You are on page 1of 6

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

IJAZAH SARJANAMUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN

EPPA3053 PERAKAUNAN PENGURUSAN

TUTORIAL 3
BELANJAWAN FLEKSIBEL & ISU-ISU TINGKAHLAKU

SOALAN 1

Pusat Tabung Darah Tawakkal telah menganjurkan kempen derma darah dalam bulan
April 2020 bagi tujuan meningkatkan simpanan darah untuk kegunaan masa hadapan.
Kempen tersebut menerima sambutan menggalakkan dan berjaya mengumpul 24
peratus berbanding jumlah yang dijangkakan.

Pusat Tabung Darah Tawakkal menggunakan kaedah belanjawan berpenyertaan dalam


proses menyediakan belanjawannya. Laporan prestasi bagi bulan April 2020 telah
disediakan oleh pegawai akaun seperti berikut:

Pusat Tabung Darah Tawakkal


Laporan Prestasi
Bagi Bulan Berakhir 30 April 2020
Sebenar Statik Varian
Jumlah darah dikumpul (liter) 620 500 120
Kos Berubah:
Bekalan perubatan RM9,350 RM7,500 RM1,850 TM
Ujian Makmal 6,180 6,000 180 TM
Minuman ringan 1,340 1,000 340 TM
Bekalan pentadbiran 400 250 150 TM
Jumlah kos berubah RM17,270 RM14,750 RM2,520 TM
Kos Tetap
Gaji kakitangan RM10,000 RM10,000 0
Susutnilai peralatan 2,800 2,500 RM300 TM
Sewa 1,000 1,000 0
Utiliti 570 500 70 TM
Jumlah kos tetap RM14,370 RM14,000 RM370 TM
Jumlah kos RM31,640 RM28,750 RM2,890 TM

Dikehendaki:

a) Jelaskan kaedah penyediaan belanjawan yang diamalkan oleh Pusat Tabung


Darah Tawakkal.

Beri penerangan ringkas dua (2) kelebihan dan dua (2) kelemahan
menggunakan kaedah tersebut.

1
b) Sediakan laporan prestasi lengkap bagi menunjukkan perbandingan prestasi
sebenar, belanjawan fleksibel dan belanjawan statik.

c) Berdasarkan (b) bincangkan prestasi kawalan kos bagi Pusat Tabung Darah
Tawakkal.

d) Pada pendapat anda, adakah terdapat varian tertentu yang perlu disiasat.
Jelaskan.

e) Pada pendapat anda, sekiranya para penyelia Pusat Tabung Darah Tawakkal
dibenarkan untuk melibatkan diri dalam proses penyediaan belanjawan,
terutamanya dalam penetapan sasaran, adakah prestasi kawalan kos pusat
tersebut boleh diperbaiki? Jelaskan pandangan anda dari perspektif tingkah
laku.

2
TEMPLATE JAWAPAN 1 - TABUNG DARAH

a)
Penerangan kaedah penyertaan yang diamalkan oleh Pusat Tabung Darah Tawakkal:
Kaedah penyertaan dalam belanjawan membenarkan penyertaan subordinat untuk
menetapkan belanjawan. Ini bermaksud setiap pengurus jabatan Pusat Tabung Darah
Tawakkal boleh menyuarakan idea dan menyediakan belanjawan tersebut untuk dihantar
kepada pihak pengurusan atasan. Contohnya, Pengurus Pentadbiran menyediakan
belanjawan dan dihantar kepada pihak pengurusan atasan untuk disemak. Kaedah
berpernyataan juga dikenali sebagai bottom-up.

Kelebihan: Kelemahan:
1. Individu lebih menerima sasaran dan 1. Berlaku rengganan belanjawan, iaitu
lebih komited dalam mencapai sasaran menetapkan standard sama ada terlampau
tersebut. Hal ini kerana sasaran tersebut tinggi atau rendah. Ia juga dikenali sebagai
telah dibentuk oleh pengurus dalam ‘Padding the budget’ atau ‘cushioning’.
jabatan itu sendiri. Contohnya, pengurus Contohnya, pengurus pentadbiran
pentadbiran menetapkan sasaran sendiri mengetahui bahawa anggaran belanja
untuk dicapai. bekalan pentadbiran adalah sebanyak
RM500, tetapi dia menetapkan RM 590
kepada jawatankuasa belanjawan. Apabila
pelaksanaan dilakukan, belanja sebenar
adalah RM570. Oleh itu, ia menghasilkan
belanja yang memuaskan kerana terlebih
dalam penganggaran kos.

2.Dapat mengurangkan jurang 'information 2.Penyertaan pura-pura iaitu penggunaan


asymmetry’. Hal ini kerana pengurus penyertaan dengan tidak sempurna. Ia
pentadbiran Pusat Tabung Darah Tawakkal wujud apabila pihak pengurusan atasan
menyediakan belanjawan untuk jabatan mempunyai kawalan penuh ke atas
tersebut, dimana mereka mengetahui pembentukan belanjawan. Contohnya,
kekurangan dan kelebihan jabatan pengurus atasan Pusat Tabung Darah
pentadbiran. Tawakkal membenarkan pengurus
pentadbiran dalam penyertaan belanjawan,
namun kesan belanjawan akhir mereka
tidak mengambil kira belanjawan yang
disediakan oleh pengurus pentadbiran. Hal
ini mewujudkan kesan negatif seperti rasa
tertipu.

3
b) Laporan prestasi lengkap:

Pusat Tabung Darah Tawakkal Laporan


Prestasi Lengkap
Untuk bulan berakhir 30 April, 2020
Hasil sebenar Varians Varian Belanjawan
Belanjawan
pada tahap belanjawan jumlah darah statik
fleksible pada
aktiviti fleksibel dikumpul
sebenar tahap aktiviti
sebenar
Unit darah dikumpul 620 0 620 120 500
Kos berubah:
Bekalan perubatan 9,350 50 TM 9,300 1,800 TM 7,500
Ujian makmal 6,180 1,260 M 7,440 1,440 TM 6,000
Minuman ringan Bekalan 1,340 100 TM 1,240 240 TM 1,000
pentadbiran 400 90 TM 310 60 TM 250
Jumlah kos berubah (RM) 17,270 1,020 M 18,290 3,540 TM 14,750
Kos tetap:
Gaji kakitangan 10,000 0 10,000 0 10,000
Susutnilai peralatan 2,800 300 TM 2,500 0 2,500
Sewa 1,000 0 1,000 0 1,000
Utility 570 70 TM 500 0 500
Jumlah kos tetap(RM) 14,370 370 TM 14,000 0 14,000
Jumlah kos(RM) 31,640 650 M 32,290 3,540 TM 28,750
Varian Belanjawan Induk : RM 650 + (RM 3,540) = RM 2,890 TM

Tunjuk jalan kira:

Kos Formula Jumlah Kos Belanjawan Fleksible


seunit Tetap 420 unit 620 unit 500 unit
Unit 500
Kos berubah:
Bekalan perubatan (7500/500) 15 6,300 9,300 7,500
Ujian makmal (6000/500) 12 5,040 7,440 6,000
Minuman ringan (1000/500) 2 840 1,240 1,000
Bekalan pentadbiran (250/500) 0.5 210 310 250
Jumlah kos berubah (RM) 12,390 18,290 14,750
Kos tetap:
Gaji kakitangan 10,000 10,000 10,000 10,000
Susutnilai peralatan 2,500 2,500 2,500 2,500
Sewa 1,000 1,000 1,000 1,000
Utiliti 500 500 500 500
Jumlah kos tetap (RM) 14,000 14,000 14,000 14,000

4
c) Bincangkan prestasi kawalan kos bagi Pusat Tabung Darah Tawakkal:

Dari segi Kecekapan:

* Unit jualan - Belanjawan (500) VS Sebenar (620)


* Efektif kerana mencapai matlamat sebenar
* Diukur melalui varian aktiviti jualan iaitu antara belanjwan statik dan belanjwan
fleksibel.

Dari segi Keefisyenan:

* Pada tahap 620 unit,


Dibelanjawankan - Kos berubah 18,290 Kos tetap 14,000 Kos OH 32,290
Sebenar - Kos berubah 17,270 Kos tetap 14,370 Kos OH 31,640
* Efisyen bagi kos berubah kerana varian memuaskan.
Manakala, bagi kos tetap tidak efisyen kerana varian tidak memuaskan.
Bagi kos OH ia efisyen kerana varian memuaskan.
* Diukur melalui varian belanjawan fleksibel iaitu antara belanjawan fleksibel
dan sebenar.
*varian dinyatakan

d) Adakah terdapat varian tertentu yang perlu disiasat. Jelaskan.

Bagi pendapat saya, varian tertentu perlu disiasat kerana terdapat perbezaan yang
ketara antara belanjawan fleksibel dan sebenar. Perbezaan diantara dua ini
mungkin disebabkan oleh perbezaan dalam kadar kos bukannya unit. Hal ini
membuktikan terdapat kegagalan dalam mengawal kos dengan baik.

Contohnya, varian ujian makmal 1,260 Memuaskan. Mungkin disebabkan


penggunaan bahan ketika melakukan ujian. Ketika ujian bagi menentukan
kumpulan darah mungkin perlu menggunakan tiub yang mempunyai tinggi 12ml,
tetapi PTDT menggunakan tiub 6ml.

5
e) Sekiranya para penyelia Pusat Tabung Darah Tawakkal
dibenarkan untuk melibatkan diri dalam proses penyediaan
belanjawan, terutamanya dalam penetapan sasaran, adakah
prestasi kawalan kos pusat tersebut boleh diperbaiki? Jelaskan
pandangan anda dari perspektif tingkah laku.

Pandangan anda dari perspektif tingkah laku:

Pada pendapat saya, jika penyelia PTDT dilibatkan untuk turut serta, maka
matlamat penyelia akan selari dengan organisasi. Penyelia akan berusaha untuk
mencapainya tanpa perbalahan yang akan berlaku dan penyediaan perbelanjawan
tersebut tidak akan mengalami sebarang tidak sependapat dengan pelaksana
belanjawan. Oleh itu, matlamat organisasi akan sama dengan aspirasi pengurus.

Manakala, jika para penyelia PTDT tidak dilibatkan, maka akan timbul konflik
dalam penetapan standard. Contohnya, para penyelia akan cuba mencapai standard
yang tinggi, tetapi apabila hal itu tidak berlaku ia akan menimbulkan perasaan
kekecewaan dan apabila standard yang rendah ditetapkan oleh pengurusan atasan,
akan melemahkan initiatif serta daya usaha. Maka, ia sama sekali tidak akan
membantu memperbaiki prestasi kawalan. Lebih baik akauntan mengadakan
hubungan kerja dengan pengurus operasi kerana kedua dua lebih arif dalam “job
scope” masing masing. Kedua dua boleh memberi pendapat dan pandangan.
Ini adalah kaedah penyediaan belanjawan secara Rundingan.

*pros and cons

You might also like