You are on page 1of 134

SOALAN 1 RUMUSAN

Petikan menyentuh pelbagai isu semasa Jumlah perkataan dalam petikan antara 330 380 perkataan. Petikan mengandungi lebih daripada 8 hingga 10 isi tersurat. Isi tersurat tidak terkumpul dalam satu perenggan sahaja. Jika terdapat isi yang setara dalam perenggan yang berlainan, ambil satu isi sahaja. Panjang jawapan rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Baca dan fahamkan petikan rumusan yang diberi sekurang-kurangnya 2 kali. Bacaan kali pertama untuk mendapat gambaran keseluruhan petikan. (masa dicadangkan 2 minit) Bacaan kali kedua untuk pemahaman isi kandung petikan (masa dicadangkan 5 minit)

LANGKAH 1

AKTIVITI BACAAN DAN PEMAHAMAN LISAN

Catatan:

Sebagai bantuan untuk memastikan pemahaman pelajar terhadap petikan rumusan yang sebenar, guru-guru boleh memanfaatkan beberapa petikan ringkas yang berikut ini untuk aktiviti bacaan dan soal jawab pemahaman secara lisan.

Petikan 1

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

Pihak hospital sentiasa mengalu-alukan pendermaan darah daripada orang ramai. Hal ini demikian kerana darah sangat diperlukan untuk menyelamatkan pesakit. Namun masih ramai orang yang enggan mendermakan darah mereka dengan pelbagai alasan yang diberikan.

Sesetengah orang mengatakan bahawa badan mereka terlalu kurus untuk menderma darah. Sebenarnya, jika anda mempunyai berat badan yang melebihi 45 kilogram anda sudah boleh mendermakan darah anda. Selain itu, ada juga berpendapat bahawa kononnya dengan menderma darah boleh menyebabkan seseorang itu gemuk. Hal ini tidak benar memandangkan tidak ada bukti daripada segi perubatan yang menunjukkan bahawa tindakan menderma darah itu boleh menambahkan berat badan seseorang. [ 67 patah perkataan] Soalan-soalan pemahaman

Apakah yang sangat diperlukan untuk menyelamatkan pesakit?

Siapakah orang yang layak mendermakan darah mereka?

Benarkah tindakan mendermakan darah akan menyebabkan sesorang menjadi

gemuk?

Petikan 2

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

Persoalan keengganan masyarakat menderma darah telah menjadi masalah besar di negara ini. Hal ini amat menyulitkan pihak hospital terutama ketika operasi menyelamatkan pesakit. Antara alasan yang kerap diberikan ialah keadaan badan yang lemah. Mengikut pakar perubatan, jumlah darah yang diambil adalah terlalu sedikit untuk memudaratkan kesihatan badan. Satu lagi alasan yang selalu diberikan ialah jenis darah yang tidak sesuai. Boleh dikatakan, setiap hari pesakit daripada kumpulan darah yang berbeza-beza memerlukan pemindahan darah. Oleh itu, darah seseorang itu akan digunakan untuk mereka yang memerlukannya sahaja.

( 81 patah perkataan ) Soalan-soalan pemahaman

Apakah masalah besar tentang menderma darah di negara ini?

Nyatakan satu alasan yang kerap diberikan untuk tidak menderma darah.

Benarkah aktiviti menderma darah tidak memudaratkan pendermanya? Beri alasan

anda.

Petikan 3

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

Malaysia sering dikatakan sebagai negara yang aman dan stabil. Rakyatnya pula menjalani kehidupan harmoni tanpa mengira keturunan dan anutan agama. Namun begitu, sesekali tercetus juga perasaan perkauman dalam kalangan penduduknya. Jika tidak dibendung, perasaan ini akan mencetuskan api perpecahan yang memusnahkan perpaduan. Banyak asas yang kukuh bagi memastikan perpaduan kaum terpelihara setelah bertahan sejak merdeka, tetapi kini kian dilupakan. [60 patah perkataan]

Soalan-soalan pemahaman.

Bagaimanakah kehidupan rakyat di Malaysia?

Apakah yang akan berlaku jika perasaan perkauman tidak dibendung?

Bilakah asas yang kukuh bagi memastikan perpaduan kaum diterapkan?

Petikan 4

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

Hutan mempunyai pelbagai fungsi yang bermanfaat kepada masyarakat setempat dan sejagat. Selain jadi habitat hidupan flora dan fauna, hutan juga menjanakan aktiviti ekonomi serta pendapatan negara. Selain itu, hutan memiliki nilai-nilai intrinsik yang bernilai tinggi seperti hutan paya bakau yang digunakan sebagai tempat penyelidikan spesies hidupan,laut kawasan perlindungan burung, ekopelancongan, dan pendidikan. Hutan juga berfungsi sebagai kawasan tadahan air yang penting. Apabila hujan turun, rimbunan daun pokok hutan serta sistem akar dan tanah di kawasan hutan akan mengawal air hujan daripada terus melimpahi sungai. Pada musim kemarau pula sistem tersebut akan mengeluarkan sebahagian air yang terperangkap tadi untuk mewujudkan kesimbangan alam semula jadi. Dengan kata lain, hutan seperti hutan paya gambut bertindak sebagai span yang mengawal air daripada terus melimpah ketika musim hujan dan memberikan kelembapan pada musim kemarau. ( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Teks T5) Soalan-soalan pemahaman

Berdasarkan petikan di atas ,apakah fungsi hutan? Nyatakan kegunaan hutan paya bakau?

Apakah peranan sistem akar semasa musim hujan?

Petikan 5

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri. Rakyat negara ini menyedari kepentingan perpaduan kaum demi menjaga kestabilan politik negara. Sejarah 13 Mei 1969 telah membuktikan bahawa terurainya ikatan perpaduan kaum telah menjerumuskan negara kita kepada keadaan yang tidak stabil. Keadaan yang demikian memberikan impak yang besar bukan sahaja kepada aspek politik, tetapi juga aspek ekonomi dan sosial. Oleh itu, semua pihak perlu memainkan tanggungjawab masingmasing untuk menjaga perpaduan. Beberapa langkah telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk memperkukuh intergrasi nasional. Antara langkah yang telah dijalankan termasuklah mewujudkan integrasi budaya seperti Malam Pancawarna Malaysia anjuran Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Malaysia. Melalui program tersebut satu simfoni budaya pelbagai etnik dipersembahkan. Selain itu, usaha kerajaan dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan telah mengadakan Rumah Terbuka Rakyat Malaysia yang disertai oleh puluhan ribu rakyat pelbagai kaum. ( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Teks T5) Soalan-soalan pemahaman

Nyatakan kepentingan perpaduan kaum di negara ini. Nyatakan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memperkukuh intergrasi nasional. Namakan kementerian yang bertanggungjawab dalam menjayakan program Malam Pancawarna Malaysia.

Petikan 6

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

Gerbang pendidikan maya di negara kita dapat meningkatkan pembelajaran pelajar sekolah rendah dan menengah, khususnya di luar bandar. Laman web berkenaan yang menawarkan kandungan pembelajaran interaktif membolehkan pelajar mengulang kaji pelbagai mata pelajaran dengan mudah dan menarik dari mana-mana lokasi. Pelajar juga berpeluang untuk menilai kemampuan diri melalui soalan latihan, panduan jawapan serta penyelesaian yang menyeronokkan. Melalui cara ini, usaha untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua mata pelajaran dapat ditingkatkan. Kecemerlangan ini untuk diri mereka dan juga untuk negara. Mereka diharapkan dapat memanfaatkan gerbang ini sebagai pembelajaran maya untuk meningkatkan kecemerlangan dan jumlah celik internet. Program pembelajaran maya ini akan diperluas secara berperingkat ke seluruh negara. Gerbang pendidikan ini sememangnya bermanfaat kepada pelajar dan juga guru. ( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Teks T5) Soalan-soalan pemahaman

Apakah tujuan gerbang pendidikan maya diadakankan. Nyatakan kelebihan-kelebihan gerbang pendidikan maya kepada pelajar. Apakah yang harapan negara dengan adanya gerbang pendidikan maya ini diwujudkan

Petikan 7

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

Makanan ialah keperluan asas bagi manusia untuk membekalkan tenaga. Dalam makanan tersebut, terdapat nutrien-nutrien utama yang diperlukan oleh manusia iaitu karbohidrat, lemak, protein, mineral dan vitamin. Amalan pengambilan nutrien-nutrien yang seimbang ini penting untuk menjaga kesihatan seseorang. Karbohidrat dan lemak dalam makanan membekalkan

tenaga kepada manusia. Zat makanan ini boleh didapati daripada makanan seperti ubi kentang, nasi dan seumpamanya. Protein boleh didapati daripada telur, ikan, susu dan daging. Zat makanan ini penting untuk pembesaran tubuh badan. Mineral pula mudah diperoleh daripada makanan laut dan vitamin banyak terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan. Mineral penting kepada kesihatan kerana zat ini berperanan untuk menjaga kesihatan darah dan membantu tubuh menyerap zat makanan lain dengan lebih berkesan. Vitamin pula berperanan untuk menjaga kesihatan mata, kulit dan gusi serta mengekalkan kecergasan badan. Sesungguhnya, amalan pemakanan yang seimbang amatlah penting untuk memastikan kehidupan yang sihat sepanjang hayat.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Teks T4 dan T5) Soalan-soalan pemahaman.

Nyatakan nutrien-nutrien utama yang terkandung dalam makanan kita. Mengapakah mineral penting kepada kesihatan seseorang? Apakah sumber makanan yang membekalkan protein kepada kita?

Petikan 8

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri. Penggunaan e-mel dalam sistem pendidikan maya dapat meningkatkan prestasi pembelajaran. Tidak kira di mana-mana pelajar berada, sama ada di selatan atau di utara negara, mereka boleh berhubung antara satu sama lain. Melalui penggunaan e-mel tersebut, banyak masalah dalam pembelajaran pelajar yang dapat diselesaikan. Hal ini mendorong mereka supaya sentiasa mencari bahan-bahan baharu untuk dikemukakan kepada guru. Melalui maklumat yang diperoleh, pelajar boleh menghantar e-mel kepada rakanrakan di luar negeri pada bila-bila masa untuk mengetahui penemuan terbaharu yang perlu dibaca. Hal ini akan menambahkan ilmu pengetahuan dan maklumat yang diperlukan dalam pelajaran mereka. Maklumat-maklumat yang berkualiti dan bernilai yang diperoleh akan membantu pelajar dalam

membuat sesuatu kajian dalam pelbagai aspek seperti kajian tinjauan, kajian keperpustakaan dan kajian kes. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Teks T4 dan T5) Soalan-soalan pemahaman.

Nyatakan kelebihan-kelebihan penggunaan e-mel dalam pembelajaran pelajar. Apakah kajian-kajian yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui kemudahan e-mel? Apakah maklumat yang boleh dihantar kepada rakan-rakan pelajar melalui penggunaan e-mel?

Petikan 9

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

Ponteng sekolah dapat mengakibatkan pelajar terjerumus ke dalam gejala sosial yang lain pula. Perlakuan begini jika tidak dibendung akan mendatangkan masalah kepada ibu bapa, sekolah dan negara secara keseluruhannya. Pihak sekolah harus sentiasa berhubung rapat dengan pihak ibu bapa apabila mereka mendapati pelajar yang berkenaan tidak hadir ke sekolah selama beberapa hari. Pihak ibu bapa pula disarankan supaya sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak sekolah jika gejala sebegini rupa dilaporkan kepada mereka. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Teks T4 dan T5) Soalan-soalan pemahaman

Apakah yang mengakibatkan pelajar terjerumus ke dalam gejala sosial?

Apakah yang akan berlaku jika ponteng sekolah tidak dibendung?

Apakah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk mengatasi masalah ponteng?

Petikan 10

Masyarakat Malaysia dikenali sebagai masyarakat majmuk kerana masyarakat di negara ini terdiri daripada pelbagai kaum. Pelbagai usaha yang berterusan perlu diambil untuk mengekalkan perpaduan. Hal ini demikian kerana, perpaduan akan menjamin pembangunan dan kestabilan negara selain dapat mewujudkan keamanan dan kemakmuran negara. Hal ini menyebabkan pengunjung dari luar akan mengunjungi negara kita sama ada sebagai pelancong atau pelabur. Mereka akan mengagumi cara hidup rakyat Malaysia yang berbilang kaum yang hidup bersama-sama. Hal ini dapat meningkatkan imej negara. Oleh sebab itu, semua pihak mestilah memainkan peranan yang penting untuk mengekalkan dan memantapkan perpaduan.

Soalan-soalan pemahaman

i.. Apakah maksud masyarakat majmuk? ii. Siapakah yang perlu mengekalkan perpaduan? iii.Berikan satu kesan perpaduan kaum.

LANGKAH 2 :

MEMBINA PENDAHULUAN RUMUSAN

Langkah 2: menulis ayat pendahuluan

Pendahuluan rumusan perlu mengandungi pernyataan isi tersurat dan isu yang dibincangkan dalam petikan.

Oleh sebab itu, pelajar perlu membaca keseluruhan petikan untuk mengenal pasti isu yang dibincangkan dalam petikan.

Panduan : Soalan pemahaman 2(a) boleh membantu pelajar untuk mengenal pasti isu yang terdapat dalam petikan.

Kaedah menulis bahagian pendahuluan rumusan

Baca dan fahami arahan soalan dengan teliti, kemudian kesan bahagian isi tersurat. Pastikan kata kunci yang terdapat dalam arahan isi tersurat. Gantikan kata kunci tersebut dengan perkataan yang seerti dengannya.

Contoh soalan dan arahan :

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faktor- faktor yang menyebabkan dadah menjadi musuh utama manusia dan langkah-langkah membanterasnya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan

Kata kunci arahan untuk isi tersurat ialah faktor-faktor yang menyebabkan

dadah menjadi musuh utama manusia

Gantikan perkataan faktor-faktor dengan perkataan lain yang seerti dengannya, iaitu punca-punca / sebab-sebab . Kemudian, tulis pendahuluan rumusan.

Petikan membincangkan punca-punca yang menyebabkan dadah menjadi musuh utama manusia .

Catatan :

- Perkataan yang berikut sering kali digunakan sebagai kata kunci arahan dalam soalan rumusan . -Perkataan tersebut boleh digantikan dengan perkataan lain yang sama maksudnya . Contoh : Faktor / sebab / punca/ elemen. Akibat / kesan / impak / implikasi . Keistimewaan / kelebihan / faedah/manfaat / kebaikan / kepentingan Kelemahan / keburukan / kekurangan / kekangan / halangan / batasan / masalah. Peranan / fungsi / tanggungjawab / tugas. Langkah-langkah / cara-cara / kaedah /usaha-usaha / tindakan-tindakan / pendekatan / strategi

Latihan Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kesan kelemahan institusi keluarga dan langkah-langkah mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Lengkapkan ayat pendahuluan

Petikan menerangkan. .. ..

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang sebab-sebab khidmat sistem pesanan ringkas amat diperlukan pengguna dan langkah-langkah menjimatkan penggunaannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Lengkapkan ayat pendahuluan

Petikan menerangkan ........

...................................................................................................................

....................................................................................................................

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tuliskan satu rumusan tentang kepentingan hutan bakau kepada negara ini dan langkah-langkah memuliharanya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Lengkapkan ayat pendahuluan

Petikan menerangkan. .. ..

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tuliskan satu rumusan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi keghairahan orang ramai mengunjungi pusat beli-belah dan ciri-ciri pusat beli-belah yang selamat. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan Lengkapkan ayat pendahuluan

Petikan menerangkan. .. ..

5. Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah mengatasi gejala buli dan kesan-kesan gejala itu ke atas pelajar. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Lengkapkan ayat pendahuluan

Petikan menerangkan. .. ..

. Baca petikan di atas dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan pudarnya penghayatan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda dan cara mengatasi. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Lengkapkan ayat pendahuluan

Petikan menerangkan. .. ..

7. Baca petikan di atas dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang

punca- punca generasi kini tidak menghayati semangat patriotik dan kesannya.

Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Lengkapkan ayat pendahuluan

Petikan menerangkan. .. ..

Baca petikan di atas dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat bandar dan kesannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Lengkapkan ayat pendahuluan

Petikan menerangkan. .. ..

Baca petikan di atas dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar luar bandar dan kesannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Lengkapkan ayat pendahuluan

Petikan menerangkan. .. ..

Baca petikan di atas dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar luar bandar dan kesannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Lengkapkan ayat pendahuluan

Petikan menerangkan. .. ..

Baca petikan di atas dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah mengatasi penyakit berjangkit dan halangannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Lengkapkan ayat pendahuluan

Petikan menerangkan. .. ..

Baca petikan di atas dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan mempelajari bahasa asing dan halangannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Lengkapkan ayat pendahuluan

Petikan menerangkan. .. ..

Baca petikan di atas dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang

tindakan mengurangkan kesan inflasi di negara kita dan sebab-sebab masalah inflasi sukar diatasi. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Lengkapkan ayat pendahuluan

Petikan menerangkan. .. ..

Baca petikan di atas dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang punca keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat di negara ini dan langkah membendungnya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Lengkapkan ayat pendahuluan

Petikan menerangkan. .. ..

LANGKAH 3 :

TEKNIK MENGESAN ISI TERSURAT

Isi tersurat ialah isi penting yang terdapat dalam petikan / teks.

Isi tersurat dapat dikesan berdasarkan arahan soalan.

Garis dan nomborkan setiap isi tersurat.

Setiap petikan biasanya mengandungi lebih daripada 6 isi tersurat.

Isi tersurat lazimnya terdapat dalam setiap perenggan petikan.

Abaikan setiap contoh, misalan, seperti dll. Berikan perhatian kepada isi utama atau isi penting sahaja.

Langkah 3a - Mengesan isi tersurat ( isi penting ) berdasarkan arahan dalam soalan

Untuk mengesan isi tersurat, guru boleh membantu pelajar mengenal pasti perkatan-perkataan yang berikut, jika digunakan dalam petikan: (Rujuk jadual yang berikut)

Bil .

Arahan dalam soalan

Perkataan yang sering kali digunakan dalam ayat-ayat isi tersurat

`1.

Punca

Disebabkan / kerana / daripada / oleh sebab/ menyumbang /

2.

Kesan

Dapat / telah / mampu / berupaya /akan / boleh mendatangkan / menjadikan / menyebabkan / membolehkan / meninggalkan / mempengaruhi dan sebagainya.

3.

Langkah

Hendaklah / perlu / mesti / harus / wajar / boleh / sepatutnya / wajib Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan punca-punca yang

menyebabkan masalah pelanggaran disiplin dalam kalangan pelajar, kesankesannya serta langkah-langkah untuk menangani masalah tersebut. Tuliskan isi yang tersurat itu dalam jadual yang berikut. Sejak akhir-akhir ini, masalah pelanggaran disiplin dalam kalangan pelajar sering disiarkan di dada akhbar dan disiarkan oleh media elektronik. Masalah yang kian meruncing ini mendapat perhatian serius semua lapisan masyarakat, baik ibu bapa, pendidik, pihak polis, mahupun ahli-ahli politik. Pelajar di sekolah dianggap melanggar disiplin jika mereka melanggar peraturan-peraturan sekolah seperti yang digariskan dan ditetapkan dalam Buku Peraturan Sekolah. Antara kesalahan yang jelas tidak boleh dilakukan ialah seperti menghisap rokok, membawa senjata tajam, bergaduh, dan sebagainya yang dianggap kesalahan berat.

Antara faktor utama yang menyumbang kepada masalah disiplin pelajar ialah kemerosoton asuhan, didikan dan kawalan ibu bapa. Ibu bapa lebih banyak memberi tumpuan terhadap kerjaya dan menyerahkan soal pembesaran anak-anak kepada pembantu rumah, pusat asuhan, tadika dan sekolah. Selain itu, pengaruh persekitaran turut menyumbang kepada peningkatan masalah juvana dan disiplin pelajar. Masalah pelanggaran disiplin yang semakin serius berlaku di sekolah akan mempengaruhi suasana belajar yang tidak selesa, sekali gus mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Gejala ini turut meninggalkan kesan psikologi kepada pelajar yang menjadi mangsa. Perkara ini menuntut pihakpihak yang tertentu, khususnya Kementerian Pendidikan hendaklah mengambil tindakan yang tegas dan segera. Langkah memberikan kuasa merotan kepada Guru Disiplin Sekolah, di samping menempatkan lebih ramai Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah, mungkin merupakan strategi yang terbaik untuk menangani masalah ini. Pelajar-pelajar hari ini ialah pewaris masa hadapan. Kita harus bersama-sama bertanggungjawab mencorakkan pemikiran dan arah tuju mereka agar menjadi generasi negara pada masa hadapan yang lebih baik. Diubahsuaikan daripada Dewan Siswa : Jenayah dan salah laku pelajar, Mac 2003

Contoh :

Baca petikan di atas dengan teliti, kemudian kenal pasti ayat-ayat yang

berkaitan dengan kata kunci atau arahan soalan. Tuliskan semula ayat-ayat tersebut dalam jadual yang berikut.

Bil

Kata kunci / arahan

Contoh ayat

Punca-punca

- kemerosoton asuhan, didikan dan kawalan ibu bapa - pengaruh persekitaran turut menyumbang kepada peningkatan masalah juvana dan disiplin pelajar.

Kesan-kesan

- mempengaruhi suasana belajar yang tidak selesa - mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. - meninggalkan kesan psikologi kepada pelajar yang menjadi mangsa .

Langkah-langkah

- Kementerian Pendidikan hendaklah mengambil tindakan yang tegas dan segera - Perlu memberikan kuasa merotan kepada Guru Disiplin Sekolah

- Akan menempatkan lebih ramai Guru Bimbingan

dan Kaunseling di sekolah

ii. Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian senaraikan punca kemusnahan alam sekitar, kesan kemusnahannya kepada manusia serta langkah-langkah menjaga kesejahteraan alam sekitar.

Pelbagai tragedi yang meragut nyawa di negara kita ternyata masih tidak mampu menginsafkan segelintir pihak yang rakus menjalankan kegiatan memusnahkan alam sekitar. Tragedi pangsapuri Highland Towers runtuh pada 11 Disember 1993, bencana banjir lumpur di perkampungan Orang Asli Dipang, Perak, pada 29 Ogos 1996 dan sebuah banglo runtuh di Taman Hillview pada tahun 2002, jelas memperlihatkan kegiatan pembangunan yang tidak terkawal akan mendatangkan bencana kepada masyarkat. Teguran demi teguran dan tindakan telah diambil, tetapi masih ramai golongan peniaga dan pemaju yang degil dan ingin mengaut keuntungan segera tanpa memikirkan kesan tindakan mereka terhadap alam sekitar. Pelbagai undang-undang dan garis panduan yang digubal oleh kerajaan untuk menjamin kelestarian alam sekeliling sepatutnya mampu memastikan pembangunan dijalankan secara mapan tanpa merosakkan persekitaran. Namun di manakah silapnya?

Alam adalah milik semua dan menjadi tanggungjawab kita menjaganya. Dalam hal ini, sektor swasta boleh memainkan peranan yang lebih proaktif dalam usaha memelihara alam sekitar. Pelaburan untuk meraih keuntungan semata-mata tanpa keinginan memelihara alam sekitar perlu dielakkan. Sektor swasta boleh berusaha mengitar semula barangan terbuang untuk menghasilkan barangan yang bermutu di samping mengeluarkan barangbarang mesra alam yang mudah reput. Penggunaan teknologi moden mungkin tidak mampu mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar 100 peratus tetapi sekurang-kurangnya tindakan positif kita tidak lagi menambah kerosakan alam yang sudah sedia tercemar.

Latihan :

Baca petikan di atas dengan teliti, kemudian kenal pasti ayat-ayat yang berkaitan dengan kata kunci atau arahan soalan. Tuliskan semula ayat-ayat tersebut dalam jadual yang berikut.

Bil

Kata kunci / arahan

Contoh ayat

Punca-punca

- segelintir pihak yang rakus menjalankan kegiatan memusnahkan alam sekitar. - kegiatan pembangunan yang tidak terkawal

- golongan peniaga dan pemaju yang degil dan ingin mengaut keuntungan segera

Kesan-kesan

- Tragedi pangsapuri Highland Towers runtuh pada 11 Disember 1993, - bencana banjir lumpur di perkampungan Orang Asli Dipang, Perak, pada 29 Ogos 1996 - sebuah banglo runtuh di Taman Hillview pada tahun 2002, - mendatangkan bencana kepada masyarkat.

Langkah-langkah

iii. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian tuliskan sebab-sebab sungai tercemar, kesan-kesan pencemaran sungai dan langkah-langkah menangani masalah pencemaran sungai di negara ini. Isu pencemaran alam sekitar, khususnya pencemaran sungai semakin hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Walaupun pencemaran sungai telah lama berlaku, namun belakangan ini, masalah tersebut kian mendapat perhatian kerana kadar pencemaran yang semakin parah. Pembangunan yang dikejar oleh kebanyakan negara jelas telah mengorbankan kesejahteraannya.

Sungai merupakan kurniaan Tuhan yang sungguh bernilai sejak sejarah dunia mula diwarnai oleh tamadun manusia yang rata-ratanya bertapak di lembahlembah sungai. Namun begitu, di sebalik ciri-cirinya yang unik, sungai menjadi korban manusia yang meletakkan kepentingan diri dan wang ringgit melebihi segala-galanya. Tanggungjawab memelihara sungai yang menjadi denyut tamadun manusia terus terabai hingga banyak sungai yang tercemar dan menyakitkan mata yang memandangnya. Kesedaran masyarakat yang cetek tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai menyebabkan masalah ini menjadi serius. Sungai dianggap sebagai tempat pembuangan sisa-sisa kemudahan manusia. Selain itu, kekurangan pegawai penguat kuasa untuk memantau tindakan manusia ini turut menjadi penghalang kepada usaha-usaha membendung masalah pencemaran sungai. Banyak pihak yang berjaya melepaskan diri walaupun jelas terbabit dalam masalah ini. Ketidakcekapan pengurusan sampah turut menyumbang kepada sikap tidak bertanggungjawab masyarakat membuang sampah sewenangwenangnya ke dalam sungai. Natijahnya, air sungai yang menjadi sumber air minuman menjadi kotor dan mengandungi bahan kimia beracun yang boleh membahayakan manusia. Lebih daripada itu, wabak penyakit yang melibatkan sakit atau gatal-gatal kulit menyerang mereka yang bermandimanda di sungai terbabit. Pelaksanaan kempen seperti `Hentikan Pencemaran dan `Cintailah Sungai Kita perlu dihebahkan melalui media massa. Kempen sebegini diharap akan memberikan kesedaran kepada masyarakat. Namun masih ada segelintir masyarakat yang langsung tidak menyedari kewujudan kempen-kempen tersebut. Penguatkuasaan undang-undang melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam usaha memastikan bahawa bahan-bahan tertentu diproses dahulu

sebelum dilupuskan ke dalam sungai wajar dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Tindakan berani anggota masyarakat melaporkan aktiviti-aktiviti yang mampu mengancam kesihatan sungai amat dialu-alukan demi menjamin dan mengekalkan kebersihan dan kejernihan sungai.

Latihan :

Baca petikan di atas dengan teliti, kemudian kenal pasti ayat-ayat yang berkaitan dengan kata kunci atau arahan soalan. Tuliskan semula ayat-ayat tersebut dalam jadual yang berikut.

Bil

Kata kunci arahan

Contoh ayat

Punca-punca

Kesan-kesan

- air sungai yang menjadi sumber air minuman menjadi kotor. - mengandungi bahan kimia beracun yang boleh membahayakan manusia. - wabak penyakit yang melibatkan sakit atau gatal-gatal kulit menyerang mereka yang bermandi-manda di sungai terbabit.

Langkah-langkah

Latihan 1

Mengesan isi tersurat ( isi-isi penting) berdasarkan arahan

Contoh

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan punca dadah menjadi musuh utama negara..

Pada 19 Februari setiap tahun, Malaysia menyambut Hari Antidadah Kebangsaan. Dadah diisytiharkan sebagai musuh utama negara. Terlalu banyak insan yang menderita akibat dadah. Di samping itu, kehidupan mereka juga turut musnah kerana najis dadah. Selain itu, banyak juga pengkhianat bangsa menjadi korban di tali gantung kerana perbuatan mengedarkan dadah. Masalah ini seakan-akan tiada jalan penyelesaiannya walaupun pelbagai usaha dilakukan.

Langkah:

- Baca dan fahami arahan soalan

- Baca dan fahami petikan

- Kesan isi tersurat ( isi penting ) dalam petikan

Pendahuluan:

Petikan membincangkan sebab-sebab dadah menjadi musuh utama negara ini

Isi tersurat:

Punca-punca dadah menjadi musuh utama negara ini.

Terlalu banyak insan yang menderita kehidupan mereka juga turut musnah

Latihan 2

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan kesan buruk penggunaan khidmat pesanan ringkas menerusi telefon bimbit.

Keadaan dunia sekarang yang serba pantas menyebabkan khidmat pesanan ringkas (SMS) menerusi telefon bimbit menjadi kegilaan bukan sahaja dalam kalangan remaja, malah golongan dewasa. SMS telah menjadi tali penghubung kasih sayang sesama manusia. Sistem ini juga menjadi saluran menyebarkan fitnah. Ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyampaikan khabar angin menerusi SMS. Sistem Pesanan Ringkas juga pernah digunakan oleh suami untuk menjatuhkan talak kepada isteri. Pada tahun 2002, rakyat Malaysia membelanjakan sebanyak RM3.605 bilion setahun untuk tujuan penghantaran SMS. Pada tahun 2003, jumlah ini meningkat kepada RM6.163 bilion, manakala pada tahun 2004.jumlah ini terus meningkat dengan drastik, iaitu menjadi RM9.529 bilion.

Langkah:

- Baca dan fahami arahan soalan

- Baca dan fahami petikan

- Kesan isi tersurat ( isi penting ) dalam petikan

Pendahuluan:

Petikan membincangkan keburukan penggunaan khidmat pesanan ringkas menerusi telefon bimbit.

Isi tersurat:

kesan buruk penggunaan khidmat pesanan ringkas menerusi telefon bimbit.

i. menjadi saluran menyebarkan fitnah ii. pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan khabar angin iii. pernah digunakan oleh suami untuk menjatuhkan talak kepada isteri.

Latihan 3

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan kepentingan komputer dalam kehidupan manusia

Dalam dunia yang mementingkan kepantasan maklumat, komputer merupakan alat penting dalam penyampaian maklumat. Di samping itu, komputer juga membantu manusia melaksanakan tugasan dengan cepat. Kerja-kerja tersebut juga menjadi lebih teratur. Amerika Syarikat merupakan negara tertinggi yang rakyatnya memiliki komputer peribadi, iaitu sebanyak 161 juta unit. Jepun pula menduduki tempat kedua dengan pemilikan 40 juta unit. Jerman menduduki tempat ketiga dengan pemilikan 28 juta unit. China yang dianggap ketat dalam kebebasan penyaluran maklumat kepada rakyat menduduki tempat keempat dengan pemilikan 20.6 juta unit komputer peribadi. Malaysia pula menduduki tempat ke-29 dunia dan yang tertinggi di Asia Tenggara dengan pemilikan 2.2 juta unit.

Langkah:

- Baca dan fahami arahan soalan

- Baca dan fahami petikan

- Kesan isi tersurat ( isi penting ) dalam petikan

Pendahuluan:

Petikan membincangkan kebaikan komputer dalam kehidupan manusia

Isi tersurat:

kepentingan komputer dalam kehidupan manusia

i. alat penting dalam penyampaian maklumat ii. membantu manusia melaksanakan tugasan dengan cepat iii. kerja-kerja tersebut juga menjadi lebih teratur.

Latihan 4

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian senaraikan kelebihan susu ibu kepada bayi.

Pengambilan susu ibu yang berkhasiat akan memperbanyak sel-sel otak. Menurut satu kajian, pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang baik , sebahagian besarnya mempunyai sejarah penyusuan susu ibu yang sempurna. Air susu ibu berfungsi sebagai makanan dan minuman lengkap kepada bayi. Di samping itu, vitamin A yang diperoleh dalam susu ibu cukup untuk keperluan bayi sehingga mereka berusia 2 tahun. Susu ibu mengandungi kualiti dan kuantiti yang sempurna bagi pertumbuhan bayi. Susu ibu juga dapat merangsang perkembangan otak.

Langkah:

- Baca dan fahami arahan soalan

- Baca dan fahami petikan

- Kesan isi tersurat ( isi penting ) dalam petikan

Pendahuluan:

Petikan membincangkan manfaat susu ibu kepada bayi

Isi tersurat:

kelebihan susu ibu kepada bayi

i. air susu ibu berfungsi sebagai makanan dan minuman lengkap kepada bayi. ii. vitamin A yang diperoleh dalam susu ibu cukup untuk keperluan bayi sehingga mereka berusia 2 tahun. iii. mengandungi kualiti dan kuantiti yang sempurna bagi pertumbuhan bayi. iv. dapat merangsang perkembangan otak.

Latihan 5

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian senaraikan usaha kerajaan untuk memartabatkan batik di negara ini .

Industri batik semakin mendapat perhatian daripada pelbagai pihak di negara ini. Kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk mempromosikan industri ini. Industri batik kini menunjukkan perkembangan yang amat memberangsangkan dengan nilai jualan sebanyak RM 300 juta pada tahun

lalu bagi pasaran tempatan. Nilai jualan ini dijangka meningkat kepada RM 400 juta tahun depan. Hal ini demikian berikutan usaha proaktif kerajaan memartabatkan kembali batik dengan mewajibkan pemakaian batik kepada penjawat awam. Bagi memastikan industri batik terus berkembang, kerajaan telah meningkatkan lagi usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) usahawan kraf, membangunkan tenaga mahir serta meningkatkan pemasaran dan promosi pada peringkat domestik dan antarabangsa.

Kesan isi tersurat (isi penting) dalam petikan:

Pendahuluan:

Petikan membincangkan langkah-langkah kerajaan untuk memartabatkan batik di negara ini

Isi tersurat:

Usaha-usaha kerajaan untuk memartabatkan batik.

membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk mempromosikan industri mewajibkan pemakaian batik kepada penjawat awam meningkatkan lagi usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) usahawan kraf membangunkan tenaga mahir meningkatkan pemasaran dan promosi pada peringkat domestik dan antarabangsa.

Catatan :

Selain mengenal pasti arahan dalam soalan dan kata kunci dalam ayat-ayat petikan , pelajar boleh juga menentukan isi tersurat berdasarkan ayat-ayat yang menggunakan Penanda Wacana sebagaimana jadual yang berikut:

Mengenal pasti Penanda Wacana

Bil Penanda wacana Maksud

1.

Walaupun Namun begitu.

Pertentangan maklumat

2.

Selain itu, Lebih daripada itu, Di samping, dan, serta,

Kesinambungan maklumat / idea /tambahan

3.

Natijahnya, akibatnya,

Kesan

4.

Juga, malahan

Kesinambungan

5. Hal ini demikian kerana , Oleh sebab itu,

Sebab

SET 1 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah pemeliharaan alam sekitar dan kepentingan alam sekitar yang berkualiti. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Alam sekitar yang berkualiti ialah alam sekitar yang dapat memberi keselesaan hidup dan memenuhi kesemua keperluan hidupan dengan baik. Contohnya, udara yang bersih penting untuk pernafasan manusia, haiwan dan tumbuhan-tumbuhan. Sebaliknya, pencemaran udara akan menyebabkan sistem respirasi diserang penyakit. Air sungai yang dicemari dengan sisa kilang dan kawasan perlombongan pula merosakkan habitat hidupan akuatik dan seterusnya mengakibatkan kematian. Bagi mengatasi masalah pencemaran tersebut, semua undang-undang berkaitan alam sekitar perlu dikuatkuasakan sepenuhnya dengan serta-merta.

Pemeliharaan alam sekitar adalah penting demi warisan generasi akan datang. Oleh itu, pengurusan projek-projek pembangunan negara yang melibatkan alam sekitar hendaklah dirancang dengan teliti. Selama ini kita dapati kegiatan-kegiatan ekonomi yang melibatkan alam sekitar, seperti menangkap ikan dan membalak telah merubah alam semula jadi di sekeliling kita. Jadi, manusia harus tahu mengawal kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh mereka bagi mengekalkan keseimbangan ekologi alam sekitar. Begitu juga halnya dengan industri yang berasaskan pertanian dan pengilangan yang tidak diuruskan dengan baik telah menghasilkan sisa toksik yang berbahaya serta mendatangkan risiko tinggi kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Satu peraturan bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 menghendaki semua industri mengolah air buangan untuk mengasingkan bahan pencemar ke paras yang selamat. Manakala sisa toksik yang tidak boleh diolah perlu dibakar, dikitar semula atau dihapuskan dengan cara yang selamat seperti ditanam.

Kemudahan infrastruktur di negara kita semakin membanggakan. Walau bagaimanapun dalam pembinaan infrastruktur seperti pembinaan jalan raya dan lebuh raya, pemeliharaan alam sekitar tidak harus diabaikan. Di samping itu, pembukaan tanah untuk projek perumahan dan pembandaran perlu

disertakan dengan pelan penanaman tumbuh-tumbuhan. Pihak berkuasa mesti mensyaratkan pemulihan kawasan hijau dilaksanakan sebelum sesuatu projek pembangunan diluluskan. Jika langkah pemuliharaan tidak disegerakan, orang ramai tidak lagi dapat menikmati keindahan alam sekitar. Selain ghairah meneroka hutan untuk mngejar pemodenan, kawasan hutan juga perlu dikekalkan. Seiring dengan itu, pewartaan hutan simpan hendaklah diperbanyak bukan sahaja untuk mengekalkan keseimbangan suhu malah sebagai kawasan tadahan hujan.

Tuntasnya, alam sekitar haruslah diutamakan dalam sebarang aktiviti manusia. Alam sekitar dengan keseimbangan ekologinya yang unik tidak harus dikorbankan demi kepentingan dunia sejagat.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Kualiti Alam Sekitar: Tahukah anda peranan alam sekitar yang berkualiti? oleh Nasron Sira Rahim, Berita Harian 2006)

Rangka jawapan :

Pendahuluan

Petikan membincangkan cara-cara untuk meliharaan alam sekitar. Isi tersurat :

Bil

Kata Kunci

Ayat

Perlu

Semua undang-undang berkaitan alam sekitar perlu dikuatkuasakan sepenuhnya dengan serta-merta.

Hendaklah

Pengurusan projek-projek pembangunan negara yang melibatkan alam sekitar hendaklah dirancang dengan teliti.

Harus

Manusia harus tahu mengawal kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh mereka.

menghendaki

Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 menghendaki semua industri mengolah air buangan untuk mengasingkan bahan pencemar ke paras yang selamat.

perlu

Sisa toksik yang tidak boleh diolah perlu dibakar, dikitar semula atau dihapuskan dengan cara yang selamat.

perlu

projek perumahan dan pembandaran perlu disertakan dengan pelan penanaman tumbuh-tumbuhan.

mesti

Pihak berkuasa mesti mensyaratkan pemulihan kawasan hijau dilaksanakan sebelum sesuatu projek pembangunan diluluskan.

perlu

awasan hutan juga perlu dikekalkan.

hendaklah

pewartaan hutan simpan hendaklah diperbanyak.

SET 2

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca masyarakat enggan menderma darah dan kesankesannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pihak hospital sentiasa mengalu-alukan pendermaan darah daripada orang ramai. Hal ini demikian kerana darah sangat diperlukan untuk menyelamatkan pesakit. Namun masih ramai orang yang enggan mendermakan darah mereka dengan pelbagai alasan yang diberikan.

Sesetengah orang memberi sebab badan mereka terlalu kurus untuk menderma darah. Sebenarnya, jika anda mempunyai berat badan yang melebihi 45 kilogram anda sudah boleh mendermakan darah anda. Selain itu, ada juga berpendapat bahawa kononnya dengan menderma darah boleh menyebabkan seseorang itu gemuk. Hal ini adalah tidak benar memandangkan tidak ada bukti daripada segi perubatan yang menunjukkan bahawa tindakan menderma darah itu boleh menambahkan berat badan seseorang.

Alasan lain yang turut diberikan ialah keadaan badan yang lemah sebagai sebab untuk tidak menderma darah. Mengikut pakar perubatan, jumlah darah yang diambil adalah terlalu sedikit untuk memudaratkan kesihatan badan. Satu lagi alasan yang selalu diberikan ialah jenis darah yang tidak sesuai.

Boleh dikatakan, setiap hari pesakit daripada kumpulan darah yang berbezabeza memerlukan pemindahan darah. Oleh itu, darah seseorang itu akan digunakan untuk mereka yang memerlukannya sahaja.

(diubahsuaikan daripada teks Bahasa Melayu tingkatan 4 ms 97)

Rangka jawapan:

Pendahuluan :

Petikan membincangkan faktor-faktor masyarakat enggan menderma darah dan kesan-kesannya

Isi tersurat

Bil

Kata kunci

Ayat

Sebab

sebab badan mereka terlalu kurus

Boleh

boleh menyebabkan seseorang itu gemuk

alasan

alasan lain ialah keadaan badan yang lemah alasan yang selalu diberikan ialah jenis darah yang tidak

Soalan 2(a) - Petikan Umum

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

Berikan maksud rangkai kata terlalu sedikit seperti dalam petikan.

[2m]

Maksudnya sangat kurang

Maksud rangkai kata terlalu sedikit dalam petikan ialah sangat kurang.

Apakah kelebihan mendermakan darah?

[3m]

.tidak akan menambahkan berat badan

.tidak memudaratkan kesihatan badan

.digunakan untuk mereka yang memerlukan sahaja

Antara kelebihan menderma darah ialah tidak akan menambahkan berat badan.

Kegiatan ini juga tidak memudaratkan kesihatan badan, tambahan pula darah yang

didermakan hanya akan digunakan untuk mereka yang memerlukan sahaja.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara menarik orang ramai mendermakan darah?

[4m]

menjelaskan tentang faedah menderma darah

menjalankan kempen

memberikan kemudahan perkhidmatan rawatan di hospital kerajaan

memberikan insentif cuti kepada kakitangan kerajaan memberikan kemudahan

Pada pendapat saya, antara cara untuk menarik orang ramai mendermakan darah ialah dengan menjelaskan kepada orang awam tentang faedah menderma darah. Kerajaan juga boleh menjalankan kempen derma darah di samping , memberikan kemudahan perkhidmatan rawatan di hospital kerajaan serta memberikan insentif cuti kepada kakitangan kerajaan yang menderma darah.

SET 3

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kesan pudarnya penghayatan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda dan halangan melaksanakannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Semangat patriotik ialah perasaan cinta akan tanah air. Semangat ini sering dikaitkan dengan semangat nasionalisme, iaitu semangat kenegaraan bagi membina dan membangunkan negara. Semangat patriotik dapat menjadikan generasi muda memperkukuh pembangunan negara yang telah diasaskan oleh generasi terdahulu.

Semangat patriotik ini dapat menanamkan rasa tegas diri dalam diri anakanak muda. Tegas diri ini ditonjolkan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kita akan berasa bangga apabila lagu kebangsaan dimainkan dan Jalur Gemilang dikibarkan atau apabila negara mencapai kemajuan dalam sesuatu bidang juga kejayaan di arena antarabangsa. Pendek kata, semangat patriotik mampu meningkatkan daya juang dan jati diri serta berupaya membangunkan dan memajukan diri sendiri, keluarga serta masyarakat.

Semangat patriotik ini perlu disematkan dengan kukuh dalam kalangan generasi muda. Contoh yang paling ketara ialah sambutan Hari Kebangsaan yang seharusnya dihayati oleh generasi ini. Hal ini demikian kerana mereka tidak terlibat dalam perjuangan memperoleh kemerdekaan negara yang pernah dilakukan oleh negarawan kita beberapa dekad yang lalu. Oleh itu, mereka mungkin kurang memahami pahit getir perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan tersebut. Namun demikian, kesedaran tentang pentingnya kemerdekaan negara dalam hubungan tidak terlalu bergantung pada negara lain amat perlu. Hal ini demikian kerana tanpa kebebasan membuat keputusan sendiri dalam hala tuju pembangunan negara, kita akan terus menjadi hamba atau orang suruhan kuasa lain. Kita juga akan mudah

diperalatkan oleh negara lain untuk mencapai sesuatu agenda mereka.

Semangat patriotisme ini bertujuan membentuk generasi muda yang kental dari segi fizikal dan minda. Ini membolehkan generasi kini mengukuhkan jati diri dan semangat kenegaraan bagi membendung perkembangan gejala sosial untuk meruntuhkan akhlak dan akidah. Anak muda yang tebal semangat patriotiknya tidak akan tergamak terlibat dalam gejala sosial. Mereka tentunya sedar akan tanggungjawab dan peranan yang perlu dipikul oleh mereka sebagai peneraju masyarakat masa hadapan.

Semangat patriotik dapat mencorakkan dan meningkatkan komitmen penduduk pelbagai etnik. Dalam konteks budaya, perpaduan perlu ditunjukkan dalam bentuk perlakuan hidup seharian. Dalam hal ini, kita agak kurang bermasalah kerana generasi muda hari ini nampaknya lebih erat hubungannya walaupun mereka berasal daripada pelbagai kaum. Hal ini demikian kerana wawasan budaya kebangsaan nampaknya mempunyai kesan yang positif dalam kalangan mereka. Kedudukan kumpulan etnik ini dalam pelbagai bidang kehidupan juga nampaknya sudah agak setanding seperti peribahasa duduk sama rendah; berdiri sama tinggi.

Semangat patriotik ini perlu dijadikan landasan bagi meningkatkan kesetiaan terhadap negara, tanpa mengira kaum dan dalam apa jua situasi. Semangat ini juga amat perlu bagi mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara serta hubungan antara kaum. Ini dapat memupuk amalan perkongsian dan kerjasama dalam pelbagai bidang, dan menanam sikap serta tanggungjawab bersama bagi menjayakan wawasan dan cita-cita negara. Akhirnya, semangat patriotik mesti ditanamkan dalam generasi muda kita kerana semangat ini menyentuh soal maruah, martabat, pembangunan, identiti dan kesejahteraan hidup pada masa hadapan. ( Dipetik dan diubahsuaikan daripada buku teks Bahasa Melayu tingkatan 4 ms 165 166) Rangka jawapan

Pendahuluan :

Petikan membincangkan kepentingan penerapan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda dan halangannya

Isi tersurat

Bil

Kata kunci

Ayat

Kesan

dapat

dapat mampu berupaya

tidak akan akan sedar akan

dapat perlu

dapat menjadikan generasi muda memperkukuh pembangunan negara dapat menanamkan rasa tegas diri mampu meningkatkan daya juang dan jati diri berupaya membangunkan dan memajukan diri sendiri, keluarga serta masyarakat.

tidak akan tergamak terlibat dalam gejala sosial akan terus menjadi hamba atau orang suruhan akan mudah diperalatkan sedar akan tanggungjawab dan peranan yang perlu dipikul dapat mencorakkan dan meningkatkan komitmen penduduk perlu bagi mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara serta hubungan antara kaum.

Punca

.tidak

kurang

bertujuan

tidak terlibat dalam perjuangan memperoleh kemerdekaan negara kurang memahami pahit getir perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan bertujuan membentuk generasi muda yang kental dari segi fizikal dan dan minda 3 Langkah

perlu mesti

Perlu ditunjukkan dalam bentuk perlakuan hidup seharian mesti ditanamkan dalam generasi muda.

Soalan 2(a) - Petikan Umum

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

Berikan maksud meningkatkan daya juang seperti dalam petikan.

Maksud meningkatkan daya juang seperti dalam petikan ialah menambahkan semangat

untuk bersaing.

Mengapakah generasi muda perlu menghayati kemerdekaan?

Generasi muda perlu menghayati kemerdekaan agar mereka menghargai pengorbanan generasi terdahulu di samping dapat melahirkan semangat cinta akan negara dan sentiasa berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan negara

Pada pendapat anda, bagaimanakah usaha yang perlu dilakukan bagi mengekalkan kemerdekaan?

Pada pendapat saya usaha yang perlu dilakukan bagi mengekalkan kemerdekaan ialah dengan mempertontonkan keperitan generasi lalu memperjuangkan kemerdekaan, mengekalkan keharmonian hidup antara kaum di negara ini serta memberikan peluang pendidikan yang sama rata / tertinggi kepada rakyat. Kerajaan pula perlu meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk dan mempertingkatkan kekuatan pertahanan negara

SET 4

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha membudayakan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat dan kekangan-kekangannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Dewasa ini kita menghadapi satu senario, iaitu sifat-sifat luhur dan kesantunan budi bahasa yang semakin terhakis sedangkan dulu hal ini menjadi kebanggaan masyarakat Malaysia. Ungkapan infrastruktur kelas pertama dan mentaliti kelas ketiga tepat menggambarkan kerisauan masyarakat Malaysia tentang keadaan negara pada masa ini. Ekoran itu, kerajaan telah mengorak langkah yang bijaksana, iaitu pada 11 Januari 2005, Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilainilai Murni Peringkat Kebangsaan. Kempen ini dijalankan bagi tempoh masa lima tahun dari tahun 2005 hingga tahun 2010. Perdana Menteri menyatakan bahawa sebelum amalan ini terhakis seharusnya peranan kendiri, keluarga, dan masyarakat amat penting untuk membugarkan budaya berbudi bahasa.

Peranan institusi keluarga tidak boleh dikesisikan. Para ibu bapa perlu mengambil sikap bersungguh-sungguh apabila memberi didikan kepada anak-anak. Ibu bapa harus menyemai sikap berbudi bahasa yang tinggi kepada anak-anak kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Hal ini kerana remaja sering dikaitkan dengan gejala sosial seperti pergaulan bebas, lepak, lumba haram dan sebagainya. Perlakuan mereka sudah melanggar adab dan tatasusila yang menjadi norma dalam masyarakat. Pada masa inilah masyarakat harus mempunyai keupayaan untuk menegur perlakuan remaja dengan cara berhemah agar mereka dapat menerima teguran dengan sebaik-baiknya.

Sebaliknya, masyarakat hari ini lebih menekankan aspek materialisme, sekali gus meminggirkan nilai moral seperti berbudi bahasa. Ibu bapa dan guruguru sepatutnya berganding bahu dengan masyarakat dalam memainkan peranan membentuk peribadi anak-anak kerana remaja diibaratkan seperti sehelai kain putih yang mudah menerima dan seterusnya mengamalkan nilai budi bahasa yang terpuji. Dalam kehidupan bermasyarakat, para remaja perlu sentiasa menggunakan tutur kata yang sopan, mempunyai fiil yang

halus dan budi pekerti yang mulia, bertegur sapa, sedia memohon maaf, membiasakan diri memberi salam atau ucap selamat dan bantu-membantu ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Selain itu, institusi pendidikan formal, iaitu sekolah bertanggungjawab untuk melahirkaan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tugas guru pula semakin mencabar bukan sahaja menghabiskan sukatan pelajaran, malah guru harus menjadi suri teladan kepada anak didik mereka. Jadi warga pendidik hendaklah menggunakan bahasa yang sopan apabila berinteraksi dengan pelajar. Tugas ini haruslah disambut baik oleh para pendidik kendatipun mereka menanggung beban tugas yang banyak. Seterusnya, masyarakat menyambut baik jika syarikat pengangkutan awam seperti bas, teksi, monorel, dan LRT menggunakan kenderaan mereka sebagai platform untuk mendidik masyarakat ke arah merealisasikan nilai-nilai berbudi bahasa dengan melekatkan pelbagai iklan dan cogan kata pada kenderaan awam. Hal ini demikian kerana pembangunan fizikal seharusnya seiring dengan pembangunan insan.

Sebagai konklusi, masyarakat yang maju tanpa nilai-nilai moral, khususnya budi bahasa dapat diibaratkan seperti seorang manusia tanpa roh. Kita tidak mahu generasi akan datang menjadi masyarakat yang tidak berbudi bahasa dan lupa akan adat yang selama ini diamalkan oleh masyarakat Melayu. Semua pihak harus menggemblengkan tenaga bersama-sama menyahut kempen kerajaan agar amalan berbudi bahasa yang menjadi amalan tradisi nenek moyang kita tidak luput ditelan arus globalisasi yang begitu hebat.

Diubahsuaikan daripada Berbudi Bahasa Amalan Hidup Kita oleh Tuan Ismail Tuan Muhammad, Dewan Siswa, Februari 2008 Jawapan

Pendahuluan:

Petikan membincangkan langkah-langkah membudayakan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat di Malaysia

Isi tersurat

Bil

Kata kunci

Ayat 1 Perlu perlu mengambil sikap bersungguh-sungguh apabila memberi didikan kepada anak-anak 2 Harus bapa harus menyemai sikap berbudi bahasa yang tinggi kepada anak-anak 3 Harus masyarakat harus mempunyai keupayaan untuk menegur perlakuan remaja dengan cara berhemah 4 sepatutnya Ibu bapa dan guru-guru sepatutnya berganding bahu dengan masyarakat dalam memainkan peranan membentuk peribadi anak-anak 5 Perlu para remaja perlu sentiasa menggunakan tutur kata yang sopan, mempunyai fiil yang halus dan budi pekerti yang mulia, bertegur sapa, sedia memohon maaf, membiasakan diri memberi salam atau ucap selamat dan bantumembantu ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

6 Melekatkan syarikat pengangkutan melekatkan pelbagai iklan dan cogan kata pada kenderaan awam 7 hendaklah warga pendidik hendaklah menggunakan bahasa yang sopan apabila berinteraksi dengan pelajar.

Soalan 2(a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Berikan maksud rangkai kata meminggirkan nilai moral Maksud rangkai kata meminggirkan nilai moral ialah tidak mengendahkan amalan-amalan baik, menjauhi amalan-amalan murni atau tidak mementingkan perkara-perkara yang baik.

Apakah perkara yang merisaukan masyarakat Malaysia? Perkara yang merisaukan masyarakat Malaysia ialah sifat-sifat luhur semakin terhakis termasuk kesantunan budi bahasa semakin terhakis dan mentaliti rakyat masih berada pada tahap kelas ketiga

Pada pendapat anda, apakah kesan yang akan dihadapi oleh masyarakat jika amalan berbudi bahasa semakin terhakis? Pada pendapat saya kesan yang akan dihadapi oleh masyarakat jika amalan berbudi bahasa semakin terhakis ialah masyarakat bersikap ego dan mementingkan diri sendiri. Di samping itu masyarakat akan mementingkan

harta semata-mata. Mereka akan menjadi semakin sombong, jati diri masyarakat semakin luntur, hilang rasa hormat-menghormati, hilang sikap bertolak ansur, dan hilang semangat kejiranan.

. SET 5

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah menjaga kebersihan makanan dan kesan daripada langkahlangkah tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kebanyakan penyakit yang berbahaya seperti kolera, cirit-birit, dan tifoid merebak kerana pencemaran makanan dan minuman oleh kuman. Hal ini demikian kerana kurang kesedaran dalam kalangan pengendali makanan dan pengguna. Makanan dan minuman yang tercemar bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan seseorang, malah juga boleh menyebabkan maut. Oleh sebab itu, pengendali makanan mesti memastikan makanan dan alatalat yang digunakan untuk menyediakan makanan dalam keadaan yang bersih.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 519 kes penyakit kolera dengan 10 kematian telah berlaku di negara kita pada tahun 2001. Jumlah kes ini telah menurun berbanding dengan tahun 1998, iaitu sebanyak 1,304 kes dengan 19 kematian. Bagi kes keracunan makanan pula, sebanyak 5,469 kes telah berlaku pada tahun 2001 berbanding dengan 8,640 kes pada tahun 1999. Dalam tempoh yang sama kes tifoid telah menurun daripada 811 kes kepada 610 kes.

Penurunan ini menggambarkan bahawa tahap kesihatan dan kebersihan makanan telah meningkat. Hal ini mungkin disebabkan peningkatan kesedaran masyarakat tentang pentingnya menjaga kebersihan atau kerana keberkesanan penguatkuasaan oleh pihak penguatkuasa kesihatan. Namun begitu setiap individu harus lebih berwaspada semasa memilih makanan di gerai atau restoran.

Kementerian Kesihatan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti makanan dan kebersihan di premis-premis perniagaan makanan. Antara usaha yang telah dijalankan termasuklah melaksanakan peraturan kebersihan makanan yang bertujuan untuk mengawal kualiti dan kebersihan makanan. Untuk tujuan ini, Kementerian Kesihatan perlu mengeluarkan sijil Sistem Kepastian Keselamatan Makanan (SKKM). SKKM mula diperkenalkan pada tahun 1977.

Kesedaran masyarakat tentang kebersihan sangat penting. Penguatkuasaan undang-undang semata-mata tidak berkesan jika tahap kesedaran masyarakat masih rendah. Oleh itu, usaha yang berterusan perlu dilakukan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat akan peri pentingnya menjaga kebersihan makanan dan persekitaran selaras dengan slogan Negara Bersih Rakyat Sihat.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripadaBuku Teks Tingkatan 5, muka surat 202)

Rangka Jawapan :

Pendahuluan

Petikan membincangkan _____________________________ menjaga kebersihan makanan.

Isi tersurat

Pengendali makanan mesti memastikan makanan dan alat-alat yang digunakan untuk menyediakan makanan dalam keadaan yang bersih. Setiap individu harus lebih berwaspada semasa memilih makanan di gerai atau restoran.

3. melaksanakan peraturan kebersihan makanan yang bertujuan untuk mengawal kualiti dan kebersihan makanan Kementerian Kesihatan mengeluarkan sijil Sistem Kepastian Keselamatan Makanan (SKKM)

usaha yang berterusan perlu dilakukan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat akan peri pentingnya menjaga kebersihan makanan dan persekitaran.

Bil

Kata Kunci

Ayat 1 Mesti Pengendali makanan mesti memastikan makanan dan alat-alat yang digunakan untuk menyediakan makanan dalam keadaan yang bersih. 2 Harus Setiap individu harus lebih berwaspada semasa memilih makanan di gerai atau restoran. 3 melaksanakan melaksanakan peraturan kebersihan makanan yang bertujuan untuk mengawal kualiti dan kebersihan makanan 4

Perlu Kementerian Kesihatan perlu mengeluarkan sijil Sistem Kepastian Keselamatan Makanan (SKKM) 5 Usaha usaha yang berterusan perlu dilakukan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat akan peri pentingnya menjaga kebersihan makanan dan persekitaran.

Kesimpulan

Semua pihak mesti bekerjasama memastikan kebersihan makanan agar dapat melahirkan masyarakat yang sihat.

Soalan 2(a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)

Berikan maksud rangkai kata mengawal kualiti

Maksud rangkai kata mengawal kualiti ialah menjaga mutu

(ii) Nyatakan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh pencemaran makanan? Antara penyakit yang disebabkan oleh pencemaran makanan ialah kolera, cirit-birit dan tifoid

(iii)

Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menjaga kebersihan

makanan? Kita perlu menjaga kebersihan makanan agar badan kita sihat, otak kita cerdas dan tidak sakit. Kita juga boleh berfikir dengan baik dan kita dapat membuat kerja dengan sempurna

SET 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan pengangkutan moden dan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengguna. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Operasi Express Rail Link (ERL) KLIA Ekspres melakar satu lagi sejarah pemodenan sistem pengangkutan negara dan standard industri kereta api rantau ini. Meskipun bukan kereta api laju bertaraf tren peluru di Jepun atau tren di Perancis yang boleh memecut sehingga melebihi 300 kilometer sejam, ERL yang mampu bergerak dengan kelajuan maksimum 160 kilometer sejam tetap mengagumkan. Projek ERL dicetuskan oleh Yang Amat Berhormat Mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad, untuk memastikan bahawa Malaysia dapat bersaing dalam kepesatan ekonomi.

Selaras dengan hasrat perkhidmatan ERL yang berpegang pada konsep Lapangan Terbang Dalam Bandar Raya, maka kemudahan untuk penumpang pesawat membuat pendaftaran masuk disediakan di Terminal Udara Dalam Bandaraya Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur City Air Terminal (KL CAT). Melalui perkhidmatan ini, penumpang tidak perlu lagi melakukan pendaftaran masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana urusan itu dapat dilakukan di KL CAT. Melalui konsep ini juga, perjalanan KLIA Ekspres yang membawa penumpang dari KL CAT ke KLIA hanya mengambil masa yang pendek. Perjalanannya hanya memakan masa selama 28 minit dan kekerapan perkhidmatannya ialah 15 minit sekali. Konsep ini memberikan penekanan kepada elemen masa sebagai faktor utama pengurusan kerja yang efisien.

Bagasi penumpang kapal terbang dari Stesen Sentral Kuala Lumpur atau KLIA diangkut dengan alat pengangkut di dalam stesen terminal dan kontena kereta api dengan dipantau oleh sistem pengurusan bagasi. Untuk

memastikan urusan perkhidmatan bagasi penumpang beroperasi dengan cekap, satu sistem yang dikenal sebagai Sistem pengendalian Bagasi secara automatik disediakan. Untuk meningkatkan keselamatan bagasi, kamera pengawasan digunakan bagi merekod transaksi beg dan merakamkan perbuatan orang yang tidak bertanggungjawab yang mungkin membuka atau mencuri beg-beg berkenaan. Dengan ini keselamatan bagasi penumpang adalah terjamin.

Dengan kadar tambang RM 35.00 sehala, perkhidmatan ERL menjanjikan keselesaan dan keselamatan yang maksimum. Tren berhawa dingin ini dilengkapkan dengan kerusi empuk yang selesa dan tempat bagasi yang lebih luas. Kemudahan yang disediakan dan kelajuan maksimum yang terdapat pada tren tersebut meletakkan KLIA Ekspres sama taraf dengan tren di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Perancis.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripadaBuku Teks Tingkatan 5, muka surat 61)

Pendahuluan

Petikan membincangkan ___________________________________ pengangkutan moden.

Isi tersurat

ERL mampu bergerak dengan kelajuan maksimum 160 kilometer sejam.

Malaysia dapat bersaing dalam kepesatan ekonomi.

penumpang tidak perlu lagi melakukan pendaftaran masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana urusan itu dapat dilakukan di KL CAT.

perjalanan KLIA Ekspres yang membawa penumpang dari KL CAT ke KLIA hanya mengambil masa yang pendek.

Sistem pengendalian Bagasi secara automatik telah disediakan.

kamera pengawasan digunakan bagi merekod transaksi beg

merakamkan perbuatan orang yang tidak bertanggungjawab yang mungkin membuka atau mencuri beg-beg berkenaan.

perkhidmatan ERL menjanjikan keselesaan dan keselamatan yang maksimum.

Tren berhawa dingin ini dilengkapkan dengan kerusi empuk yang selesa tempat bagasi yang lebih luas.

Bil

Kata Kunci

Ayat 1 Mampu ERL mampu bergerak dengan kelajuan maksimum 160 km/jam 2 Dapat Malaysia dapat bersaing dalam kepesatan ekonomi.

3 Tidak perlu penumpang tidak perlu lagi melakukan pendaftaran masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana urusan itu dapat dilakukan di KL CAT. 4 Hanya perjalanan KLIA Ekspres yang membawa penumpang dari KL CAT ke KLIA hanya mengambil masa yang pendek. 5 Telah Sistem pengendalian Bagasi secara automatik telah disediakan. 6 Digunakan kamera pengawasan digunakan bagi merekod transaksi beg 7 Merakamkan Merakamkan perbuatan orang yang tidak bertanggungjawab yang mungkin membuka atau mencuri beg-beg berkenaan. 8 Menjanjikan Perkhidmatan ERL menjanjikan keselesaan dan keselamatan yang maksimum. 9 Dilengkapkan Tren berhawa dingin ini dilengkapkan dengan kerusi empuk yang selesa dan tempat bagasi yang lebih luas

Kesimpulan

Semua pihak mesti menggunakan kemudahan pengangkutan moden dengan baik agar dapat digunakan oleh semua lapisan masyarakat.

Soalan 2(a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Berikan maksud rangkai kata faktor utama. Maksud rangkai kata faktor utama ialah punca terpenting

Siapakah yang mencetuskan idea pembinaan KLIA Ekspres? Orang yang mencetuskan idea pembinaan KLIA Ekspres ialah Yang Amat Berhormat Mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menyediakan pengangkutan moden? Pada pendapat saya kita perlu menyediakan pengangkutan moden agar kita boleh cepat sampai ke tempat yang dituju. Kita juga akan mendapat perkhidmatan yang lebih selesa, tidak perlu membuang masa kerana terpaksa menunggu lama di samping keselamatan yang lebih terjamin.

SET 7

Baca petikan di bawah dengan teliti,kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah mengekalkan perpaduan kaum dan kesan-kesannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Perpaduan merupakan pemangkin dalam mewujudkan kestabilan sosial dan pembangunan sesebuah negara. Suatu ikatan perpaduan yang erat perlu dijalin demi mewujudkan sebuah negara yang maju dengan memberi tumpuan kepada konsep pembangunan komuniti tanpa mengabaikan nilainilai murni kemasyarakatan. Oleh itu, kita harus menghargai segala yang diperoleh selama ini dan melipatgandakan usaha bagi meningkat perpaduan kaum. Dalam konteks ini, perpaduan dan kerjasama berkait rapat. Hal ini penting untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara.

Dalam usaha untuk memastikan perpaduan dapat dikekalkan, semangat ini hendaklah dipraktikkan sejak bangku sekolah lagi. Selain itu, semangat ini perlu diamalkan dalam kehidupan seharian demi menjamin keutuhan ekonomi dan berjuang bersama-sama untuk mempertahankan Malaysia bagi mengekalkan kemerdekaan dan keamanan.

Di samping itu ,rakyat Malaysia perlu menyokong usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk mewujudkan perpaduan di negara ini agar keamanan negara dapat dikecapi. Seterusnya, walaupun di mana-mana kita berada di Malaysia ini,kita mestilah mematuhi undang-undang. Kita juga mestilah menghormati undang-undang negara ini supaya kehidupan kita lebih harmoni. Untuk mengelakkan ketegangan kaum pula, setiap kaum di negara ini mestilah menghormati kaum yang lain baik dari segi agama,bahasa,budaya dan sebagainya. Oleh itu prinsip hormat-menghormati ini sangat penting untuk menegakkan keamanan dan kesejahteraan hidup di negara kita.

Sesungguhnya perpaduan akan menjadi realiti jika setiap warga sedar akan tanggungjawab dan peranan masing-masing serta sedia menyahut cabaran untuk berubah sesuai dalam era globalisasi. Sememangnya perpaduan amat penting dalam apa-apa situasi sekalipun sama ada ketika senang dan lebihlebih lagi ketika susah. Perpaduan yang perlu disuburkan dalam kalangan rakyat tidak harus terhad kepada aspek tertentu seperti perpaduan kaum, malah harus meliputi segala perkara yang melibatkan kepentingan bersama khususnya dan kepentingan negara amnya. Andai kata perpaduan di negara tergugat, akan terjadilah seperti maksud peribahasaIbarat telur sesangkak,pecah sebiji, pecah semua.

( Dipetik dan diubahsuai daripada buku teks tingkatan 5,halaman 97-99 ) Rangka jawapan

Pengenalan

Petikan di atas membincangkan usaha-usaha/cara-cara mengekalkan perpaduan.

Bil.

Kata kunci

Isi tersurat 1 Harus menghargai harus menghargai segala yang diperoleh selama ini 2 melipatgandakan melipatgandakan usaha bagi meningkat perpaduan kaum 3 Hendaklah dipraktik hendaklah dipraktikkan sejak bangku sekolah 4 Perlu diamalkan perlu diamalkan dalam kehidupan seharia 5

Perlu menyokong perlu menyokong usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan 6 Mestilah mematuhi mestilah mematuhi undang-undang 7 Mesti menghormati mestilah menghormati undang-undang 8 Mesti menghormati mestilah menghormati kaum yang lain baik dari segi agama,bahasa,budaya dan sebagainya. 9 Sedar akan sedar akan tanggungjawab dan peranan masing-masing Kesimpulan:

Semua pihak perlu bekerjsama untuk mengekalkan perpaduan kaum agar keamanan negara ini terus dicapai.

Soalan 2(a) - Petikan Umum Beri maksud rangkai kata mengekalkan kemerdekaan

Maksud rangkai kata tersebut ialah tidak mahu dijajah/terus memerintah sendiri

Mengapakah perpaduan amat penting bagi sesebuah negara?

Perpaduan amat penting bagi sesebuah negara kerana dapat mewujudkan negara maju, mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara.

Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mengeratkan hubungan masyarakat ?

Pada pendapat saya, aktiviti yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mengeratkan hubungan masyarakat ialah mengadakan aktiviti gotongroyong, mengadakan majlis rumah terbuka daerah,sering mengadakan perjumpaan dengan penduduk dan membuat lawatan ke kawasan-kawasan tersebut

SET 8

Baca petikan di bawah dengan teliti,kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan-kelebihan penggunaan MyKad dalam urusan harian dan kekangannya. Panjang rumusan anda tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kad Pintar Pelbagai guna Kerajaan (KPPK) atau sekarang ini dikenal juga dengan nama MyKad bukan sahaja yang pertama di dunia,malahan juga ciptaan yang menjadi kebanggaan negara kita. MyKad merupakan satu daripada tujuh aplikasi perdana yang dibangunkan di bawah Koridor Raya Multimedia. Secara mudahnya, MyKad ialah penggunaan lebih daripada satu kad dalam sekeping kad. Sesuai dengan namanya, maka MyKad menggabungkan beberapa dokumen peribadi seperti kad pengenalan, lesen memandu,maklumat pasport antarabangsa, MEPS tunai dan capaian prasarana kekunci awam

Sehubungan perkara di atas, dapat menggunakan MyKad sebagai kad ATM atau sebagai alat urus niaga e-dagang.Selain itu dapat mengurangkan penggunaan kertas dan menjimatkan masa berurus niaga,semasa berurusan dengan pejabat-pejabat kerajaan atau swasta kerana pengisian borang secara konvensional tidak diperlukan lagi.

Projek KPPK ini telah mula dilancarkan pada 2001 dan pelancarannya ke seluruh negara pada 2002. Pelaksanaan KPPK ini merupakan satu titik sejarah negara dalam usaha menerokai dunia multimedia kerana Malaysia bukan sahaja menjadi negara pertama menggunakan kad pintar di dunia, malahan menjadi negara pencipta kad pintar pelbagai guna yang tercanggih..Penciptaan kad seperti ini juga akan menjadi perintis teknologi terunggul di rantau ini dan pada mata dunia.Teknologi cip dan biometriks yang yang digunakan pada kad pintar mampu meningkatkan keyakinan yang tinggi dalam kalangan pengguna khususnya dari segi keselamatannya. Ciriciri keselamatan tersebut melindungi pemiliknya daripada sebarang pemalsuan dan penyalahgunaan kad

Agensi-agensi yang terbabit akan menggunakan alat pembaca mudah alih yang direka khas untuk mengesan maklumat pemegang kad bagi tujuan pengesahan. Untuk tujuan urusan yang diperlukan, pemilik kad hanya dikehendaki meninggalkan kesan cap jari pada permukaan pengimbas kad di samping memasukkan kad ke dalam alat pembaca kad. Jika kesan cap jari itu sama seperti yang dipaparkan dalam cip makro yang terdapat pada permukaan kad tersebut, maka kad berkenaan dianggap sah dan urusan yang selanjutnya boleh diteruskan. Kejayaan kita mencipta kad pintar seperti ini meletakkan negara kita setaraf dengan negara maju.

( Dipetik dan diubahsuai daripada buku teks tingkatan 5,halaman 232-233 )

Rangka jawapan

Pengenalan

Petikan di atas membincangkan kebaikan-kebaikan / kekuatan-kekuatan / keistimewaan-keistimewaan penggunaan MyKad dalam urusan harian.

Isi Tersurat

Bil.

Kata kunci

Isi tersurat 1 menggabungkan menggabungkan beberapa dokumen peribadi 2 Dapat menggunakan dapat menggunakan MyKad sebagai kad ATM atau sebagai alat urus niaga edagang 3 Dapat mengurangkan dapat mengurangkan penggunaan 4 Menjimatkan menjimatkan masa berurus niaga 5 Merupakan merupakan satu titik sejarah negara dalam usaha menerokai dunia multimedia

6 Akan menjadi akan menjadi perintis teknologi terunggul di rantau ini dan pada mata dunia 7 Mampu meningkatkan mampu meningkatkan keyakinan yang tinggi dalam kalangan pengguna khususnya dari segi keselamatannya 8 Meletakkan meletakkan negara kita setaraf dengan negara maju.

Kesimpulan

Pihak kerajaan perlu melaksanakan penggunaan MyKad dalam semua urusan harian agar rakyat menikmati perkhidmatan awan dengan lebih berkesan.

Soalan 2(a) - Petikan Umum

Beri maksud rangkai kata yang tercanggih

Maksud rangkai kata tersebut ialah yang termoden/terkini/terbaharu

Bagaimanakah maklumat pemegang MyKad dapat dikesan melalui alat

pembaca mudah alih?

Maklumat pemegang kad dapat dikesan melalui alat pembaca mudah alih dengan menggunakan MyKad,pemilik kad hanya dikehendaki meninggalkan kesan cap jari pada permukaan pengimbas kad dan memasukkan kad ke dalam alat pembaca kad

Pada pendapat anda, nyatakan peranan yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memastikan penggunaan MyKad berjalan dengan lancar?

Pada pendapat saya peranan yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memastikan penggunaan MyKad berjalan dengan lancar ialah kerajaan sering melakukan pemantauan,menjaga kualiti MyKad ,jika hilang tidak mengambil masa yang lama untuk diganti, tidak mengenakan bayaran/denda untuk mengantikan MyKad yang baru dan menyediakan perkhidmatan membuat MyKad di kawasan luar bandar. Penggunaan MyKad dicadangkan supaya dimiliki oleh semua rakyat di negara ini.

SET 9

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan menganjurkan sukan bertaraf antarabangsa dan langkahlangkah meningkatkan mutu penganjuran sukan tersebut . Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.

Sejak akhir-akhir ini, Malaysia telah mendapat pengiktirafan untuk menganjurkan pelbagai kejohanan yang bertaraf antarabangsa. Antara kejohanan yang pernah dianjurkan termasuklah Sukan Komanvel ke-XVI pada tahun 1998, Kejohanan Hoki Piala Dunia 2002, kejohanan Sukan Lumba Basikal Le Tour dLangkawi , Kejohanan Bot Laju Formula 1 (F1), Kejohanan Perlumbaan Kereta Formula 1 sejak 1999 dan banyak lagi. Usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan ini sebenarnya banyak mendatangkan manfaat bukan sahaja kepada negara, malahan kepada rakyat juga.

Penganjuran sukan yang bertaraf antarabangsa ini akan mempromosikan negara kita ke seantero dunia. Setiap kejohahan yang dijalankan biasanya disiarkan secara langsung melalui siaran televisyen ke seluruh dunia. Hal ini akan menyebabkan penduduk di negara-negara lain yang juga merupakan peminat setia sesuatu jenis sukan itu akan mengetahui kedudukan negara Malaysia. Mereka sudah tentu akan terpikat dengan keunikan dan kecantikan flora dan fauna di negara kita. Selain itu, sebelum kejohanan berlangsung, pihak penganjur akan mengadakan promosi dengan pelbagai cara untuk menarik kehadiran penonton. Secara tidak langsung, kita dapat mempromosikan negara.

Selain itu, kehadiran penonton yang menyaksikan kejohanan ini juga akan merancakkan aktiviti pelancongan di negara kita. Kehadiran pelancong semasa temasya sukan ini berlangsung membantu meningkatkan pendapatan negara melalui pertukaran wang asing. Kebiasaannya, penonton yang menyaksikan sesuatu kejohanan itu akan datang lebih awal. Di samping menyaksikan pertandingan, mereka juga berkesempatan untuk menikmati keindahan dan keunikan flora dan fauna di negara kita. Selain meningkatkan industri pelancongan, kehadiran pelancong juga dapat memajukan industri perhotelan.

Mereka juga akan tertarik dengan keunikan hasil kraf tangan rakyat negara ini seperti anyaman , seramik, dan batik. Secara tidak langsung industri kraf tangan ini akan berkembang maju. Apabila mereka kembali ke negara asal, mereka akan menceritakan pengalaman yang diperoleh kepada ahli keluarga atau rakan-rakan yang lain. Hal yang demikian, hasil kraf tangan negara ini telah diperkenal ke negara-negara lain melalui penganjuran sukan tersebut. Memang tidak dapat dinafikan bahawa penganjuran temasya sukan peringkat antarabangsa membuktikan bahawa negara kita mampu menyaingi negaranegara lain terutamanya dari segi kemudahan infrastruktur dan penyediaan prasarana sukan . Stadium sukan, kemudahan menjalankan latihan secara berpusat, dan peralatan sukan yang bertaraf dunia menjadi kayu ukur semasa membuat persediaan menganjurkan sukan di peringkat antarabangsa. Di samping kejayaan negara menyediakan kemudahan dan menganjurkan sukan di peringkat antarabangsa, negara juga sebenarnya berjaya berjaya menjanakan ekonominya .

(Dipetik dan diubahsuai daripada buku teks Ting. 5, muka surat 219) Rangka jawapan

Pendahuluan :

Petikan membincangkan______________________________________menganjurkan sukan bertaraf antarabangsa.

Isi Tersurat:

Bil

Kata kunci

Isi tersurat 1 mempromosi akan mempromosi negara kita ke seantero dunia 2 Akan mengetahui akan mengetahui kedudukan negara Malaysia 3 merancakkan merancakkan aktiviti pelancongan di negara 4 meningkatkan

membantu meningkatkan pendapatan negara melalui pertukaran wang asing. 5 memajukan Dapat memajukan industri perhotelan. 6 Akan berkembang industri kraf tangan ini akan berkembang maju 7 menjanakan negara juga berjaya menjanakan ekonominya.

Kesimpulan:

Semua pihak hendaklah bekerjasama dalam_______________________________________ demi kemajuan negara

Soalan 2(a) - Petikan Umum

Berikan maksud rangkai kata keunikan flora dan fauna

Rangkai kata keunikan flora dan fauna bermaksud keistimewaan tumbuhan dan haiwan

Apakah kemudahan-kemudahan infrastruktur dan prasarana sukan yang perlu ada dalam penganjuran sukan bertaraf antarabangsa?

Kemudahan-kemudahan infrastruktur dan prasarana sukan yang perlu ada dalam penganjuran sukan bertaraf dunia ialah stadium sukan, kemudahan menjalankan latihan secara berpusat, dan peralatan sukan yang bertaraf dunia

Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat hari ini digalakkan melakukan aktiviti bersukan.

Masyarakat hari ini digalakkan melakukan aktiviti bersukan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan, dapat kecergasan mental/otak, mengelakkan penyakit, mengisi masa lapang, merapatkan hubungan antara jiran tetangga/ ahli keluarga dan dapat ramai kawan

SET 10

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan melabur dalam Saham Amanah dan usaha-usaha mengalakkan rakyat melabur. . Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.

Amanah saham ialah suatu bentuk pelaburan terkumpul yang membenarkan pelabur yang mempunyai matlamat serupa mengumpulkan dana masingmasing untuk dilaburkan dalam satu portfolio sekuriti yang diuruskan oleh para pengurus dana profesional. Hal yan demikian, pelbagai skim amanah saham telah diwujudkan di negara kita sama ada yang dianjurkan pihak kerajaan mahupun pihak swasta. Antara skim amanah saham yang popular di negara kita termasuklah skim Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputra (ASB), Amanah Saham Wawasan (ASW) dan banyak lagi. Skim amanah saham yang dianjurkan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap sosioekonomi yang menyeluruh dalam kalangan ahli masyarakat. Semua dana yang diwujudkan merupakan satu pelaburan yang baik untuk melatih rakyat menyimpan sambil melabur. Oleh itu, rakyat digalakkan merebut peluang melabur dalam skim amanah demi jaminan masa hadapan terutama golongan remaja

Menerusi dana ini, pihak kerajaan memberikan peluang kepada rakyat untuk sama-sama berkongsi dan menikmati kemakmuran ekonomi negara . Rakyat diberi peluang dan kemudahan pinjaman melalui institusi kewangan untuk melabur dalam skim amanah saham. Selain itu, penglibatan semua kaum dalam pelaburan saham amanah dapat merapatkan jurang perbezaan sumber pendapatan antara kaum yang agak ketara pada masa ini seterusnya mewujudkan satu usaha yang lebih mantap ke arah pembentukan perpaduan nasional selaras dengan matlamat Wawasan 2020. Perpaduan nasional penting kepada sesebuah negara demi menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Melalui penyertaan skim ini, rakyat juga akan dapat membantu kerajaan dalam usaha membangunkan negara ini ke arah yang lebih pesat. Pengalaman lalu apabila negara kita dilanda kegawatan ekonomi telah menjadikan rakyat semakin matang dan sedar akan kepentingan sesuatu aktiviti pelaburan demi kesejahteraan masa depan. Secara tidak langsung, rakyat telah sama-sama menyokong usaha kerajaan supaya tidak membazir dan seterusnya bersama-sama membangunkan negara. Dengan simpanan yang besar, institusi kewangan negara juga bertambah kukuh lantaran sikap rakyat yang suka menyimpan.

Kejayaan dana ini bergantung kepada kesungguhan rakyat untuk sama-sama mengorak langkah menyahut seruan kerajaan yang menginginkan negara mencapai kemajuan setanding dengan negara-negara luar. Sikap rakyat yang suka melabur ini menunjukkan mereka telah sedar bahawa apa-apa yang telah dikecapi selama ini sebenarnya merupakan satu usaha ke arah menjamin masa depan mereka. (Dipetik dan diubah suai daripada buku teks Ting 5, ms 176)

Rangka jawapan

Pendahuluan:

Petikan membincangkan ______________________________________________melabur dalam saham amanah.

Isi Tersurat :

Bil

Kata kunci

Isi tersurat 1 Untuk meningkatkan bertujuan untuk meningkatkan tahap sosioekonomi yang menyeluruh dalam kalangan ahli masyarakat. 2 Untuk melatih untuk melatih rakyat menyimpan sambil melabur. 3 memberikan peluang memberikan peluang kepada rakyat untuk sama-sama berkongsi dan menikmati kemakmuran ekonomi Negara 4 merapatkan jurang merapatkan jurang perbezaan sumber pendapatan antara kaum 5 mewujudkan

Seterusnya mewujudkan satu usaha yang lebih mantap ke arah pembentukan perpaduan nasional 6 membantu Membantu kerajaan dalam usaha membangunkan negara ini ke arah yang lebih pesat 7 bertambah institusi kewangan negara juga bertambah kukuh lantaran sikap rakyat yang suka menyimpan.

Kesimpulan:

Semua pihak hendaklah melabur dalam _____________________________________demi kemajuan negara.

Soalan 2(a) - Petikan Umum

Berikan maksud rangkai kata merebut peluang dalam petikan di atas.

Rangkai kata merebut peluang bermaksud mendapatkan kesempatan yang ada

Apakah ciri-ciri yang menentukan kejayaan pelaburan amanah saham?

Ciri-ciri yang menentukan kejayan pelaburan amanah saham adalah kesungguhan rakyat untuk sama-sama mengorak langkah menyahut seruan kerajaan, sikap rakyat yang suka melabur dan mereka telah sedar

Pada pendapat anda, mengapakah golongan remaja kurang melabur dalam skim amanah saham?.

Golongan remaja kurang melabur dalam skim amanah saham kerana mereka tidak ada kerja yang stabil, tidak tahu tentang amanah saham, tidak ada duit/gaji kecil, terpaksa menanggung keluarga, lebih suka menggunakan wang untuk berhibur, dan suka pergi ke pusat komputer

SET 11

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah menangani masalah ponteng sekolah dan kekangan untuk menanganinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Gejala ponteng sekolah boleh mengakibatkan pelajar terjerumus ke dalam gejala sosial yang lain pula. Perlakuan begini jika tidak dibendung akan mendatangkan masalah kepada ibu bapa, sekolah dan negara secara keseluruhannya. Masalah ini tidak boleh ditangani oleh satu pihak sahaja tetapi memerlukan kerjasama dari pelbagai pihak. Pihak sekolah harus sentiasa berhubung rapat dengan pihak ibu bapa apabila mereka mendapati pelajar yang berkenaan tidak hadir ke sekolah selama beberapa hari. Pihak ibu bapa pula disarankan supaya sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak sekolah jika gejala sebegini rupa dilaporkan kepada mereka.

Ibu bapa tidak seharusnya melepaskan tanggungjawab mendidik anak-anak mereka hanya kepada guru semata-mata. Sebaliknya, ibu bapa perlulah

mengawasi kegiatan luar anak-anak secara menyeluruh agar mereka tidak akan terjebak dengan kegiatan yang boleh merosakkan mentaliti dan sikap anak masing-masing. Dalam hal ini, ibu bapa tidak sepatutnya mengharapkan guru sahaja kerana mereka juga mempunyai beberapa tanggungjawab lain yang perlu dijalankan di sekolah. Anak-anak berada bersama guru-guru hanyalah di sekolah dalam tempoh lebih kurang 8 jam manakala selebihnya anak-anak akan bersama ibu bapa, ahli keluarga atau rakan-rakan mereka.

Antara punca pelajar ponteng sekolah ialah pelajar tidak minat datang ke sekolah. Pihak sekolah mestilah menggunakan pendekatan mesra pelajar bagi menarik minat mereka untuk datang ke sekolah. Guru-guru haruslah mendapatkan maklumat punca pelajar tidak minat untuk datang ke sekolah. Dalam hal ini, guru hendaklah bersifat terbuka dan tidak terus menghukum pelajar secara terburu-buru. Ibu bapa boleh membantu pihak sekolah untuk mendapatkan maklumat tersebut dengan bertanya kepada anak-anak mereka. Peningkatan kes ponteng dalam kalangan pelajar sekolah menengah atau rendah adalah disebabkan oleh perubahan psikologi dari kanak-kanak ke alam remaja. Mereka sedang mencari identiti diri, tidak mahu dianggap keanak-anakan dan berlagak seperti orang dewasa.

Pihak sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar haruslah berperanan sepenuhnya dalam mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar. Pihak sekolah sepatutya merancang sesuatu aktiviti yang menarik bagi menimbulkan minat pelajar untuk datang ke sekolah. Aktiviti seperti ini boleh dijalankan melalui kegiatan kokurikulum ataupun kegiatan akademik secara menyeluruh.

(Dipetik dan diubahsuai daripada buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Pendahuluan:

Petikan membincangkan ________________________ menangani masalah ponteng sekolah.

Isi tersurat:

Bil

Kata Kunci

Ayat 1 Harus Pihak sekolah harus sentiasa berhubung rapat dengan pihak ibu bapa 2 Disarankan Pihak ibu bapa pula disarankan supaya sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak sekolah 3 Perlulah ibu bapa perlulah mengawasi kegiatan luar anak-anak secara menyeluruh 4 Mestilah Pihak sekolah mestilah menggunakan pendekatan mesra pelajar bagi menarik minat mereka untuk datang ke sekolah. 5 Haruslah Guru-guru haruslah mendapatkan maklumat punca pelajar tidak minat untuk

datang ke sekolah. 6 Hendaklah guru hendaklah bersifat terbuka dan tidak terus menghukum pelajar secara terburu-buru. 7 Haruslah Pihak sekolah haruslah berperanan sepenuhnya dalam mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar. 8 Sepatutnya Pihak sekolah sepatutya merancang sesuatu aktiviti yang menarik bagi menimbulkan minat pelajar untuk datang ke sekolah.

Kesimpulan: Semua pihak hendaklah________________________________________ agar ____________________________________

Soalan 2(a) - Petikan Umum

Apakah punca-punca pelajar ponteng sekolah?

pelajar tidak minat datang ke sekolah. perubahan psikologi dari kanak-kanak ke alam remaja.

Punca-punca pelajar ponteng sekolah ialah pelajar tidak minat datang ke sekolah dan mengalami perubahan psikologi dari kanak-kanak ke alam remaja.

Apakah perubahan psikologi yang dialami oleh pelajar sekolah?

Mereka sedang mencari identiti diri, tidak mahu dianggap keanak-anakan berlagak seperti orang dewasa.

Perubahan psikologi yang dialami oleh pelajar sekolah ialah mereka sedang mencari identiti diri, tidak mahu dianggap keanak-anakan dan berlagak seperti orang dewasa.

Pada pendapat anda, mengapa pelajar tidak minat untuk datang ke sekolah?

Pengajaran guru tidak menarik Guru selalu marah-marah Kerja rumah tidak siap Mengantuk Tidak faham isi pelajaran Keadaan kelas yang tidak selesa/panas

Pelajar tidak berminat untuk datang ke sekolah kerana cara guru mengajar membosankan, cikgu selalu marah-marah, kerja rumah tidak siap, mengantuk, tidak faham apa yang cikgu ajar, kelas yang tidak selesa dan

panas.

LANGKAH 4 : MENULIS BAHAGIAN KESIMPULAN

Menulis bahagian kesimpulan rumusan Untuk menulis bahagian kesimpulan rumusan, pelajar dicadangkan:

Mulakan dengan perkataan Kesimpulannya

Menyatakan siapa yang perlu bertindak ? Menyatakan tindakan yang berkaitan dengan arahan soalan Gunakan penanda wacana agar atau supaya Menyatakan apakah hasil tindakan itu?

Contoh bahagian kesimpulan

Kesimpulannya, Semua pihak ( siapa) hendaklah menjaga kebersihan sungai - (tindakan) agar ( penanda wacana) kita sentiasa mendapat sumber air yang bersih. ( hasil tindakan )

Contoh ayat lengkap.

1. Kesimpulannya, semua pihak hendaklah menjaga kebersihan sungai agar kita sentiasa mendapat sumber air yang bersih.

2. Kesimpulannya semua pihak hendaklah bekerjasama menangani masalah ponteng dalam kalangan pelajar agar dapat melahirkan remaja yang bertanggungjawab.

Kesimpulannya semua pihak hendaklah menjaga keindahan alam sekitar supaya dapat mewujudkan suasana yang bersih.

Kesimpulannya semua pihak hendaklah mengalakkan pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum agar dapat melahirkan pelajar yang berdisiplin.

Kesimpulannnya semua pihak hendaklah mengalakkan penggunaan Teknologi Maklumat agar kita dapat melahirkan anggota masyarakat yang bermaklumat.

Soalan Rumusan 1

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara untuk mengindahkan kawasan sekolah. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 65 patah perkataan.

Pada awal sesi persekolahan pelbagai gelagat murid dapat diperhatikan. Ada yang ditemani oleh ibu bapa, ada yang hanya duduk di luar kelas, ada yang menangis dan sebagainya. Untuk memastikan sekolah tidak menjadi tempat yang membosankan , pelbagai usaha dilakukan oleh pihak pengurusan sekolah. Antaranya ialah memastikan persekitaran sekolah yang selesa, selamat, indah dan menarik. Terdapat sekolah yang membelanjakan banyak wang untuk mengindahkan kawasan sekolah. Salah satu usaha yang boleh dilakukan ialah mengecat bangunan sekolah dengan warna-warna yang menarik terutama pada bangunan lama, supaya tidak kelihatan usang. Dinding bangunan ini tidak dibiarkan kosong begitu sahaja. Mural dilukis pada dinding dan tembok. Lukisan mural ini mempunyai mesej tertentu di samping menggalakkan suasana pembelajaran. Pihak sekolah boleh juga menghiaskan kawasan sekolah dengan pokok-pokok bunga. Pokok-pokok hiasan boleh ditanam di

dalam pasu atau ditanam terus di atas tanah. Walaupun usaha-usaha ini dilakukan, sesebuah sekolah tidak akan kelihatan indah jika kebersihan diabaikan Oleh itu, kebersihan persekitaran sekolah perlu dijaga.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Sekolahku Indah oleh Kamariah Sorjana Mohd. Noor - Gunung Lambak - 13 Mac 2006 ) Latihan: i. Bahagian pendahuluan rumusan.

Lengkapkan ayat berikut dengan menggunakan kata kunci yang sesuai. Petikan menerangkan ......................................................................untuk mengindahkan kawasan sekolah

ii. Teliti isi tersurat yang terdapat dalam jadual berikut dan bina ayat yang sesuai bagi menjelaskan isi yang berkenaan, berdasarkan petikan di atas.

Bil.

Isi tersurat

Peluasan ayat

1.

mengecat bangunan sekolah

2.

Mural dilukis pada dinding dan tembok

3.

menghiaskan kawasan sekolah dengan pokok-pokok bunga

4.

kebersihan persekitaran sekolah perlu dijaga

iii. Bahagian kesimpulan

Lengkapkan tempat kosong di bawah dengan menggunakan kata atau frasa atau ayat yang sesuai.

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah.......................................................................agar

LANGKAH 5 : MENULIS RUMUSAN SEPENUHNYA

Tulis semula ayat bahagian pendahuluan Tulis atau salin semula semua ayat isi tersurat yang telah dikenal pasti daripada petikan, dalam satu perenggan. Tulis semula ayat bahagian kesimpulan Pastikan ayat-ayat yang ditulis atau disalin semula menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul

Contoh jawapan 1

Petikan menerangkan langkah-langkah untuk mengindahkan kawasan sekolah. Mengecat bangunan sekolah. Mural dilukis pada dinding dan tembok. Menghiaskan kawasan sekolah dengan pokok-pokok bunga. Kebersihan persekitaran sekolah perlu dijaga. Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama untuk mengindahkan kawasan sekolah agar para pelajar minat untuk datang ke sekolah. Contoh jawapan 2

Petikan menerangkan langkah-langkah untuk mengindahkan kawasan sekolah. Salah satu usaha yang boleh dilakukan ialah mengecat bangunan sekolah dengan warna-warna yang menarik terutama pada bangunan lama, supaya tidak kelihatan usang. Mural dilukis pada dinding dan tembok. Pihak sekolah boleh juga menghiaskan kawasan sekolah dengan pokok-pokok bunga. Oleh itu, kebersihan persekitaran sekolah perlu dijaga. Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama untuk mengindahkan kawasan sekolah agar para pelajar sentiasa berminat untuk datang ke sekolah.

LANGKAH 6 : MEMURNIKAN JAWAPAN RUMUSAN

* Tambahkan perkataan yang sesuai untuk melengkapkan ayat atau memperluas ayat.

* Gunakan penanda wacana yang sesuai supaya ayat-ayat yang dibina menjadi lebih gramatis dan bermakna. Contoh jawapan yang dimurnikan : Petikan menerangkan usaha-usaha untuk mengindahkan kawasan sekolah. Antara usaha yang boleh dilakukan ialah mengecat bangunan sekolah dengan warna-warna yang menarik. Lukisan Mural dilukis pada dinding dan tembok. Pihak sekolah boleh juga menghiaskan kawasan sekolah dengan pokok-pokok bunga. Akhirnya kebersihan persekitaran sekolah perlu dijaga untuk mengekalkan keindahannya. Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama mengindahkan kawasan sekolah agar dapat menarik minat pelajar untuk ke sekolah.

Soalan Rumusan 2

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca kemalangan jalan raya berlaku di negara ini. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 70 patah perkataan.

Kemalangan jalan raya kerap berlaku di negara kita. Kadar kemalangan meningkat pada setiap kali musim perayaan, walaupun pelbagai kempen dan tindakan telah dijalankan oleh pihak berkuasa. Peningkatan jumlah kemalangan merupakan suatu kerugian yang melibatkan nyawa, harta benda, wang, tenaga manusia, dan masa. Memandangkan bilangan kematian terus meningkat, maka wajarlah pengeluaran lesen memandu diperketat demi membendung kejadian yang menyayat hati, terutamanya pada musim perayaan.

Pada musim perayaan jumlah kenderaan di jalan raya pastinya akan bertambah, namun adakah wajar alasan tersebut diterima sebagai punca utama kemalangan berlaku ?. Sebenarnya penyebab utama yang dikenal pasti ialah sikap pemandu itu sendiri yang seringkali mengundang tragedi. Pergerakan kenderaan yang seharusnya berjalan lancar ternyata tergugat apabila ada dalam kalangan pemandu yang terus menunjukkan sikap tidak mahu mematuhi peraturan jalan raya. Pemandu kerap kali mengubah arah laluan secara sesuka hati. Mereka memasuki lorong kecemasan semata-mata kerana hendak cepat. Perbuatan sebegini akan menjadi punca kemalangan.

Berkaitan dengan penggunaan jalan raya ini juga kita turut kecewa apabila terdengar kemalangan berlaku disebabkan sesebuah kenderaan yang dipandu laju. Banyak kes melibatkan keadaan seperti itu dan sekali gus membuktikan pemandu kenderaan masih lagi dengan sikap syok sendiri di jalan raya yang akhirnya mengorbankan diri mereka. Oleh itu, sudah tiba masanya pihak berkuasa membanteras habis-habisan pemandu tidak berdisiplin yang masih wujud. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Episod sedih jalan raya perlu dihentikan oleh Zulkiflee Bin Bakar, Mingguan Malaysia, 29 Januari 2006)

Latihan:

i. Bahagian pendahuluan rumusan.

Lengkapkan ayat berikut dengan menggunakan kata kunci yang sesuai. Petikan menerangkan ......................................................................kemalangan jalan raya berlaku di negara ini.

ii. Teliti isi tersurat yang terdapat dalam jadual berikut dan bina ayat yang sesuai bagi menjelaskan isi yang berkenaan, berdasarkan petikan di atas.

Bil.

Isi tersurat

Peluasan ayat

1.

Jumlah kenderaan bertambah

2.

Sikap pemandu

3.

Tidak mematuhi peraturan

4.

Kenderaan yang dipandu laju

iii. Bahagian kesimpulan

Lengkapkan tempat kosong di bawah dengan menggunakan kata atau frasa atau ayat yang sesuai.

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah........................................................................agar

........................................................................................................................... ...............

Menulis jawapan rumusan: Lengkapkan ayat-ayat dalam petikan yang berikut untuk membentuk jawapan rumusan . Gunakan penanda wacana serta kata dan frasa yang sesuai untuk kesinambungan isi dan makna atau kata hubung yang tepat untuk menyambungkan ayat.

Contoh:

antaranya ialah - sebenarnya cuai dan mementingkan diri

akur kepada peraturan dipandu laju sentiasa berhati-hati

Petikan menerangkan sebab-sebab utama kemalangan jalan raya berlaku di negara ini. ................................................ jumlah kenderaan di jalan raya yang bertambah pada musim perayaan. ....................................... penyebab utama yang dikenal pasti ialah sikap pemandu itu sendiri yang ................................................................................ Ramai pemandu yang terus menunjukkan sikap tidak mahu ................................................................................. Kemalangan juga berlaku disebabkan sesebuah kenderaan yang ..................................................... Kesimpulannya, semua pihak hendaklah .......................................................................agar kejadian kemalangan jalan raya dapat dielakkan.

Soalan

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan

tentang langkah-langkah memajukan sektor pertanian. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 85 patah perkataan.

Sejak belakangan ini sektor pertanian dilihat sebagai salah satu sektor yang mampu memberikan pendapatan kepada negara. Ekoran daripada itu , kita akan dapat melihat era baru yang menakjubkan dalam industri pertanian negara. Tegasnya kerajaan akan mencorakkan semula sektor pertanian negara untuk menjadikan sektor ini ketiga pentingnya kepada pertumbuhan ekonomi selepas sektor pembuatan dan perkhidmatan. Peningkatan sektor ini bukan sahaja mampu menghasilkan pendapatan dan kekayaan baru bagi negara, malah dapat memperbaiki kualiti hidup pelbagai golongan terutama mereka yang berada di kawasan luar bandar.

Untuk tujuan itu, pasaran produk pertanian dan makanan perlu diperluas ke luar negara. Langkah tersebut selaras dengan proses memperluas perdagangan di peringkat antarabangsa untuk membolehkan hasil pertanian menerokai pasaran baru. Oleh itu, dalam mempelbagaikan sumber kekayaan negara, Malaysia perlu memberikan tumpuan kepada bidang tertentu, terutama dalam industri hiliran seperti minyak kelapa sawit, getah dan petroleum. Sehubungan dengan hal itu, kerajaan perlu menarik semula golongan profesional yang telah menyumbangkan kepakaran mereka kepada negara luar supaya pulang semula ke negara ini. Golongan tersebut amat diperlukan untuk membantu menghasilkan teknologi, barangan keluaran, dan syarikat yang berjenama Malaysia.

Kerajaan juga mengambil langkah untuk menaiktarafkan institut pertanian bagi melahirkan usahawan tani yang berdaya maju. Usahawan tani ini diharap mampu melahirkan lebih banyak industri hiliran dan jenama produk sedia ada termasuk Malaysia Best, Agromas dan Ole Mas. Hal ini selaras dengan hasrat kerajaan memajukan lagi industri pertanian bagi meningkatkan lagi hasil pengeluaran pertanian . (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Memperkasakan Sektor Pertanian oleh Samat Bin Buang, Dewan Siswa, Julai 2005)

Latihan:

i. Bahagian pendahuluan rumusan.

Lengkapkan ayat berikut dengan menggunakan kata kunci yang sesuai. Petikan menerangkan ......................................................................memajukan sektor pertanian di negara ini

ii. Teliti isi tersurat yang terdapat dalam jadual berikut dan bina ayat yang sesuai bagi menjelaskan isi yang berkenaan, berdasarkan petikan di atas.

Bil.

Isi tersurat

Peluasan ayat

1.

mencorakkan semula sektor pertanian

2.

pasaran produk pertanian dan makanan perlu diperluaskan

3. memberikan tumpuan kepada bidang tertentu

4.

menarik semula golongan profesional pulang ke negara

5.

menaiktarafkan institut pertanian

iii. Bahagian kesimpulan

Lengkapkan tempat kosong di bawah dengan menggunakan kata atau frasa atau ayat yang sesuai.

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah...............................................................................

agar.................................................................................................................... .....................

Menulis jawapan rumusan :

Petikan menerangkan strategi-strategi untuk memajukan sektor pertanian di negara ini

Kerajaan akan mencorakkan semula sektor pertanian negara untuk menjadikan sektor ini penting kepada pertumbuhan ekonomi. ( isi tersurat 1 ) ... .. ( isi tersurat 2 ) Malaysia perlu memberikan tumpuan kepada industri hiliran. ( isi tersurat 3 ) ( isi tersurat 4 ) Kerajaan hendaklah menaiktarafkan institut pertanian bagi melahirkan usahawan tani ( isi tersurat 5 )

Kesimpulannya semua pihak hendaklah bekerjasama memajukan industri pertanian demi meningkatkan ekonomi negara.

Soalan

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kesan perbuatan buli terhadap mangsanya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 90 patah perkataan. Perbuatan membuli diertikan sebagai mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan. Lebih 80 peratus pelajar mengakui pernah terlibat dalam kes buli. Kejadian buli tidak harus dipandang

ringan. Hal ini bukan perkara yang remeh-temeh atau tingkah laku yang disifatkan oleh banyak pihak sebagai suka-suka dan gurauan budakbudak semata-mata. Mangsa buli akan mengalami kesan negatif dalam jangka panjang, malah boleh menyebabkan kejadian bunuh diri. Pernah dilaporkan berlaku di luar negara, seorang murid membunuh diri kerana diejek gemuk dan berambut kerinting, malah ada pelajar yang membunuh rakannya kerana tidak tahan dibuli. Lazimnya mangsa buli akan menjadi seorang dewasa yang terlalu emosional sehingga menjejaskan hubungannya dengan orang lain.

Tingkah laku buli bukan sahaja boleh menimbulkan ketakutan kepada mangsanya, tetapi kepada rakan sekelasnya yang menyaksikan perlakuan itu walaupun mereka tidak dibuli. Pemerhati tingkah laku buli akan turut mengalami gangguan emosi. Kejadian yang menimpa rakannya menyebabkan murid berkenaan merasakan persekitaran sekolah tidak lagi selamat. Malah pemerhati buli juga berasa bimbang akan diancam oleh pembuli dan menjadi mangsa seterusnya.

Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia dan Pensyarah Jabatan Pendidikan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM). Profesor Dr. Suradi Salim, berpendapat bahawa mangsa yang dibuli akan merobah personaliti mereka menjadi seorang yang penakut. Mangsa bukan saja takut ke sekolah, malah takut diugut, dipukul dan sebagainya. Jika dibiarkan, akan membentuk peribadi individu terbabit menjadi lemah dan kurang keyakinan diri.

Pelajar-pelajar sekolah perlu menyedari bahawa nyawa dan kehidupan adalah sesuatu yang sangat berharga. Melakukan sesuatu untuk membahayakan diri sendiri dan orang lain sering kali akan membawa padah yang sangat buruk bukan sahaja kepada diri sendiri, malah keluarga.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Menangani Masalah Buli di Sekolah, oleh Haji Samat Buang,

Dewan Siswa, Ogos 2005)

i. Bahagian pendahuluan rumusan.

Lengkapkan ayat berikut dengan menggunakan kata kunci yang sesuai. Petikan menerangkan ......................................................................perbuatan buli terhadap mangsanya.

ii. Teliti isi tersurat yang terdapat dalam jadual berikut dan bina ayat yang sesuai bagi menjelaskan isi yang berkenaan, berdasarkan petikan di atas.

Bil.

Isi tersurat

Peluasan ayat

1.

Mangsa buli akan mengalami kesan negatif.

2.

menyebabkan kejadian bunuh

3.

menjadi seorang dewasa yang terlalu emosional

4.

merobah personaliti mereka menjadi seorang yang penakut.

5.

membentuk peribadi individu terbabit menjadi lemah dan kurang keyakinan diri.

iii. Bahagian kesimpulan

Lengkapkan tempat kosong di bawah dengan menggunakan kata atau frasa atau ayat yang sesuai.

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah ..............................................................................

agar.................................................................................................................... .....................

Menulis jawapan rumusan :

Petikan menerangkan akibat perbuatan buli terhadap mangsanya Mangsa buli akan mengalami kesan negatif dalam jangka panjang, malah boleh menyebabkan kejadian bunuh diri. ( isi tersurat 1 ) . .. .. ( isi tersurat 2 ) ...................................................................................................................... ........................................................................................................................... .....................( isi tersurat 3 ) ..( isi tersurat 4 ) Perbuatan buli boleh mengakibatkan peribadi individu terbabit menjadi lemah dan kurang keyakinan diri. ( isi tersurat 5 ) Kesimpulannya semua pihak hendaklah berperanan membanteras kejadian buli di sekolah untuk mewujudkan suasana yang lebih harmoni

Soalan

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca berlakunya rasuah dalam masyarakat . Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 90 patah perkataan.

Rasuah bukanlah suatu fenomena baru yang wujud dalam masyarakat moden. Kewujudannya telah dikesan sejak ribuan tahun yang lalu dan masalah ini berlaku dalam semua masyarakat sejak manusia mengenal erti peradaban dan membina ketamadunan. Dalam masyarakat kita, rasuah juga dikenali sebagai sogokan, duit kopi, duit bawah meja dan makan suap. Perbuatan dan amalan ini dilakukan secara sembunyi dan rahsia dengan melibatkan sekurang-kurangnya dua orang ataupun dua pihak. Rasuah selalunya mengandungi unsur-unsur penipuan yang melibatkan masyarakat umum dan pelanggaran undang-undang yang dilakukan secara sedar bertujuan untuk mendapat keuntungan.

Sebenarnya terdapat banyak faktor berlakunya amalan rasuah ataupun korupsi. Faktor utama ialah kelemahan kepimpinan dalam sesuatu institusi yang berkaitan. Selain itu, rasuah berlaku disebabkan pemahaman bahawa perbuatan itu bukan satu kesalahan tetapi lebih merupakan ganjaran atas bantuan atau perkhidmatan yang diberikan. Rasuah juga berlaku apabila kemiskinan menjadi dominan dalam kehidupan. Oleh sebab itu, amalan rasuah di negara-negara dunia ketiga didapati lebih serius berbanding negara-negara maju.

Rasuah juga berleluasa kerana longgarnya kawalan dan pengawasan serta tindakan yang kurang tegas. Malahan mereka yang didapati melakukan rasuah dikenakan hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan tersebut. Di sesetengah negara, pesalah rasuah dikenakan hukuman yang berat seperti penjara, tetapi amalan itu tidak dapat dibanteras sehingga ke akar umbi. Keadaan ini berlaku kerana keuntungan yang diperoleh daripada kegiatan rasuah itu adalah jauh lebih besar berbanding risiko yang bakal dihadapi. Selain itu, ramai yang sanggup melakukannya kerana kesalahan rasuah sukar untuk dibuktikan berbanding kesalahan jenayah yang lain.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rasuah: Penyakit Sosial Sepanjang Zaman, oleh Haslina Hassan, Minda, Mac 2004)

i. Bahagian pendahuluan rumusan.

Lengkapkan ayat berikut dengan menggunakan kata kunci yang sesuai. Petikan menerangkan sebab-sebab berlakunya rasuah dalam masyarakat.

ii. Teliti isi tersurat yang terdapat dalam jadual berikut dan bina ayat yang sesuai bagi menjelaskan isi yang berkenaan, berdasarkan petikan di atas.

Bil.

Isi tersurat

Peluasan ayat

1.

kelemahan kepimpinan dalam sesuatu institusi yang berkaitan

2.

pemahaman bahawa perbuatan itu bukan satu kesalahan tetapi lebih merupakan ganjaran atas bantuan atau perkhidmatan yang diberikan.

3.

berlaku apabila kemiskinan menjadi dominan dalam kehidupan.

4.

longgarnya kawalan dan pengawasan

5.

tindakan yang kurang tegas

6.

hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan tersebut

iii. Bahagian kesimpulan

Lengkapkan tempat kosong di bawah dengan menggunakan kata atau frasa atau ayat yang sesuai.

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah ..............................................................................

agar.................................................................................................................... .....................

Menulis jawapan rumusan:

Petikan menerangkan sebab-sebab berlakunya rasuah dalam masyarakat. ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ....................................................................................... Kesimpulannya, semua pihak hendaklah berganding bahu untuk menghapuskan rasuah demi kemakmuran negara .

Soalan

Baca petikan di bawah ini dengan teliti kemudian tulis satu rumusan tentang sebab-sebab yang boleh menghakis kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 90 patah perkataan.

Ramai juga orang yang memikirkan penggunaan bahasa Melayu sekarang agak terjejas. Lihat sahaja di sekeliling kita, pengumuman di pasar raya, kilang, tempat hiburan, malah di mana-mana sahaja, sering dibuat dalam bahasa Inggeris tanpa penggunaan dwibahasa, apatah lagi untuk mendahulukan bahasa Melayu. Yang menyedihkan lagi, ada kalanya pihak

tertentu yang membuat ucapan dalam program awam menggunakan bahasa Inggeris atau diselang seli dengan bahasa Inggeris sedangkan khalayaknya seratus peratus rakyat tempatan.

Keadaan ini terjadi kerana sikap fanatik yang berlebihan apabila kerajaan mula menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris. Sebenarnya mereka yang bersikap demikian terbabas daripada dasar sebenar kerajaan tentang penggunaan bahasa Inggeris, iaitu menggalakkan penguasaan bahasa Inggeris untuk tujuan melahirkan penggunaan berkomunikasi dan penguasaan ilmu. Dasar kerajaan itu telah disahut hingga boleh menjejaskan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Hal ini lebih menyedihkan apabila beberapa institusi pengajian tinggi turut meminggirkan bahasa Melayu dalam pengajian, walaupun untuk bidang bukan teknikal. Jikalau penggunaan bahasa Inggeris di tempat awam dan di majlis rasmi atau tidak rasmi ini tidak dibendung, gejala tidak sihat ini akan terus menular dengan cepat dan meluas tanpa keupayaan sesiapa pun untuk membendungnya. Akibatnya sudah pasti kedudukan bahasa Melayu tergugat dan dikhuatiri bahasa Melayu mungkin hilang ditelan zaman. Fenomena yang berlaku sekarang kerana rasa hormat akan bahasa rasmi negara sudah mula terhakis dan penggunaannya sudah tidak menjadi penting lagi. Sebaliknya bahasa Melayu seolah-olah digunakan secara terpaksa.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Tanggungjawab Melestarikan Budaya oleh Ab. Halim Ab. Karim, Pelita Bahasa, Februari 2004)

i. Bahagian pendahuluan rumusan.

Lengkapkan ayat berikut dengan menggunakan kata kunci yang sesuai. Petikan menerangkan ...................................................................... yang boleh menghakis kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

ii. Teliti isi tersurat yang terdapat dalam jadual berikut dan bina ayat yang

sesuai bagi menjelaskan isi yang berkenaan, berdasarkan petikan di atas.

Bil.

Isi tersurat

Peluasan ayat

1.

sikap fanatik yang berlebihan apabila kerajaan mula menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris

2.

beberapa institusi pengajian tinggi turut meminggirkan bahasa Melayu dalam pengajian

3.

penggunaan bahasa Inggeris di tempat awam dan di majlis rasmi atau tidak rasmi ini dibiarkan

4.

rasa hormat akan bahasa rasmi negara sudah mula terhakis

5.

penggunaannya sudah tidak menjadi penting lagi. Sebaliknya bahasa Melayu seolah-olah digunakan secara terpaksa

iii. Bahagian kesimpulan

Lengkapkan tempat kosong di bawah dengan menggunakan kata atau frasa atau ayat yang sesuai.

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah ..............................................................................

agar.................................................................................................................... .....................

Menulis jawapan rumusan:

Petikan menerangkan faktor-faktor yang boleh menghakis kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ....................................................................................... Kesimpulannya, semua pihak hendaklah memainkan peranan agar kedudukan bahasa Melayu................................................................................................................ ............. .

Soalan

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang pentingnya hutan kepada masyarakat. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan.

Hutan mempunyai pelbagai fungsi yang bermanfaat kepada masyarakat setempat dan sejagat. Selain menjadi habitat hidupan flora dan fauna, hutan juga membekalkan pelbagai aliran perkhidmatan alam sekitar yang penting, menjana aktiviti ekonomi serta pendapatan eksport negara.

Hutan kini dilihat sebagai satu sumber yang menawarkan pelbagai fungsi alam sekitar yang penting, bukan setakat kayu bakau sahaja. Di samping hasil kayu kayan, hutan juga menawarkan hasil bukan kayu kayan. Tumbuhtumbuhan seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah mempunyai keupayaan perubatan tradisional yang tinggi dan dipercayaai sangat berkhasiat kepada manusia. Aliran perkhidmatan alam sekitar yang dibekalkan oleh sumber hutan termasuklah fungsi penyimpanan atau tadahan air, kawalan banjir dan perangkap karbon. Fungsi perangkap karbon atau penyimpanan karbon

penting dari segi kawalan suhu atau cuaca setempat dan global. Perkhidmatan alam sekitar lain ialah fungsi hutan dari segi sumber rekreasi berasaskan alam semula jadi atau pelancongan seperti Taman Negara dan Taman Kinabalu serta Lembah Danum di Sabah.

Di kawasan hutan baru, hidupan-hidupan akuatik dapat membiak dengan baik. Pesisir pantai dan muaranya yang berlumpur membantu hidupan akuatik seperti ikan, ketam, udang, kerang, kepah, dan sotong membiak. Haiwan seperti kelawar yang banyak membiak di hutan paya bakau menjadi agen pendebungaan yang baik kepada pokok-pokok durian di kawasan sekitarnya. Hutan paya bakau juga merupakan agen pengawalan hakisan pantai yang penting. Akar-akar pokok di hutan paya bakau berfungsi untuk menguatkan struktur tanah di kawasan pantai. Kesedaran tentang pentingnya hutan dan suasana kehijauan dan persekitaran semula jadi haruslah dipupuk ke dalam sanubari masyarakat bandar dan desa. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan atau swasta untuk menghijaukan kawasan-kawasan bandar atau kilang-kilang. Misalnya membina taman di bandar, taman di dalam sekolah dan taman di kawasan perumahan dengan tujuan sebagai kawasan riadah.

Rakyat Malaysia kini semakin menghargai landskap desa atau pertanian yang kebanyakan menepati konsep ciri-ciri landskap alam semula jadi. Oleh itu, keaslian desa dan hutan-hutan ini perlu dipertahankan agar tidak ditelan oleh arus pembangunan atau perbandaran.

(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana Hutan: Khazanah Alam yang harus dipelihara, Dewan Siswa, September 2002)

i. Bahagian pendahuluan rumusan.

Lengkapkan ayat berikut dengan menggunakan kata kunci yang sesuai. Petikan menerangkan................................................................ hutan kepada masyarakat.

ii. Teliti isi tersurat yang terdapat dalam jadual berikut dan bina ayat yang sesuai bagi menjelaskan isi yang berkenaan, berdasarkan petikan di atas.

Bil.

Isi tersurat

Peluasan ayat

1.

Menjadi habitat flora dan fauna

2. hutan juga membekalkan pelbagai aliran perkhidmatan alam sekitar yang penting

3. menjana aktiviti ekonomi serta pendapatan eksport negara.

4.

Di samping hasil kayu kayan,

5 hutan juga menawarkan hasil bukan kayu kayan.

6. fungsi penyimpanan atau tadahan air, kawalan banjir dan perang kap karbon.

7. sumber rekreasi berasaskan alam semula jadi atau pelancongan

8. Di kawasan hutan baru, hidupan-hidupan akuatik dapat membiak dengan baik.

9. Hutan paya bakau juga merupakan agen pengawalan hakisan pantai yang penting.

iii. Bahagian kesimpulan

Lengkapkan tempat kosong di bawah dengan menggunakan kata atau frasa atau ayat yang sesuai.

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah ..............................................................................

agar.................................................................................................................... .....................

Menulis jawapan rumusan: Petikan menerangkan ................................................................hutan kepada masyarakat. ...................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ..................................................................... Kesimpulannya, semua pihak hendaklah ..... ....... ............................................................ .....................................................................................................agar............... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ......

Soalan

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang sebab-sebab kerajaan mewajibkan Program Latihan Khidmat Negara bagi golongan remaja. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan.

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilaksanakan di negara kita merupakan gabungan daripada latihan ketenteraan dan penanaman nilainilai patriotik kepada generasi muda ke arah cinta, kasih dan sayang akan negara. Program ini berbeza daripada kerahan tenaga yang dilaksanakan di beberapa buah negara lain kerana menggunakan modul dan acuan kita sendiri yang disesuaikan dengan keadaan sosial, budaya dan ekonomi.

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk menyemai nilai-nilai patriotik yang semakin luntur dalam kalangan remaja pada hari ini. Perubahan masa dan cara hidup pada masa kini menjadikan mereka leka sehingga tidak tahu erti kesusahan dan penderitaan hidup generasi sebelum merdeka. Melalui program ini, para remaja boleh diberi penerangan dalam pelbagai aspek yang berkaitan dengan sejarah, perlembagaan, Rukun Negara, dasar-dasar kerajaan dan sebagainya. PLKN juga bertindak sebagai mekanisme bagi pembentukan disiplin diri remaja. Selain itu, masa lapang selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat diisi dengan kegiatan yang berfaedah dan mendisiplinkan diri dengan jadual aktiviti yang ditentukan. Program ini secara tidak langsung dapat mematangkan fikiran mereka setelah menjalani latihan yang menguji ketahanan mental dan fizikal.

Program ini yang melibatkan pelbagai kaum bertujuan untuk memperkukuh intergrasi nasional. Melalui program ini, remaja daripada berbilang kaum, kebudayaan dan agama dapat dihimpunkan dalam satu wadah bagi menyuburkan semangat perpaduan kaum. Program-program yang dilaksanakan dalam PLKN meliputi modul-modul tertentu iaitu latihan fizikal, kursus bina semangat, kursus bina perwatakan dan khidmat kemasyarakatan. Para pelajar akan belajar berkawat, tempur tanpa senjata, pertolongan cemas, merentas halangan dan kegiatan sukan. Melalui asas latihan ketenteraan ini, para pelajar didedahkan dengan kemahiran kepimpinan dan ikhtiar hidup.

Aktiviti khidmat sosial pula membolehkan para remaja melibatkan diri dalam agensi awam, aktiviti gotong-royong, khidmat bakti kepada masyarakat dan bekerja dengan badan bukan kerajaan (NGO) untuk memupuk perpaduan dan menanam nilai-nilai murni dalam jiwa para remaja. Semua pihak khususnya para remaja dan ibu bapa perlu menyambut seruan kerajaan dengan menyertai Program Latihan Khidmat Negara kerana banyak faedah yang dapat diperoleh daripadanya.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Program Latihan Khidmat Negara Pelaksanaan Secara 3 Dalam 1 oleh Haji Samat b. Buang, Dewan Siswa, Februari 2004)

i. Bahagian pendahuluan rumusan.

Lengkapkan ayat berikut dengan menggunakan kata kunci yang sesuai. Petikan menerangkan ...................................................................... Program Latihan Khidmat Negara .

Jadual yang berikut mengandungi isi tersurat berdasarkan petikan di atas. Lengkapkan jadual ini dengan menuliskan beberapa isi tersurat lain yang dapat dipetik daripada petikan tersebut.

Bil.

Isi tersurat

Peluasan ayat

1. Menyemai nilai-nilai patriotik yang semakin luntur dalam kalangan remaja pada hari ini.

2.

3. masa lapang selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat diisi dengan kegiatan yang berfaedah dan mendisiplinkan diri dengan jadual aktiviti yang ditentukan

4.

5.

memperkukuh intergrasi nasional.

6. Melalui asas latihan ketenteraan ini, para pelajar didedahkan dengan kemahiran kepimpinan dan ikhtiar hidup

7. membolehkan para remaja melibatkan diri dalam agensi awam, aktiviti gotong-royong, khidmat bakti kepada masyarakat dan bekerja dengan badan bukan kerajaan (NGO) untuk memupuk perpaduan

8.

iii. Bahagian kesimpulan

Lengkapkan tempat kosong di bawah dengan menggunakan kata atau frasa atau ayat yang sesuai.

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah ..............................................................................

agar.................................................................................................................... .....................

Menulis jawapan rumusan:

Petikan menerangkan ................................................................ Program Latihan Khidmat Negara. .............................................................................................................. ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ...........................................................................................................................

........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ............................................................. Kesimpulannya, semua pihak hendaklah ..... ....... ............................................................ .....................................................................................................agar............... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ......

Soalan

Baca petikan di bawah ini dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang masalah-masalah untuk membangunkan penduduk di luar bandar.

Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan.

Dasar dan strategi pembangunan luar bandar (PLB) ialah pendekatan bersepadu untuk mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan dan produktiviti serta mengatasi masalah kemiskinan bagi membaiki status ekonomi penduduk luar bandar. Dasar dan strategi ini dilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan. Strategi ini turut mengambil kira isu dan cabaran baru yang wujud dalam pembangunan luar bandar yang terbit daripada senario dan realiti baru yang dipengaruhi oleh suasana persekitaran dalam dan luar negara. Strategi tersebut juga diwujudkan ekoran pengurangan peratusan penduduk luar bandar di negeri kurang maju seperti Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah berbanding dengan negeri-negeri yang maju.

Pada masa yang sama terdapat kadar migrasi yang agak tinggi dari negeri yang kurang maju ke negeri yang maju. Sektor pertanian dan sektor utama yang lain merupakan penyumbang utama pada keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi negeri yang kurang maju. Struktur ekonomi negeri tersebut tidak banyak berubah berbanding dengan struktur yang terdapat sejak beberapa dekad yang lalu. Negeri-negeri ini juga mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi terutamanya di luar bandar. Selain mengakibatkan wujudnya kekosongan di kawasan luar bandar, proses penghijrahan dari luar bandar ke bandar turut mengubah struktur umur penduduk luar bandar yang mengakibatkan peningkatan peratusan penduduk warga tua. Fenomena kadar peningkatan usia penduduk luar bandar telah berlaku di kalangan penanam padi, peneroka Felda dan masyarakat kampung tradisional yang memberikan kesan produktiviti guna tenaga.

Fenomena ini turut mempertingkatkan pergantungan ekonomi luar bandar terutamanya sektor pertanian terhadap buruh asing. Sungguhpun strategi dan program PLB yang dilaksanakan oleh kerajaan telah banyak menyumbang kepada kejayaan dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk luar bandar dalam tempoh Dasar Ekonomi Baru (DEB), namun matlamat rancangan ini tidak dicapai sepenuhnya. Sebahagian daripada rancangan dan projek yang dilaksanakan bagi memajukan kawasan luar bandar lebih dinikmati faedahnya oleh penduduk kawasan bandar. Keadaan ini disebabkan antara lainnya penduduk kurang mahir dalam bidang teknologi di samping kekurangan asas ekonomi yang mapan.

Perindustrian yang berorientasikan eksport juga memberikan tumpuan pada pembangunan di kawasan bandar. Sehubungan dengan itu, tanpa penempatan industri di luar bandar serta pemupukan industri kecil dan sederhana, jurang antara bandar dan luar bandar sukar dikurangkan daripada pelbagai dimensi baik dari segi ekonomi, sosial, pendidikan atau budaya.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Cabaran Pembangunan Luar Bandar dalam Millenium Baru oleh Dr. Ismail Md. Salleh, Berita Minggu, Julai 2003)

i. Bahagian pendahuluan rumusan.

Lengkapkan ayat berikut dengan menggunakan kata kunci yang sesuai.

Petikan menerangkan ...................................................................... penduduk di luar bandar

Jadual yang berikut mengandungi isi tersurat berdasarkan petikan di atas. Lengkapkan jadual ini dengan menuliskan beberapa isi tersurat lain yang dapat dipetik daripada petikan tersebut.

Bil.

Isi tersurat

Peluasan ayat

1.

pengurangan peratusan penduduk luar bandar di negeri kurang maju

2.

3. peningkatan peratusan penduduk warga tua

4.

5.

Sebahagian daripada rancangan dan projek yang dilaksanakan bagi memajukan kawasan luar bandar lebih dinikmati faedahnya oleh penduduk kawasan bandar .

6.

7. kekurangan asas ekonomi yang mapan.

8.

iii. Bahagian kesimpulan

Lengkapkan tempat kosong di bawah dengan menggunakan kata atau frasa atau ayat yang sesuai.

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah ..............................................................................

agar.................................................................................................................... .....................

Menulis jawapan rumusan:

Petikan menerangkan ................................................................ penduduk di luar bandar. .............................................................................................................. ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ...........................................................................................................................

........................................................................................................................... ............................................................. Kesimpulannya, semua pihak hendaklah ..... ....... ............................................................ .....................................................................................................agar............... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ......

Soalan

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang peranan guru untuk membantu pelajar yang hilang keyakinan diri. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan.

Keyakinan diri mempengaruhi apa-apa sahaja yang dilakukan oleh seseorang pelajar. Keyakinan diri yang tinggi dan positif pula akan menjadi tangga kejayaan sesebuah sekolah. Antara cabaran yang harus ditempuhi oleh para pendidik apabila berhadapan dengan pelajar yang kurang atau tidak ada keyakinan diri adalah untuk mengembalikan kepercayaan terhadap kebolehan atau keupayaan mereka.Guru tidak perlu mengadakan program tertentu untuk mengembalikan keyakinan diri pelajar-pelajar ini. Hal ini demikian kerana guru biasanya memberikan motivasi untuk meningkatkan keyakinan diri pelajar hampir setiap hari secara tidak formal di dalam bilik darjah. Guru perlu menyemai semangat itu dengan memberikan galakan, rangsangan serta sokongan moral yang berterusan.

Guru perlu menunjukkan minat terhadap apa-apa yang mampu dilakukan oleh pelajar dengan baik. Guru juga perlu menunjukkan keyakinan bahawa pelajar itu akan dapat meningkatkan lagi keupayaannya dan membaiki segala kelemahan dirinya. Guru perlu memberi latihan atau kerja rumah yang sesuai dengan kebolehannya agar dia dapat menikmati kejayaan dalam apaapa perkara yang dilakukannya.

Kebanyakan pelajar tahu membezakan antara pujian yang ikhlas dengan pujian yang dibuat-buat. Memberikan komen yang membina sebagai

penghargaan dianggap oleh pelajar sebagai sesuatu yang sangat bermakna. Berikan dia peluang untuk menunjukkan keupayaannya di hadapan kawankawan. Beri peluang pelajar tersebut untuk bercakap mengenai sesuatu yang mudah di hadapan kelas. Guru juga boleh membantu pelajar ini berasa dirinya penting dengan memberikan tugasan bilik darjah yang penting kepada pelajar berkenaan seperti meminta dia menghantarkan sesuatu ke pejabat atau menjadi ketua kebersihan kelas.

Luangkan sedikit masa untuk berbual-bual dengannya mengenai hobinya, sukan dan sebagainya. Jangan biarkan pelajar ini terpinggir. Guru perlu mencari jalan supaya pelajar ini dapat bekerjasama dengan rakan-rakannya yang lain dalam aktiviti kelas. Libatkan mereka dalam kerja berkumpulan atau, kenal pasti beberapa pelajar yang agak peramah dan minta mereka menemani pelajar berkenaan pada waktu rehat. Guru terlalu cepat memberitahu ibu bapa apabila anak-anak mereka terlibat dalam apa-apa masalah sebaliknya terlepas pandang untuk menghubungi ibu bapa apabila anak-anak mereka menempa kejayaan. Beritahu pelajar bahawa kejayaan yang dicapainya telah dimaklumkan kepada ibu bapa mereka. Tindakan ini amat bermakna kepada pelajar berkenaan. Guru dapat membantu pelajar melihat sendiri kekuatan dan kelebihan diri. Dengan ini, keyakinan dirinya akan terbina sedikit demi sedikit dan dapat mengembalikan kepercayaan mereka tehadap keupayaan mereka menghadapi cabaran terutama dalam bidang akademik.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Pengurusan Bilik Darjah Membantu Pelajar Yang Hilang Keyakinan Diri, Pendidik, Bil 16- 2005)

i. Bahagian pendahuluan rumusan.

Lengkapkan ayat berikut dengan menggunakan kata kunci yang sesuai.

Petikan menerangkan peranan guru untuk ............................................................................

ii. Jadual yang berikut mengandungi isi tersurat berdasarkan petikan di atas. Lengkapkan jadual ini dengan menuliskan beberapa isi tersurat lain yang dapat dipetik daripada petikan tersebut.

Bil.

Isi tersurat

Peluasan ayat

1.

Memberikan motivasi

2.

Menunjukkan minat terhadap apa-apa yang mampu dilakukan oleh pelajar

3. Menunjukkan keyakinan sendiri terhadap pelajar tersebut

4. Memberikan latihan atau kerja rumah yang sesuai dengan kebolehan pelajar

5.

6.

7.

8.

iii. Bahagian kesimpulan

Lengkapkan tempat kosong di bawah dengan menggunakan kata atau frasa atau ayat yang sesuai.

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah ..............................................................................

agar.................................................................................................................... .....................

Menulis jawapan rumusan:

Petikan menerangkan peranan guru untuk................................................................ ................................................. ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... .......................................................................................................................... Kesimpulannya, semua pihak hendaklah ..... ....... ............................................................ .....................................................................................................agar............... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ......

You might also like