Professional Documents
Culture Documents
Selangor (MDHS)
Bil. Perkara Halaman
1 Tajuk
2 Senarai Kandungan
3 Penghargaan
4 Objektif Kajian
5 Kaedah Kajian
6 Hasil Kajian
7 Rumusan
8 Lampiran
9 Rujukan
Senarai Kandungan
Penghargaan
Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan Kerja
Kursus Sejarah yang bertajuk Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) Majlis Daerah Hulu
Selangor(MDHS).
Saya ingin mengambil kesempatan ini dengan mengucapkan terima kasih kepada guru
matapelajaran Sejarah,iaitu Puan Suria Harun dan Puan Naslah Ismail kerana telah memberi
tunjuk ajar serta bimbingan dalam saya menyiapkan Kerja Kursus ini.
Selain itu,tidak lupa jugaucapan terima kasih kepada ibu saya,Hamidah Hashim dan bapa
saya,Yahya Hashim kerana memberi bantuan serta sokongan ketika saya menyiapkan Kerja
Kursus Sejarah.
Saya juga ingin mengucapkan juga terima kasih kepada rakan-rakan saya kerana sudi
membantu saya serta menolong saya dalam menyiapkan Kerja Kursus Sejarah ini.Akhir
sekali,ucapan terima kasih juga kepada semua pihak yang sudi membantu saya.
Yang Benar,
……………………………..
Objektif Kajian
(i) Mencari dan mengumpul fakta sejarah daripada sumber yang sahih
(ii) Mengulas,menganalisis dan merumus fakta sejarah
(iii) Merekod fakta sejarah mengikut format kajian yang betul
(iv) Mengenai pihak berkuasa tempatan,iaituMajlis Daerah Hulu
Selangor(MDHS).
(v) Mengamal nilai murni dan patriotisme.
Kaedah Kajian
(i) Rujukan
- Saya telah membuat rujukan dari internet,rakan serta bahan lain yang berkaitan dengan
Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).
(ii) Pemerhatian
- Saya dan rakan membuat pemerhatian di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Hulu
Selangor (MDHS).
(iv) Lawatan
- Saya dan rakan melawat ke kawasan kajian iaitu Majlis Daerah Hulu Selangor
(MDHS) bagi mendapatkan maklumat.
Hasil Kajian
Majlis Daerah Hulu
Selangor(MDHS)
Majlis Daerah Hulu Selangor(MDHS)
Jalan Bukit Kerajaan,44000 Kuala Kubu Bharu,Selangor Darul Ehsan.
Misi
Visi
Menyediakan satu kawasan dan perbandaran yang maju, berteknologi tinggi dan mesra alam.
Objektif
Lokasi Pentadbiran
Daerah bersempadan iaitu:
Dasar Kualiti
Majlis Daerah Hulu Selangor berazam menyediakan perkhidmatan perbandaran yang cekap
dan berkualiti demi kepuasan pelanggan.
Objektif Kualiti
(i) Mewujudkan suasana serta kualiti hidup yang tinggi didalam kawasan Majlis.
(iii) Menjadikan kawasan majlis kesihatan bersih ,indah ,tersusun ,makmur dan
menjadi yang terbaik dalam semua aspek.
Setiausaha
Unit Perundangan
Jabatan Penilaian
Ketua Jabatan : En. Che Azmi b. Hassan
Jawatan: Pegawai Penilaian
Jabatan Landskap
Ketua Jabatan : En. Mohd Fadhil b. Mohd Lani
Jawatan: Arkitek Landskap
Unit COB
Luas keseluruhan kawasan yang ditadbir oleh Majlis pada tahun 2002 adalah 270.38 km
persegi yang meliputi 13 mukim . Kawasan yang ditadbir oleh MDHS merangkumi 13
kawasan utama berikut:-
1. Hulu Bernam
2. Kalumpang
3. Kerling
4. Kuala Kubu Bharu
5. Rasa
6. Batang kali
7. Hulu Yam
8. Serendah
9. Sg. Choh
10. Bandar Baru Bukit Beruntung
11. Bandar Baru Bukit Sentosa
12. Bandar Baru Sg. Buaya
13. Bandar Lembah Beringin
Bahagian Pentadbiran
Mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap dan pengursan tenaga manusia yang
berdaya saing serta berdaya maju selaras dengan kehendak organisasi.
Bahagian Teknologi Maklumat
Menyelaraskan dan mengawal pembangunan ICT di Majlis Daerah Hulu Selangor
Bahagian Penguatkuasaan
Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan yang digunapakai di
Majlis Daerah Hulu Selangor demi kepentingan dan keselesaan umum.
Jabatan Perbendaharaan
Membentuk imej akauntabiliti Majlis melalui pengurusan bajet, kewangan dan perakaunan
yang cekap dan berkesan.
Jabatan Penilaian
Memastikan setiap pegangan berkadar di dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Hulu
Selangor dinilai mengikut peruntukan perundangan bagi tujuan mengenakan cukai taksiran.
• Bahagian Pelesenan
Merancang serta mengawal semua aktiviti pelesenan bagi mencapai tahap pengurusan yang
cekap dan berkualiti.
Jabatan Perancang
Mewujudkan perancangan pembangunan dan kawasan rekreasi yang terancang serta indah
untuk memberikan keselesaan dan kemudahan berkualiti kepada penduduk Majlis Daerah
Hulu Selangor.
Jabatan Belia Dan Kemasyarakatan
Unit Perundangan
Melakukan pindaan undang-undang mengikut peredaran masa perlu dilaksanakan agar
Undang-undang Kecil sedia ada tidak lapuk atau ketinggalan zaman. Penyelidikan mengenai
undang-undang kerajaan tempatan juga dipertingkatkan agar nasihat dan pandangan undang-
undang dapat diberikan dengan tepat dan teratur. Ini adalah kerana masyarakat hari ini lebih
peka kepada hak dan tanggungjawab mereka.
Peranan
Pihak berkuasa tempatan adalah kerajaan diperingkat tempatan yang bertanggungjawab untuk
1. Pembekal Perkhidmatan
-Sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Selangor pada 26 Februari 2010,
Majlis Daerah Hulu Selangor turut serta dalam perarakan yang dianjurkan oleh kerajaan
Negeri selangor. Dengan tema sambutan pada tahun ini “Memantap Ukhuwwah Memperkasa
Ummah” seramai lebih kurang 40 peserta telah mengambil bahagian. Perarakan ini juga
disertai oleh jabatan-jabatan kerajaan dan agensi di negeri Selangor. Jika diimbas kembali
sejarah Rasullah SAW, banyak pengorbanan dan perjuangan yang telah baginda lakukan.
Sehinggalah agama Islam telah mencapai kegemilangan dan kejayaannya.
Majlis Penyerahan Sumbangan Lembu Korban Sempena Aidiladha 1431H
-Daerah Hulu Selangor dipilih menjadi tuan rumah bagi Penyerahan Lembu Korban kepada
semua nazir-nazir masjid di Negeri Selangor. Majlis ini telah diadakan pada 13 November,
beberapa hari menjelang Aidiladha 1431H bertempat di Mini Stadium Kuala Kubu Bharu.
Majlis telah disempurnakan oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Abdul
Khalid Ibrahim yang turut dihadiri Pegawai Eksekutif dari PKNS,PNSB, Worldwide Holding
dan Kumpulan SEMESTA yang merupakan penderma sumbangan lembu korban tersebut.
Lebih 500 ekor lembu diagih-agihkan kepada semua masjid di Selangor untuk tujuan ibadah
korban.
Program Korban Kakitangan MDHS
-Bertempat di perkarangan pejabat MDHS, pada 18 November 2010 telah diadakan Program
Korban Kakitangan MDHS yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan MDHS.
Sebanyak 4 ekor lembu telah dokorbankan. Daging sembelihan turut disedekahkan kepada
golongan fakir miskin di kawasan sekitar.
Kemasyarakatan
Program Pelaksanaan Zon Bersih PBT
- Pada 8 Mei 2010, bersempena dengan pelaksanaan zon bersih di Pihak Berkuasa Tempatan
bagi Majlis Daerah Hulu Selangor, satu majlis pelaksanaan program-program zon bersih telah
di adakan di tapak zon bersih iaitu Bandar Baru Batang Kali. Antara program-program yang
telah dilaksanakan adalah seperti berikut:
Dianggarkan seramai 1000 orang telah hadir ke majlis ini terdiri daripada ahli-ahli Majlis
MDHS, JKKK, pelajar-pelajar sekolah dan taska kawasan Batang Kali, dan masyarakat
awam. Program-program yang dilaksanakan seperti Program Pengindahan Landskap,
Program Gotong-royong, kempen-kempen dan Hari Bertemu Pelanggan adalah sejajar
dengan objektif dalam pelaksanaan Zon Bersih di PBT Negeri Selangor untuk melibatkan
penyertaan komuniti disamping dapat memenuhi kriteria-kriteria dalam pemarkahan Zon
Bersih yang telah diputuskan untuk dipertandingkan antara PBT di Negeri Selangor.
Karnival Penggerak Hulu Selangor
- Universiti Industri Selangor. Replika cek disampaikan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Abdul
Khalid Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor kepada Proffesor Dr. Lokman Shamsudin iaitu
wakil dari Universiti Industri Selangor. Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Ketua
Kampung Ulu Rening, Hulu Selangor dan diikuti pula kata-kala aluan oleh Y.B. Pn. Rodziah
Ismail Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan,Sains, Teknologi &
Inovasi dan Kebudayaan Negeri Selangor dan disusuli pula kata-kata aluan oleh Y.A.B. Tan
Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor. Setelah itu, para hadirin
mendengar taklimat Spirulina oleh Proffesor Dr. Lokman Shamsudin. Beliau menyatakan
bahawa industry spirulina kini mendapat permintaan yang sangat tinggi dari pasaran dunia
masakini bagi tujuan perubatan. Penawaran produk ini pula adalah rendah dan atas dasar
ini, kerajaan mengambil inisiatif yang cukup bijak bagi menjana pendapatan kepada
penduduk setempat hasil daripada pembesaran tapak semaian spirulina di Ulu Rening amnya
dan Hulu Selangor khasnya.
Ekonomi
-Majlis Daerah Hulu Selangor telah dipilih sebagai tuan rumah bagi
mengadakan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Negeri Selangor yang diadakan pada
29 April 2010. Mesyuarat ini diadakan bagi membincang dan menyelaras bentuk tindakan
penguatkuasaan yang dilakukan supaya ianya seragam dalam menguatkuasakan undang-
undang yang digunapakai di semua PBT Negeri Selangor. Mesyuarat kali kedua itu dihadiri
oleh lebih kurang 23 orang pegawai-pegawai penguatkuasa PBT dan wakil dari pihak UPEN ,
Negeri Selangor.
Kunjungan Pelabur dari China
-Sekumpulan 8 orang bakal pelabur dari China telah mengadakan lawatan kunjung hormat ke
pejabat MDHS pada 6 Disember 2010. Mereka ini berminat untuk melabur di kawasan
Kemboja Bukit Beruntung. Kunjungan mereka telah menjurus kepada perbincangan tentang
perancangan pembangunan kawasan Kemboja itu sendiri dan mendapatkan pandangan dan
penjelasan tentang perkhidmatan MDHS.
Perayaan
Majlis Rumah Terbuka Gong Xi Fa Cai
-Sempena sambutan Tahun Baru Cina, Majlis Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama PeBT
dan JKKK Kampung Asam Kumbang, Kuala Kubu Bharu telah mengadakan Majlis Rumah
Terbuka Gong Xi Fa Cai pada 18 Februari 2010. Majlis turut dihadiri oleh YB Tuan Ronnie
Liu Tian Khiew, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Pegawai Daerah Hulu
Selangor, Tuan NorHisham Dahlan, Yang DiPertua MDHS, Tuan Tukiman Nail, Ahli-Ahli
Majlis, serta penduduk penduduk sekitar. Selain dari gerai-gerai makanan, majlis turut
dimeriahkan dengan persembahan tarian naga, Pemberian Ang Pau kepada warga emas, dan
persembahan kebudayaan daripada Jawatankuasa Penduduk sekitar.
Perkembangan
Sumber Kewangan
Prestasi Kewangan
- Pada tahun 2009 jumlah pendapatan yang diterima oleh MDHS sebanyak
RM37,940,025.Jumlah ini telah meningkat sebanyak RM2,780,722 berbanding
pendapatan tahun 2008.
Namun berlaku penyusutan dalam pungutan hasil cukai sebanyak RM2,292,972 pada
Tahun 2009 berbanding tahun 2008.
Pendapatan 2009
24% 1%
Hasil Cukai
Hasil Bukan Cukai
Terima Bukan Hasil
Pelbagai Hasil
12% 63%
*Cukai adalah penyumbang utama bagi hasil Majlis. Ianya menyumbang sebanyak 63% dari
keseluruhan hasil Majlis. Namun bagi membolehkan majlis berfungsi dengan baik,
sumbangan dari Kerajaan Negeri Pusat sebanyak 24% memainkan peranan yang penting.
Hasil bukan cukai pula menyumbang sebanyak 12%.
Jadual 2:Prestasi Kutipan Pendapatan 2005-2009
37,940,025
40,000,000 35,839,573 35,159,722
35,000,000 32,001,533
29,035,626
30,000,000
25,000,000
20,000,000
15,000,000
10,000,000
5,000,000
0
2005 2006 2007 2008 2009
-Bertempat di Rumah Rehat Kerajaan Majlis Daerah Hulu Selangor telah mengadakan sesi
Dialog Blueprint Hala Tuju Selangor 2011-2013 bagi Daerah Hulu Selangor pada 24 Ogos
2010. Dialaog ini disertai seramai lebih kurang 150 wakil dari penduduk, NGO dan agensi
kerajaan dan lain-lain. Dalam sesi ini juga peserta dibahagikan dalam beberapa kumpulan
bagi membincangkan isu-isu yang diberikan berkaitan dengan hala tuju Selangor dalam
tempoh 3 tahun ini.
Saranan dan Harapan
- Pembangunan mampan adalah pembangunan yang memenuhi keperluan masa kini tanpa
menjejaskan kemampuan generasi masa depan untuk memenuhi keperluan sendiri.
* Ahli Jawatankuasa Pembangunan Mampan dan Bandar Selamat MDHS terdiri daripada 3
sektor utama iaitu sector kerajaan, swasta/NGO dan Wakil Penduduk. Jawatankuasa ini akan
bersidang sekali dalam sebulan dan membincangkan isu-isu semasa yang melibatkan hal-hal
berkaitan masalah social, ekonomi, keindahan/keceriaan bandar, keselamatan dan kesihatan
persekitaran.
- Bandar Kuala Kubu Bharu secara rasminya telah menyambut 80 tahun pada tahun
2010. Majlis Pelancaran sambutan 80 Tahun Bandar Kuala Kubu Bharu telah diadakan
pada 7 Mac 2010 serentak dengan Pelepasan LTDL 2010 peringkat ke -7 yang juga
diadakan di Bandar Kuala Kubu Bharu. Pada majlis ini pelbagai acara lain turut
diadakan seperti pertanding melukis dan mewarna kategori kanak-kanak dan dewasa,
pertandingan fotografi, persembahan tarian, persembahan
kebudayaan,senamtari,persembahan kugiran, gerai-gerai jualan dan juga penyerahan
permohonan bagi Bandar Kuala Kubu Bharu disenaraikan sebagai Bandar Warisan
Negara.Dari sudut sejarah Bandar ini memainkan peranan penting sebagai kawasan
pertahanan Raja Mahdi dan Syed Mashor ketika perang saudara Selangor pada tahun
1870-1873. Bandar Kuala kubu juga merupakan Bandar Dalam Taman Pertama di
Negara. Banyak lagi sejarah dan pengkisahan tentang Kuala Kubu Bharu ini belum
terungkai dan terjawap dan melalui sambutan 80 tahun ini pelbagai acara lain akan
diadakan bagi mendapatkan banyak lagi maklumat dan mengenai keunikan Bandar ini
seterusnya mengetengahkan Bandar ini sebagai Bandar Warisan Negara.
Program Zon Bersih Batang Kali
- Pada 8 Mei 2010, bersempena dengan pelaksanaan zon bersih di Pihak Berkuasa
Tempatan bagi Majlis Daerah Hulu Selangor, satu majlis pelaksanaan program-
program zon bersih telah di adakan di tapak zon bersih iaitu Bandar Baru Batang Kali.
Antara program-program yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:
Dianggarkan seramai 1000 orang telah hadir ke majlis ini terdiri daripada ahli-ahli Majlis
MDHS, JKKK, pelajarpelajar sekolah dan taska kawasan Batang Kali, dan masyarakat awam.
Program-program yang dilaksanakan seperti Program Pengindahan Landskap, Program
Gotong-royong, kempen-kempen dan Hari Bertemu Pelanggan adalah sejajar dengan objektif
dalam pelaksanaan Zon Bersih di PBT Negeri Selangor untuk melibatkan penyertaan
komuniti disamping dapat memenuhi kriteria-kriteria dalam pemarkahan Zon Bersih yang
telah diputuskan untuk dipertandingkan antara PBT di Negeri Selangor.
Program-Program Gotong-royong
Saya bersyukur kerana saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan cepat. Saya
menggunakan sumber yang berkaitan untuk menyiapkan tugasan ini.
Seterusnya, saya mungkin tidak dapat siap tanpa kerjasama rakan kerana telah berkongsi
maklumat, idea dan pendapat dalam meyiapkan kerja kursus ini.
Saya rasa dapat telah laksanakan tugasan ini dengan baik dan yang telah ditentukan oleh guru
walaupun ada beberapa perkara yang tidak diperoleh daripada sumber yang berkaitan ketika
menjalankan tugas.
Selain itu, saya dapat lihat sikap kemasyarakatan dalam membangunkan negara dalam
kalangan penduduk di daerah Hulu Selangor. Saya juga dapat lihat semangat serta
kesungguhan penduduk agar daerah Hulu Selangor dapat hidup dalam keadaan yang harmoni.
Majlis Daerah Hulu Selangor atau dikenali sebagai MDHS telah menyediakan pelbagai
kemudahan dan infrastruktur yang lengkap. Selain itu, saya dapat mengenal pasti serta
memahami komposisi dan sejarah awal MDHS dengan lebih jelas. Seterusnya, saya dapat
mengetahui tujuan Majlis sebagai PBT Hulu Selangor.
Kesimpulannya, saya dapat lihat semangat patriotisme Majlis dalam memajukan Hulu
Selangor supaya penduduk Hulu Selangor mendapat kemudahan dalam apa jua aspek.Oleh
itu, saya bersyukur kerana MDHS telah menyediakan kemudahan di daerah Hulu Selangor
ini.
Lampiran
Peta 1:Selangor
Peta 2: Hulu Selangor
Logo MDHS
Internet
- http://www.mdhs.gov.my/
Rakan
- Nur Hakimah Binti Abu Hassan.
- Nurshida Nabila Binti Nor Azlan.
Buletin
- Buletin MDHS Edisi 1/2009
- Buletin MDHS Edisi 2/2010
Dokumen
Bahan-bahan lain
Oleh itu, institut pentadbiran tempatan dapat memperkukuhkan integerasi nasional di negara
kita dengan cara kita berbangga sebagai rakyat Malaysia. Sebagai warganegara, kita mestilah
menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara serta menghormati raja dan
pemimpin kerana mereka tidak pernah jemu membangunkan negara serta berusaha agar
dapat menaikkan nama negara.
Selain itu, sikap kesungguhan berusaha dan produktif perlu diterapkan dalam diri kita. Kita
sebagai rakyat Malaysia perlulah menyokong dan melibatkan diri dalam usaha
pembangunan serta berganding bahu membangunkan negara agar negara semakin maju,
teguh dan kuat dalam menyediakan kemudahan serta meningkatkan lagi ekonomi dalam
negara.
Akhir sekali,kita sebagai rakyat Malaysia mestilah mempunyai semangat setia negara iaitu
dengan cara kita mesti peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara supaya
IPT integerasi nasional dapat diperkukuhkan lagi serta dapat hadapi masalah bersama-sama
rakyat.