You are on page 1of 19

Asas Elektronik Berdigit LITAR KOMBINASI GET LOGIK

2.5 ; LITAR KOMBINASI GET LOGIK Litar dalam elektronik berdigit boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu litar kombinasi get logik dan litar jujukan. Litar kombinasi get logik ialah litar rangkaian get dengan keluaran yang bergantung kepada keadaan di masukan get pada keadaan semasa. Antara kegunaan litar kombinasi get logik ialah dalam pembinaan litar penambah atau penolak dan juga dalam melaksanakan sesuatu reka bentuk litar logik. Kebolehan menganalisis litar kombinasi get logik adalah diperlukan terutamanya dalam mereka bentuk litar logik. 2.5.1 Menghasilkan Ungkapan Logik daripada Litar Kombinasi Get Logik Litar Kombinasi 1: Ungkapan logik bagi setiap jenis get telah dipelajari sebelum ini. Cara mendapatkan ungkapan logik daripada litar kombinasi get logik ditunjukkan melalui satu contoh yang mudah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.29.

Litar kombinasi get logik tersebut mempunyai dua get TAK dan satu get ATAU dan ungkapan bagi litar kombinasi get logik keluaran litar tersebut ialah Y = A + B. Bagi litar tersebut , masukan A dan B telah melalui get TAK sebelum ke_masukan get ATAU. Oleh itu, masukan bagi get ATAU ialah A dan B, maka keluarannya ialah A + B. Jika keluaran bagi get ATAU dalam Rajah 2.29, dimasukkan pula ke satu get DAN bersama dengan masukan C seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.30, keluaran litar kombinasi get logik tersebut ialah Y = (A + B_)

Tanda kurungan mesti diletakkan pada ungkapan A + B, untuk menunjukkan bahawa operasi ATAU dilaksanakan dahulu. Satu contoh litar yang lain adalah seperti yan ditunjukkan dalam Rajah 2.31 dengan Y = (A + B ).C + B.C

Litar Kombinasi 2: Ialah rangkaian beberapa get dengan keluaran yang bergantung kepada keadaan di masukan. Kombinasi get logic akan dibina berdasarkan ungkapan logic dan ungkapan logic terhasil berdasarkan kombinasi get logik.

Keluaran Setiap Get Logik

Keluaran

2.5.21 Melakar Litar Kombinasi Get Logik daripada Ungkapan Logik Ada ketikanya kita perlu melakar litar logik daripada sesuatu ungkapan logik. Keadaan ini biasanya berlaku sebagai yang terakhir dalam proses mereka bentuk sesuatu litar logik. Bagi melakar litar daripada ungkapan logik, kita perlu melihat kepada bentuk ungkapan tersebut untuk mengetahui operasi yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Bagi suatu ungkapan Io!ik, operasi di dalam kurungan dilaksanakan dahulu, kemudian operasi DAN/TAK DAN dengan diikuti oleh operasi ATAU/TAK ATAU. Sebagai contoh, satu ungkapan yang mudah iaitu Y=A.(B +C) akan digunakan untuk mendapatkan litar daripada ungkapan logik tersebut. Bagi ungkapan ini, ungkapan di dalam

kurungan perlu dilaksanakan dahulu. Operasi di dalam kurungan adalah operasi ATAU dan masukan bagi get ATAU ini ialah B dan C. Oleh itu, masukan C perlu melalui get TAK dahulu sebelum dimasukkan ke get ATAU. Seterusnya, keluaran dari get ATAU dimasukkan pula ke get DAN bersama dengan masukan A . Litar kombinasi get logic yang terhasil ditunjukkan dalam rajah 2.32.

Satu lagi contoh ialah bagaimana mendapatkam litar kombinasi get logik daripada ungkapan berikut: Dalam ungkapan ini, operasi DAN/TAK DAN dilaksanakan dahulu dan diikuti dengan operasi ATAU seperti yang mjukkan dalam Rajah 2.33.

2.5.3 Membina Jadual Kebenaran Litar Kombinasi Get Logik Saiz jadual kebenaran satu litar kombinasi get logik adalah bergantung kepada bilangan masukan bagi litar tersebut. Seperti jadual kebenaran get-get, terdapat empat kombinasi masukan jika ada dua masukan dan lapan kombinasi masukan jika ada tiga masukan dan

seterusnya. Cara untuk membina jadual kebenaran bagi satu litar kombinasi get logik diberikan dengan mengambil contoh litar dalam Rajah 2.34.

Keluaran Y bagi tiap-tiap kombinasi masukan untuk litar kombinasi get logik dalam Rajah 2.34, dapat ditentukan dengan menganalisis litar tersebut bagi tiap-tiap kombinasi masukannya seperti Y yang ditunjukkan dalam Rajah 2.35.

Jadual kebenaran yang terhasil bagi litar kombinasi get logik dalam Rajah 2.34 adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rojah 2.36.

2.5.4 Melakar Rajah Pemasaan bagi Litar Kombinasi Get Logik Jika masukan bagi satu litar kombinasi get logik berbentuk gelombang segiempat sama, maka keluarannya juga adalah berbentuk gelombang segiempat sama. Dengan itu, kemahiran melakar keluaran bagi litar kombinasi juga diperlukan.

Gelombang pada keluaran dapat dilakarkan dengan merujuk kepada gelombang masukan pada tiap-tiap peringkat. Satu contoh diberikan dengan merujuk kepada litar kombinasi get logik dalam Rajah 2.37 dan masukan A dan B seperti dalam rajah 2.38.

Merujuk kepada Rajah 2.37, untuk melakar gelombang keluaran Y bagi gelombang masukan A dan B seperti yang ditunjukkan, bentuk gelombang di masukan get DAN perlu diketahui. Masukan bagi get DAN pula merupakan keluaran bagi get ATAU dan masukan A. Oleh itu, gelombang keluaran bagi get ATAU perlu diperoleh terlebih dahulu.

Masukan bagi get ATAU ialah TAK A dan B, maka gelombang bagi masukan A perlu disongsangkan dahulu seperti dalam Rajah 2.39 (b), sebelum melakar keluaran bagi get ATAU seperti ditunjukkan dalam Rajah 2.39 (d). Seterusnya, bagi mendapatkan keluaran Y bagi litar kombinasi get logik dalam Rajah 2.37, analisis dibuat ke atas get DAN dengan mengambil keluaran dari get ATAU sebagai masukan bersama dengan masukan A. Langkah nni ditunjukkan oleh Rajah 2.39 (e). Secara ringkasnya, analisis keluaran bagi litar dalam Rajah 2.37 dapat dilihat seperti dalam Jadual 2.5.

KONSEP LOGIK
6. KONSEP LOGIK Elektronik Berdigit

Dalam sistem elektronik berdigit, semua maklumat mestilah berada pada satu daripada dua keadaan sahaja. Dua keadaan ini adalah pada logik `0 atau logik `1. Biasanya, dalam sesuatu litar elektronik berdigit, voltan tinggi mewakili logik `1 manakala voltan rendah mewakili logik `0. Isyarat berdigit logik `0 dan logik 1 dapat dihasilkan di dalam suatu litar dengan menukar kedudukan suis seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.6.

Merujuk kepada Rajah 2.6, apabila suis pada kedudukan buka, arus tidak dapat mengalir melalui perintang R. Oleh itu, voltan pada titik A, bernilai 0 V (voltan rendah) dan LED tidak menyala. Pada ketika ini, voltan, Vk berada pada keadaan logik `0 dan LED tidak menyala bagi menunjukkan keadaan tersebut. Apabila suis ditutup, titik A disambung ke bekalan dan arus dapat mengalir di dalam litar. Vk bernilai + 5 V (voltan tinggi) dan LED akan menyala. Pada ketika ini, voltan, Vk berada pada keadaan logik `1.

Isyarat berdigit juga boleh dihasilkan daripada satu litar pengeluar gelombang segiempat sama seperti litar penjana jam dalam komputer. Isyarat ini akan sentiasa berubah keadaan dari logik `1 ke logik `0 dan sebaliknya seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.7.

2.4 GET LOGIK

Get logik merupakan komponen asas bagi binaan komponen litar elektronik berdigit yang lain. Get logik ialah satu komponen yang mempunyai satu keluaran dan mungkin satu atau lebih masukan. Keluaran bagi tiap-tiap get logic bergantung kepada keadaan di masukan. Jenis get yang berlainan menghasilkan keluaran yang berlainan. Get-get yang terdapat dalam elektronik berdigit ialah get TAK, DAN, ATAU, TAK DAN, TAK ATAU dan ATAU Eksklusif. 2.4.1 Get TAK (a) Simbol Get TAK ialah get yang paling asas. Ia berlainan daripada get-get yang lain kerana mempunyai satu masukan sahaja. Get TAK berfungsi menukar keadaan di keluarannya menjadi songsang daripada keadaan di masukan. Jika masukan adalah logik `0, maka keluaran adalah logik `1, dan sebaliknya. Simbol get TAK adalah seperti dalam Rajah 2.8 (a).

Perhatikan, bahawa terdapat bulatan kecil di keluaran get TAK. Dalam litar logik, simbol bulatan kecil bermaksud operasi songsang. Operasi get TAK juga boleh ditunjukkan dalam bentuk jadual yang dinamai jadual kebenaran seperti dalam Rajah 2.8 (b). Selain menggunakan jadual kebenaran, operasi get TAK boleh juga ditunjukkan dengan menggunakan ungkapan logik dengan keluaran Y adalah bersamaan dengan songsangan masukan A .

Rajah 2.9 menunjukkan cara mewakilkan keluaran bagi get TAK tersebut jika masukannya ialah gelombang segiempat sama. Bentuk keluaran bagi get TAK adalah songsangan daripada masukan A. Gambar rajah keluaran dan masukan bagi gelombang berbentuk segiempat ini juga dinamai gambar rajah pemasaan.

2.4.2 Get DAN Get DAN ialah get logik yang mempunyai dua atau lebih masukan dan hanya satu keluaran. Simbol bagi get DAN adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.10 (a). Bagi get DAN, keluarannya adalah pada logik `1 hanya apabila kedua-dua masukannya pada logik `1. Keadaan ini boleh juga ditunjukkan oleh jadual kebenaran seperti dalam Rajah 2.10 (b).

Operasi get DAN juga boleh ditunjukkan oleh ungkapan logik dengan keluaran Y adalah bersamaan dengan masukan A DAN masukan B seperti yang ditunjukkan oleh ungkapan berikut: Y = A.B ( A.B disebut A DAN B )

Fungsi get DAN boleh dijelaskan lagi dengan menggunakan analogi litar seperti dalam Rajah 2.11. LED hanya akan menyala apabila kedua-dua suis S 1 dan S2 ditutup.

Bagi get DAN, cara menganalisis gambar rajah pemasaan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.12.

Untuk melakar keluaran bagi get tersebut, perkara pertama yang hares diketahui ialah jadual kebenarannya. Pada keadaan awal, kedua-dua masukan A dan B adalah pada keadaan logik `0. Merujuk kepada jadual kebenaran bagi get DAN, keadaan ini akan menyebabkan keluarannya berada pada keadaan logik `0. Seterusnya, pada masa tl, masukan B bagi get tersebut telah bertukar menjadi `1 dan masukan A masih lagi `0. Keluaran get DAN akan kekal pada `0. Pada masa tz pula, masukan A bertukar dari `0 ke `1 dan masukan B bertukar dari `1 ke `0. Keluaran Y akan kekal pada `0. Pada masa t3, masukan A kekal pada `1 dan masukan B bertukar dari `0 ke `1 menyebabkan keluaran Y bertukar dari `0 ke `1. Pada masa t4 pula, kedua-dua masukan bertukar ke `0 dan ini akan menyebabkan keluaran Y juga bertukar ke keadaan 0.

Get DAN boleh mempunyai lebih daripada dua masukan. Rajah 2.13 (a), (b) dan (c) masingmasing menunjukkan simbol, jadual kebenaran dan ungkapan bagi get DAN tiga masukan.

2.4.3 Get ATAU Satu lagi get asas ialah get ATAU. Get ATAU mempunyai dua masukan atau lebih dan hanya satu keluaran, sama seperti get DAN. Simbol bagi get ATAU adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.14 (a). Bagi get ATAU, keluarannya akan menjadi `1 jika salah satu atau kedua-dua masukannya berada pada tahap logik `1. Fungsi ini dapat juga ditunjukkan oleh jadual kebenaran seperti dalam Rajah 2.14 (b).

Ungkapan logik bagi keluaran Y bagi get ATAU adalah bersamaan dengan A ATAU B seperti yang ditunjukkan oleh ungkapan berikut: Y= A+B

Fungsi get ATAU boleh ditunjukkan dengan menggunakan analogi litar seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.15.

Dalam litar tersebut, LED akan menyala jika satu daripada suis itu ditutup. Cara untuk menganalisis gambar rajah pemasaan bagi get ATAU adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.16.

A + B disebut sebagai A ATAU B. Terdapat juga get ATAU yang mempunyai tiga masukan. Bagi get ini, simbol, jadual kebenaran dan ungkapan logik adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.17 (a), (b) dan (c).

Tiga get asas telah dipelajari iaitu get TAK, get DAN dan get ATAU. Get lain yang boleh dibina daripada kombinasi get asas ialah get TAK DAN, TAK ATAU dan get ATAU Eksklusif. 2.4.4 Get TAK DAN Get TAK DAN ialah hasil kombinasi get DAN dan get TAK dengan keluaran get DAN disambungkan ke masukan get TAK seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.18 (a). Simbol get TAK DAN sama seperti get DAN tetapi terdapat bulatan kecil dikeluarannya seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.18 (b).

Bulatan di keluaran get TAK DAN menunjukkan keluaran get TAK DAN adalah songsangan daripada get DAN. Bagi get TAK DAN, keluarannya hanya akan menjadi logik `0 apabila keduadua masukan adalah pada logik `1. Keadaan ini dapat dilihat daripada jadual kebenaran bagi get TAK DAN seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.18 (c). Keluaran Y bagi get TAK DAN adalah bersamaan dengan songsangan masukan A DAN B seperti yang ditunjukkan oleh ungkapan berikut:

Tanda baris di atas keseluruhan ungkapan A.B menunjukkan bahawa keluaran bagi get TAK DAN adalah songsangan kepada keluaran get DAN. Analisis gambar rajah pemasaan bagi get TAX DAN adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.19.

Bagi get TAK DAN yang mempunyai tiga masukan,simbol, jadual kebenaran dan ungkapannya adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.20 (a), (b) dan (c).

2.4.5 Get TAK ATAU Get TAK ATAU adalah hasil kombinasi get TAK dengan get ATAU seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.21 (a). Simbol get TAK ATAU adalah sama dengan get ATAU kecuali terdapat get TAK yang diwakili oleh bulatan kecil pada keluarannya seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.21 (b).

Keluaran get TAK ATAU menjadi `1 hanya jika kedua-dua masukannya adalah `0. Perkara ini dapat diperhatikan daripada jadual kebenaran get TAK ATAU dalam Rajah 2.21 (c). Keluaran Y get TAK ATAU adalah bersamaan dengan songsangan masukan A ATAU B seperti yang ditunjukkan oleh ungkapan berikut:

Ungkapan ini sama seperti ungkapan bagi get ATAU tetapi terdapat baris di atas keseluruhan ungkapan A + B. Cara untuk menganalisis gambar rajah pemasaan bagi get TAK ATAU adalah seperti dalam Rajah 2.22.

Bagi get TAK ATAU yang mempunyai tiga masukan, simbol, jadual kebenaran dan ungkapan logik ditunjukkan dalam Rajah 2.23 (a), (b) dan (c).

2.4.6 Get ATAU Eksklusif Simbol bagi get ATAU Eksklusif dan jadual kebenarannya adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.24.

Fungsi get ATAU Eksklusif adalah sama seperti get ATAU tetapi keluarannya ialah `0 jika kedua-dua masukannya adalah `1. Oleh itu, jika kedua-dua masukan adalah sama iaitu kedua-duanya ialah `0 atau `1, maka keluaran adalah `0. Ungkapan logik get ATAU Eksklusif ialah:

Get ATAU Eksklusif adalah hasil kombinasi get TAK, DAN dan ATAU seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.25.

2.4.7 Get Logik Praktik Get-get yang telah dibincangkan sebelum ini dibina dengan menggunakan komponen seperti perintang, diod dan transistor. Litar-litar ini dibina di dalam bentuk litar bersepadu ataupun `cip yang lazimnya disebut dengan singkatan IC. Bentuk IC litar berdigit bagi get yang biasa digunakan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.26. IC ini mempunyai empat belas kaki dan dalam satu IC mungkin terdapat empat get asas dua masukan atau enam get TAK atau get-get lain.

Untuk mengenal pasti IC bagi get tertentu, kita merujuk kepada nombor yang tercetak di atas bungkusan IC tersebut. Pengeluar IC ini akan mengeluarkan lampiran data yang akan memberikan susun atur kaki IC tersebut selain spesifikasinya. Satu contoh nombor litar bersepadu ialah IC 7432 yang mengandungi empat get ATAU, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.27. Untuk menentukan kaki nombor 1 bagi IC, lihat tanda titik atau lihat lekuk pada bungkusan IC. Kaki nombor 1 terletak di sebelah kiri tanda tersebut, diikuti kaki nombor 2 dan seterusnya seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.27.

You might also like