You are on page 1of 5

RENUNGAN MAHSYAR DI PADANG PASIR

Oleh: Abu Ameen AlKhoori

KHUTBAH PERTAMA:
‫ات أ َْع َمالِنَا َم ْن َي ْه ِد ِه‬
ِ ‫اهلل ِمن ُشرو ِر أَْن ُف ِسنَا وسيئ‬
َّ َ َ
ِ ِ ِ ِ ِ
ْ ُ ْ ‫إِ ّن احْلَ ْم َد ِهلل حَنْ َم ُدهُ َونَ ْستَعْينُهُ َونَ ْسَت ْغف ُرهُ َو َنعُ ْوذُ ب‬
ِ ِ ْ ‫ضل لَه ومن ي‬ ِ
ُ‫ي لَهُ أَ ْش َه ُد أَ ْن الَ إِلهَ إِالّ اهللُ َوأَ ْش َه ُد أَ ّن حُمَ ّم ًدا َعْب ُدهُ َو َر ُس ْولُه‬
َ ‫ضل ْل فَالَ َهاد‬ ُ ْ َ َ ُ ّ ‫اهللُ فَالَ ُم‬

.‫ان إِىَل َي ْوِم ال ّديْن‬ ٍ ‫اَللهم صل وسلّم على حُمَم ٍد وعلى آلِِه ِوأَصحابِِه ومن تَبِعهم بِِإحس‬
َ ْ ْ َُ ْ َ َ َ ْ ََ ّ َ ْ َ َ َّ ُّ
‫يَاأَيّ َها الّ َذيْ َن َآمُن ْوا اّت ُقوا اهللَ َح ّق ُت َقاتِِه َوالَ مَتُْوتُ ّن إِالّ َوأَْنتُ ْم ُم ْسلِ ُم ْو َن‬
ً‫ث ِمْن ُه َما ِر َجاال‬ ّ َ‫اح َد ٍة َو َخلَ َق ِمْن َها َز ْو َج َها َوب‬ ِ‫سو‬ ِ ِ
َ ٍ ‫اس اّت ُق ْوا َربّ ُك ُم الّذي َخلَ َق ُك ْم م ْن نَ ْف‬ ُ َ‫يَاأَيّ َها الن‬
‫َكثِْيًرا َونِ َساءً َواّت ُقوا اهللَ الَ ِذي تَ َساءَلُْو َن بِِه َواْأل َْر َحام َ إِ ّن اهللَ َكا َن َعلَْي ُك ْم َرقِْيبًا‬
‫صلِ ْح لَ ُك ْم أ َْع َمالَ ُك ْم َو َي ْغ ِف ْرلَ ُك ْم ذُنُ ْوبَ ُك ْم َو َم ْن‬ ِ ِ
ْ ُ‫يَاأَيّ َها الّذيْ َن َآمُن ْوا اّت ُقوا اهللَ َو ُق ْولُْوا َق ْوالً َسديْ ًدا ي‬
... ‫ أ َّما َب ْع ُد‬،‫يُ ِط ِع اهللَ َو َر ُس ْولَهُ َف َق ْد فَ َاز َف ْو ًزا َع ِظْي ًما‬
‫ َو َشّر اْأل ُُم ْو ِر‬،‫صلّى اهلل َعلَْي ِه َو َسلّ َم‬ ٍ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
َ ‫ى حُمَ ّمد‬ ُ ‫ َو َخْيَر اهْلَْدى َه ْد‬،‫اب اهلل‬ ُ َ‫َص َد َق احْلَديْث كت‬ ْ ‫فَأ ّن أ‬
.‫ضالَلَِة يِف النّا ِر‬ َ ‫ َو ُك ّل‬،ً‫ضالَلَة‬
ٍ ٍ
َ ‫ َو ُك ّل حُمْ َدثَة بِ ْد َعةٌ َو ُك ّل بِ ْد َعة‬،‫حُمْ َدثَا ُت َها‬
Jama'ah Jum'at yang Dirahmati Allah!
Marilah kita sentiasa memuji dan bersyukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang
tidak pernah sekejap pun lupa untuk mencurahkan nikmat dan rahmatNya
kepada kita semua. Dan lebih-lebih lagi nikmat terbesar yang kita terima
yakni berupa nikmat Islam, iman, sunnah serta kesihatan, dan ini semua
merupakan induk segala nikmat. Selanjutnya saya tidak lupa mewasiatkan diri
saya sendiri dan kepada jamaah sekalian untuk selalu memelihara dan
meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah, kerana hanya dengan ketakwaan
inilah kita selamat dunia dan akhirat Insya-Allah.

Para teman yang dirahmati Allah swt sekalian,


Dalam suasana kita dikelilingi dengan keindahan alam semulajadi padang
pasir di inland sea ini, kita berasa rendah diri dengan kebesaran Allah swt.
Rendah diri dengan keluasan alam.
Rendah diri dengan kelemahan diri kita sendiri sebagai manusia.
Rendah diri, mengenangkan hari akhirat di padang mahsyar yang akan
kita lalui suatu hari nanti, sama ada kita mahu atau tidak.
Hari kita akan terpisah dari anak-anak kita, ibu bapa kita, isteri kita,
kawan serta sahabat handai kita, rumah kita, kereta kita, kemewahan kita,
IPhone kita, IPad kita, Samsung Galaxy kita, TV LED kita. Hari, yang tidak ada
kekuatan melainkan kekuatan Allah swt dan kerahmatan Allah rabbul Jalil.

Allah Ta’ala telah berfirman,


ً‫اعةَ تَ ُكو ُن قَ ِريبا‬
َ ‫الس‬ َ ‫ند اللَّ ِه َو َما يُ ْد ِر‬
َّ ‫يك لَ َع َّل‬ َ ‫اع ِة قُ ْل إِمَّنَا ِع ْل ُم َها ِع‬ َّ ‫َّاس َع ِن‬
َ ‫الس‬ َ ُ‫يَ ْسأَل‬
ُ ‫ك الن‬
"Manusia bertanya kepadamu tentang Hari Kiamat. Katakanlah,
'Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi Allah.'
Dan tahukah kamu hai (Muhammad), boleh jadi Hari Kiamat itu sudah dekat
waktunya." (Al-Ahzab: 63).

Para ahli sand dune yang dirahmati Allah,


Apabila kita mengenangkan tentang hari Mahsyar ini, sudah pasti kita
akan merenung masa hidup kita di atas muka bumi ini. Kita akan terbayang
betapa pantasnya masa berlalu.

Masa yang berlalu dengan pantas, secepat awan di langit Qatar dan selaju
tiupan angin di Inland Sea. Di saat saat keseronokan, masa dirasakan berlalu
dengan begitu cepat sekali. Di waktu kesedihan atau kedukaan datang
melanda, mungkin maka masa yang berlalu di saat kesedihan terasa lama.
Namun, hakikatnya semuanya sama. Dahulu kita berusia 10 tahun, kemudian
20 tahun, kemudian 30 tahun, kemudian 40 tahun, datang 2022 45 tahun, 50
tahun dan nanti kemungkinan Insya-Allah 60 tahun. Namun, ke mana semua
masa tersebut menghilang? Kesemuanya hilang umpama mimpi.

Di manakah saat kita bergembira bermain air hujan semasa kecil? Di


manakah saat kita bergembira menaiki motosikal bercc besar? Di manakah
saat kita kehilangan ahli keluarga yang kita sayangi? Kesemua masa tersebut
akhirnya akan berlalu umpama mimpi.

Seorang sasterawan Arab telah membayangkan kepantasan masa, yang


telah diungkap ketika khutbah di Dakhira minggu lepas.

Masa! (Al-waqt)
Kau berlalu pantas,
Seminggu dirasakan sehari
Sebulan bagaikan seminggu
Tanpa disedari, tahun ke tahun…
Seumur hidup,
Kalian rasakan
Fil hulm! Dalam impian!

Teringat saya akan kisah perbualan antara Nabi Nuh as dengan malaikat di
saat malaikat datang mahu merangkul nyawa baginda. Sekalipun Nabi Nuh AS
hidup di dunia hampir seribu tahun, tetapi di waktu Malaikat bertanya:
“Wahai Nabi yang terlalu panjang umur! Bagaimana kamu rasakan umur
kamu yang panjang itu?”
Jawab baginda:
“Seperti sebuah belakang rumah yang mempunyai pintu hadapan dan
belakang. Aku masuk melalui pintu hadapan dan keluar melalui pintu
belakang”.

Hakikat cerita ini, membayangkan kehidupan dan kematian sebagai jarak


masa yang amat singkat. Ini akan berlaku pada setiap individu sehingga ke
hari kiamat kelak.
Demikian pula dengan Firman Allah swt,

‫لم يلبثوا إال عشية أو ضحاها كأنهم يوم يرونها‬


“Seolah-olah di hari mahsyar kelak mereka baru dapat merasakan
kehidupan di dunia lama masanya hanyalah diantara semalam atau sehari
semalam.”

َ‫ار يَتَعَارَ ُفونَ بَيْنَ ُه ْم َق ْد خَ ِسرَ الَّ ِذين‬ َ


ِ ‫ش ُر ُه ْم َكأن لَّ ْم يَ ْلبَثُو ْا ِإالَّ سَاعَ ًة ِّمنَ النَّ َه‬
ُ ‫وَ يَوْ َم ي َْح‬
َ‫َك َّذبُو ْا ِب ِل َقاء اللّ ِه وَ مَا َكانُو ْا ُم ْهتَ ِدين‬
“Dan di hari mereka dikumpulkan di padang mahsyar, mereka tidak
rasakan kehidupan di dunia kecuali hanya sesaat di siang hari, yang di waktu
itu mereka hanya dapat berkenal-kenalan sesama mereka. Maka rugilah
golongan yang mendustai akan perjumpaan dengan Allah, dan mereka
bukanlah golongan yang mendapat hidayah.”

Masa yang berlalu tidak akan datang lagi dan tidak akan dapat dicari
ganti. Oleh itu masa adalah harta milik manusia yang paling berharga dan
suatu saham permodalan buat individu dan masyarakat.

Orang yang tidak tau menghargai masa sekarang, dia akan menyesal di
akhirat nanti setelah dia tahu begitu bernilai masa jika dia beramal soleh
diwaktu itu. Tetapi apakan daya, masa keemasan telah berlalu dan hilang dari
pegangan. Di dalam konteks ini, Al-Quran menyebut 2 situasi manusia akan
menyesal..di mana penyesalannya di saat-saat itu tidak berguna lagi. Insya-
Allah, akan saya kupas pada khutbah kedua.

‫الر ِحْي ِم‬ ِ ِ ‫ات أَُقو ُل َقويِل هذا أ‬


ِ ‫فَاستَبِ ُقواْ اخْل ير‬
ّ ‫َسَت ْغف ُر اهللَ إنّهُ ُه َو الْغَ ُف ْو ُر‬
ْ َ ْ ْ َ َْ ْ

KHUTBAH YANG KEDUA

‫ات أ َْع َمالِنَا َم ْن َي ْه ِد ِه‬


ِ ‫اهلل ِمن ُشرو ِر أَْن ُف ِسنَا وسيئ‬
َّ َ َ
ِ ِ ِ ِ ِ
ْ ُ ْ ‫إِ ّن احْلَ ْم َد ِهلل حَنْ َم ُدهُ َونَ ْستَعْينُهُ َونَ ْسَت ْغف ُرهُ َو َنعُ ْوذُ ب‬
ِ ِ ْ ‫ضل لَه ومن ي‬ ِ
ُ‫ي لَهُ أَ ْش َه ُد أَ ْن الَ إِلهَ إِالّ اهللُ َوأَ ْش َه ُد أَ ّن حُمَ ّم ًدا َعْب ُدهُ َو َر ُس ْولُه‬
َ ‫ضل ْل فَالَ َهاد‬ ُ ْ َ َ ُ ّ ‫اهللُ فَالَ ُم‬
‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم تَ ْسلِْي ًما َكثِْيًرا‬
َ ‫َو‬
Rakyat Malaysia yang dirahmati Allah sekalian,

Masa pertama saat penyesalan manusia tidak berguna lagi adalah saat ajal
kita hampir tiba. Manusia mula menghayunkan langkah berhijrah
meninggalkan dunia dan menuju ke alam baqa’. Di saat ini, semua yang
terlibat bercita-cita agar Allah perpanjangkan umur agar dapat diperbaiki diri
dan mendapatkan masa yang telah hilang. Al-Quran menceritakan di dalam
surah Munafiqun ayat 9-10:
َ‫يَا َأيُّ َها الَّ ِذينَ آ َمنُوا اَل تُ ْل ِه ُك ْم َأمْ وَ الُ ُك ْم وَ اَل َأوْ اَل ُد ُك ْم عَ ن ِذ ْك ِر اللَّ ِه وَ مَن يَ ْف َع ْل َذ ِلكَ َف ُأوْ لَ ِئك‬
ِ َ‫ُه ُم ا ْلخ‬
َ‫اسرُ ون‬

‫ب لَوْ اَل َأخَّ رْ تَ ِني ِإلَى‬


ِ ّ َ‫ي َأ َح َد ُك ُم ا ْلمَوْ تُ َفيَقُو َل ر‬
َ ‫ ِمن مَّا رَ زَ ْقنَا ُكم ِّمن َق ْب ِل َأن ي َْأ ِت‬:‫وَ َأن ِفقُوا‬
َ‫ب َف َأصَّ د ََّق وَ َأ ُكن ِّمنَ الصَّا ِل ِحين‬ ٍ ‫َأ َج ٍل َق ِري‬
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sampai harta benda kamu
melalaikan kamu, dan janganlah sampai anak pinak kamu melalaikan kamu
dari mengingati Allah. Dan sesiapa yang berbuat demikian, maka mereka
menempah kerugian.
Dan kamu belanjakan sebahagian dari harta kamu itu ke jalan kebajikan
sebelum ajal kamu tiba. Kerana di saat tibanya ajal nescaya dia berkata “Ya
Tuhanku! Lanjutkanlah sedikit lagi usiaku supaya dapat aku bersedekah dan
menjadi orang yang soleh.”

Namun, Allah swt lantas menyanggah angan-angan kosong orang tersebut


dengan firman-Nya pada sambungan ayat tadi lalu menutup surah tadi (Surah
munafiqun ayat 11) dengan:

َ‫وَ لَن ي َُؤ ِّخرَ اللَّ ُه نَ ْفسًا ِإ َذا َجاء َأ َجلُ َها وَ اللَّ ُه خَ ِبي ٌر ِبمَا تَ ْع َملُون‬
“Dan tidak mungkin lagi Allah akan melewati ajal seseorang itu jika tiba
masanya. Dan Allah swt tahu setiap apa yang kamu lakukan”

Para sahabat Alkhor dan Doha yang dikasihi,


Masa kedua manusia umumnya menyesal akan kehidupan mereka di dunia
yang tidak memberi makna lagi adalah di akhirat kelak. Semua manusia
menerima pembalasannya. Ada yang ke syurga, ada yang ke neraka. Masa
tersebut, seisi neraka berangan-angan untuk kembali ke dunia agar dapat
beramal soleh.

‫وَ ُه ْم يَصْ ط َ ِرخُ ونَ ِفي َها رَ بَّنَا َأخْ ِر ْجنَا نَعْ مَلْ صَ ا ِل ًحا َغيْرَ الَّ ِذي ُكنَّا نَعْ َم ُل‬
“Dan mereka berteriak di dalam neraka: Wahai Tuhan kami, keluarkanlah
kami supaya kami dapat beramal soleh lain dari apa yang telah kami amalkan
dulu!

‫َأوَ لَ ْم نُ َع ِّمرْ ُكم مَّا يَتَ َذ َّك ُر ِفي ِه مَن تَ َذ َّكرَ وَ َجاء ُك ُم النَّ ِذي ُر‬
Apakah sebelum ini Kami tidak menjangkakan umurmu dengan masa yang
cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir? Dan apakah tidak datang
peringatan bagimu?
‫ير‬ ِ ‫َف ُذو ُقوا َفمَا ِللظَّا ِل ِمينَ ِمن ن‬
ٍ ‫َّص‬
Maka sekarang rasakanlah (azab)! Sesungguhnya tidak aka nada penolong
buat orang-orang yang zalim.

Ma'asyiral Muslimin Rahimakumullah


Inilah sebagian peringatan buat kita pada hari ini, yang hanya dapat
disampaikan secara ringkas karena keterbatasan waktu. Yang paling penting
bagi kita saat ini, kita sama-sama menghisab diri kita, menilai diri kita barang
sesaat pada malam ini, merenung bagaimana kita tetap istiqamah
mempertahankan keimanan kita di tengah keadaan yang serba sulit, di dalam
krisis multidimensi dan di masa fitnah sedang mendera, kerosakan dan
kemaksiatan sedang bermaharajalela.

Moga masih ada kesempatan, moga pintu taubat masih terbuka, moga
nafas belum sampai di tenggorokan. Untuk itu marilah kita berdoa kepada
Allah agar memberikan kekuatan lahir dan batin serta melimpahkan kebaikan
bagi kita semua dan kepada kaum Muslimin di dunia dan di akhirat!

‫َّك مَحِ ْي ٌد‬ ِ ِ ٍ ِ ٍ


َ ‫ إِن‬،‫ت َعلَى إِ ْبَراهْي َم َو َعلَى ِآل إِ ْبَراهْي َم‬َ ‫صلَّْي‬
َ ‫ص ِّل َعلَى حُمَ َّمد َو َعلَى آل حُمَ َّمد َك َما‬ َ ‫اَللَّ ُه َّم‬
‫َّك مَحِ ْي ٌد‬ ِ ِ ٍ ِ ٍ ِ
َ ‫ إِن‬،‫ت َعلَى إِ ْبَراهْي َم َو َعلَى ِآل إِ ْبَراهْي َم‬َ ‫ َوبَا ِر ْك َعلَى حُمَ َّمد َو َعلَى آل حُمَ َّمد َك َما بَ َار ْك‬.‫جَم ْي ٌد‬
.‫جَمِ ْي ٌد‬
ِ ِ ِ ِ ِ َّ ِ ِ
َ ‫ين َآمنُوا َربَّنَا إِن‬
‫َّك‬ ‫يِف‬
َ ‫ين َسَب ُقونَا باإْلِ ميَان َواَل جَتْ َع ْل ُقلُوبِنَا غاّل ً لِّلَّذ‬
َ ‫َربَّنَا ا ْغف ْر لَنَا َوإِلِ ْخ َواننَا الذ‬
‫يم‬ ِ ٌ ‫ر ُؤ‬
ٌ ‫وف َّرح‬ َ

َ ‫ك َو ْال ُم ْش ِرك‬
،‫ِين‬ َ ْ‫ َوأَ ِذ َّل ال ِّشر‬،‫ِين‬
َ ‫إلسالَ َم َو ْالمُسْ لِم‬ َ ‫إلسْ الَ َم َو ْالمُسْ لِم‬
ِ ‫) اَللَّ ُه َّم ا ْنص ُِر ْا‬.‫ِين‬
َ
ِ ‫اَللَّ ُه َّم أعِ َّز ْا‬
ُ ‫ِين ُي َقا ِتلُو َن َنا َو َي‬
ْ‫ص ُّدو َن َنا َعن‬ َ ‫ َوا ْنصُرْ َنا َع َلى َهؤُ آل ِء الَّذ‬.‫ِين‬ َ ‫الظلِم‬َّ ‫الظ ْل َم َو‬ُّ ‫ َو‬،‫ِين‬َ ‫اق َو ْال ُم َنافِق‬َ ‫َوال ِّن َف‬
‫ان َوفِى‬ ِ ‫ َوفِى لُ ْب َن‬،‫ين‬ َ ِ‫ اَللَّ ُه َّم ا ْنصُرْ إِ ْخ َوا َن َنا ْالم َُجا ِه ِدي َْن َو ْالمُسْ َتضْ َعفِي َْن فِى فِ َلسْ ط‬.‫هللا‬
ِ ‫يل‬ ِ ‫َس ِب‬
ٍ ‫ َوفِى ُك ِّل َم َك‬،‫ َوفِى َك ْشمِير‬،‫ان‬
‫ان‬ َ ‫ َوفِى شِ ي َش‬،‫اق‬ ِ ‫ْالع َِر‬

ِ ِ ِ ‫ِ مَّل‬
َ ‫َربَّنَا ظَلَ ْمنَا أَن ُف َسنَا َوإن ْ َت ْغف ْر لَنَا َوَت ْرمَح ْنَا لَنَ ُكونَ َّن م َن اخْلَاس ِر‬
‫ين‬
‫لى آلِِه‬ ٍ
َ ‫لى حُمَ َّمد َو َع‬
َ ‫لى اهللُ َع‬ َ ‫ َو‬.‫اب النّا ِر‬
َّ ‫ص‬
ِ ِ ِ
َ ‫َر َبنَا ءَاتنَا يِف ال ّد ْنيَا َح َسنَةً َويِف اْألَخَر ِة َح َسنَةً َوقنَا َع َذ‬
.‫ني‬ ِّ ‫آخ ُر َد ْع َوانَا أ َِن اْحلَ ْم ُد لِ ِله َر‬
َ َ‫ب اْ َلعامل‬
ِ ‫وصحبِ ِه تَسلِيما َكثِريا و‬
َ ً ً ْ َْ َ

You might also like