You are on page 1of 18

TAMADUN MELAYU:

PANDANGAN SEMESTA
MELAYU-WARISAN PRA ISLAM
DAN ISLAM
 
OBJEKTIF
Di akhir kuliah ini anda akan;
• 1.  mengetahui konsep pandangan semesta
(world view/weltanschauung) dalam konteks
     ilmu ketamadunan.
2.  pandangan semesta yang mewarnai Tamadun
Melayu sebelum dan selepas kedatangan Islam.
3.  melihat pandangan semesta Tamadun
Melayu kontemporari yang merupakan warisan
dari zaman pra-Islam dan Islam
KERANGKA
1. Definisi pandangan semesta (world
view/weltanschauung)
2. Evolusi pandangan semesta masyarakat
Melayu
    2.1 Sebelum kedatangan agama Hindu dan
Buddha
    2.2 Kedatangan agama Hindu dan Buddha
    2.3 Kedatangan Islam
3. Kesimpulan
1.  DEFINISI PANDANGAN SEMESTA (WORLD
VIEW/WELTANSCHAUUNG)

Unsur utama yang menjadi pembeza antara sesebuah


tamadun dengan tamadun yang lain menurut pendapat
Lucien Goldmann ialah pandangan semestanya (world
view/weltanschauung) yang mendasari setiap tamadun
itu. Manakala Ibn Khaldun pula mengatakan bahawa
suasana persekitaran merupakan unsur terpenting dalam
membentuk pandangan semesta sesebuah masyarakat.
 
Secara umumnya, ia merupakan satu konsep mengenai
alam semesta secara keseluruhan terutamanya dilihat
melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh satu
sistem nilai yang tertentu.
Menurut pendapat seorang sarjana Barat, Albert Schweitzer,
pandangan semesta bolehlah ditafsirkan sebagai “the some
total of thought which a community or individual think
about the nature and purposed of the universe and about
the place and destiny of mankind within the world.”
Manakala menurut pandangan salah seorang sarjana Islam,
Syed Naquibb al-Attas, pandangan semesta Islam
merangkumi dunia dan akhirat yang mana aspek dunia
merupakan persediaan bagi aspek akhirat. Oleh itu,
pandangan semesta dari perspektif Islam ialah pandangan
tentang realiti atau hakikat yang terjelma dari mata hati
manusia mengenai kewujudan seluruh alam.
2.   EVOLUSI PANDANGAN SEMESTA
MASYARAKAT MELAYU
• Evolusi pandangan semesta masyarakat Melayu
secara umumnya boleh dilihat melalui dua dimensi
yang utama iaitu zaman pra-Islam dan juga setelah
kedatangan Islam. Namun semasa zaman pra-Islam
pula terbahagi kepada dua peringkat yang utama
iaitu;
             i)   sebelum kedatangan agama Hindu dan
Buddha
        ii)   kedatangan agama Hindu dan Buddha
        2.1  SEBELUM KEDATANGAN
AGAMA HINDU DAN BUDDHA
Pada ketika ini dikatakan masyarakat Melayu mempunyai
sistem kepercayaan primitif iaitu animisme dan
dinamisme: yang mempercayai bahawa setiap benda ada
jiwa, roh atau semangat yang mempunyai perwatakan
sendiri, sama ada dapat membawa kesan baik atau buruk.
Roh nenek moyang yang dinamakan “hyang” (seerti
“poyang”/ “moyang”) dipercayai masih berada di kalangan
mereka dan mempunyai tenaga yang kuat yang boleh
mempengaruhi mereka. Oleh itu ia perlu ditenangkan
melalui upacara pemujaan dan penyembahan.
Pawang, Bomoh dan Dalang merupakan peribadi perantara
yang boleh menghubungi “hyang” melalui pembacaan
jampi, serapah, penyajian dan sebagainya.
Namun ada pendapat yang mengatakan bahawa telah
wujud agama tauhid iaitu kepercayaan kepada Tuhan
Yang Maha Esa di Alam Melayu. Pendapat ini dibuat
berdasarkan perkataan ‘Tuhan’ itu sendiri berasal
daripada perkataan ‘tuha-an’ iaitu gandingan perkataan
‘Tuha’ yang bermaksud ‘tua’ dan akhiran ‘an’ yang
membawa maksud ‘yang paling tua’ atau ‘yang tidak
berpermulaan’. Dari sinilah timbulnya konsep ‘Sang
HyangTunggal’ yang bermaksud Tuhan Yang Maha Esa.
        2.2  KEDATANGAN AGAMA HINDU
DAN BUDDHA
Dengan kedatangan agama Hindu dan Buddha ke alam
Melayu, upacara agama menjadi lebih formal dan
tersusun. Namun pengaruh itu tidak benar-benar
melibatkan keseluruhan ajaran yang terdapat dalam
falsafah Hindu-Buddha asli, yang dipentingkan hanya
perkara-perkara yang berkaitan dengan selok-belok
upacara agama. Di samping itu, ajaran Hindu-Buddha ini
juga membesar-besarkan keagongan dewa-dewa supaya
dapat dikaitkan dengan kedudukan dan status raja sebagai
penjelmaan dewa-dewa itu, seperti yang diungkapkan oleh
konsep ‘dewaraja’ dan keadaan ini telah mempengaruhi
pemikiran serta pandangan semesta masyarakat Melayu.
Pandangan semesta yang dipengaruhi oleh agama baru ini
juga dapat dikesan melalui karya-karya Melayu
tradisional yang bercorak mitos dan lagenda. Ini
dipengaruhi daripada ajaran kitab-kitab suci agama
Hindu seperti Mahabrata, Bhagavad Sita dan
Baratayudha. Oleh itu aspek-aspek yang dipentingkan
ialah kesenian, keindahan, keromantisan, kesedihan,
keagongan dan ketakjuban. Aspek-aspek falsafah dan
penghujahan yang rasional tidak ditekankan. Ini telah
mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu khususnya
golongan bangsawan. Unsur-unsur kesusasteraan Hindu
dari segi epik, roman, mitos dan sastera keperwiraan juga
lebih ditekankan.
Menurut pendapat Syed Naquibb, kedatangan agama Hindu tidak
merubah pandangan semesta masyarakat Melayu secara mutlak.
Apa yang jelas terlihat ialah kesan pengaruh Hindu-Buddha hanya
pada lapisan di atas sahaja (golongan bangsawan), tidak menyerap
ke segenap lapisan masyarakat Melayu.
Namun kesan daripada aspek-aspek ajaran Hindu seperti sistem
kasta (lapisan masyarakat) yang memisahkan antara golongan
raja, bangsawan dan rakyat jelata menular masuk ke dalam sistem
sosial masyarakat Melayu. Dari sinilah wujudnya sistem ‘feudal’
yang telah diamalkan dalam sistem pantadbiran mana-mana
kerajaan Tamadun Melayu. Dengan erti kata lainnya, sistem kasta
ini telah mempengaruhi sistem sosial dan pentadbiran masyarakat
Melayu secara umumnya.
2.3 KEDATANGAN ISLAM

Selewatnya-lewatnya pada awal abad ke-15,


masyarakat Melayu boleh disifatkan sebagai
menempuh era baru dengan kedatangan Islam.
Islam telah mengubah bentuk kepercayaan dan
corak hidup mereka juga pandangan semesta
mereka. Kepercayaan kepada dewa dan
animisme bertukar kepada kepercayaan
kepada Allah dan Rasul-Nya.
Antara elemen-elemen asas pandangan semesta Tamadun
Melayu-Islam ialah
     i.    Kepercayaan kepada Yang Maha Esa, Pencipta,
Pentadbir dan Pemelihara Alam Semesta.
ii.   Konsep penghitungan dan pembalasan yang muktamad di
akhirat.
iii.  Keyakinan kepada pembalasan yang baik bagi amalan
yang baik dan sebaliknya.
iv.  Menghormati maruah dan martabat manusia.
v.  Keadilan, kebebasan dan kesaksamaan
vi.  Kehidupan yang pertengahan dan seimbang antara
jasmani, rohani dan akal.
 
Lantaran itu, masyarakat Melayu menyedari bahawa
seluruh hidup mereka terfokus kepada Tuhan
(God-centered). Oleh itu, masyarakat Melayu
menyedari dan meyakini bahawa Allah S.W.T.
Maha Berkuasa. Sebagai kesannya, pandangan
semesta Melayu telah dibentuk berasaskan
habluminallah (berbuat baik kepada Allah) dan
habluminannas (berbuat baik kepada manusia).
Namun satu perkara penting yang perlu diambil kira ialah
walaupun Islam telah bertapak kuat, ini tidak bermakna
kepercayaan animisme dan Hindu-Buddha berjaya dikikis
habis dalam kehidupan masyarakat Melayu. Masih banyak
tanda-tanda yang menunjukkan masyarakat Melayu
terpengaruh dengan unsur-unsur sebelum kedatangan Islam
tanpa merosakkan aqidah mereka yang mana kuasa Allah itu
melebihi kuasa dewa-dewa atau animisme.

Contoh ini dapat dilihat melalui pembacaan jampi mentera


untuk mendapat kekebalan sebagaimana jampi ini;
 Bismillahirahmanirrahim payungku
Jibrail kotaku
Malaikat empat puluh empat pagarku
Aku berjalan dengan kuasa Allah
Aku melenggang dengan lenggang Muhammad
Bukan kata kau kata Allah
Dengan berkat doa
Lailahaillah Muhammadur Rasulullah
Di atas keadaan itulah, maka pengaruh Islam kepada
pemikiran serta pandangan semesta Tamadun
Melayu boleh disifatkan sebagai;
                 
a) arus perdana iaitu ajaran Islam yang sebenarnya
(main stream)
                    
b) b) arus pinggiran seperti khurafat dan
sebagainya (marginal stream)
  4.  KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, pandangan semesta Tamadun


Melayu telah melalui beberapa peringkat evolusi. Malah
jika diteliti dengan lebih mendalam, zaman penjajahan,
zaman menuntut kemerdekaan serta zaman kontemporari
juga telah mempengaruhi pembentukan pandangan
semesta masyarakat Melayu. Namun secara amnya, Islam
sememangnya telah berakar umbi dalam pemikiran serta
pembentukan pandangan semesta masyarakat Melayu.
Namun unsur-unsur tradisi masih mempunyai pengaruh
yang besar dalam kehidupan seharian mereka.

You might also like