You are on page 1of 15

ALAM SEKITAR: KAJIAN & PEMERHATIAN PENCEMARAN DI JETI KAMPUNG HILIRAN

1) PENDAHULUAN

Sungai dan laut adalah elemen alam sekitar yang penting kepada manusia.
Sejak dahulu lagi, manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan sungai kerana
sungai berfungsi sebagai alat pengangkutan dan perhubungan, sumber bekalan air
untuk domestik dan pertanian serta sumber protein kepada manusia. Maka itu, tidak
hairanlah mengapa bandar purba dan sebahagian besar bandar moden tumbuh dan
berkembang di muara-muara sungai.

Sungai dan laut juga turut memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan
bandar di Malaysia. Pada peringkat awal dalam sejarah pembandaran Malaysia, sungai
mempengaruhi pertapakan bandar. Jika diteliti, semua bandar awal Malaysia terletak di
kawasan kuala atau tepi sungai seperti Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Alor Star,
Kuantan, Kota Bharu, Kuching dan Bandaraya Melaka. Selain itu, masih terdapat
banyak lagi bandar kecil dan pekan yang terletak di tepi atau muara sungai.

Namun, dengan berkembangnya Revolusi Perindustrian semenjak abad ke-18,


sungai dan laut mula mengalami kemerosotan khususnya dari segi kualiti airnya.
Dengan berkembangnya bandar dan kegiatan perindustrian serta perdagangan, kualiti
sungai mulamengalami kemerosotan apabila berlakunya masalah hakisan,
pemendapan dan pencemaran. Semua permasalahan tersebut sebenarnya berpunca
daripada sikap manusia yang menganggap sungai sebagai saluran mudah untuk
membuang segala sampah, kotoran dan sisa. Natijahnya, perkembangan ini telah
memutuskan hubungan antara masyarakat dengan sungai kerana sungai tidak lagi
boleh digunakan oleh masyarakat untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti mandi-
manda, membasuh, menangkap ikan dan berekreasi. Penggunaan sungai kini terhad
kepada fungsinya sebagai laluan pengangkutan

KPLI –SR AMBILAN JANUARI 2011


UNIT PENGAJIAN BAHASA INGGERIS (BISNKT 1/TESL 1) 1
ALAM SEKITAR: KAJIAN & PEMERHATIAN PENCEMARAN DI JETI KAMPUNG HILIRAN

Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia,


hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan
yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam
sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan kenggunaan halal alam
sekitar.

Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam
Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama
ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras
sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau
meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang
menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,
keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan
haiwan.

Pencemaran air ialah pencemaran yang berlaku di sungai, tasik dan laut. Lokasi


berair sering disalah anggap sebagai tempat pembuangan sampah terutama daripada
aktiviti manusia.

KPLI –SR AMBILAN JANUARI 2011


UNIT PENGAJIAN BAHASA INGGERIS (BISNKT 1/TESL 1) 2
ALAM SEKITAR: KAJIAN & PEMERHATIAN PENCEMARAN DI JETI KAMPUNG HILIRAN

2) PENGENALAN LOKASI PEMERHATIAN

Bagi kerja kursus subjek pendidikan alam sekitar ini, kami telah memilih kawasan di
Jeti Kampung Hiliran yang terletak tidak jauh dari Bandar Kuala Terengganu sebagai
lokasi pemerhatian dan penilaian kami. Jeti ini mudah untuk di cari kerana ianya terletak
betul-betul di penghujung jalan di Jambatan Sultan Mahmud menghala ke Bandar Kuala
Terengganu.

GAMBAR 1 & 2
Jeti Kanpung Hiliran

Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang dijalankan di jeti ini seperti pelabuhan kapal-
kapal dan bot nelayan, tempat mengangkut penumpang ke kawasan pancing, kawasan
pemunggah barang dan lain-lain lagi. Semua akitiviti ini bermula seawal pagi dan
berlanjutan sehingga ke larut malam, malah menurut mereka yang tinggal berdekatan
dengan jeti ini kadangkala sehingga subuh pun masih ada aktiviti yang berlaku di
kawasan jeti ini.

KPLI –SR AMBILAN JANUARI 2011


UNIT PENGAJIAN BAHASA INGGERIS (BISNKT 1/TESL 1) 3
ALAM SEKITAR: KAJIAN & PEMERHATIAN PENCEMARAN DI JETI KAMPUNG HILIRAN

3) LAPORAN MASA DAN KEADAAN DI KAWASAN PEMERHATIAN

3.1 MASA : 9.00 Pagi


KAWASAN : Sekitar Jeti Kampung Hiliran

GAMBAR 3 GAMBAR 4

PEMERHATIAN :

Pada waktu ini, aktiviti sudah rancak berlaku seperti pelabuhan bagi kapal-kapal
dan bot-bot nelayan dan penumpang. Hampir keseluruhan kawasan jeti ini sudah
padat dan penuh dengan manusia dan juga kapal-kapal serta bot-bot.

KPLI –SR AMBILAN JANUARI 2011


UNIT PENGAJIAN BAHASA INGGERIS (BISNKT 1/TESL 1) 4
ALAM SEKITAR: KAJIAN & PEMERHATIAN PENCEMARAN DI JETI KAMPUNG HILIRAN

3.2 MASA : 10.30 Pagi


TEMPAT : Kawasan air mengalir Jeti Kampung Hiliran

GAMBAR 5 GAMBAR 6

PEMERHATIAN :

Kami dapati berlaku pencemaran di kawasan pengaliran air yang datang dari
jeti tersebut. Air kelihatan keruh dan penuh dengan sampah sarap serta sisa
buangan seperti isi dan kulit ayam, plastik, tin dan bermacam-macam lagi.

KPLI –SR AMBILAN JANUARI 2011


UNIT PENGAJIAN BAHASA INGGERIS (BISNKT 1/TESL 1) 5
ALAM SEKITAR: KAJIAN & PEMERHATIAN PENCEMARAN DI JETI KAMPUNG HILIRAN

3.3 MASA : 11.30 Pagi


TEMPAT : Kapal/bot minyak di Jeti Kampung Hiliran

GAMBAR 7 GAMBAR 8

PEMERHATIAN :

Di kawasan jeti Kampung Hiliran ini juga kami dapati terdapat sebuah kapal
minyak yang berlabuh di sini. Keadaan kapal ini agak teruk kerana ianya sudah
lama tetapi masih lagi berfungsi. Terdapat juga beberapa tumpahan minyak di
sekitar kawasan kapal ini yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran di
kawasan jeti ini.

KPLI –SR AMBILAN JANUARI 2011


UNIT PENGAJIAN BAHASA INGGERIS (BISNKT 1/TESL 1) 6
ALAM SEKITAR: KAJIAN & PEMERHATIAN PENCEMARAN DI JETI KAMPUNG HILIRAN

3.4 MASA : 12.30 Hari


TEMPAT : Kawasan bot rosak dan tong kosong

GAMBAR 9 GAMBAR 10

PEMERHATIAN :
Di kawasan ini, kami dapati terdapat beberapa bot-bot yang rosak yang tidak
dibaiki dibiar terdampar di sekitar kawasan jeti ini. Selain itu bayak tong-tong
kosong dan tong minyak yang terbiar dan dikhuatiri sisa-sisanya terbuang atau
terlepas kedalam laut.

KPLI –SR AMBILAN JANUARI 2011


UNIT PENGAJIAN BAHASA INGGERIS (BISNKT 1/TESL 1) 7
ALAM SEKITAR: KAJIAN & PEMERHATIAN PENCEMARAN DI JETI KAMPUNG HILIRAN

3.5 MASA : 1.30 Petang


TEMPAT : Kawasan kedai, kilang dan kedai makan.

GAMBAR 11 GAMBAR 12

GAMBAR 13

PEMERHATIAN :
Di kawasan jeti ini juga terdapat kawasan kilang, kedai makan dan juga deretan
kedai lain seperti kedai menjual ayam dan sebagainya. Kesemuanya berada
berhampiran dengan kawasan jeti yang mungkin boleh menyebabkan
berlakunya pencemaran di kawasan ini.

KPLI –SR AMBILAN JANUARI 2011


UNIT PENGAJIAN BAHASA INGGERIS (BISNKT 1/TESL 1) 8
ALAM SEKITAR: KAJIAN & PEMERHATIAN PENCEMARAN DI JETI KAMPUNG HILIRAN

4) HASIL PEMERHATIAN & PERBINCANGAN

Hasil daripada pemerhatian kami di beberapa kawasan persekitaran Jeti Kampung


Hiliran ini, terdapat banyak berlakunya pencemaran terutamanya pencemaran air.
Hampir keseluruhan kawasan jeti ini mengalami pencemaran yang disebabkan oleh
beberapa faktor.

Antara pencemaran yang berlaku di kawasan jeti ini adalah seperti pembuangan
sisa dari kapal minyak, kilang, kawasan bot rosak, tong-tong kosong, kedai-kedai
makan dan juga kedai-kedai lain seperti kedai menjual ayam yang berada di sekitar
kawasan jeti ini.

Fenomena yang berlaku di seluruh kawasan jeti inilah yang menjadi faktor utama
mengapa berlakunya pencemaran air yang teruk di kawasan jeti ini. Kekotoran dan
pencemaran sungai di negara ini antara lain berpunca daripada perbuatan golongan
yang tidak bertanggungjawab iaitu mereka yang dianggap tidak menitikberatkan
kebersihan alam sekitar dan kepentingan masyarakat awam lain yang turut mempunyai
hak terhadap sungai tersebut. Selain itu, ia turut disumbangkan oleh minda dan sikap
pihak berkuasa dan orang ramai yang kurang mempunyai kesedaran untuk memulihara
alam sekitar.

KPLI –SR AMBILAN JANUARI 2011


UNIT PENGAJIAN BAHASA INGGERIS (BISNKT 1/TESL 1) 9
ALAM SEKITAR: KAJIAN & PEMERHATIAN PENCEMARAN DI JETI KAMPUNG HILIRAN

4.1 Kesan-Kesan

Masalah pencemaran ini telah mendatangkan kesan yang besar terhadap


kehidupan penduduk kawasan ini, terutamanya apabila sumber air yang
dibekalkan kepada pengguna sukar dirawat. Pencemaran ini juga menimbulkan
masalah lain kepada manusia seperti merebaknya penyakit, musnahnya
ekosistem akuatik dan terganggunya keselesaan umum.

Hasil daripada pemerhatian dan perbincangan kami kami telah mengenal


pasti beberapa kesan akibat daripada pencemaran yang berlaku di sekitar
kawasan jeti Kampung Hiliran ini, antaranya ialah:

4.1.1 Kepupusan hidupan akuatik.

 menjejaskan binatang marin seperti ikan, udang, batu karang juga


ekologi dan rantaian makanan.
 membunuh tumbuhan air seperti rumpai dan pokok bakau.
 burung pula jika terkena minyak akan menyebabkan sukar terbang
seterusnya mati.
 spesis terancam semakin pupus, contohnya penyu.
 sebagai contoh, pembuangan plastik di perairan Terengganu suatu
masa dahulu menyebabkan penyu mati kerana termakan plastik
yang disangkakan makanan.

4.1.2 Menjejaskan sumber pendapatan nelayan.

 menyebabkan ikan berpindah habitat yang lebih selamat.


 tumpahan minyak menyebabkan segala peralatan nelayan rosak.
 meningkatkan kos pemulihan.

KPLI –SR AMBILAN JANUARI 2011


UNIT PENGAJIAN BAHASA INGGERIS (BISNKT 1/TESL 1) 10
ALAM SEKITAR: KAJIAN & PEMERHATIAN PENCEMARAN DI JETI KAMPUNG HILIRAN

4.1.3 Menjejaskan kesihatan.

 sumber air bersih berkurangan.


 laporan Program Alam Sekitar Bangsa-bangsa Bersatu melaporkan 1.4
ribu juta dari penduduk di muka bumi ini tidak dapat bekalan air bersih
bagi menampung keperluan harian mereka.
 penyebaran bakteria, virus dan parasit melalui bahan buangan.
 penyakit bawaan air seperti cirit-birit, sakit perut dan keracunan makanan
meningkat.

4.1.4 Menjejaskan industri pelancongan.

 tumpahan minyak menyebabkan bau yang tidak selesa.


 kawasan terumbu karang boleh terjejas teruk apabila berlaku pencemaran
air.
 pulau dan pantai akan kurang dikunjungi seandaianya tarikan alam marin
ini terjejas dan musnah.

4.1.5 Aktiviti rekreasi tidak lagi sesuai.

 sungai dan tasik yang digunakan sebagai tempat berekreasi seperti


berenang, berkayak dan memancing hilang fungsinya.
 persekitaran yang telah tercemar tidak lagi sesuai sebagai tempat
menenangkan fikiran dan diri.

KPLI –SR AMBILAN JANUARI 2011


UNIT PENGAJIAN BAHASA INGGERIS (BISNKT 1/TESL 1) 11
ALAM SEKITAR: KAJIAN & PEMERHATIAN PENCEMARAN DI JETI KAMPUNG HILIRAN

4.2 Langkah-Langkah Mengatasi

Selain itu, kumpulan kami juga telah berbincang tentang bagaimana cara-
cara atau langkah-langkah mengatasi pencemaran ini dari terus berlaku dan
tealh mengambil kira beberapa langkah yang sesuai. Dalam usaha mengekalkan
tahap pencemaran semasa supaya tidak menjadi lebih teruk maka langkah-
langkah yang wajar perlu diambil supaya punca pencemaran dapat dikurangkan
dan antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut:

4.2.1 Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat.

Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya


tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah
perlu disediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat
menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara
menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air
Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah
wang supaya sistem perparitan daripada kawasan perumahan
terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai
makanan perlu dibina saluran paip khas supaya air buangan dapat
dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam
sistem perparitan.

4.2.2 Menambah bilangan tong sampah di pusat pengumpulan sampah.

Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang


lemah bukan sahaja pada peringkat sekolah tetapi juga peringkat
majlis perbandaran yang menyebabkan sampah sarap bertaburan
merata tempat. Oleh itu, diperingkat sekolah pengurusan peletakan
tong sampah perlu diambil kira. Tong sampah perlu ditambah di

KPLI –SR AMBILAN JANUARI 2011


UNIT PENGAJIAN BAHASA INGGERIS (BISNKT 1/TESL 1) 12
ALAM SEKITAR: KAJIAN & PEMERHATIAN PENCEMARAN DI JETI KAMPUNG HILIRAN

tempat strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya


sampah tidak melimpah.

4.2.3 Pemasangan perangkap sampah.

Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang,


adalah perlu supaya perangkap sampah dipasang di tempat-tempat
strategik di sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah
sarap juga memudahkan pengurusan penyelenggaraan.

4.2.4 Penyelenggaraan sistem perparitan berkala.

Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan


sistem perparitan tidak tersumbat maka penyelenggaraan berkala
seharusnya dijalankan iaitu 1 atau 2 kali sebulan. Dengan cara ini,
maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali
gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.

4.2.5 Kempen kesedaran melalui iklan TV.

Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang


bersikap 'tidak apa' perlu ditangani. kempen kesedaran melalui
Iklan TV mengenai kesan sikap individu yang membuang sampah
tanpa memikirkan kesannya. Oleh itu, adalah perlu setiap individu
berubah kita seharusnya tidak mementingkan diri sendiri. Kita
harus fikirkan keadaan generasi akan datang yang terpaksa
menanggung hasil  tindakan yang kita buat hari ini

KPLI –SR AMBILAN JANUARI 2011


UNIT PENGAJIAN BAHASA INGGERIS (BISNKT 1/TESL 1) 13
ALAM SEKITAR: KAJIAN & PEMERHATIAN PENCEMARAN DI JETI KAMPUNG HILIRAN

5) KESIMPULAN & REFLEKSI

Sebagai rumusan, didapati bahawa air laut di kawasan pemerhatian dan kajian


ini telah tercemar yang kehilangan fungsi sebagai sumber keguanaan air domestik.
Persoalannya, siapa yang menyebabkan semua ini berlaku? Aktiviti manusialah yang
membuat air laut ini tercemar dan kotor. Jika pencemaran berterusan  air laut ini tidak
boleh digunakan lagi. Penduduk di sekitar kawasan jeti membuang sampah dan tidak
memikirkan akibatnya.

Laut merupakan sumber air yang penting kepada manusia. Permintaan air yang
kian meningkat dan kemusnahan kualiti air laut yang semakin serius merupakan dua isu
utama pada masa ini. Secara umum, sistem semulajadi mampu membersih air laut
yang tercemar, namun, kadar pencemaran yang kian meningkat akibat aktiviti manusia
telah membuatkan proses pembersihan semula jadi ini tidak lagi mampu untuk
membersihkan air. Justeru, isu pencemaran alam sekitar umumnya dan pencemaran
sungai khususnya mesti diberi perhatian yang serius dan dikawal ke tahap yang paling
minimum. Ini kerana air adalah sumber hidup dan sekiranya sumber ini dicemari
sehingga ke tahap yang tidak dapat lagi digunakan oleh manusia; ini secara tidak
langsung telah mengurangkan sumber kehidupan manusia sendiri. Hari demi hari jika
keadaan pencemaran air laut ini bertambah buruk, maka manusia secara sedar atau
tidak telah meracuni diri mereka sendiri.

Punca pencemaran dan kerosakan ini boleh disimpulkan kepada faktor budaya
campak buang yang berkait rapat dengan sikap masyarakat umum sama ada
pengilang, penternak dan penduduk setempat yang tidak menghargai laut sebagai
sumber. Penyerahan tanggung jawab penjagaan laut kepada kerajaan juga
menerangkan betapa rendahnya tahap penglibatan masyarakat dalam usaha
pemeliharaan laut. Sikap dan paradigama masyarakat harus diubah terlebih dahulu,
dengan ini barulah segala langkah saintifik dan pengurusan kawalan terhadap
pencemaran air laut memberi makna dan berjaya dilaksanakan kerana sebahagian
besar masyarakat telah memahami dan berupaya menilai kualiti air laut.

KPLI –SR AMBILAN JANUARI 2011


UNIT PENGAJIAN BAHASA INGGERIS (BISNKT 1/TESL 1) 14
ALAM SEKITAR: KAJIAN & PEMERHATIAN PENCEMARAN DI JETI KAMPUNG HILIRAN

Selain itu, walaupun terdapat pelbagai peruntukan bagi mengawal pencemaran


air laut tetapi perlaksanaannya kurang berkesan kerana undang-undang ini
berdasarkan sektoral, mempunyai skop yang terhad dan tidak holistik. Oleh itu, undang-
undang yang lebih berkesan perlu diperkenalkan diikuti oleh penguatkuasaan yang
ketat oleh agensi yang terlibat bagi mengekang masalah pencemaran air yang dijangka
semakin meruncing pada masa hadapan. Undang-undang yang digubal juga mestilah
mengambilkira kepentingan ekonomi kerana sebahagian besar daripada masalah
pencemaran laut adalah akibat daripada aktiviti perindustrian, pembangunan
infrastruktur dan projek lain yang ada kaitan dengan perkembangan ekonomi.

Namun begitu, adalah menjadi harapan agar penduduk di kawasan  kajian 


mengambil mengambil inisiatif untuk memikirkan supaya pencemaran yang ada dapat
ditanggani atau kita biarkan sahaja dan terpaksa menanggung kesan negatif
berpanjangan pada masa hadapan. Oleh itu kita perlu menjaga kebersihan laut untuk
bukan sahaja untuk kegunaan harian tetapi juga laut adalah sumber air percuma.

KPLI –SR AMBILAN JANUARI 2011


UNIT PENGAJIAN BAHASA INGGERIS (BISNKT 1/TESL 1) 15

You might also like