You are on page 1of 20

GI

AN
M AS LO

UN
PE ER NO

NG
T EK

BA
T
POLISAS

TOPIK 1

PEMBINAAN
GET – GET
LOGIK ASAS
1.1 Menerangkan dengan bantuan rajah, ciri – ciri diod dan transistor sebagai suis
merujuk kepada voltan melintasi diod dan transistor.

™ Apakah itu get logik?


o Get logik adalah litar elektronik yang mewakili fungsi – fungsi logik.

™ Terdapat banyak jenis get – get logik. Antaranya seperti berikut:-

NOT NOR

AND XOR

OR XNOR

NAND

™ Dalam pembinaan get – get logik ini, terdapat beberapa komponen yang sering
digunakan untuk membina get logik. Antaranya diod dan transisitor

DIOD

™ Diod ialah komponen elektronik dua elemen terdiri daripada anad dan katod.
™ Rajah skemantik dan simbol diod:-

™ Diod merupakan komponen yang kerap digunakan utk membina get logik
™ Diod bertindak sebagai suis elektronik
™ Bagaimana ia bertindak sebagai satu suis?
o Diod membenarkan arus mengalir dalam satu arah sahaja.
o Diod mempunyai 2 keadaan iaitu diod pincang depan dan diod pincang
songsang.

E3165 - AMY 2
™ Diod akan pincang depan jika anod diberi voltan positif (logik 1) dan katod
kepada kutub negatif (logik 0)

‘1’ ‘0’

™ Bila diod pincang depan, diod akan menutup gelung dan arus akan mengalir dari
+ve voltan ker –ve voltan jika bateri dipasang.

PEMBINAAN GET ATAU MENGGUNAKAN DIOD

Input A = 0, B = 0 Input A = 0, B = 1

Output Z = 0 Output Z = 1

Input A = 1, B = 0 Input A = 1, B = 1

Output Z = 1 Output Z = 1

™ Dari 4 kombinasi kita dapati hasil input/output nya sama dengan operasi get
ATAU.

Input Output
A B Z
0 0 0
0 1 1
1 0 1
1 1 1

E3165 - AMY 3
PEMBINAAN GET DAN MENGGUNAKAN DIOD

Input A = 0, B = 0
• Voltan 5V mengalir terus ke bumi
melalui terminal A dan terminal B
• Maka output Z = 0
Output Z = 0

Input A = 0, B = 1
• Terminal A umpama dibumikan kerana
menerima input berlogik 0
• Diod di terminal B menjadi pincang
Output Z = 0
songsang kerana telah menerima
input berlogik 1
• Oleh demikian voltan 5V terus ke bumi
melalui terminal A
• Maka output Z = 0

Input A = 1, B = 1
• Diod di terminal A menjadi pincang
songsang kerana telah menerima
input berlogik 1
Output Z = 0
• Terminal B umpama dibumikan kerana
menerima input berlogik 0
• Oleh demikian voltan 5V terus ke bumi
melalui terminal A
• Maka output Z = 0

Input A = 1, B = 1
• A dan B menjadi pincang songsang
• Oleh demikian voltan 5V akan terus ke
output Z
Output Z = 1 • Maka output Z = 1

E3165 - AMY 4
TRANSISTOR DWIKUTUB

™ Komponen elektrik kedua yang digunakan utk membina get ialah transistor
™ Seperti diod, transistor dibina daripada cantuman bahan jenis P dan jenis N
tetapi mengandungi 3 lapis iaitu NPN dan PNP
™ Rajah struktur binaan dan simbol transistor

™ Untuk membolehkan suatu transistor itu beroperasi mengalirkan arus secara


sempurna:-
o Cantuman E-B pincang depan
o Cantuman C-B pincanng songsang

+ -

- +

™ Dalam sistem elektronik, tapak dan pemancar transistor (E-B) dianggap sebagai
suis elektronik.
™ Contohnya dalam pembinaan get TAK menggunakan transistor

E3165 - AMY 5
PEMBINAAN GET TAK MENGGUNAKAN TRANSISTOR

™ Bila input A adalah 0V, simpang E-B


+5V akan pincang songsang menyebabkan
transistor menjadi OFF dan tiada arus
mengalir di situ. Oleh yang demikian
output Y = 1 @ 5V.
A Y
0 1
™ Bila input A adalah 5V iaitu berlogik 1,
Y simpang E-B akan pincang depan,
transistor ON, arus dapat mengalir.
A Maka pada output Y = 0.
™ Output menjadi 0 kerana arus
mengalir terus ke bumi.
A Y
1 0

PEMBINAAN GET TAK DAN DENGAN MENGGUNAKAN TRANSISTOR

+5

Jadual Kebenaran:-
Y
A B Y
A 0 0 1
0 1 1
1 0 1
B 1 1 0

E3165 - AMY 6
PEMBINAAN GET TAK ATAU DENGAN MENGGUNAKAN TRANSISTOR
+5

Jadual Kebenaran:-

A B Y Y
0 0 1 A
0 1 0
1 0 0
1 1 0
B

PERBEZAAN SUIS MEKANIKAL DAN SUIS ELEKTRONIK

Suis Mekanikal Suis Elektronik


Harga mahal Harga murah
Komponen tidak tahan lama Tahan lama
Saiz besar Saiz kecil
Amat lambat (msaat) Kelajuan tinggi (n saat)

E3165 - AMY 7
1.2. Menerangkan Bagaimana Diod Dapat Digunakan Untuk Menambahkan
Halaju Pensuisan Suatu Litar Transistor

HALAJU PENSUISAN

™ Litar yang dibina menggunakan transistor selalunya mengambil masa untuk suis
ON sepenuhnya.
™ Masa yang diambil oleh transistor akan melambatkan halaju pensuisan.
™ Kelemahan ini dapat diatasi dengan menambahkan satu diod schottky di antara
tapak dan pemungut transistor
™ Simbol diod schottky:-

™ Contoh pemasangan diod schottky

+5V

Y
A

™ Kebaikan diod schottky:-


o Mengambil masa yang lebih pendek untuk mengalir arus bila dikenakan
pincang depan
o Contohnya bagi diod silikon, voltan pincang depannya memerlukan
sebanyak 0.7v. Tetapi bagi diod schottky hanya 0.25v sahaja

E3165 - AMY 8
1.3 Menerangkan maksud setiap masa pensuisan

™ Ada 4 jenis masa pensuisan iaitu


o Masa naik (raise time)
o Masa storan (storage time)
o Masa lengah (delay time)
o Masa menurun (fall time)

MASA MENAIK , tr

™ Tempoh masa yang diambil oleh arus untuk mengalir dari sifar sehingga takat
tepu (max) bila keupayaan dikenakan
™ Masa yang diambil kira adalah dari 10 % sehingga mencapai 90% maksima

90%

10%

tr

MASA STORAN , ts

™ Masa yang diperlukan untuk membuang cas berlebihan pada base (tapak)
transistor
™ Selalunya semasa transistor ON, tapak akan menerima arus berlebihan. Maka
apabila transistor OFF, arus berlebihan perlu dinyahcaskan atau dibuangkan.
Oleh itu, masa storan diperlukan untuk membuang cas – cas tersebut.

MASA LENGAH , tp

™ Tempoh masa yang diambil untuk mengubah dari HIGH ke LOW atau dari LOW
ke HIGH
™ Perubahan HIGH ke LOW = tpHL
™ Perubahan LOW ke HIGH = tpLH
™ tpHL = lengah masa untuk mengubah dari logik ‘1’ input ke logik ‘0’ output
™ tpLH = lengah masa untuk mengubah dari logik ‘0’ input ke logik ‘1’ output

H
Input
L

Output
L

tpHL
tpLH

E3165 - AMY 9
MASA MENURUN , tf

™ Tempoh masa yang diambil untuk arus mula mengurang ke sifar bila suis dibuka
™ Masa yang diambil kira juga dari 90% mula menurun sehingga 10% mencapai
takat sifar
90%

10%

tf

E3165 - AMY 10
1.4 MENGHURAIKAN DENGAN GAMBARAJAH OPERASI LITAR TTL

TTL

™ TTL adalah singkatan bagi transistor – transistor logic atau keluarga logik
transistor
™ Ia merupakan satu teknologi litar bersepadu yang menggunakan transistor
dwikutub sebagai unsur litar utama
™ Keluarga logik transistor (TTL) digunakan secara meluas dalam penggunaan
peranti SSI dan MSI
™ SSI (Small Scale Intergration) seperti flip-flop, dan MSI (Medium Scale
Intergration) seperti register, counter, decoder, dll
™ TTL dibahagikan kepada 2 bentuk iaitu:-
o Totem Pole:- Siri 74, 74L, 74H
o Schottky:- 74S, 74LS, 74AS, 74ALS

OPERASI GET TAK DAN TTL PAIWAI

™ Rekabentuk litar
+5V

Y
A
Q1 Q2
B
C

™ Pengendalian litar
o Walaupun litar ini kelihatan terlalu kompleks, kita boleh memudahkan
analisisnya dengan menggunakan diod.

+5V

Y
A
Q2
B
C
Q1

E3165 - AMY 11
o Apabila semua input ABC dibekalkan logik ‘0’, transisitor Q1 akan OFF.
o Transistor Q1 adalah OFF kerana diod ABC telah pincang depan. Diod
umpama dibumikan. Maka transistor Q1 membekalkan input ‘0’ pada
transistor Q2.
o Bila tapak Q2 menerima input ‘0’. Maka Q2 juga akan OFF
o Oleh demikian, output Y akan berlogik ‘1’ kerana telah menerima input
dari Vcc 5V.
o Apabila salah satu input ABC berlogik ‘1’, transistor Q1 tetap akan OFF.
Maka output Y = 1
o Bila semua input ABC berlogik ‘1’, transistor Q1 akan ON kerana diod
menjadi pincang songsang
o Q1 akan membekalkan input ‘1’ pada Q2. maka Q2 akan ON
o Bila Q2 adalah ON, arus akan mengalir terus ke bumi. Maka output Y = 0

Ringkasan pengendalian litar:-

Semua Input ABC = 0


• Q1 OFF
• Q1 bekalkan input 0 pada Q2
• Q2 OFF
• Output Y = 1
Salah satu input ABC = 1
• Q1 OFF
• Q2 OFF
• Output Y = 1
Semua input ABC = 1
• Q1 ON
• Q1 bekalkan input 1 pada Q2
• Q2 ON
• Output Y = 0

Jadual kebenaran:-

A B C Y
0 0 0 1
0 0 1 1
0 1 0 1
0 1 1 1
1 0 0 1
1 0 1 1
1 1 0 1
1 1 1 0

E3165 - AMY 12
PERBEZAAN TTL PIAWAI DENGAN TTL SCHOTTKY

TTL Piawai TTL Schottky


Menggunakan pensuisan tepu Tidak membenarkan transistor pergi dalam
ketepuan
Mengambil masa storan yang panjang Mengurangkan masa storan
Halaju pensuisan yang lambat Halaju pensuisan yang cepat

KELEBIHAN TTL SCHOTTKY

™ Diod schottky digunakan di dalam rekabentuk litar TTL schottky

REKABENTUK LITAR GET TAK DAN SCHOTTKY 74S

+5V

Q3
Q1

A Q4
Q2
B Y
D1 D2 Q5

Q6

E3165 - AMY 13
™ Dalam get TAK DAN Schottky, transistor Q2, Q3, Q5 dan Q6 adalah transistor
schottky
™ D1 dan D2 untuk menghadkan voltan masukan negatif
™ Pengendalian litar:-
o Salah satu input atau semua input berlogik ‘0’
ƒ Q1 OFF
ƒ Q1 bekalkan input ‘0’ pada Q2
ƒ Q2 OFF
ƒ Q5 dan Q6 juga OFF
ƒ Q3 menerima input dari Vcc 5V
ƒ Q3 ON
ƒ Q4 ON
ƒ Output Y = ‘1’ @ 5V

o Semua input AB = ‘1’


ƒ Q1 ON
ƒ Q1 bekalkan input ‘1’ pada Q2
ƒ Q2 ON
ƒ Q5 dan Q6 juga ON
ƒ Bila Q5 dan Q6 ON maka semua arus akan terus ke bumi
ƒ Output Y = ‘0’

PERBEZAAN TTL SCHOTTKY DENGAN TTL SCHOTTKY KUASA RENDAH

TTL Schottky TTL Schottky Kuasa Rendah


Menggunakan nilai perintang yang kecil Menggunakan nilai perintang yang besar
Keperluan kuasa tinggi Keperluan kuasa rendah
Menggunakan transistor berbilang Menggunakan diod schottky pada
pemancar pada masukan masukan

REKABENTUK LITAR GET TAK DAN SCHOTTKY KUASA RENDAH (74LS)


+5V

D3 Q2
A
Q3
B D1

Y
D4
Q1
D2 Q4

E3165 - AMY 14
™ Pengendalian litar:-
o Salah satu litar atau semua litar berinput logik ‘0’
ƒ D3 dan D4 pincang depan
ƒ Q1 OFF
ƒ Q4 OFF
ƒ Q2 menerima bekalan dari Vcc 5V
ƒ Q2 ON
ƒ Q3 ON
ƒ Output Y = 1
o Semua input berlogik ‘1’
ƒ D3 dan D4 pincang songsang
ƒ Q1 dan Q4 ON
ƒ Q2 dan Q3 juga ON kerana menerima bekalan dari Vcc
ƒ Semua bekalan terus ke bumi
ƒ Output Y = ‘0’

E3165 - AMY 15
1.5 MENERANGKAN KEADAAN MEMUNCA ARUS DAN MENENGGELAM ARUS

™ Get TTL diterangkan mengikut bagaimana arus mengalir antara keluaran satu
litar logik dengan masukan litar logik yang lain

KEADAAN MEMUNCA ARUS

+Vcc

‘0’ Rendah ‘1’

‘0’ Rendah IIH

Get 1 Get 2

™ Bila output Get 1 adalah TINGGI, arus I IH masuk ke dalam get 2 dan terus ke
bumi. Oleh demikian get 1 bertindak sebagai punca arus untuk masukan get 2

KEADAAN MENENGGELAM ARUS


+Vcc

‘1’ Tinggi ‘0’

‘1’ Tinggi IIL


Get 2
Get 1

™ Get 2 dibekalkan kepada Vcc. Bila Get 1 = RENDAH, arus mengalir dari dalam
get 2 melalui get 1 ke bumi. Oleh demikian get 2 berupaya bertindak
menenggelamkan arus, I IL .

E3165 - AMY 16
1.6 PERBEZAAN ANTARA FAMILI – FAMILI LOGIK BERSEPADU

™ Perbezaan antara famili – famili logik bersepadu dibandingkan antara


parameter – parameter berikut:-
o Lengah perambatan
o Keperluan kuasa
o Kelalian hingar
o Rebak masuk
o Rebak keluar

LENGAH PERAMBATAN

™ Dua masa lengah perambatan ditakrifkan sebagai


o Perubahan masa lengah dalam laluan dari logik 0 ke logik 1 (LOW ke
HIGH)
o Perubahan masa lengah dalam laluan dari logik 1 ke logik 0 (HIGH ke
LOW)

KEPERLUAN KUASA

™ Semua IC memerlukan jumlah kuasa elektrik untuk beroperasi


™ Kuasa dibekalkan oleh satu atau lebih bekalan kuasa yang disambungkan
kepada pin kuasa di IC
™ Dilabelkan sebagai V DD atau V CC
™ Formula:-
P D = I CC x V CC

KELALIAN HINGAR
™ Takrif: keupayaan litar untuk membiarkan voltan hingar pada masukannya
™ Ukuran kelalian hingar dipanggil jidar hingar
™ Jidar hingar keadaan-tinggi V NH ditakrifkan sebagai

V NH = V OH(min) - V IH(min)

Dimana V OH(min) = voltan keluaran aras tinggi


V IH(min) = voltan masukan aras tinggi

™ Jidar hingar keadaan-rendah V NL ditakrif sebagai

V NL = V IL(max) - V OL(max)

Dimana V IL = voltan masukan aras rendah


V OL = voltan keluaran aras rendah

E3165 - AMY 17
REBAK MASUK (Fan-in)

™ Bilangan maksimum talian keluaran yang boleh disambungkan kepada satu


terminal masukan get.
™ Formula:-

Fan-in(low) = I IL (max) Fan-in(high) = I IH (max)


I IL (biasa) I IH (biasa)

REBAK KELUAR (Fan-out)

™ Bilangan maksimum masukan logik yang dapat dijalankan oleh satu talian
keluaran logik
™ Formula:-

Fan-out(low) = I OL (max) Fan-in(low) = I OH (max)


I IL (max) I IH (max)

E3165 - AMY 18
1.7 LOGIK PELENGKAP MOS (CMOS)

™ Keluarga CMOS ini menggunakan kedua – dua MOSFET saluran P dan N dalam
litar yang sama utk memperolehi kebaikan daripada keluarga P-MOS dan
N-MOS
™ Berbanding dengan TTL, proses pembikinan CMOS lebih mudah dan
mempunyai kepadatan pembungkusan yang lebih besar.
™ Keperluan kuasa litar CMOS lebih rendah berbanding dengan litar TTL.

1.7.1 PENYONGSANGAN CMOS


+VDD

V masuk Q1 Q2 V keluar
P
1 0 1 0
Vkeluar 0 1 0 1
+

Vmasuk N

1.7.2 GET TAK DAN CMOS

+VDD

A B X
0 0 1
A P P 0 1 1
1 0 1
X
1 1 0
N

B N

E3165 - AMY 19
LATIHAN 1

1. Terangkan dengan bantuan gambarajah TRANSISTOR sebagai suis bila ia di


dalam keadaan ON dan OFF.

2. Tunjukkan dan buktikan bagaimana litar diod bertindak sebagai suis bagi litar get
ATAU berpandukan gambarajah yang sesuai. Sertakan jadual kebenaran bagi
Litar logik tersebut.

3. Berikan maksud bagi MASA MENAIK dan MASA MENURUN.

4. Terangkan bagaimana diod bertindak sebagai suatu suis.

5. Apakah faktor – faktor yang mempengaruhi operasi sesuatu litar?

E3165 - AMY 20

You might also like