You are on page 1of 12

Tarian Zapin

kajian sejarah tempatan


Tingkatan 2

Nama: Azwan bin Ali


Kelas: 2B
Sekolah: Sekolah Menengah Sung
Siew
Senarai Kandungan

TAJUK MUKA SURAT


1.SENARAI KANDUNGAN
2.PENGHARGAAN
3.OBJEKTIF KAJIAN
4.KAWASAN KAJIAN
5.KAEDAH KAJIAN
6. HASIL KAJIAN
7.RUMUSAN
8.LAMPIRAN
9. RUJUKAN

PENGHARGAAN
Setelah bertungkus lumus selama dua minggu akhirnya saya dapat menyiapkan

Kajian Sejarah Tempatan (KST) seperti mana yang diarahkan oleh pihak Lembaga

Peperiksaan Malaysia. Namun disebalik kejayaan saya dalam menyiapkan kajian ini,

banyak pihak telah terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung. Oleh sebab

itu, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Lee Chin

Hoi selaku Pengetua Sekolah Menengah Sung Siew, Sandakan, yang memberi

galakan dan kebenaran kepada saya untuk melaksanakkan kajian yang menarik ini.
Tidak lupa juga kepada En. Alias bin Abu sebagai guru sejarah yang banyak

memberi bimbingan, tunjuk ajar serta memberi keyakinan kepada saya dalam

menyiapkan kajian ini mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

Tidak ketinggalan juga saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih buat kedua

ibu bapa tersayang iaitu En. Ali bin Idrus dan Pn. Rosidah binti Hashim serta rakan-

rakan seperjuangan yang banyak membantu dari segi moral dan idea kepada saya

sepanjang menyiapkkan kajian ini.

Objektif Kajian

Objektif kajian saya merangkumi:

 Mengetahui sejarah asal-usul tarian zapin.


 Mempelajari berkaitan tarian zapin.

 Menerapkan nilai atau unsur patriotisme yang diperoleh dari hasil kajian.

Kaedah Kajian
Kaedah kajian saya merangkumi:

 Kaedah rujukan

Saya membuat rujukan dengan menggunakan buku-buku ilmiah, buku-buku rujukan


dan buku teks yang dipinjamkan secara percuma.

 Kaedah internet

Saya menggunakan kemudahan internet untuk mencari bahan-bahan, gambar-gambar


dan maklumat yang boleh membantu saya menyiapkan kajian

 Kaedah temu bual

Saya berjumpa dengan orang yang berpengalaman dalam tarian zapin dan
menemubual beliau supaya dapat memahami dengan lebih mendalam.

Hasil Kajian

Tarian Zapin
Tarian Zapin merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini
diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Zapin bermaksud
“gerak kaki” daripada perkataan ‘al–Zafn’. Tarian zapin telah menular luas di kalangan
penggemar seni tari di Nusantara iaitu di Semanjung Tanah Melayu, Borneo dan gugusan
pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia,
Brunei, Singapura dan Indonesia.

Zapin telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata
lebih tradisional sifatnya. Dengan itu tarian Zapin biasanya mempunyai pecahan
tersendiri menurut tempat ia ditarikan, antaranya adalah:
 Tarian Zapin Arab
 Tarian Zapin Johor
 Tarian Zapin Lenga
 Tarian Zapin Pekan
 Tarian Zapin Tenglu

Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu.


Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah gambus, rebana, gendang,
rebab dan marakas. Biola tidak tergolong sebagai sejenis alat muzik tarian Zapin namun
terdapat anggapan salah dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang dihasilkan
rebab mempunyai persamaan dengan gesekan biola.

Asal Usul Tarian Zapin


Mengikut sejarah tarian Zapin, pada mulanya tarian ini adalah sebagai tarian
hiburan di istana setelah dibawa dari Hadramaut, Yaman oleh para pedagang Arab pada
awal abad ke-16. Pada masa itu negeri Johor menjadi pengganti kepada peranan Melaka
sebagai sebuah entrepot antarabangsa pada kurun ke-16.

Tarian zapin ini kemudiannya merebak ke negeri-negeri sekitar Johor seperti di


Riau, iaitu pusat pemerintahan Johor lama, Singapura, wilayah Sarawak, dan Brunei
Darussalam.

TEKNIK PERSEMBAHAN TARIAN ZAPIN


Sebagai sebuah tarian persembahan, tarian Zapin terbahagi kepada 3 peringkat:
Peringkat pertama: Permukaan tarian atau pembuka tari.
Peringkat kedua: Pecahan atau gerak serta lenggang tari.
Peringkat ketiga: Penutup tarian.

Zapin menumpukan pada langkahan kaki dengan posisi kaki selalu tertutup dan
tidak merendah. Kebanyakan posisi badan selalu bergerak seperti ombak mengalun.
Posisi tangan tidak diperlihatkan secara jelas misalnya motif memetik bunga, tangan
kanan mahupun kiri berada di bawah bahu.

Kebiasaannya, senikata yang dinyanyikan dalam lagu untuk tarian ini diselitkan
dengan kalimat berunsur keagamaan seperti “salam” dan “assalamualaikum”, kata– kata
nasihat dan pujian kepada kebesaran agama dan kesempurnaan budi pekerti.
PAKAIAN DI DALAM TARIAN ZAPIN
Sungguhpun Zapin mempunyai pengaruh Arab–Parsi, tetapi dari segi pakaian,
penari–penari memakai pakaian Melayu selengkapnya iaitu bagi lelaki berkain samping
dan bersongkok dan wanita memakai kurung beserta kain sarong.

ALAT MUZIK YANG DIGUNAKAN


Alat muzik utama yang digunakan bagi mengiringi tarian zapin ialah gambus,
rebana, gendang dan marakas. Petikan gambus untuk membawakan lagu, sementara
rentak gendang atau rebana menentukan rentak dan pecahan tari. Antara lagu zapin ialah
Lancang Kuning, Zapin Asli, Gendang Rebana dan lain–lain.

Tarian Zapin Johor

Tarian Zapin Johor merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian
Zapin ini dipercayai berasal dari Tanah Arab yang gerakannya adalah cepat dan tidak
banyak gerakan bunga tarinya. Tarian ini popular pada tahun lima puluhan (50an) dan
enam puluhan (60an). Tarian Zapin Johor dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu
dan Zapin Arab. Kedua-dua tarian ini memperlihatkan perbezaaan dari segi unsur
peradaptasiannya. Secara realitinya, kedua-dua genre zapin itu berasal daripada satu
keseniaan masyarakat Arab yang dibawa dari Hadramaut.

Di Johor, Malaysia, tarian Zapin yang sudah diterima sebagai seni yang berunsur
Islam dan berfungsi sebagai hiburan sama ada pada upacara-upacara sekular mahupun
pada sambutan hari-hari kebesaran. Namun dari segi kelembutan dan kehalusan tradisi
tarian itu sendiri, Zapin Melayu Johor walaupun lahir daripada adaptasi yang dilakukan
ke atas Zapin Arab secara selektif namun tidak dapat disangkal lagi tarian zapin ini
memperlihatkan lebih kehalusan dan keayuan geraknya dari Tarian Zapin Arab.
Satu hal yang menarik mengenai tarian Zapin Johor ialah keupayaan mewujudkan
rasa persaudaraan penari dan pemuzik serta sifat esprik decorps yang dapat dimunculkan
sesama mereka sekali gus mematahkan rasa malu penari-penari apabila menari di
khalayak ramai. Secara simbolik gerak tari zapin ini menampakkan kepentingan usaha
bersama dan bukannya usaha individu di samping meminggirkan persaingan antara
pemain dalam kumpulan mahupun antara kumpulan. Jika ditinjau daripada perspektif
inilah,maka keunikan dan keistimewaan tarian Zapin Johor amat terserlah.

Rumusan
Hasil daripada kajian ini, saya dapat mengenalpasti kebudayaan bangsa agar
dapat dikekalkan untuk generasi masa hadapan. Tarian tradisional dapat mewujudkan
semangat cinta akan khazanah negara dan semangat patriotisme supaya kita semua dapat
menjaga budaya ini agar tidak luput ditelan zaman.

Tarian zapin juga dapat menimbulkan kesedaran kepada seantero generasi muda
agar menyedari bahawa tarian tradisional ini mempunyai signifikannya untuk
mewujudkan perpaduan di Malaysia. Jika bukan kita yang memelihara tarian zapin ini,
siapa lagi.

Rujukan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Zapin

http://jaksa.kym.edu.my/jaksa/zapin.html

http://www.google.com.my/imghp

Lampiran

Panduan Kajian Sejarah Tempatan


Gambar Tarian Zapin
Alatan Muzik Untuk Tarian Zapin

You might also like