You are on page 1of 2

Refleksi

Projek yang dilaksanakan mesti berkaitan dengan tema Cabaran Masa Depan.
Kumpulan kami telah membuat pilihan untuk melaksanakan projek yang bertajuk “
Projek Mereka Cipta Perumahan Mesra Alam”. Jumlah ahli kumpulan kami ialah 11
orang. Setiap ahli kumpulan telah menilai projek yang dijalankan dari mula hingga akhir.
Kami telah membuat refleksi dari segi faedah, kekurangan, kekuatan dan masalah yang
dihadapi sepanjang pelaksanaan projek ini. Setiap ahli kumpulan telah mengemukakan
cadangan atau pandangan mereka terhadap projek ini untuk penambahbaikan
pelaksanaan projek ini pada masa depan. Refleksi yang dibuat pula berdasarkan tugas
yang dipertanggungjawabkan.

Secara keseluruhannya, projek ini telah berjaya dilaksanakan apabila semua ahli
dapat menjalankan tugas dan kewajipan mereka masing-masing dengan baik. Berikut
ialah rumusan daripada refleksi yang dikemukakan oleh setiap ahli kumpulan :

1. Semua ahli mengetahui prosedur mengadakan dan mengendalikan mesyuarat.


2. Semua ahli mendapat pengalaman dan pengetahuan tentang perkara yang berkaitan
dengan mesyuarat seperti mengurus segala maklumat dalam fail, menyusun agenda
mesyuarat, mencatat minit mesyuarat, dan sebagainya.
3. Setiap ahli berpeluang untuk melaksanakan kewajipan mereka yang telah
dipertanggungjawabkan masing-masing dengan sempurna.
4. Setiap ahli berpeluang untuk mengemukakan pendapat atau cadangan mereka
tentang sesuatu perkara.
5. Setiap ahli mendapat pengalaman tentang cara berkomunikasi dengan masyarakat
luar.
6. Setiap ahli dapat bekerjasama antara satu sama lain untuk mengendalikan sesuatu
projek.
7. Setiap ahli berpeluang untuk menunjukkan kepimpinan diri.
8. Setiap ahli dapat menguruskan masa mereka dengan baik dan berfaedah.
9. Setiap ahli berpeluang berkomunikasi dengan ahli lain dengan toleransi dan baik
untuk mendapat pandangan atau cadangan terbaik.
10.Setiap ahli lebih memahami konsep eko-rumah dan reka cipta perumahan mesra
alam.
11.Setiap ahli telah mendapat maklumat tentang konsep, faktor dan kesan reka cipta
perumahan mesra alam untuk mencegah atau mengelakkan pencemaran alam
sekitar bertambah buruk.
Selain itu, setiap ahli juga telah dapat mengenal pasti masalah ketika menjayakan
projek ini :

1. Kesukaran untuk menetapkan masa yang sesuai bagi mengadakan mesyuarat kerana
masing-masing mempunyai komitmen yang lain.
2. Dari segi kewangan, peruntukan yang terhad juga akan mempengaruhi aktiviti yang
hendak dijalankan.
3. Dari segi masa, pihak sekolah juga ada menjalankan aktiviti lain. Oleh itu, aktiviti
yang dijalankan ini bertindih dengan beberapa aktiviti yang lain.
4. Kesukaran untuk menetapkan tempat yang sesuai bagi mengadakan mesyuarat
kerana tempat tinggal dan masalah pengakutan serta tempat mengadakan
mesyuarat hendak tenang.
5. Peperiksaan pertengahan tahun merupakan masalah yang kita hadapi semasa
menjalankan projek ini. Projek ini dilaksanakan semasa peperiksaan pertengahan
tahun sedang dijalankan.
6. Ahli juga menghadapi masalah untuk mendapatkan penajaan dari segi kewangan.
7. Masalah yang ketara juga ialah komitmen daripada semua ahli. Hal ini demikian
kerana setiap ahli terpaksa juga membuat projek untuk mata pelajaran yang lain.
8. Ahli juga menghadapi masalah bagi mengadakan mesyuarat kerana terpaksa
menghadiri aktiviti kokurikulum.
9. Selain itu, kami juga menghadapi masalah pengangkutan. Sebahagian ahli kumpulan
tidak dapat menghadiri mesyuarat kerana tiada pengakutan untuk menghantar
menghantar mereka.
10.Kami juga menghadapi masalah dalam memperoleh maklumat tentang projek ini.
Masalah ini dapat diselesaikan dengan memperoleh makluamat dari internet
dan pelbagai buku rujukan.
11.Masalah yang seterusnya ialah membuat persediaan dalam pelaksanaan projek
secara terancang dan sistematik. Masalah ini juga dapat diselesaikan dengan
bantuan dan nasihat yang diberikan oleh guru mata pelajaran Sivik dan
Kewarganegaraan.

Walau bagaimanapun, projek ini berjaya juga dilaksanakan kerana semua masalah
yang dihadapi telah dapat diatasi. Projek in berjaya kerana mencapai objektif yang
ditetapkan. Semua aktiviti yang dijalankan sepanjang projek ini dilaksanakan telah
mendapat sokongan dan sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid dan pihak
sekolah. Kejayaan projek ini merupakan hasil kerjasama dan semangat sepasukan yang
dimiliki oleh setiap ahli. Keyakinan diri ahli kumpulan bertambah kukuh kerana berjaya
melaksanakan tugas yang diberikan dengan berkesan. Kami juga bersyukur kerana
projek ini dapat dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Selain itu, pelbagai
masalah dapat diselesaikan hasil daripada bantuan dan bimbingan daripada guru mata
pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan kami dan pihak pentadbir sekolah yang sentiasa
memberikan nasihat dan dorongan dari mula hingga akhir projek ini dilaksanakan.

You might also like