You are on page 1of 19

P 3202 - PERAKAUNAN KOSKOS P 3202 - PERAKAUNAN

P 3202 / UNIT 15 / 1

PENGKOSAN PERKHIDMATAN

OBJEKTIF :
OBJEKTIF AM:
Memahami definisi pengkosan pengendalian operasi dan perkhidmatan, ciri-ciri pengkosan dan penentuan kos seunit.

OBJEKTIF KHUSUS:
Di akhir unit ini anda akan dapat:1. Membezakan pengkosan perkhidmatan dengan pengkosan keluaran. 2. Menyenaraikan bidang perkhidmatan dengan unit-unit pengukuran perkhidmatan yang sesuai. 3. Menerangkan bagaimana pengumpulan kos dilakukan dalam perkhidmatan. 4. Mengira kos seunit perkhidmatan.

P 3202 - PERAKAUNAN KOSKOS P 3202 - PERAKAUNAN

P 3202 / UNIT 15 / 2

PENGKOSAN PERKHIDMATAN

INPUT

15.0

PENGENALAN engkosan perkhidmatan merujuk kepada sistem yang digunakan untuk menentukan kos bagi sesuatu perkhidmatan yang dibekalkan atau diberi, seperti perkhidmatan pengangkutan, pembekalan eletrik atau gas, klinik, pejabat guaman dan lain-lain .

Objektif Pengkosan Perkhidmatan Antaranya: 1. Untuk mendapatkan maklumat tentang kos berkait dengan pembekalan sesuatu perkhidmatan dan membolehkan kadar ditetapkan untuk pembekalan perkhidmatan berkenaan. 2. Untuk membolehkan kawalan dibuat terhadap semua caj dan kos berkait dengan pembekalan perkhidmatan. 3. Untuk menentukan kos yang patut dicaj terhadap setiap jabatan yang menggunakan perkhidmatan berkenaan. 4. Untuk membandingkan kos berkait dengan pembekalan sesuatu perkhidmatan dengan kos daripada alternatif-alternatif lain, seperti kos daripada menggunakan perkhidmatan yang dibekalkan oleh syarikat lain.

P 3202 - PERAKAUNAN KOSKOS P 3202 - PERAKAUNAN

P 3202 / UNIT 15 / 3

15.1

CIRI CIRI PENGKOSAN OPERASI DAN PERKHIDMATAN

Ciri-ciri pengkosan perkhidmatan ini sama seperti pengkosan kerja. Bezanya. Ia tidak menjual produk berbentuk barangan tetapi perkhidmatan seperti firma guaman, arkitek, klinik gigi, perakauanan ataupun bengkel kereta. Antaranya:1. Perkhidmatan disediakan berdasarkan keperluan pelanggan. 2. Kos dikumpul berdasarkan kos pengendalian berubah dan kos tetap. 3. Pengumpulan kos dilakukan mengikut perkhidmatan yang diberikan.

15.2

PENGUMPULAN KOS

Pelajar sekelian, dalam pengkosan keluaran, kos dikumpul berasaskan kepada 3 jenis kos, iaitu bahan, buruh langsung dan overhed dan kemudian dicaj kepada keluaran berkenaan mengikut jumlah unit dikeluarkan. Dalam pengkosan perkhidmatan, kos dikumpul berasaskan kepada 2 jenis kos yang biasanya berlaku dalam pembekalan perkhidmatan, iaitu kos pengendalian berubah (running cost) dan kos tetap (standing cost). Kos pengendalian berubah merupakan kos yang berubah berasaskan amaun perkhidmatan yang dibekalkan manakala kos tetap merupakan kos yang berlaku tanpa bergantung kepada amaun perkhidmatan yang dibekalkan.

15.3

PENENTUAN KOS SEUNIT PERKHIDMATAN.

Dalam pengkosan perkhidmatan, kos untuk membekalkan dan menyediakan perkhidmatan berkenaan dikumpulkan untuk tujuan menentukan kos untuk perkhidmatan yang dibekalkan dan kemudian dibahagikan mengikut unit-unit kos yang sesuai untuk mengukur amaun perkhidmatan yang dibekalkan. Formula 15.1 di bawah menunjukkan bagaimana kos seunit perkhidmatan diperolehi.

Kos seunit perkhidmatan =

Jumlah kos perkhidmatan Unit-unit perkhidmatan

P 3202 - PERAKAUNAN KOSKOS P 3202 - PERAKAUNAN

P 3202 / UNIT 15 / 4

Formula 15.1: Kos Seunit perkhidmatan.

Bagaimanakah perkhidmatan yang diberi patut diukur? Satu masalah yang wujud dalam pengkosan perkhidmatan adalah berkait dengan pengukuran perkhidmatan yang dibekalkan. Berikut adalah satu jadual yang disediakan untuk menunjukkan unit-unit pengukuran perkhidmatan yang boleh digunakan asas untuk mengukur amaun perkhidmatan yang diberi dalam bidang-bidang perkhidmatan: Bidang Perkhidmatan 1. Pengangkutan bas 2. Kantin 3. Pembekalan eletrik 4. Hospital/klinik 5. Kolej Unit-unit Pengukuran Perkhidmatan Jarak perjalanan atau bilangan penumpang Bilangan hidangan makanan Jam kilowatt Bilangan pesakit atau bilangan jam atau hari Bilangan penuntut atau bilangan matapelajaran

Contoh 15-1 Syarikat Hakeem menjalankan operasi sebagai sebuah syarikat pengangkutan dan mempunyai 5 buah bas untuk mengangkut penumpang kepada beberapa kawasan bandar. Dalam tempoh setahun, jumlah penumpang yang diangkut adalah 20,000 dan jumlah jarak perjalanan adalah 50,000 kilometer. Jumlah kos untuk menjalankan operasi tersebut dalam setahun adalah RM25,000,000. Kirakan : Kos setiap penumpang setiap kilometer Jawapan Kos setiap penumpang setiap kilometer = Jumlah kos operasi ______________________________ Jumlah penumpang x Jarak perjalanan RM25,000,000 / (20,000 x 50,000)

P 3202 - PERAKAUNAN KOSKOS P 3202 - PERAKAUNAN


= RM0.025

P 3202 / UNIT 15 / 5

Berikut adalah prosedur-prosedur yang perlu diambil dalam penentuan kos perkhidmatan:1. Mengenalpasti jenis kos berkait dengan pembekalan perkhidmatan berkenaan dan mengumpulkan kos-kos ini dengan menggunakan dokumen-dokumen tertentu , seperti lembaran kos perkhidmatan. Rajah 15.1 dan Rajah 15.2 di muka surat berikutnya menunjukkan lembaran kos dan penyata pendapatan bagi perkhidmatan pengangkutan seperti bas. 2. Pilih unit-unit yang paling sesuai untuk tujuan mengukur amaun perkhidmatan yang dibekalkan. Misalnya, unit paling sesuai untuk mengukur perkhidmatan pengangkutan bas adalah bilangan penumpang dan jarak perjalanan. 3. Kirakan kos per unit perkhidmatan yang dibekalkan dengan membahagikan jumlah kos berkait dengan pembekalan perkhidmatan dengan unit-unit pengukuran perkhidmatan yang dipilih.

LEMBARAN KOS BAGI PERKHIDMATAN BAS


Jenis kenderaan:.. Kos berubah: Minyak Tayar Alatan Pembaikan & Penyelenggaraan Kos tetap: Upah pemandu Insurans Cukai jalan Susutnilai JUMLAH KOS LANGSUNG No. Pendaftaran:

xxx xxx xxx xxx __________________ xxx xxx xxx xxx ____________________ xxxx ================== Kos per km Kos per perjalanan Kos per tan Kos per jenis barangan

Jarak perjalanan (km).. Bilangan perjalanan . Jumlah tan muatan .. Jenis barangan yang dibawa..

P 3202 - PERAKAUNAN KOSKOS P 3202 - PERAKAUNAN

P 3202 / UNIT 15 / 6

Rajah 15.1 : Lembaran kos perkhidmatan

PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN BAS PENYATA PENDAPATAN BAGI TAHUN BERAKHIR ..


Tarikh:.. Perjalanan Hasil: Tambang penumpang biasa Tambang kontrak (sekolah, pekerja dll) Pengiklanan Dan lain-lain pendapatan 1 Tahun :.. 2 3. Jumlah

__________________ __________________

______________ ______________

Kos berubah: Minyak Tayar Alatan Pembaikan & penyelenggaraan Kos tetap: Upah pemandu Insuran Cukai jalan Susutnilai kenderaan Jumlah kos langsung Pendapatan kasar (-) overhed pentadbiran Pendapatan Bersih ____________________ ____________________ _____________ ______________

==================

=============

Rajah 15.2 : Penyata Pendapatan Perkhidmatan Bas Ohbegini rupanya.

P 3202 - PERAKAUNAN KOSKOS P 3202 - PERAKAUNAN

P 3202 / UNIT 15 / 7

Contoh 15 2 Kolej Hakeem adalah sebuah kolej yang mengambil dan menyediakan pelajar-pelajar untuk menduduki sesuatu peperiksaan profesional. Aktiviti pengajaran dijalankan 5 hari seminggu untuk 4 minggu sebulan. Berikut adalah maklumat-maklumat tentang kegiatan kolej: Upah pensyarah Gaji-gaji lain Bahan-bahan pengajaran Air dan aeletrik Sewa bangunan Susutnilai peralatan dan perabut Bilangan peanuntut Bilangan penuntut per kelas Jam paengajaran setiap kelas setiap hari RM 20 sejam RM 8,000 setahun RM 5.00 per penuntut per minggu RM 100 seminggu RM 2,000 sebulan RM 200 seminggu 1,000 setiap bulan 25 penuntut 5 jam

Anda dikehendaki:a) Jumlah kos perkhidmatan per bulan b) Kos perkhidmatan setiap penuntut setiap bulan.

Jawapan 15-2 a) Penyata operasi sebulan Upah RM20 x 40 x5jam x 20 Gaji Bahan pengajaran 5 x1,000 x 4 Air dan eletrik 100 x 4 Sewa Susutnilai 200 x 4 Jumlah kos RM 80,000 8,000 20,000 400 2,000 800 -----------111,200

b) kos perkhidmatan per penuntut/ per bulan = RM111,200/1,00 = RM111.20

P 3202 - PERAKAUNAN KOSKOS P 3202 - PERAKAUNAN

P 3202 / UNIT 15 / 8

FAKTA KUNCI

1. Kos seunit perkhidmatan =

Jumlah kos perkhidmatan ______________________ Jumlah unit perkhidmatan

2. Pengumpulan kos berasaskan kepada 2 jenis kos iaitu kos pengendalian berubah dan kos tetap. 3. Pilih unit perkhidmatan yang bersesuian dengan perkhidmatan yang diberi.

P 3202 - PERAKAUNAN KOSKOS P 3202 - PERAKAUNAN

P 3202 / UNIT 15 / 9

PENGKOSAN PERKHIDMATAN

AKTIVITI 15A

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA.


SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT.

Soalan 15- 1 Terangkan perbezaan antara pengkosan kerja, pengkosan proses dan pengkosan perkhidmatan.

Soalan 15- 2 Syarikat Khidmat Bagus beroperasi sebagai sebuah syarikat pengangkutan dan mempunyai 10 buah lori yang digunakan untuk mengangkut barang-barang kepunyaan pelanggan-pelanggannya. Kos operasi syarikat adalah seperti berikut:Kos pengendalian berubah Kos tetap bulanan: Gaji Insurans Sewa Susutnilai Lain-lain Jarak perjalanan per tahun Berat barang-barang diangkut per tahun KIRAKAN: a) kos per kilometer b) kos per kilogram c) kos per kilometer/kilogram 80 sen per kilometer/kilogram RM 600,000 50,000 150,000 200,000 100,000 10,000 kilometer 1,000 kilogram

P 3202 - PERAKAUNAN KOSKOS P 3202 - PERAKAUNAN

P 3202 / UNIT 15 / 10

Soalan 15- 3 Syarikat Kerja Cekap mempunyai sebuah bas yang digunakan untuk mengangkut penumpang-penumpang daripada pusat bandar ke beberapa kawasan bandar. Bas ini beroperasi 25 hari sebulan. Maklumat-maklumat berikut adalah berkait dengan operasi perkhidmatan bas bagi Syarikat Kerja Cekap: Harga belian bas RM Hayat bas Nilai skrap bas RM Upah pemandu bas Belanja pembaikan dan Penyelenggaraan bas Insurans,cukai dan lesen bas Kos satu set tayar bas Tempoh hayat tayar bas Kos minyak petrol RM Penggunaan minyak petrol Jarak pejalan bas sehari Bilangan penumpang diangkut setiap tahun 50,000 450,000 kilometer 5,000 1,500 sebulan 500 sebulan 1,000 setahun 500 15,000 kilometer 1.00 per liter 10 kilometer per liter 500 kilometer 15,000 orang

KIRAKAN:

a) Kos operasi bas setahun. b) Kos perkhidmatan bas per penumpang setahun.

P 3202 - PERAKAUNAN KOSKOS P 3202 - PERAKAUNAN

P 3202 / UNIT 15 / 11

PENGKOSAN PERKHIDMATAN
MAKLUMBALAS 15A

Perhatian! Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya Jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 15A.

Jawapan 15-1 Pengkosan kerja merupakan sistem yang digunakan dalam industri-industri yang mengeluarkan produk mengikut specifikasi pelanggan. Kos bagi setiap kerja dikumpulkan berasingan melalui dokumen tertentu. Pengkosan proses merupakan sistem pengkosan yang digunakan dalam industri-industri yang mengeluarkan produk yang homogenis secara besar-besaran melalui beberapa jabatan atau proses. Kos dikumpul pada setiap jabatan dan dicaj kepada volum yang dikeluarkan di jabatan tersebut. Pengkosan perkhidmatan merupakan sistem pengkosan yang digunakan untuk menentukan kos bagi perkhidmatan yang dibekalkan. Kos untuk perkhidmatan yang dibekalkan akan dikumpul dan dicaj mengikut unit-unit perkhidmatan yang dibekalkan.

P 3202 - PERAKAUNAN KOSKOS P 3202 - PERAKAUNAN

P 3202 / UNIT 15 / 12

Jawapan 15-2 Penyata kos operasi Kos berubah = 0.80 x 10,000 x 1000 Kos tetap: Gaji Insurans Sewa Susutnilai Lain-lain Jumlah kos = RM 8,000,000 600,000 50,000 150,000 200,000 100,000 9,100,000

Kos per kilometer = RM9,100,000/10,000 =RM910 per km setahun Kos per kilogram = RM9,100,000/1,000 = RM9,100 per kg setahun Kos per kilometer/ kilogram =9,100,000/(10,000 x1,000) = RM0.91 sen per km/kg

Jawapan 15-3 PENYATA KOS OPERASI SETAHUN Upah 1500x12 RM Belanja penyelenggaraan 500x12 Insurans,cukai,lesen Petrol Tayar Susutnilai Jumlah kos

18,000 6,000 1,000 15,000 5,000 15,000 60,000 =====

kos per penumpang setahun

= RM60,000/15,000= RM4.00

Jalan kerja : 1. Jarak perjalanan setahun = 500km x 25 hari x 12 bulan = 150,000 km setahun 2. Susutnilai = RM(50,000 5,000) x 150,000/450,000 = RM15,000 3. Tayar = (150,000/15,000) x RM500 = RM5,000

P 3202 - PERAKAUNAN KOSKOS P 3202 - PERAKAUNAN


4. Petrol = (150,000/10)xRM1

P 3202 / UNIT 15 / 13 = RM15,000

PENGKOSAN PROSES
PENILAIAN KENDIRI

ila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada

masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba dan selamat berjaya!!!

Soalan 15-1 Hariss Bhd membuat penghantaran dangan van dan tidak mengangkut apa-apa muatan semasa perjalanan pulang. Maklumat berikut diperolehi untuk bulan Julai seperti berikut: Hari beroperasi 24 Jumlah perjalanan yang dilakukan 48 Jumlah km yang dilalui 960 Jumlah tan yang diangkut 720 Kos kendalian untuk bulan Jualai adalah seperti berikut: RM Minyak dan pelincir 36 Upah -pemandu 90 -pembantu 48 -mekanik 18 Anggaran kos untuk tahun tersebut (288 hari kendalian) adalah seperti berikut: RM Insurans, cukai dan lain-lain 312 Penyelenggaraan 180 Pentadbiran 420 Susutnilai 240

P 3202 - PERAKAUNAN KOSKOS P 3202 - PERAKAUNAN

P 3202 / UNIT 15 / 14

Sediakan penyata kos kendalian untuk bulan Julai dan kirakan kos seunit berikut: a. kos per tan-kilometer b. kos per kilometer c. kos per hari operasi

Soalan 15-2 Sebuah syarikat pengangkutan menghantar barang ke beberapa destinasi di antara bandar X dan bandar Y yang jaraknya adalah sejauh 500 kilometer. Muatan tambahan boleh diangkut apabila berada di destinasi tertentu sekiranya terdapat ruang di dalamnya. Setiap kenderaan mempunyai rancangan muatan yang berbeza ketika perjalanan balik. Jarak maksima dari X ke Y ialah 400 km dan setiap kenderaan mempunyai muatan maksima 5 ton bagi perjalanan dari X ke Y seperti berikut:

MUATAN UTAMA Kerja Jarak Berat diangkut muatan (km) (ton) A 50 0.5 B 120 1.0 C 200 1.2 D 290 0.7 E 400 1.6 MUATAN TAMBAHAN DIANGKUT F 280 1.2 G 90 1.0 H 110 0.5 Kos operasi kenderaan sehari adalah RM250. Dikehendaki: 1. Kirakan kos per ton/kilometer a. bagi muatan utama sahaja b. bagi muatan utama dan tambahan c. sekiranya terdapat penggunaan maksima kapasiti kenderaan d. sekiranya Cuma 80% kapasiti sahaja yang digunakan 2. Kirakan kos yang boleh dicajkan kepada setiap kerja A hingga H sekiranya asasnya adalah: a. kos per ton/kilometer b. kos per ton

P 3202 - PERAKAUNAN KOSKOS P 3202 - PERAKAUNAN


c. kos per kilometer

P 3202 / UNIT 15 / 15

Soalan 15-3 Pengangkutan Cepat Cekap menjalankan operasi mengangkut pekerja kilang. Syarikat mempunyai sebuah bas laju yang membuat dua kali penghantaran pekerja sehari iaitu sekali di waktu pagi dan sekali di waktu tengahari. Bas akan hanya mengambil pekerja pada sebelah petang dan malam. Selepas setiap penghantaran dan pengambilan, bas akan terus kembali ke depot tanpa membawa penumpang. Maklumat berikut telah diperolehi bagi operasi basnya. Gaji pemandu(seorang) Gaji tukang cuci Cukai jalan tahunan Insurans tahunan Pembaikan dan penyelenggaraan tahunan Kos sebuah bas(usia guna 10 tahun) Nilai skrap sebuah bas RM 1,700 sebulan 200 sebulan 4,320 sebuah bas 2,400 sebuah bas 4,800 sebuah bas 150,000 30,000

Maklumat-maklumat lain yang diperolehi adalah: i. ii. iii. iv. penggunaan diesel bagi sebuah bas adalah secara purata 5 kilometer bagi setiap liter diesel dan kos diesel adalah RM2.00 seliter. kilang beroperasi purta selama 20 hari sebulan. sebuah bas boleh memuatkan 50 orang penumpang dan setiap perjalanan penghantaran dan pengambilan membawa penumpang penuh. jarak perjalanan adalah 10 kilometer. Separuh dari penumpang tinggal dalam lingkungan 5 kilometer dari kilang dan selebihnya tinggal lebih dari 5 kilometer.

Anda dikehendaki : a) Mengira jarak perjalanan dalam kilometer sebulan bagi sebuah bas. b) Menyediakan penyata kos operasi per bas sebulan. c) Mengira jumlah penumpang/kilometer per bulan.

P 3202 - PERAKAUNAN KOSKOS P 3202 - PERAKAUNAN

P 3202 / UNIT 15 / 16

PENGKOSAN PERKHIDMATAN
MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu? Jika ya, sila semak jawapan anda.

Jawapan 15-1 PENYATA KOS KENDALIAN BAGI BULAN JULAI RM Minyak pelincir Upah pemandu Pembantu Mekanik 36 90 48 18 192

kos tetap: insurans, cukai (24/288)312 penyelenggaraan (24/288)180 pentadbiran (24/288)420 susutnilai (24/288)240 Jumlah kos

26 15 35 20 96 288

a. kos per tan-kilometer = RM288 /(720 x 96) = RM0.042 b. kos per kilometer = RM288/960 = RM0.30 c. kos per hari operasi = RM288/24 = RM12

P 3202 - PERAKAUNAN KOSKOS P 3202 - PERAKAUNAN

P 3202 / UNIT 15 / 17

Jawapan 15-2 1. Kerja A B C D E MUATAN UTAMA Jarak diangkut(km) Berat muatan(ton) 50 0.5 120 1.0 200 1.2 290 0.7 400 1.6 Ton/Kilometer 25 120 240 203 640 1,228 336 90 55 1,709

MUATAN TAMBAHAN DIANGKUT F 280 1.2 G 90 1.0 H 110 0.5

kos per ton a.bagi muatan utama = RM250/1,228 b. bagi muatan utama dan tambahan = RM250/1,709 c. ada penggunaan maksima kapasiti kenderaan= RM250/2,000 kapasiti maksima = 5 ton x 400 km= 2000 d. Cuma 80% kapasiti = RM250/1600 80% x 2000 =1600 2. a. kos perton/kilometer = kos/(ton x km) b. kos per ton = kos / ton c. kos per kilometer = kos/ km

=RM0.2035 =RM0.1463 =RM0.125 =RM0.1563

P 3202 - PERAKAUNAN KOSKOS P 3202 - PERAKAUNAN

P 3202 / UNIT 15 / 18

KOS PER UNIT kerja km ton A 50 0.5 B 120 1.0 C 200 1.2 D 290 0.7 E 400 1.6 F 280 1.2 G 90 1.0 H 110 0.5 Jumlah 1540 7.7

Ton/km 25 120 240 203 640 336 90 55 1709

Kos Perton/Km

Kos perTon

Kos per km

3.65 17.55 35.11 29.70 93.63 49.16 13.16 8.04 250.00

16.23 32.47 38.96 22.73 51.95 38.96 32.47 16.23 250.00

8.11 19.48 32.47 47.08 64.94 45.45 14.61 17.86 250.00

Jawapan 15-3 a. jarak perjalanan sehari = 8 x 10 km = 80 kilometer jarak sebulan = 80 x 20 hari kerja =1600 kilometer

b. Penyata Kos Operasi Bagi Sebulan (Sebuah Bas) Gaji pemandu(seorang) Gaji tukang cuci Cukai jalan Insurans Pembaikan dan penyelanggaraan Susutnilai Diesel Kos operasi sebulan c.jumlah penumpang/kilometer sehari: 5km x 25 penumpang x 2 hala = 10km x 25 penumpang x 2 hala = jumlah penumpang = *** jumlah penumpang sebulan = 250 penumpang/km 500 penumpang/km 750 penumpang/km 750 x 20 =15,000 RM 1,700 200 360 200 400 1,000 640 4,500

P 3202 - PERAKAUNAN KOSKOS P 3202 - PERAKAUNAN


d. kos per penumpang/km = 4500/15000

P 3202 / UNIT 15 / 19

= RM0.30

You might also like