You are on page 1of 7

Petikan RHP Ke-3:

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan
program kitar semula Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah
perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan
Dewasa ini, program kitar semula telah mula diberi perhatian oleh kerajaan kerana
kawasan pelupusan sampah sudah semakin terhad. Antara tujuan program kitar semula
adalah kerana kawasan pelupusan sampah yang semakin kecil sedangkan sisa bahan
buangan semakin hari semakin banyak. Keadaan seperti ini jika tidak diuruskan dengan
baik akan menyebabkan pencemaran serta boleh menyebarkan wabak penyakit.
Program kitar semula dapat mengurangkan kuantiti sampah kerana bahan
buangan seperti surat khabar, botol minuman dan besi boleh dikitar semula dan
diproses menjadi bahan mentah untuk kegunaan pelbagai industri. Dalam hal
ini mengitar semula penting untuk menjimatkan kos pengurusan sampah oleh
pihak majlis perbandaran dan pihak swasta. Kos pengurusan sampah bukanlah
murah kerana proses ini melibatkan banyak pihak dan kenderaan yang besar. Oleh sebab
itu sampah perlu diuruskan dengan baik agar dapat menjimatkan perbelanjaan
membersihkan keadaan persekitaran.
Program kitar semula juga membekalkan bahan mentah untuk industri tertentu,
misalannya kertas surat khabar lama penting untuk kilang kertas. Manakala besi buruk
boleh dijadikan bahan logam yang penting untuk industri besi dan logam. Botol minuman
dan bekas makanan plastik boleh dijadikan sumber industri yang berasaskan barangan
plastik. Oleh sebab itu ada pihak tertentu melihat program ini sebagai sumber
pendapatan kerana semua bahan berkenaan boleh dijual, justeru, bahan
berkenaan tidak harus dibuang di merata-rata tempat kerana ada banyak faedah yang
boleh kita peroleh jika dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Kitar semula juga penting agar alam sekitar bersih dan bebas daripada
pencemaran. Kebersihan alam akan menambah keceriaan di sesuatu kawasan. Orang
ramai boleh menikmati keindahan alam dengan sepenuhnya jika alam sekitar bersih
kehidupan menjadi lebih seronok dan selesa.
Sesuatu yang lebih penting melalui program kitar semula ialah dapat mendidik
masyarakat supaya mementingkan kebersihan alam sekitar. Melalui program
tersebut kita mengharapkan agar semua penduduk Malaysia dapat memainkan peranan
masing-masing untuk menjaga alam sekitar setiap masa. Orang ramai harus mengetahui
tempat pembuangan sampah yang betul. Mereka hendaklah membuang sampah di
tempat yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan. Alam sekitar yang bersih
akan menjamin keselesaan hidup di mana-mana juga kita berada di negara ini.

A.Tuliskan bahan buangan sampah sarap yang dapat dikitar semula.





B. Berpandukan petikan yang diberi, senaraikan bahan buangan yang dapat dikitar
semula dan dijadikan bahan baru:

Bahan Buangan yang
dapat dikitar semula
Senaraikan bahan-bahan yang baru

1


2


3


4

ahan
uangan
Yang dapat
dikitar
semula
. Berdasarkan petikan, bincang dan catatkan kelebihan-kelebihan program kitar
semula.

Kelebihan-kelebihan









D. Berdasarkan petikan, bincang dan tuliskan cadangan-cadangan untuk menangani
masalah-masalah kitar semula.


























Program
Kitar
Semula
adangan-
cadangan untuk
menangani
masalah-masalah
kitar semula
. Berdasarkan petikan, bincang dan catatkan kelebihan-kelebihan program kitar
semula.

Kelebihan-kelebihan

************************************************************************
D. Berdasarkan petikan, bincang dan tuliskan cadangan-cadangan untuk menangani
masalah-masalah kitar semula.










. Apakah tindakan yang anda boleh ambil bagi membantu sekolah menjayakan
Program Kita Semula.

k|tar semu|a untuk meme||hara ruang h|dup k|ta

k|tar semu|a untuk persek|taran yang |eb|h s|hat dan
|eb|h bers|h


k|tar semu|a untuk mengurangkan pencemaran

Kitar semula untuk menjimatkan kos, sumber
dan tenaga


Program
Kitar
Semula
adangan-
cadangan untuk
menangani
masalah-masalah
kitar semula
otoh Jawapan dan nota rujukan: Masalah /halangan Amalan Kitar Semula
1. Sikap :Terdapat segelintir penduduk yang tidak mempedulikan amalan kitar semula ini.
Kebanyakan plastik, kertas dan kaca yang boleh dikitar semula dibuang ke tempat
sampah dan kemudiannya dibakar dengan begitu sahaja. Keadaan ini akan menyebabkan
berlakunya pencemaran udara.
2. Kurang Pengetahuan: Hasil daripada kajian saya, kebanyakan penduduk kampung
yang membuang bahan kitar semula ini adalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan
tentang pentingnya amalan kitar semula. Mereka lebih senang membuang bahan tersebut
daripada mengitarnya semula. bagi mereka amalan kitar semula ini hanya membuang
masa dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan.
3. Harga Terlalu Rendah: Kebanyakan pusat pengumpulan mengambil barangan kitar
semula dengan harga yang rendah. Kertas di beli dengan harga tidak kurang 20 sen
untuk I kilogram. Harga yang rendah menyebabkan penduduk lebih senang membakar
bahan tersebut daripada menjualnya kerana harga yang rendah dan tidak
menguntungkan.
4. Kurang Pusat Pengumpulan: Di kawasan Parit Sulong hanya terdapat sebuah pusat
pengumpulan bahan kitar semula. Keadaan ini menyukarkan penduduk untuk menjual
barangan kitar semula memandangkan lokasi pusat ini terlalu jauh buat penduduk yang
tinggal di kawasan hujung kampung. Tambahan pula, pusat ini hanya menerima bahan
kitar semula yang dihantar oleh penduduk sahaja. Mereka tidak menyediakan
perkhidmatan mengambil barangan kitar semula daripada penduduk kampung.
5. Kurang Kerjasama: Terdapat juga penduduk yang tidak memberikan kerjasama
apabila kempen kitar semula ini dijalankan oleh kerajaan. Sikap tidak peduli dan tidak
mahu mengambil kisah amalan kitar semula ini menyebabkan usaha kerajaan untuk
menjimatkan tenaga dan bahan kitar semula tidak akan tercapai atau terlaksana.
Saya berpendapat penduduk kampung perlu insaf dan berubah sikap untuk menjadikan
amalan kitar semula ini sebagai sebahagian daripada hidup mereka. Amalan ini dapat
menyelamatkan negara kita daripada mengalamai kemusnahan sumber.






angkah/cadangan untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula
1. Kempen :Negara kita menyambut perayaan seperti Hari Perhutanan Sedunia, Hari
Bumi, Hari Alam Sekitar Sedunia dan Minggu Alam Sekitar Malaysia pada setiap tahun.
Objektif utamanya adalah untuk meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar. Ini bagi
melahirkan masyarakat yang lebih prihatin, peka dan bersama-sama memainkan peranan
untuk mengamalkan amalan kitar semula. kempen dan program yang dilaksanakan ini
dapat member keinsafan kepada rakyat supaya menjaga alam sekitar daripada
mengalami kemusnahan.
2. Pendidikan :Guru-guru di sekolah boleh memberi galakan kepada pelajar untuk
melaksanakan amalan kitar semula. Guru perlu menyatakan bahawa amalan kitar semula
ini dapat menyelamatkan bumi dan alam sekitar kita daripada musnah. Guru juga boleh
mengadakan pertandingan di sekolah untuk menarik minat pelajar mengamalkan kitar
semula dengan menyediakan hadiah kepada pelajar yang menyertai pertandingan
tersebut.
3. Menyediakan Kemudahan Pusat Pengumpulan : Pihak berkuasa tempatan perlu
menyediakan lebih banyak pusat pengumpulan kitar semula bagi menarik penduduk
untuk mengamalkan amalan kitar semula. Ini penting supaya penduduk lebih peka
dengan tidak membuang bahan yang boleh dikitar semula sesuka hati. Ini dapat
mengelakkan daripada pembaziran.
Pihak sekolah juga boleh menyediakan tong-tong kitar semula dan diletakkan di lokasi
yang strategik bagi memudahkan pelajar membuang bahan yang boleh dikitar semula ke
dalam tong yang betul.
4. Gotong Royong: Penduduk kampung boleh juga bersama-sama bergotong royong
untuk membersihkan kawasan kampung. Pastikan penduduk kampung mengumpulkan
bahan kitar semula ini dan tidak membakar atau membuangnya begitu sahaja. Ketua
kampung memainkan peranan yang penting supaya penduduk bekerjasama mengamalkan
amalan kitar semula ini.
Semua pihak perlulah berganding bahu dan bekerjasama untuk memastikan amalan kitar
semula ini dapat dijalankan dengan sempurna. Semua peringkat umur perlu mempunyai
sikap bertanggungjawab untuk sama-sama menjaga bumi ini daripada terus mengalami
kemusnahan.

You might also like