You are on page 1of 6

SULIT 02/2

02/2
Bahasa Melayu
Kertas 2,
Oktober 2009
2 jam

SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI GOPENG


31600 GOPENG, PERAK

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN


OKTOBER 2009
TINGKATAN 1

BAHASA MELAYU
Kertas 2
Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


Arahan
1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.
2. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A(i) dan
Bahagian A(ii). Anda dikehendaki menjawab kedua-dua bahagian tersebut.
3. Bahagian B mesti dijawab.
4. Bahagian C mempunyai lima pilihan dan anda dikehendaki menjawab satu
soalan sahaja.
5. Bahagian D mesti dijawab.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………….. …………………………..
(PUAN W.NORZIHAN W.ABDULLAH) (PUAN HAMIDAH BT TAHIR)
Guru Kanan Jabatan Bahasa
SBP Integrasi Gopeng.

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak termasuk muka hadapan .


[ Lihat sebelah
SULIT

1
Bahagian A ( i )
( Masa yang dicadangkan: 40 minit )
( 20 markah )

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang langkah-langkah untuk menangani isu pencemaran sungai.
Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah kata. Anda
digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sekarang sudah tiba masanya kita mencari pendekatan yang lebih bersepadu
dan menyeluruh dalam menangani isu pencemaran sungai. Kita tidak boleh terlalu
bergantung kepada pendekatan undang-undang. Proses pendakwaan bukan suatu yang
mudah. Pendakwaan memakan masa dan memerlukan kepakaran teknikal di pihak
pendakwa. Ada kalanya penjenayah alam sekitar lebih bijak mencari kelemahan
undang-undang dan akhirnya proses perundangan boleh memihak kepada mereka.
Kita perlu mengubah minda setiap rakyat agar lebih peka dan menghargai
alam sekitar. Selain penguatkuasaan undang-undang, rakyat perlu terus dididik agar
cintakan alam sekitar. Undang-undang mungkin berkesan dalam kes-kes tertentu,
tetapi kesedaran yang meluas dalam kalangan rakyat akan memberikan kesan jangka
panjang yang lebih mantap.
Pada masa ini memang terdapat program kesedaran alam sekitar terutamanya
menerusi media elektronik dan media cetak. Namun demikian, mesejnya seakan-akan
tidak sampai kepada sebahagian besar rakyat. Banyak orang tidak membaca surat
khabar dan mendengar berita atau hanya menonton program televisyen dan membaca
ruangan akhbar yang bercorak hiburan sahaja. Oleh itu, ruangan kesedaran alam
sekitar di media utama perlu diperluas dengan penyampaian yang lebih menarik dan
disesuaikan dengan setiap kelompok masyarakat.
Di peringkat sekolah, pendidikan alam sekitar sebenarnya telah lama
diterapkan dalam beberapa mata pelajaran melalui pendekatan Alam Sekitar Merentas
Kurikulum. Sekolah-sekolah juga digalakkan menubuhkan Kelab Pencinta Alam.
Guru-guru penasihat pula dilibatkan dalam pelbagai aktiviti di peringkat sekolah,
negeri dan kebangsaan. Sekolah-sekolah juga boleh mengadakan program sungai
angkat dengan kerjasama agensi kerajaan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
dan Jabatan Alam Sekitar. Program kesedaran alam sekitar perlu diadakan secara
berterusan dan seharusnya melibatkan semua pelajar.
Kejayaan program ini sangat bergantung kepada komitmen dan kreativiti guru-
guru. Mereka perlu peka akan isu semasa tentang alam sekitar untuk menarik minat
dan tumpuan pelajar. Selain itu, proses penghayatan hubungan manusia dan alam
sekitar akan lebih berkesan jika pelajar-pelajar dibawa melihat sendiri realiti sebenar
di luar bilik darjah. Namun ini memerlukan masa pengajaran yang lebih lama di
samping pelaksanaannya yang agak mencabar. Selain pendekatan Alam Sekitar
Merentas Kurikulum, program kesedaran alam sekitar turut boleh dianjurkan oleh
agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan badan-badan bukan kerajaan dengan
kerjasama Kementerian Pelajaran.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana “Atasi


Perosak Alam Sekitar”, oleh Zulkifli Yusop, dalam Utusan
Malaysia,2 Mac 2007.)
Bahagian A (ii): Pemahaman

2
Berdasarkan petikan Bahagian A (i), jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

1. Apakah maksud mengubah minda?


[2 Markah]

2. Mengapakah penguatkuasaan undang-undang tidak berkesan untuk menangani isu


pencemaran sungai?
[4 Markah]

3. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu memelihara sungai agar tidak
tercemar? Berikan dua alasan.
[4 Markah]

Bahagian B

3
( Masa yang dicadangkan: 25 minit)
(20 markah)

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha
memelihara permainan tradisional agar tidak pupus. Panjangnya huraian anda
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Bahagian C
4
(Masa yang dicadangkan: 45 minit)
(40 markah)

Tulis sebuah karangan tentang satu perkara di bawah. Panjang karangan anda
hendaklah tidak melebihi daripada 180 patah perkataan.

(a) Pada musim perayaan, amalan rumah terbuka sudah menjadi kebiasaan dalam
kalangan masyarakat Malaysia.
Gambarkan suasana rumah terbuka yang pernah anda kunjungi.

(b) Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak.
Berikan pendapat anda tentang pernyataan ini.

(c) Amalan menabung perlu dipupuk sejak kecil lagi.


Bincangkan faedah-faedah yang diperoleh melalui amalan menabung ini.

(d) Anda telah berpindah ke sebuah taman perumahan yang baru. Sejak berpindah
ke situ, anda telah mengalami dua kali pengalaman banjir kilat. Anda ingin
menceritakan sebab-sebab banjir kilat yang berlaku itu kepada sahabat anda.
Tulis surat tersebut selengkapnya.

(e) Masyarakat Melayu kaya dengan peribahasa. Antaranya seperti kacang


lupakan kulit. Tulis satu cerita berdasarkan peribahasa tersebut.

Bahagian D

5
(Masa yang dicadangkan: 10 minit)
(10 markah)

Jawapan mestilah berdasarkan novel Aku Anak Timur, karya Siti Aminah Haji Yusof
yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

Menepati janji

NILAI Keinsafan

Semangat
patriotisme

Berdasarkan rajah, huraikan satu contoh peristiwa bagi setiap nilai yang dinyatakan di
atas.

You might also like