You are on page 1of 11

PEMBANGUNAN BENTUK MUKA BUMI DI LANGKAWI

Pengenalan

Pulau Langkawi merupakan salah satu daripada destinasi utama industri


pelancongan di Negeri Kedah. Langkawi banyak memaparkan keindahan semulajadi
flora dan faunanya yang jauh dari kesibukan kota metropolitan. Langkawi merupakan
tapak geopark ke-52 dunia dan pertama di Asia Tenggara selepas disenaraikan dalam
senarai geopark dunia di bawah Unesco pada 1 Jun lepas. Langkawi Geopark
mengandungi 99 buah pulau dan ia juga merupakan pulau geopark pertama yang
berstatus pulau bebas cukai. Seiring dengan peredaran masa, Langkawi bukan sahaja
berpotensi menjadi sebuah kawasan pelancongan yang dikenali ramai, malah saban
hari meningkatkan terus pembangunan-pembangunan di Langkawi yang turut kaya
dengan bentuk muka buminya yang pelbagai.

1
PEMBANGUNAN PULAU LANGKAWI DAN LADA

Pulau Langkawi merupakan salah sebuah daerah di Negeri Kedah Darul


Aman yang merupakan destinasi pelancongan terkenal di peringkat antarabangsa. Ia
terletak di latitud 6º21’ U dan longitud 99º48’ T di utara Selat Melaka berhampiran Laut
Andaman. Pulau ini boleh dihubungi melalui pengangkutan air dengan menaiki feri dari
Kuala Perlis, Kuala Kedah dan Pulau Pinang serta pengangkutan udara. Asalnya, pulau
ini didiami oleh masyarakat petani yang mengerjakan aktiviti pertanian berskala kecil
dan nelayan tradisional yang menangkap ikan di kawasan persisiran pantai. Pulau ini
telah mengalami sejarah yang panjang dimana terkenal dengan ‘Sumpahan Mahsuri’
serta pernah diserang dan dikuasai oleh Kerajaan Siam beberapa kali. Kini, Pulau
Langkawi mempunyai penduduk seramai 85,336 orang (2004) dan Pekan Kuah
merupakan pusat pentadbiran dan perniagaan utama (Kedah Maju 2010, 2007).

Pulau Langkawi telah mengalami pembangunan yang pesat dan dikenali


sebagai destinasi pelancongan terkemuka di dunia setelah diisytiharkan sebagai ‘Pulau
Bebas Cukai’ pada tahun 1987. Jika dahulu, majoriti penduduknya bekerja dalam sektor
pertanian sebagai nelayan dan petani, namun ia telah diambil alih oleh sektor
perniagaan dan perkhidmatan. Segenap kawasan yang dahulunya mundur dan terasing
daripada pembangunan telah bertukar wajah menjadi sebuah kawasan yang menjadi
tumpuan pelabur dan pelancong. Pihak kerajaan memberikan tumpuan yang serius
terhadap Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan terkemuka.

2
Pelbagai agenda seperti pembentukan rancangan pembangunan, penyediaan
infrastruktur, kemudahan, perkhidmatan, promosi dan pemasaran giat dilaksanakan
bagi mencapai tujuan tersebut. Pihak swasta menyahut seruan kerajaan dengan
melakukan pelbagai pelaburan dalam penyediaan kemudahan dan perkhidmatan
meliputi penginapan, pengangkutan, makanan dan minuman, perniagaan dan
pembangunan tarikan-tarikan baru. Ini disebabkan mereka berkeyakinan bahawa
pelaburan yang dilakukan di pulau ini mampu menyumbangkan pulangan yang baik
untuk perniagaan yang diceburi.

Kedudukannya yang jauh dari pentadbiran pusat negeri Kedah iaitu Alor Setar
menjadikan daerah ini kurang membangun pada tahun 1970an dan awal 1987.
Sebahagian besar masyarakat di Langkawi bergantung kepada aktiviti ekonomi
berasaskan perikanan dan pertanian bercorak tradisional dan sara diri. Ternyata aktiviti
ekonomi tersebut kurang berupaya mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat
setempat seterusnya memberi implikasi penting terhadap taraf sosio-ekonomi
penduduk yang rendah. Bagaimanapun, bilangan daerah ini diistiharkan sebagai
sebuah pelabuhan bebas cukai pada 1 Januari 1987 ia telah membawa kepada
perubahan dari segi tahap, arus dan hala tuju pembangunan di Pulau Langkawi.
Perubahan ini melibatkan banyak aspek pembangunan. Malah pengistiharan tersebut
dibuat sebagai satu langkah ke arah mewujudkan pembangunan Pulau Langkawi
dengan lebih sistematik sebagaimana langkah yang sama telah digunakan dalam
pembangunan Pulau Pinang dan Singapura. Justeru itu, pelbagai pembangunan

3
infrastruktur, fizikal dan prasarana dibuat. Ini termasuklah pembinaan jalanraya,
lapangan terbang antarabangsa, pelabuhan serta jeti.

Sehingga tahun 1990, lebih RM300 juta dipercayai telah dibelanjakan oleh pihak
kerajaan pusat dalam usaha untuk mempastikan kepesatan pembangunan infrastruktur
di Langkawi. Ini jelas dapat diperhatikan dalam Rancangan Malaysia Keenam (1991 -
1995) dan Rancangan Malaysia Ketujuh (1996 - 2000). Usaha juga telah dibuat ke arah
menggalakkan bilangan pelancong dengan mengadakan beberapa keistimewaan
seperti pameran dan sebagainya ke arah mewujudkan Langkawi sebagai pusat
pelancongan bertaraf antarabangsa. Di samping itu, aktiviti ekonomi yang lain turut
membangun dengan pesat. Selain dari industri perhotelan, kegiatan perdagangan dan
perniagaan menjadi semakin berkembang. Walaupun sektor perkilangan tidak begitu
memberangsangkan, beberapa sub-industri penting berjaya dibangunkan seperti
industri simen dan marmar. Seperti juga kesan pembangunan di wilayah-wilayah lain di
Malaysia, impak pembangunan ekonomi ke atas Langkawi dikatakan begitu besar
sekali.

Di samping perubahan pembangunan fizikal, Langkawi berjaya menjadi pusat


tarikan pelancong utama negara. Namun persoalan timbul adalah keadaan da taraf
sosio-ekonomi penduduk tempatan sama ada semakin meningkat atau sebaliknya,
tahap migrasi dan distribusi penduduk yang terlibat. Justeru itu, matlamat kajian ini ialah
untuk meninjau dan menganalisa keadaan sebenar tahap pembangunan yang telah
dilalui oleh Langkawi dan sejauhmana tahap perubahan sebenar yang berlaku ke atas

4
taraf sosio-ekonomi komuniti dan masyarakatnya, di samping impaknya ke atas migrasi
dan distribusi penduduk di daerah tersebut.  

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) ditubuhkan oleh Kerajaan


Persekutuan untuk merancang dan menggalakkkan serta melaksanakan pembangunan
di Pulau Langkawi. LADA dengan rasminya ditubuhkan pada 15 Mac 1990 di bawah
Akta Lembaga Pembangunan Langkawi 1990 (Akta 423) dan diletakkan di bawah
Kementerian Kewangan. Dalam Rancangan Malaysia Ke-8 sebanyak RM431 juta
diperuntuk kepada LADA manakala dalam Rancangan Malaysia Ke-9, LADA hanya
menerima RM173 juta untuk bajet pembangunan Langkawi.

Kerajaan menyalurkan sebanyak RM1.6 bilion ke Langkawi sejak LADA


ditubuhkan pada 1991 hingga kini untuk menjadikan pulau peranginan ini sebagai
destinasi pelancongan utama dengan penyediaan pelbagai infrastruktur pelancongan,
ekonomi dan sosial. Pembesaran lapangan terbang antarabangsa Langkawi, Jeti Kuah,
pembinaan rangkaian jalan raya, kompleks sukan bertaraf antarabangsa dan Kompleks
LADA adalah antara projek dilaksanakan dalam tempoh itu. Dengan kemudahan itu
kedatangan pelancong lebih mudah dan selesa melalui udara dan laut. Kunjungan
pelancong ke pulau peranginan ini setiap tahun masih menunjukkan peningkatan
seperti pada tahun 2005 kehadiran pelawat sebanyak 1.8 juta orang manakala tahun
2006 meningkat kepada 2.1 juta.

Sasaran serampang dua mata LADA adalah bukan sahaja untuk


menjadikan Langkawi sebagai destinasi utama pelancongan terkenal antarabangsa,
tetapi juga untuk menentukan pembangunan yang berlangsung ini dapat dinikmati
sepenuhnya oleh masyarakat setempat. Matlamat- matlamat ini telah digariskan di
dalam Akta 423, Akta Lembaga Pembangunan Langkawi dan juga tergaris di dalam
dokumen Rancangan Struktur Langkawi 1990-2005.

Strategi pemasaran Langkawi oleh LADA di peringkat antarabangsa kini


ialah memperkenalkan Langkawi sebagai pusat pelancongan alam semulajadi dan

5
mesra-alam. Anjak paradigma strategi ini penting memandangkan Langkawi perlu
bersaing hebat dengan destinasi-destinasi pelancongan yang lain di rantau ini seperti
Phuket, Bali dan Singapura. Persaingan bertambah sengit ketika rantau ini menghadapi
kegawatan ekonomi. Strategi ini telah mencapai kejayaan kerana jumlah kedatangan
pelancong kini telah kenmbali meningkat berbanding semasa kegawatan berlaku.

Penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas bagi menyokong pembangunan


pelancongan di Langkawi adalah pada tahap tertinggi. Bekalan elektirk, air,
telekomunikasi dan rangkaian jalanraya adalah pada tahap yang memuaskan dan
dapat menampung apa jua bentuk pembangunan di alaf baru. Jumlah dan kemudahan
bilik- bilik hotel juga adalah mencukupi. Kini LADA bersedia pula untuk
memperkenalkan Langkawi sebagai destinasi MICE (iaitu mesyuarat, insentif,
persidangan dan pameran). Kejayaan dalam penganjuran LIMA, Dialog Antarabangsa
Langkawi dan lain- lain lagi adalah sebagai bukti pada kemampuan ini.

Langkawi juga akan diketengahkan sebagai pusat kesukanan di rantau ini,


terutamanya di bidang sukan menembak, lumba bot, go kart, sukan air, lumba kapal
layar dan boling padang. Kesemua kemudahan ini sudah tersedia terutamanya
menembak dan lumba kapal layar. Langkah seterusnya LADA ialah bagi mewujudkan
industri tidak cemar khususnya di bidang pembinaan dan penyelenggaraan bot rekreasi
dan kapal layar mega. Status Langkawi sebagai Pulau Bebas Cukai pasti akan
membantu menjayakan hasrat ini.

Di sebalik kepesatan pembangunan ini, penglibatan penduduk tempatan,


khususnya penduduk bumiputera akan terus diberi penekanan. Pembangunan insan
melalui konsep MENJARO (mental, jasad dan rohani) akan diberi penekanan dalam
pembangunan insan dan kemahiran supaya Langkawi dapat melahirkan tenaga kerja
yang mahir, berdedikasi dan berdisiplin. Peluang- peluang perniagaan dan pekerjaan
akan terus ditambah khususnya di sektor utama pelancongan dan khidmat sokongan.
Dalam konteks pembangunan insan juga, pembangunan agama Islam akan terus diberi

6
perhatian dengan membina masjid, sekolah dan membiayai aktiviti- aktiviti yang
berkaitan dengannya.

Dengan pemulihan ekonomi yang mula dialami oleh negara, banyak ruang niaga
yang telah dibuka khususnya di sektor peruncitan. LADA akan berusaha memastikan
ruang- ruang niaga dan pejabat terus membangun dalam suasana teratur dan terkawal.
Sektor komersial akan terus menjadi salah satu sektor utama yang penting
memandangkan salah satu tarikan pelancong di Langkawi ialah membeli- belah
barangan bebas cukai.

Langkawi sememangnya tidak memerlukan pembangunan yang intensif tanpa


mengambil kira kepentingan alam sekitarnya malah barangan bebas cukai yang dijual
hanya menjadi nilai tambah kepada unsur tarikan semula jadi di sini.Bagaimanapun
pembangunan bersifat kemudahan infrastruktur dan pengindahan serta pemuliharaan
kawasan seluruh pulau ini memerlukan perhatian yang berterusan bagi memastikan
Langkawi kekal menjadi antara destinasi utama pelancong di Malaysia.

PEMBANGUNAN GEOPARK, GEOPELANCONGAN DAN UNESCO

Pulau Langkawi bertuah kerana telah dianugerahkan oleh UNESCO sebagai


Geopark yang pertama di Malaysia dan Asia Tenggara pada 1 Jun 2007. Ia meliputi
keseluruhan 99 buah pulau meliputi setiap tunggul batu yang terserlah dimuka laut,
segenap hutan belantara serta pelusuk kampung dan desa. Kesan daripada
penganugerahan ini dijangka menyemarakkan lagi industri pelancongan Malaysia
umumnya dan Negeri Kedah khususnya kerana mempunyai satu produk pelancongan
baru yang unik. Oleh itu, dengan adanya produk pelancongan baru ini (geopark)
mampu menarik lebih ramai kedatangan pelancong terutamanya daripada penyelidik
dan individu yang menyukai aktiviti berteraskan alam semulajadi. Geotaman

7
mempunyai maksud yang lebih luas. Ia merujuk kepada sesuatu kawasan, tidak kira
kecil atau besar yang mempunyai unsur-unsur seperti sejarah batu, formasi menarik
pelbagai jenis batu, landskap unik dan indah. Ia menarik dan penting dari sudut
pandangan para akademik, menarik dan mempersonakan dari sudut pandangan orang
awam. Apa yang terdapat di dalamnya mempunyai nilai warisan yang boleh dihayati
dan wajar dipelihara, meliputi biodiversiti – flora, fauna dan kegiatan ekonomi setempat
(Langkawi Development Authority, 2007). Geotaman merupakan satu kaedah bagi
melindungi kawasan yang mempunyai kepentingan geologi di peringkat tempatan,
negara dan antarabangsa. Ia dilindungi melalui peruntukan undang-undang yang telah
ditetapkan oleh sesebuah negara atau pun tempatan (Abberley & Malvern Hills
Geopark, 2006).

UNESCO merupakan satu badan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu


(PBB) diberi tanggungjawab untuk membantu negara-negara anggota bagi
mempromosikan wilayah atau pun lokasi alam semulajadi yang mempunyai ciri-ciri
geologi. Ini berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif pada Jun 2001.
Tugas UNESCO bukan sekadar mempromosi geotaman sahaja tetapi melindungi
persekitaran kawasan serta membangunkan kebudayaan dan sosioekonomi secara
mapan. Sehingga kini, sebanyak 52 buah geotaman telah disenaraikan dari 17 buah
negara.

Geopark mempunyai tiga komponen iaitu konservasi (memelihara warisan


bernilai dalam geopark), pembangunan pelancongan (menggiatkan aktiviti ekonomi,
khususnya pelancongan dalam geotaman) dan pembangunan sosioekonomi

8
(menggalakkan penyertaan masyarakat dalam geotaman, termasuk perniagaan dan
kebudayaan).

LADA dan UKM telah menjalinkan kerjasama melalui MOU yang ditandatangani
pada tahun 1996. Ahli geologi mengesahkan bahawa gugusan kepulauan
Langkawimempunyai ciri-ciri geologi yang unuk dan unggul serta mempunyai nilai
warisan yang tinggi. LADA dan UKM bersepakat untuk mempromosikan Geotaman
Langkawi bagi tujuan akademik disamping berpotensi sebagai tarikan pelancong.
Pelancongan merupakan salah satu faktor bagi penubuhan sebuah geotaman. Geopark
Langkawi wujud semenjak 31 Mei 2006 setelah LADA-UKM memberikan taklimat
terperinci kepada Kerajaan Negeri Kedah dan bersetuju mengenainya. Lembaga
Pengarah LADA yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri / Menteri Kewangan
mengiktiraf Geopark Langkawi pada 6 Oktober 2006. Geopark Langkawi diiktiraf secara
rasminya setelah sekumpulan pegawai dari UNESCO membuat beberapa tinjauan dan
kajian terhadap keunikan gugusan kepulauan Langkawi dan memberi pengiktirafan
pada 1 Jun 2007 (Langkawi Development Authority, 2007).

Semenjak Pulau Langkawi diisytiharkan sebagai ‘Pulau Bebas Cukai’ pada tahun
1987, bilangan pelancong yang datang ke pulau ini meningkat dengan ketarasekali.
Pelancong berpeluang mengunjungi pelbagai produk pelancongan yang disediakan
meliputi alam semulajadi, warisan bersejarah dan buatan manusia serta melakukan
aktiviti-aktiviti bersesuaian mengikut produk.

Penubuhan geopark telah mempelbagaikan lagi produk pelancongan di Pulau

9
Langkawi dimana mampu menarik lebih ramai kedatangan pelancong terutama yang
menyukai aktiviti cabaran, rekreasi, penyelidikan dan pembelajaran. Kemasukan
mereka mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang merancakkan lagi
pembangunan Pulau Langkawi. Kerajaan Negeri Kedah serta masyarakat yang tinggal
di Pulau Langkawi akan menikmati pulangan yang lumayan hasil daripada geopark.

Perkembangan pesat pelancongan di Pulau Langkawi menyebabkan


keseluruhan kawasan terdedah kepada pambangunan. Oleh itu, kebanyakan
petempatan penduduk tempatan yang terletak di pulau besar Langkawi menikmati
penyediaan infrastruktur dan kemudahan yang lebih berkualiti. Jalan raya, bekalan air,
bekalan elektrik, telekomunikasi, kemudahan keagamaan dan masyarakat disediakan
bagi memudahkan urusan kehidupan penduduk dan pelancong. Walau pun begitu,
terdapat beberapa bahagian di gugusan kepulauan Langkawi masih tertinggal daripada
arus pembangunan dimana tidak menikmati penyediaan infrastruktur dan kemudahan
berkualiti terutama penduduk yang tinggal di Pulau Tuba, Pulau Dayang Bunting, Pulau
Rebak dan Pulau Beras Basah. Isu-isu sosioekonomi yang dihadapi oleh penduduk
yang tinggal di pulaupulau ini adalah kemiskinan, pengangguran dan tahap
pembangunan yang amat perlahan. Penubuhan Geotaman Langkawi dijangka dapat
bertindak sebagai pemangkin (catalyst) pembangunan di kawasan ini.

Matlamat LADA ialah untuk membangun dan mempromosikan Langkawi


Geopark secara berkesan sebagai yang paling menarik dan paling sempurna di dunia.

10
Untuk maksud ini, jalinan kerjasama dengan semua agensi kerajaan utama seperti
Pejabat Daerah, Majlis Perbandaran Langkawi, Jabatan Perhutanan, Jabatan Alam
Sekitar, termasuk agensi swasta dalam industri pelancongan akan digembleng.

Setakat ini, LADA telah menubuhkan sebuah Unit Geopark dalam


pentadbirannya. Unit ini akan diperkemas dan diperbesarkan mengikut keperluan masa.
Malah, tertakluk kepada persetujuan Kerajaan, LADA berkemungkinan ditukar menjadi
Lembaga Pembangunan Langkawi Geopark - keseluruhan urusan perancangan dan

pembangunan Geopark akan dipertanggungjawabkan kepada LADA. Semua


pembangunan akan dilaksanakan berasaskan matlamat memajukan Geopark sebagai
jenama baru, sebagai suatu daerah pelancongan dunia. Pulau-pulau kecil yang menarik
akan dibangunkan secara lestari untuk menambah lagi produk pelancongan di bawah
Langkawi Geopark.

11

You might also like