You are on page 1of 28

Negeri-negeri Selat Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Persekutuan)

Disediakan oleh : Adib Misslani

Menjelang tahun 1874, dasar British terhadap negeri-negeri Melayu berubah . Kerajaan British telah menukar dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan. Terdapat beberapa faktor yang mendorong British menukar dasarnya. Antaranya termasuklah: -Faktor Ekonomi -Faktor Politik -Faktor Sosial

Apabila Revolusi Perindustrian berkembang di Eropah pada kurun ke-19, bekalan bahan mentah terutamanya bijih timah diperlukan untuk pengeluaran barangan kilang. Bagi mendapatkan bekalan secara berterusan, British memerlukan tanah jajahan baru yang kaya dengan sumber-sumber tersebut. Selain itu, British memerlukan tanah jajahan baru untuk dijadikan pasaran bagi mengedarkan barangan siap keluaran Britaian. Terdapat banyak pemodal-pemodal dari Eropah melabur untuk memajukan kawasan perlombongan. Pedagang dan pelabur British mendesak kerajaan British segera campur tangan di negeri-negeri Melayu untuk menamatkan huruhara yang menyebabkan kegiatan perdagangan mereka terjejas.

1. Huru-hara ( anarki ) di negeri-negeri Melayu Perebutan takhta antara pewaris-pewaris sultan seperti di Perak. Perebutan kuasa pembesar-pembesar Melayu ke atas kawasan yang kaya dengan bijih timah. Pergaduhan kongsi gelap Cina iaitu Ghee Hin dan Hai San kerana berebut kawasan yang kaya dengan bijih timah di Perak. Serangan lanun terhadap kapal-kapal dagang yang belayar di perairan Selat Melaka.

Keadaan huru-hara ini menimbulkan kebimbangan British kerana : -Mengganggu kegiatan melombong bijih timah dan hampir terhenti dan ia merugikan syarikat-syarikat British. -Merumitkan perdagangan Negeri-negeri Selat dan negerinegeri Melayu -Mengancam keselamatan pelabur dan konsesi-konsesi syarikat British di negeri-negeri melayu. -Memberi peluang kepada kuasa asing yang lain seperti Jerman untuk campur tangan di Negeri-negeri Melayu. British berasa perlu campur tangan di negeri-negeri Melayu untuk menamatkan huru-hara bagi menjamin kedudukan mereka.

2. Bimbang Campur tangan Kuasa Asing Lain Muncul negara imperialisme untuk mencari tanah jajahan untuk mendapatkan bekalan bahan mentah dan pasaran bagi barang mereka. Terusan Suez dibuka menghubungkan Laut Mediterean dan Laut Merah telah memendekkan perjalanan dari Eropah ke Asia. Kuasa Barat tertarik dan berminat terhadap negeri-negeri Melayu kerana kekayaan sumber asli. Kepentingan politik dan ekonomi British akan terancam sekiranya Jerman berjaya mendapat P.Langkawi. British perlu campur tangan di NNM untuk menjaga kepentingan mereka.

1. Faktor Kemanusiaan -Menurut Frank Swettenham, British campur tangan di negerinegeri Melayu atas sebab kemanusiaan. Menurutnya lagi, adalah tanggungjawab British sebagai kuasa superior dan bertamadun untuk tamatkan kekacauan. 2. Peranan Andrew Clarke -Dilantik sebagai Gabenor NNS. Diarahkan untuk menyiasat dan membuat laporan tentang keadaan di NNM dan mengesyorkan memulihkan keamanan. -Beliau bertindak mendahului arahan yang diberikan oleh Lord Kimberly dengan mencampuri urusan dalam pertelingkahan politik di NNM.

Selepas tahun 1824, British mempunyai 3 bentuk petempatan iaitu Pulau Pinang yang telah ditubuhkan pada 1786. Singapura yang diperolehi daripada Temenggung Abdul Rahman pada tahun 1819 dan Melaka yang diterima selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor sementara Melaka dan Singapura ditadbir oleh Residen. Pada tahun 1826, ketiga-tiga negeri tersebut digabungkan bagi membentuk Negeri-negeri Selat. Penggabungan itu bertujuan untuk menyeragamkan serta menjimatkan perbelanjaan pentadbiran.

Pemindahan pentadbiran ke London pada tahun 1867 adalah kerana Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di India tidak mengambil berat kebajikan Negeri-Negeri Selat. Desakan oleh para saudagar yang tidak berpuas hati dengan dasar Pejabat Tanah Jajahan British di India dan cadangan Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk menghapus taraf pelabuhan bebas Singapura mengancam kemajuan perdagangan di Negeri-Negeri Selat. Kemasukan pendatang dari China secara tidak terkawal menyebabkan berlaku kekacauan akibat penubuhan kongsi gelap dan penduduk membantah tindakan Pejabat Tanah Jajahan British di India Singapura dijadikan sebagai tempat pembuangan banduan dari India telah mempercepatkan pemindahan pusat pentadbirannya ke London.

Melalui Perjanjian Persekutuan tahun 1896, negeri-negeri Selangor, Perak, Pahang, dan Negeri Sembilan disatukan di bawah satu pemerintahan pusat. Negeri-negeri ini di kenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Beberapa faktor mendasari penubuhannya ialah -Masalah yang dihadapi oleh negeri Pahang -Untuk tujuan kecekapan pentadbiran dan keseragaman -Untuk mengawal kuasa residen -Faktor keselamatan

Ketidakstabilan di Perak Perang Klang di Selangor Perbalahan di Sg Ujung di Negeri Sembilan Bimbang Pertapakan Kuasa Eropah Lain di Pahang

Campur tangan didasari oleh faktor-faktor untuk menjaga kepentingan saudagar-saudagar Inggeris. Berlakunya kekacauan : Perang Laut ( perebutan ke atas penguasaan lombong bijih timah ) melibatkan kongsi gelap cina Hai San dan Ghe Hin Perang saudara iaitu perebutan takhta di antara Raja Abdullah dengan Raja Ismail Permintaan pembesar-pembesar Ngah Ibrahim dan Raja Abdullah untuk British campurtangan Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari 1874 J.W.W.Birch dilantik sebagai Residen yang pertama.

Perang saudara melibatkan Raja Mahadi dan Raja Abdullah Raja Abdullah disokong oleh Tengku Kudin dan Yap Ah Loy Raja Mahadi disokong oleh putera-putera Sultan Selangor dan Sayid Mansor. Niat British untuk campur tangan tidak tercapai kerana pembesar Melayu tidak mahu Inggeris campur tangan. Pada 1873, kapal dagang British diserang lanun dan ini menjadi asas British untuk campur tangan. Pada bulan Ogos 1874 Frank Swettenham dilantik sebagai penasihat rasmi sultan J.G. Davidson dilantik sebagai Residen.

Rebutan kuasa di Sg Linggi di antara Dato Kelana Sayid Abdul Rahman dengan Dato Bandar Kulup Tunggal. Dato Kelana meminta bantuan Inggeris dan seterusnya diiktiraf sebagai ketua Sungai Ujong. Namun perlantikan Dato Kelana dan kehadiran Inggeris ini ditentang oleh Dato Bandar Kulup Tunggal. Tentera Inggeris yang diketuai oleh W.A Pickering berjaya mengalahkan Dato Bandar Kulup Tunggal. Sungai Ujong menerima penasihat Inggeris bernama W.I Tatham.

Perang saudara berlaku untuk jawatan Bendahara antara Wan Mutahir dengan Wan Ahmad. Cadangan Sultan Ahmad untuk memberikan konsesi perdagangan kepada kuasa Barat membimbangkan Inggeris. Pada bulan Februari 1888, seorang warganegara Inggeris berbangsa cina dibunuh di Pekan. British menjadikan pembunuhan tersebut sebagai alasan untuk campur tangan. Sultan Ahmad menerima Residen British bernama J.P. Rodger.

RESIDEN BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU

RESIDEN MENGGUGAT KUASA SULTAN DAN PEMBESAR

MENGUASAI PENTADBIRAN

MEMAKSA MENERIMA NASIHAT

MENGAMBIL ALIH PUNGUTAN CUKAI

MENCAMPURI ADAT

Residen melampaui bidang kuasa mereka apabila menghapuskan amalan perhambaan. Bagi sultan dan pembesar, amalan perhambaan merupakan amalan turun temurun dalam masyarakat melayu tradisional.

Residen menasihati sultan dalam semua perkara pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan agama islam dan adat istiadat melayu. Nasihat residen mesti dipatuhi dan dilaksanakan

Residen mengambil alih pungutan cukai yang sebelum itu dipegang oleh sultan dan pembesar. Pungutan cukai akan diambil alih oleh pegawai british iaitu pegawai majistret dan pemungut hasil.

KELEMAHAN SISTEM RESIDEN FAKTOR KESELAMATAN SISTEM PERHUBUNGAN KRISIS KEWANGAN PERKONGSIAN PERKHIDMATAN

PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN 1896

AKHIR 1895, IANYA DITANDATANGANI DAN BERKUATKUASA 1 JULAI 1896 PERAK,SELANGOR, NEGERI SEMBILAN DAN PAHANG DISATUKAN

PUSAT PENTADBIRAN DI KUALA LUMPUR ( DIKETUAI RESIDEN JENERAL) RESIDEN JENERAL PERTAMA FRANK SWETTENHAM

Kuasa pentadbiran - Residen Jeneral Kerajaan pusat menubuhkan jabatan diketuai Pegawai British. Penglibatan orang Melayu terhad. Sultan mengikut nasihat Residen Jeneral kecuali hal ehwal agama dan adat Melayu Sultan tidak berpuas hati apabila kuasa pentadbiran diambil alih oleh Residen Jeneral 1897 - British menubuhkan Durbar

DURBAR (PERSIDANGAN RAJA-RAJA MELAYU)

AHLI-AHLI 1.Pesuruhjaya 2. Raja-raja Melayu 3.Residen Jeneral 4. 4 orang Residen

Durbar Pertama di Kuala Kangsar Perak.

Durbar Kedua di Kuala Lumpur 1903

Kuasa Raja-raja Melayu dikembalikan Bilangan pegawai Melayu yang berkhidmat dengan kerajaan ditambah dan dilantik ke jawatan lebih tinggi Bahasa Melayu diiktiraf bahasa rasmi

Menggantikan Durbar dengan Majlis Mesyuarat Persekutuan Menggantikan Residen Jeneral dengan Ketua Setiausaha Setuju serah semula kuasa mentadbir kepada Majlis Mesyuarat Negeri

Nazaruddin Hj.Mohd Jali (2000). Pengajian Malaysia :Kenegaraan Dan Kewarganegaraan. Selangor : Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd. Mahdi Shuid (2009). Teks Pra-U STPM : Sejarah Malaysia. Selangor : Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd. Graham Saunders (1978). Perkembangan Masyarakat Majmuk. Longman Malaysia Sdn. Berhad. Akasha Ismail (2005) . Sejarah Tingkatan 5. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Campur tangan British di Tanah Melayu. http://ngahibrahimmatang.blogspot.com/2008/05/campurtangan-british-di-tanah-melayu.html

You might also like