukuran sekitar
10 kaki, dikelilingi lembah berlumpur dan mengeluarkan air panas berasap. Beliau
merasa seram dan takut terus bergerak balik tanpat hasil hutan kutipannya. Malangnya
beliau telah sesat sehinggalah senja baru dapat jalan. Sejurus pulang, beliau memberi tahu
penduduk kampung penemuannya tetapi kolam air panas itu gagal dijumpai sehinggalah
tiga bulan kemudian apabila beliau dan rakannya, Rajikan masuk ke hutan untuk mencari
kayu dan rotan dan telah membuka jalan dengan menandakan pokok kayu sepanjang
jalan masuk ke kolam.[3]

 Cerita Manon bin Hj. Hassan : Semasa zaman penjajahn Jepun, seorang penduduk,
Manon bin Hj. Hassan, semasa mengadakan majlis 'marhaban' dan sembahyang tahlil
satu malam, kolam air panas di hadapan rumahnya tiba-tiba menggelegak dan berasap
dan keadaan menjadi riuh dan terang-benderang.[3]

 Cerita Penemuan Misteri  :Terdapat beberapa cerita mengenai penduduk kampung yang
menemui seekor ular yang besar dan panjang sehingga ukuran 30 m dan besar pokok
kelapa bergantungan di atas pokok sekitar kolam. Seorang penduduk, Palil bin Abd
Rahman, pula pernah melihat ular yang amat besar yang tidak dapat dilihat hujung
pangkal kepala dan ekornya. Ada yang mendakwa mereka berjumpa dangan lelaki tua
yang muncul dan ghaib secara tiba-tiba. Kebanyakan kejadian berlaku pada masa
maghrib dan malam.

You might also like