You are on page 1of 1

Sejarah Pergerakan Pengakap di Daerah

Rawang / Gombak
Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Gombak ditubuhkan secara rasminya pada
tahun 1974 berikutan penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1hb.
Februari 1974.
Sebelum itu sebahagian daripada kumpulan-kumpulan pengakap daerah Gombak
berada dalam pentadbiran pengakap daerah Kepong yang pada masa itu diterajui oleh
Pesuruhjaya Daerah Tn. Haji Akasah bin Haji Taib. Manakala Persekutuan Pengakap
Daerah Rawang wujud seawal tahun 1959, di mana kumpulan pertama yang
didaftarkan ialah SK Sinaran Budi (M1714 – 27.08.1959). Kumpulan-kumpulan lain yang
didaftarkan selepas itu ialah SK Rawang (M1813), dan SK Sungai Pelong (M1814) yang
didaftarkan pada 13.07.1960. Kumpulan sekolah menengah yang terawal didaftar ialah
SMK Tuanku Abdul Rahman (M3466) iaitu pada 13.10.1968.

Dua daerah pengakap ini iaitu Rawang dan Gombak berada dalam daerah Gombak.
Masing-masing bergerak di bawah jagaan dua orang Pesuruhjaya Daerah.
Perkembangan kepengakapan di dua daerah ini menyaksikan pencantuman antara
kedua-duanya di bawah satu pentadbiran iaitu Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah
Gombak pada tahun 2000. Pesuruhjaya Daerah Rawang En. Shamsul Bahrain bin Mohd
Ridhuan dipertanggungjawabkan untuk menerajui dua daerah yang bergabung ini.
Manakala Pesuruhjaya Daerah Gombak En. Mohamad Alwan bin Ginen (1991-2000)
dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengekap Negeri Selangor. En. Shamsul
memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya Pengakap Daerah Gombak sehingga tahun
2003. Tempatnya kemudian diganti oleh En. Mohd Azli bin Abdul Latif sehingga tahun
2005. Seterusnya pada tahun 2006 pentadbiran pengakap daerah Gombak bertukar
tangan kepada En. Ibrahim bin Yaacob selaku Pesuruhjaya Pengakap Daerah Gombak
sehingga hingga hari ini.

Antara nama-nama yang pernah mencurahkan bakti sebagai Pesuruhjaya Pengakap


Daerah Gombak sejak penubuhannya pada tahun 1974 ialah Allahyarham Tn. Haji
Zulkifli bin Arshad, En. Bashir bin Aladad Khan, Allahyarham Tn. Haji Razali bin Baba
(1985-1990), Tn. Haji Ridzuan bin Husain (1990-1991). Sementara itu Pesuruhjaya
Pengakap Daerah Rawang yang pernah berkhidmat sebelum ini pula ialah En. Mashudi
bin Bahari (1993-1997), En. Shamsul Bahrain bin Mohd Ridhuan (1998-2000).

Jawatan Pengerusi Majlis Persekutuan Pengakap Tempatan Gombak ( Majlis Pengakap


Daerah Gombak ) pula pernah disandang oleh Ybhg. Dato’ Kaharudin bin Mokmin
(1984-1995), dan YB Tuan Soohaimi bin Abd Rahman, ADUN Kuang (1995-2006). Kini
jawatan ini disandang oleh Ahli Parlimen Gombak iaitu YB Datuk Dr. Haji Rahman bin
Ismail, DMSM, PJK.

Jawatan Setiausaha Kehormat Pengakap Daerah Gombak pula menyaksikan nama-nama


seperti Allahyarham En. Mohd Alim bin Ibrahim (1985-1988 ; 1991-1993), En. Salleh bin
Manaf (1988-1991), En. Roslan bin Arshad (1993-2006). Penyandang jawatan sekarang
ialah En. Hafiz bin Che Mat.

Disediakan oleh,

IBRAHIM BIN YAACOB


Pesuruhjaya Pengakap Daerah Gombak.

You might also like