You are on page 1of 45

Perlembagaan Persekutuan | 96

UNIT 6 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Membincangkan sejarah kewujudan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras kepada kedudukan Perlembagaan Malaysia sekarang. 2. Merungkaikan aspek-aspek penting dalam perlembagaan. 3. Memahami maksud unsur-unsur tradisi dan hak-hak istimewa kaum bumiputera. 4. Mengetahui peruntukan-peruntukan istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan. PENGENALAN

Tahu kah anda bahawa setiap negara berdaulat di dunia memerlukan undangundang? Undang-undang tertinggi inilah yang dikatakan Perlembagaan. Di Malaysia kita ada Perlembagaan Persekutuan yang menjadi rujukan semua pihak dari jawatan tertinggi iaitu Yang

Dipertuan Agung hinggalah rakyat biasa. Justeru Perlembagaan merupakan komponen penting dalam Kenegaraan. Jadi, unit ini akan membincangkan secara asas mengenai konsep Ketinggian Perlembagaan di samping proses penggubalan Perlembagaan dan kepentingannya dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan negara. Selain itu, bab ini juga akan membincangkan perkara-perkara penting Perlembagaan Persekutuan terutama bahagian unsur-unsur tradisi seperti kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa raja -raja Melayu, keistimewaan orang Melayu dan agama Islam sebagai agama rasmi. Unsur-unsur tradisi ini memainkan peranan penting dalam mengekalkan keharmonian kaum di negara ini dan ia merupakan sebahagian daripada kontrak sosial antara kaum Melayu dan bukan Melayu semasa negara ini menuntut kemerdekaan.

Definisi Perlembagaan

Sesetengah individu dalam masyarakat tidak sedar bahawa keamanan dan ketenteraman dalam negara yang kita nikmati sekarang adalah disebabkan kejayaan kerajaan menguruskan negara melalui undang-undang negara. Undang-undang tertinggi negara inilah yang dikatakan perlembagaan. Secara terperinci perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi satu set hak, peraturan terperinci, kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan antara autoriti awam dalam negara dan autoriti awam dengan rakyat. Jadi perlembagaan merupakan satu

Perlembagaan Persekutuan | 97

dokumen yang mengandungi set undang-undang yang berfungsi menjaga dan memerintah negara ini supaya kerajaan yang memerintah boleh mentadbir dengan lancar.

Malaysia pula merupakan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat berdasarkan keutuhan sempadannya, mempunyai sistem pemerintahan, ideologi kebangsaan,kedaulatan undang-undang, simbol negara, tradisi, adat resam, kesenian dan lain-lain lagi. Wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara ini mempunyai kesan, pengaruh dan kepentingan terhadap pembentukan perlembagaan negara dan seluruh sistem kehidupan di Malaysia.

Penulisan ini membicarakan tentang konsep perlembagaan dan nilai-nilai tradisi perlembagaan Malaysia. Ini kerana pelbagai aspek sistem kehidupan meliputi politik, perundangan, pemerintahan, pentadbiran, kebudayaan, kehakiman, ekonomi, pelajaran, bahasa dan lain-lain lagi bagi membina rekabentuk perlembagaan Malaysia sendiri.

Perlembagaan merupakan perubahan dalam pentadbiran negara. Jadi, apakah bentuk undang-undang yang dilaksanakan sebelum pemodenan tersebut berlaku?

KONSEP PERLEMBAGAAN

Profesor Dicey (dalam Tun Mohd. Salleh Abas, 1997) berpendapat bahawa undang -undang perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja, iaitu: prinsip kedaulatan parlimen dan prinsip undang-undang. Sebagai undang-undang utama di sebuah negara, perlembagaan

mengandungi pelbagai peruntukan, antara lain, badan perundangan iaitu parlimen, badan pemerintah seperti jemaah menteri, mahkamah dan lain-lain. Perlembagaan juga mengandungi peruntukan-peruntukan yang lain seperti kewarganegaraan, kebebasan asasi, agama, bahasa kebangsaan dan sebagainya.

Menurut Md. Bohari Ahmad (1997) pula menyatakan perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara. Perlembagaan wujud dari kehendak keadaan semasa dan diasaskan atas kebolehan kerajaan menjamin semua yang terkandung di dalam perlembagaan itu. Jika undang-undang yang dikanunkan berlandaskan perlembagaan yang tidak dapat dijalankan, atau hak yang dijanjikan di dalamnya tidak dapat ditunaikan, maka perlembagaan itu tidak bermakna. Oleh itu perlembagaan mestilah dipegang teguh dan seimbang dengan hasrat orang ramai. Apa yang nyata ialah perlembagaan bukan sahaja merupakan sebuah fikiran ataupun syor, tetapi ia merupakan undang -undang agung negara.

Sila tuliskan di bawah apa yang anda faham dengan perlembagaan.

Perlembagaan Persekutuan | 98

Kenapakah Perlembagaan itu perlu bagi sesebuah negara berdaula t?

Konsep Ketinggian Perlembagaan?

Apakah yang anda faham tentang konsep Ketinggian Perlembagaan? Malaysia mempunyai suatu undang-undang Perlembagaan Persekutuan yang merupakan Undang -Undang Tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjadi punca kepada semua undang-undang sama ada yang sudah ada atau yang bakal digubal. Ia juga menentukan berbagai perkara tentang kebebasan asasi, kewarganegaraan, kerajaan persekutuan, perundangan, kedudukan negeri, perkhidmatan awam, kehakiman dan lain-lain lagi. Semua undang-undang yang ada tidak boleh berlawanan dengan perlembagaan. Dengan ini, perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang tertinggi bagi memerintah negara. Jadi, Perlembagaan Persekutuan adalah sesuatu yang luhur. Konsep Ketertinggian Perlembagaan Persekutuan juga dikonsepkan sebagai Keluhuran Perlembagaan.

Kedudukan perlembagaan sebagai undang -undang tertinggi amat penting untuk negara yang mengamalkan sistem persekutuan seperti Malaysia. Ini memudahkan kerajaan persekutuan menjalankan kuasa pemerintahan dan pentadbiran dengan licin, tanpa terpaksa bersaing dengan pihak lain.

Seiring dengan kedudukan perlembagaan sebagai undang -undang tertinggi negara, parlimen memperoleh kuasanya daripada perlembagaan. Parlimen mempunyai kuasa yang

terhad dan tidak boleh membuat undang-undang bagi perkara-perkara yang berada di luar bidang kuasanya.

Mahkamah mempunyai kuasa untuk membatalkan sesuatu undang -undang yang digubal oleh parlimen, jika undang-undang berkenaan berada di luar bidang kuasanya dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini juga bermakna mahkamah juga tertakluk kepada kehendak-kehendak perlembagaan.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua negara, baginda juga tertakluk kepada perlembagaan. Baginda tidak boleh bertindak sesuka hati, tetapi menjalankan tugas mengikut bidang kuasa yang diperuntukan dalam perlembagaan. Oleh itu, Perlembagaan Persekutuan adalah sesuatu yang luhur dan sesuai dengan sifatnya Perlembagaan Persekutuan dikenali dengan konsep Keluhuran Perlembagaan.

Mengapakah Perlembagaan Persekutuan dikatakan tertinggi dalam sistem undang-undang di Malaysia?

Perlembagaan Persekutuan | 99 | 99

Konsep Federalisme Dalam Perlembagaan Persekutuan

Konsep federalisme secara umum adalah berkaitan dengan pembahagian kuasa. Pembahagian kuasa di sini adalah berlaku antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Ia juga boleh berlaku dalam sistem pentadbiran negara iaitu antara eksekutif, legislatif dan judisiari. Perkara berkaitan dengan federalisme dalam perlembagaan dapat dikesan dalam perkara-perkara berikut:

Perkara 73 (had sempadan kuasa perundangan).

Perkara 74 (bidang kuasa perundangan dengan merujuk jadual kesembilan).

Perkara 75 (Ketinggian undang-undang persekutuan mengatasi undang-undang

negeri).

Perkara 76 (Kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang kepada negeri).

Perkara 76A (Kuasa Parlimen untuk meluaskan kuasa perundangan negeri).

Perkara 80 (Pembahagian kuasa pemerintahan iaitu mengikut kuasa perundangan)

Jelaskan menurut kefahaman anda sendiri apa yang dimaksudkan dengan konsep federalisme dalam skop Perlembagaan Malaysia.

Bentuk-bentuk Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan di dunia terdapat dua bentuk iaitu Perlembagaan Bertulis dan Tidak Bertulis:

TIDAK BERTULIS Merupakan bentuk perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat PERLEMBAGAAN BERTULIS

Merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu

Rajah 7.1: Bentuk-bentuk Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan bertulis mengandungi sifat-sifat seperti sifatnya yang sukar untuk dipinda kecuali ada peruntukan yang membolehkannya dipinda, Parlimen berkuasa membuat undang-undang terhadap perkara yang terkandung dalam perlembagaan dan Mahkamah berkuasa untuk

mentafsir undang-undang bagi tujuan melindungi Perlembagaan. Contoh Perlembagaan Bertulis adalah Malaysia. Sementara Perlembagaan Tidak Bertulis pula adalah wujud secara tradisi diwarisi dalam masyarakat atau negara berkenaan misalnya negara United Kingdom yang mempunyai Perlembagaan Tidak Bertulis. Perlembagaan di United kingdom tidak

Perlembagaan Persekutuan | 100

tersusun kerana berasaskan piagam-piagam yang telah dibuat dari semasa ke semasa dan berlaku sejak beberapa kurun yang lalu. Adat resam (convention) juga telah dianggap oleh penduduk negara tersebut sebagai sudah menjadi undang -undang negeri.

Kepentingan Perlembagaan

Secara umum Perlembagaan Persekutuan mempunyai kepentingan sebagaimana berikut:

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN

Menjamin kestabilan politik dan sisitem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Perlembagaan menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan serta prinsipprinsip umum bagaimana kuasa tersebut dilaksanakan.

Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Perlembagaan menentukan hak asasi rakyat seperti

kebebasan bercakap, kebebasan bercakap, kebebasan agama dan pemilikan harta. Perlembagaan dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintahan. Perlembagaan menentukan juga tanggungjawab rakyat dan batasan atau larangan seperti hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak yang tidak boleh dipersoalkan. Ini adalah penting untuk mengelakkan persengketaan kaum.

Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara. Perlembagaan melindungi kepentingan semua kaum. Perlembagaan juga menjamin keadilan sosial antara kaum. Ini dapat memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan pembangunan negara.

Rajah 7.2: Kepentingan-kepentingan Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan | 101

Kepentingan perlembagaan di sesebuah negara itu juga mempunyai haluan tertentu. Ini kera na perlembagaan mempunyai undang-undang dasar yang menentukan arah politik negara tersebut. Menerusi perlembagaan arena politik negara dapat ditentukan dan parti parti politik pula tahu ke arah mana hendak dituju semasa memegang kuasa dan mentadbir nega ra.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi yang menentukan sistem kerajaan kita. Perlembagaan yang terkandung dalam Persetujuan Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948 telah menjadi asas bagi Perlembagaan Malaysia yang ada sekarang ini. Perlembagaan kita merupakan perlembagaan bertulis yang berlandaskan sistem kerajaan demokrasi berparlimen.

Perlembagaan digubal untuk menjadi garis panduan tentang cara memerint h, sistem a politik dan pentadbiran sesebuah negara, di samping memberi jaminan perlindungan rakyat. Dalam perlembagaan juga dinyatakan tanggungjawab dan kewajipan setiap warganegara terhadap negara.

Malaysia mempunyai suatu Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undangundang tertinggi negara dan perlembagaan. Ia menentukan pelbagai perkara tentang kebebasan asasi, kewarganegaraan, kerajaan persekutuan, kedudukan negeri negeri dalam Malaysia, peruntukan kewangan, pilihan raya, kehakiman, perkhidmatan awam dan lain-lain. Atau lebih tepat lagi, jika kita katakan perlembagaan yang mencorakkan penubuhan

kenegaraan Malaya dan Malaysia. Dengan ini perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang menjadi sumber bagi memerintah negara.

Perjanjian Persekutuan 1948 telah mencadangkan sebuah negara baru bernama Persekutuan yang ada pada masa ini adalah diasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang telah digubal dan dikemukakan oleh suruhanjaya ini.Ia dim ulakan pada bulan Jun 1956 dan telah menyiapkan laporan perlembagaan menjelang bulan Februari 1957. Laporan ini kemudianya dibahaskan oleh parti politik utama negara ini dan diluluskan oleh Majlis Perundangan dalam bulan Jun tahun yang sama.

Perlembagaan Persekutuan mula dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957 apabila Tanah Melayu diisytiharkan sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu dan mengandungi semua negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka.

Perlembagaan Persekutuan 1957 ini telah dijadikan asas kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan bagi negara Malaysia yang diisytiharkan pada 16 September 1963. Kemasukan Singapura, Sabah dan Serawak ke dalam Persekutuan Malaysia menyebabkan Perlembagaan Persekutuan 1957 dipinda dan diadakan beberapa pindaan mengenai bab pemakaian bagi negeri tersebut. Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia dalam tahun 1965, tanpa menjejaskan asas Perlembagaan Malaysia. Sehingga tahun 1985, beberapa pindaan telah dibuat terhadap Perlembagaan Persekutuan, menyentuh perkara atau fasal tertentu selaras dengan perubahan kehendak, keperluan dan kepentingan kerajaan.

Perlembagaan Persekutuan | 102

Peta 7.1: Negeri-negeri di Malaysia di bawah Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan Dari Aspek Sejarah

Tahukah anda bagaimanakah Perlembagaan Persekutuan telah terbentuk? Perlembagaan yang ada sekarang adalah berasaskan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Kemudiannya, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal oleh sebuah Suruhanjaya Perlembagaan yang ditubuhkan pada bulan Mac 1956. Suruhanjaya ini diketuai oleh Lord Reid dan dianggotai oleh empat orang hakim dari negara Komanwel, iaitu Sir Ivor Jennings (Britain), Sir William McKell (Australia), Hakim B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).

Suruhanjaya ini mengemukakan rangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada bulan Februari 1957. Rangka perlembagaan itu seterusnya dikaji oleh sebuah Jawatankuasa Kerja yang mengandungi 11 orang ahli, iaitu empat orang wakil raja Melayu, empat orang wakil Parti Perikatan, Pesuruhjaya Tinggi British, Setiausaha Persekutuan dan Peguam Negara. Setelah melalui pelbagai proses perbincangan dan penelitian,rangka perlembagaan itu kemudiannya dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Undangan Persekutuan dan diluluskan pada 15 Ogos 1957. Akhirnya, Perlembagaan itu dikuatkuasakan pada 27 Ogos 1957. Namun begitu, Perlembagaan Persekutuan sekali lagi disemak denga kemasukan n Singapura, Sabah dan Sarawak pada 1963. Perlembagaan Persekutuan yang ada juga disesuaikan dengan kehendak semasa. Semenjak merdeka hingga tahun 1982 Perlembagaan Persekutuan telah dipinda 22 kali.

Perlembagaan Persekutuan | 103

Malayan Union 1946 (Perlembagaan I)

Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948 (Perlembagaan II)

Pilihanraya Umum Pertama 1955

Suruhanjaya Reid 1956

PTM diiktiraf secara rasmi sebagai Perlembagaan Persekutuan pada 31 Ogos 1957 (Perlembagaan III)

Suruhanjaya Cobbold 1962

Perlembagaan Persekutuan Malaysia 16 September 1963

(Perlembagaan IV)

Rajah 7.3: Perjalanan Pembentukan Perlembagaan Persekutuan dari Malayan Union hingga Perlembagaan Persekutuan Malaysia

Perlembagaan Persekutuan kini mengandungi 183 perkara yang tergolong dalam 15 Bahagian. Perlembagaan ini mengandungi pelbagai perkara seperti kuasa kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, bentuk dan tugas Yang di Pertuan Agong, Parlimen, Kabinet dan badan kehakiman serta beberapa peruntukan tentang kewarganegaraan, agama rasmi, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu, perkhidmatan awam, hak asasi rakyat dan pilihan raya.

Perlembagaan Persekutuan | 104

Kandungan Perlembagaan Malaysia

Apabila memperkatakan tentang kandungan terdapat tiga aspek yang saling berkait iaitu kerohanian perlembagaan, peruntukan perlembagaan dan perlaksanaan perlembagaan. Aspek kerohanian perlembagaan ialah salah satu working document yang semestinya hidup, bukanlah kepingan-kepingan kertas yang menyenaraikan undang-undang yang kompleks tetapi semestinya juga mempunyai jiwa idealismenya . Kontrak sosial itu tidak akan hidup jika ia semata-mata saranan undang-undang yang beku.

Dalam hal ini, kita perlu merujuk kepada lima prinsip Rukun Negara dan mendalami huraian rasmi prinsip-prinsip tersebut. Harus diingat bahawa Rukun Lima Prinsip Rukun Negara: Negara itu sendiri terbentuk di dalam ekologi krisis.

1. Kepercayaan Kepada Tuhan. Bukan sahaja Akta Keselamatan Dalam Negeri itu diperkuatkan lagi, Akta Hasutan juga diperkuatkan, 2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. selepas Peristiwa 13 Mei 1969 , Parlimen digantung

3. Keluhuran Perlembagaan. dan pentadbiran negara dikendalikan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang terbentuk melalui 4. Kedaulatan Undang-undang. artikel 150. badan Perundingan MAGERAN telah

5. Kesopanan dan Kesusilaan. menurunkan RUKUN NEGARA selaku satu intisari Perlembagaan Malaysia.

Huraiannya dibuat berasaskan kepada tujuan dan matlamat prinsip-prinsip tersebut ke arah:

I-Sebuah negara yang bersatu -mengatasi masalah Dualisme Ekonomi.

II-Sebuah masyarakat berdemokrasi iaitu menerima hakikat bahawa rakyatlah yang

memilih ahli-ahli parlimen dan kerajaan.

III-Sebuah masyarakat adil -khusus untuk keadilan ekonomi.

IV-Sesebuah masyarakat yang liberal -iaitu yang bertolak ansur, cuba mengelakkan konflik

yang berpanjangan.

V-Sebuah masyarakat yang progresif iaitu keupayaan kita menggunakan kemahiran sains

dan teknologi ke arah pembangunan sosio-ekonomi negara.

Justeru, keperluan Rukun Negara adalah sebagai memenuhi keperluan Perlembagaan itu sendiri. Rukun Negara adalah sebagai lima prinsip yang memang terkandung dalam kehendak -kehendak

dalam Perlembagaan Persekutuan. Jadi, Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan akanmenjadikan arah tuju pembinaan negara bangsa Malaysia menjadi lebih jelas khasnya dalammasyarakat yang terdiri dari pelbagai etnik.

Isi Kandungan Perlembagaan

Untuk maklumat, Perlembagaan Persekutuan mempunyai 183 perkara yang dibahagikan kepada 15 bahagian sebagaimana berikut:

Perlembagaan Persekutuan | 105

Bil Tajuk Bahagian Perkara 1. Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi Persekutuan Kebebasan Asasi 1-4 2. Kewarganegaraan 5-13 3. Persekutuan 14-31 4. Negeri-negeri 32-69 5. Perhubungan Antara Persekutuan dan Negeri-negeri 70-72 6. Peruntukan-peruntukan Kewangan 73-95E 7. Pilihanraya 96-112 8. Kehakiman 113-120 9. Perkhidmatan Awam 121-131A 10. Kuasa-kuasa Khas menentang kegiatan subversif dan darurat 132148 11. Am dan pelbagai Peruntukan sementara dan peralihan 149-151 12. Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dsb 152-160 13. Prosiding terhadap Yang diPertuan Agong dan Raja-raja 162-180 14. 181 15. 182-183

Rajah 7.4: Isi Kandungan Perlembagaan Persekutuan

Peruntukkan Dalam Perlembagaan Persekutuan

Pada asasnya, Perlembagaan Persekutuan terdapat 181 Artikel kesemunya. Bentuknya disusun rapi di dalam 14 bahagian. Ada bahagian-bahagian yang dipecahkan pula ke dalam bab-bab. Terdapat 19 bab kesemunya. Artikelnya 181 pula dipecahkan ke dalam bebrapa jadual dan bahagian jadual yang khusus pula. Perkara-perkaranya adalah seperti berikut:

Perlembagaan Persekutuan | 106

Bahagian Tajuk Perkara 1. Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi persekutuan 1-4 2. Kebebasan Asasi 5-13 3. Kewarganegaraan Bab 1-Perolehan Kewarganegaraan Bab 2-Penamatan Kewarganegaraan Bab 3-Tambahan 14-31 14-22 23-28A 29-31 4. Persekutuan Bab 1 -Kepala Utama Negara Bab 2 -Majlis Raja-Raja Bab 3 -Pemerintahan Bab 4 -Badan Perundangan Persekutuan Bab 5 -Acara Perundangan Bab 6 -Keupayaan terhadap harta, kontrak dan Guaman

32-69 32-37 38 39-43 44-65 66-68 69 5. Negeri-negeri 70-72 6. Perhubungan antara Persekutuan dan Negeri Bab 1 -Hal Undang-undang Persekutuan dan negeri Bab 2 -Pembahagian kuasa-kuasa pemerintah Bab 3 -Pembahagian beban kewangan Bab 4 -Tanah Bab 5 -Pembangunan Negara Bab 6 -Tinjauan Persekutuan,nasihat Persekutuan kepada Negeri dan Pemeriksaan Persekutuan mengenai Kegiatan-Kegiatan Negeri. Bab 7 -Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan Bab 8 -Pemakaian bagi Negeri-negeri Borneo 73-95 73-79 80-81 82 83-91 92 93-95 95A

95B-95E 7. Peruntukan peruntukan kewangan 96-112E

Perlembagaan Persekutuan | 107

Bab 1-Am Bab 2-Pemakaian bagi Negeri-negeri Borneo (112A-112E) 8. Pilihan raya (113-120) 9. Penghakiman (121-131A) 10. Perkhidmatan Awam (132-148) 11. Kuasa kuasa khas menentang perbuatan subversive, kekerasan yang dirancang dan perbuatan-perbuatan dan jenayah-jenayah yang memudaratkan awam dan kuasa-kuasa darurat. ( Di gantikan oleh Akta A442 mulai daripada 31.12.78). (149-151) 12. Am dan Pelbagai (152-160) 12A. Perlindungan tambahan bagi negeri-negeri Borneo (161-161H) 13. Peruntukan sementara dan peralihan (162-180) 14. Pengecualian bagi kedaulatan Raja-raja dan sebagainya. (181)

Rajah 7.5: Peruntukan Perlembagaan Persekutuan

Pelaksanaan Perlembagaan

Kewibawaan Perlembagaan juga bergantung kepada keupayaan peruntukan ini dilaksanakan, iaitu dilaksanakan dalam konteks semangat dan kerohanian perlembagaan itu tadi. Satu persoalan perlaksanaannya adalah persoalan pindaan perlembagaan dalam menghadapi perubahan sosiopolitik atau ekologi sosial masyarakat Malaysia. Dalam hal ini, Malaysia mempunyai beberapa peristiwa dan sejarah yang menunjukkan perlembagaan Malaysia pernah dipinda antaranya isu pemisahan Singapura, isu berkaitan jantina atau gender dan kekebal n a Raja. Dalam isu pemisahan Singapura, pemisahan adalah dilarang sama sekali dan memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja terlebih dahulu. Pindaan telah dibuat dengan 2/3 dari ahli dewan rakyat menyokong pendaan ini. Oleh itu, Singapura telah keluar dari persekutian Malaysia. Isu jantina atau gender dalam Artikel 8 (2) telah dipinda untuk memasukkan perkataan gender supaya tiada lagi sebarang undang-undang yang mendiskriminasikan wanita dan tiada lagi diskriminasi jantina di Malaysia. Seterusnya, isu kekebalan Raja adalah menyentuh tentang immunity raja-raja dimana mereka tidak boleh dihadapkan di mana-mana mahkamah jika melakukan apa-apa kesalahan. Pindaan telah dibuat kerana memikirkan isu

Perlembagaan Persekutuan | 108

immunity sudah tidak sesuai lagi mengikut peredaran zaman. Pindaan ini boleh dibuat dengan mendapat 2/3 majoriti dewan rakyat.

Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri

Perlembagaan di Malaysia mempunyai ciri-ciri khusus yang telah membahagikan kuasa antara kerajaan iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Keadaan ini kerana bagi memastikan pengasingan kuasa dalam sistem pentadbiran negara akan dapat dilaksanakan. Pembahagian kuasa ini dapat dibahagikan kepada tiga keadaan sebagaimana jadual 7.6 di bawah.

Bentuk-bentuk Senarai Perkara Terlibat Senarai Persekutuan Hal ehwal luar, pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang jenayah, kewarganegaraan dan lainlain. Senarai Negeri Hukum syarak, undang-undang diri dan keluarga orang Islam, jentera kerajaan negeri, hari kelepasa dan lainlain. (meliputi perkara-perkara yang diserahkan kepada negeri) Senarai Bersama Meliputi keupayaan kerajaan negeri untuk membuat undang-undang selagi tidak bertentangan dengan

Perlembagaan Persekutuan misalnya pemberian biasiswa, perlindungan binatang liar, kesihatan awam dan lain-lain.

Jadual 7.6: Pembahagian Kuasa Antara Perlembagaan Persekutuan dan Negeri

PERUNTUKKAN-PERUNTUKKAN YANG DIANGGAP ISTIMEWA

Perlembagaan Malaysia mengandungi unsur-unsur tradisi dan unsur-unsur baru yang mewarnai perlembagaan kita. Unsur tradisi yang dimaksudkan ialah pemerintahan beraja, bahasa Melayu, kedudukan Agama Islam dan hak-hak Istimewa Orang Melayu dan kaum bumiputra. Menurut Mohamed Suffian Hashim (1987), perlembagaan negara ini agak bernasib baik kerana ia tetap mengikuti tradisi. Ini disebabkan kebolehan dan para pemimpinnya mendapatkan kerjasama raja-raja Melayu dalam mengorak langkah ke arah kemerdekaan. Perlembagaan Persekutuan dibentuk dengan mengambil kira perkembangan sejarah negara sebelum dan selepas penjajahan. Kebanyakan perkara dalam Perlembagaan Persekutuan mengandungi amalan

Perlembagaan Persekutuan | 109 | 109

yang diwarisi daripada zaman prapenjajahan, kecuali peruntukan tentang pentadbiran, parlimen dan kewarganegaraan.

Terdapat empat unsur tradisi yang diwarisi sejak zaman prapenjajahan dan masih dikekalkan dalam Perlembagaan Persekutuan ialah institusi beraja, agama Islam, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang melayu.

Unsur-unsur Tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan Pemerintahan Beraja .Pemerintahan beraja mutlak ditukar kepada sistem raja berperlembagaan Agama Islam .Dijadikan sebagai agama rasmi Persekutuan Kedudukan Istimewa Orang Melayu .Dipelihara sebagai tanggungjawab khas Yang di-Pertuan Agong Bahasa Melayu .Dijadikan sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan Rajah 7.7 : Unsur-Unsur Tradisi Yang Diwarisi Dan Diserapkan Menjadi Sebahagian Daripada Kandungan Penting Perlembagaan Persekutuan

Kedudukan Raja-raja Melayu

Sebelum kedatangan penjajah ke Tanah Melayu, negeri-negeri Melayu telah lama mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Raja berkuasa secara mutlak dalam semua urusan pemerintahan dan pentadbiran negeri. Baginda dibantu oleh para pembesar negeri. Pada zaman pra penjajahan, dalam sistem feudalisme yang utuh (integrated) Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak ke atas negeri-negeri Melayu. Orang Melayu menjadi rakyat negerinegeri berkenaan dan bernaung di bawah raja-raja mereka. Konsep taat setia, daulat, tulah , pantang menderhaka adalah sebati dalam kehidupan seharian mereka. Bagi mereka raja -raja Melayu menjadi lambang politik dan perpaduan orang Melayu turun temu run. Justeru, sistem ini terus dikekal dan dipertahankan yang dianggap sebagai benteng terakhir orang Melayu untuk mempertahankan hak-hak mereka semasa penggubalan perlembagaan suatu masa dulu dengan persetujuan orang bukan Melayu.

Perlembagaan Persekutuan | 110

Jelaskan perbezaan antara pemerintahan beraja mutlak berbanding dengan sistem raja berperlembagaan yang telah dilaksanakan di negara ini.

Kedudukan Agama Islam

Agama Islam telah menjadi agama orang Melayu sejak lebih 500 tahun lalu. Agama Islam pertama kali dibawa oleh pedagang-pedagang Arab melalui India dan mendarat di pantai pada abad ke-15. Sejak itu ramai orang Melayu memeluk Islam. Walaupun Tanah Melayu dijajah oleh tiga kuasa asing, iaitu Portugis, Belanda dan British, orang Melayu masih kuat berpegang kepada ajaran Islam. Peralihan daripada satu kuasa penjajah kepada satu kuasa penjajah yang laintidak menjejaskan pegangan orang Melayu terhadap agama Islam. Sungguhpun British berjaya mendapat hak untuk menasihati raja dalam semua urusan pemerintahan, tetapi mereka tidak menyentuh sama sekali agama Islam dan istiadat Melayu. Semasa penjajahan juga, kedudukan agama Islam tidak diganggu dan segala urusan diserahkan kepada raja -raja Melayu.

Selepas merdeka, kedudukan agama Islam terus terpelihara dan menjadi agama rasmi Persekutuan. Namun, agama-agama lain masih boleh diamalkan dengan bebas dalam manamana bahagian Persekutuan. Dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3 menjelaskan agama Islam menjadi agama rasmi Persekutuan Malaysia. Selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, Kerajaan pusat diberi kuasa untuk membelanjakan wang bagi tujuan pentadbiran agama Islam dan undang-undang Syariah. Manakala penerimaan Islam sebagai agama Persekutuan membolehkan kerajaan pusat atau kerajaan negeri menubuh,

menyelenggara dan membantu pertubuhan-pertubuhan Islam. Pelbagai bantuan disediakan

untuk tujuan ini seperti peruntukan perbelanjaan majlis-majlis keagamaan. Dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum ini, peruntukan-peruntukan tertentu perlembagaan, khususnya yang membenarkan penggunaan wang awam untuk membiayai program Islam ada faedah dan kegunaannya. Inilah sebenarnya antara kegunaan perlembagaan yang ada sekarang buat umat Islam.

Agama Islam juga menjadi tonggak budaya dan identiti Melayu. Islam menjadi pentakrif konsep Melayu, dan orang Melayu sendiri menerajui kepimpinan negara. Agama Islam juga mempunyai kaitan rapat dengan kedudukan raja-raja Melayu (sebagai ketua agama), dan keadaan ini berlaku apabila pemisahan dibuat antara agama dan Negara (separation of religion from the state) pada masa penjajahan. Justeru itu, apabila kedudukan raja-raja Melayu dipertahankan, lslam juga turut dipertahankan.

Walaupun agama Islam agama rasmi Malaysia tetapi diimbangi agamaagama lain juga bebas diamalkan di peringkat persekutuan. Perkara berkaitan telah disentuh

dalam Perkara 11 iaitu bahawa tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agama nya dan tertakluk kepada Fasal (4) mengembangkan agamanya.

Perlembagaan Persekutuan | 111

Kedudukan Bahasa Melayu

Bahasa Melayu menjadi lingua franca di Alam Melayu sejak berabad-abad yang lalu. Bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu (khususnya ilmu agama) di zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-14 dan 15. Bahasa Melayu juga digunakan dengan meluas dalam urusan pentadbiran, perhubungan luar, dan perdagangan sebelum kedatangan Orang Eropah ke alam Melayu. Bahasa Melayu juga digunakan dengan meluas dalam urusan pentadbiran, perhubungan luar, dan perdagangan sebelum kedatangan Orang Eropah ke alam Melayu.

Sebelum Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu telah digunakan dengan meluas untuk tujuan-tujuan rasmi seperti dalam mesyuarat, urusan surat-menyurat, penulisan minit mesyuarat dan prosiding perundangan di negeri-negeri Melayu, terutama Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Semasa penjajahan juga, bahasa Melayu terus digunakan dalam urusan rasmi. Pegawai Eropah yang memegang jawatan kumpulan 1 perlu mempelajari bahasa Melayu, mengambil ujian dan dikehendaki lulus bahasa Melayu barulah ditempatkan di Tanah Melayu ketika itu.

Keadaan ini mula berubah sedikit demi sedikit selepas perang, akibat penerimaan sistem perundangan British, perjanjian Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu serta bertambah ramainya bilangan rakyat yang berpendidikan Inggeris. Ini menyebabkan bahasa Inggeris mula diterima sebagai bahasa pentadbiran, walaupun bahasa Melayu masih digunakan dalam beberapa bidang urusan kerajaan.

Perlembagaan Malayan Union ada menyebut bahawa bahasa rasmi untuk Mesyuarat Raja-raja ialah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Begitu juga bahasa rasmi yang digunakan dalam Majlis Mesyuarat Kerja Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri-negeri Selat. Setelah Malayan Union dimansuhkan, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah mengekalkan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan, kecuali catatan dalam bentuk penulisan mesti dibuat di dalam bahasa Inggeris.

Selepas merdeka, Malaysia memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan selepas merdeka. Ini kerana setiap negara yang merdeka dan berdaulat mesti mempunyai bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan tersendiri. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan di bawah Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan. Matlamat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah untuk menyatupadukan pelbagai kaum ke arah membentuk sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama digunakan oleh semua lapisan rakyat. Perkara 152(1)-Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan yang mesti digunakan dalam semua urusan rasmi. Seterusnya, Perkara 152(1) juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperunkkan bahawa tiada siapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain daripada maksud rasmi) atau mengajar apa-apa bahasa.

Perlembagaan Persekutuan | 112

Bincangkan langkah-langkah kerajaan dalam usaha mendaulatkan bahasa Melayu di Malaysia. Sejauh manakah keberkesanananya?

Kedudukan Istimewa Orang Melayu

Kedudukan istimewa orang Melayu terkandung dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Di bawah peruntukan ini, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain. Pada mulanya, peruntukan yang mengutamakan penduduk peribumi Melayu tidak diperlukan dalam beberapa perjanjian yang ditandatangani antara rajaraja Melayu dengan kerajaan British. Ini dibuat berasaskan anggapan bahawa negara ini ialah sebuah negara Melayu, dan tiada sesiapa pun semasa itu yang mempersoalkan hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu sebagai penduduk peribumi.

Keadaan ini mula berubah selepas beberapa perjanjian ditandatangani dengan kerajaan British yang memaksa raja-raja Melayu menurut nasihat British dalam semua perkara yang melibatkan pentadbiran, kecuali berkaitan dengan agama dan adat istiadat Melayu. Tindakan ini, tanpa disedari menghakis hak dan kedudukan istimewa yang dinikmati oleh orang Melayu sedikit demi sedikit.

Keadaan ini diburukkan lagi akibat dasar pintu terbuka British pada awal abad ke-20 yang membawa masuk ramai kaum imigran ke Tanah Melayu untuk bekerja dilombong bijih

timah dan ladang getah. British membiarkan orang Melayu terus kekal di luar bandar, tanpa berpeluang melibatkan diri dalam arus pembangunan ekonomi. Dalam Perlembagaan Malayan Union 1946, bukan sahaja hak dan keistimewaan orang Melayu tidak disebut, tetapi keistimewaan dan kedudukan yang dimiliki oleh raja-raja Melayu dikurangkan sehingga ke peringkat untuk keperluan rasmi dan perkara-perkara kecil sahaja.

Setelah Malayan Union digantikan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, orang Melayu mendapat semula hak dan kedudukan mereka. Pesuruhjaya tinggi Persekutuan diberi tanggungjawab khas melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dankepentingan sah kaum-kaum lain di bawah perlembagaan itu. Namun selepas merdeka, tanggungjawab khas Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan dipindahkan kepada Yang di Pertuan Agong di bawah Perkara 153 bermaksud :

i) Yang di Pertuan Agong dikehendaki melaksanakan dasar-dasar bagi melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa dan bantuan, kemudahan pendidkan serta lesen untuk perniagaan dan perdagangan.

ii) Tanggungjawab khas ini perlu dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan berhati-hati supaya tidak mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam, penarikan sebarang biasiswa, keistimewaan atau perlucutan dan penamatan

Perlembagaan Persekutuan | 113

permit yamg dinikmati oleh sesiapa pun. Ini bertujuan untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak yang berasa dianiyai atau diabaikan. .

Dalam Perkara 153 ini menuntut Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak seperti kepentingan sah kaum-kaum lain. Tanggungjawab ini perlu dilaksanakan oleh Yang diPertuan Agong dengan berhati-hati supaya tidak mengakibatkan kehilangan jawatan awam, penarikan sebarang biasiswa, atau perlucutan dan penamatan permit yang dinikmati oleh sesiapa pun (iaitu orang Melayu dan kaum bumiputera lain).

Hak istimewa yang diperuntukkan kepada orang Melayu adalah bayaran pengorbanan mereka bersetuju dengan syarat kerakyatan longgar yang diberikan kepada orang bukan Melayu. Hak ini adalah sebagai jaminan kepada orang Melayu supaya mereka dapat memperolehi kekayaan ekonomi di bumi mereka sendiri yang sejak sekian lama menjadi monopoli orang bukan Melayu.

Terangkan bagaimanakah wujud konsep kedudukan istimewa orang Melayu?

Hak-hak Asasi

Hak-hak asasi penduduk di Malaysia telah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan

sebagaimana di negara barat khasnya Amerika Syarikat. Bahagian 2 dalam Perlembagaan Persekutuan adalah berkaitan dengan hak-hak asasi individu bagi memastikan hak asasi yang sah dari segi undang-undang. Sementara, perkara 5 hingga 13 dalam bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan menerangkan akan maksud hak asasi dalam negara Malaysia. Justeru, setiap warganegara Malaysia berhak mendapat jaminan perlindungan daripada kerajaan persekutuan.

Kewarganegaraan

Aspek kewarganegaraan merupakan perkara penting dalam Perlembagaan Persekutuan yang telah disentuh dalam Perkara 14 hingga 22, Bahagian 3. Terdapat empat syarat yang akan menentukan seseorang tersebut mendapat taraf kewarganegaraan iaitu kuatkuasa undangundang, pendaftaran, masukan atau permohonan dan pencatuman wilayah.

Perlembagaan Persekutuan | 114

Perlindungan Khas Sabah dan Sarawak

Kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia mengambil kira beberapa perkara yang memperuntukkan hak dan perlindungan khas kepada Sabah dan Sarawak. Ia dilakukan atas cadangan Inter Govermental Committee (IGC) bagi memudahkan kemasukan Sabahdan Sarawak dengan mengambil kira perubahan Perlembagaan Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 melalui Akta Malaysia 1963. Perkara yang diberikan perhatian atas dasar pertimbangan politik antaranya adalah aspek kuasa parlimen, imigresen, hal ehwal tanah dan kewangan. Jadi Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa yang lebih luas berbanding negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

RUMUSAN

Sebagai sebuah negara yang berdaulat Malaysia mempunyai Perlembagaannya sendiri. Walau bagaimanapun, perlembagaan ini telah beberapa kali diubah. Perubahan ini bagi mengikut perkembangan semasa yang berlaku dalam negara. Antara faktor keharmonian dan keselamatan negara adalah setiap masyarakatnya mendokong Perlembagaan Persekutuan. Justeru Perlembagaan Persekutuan hendaklah dijunjung oleh rakya warganegara Malaysia ke mana mereka pergi di peringkat persekutuan.

KATA KUNCI

1.

Pemerintahan beraja 6. Suruhanjaya 2. Raja berperlembagaan 7. Kewarganegaraan 3. Undang-undang 8. Hak-hak Asasi 4. Bumiputra 9.Membuat kesimpulan 5. Persekutuan 10.Ketinggian Perlembagaan LATIHAN

1. Apakah yang diperuntukkan oleh Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan? 2. Bagaimanakah agama Islam itu menjadi tunggak budaya dan identiti Melayu? 3. Jelaskan mengapa konsep Malaysian Malaysia yang diutarakan oleh Lee Kuan Yew ditentang keras oleh orang Melayu. 4. Apakah relevannya bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa rasmi di negara ini? 5. Apakah yang dimaksudkan dengan kedudukan Istimewa orang Melayu?Jelaskan. 6. Terangkan proses-proses dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan Persekutuan | 115

7. Bolehkah perlembagaan diubah? Terangkan prosedurnya. 8. Buatkan perbandingan antara Perlembagaan Bertulis dan Perlembagaan Tidak Bertulis. 9. Bincangkan aspek kontrak sosial yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan. RUJUKAN

Abdul Aziz Bari. Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan dalam Perlembagaan Malaysia.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Fauziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin (2001). Siri Sejarah Fajar Bakti, Sejarah Malaysia. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mohd Aris Hj. Osman (1983). Perkembangan Perlembagaan Malaysia. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Nazaruddin Haji Mohd Jali, Ma`rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah dan Ismail Hj Mohd Rashid ( 2001). Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan. Selangor: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd

Nazaruddin M. Jali dan Asnarulkhadi A. Samah (1993). Kenegaraan Malaysia 2 Institusi dan Pentadbiran-Merujuk Sejarah dan Perlembagaan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman

Sdn. Bhd.

Wong Khek Seng, Raminah Hj. Sabran dan Kok Meng Kee (2004). Perlembagaan Persekutuan Berserta Index, Semua Pindaan Sehingga Ogos, 2004. Kuala Lumpur : MDC Publisher Sdn. Bhd.

You might also like