You are on page 1of 51

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 1.0 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN.

Perbincangan tentang ilmu ketamadunan telah banyak dikupas oleh tokoh-tokoh sarjana di Timur mahupun di Barat dari pelbagai perspektif. Pelbagai istilah telah muncul dalam mendefinisikan pengertian tamadun, di mana secara umumnya ianya membawa erti pencapaian kemajuan dari segi pembangunan fizikal di samping pemupukan tingkahlaku yang baik. Menurut The Oxford Dictionary (1995) salah satu makna moden ialah barn dan mutakhir iaitu new and up to date. Menurut Kamus Dewan (1998), tamadun boleh didefinisikan sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, cara berkelakuan, berfikir, segala hasil kegiatan, penciptaan berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun dan peradaban. Dalam bab ini, perbandingan di antara . definisi tamadun yang dikemukakan oleh sarjana Barat dan definisi yang dikemukakan oleh sarjana Islam akan dilihat. Perbandingan ini dibuat bagi mendapatkan satu definisi terbaik. Perbincangan mengenai ciri-ciri masyarakat bertamadun dan faktor-faktor yang membantu sesebuah tamadun itu muncul dan seterusnya terbina turut diperbincangkan tanpa mengabaikan faktor-faktor yang menyumbang kepada keruntuhan sesebuah tamadun.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

1.1 KONSEP TAMADUN. Penggunaan istilah tamadun yang berasal dari bahasa Arab iaitu tamaddun telah lama diterima pakai dalam perbendaharaan bahasa Melayu. Penggunaannya dalam bahasa Melayu dikenali sebagai fenomena peminjaman mengikut teori antara bahasa. Di dalam bahasa Arab terminologi yang sering disamakan dengan tamadun ialah Hadharah, Umran dan Madaniyyah atau sinonim dalam bahasa Inggeris Civilization. Semua istilah di atas, walaupun rujukan khususnya boleh dibezakan antara satu sarna lain lantaran berbezanya latar belakang sarjana dan pengalaman hidup mereka, akan tetapi secara umumnya merujuk kepada makna yang sarna. Semua istilah tersebut secara literalnya bererti maju atau mencapai kemajuan. Makna kemajuan ini akan dipakai sebagai suatu makna tamadun yang sarna supaya mudah difahami. Perkataan tamadun dari sudut etimologi berasal daripada perkataan maddana dalam bahasa Arab. Maddana merupakan kata kerja yang merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan maddana ini lahirlah perkataan madani yang merupakan sifat nama. Madani merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Kedua-dua perkataan maddana dan madani sendiri sebenarnya berasal daripada perkataan aldeen yang bermaksud agama, iaitu menggambarkan kehidupan beragama (Chandra Muzaffar, Che Wan Jasimah Wan Mohd Radzi, Hashim Hj Musa, Mohd Zuhdi Marsuki, 2002: 3). Menurut Ibrahim Anis et al. (1960), perkataan tamadun adalah kata terbitan daripada kata kerja maddana yang bererti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal dan membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran. Manakala Ibrahim Mustafa et al. (1989) dalam Al-Mu'jam al-Wasit memberi erti yang sedikit berbeza iaitu hidup dalam suasana kehidupan orang bandar dan menikmati kehidupan yang maju. Perkataan tamadun melahirkan beberapa perkataan lain yang menjelaskan lagi kandungan

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 maksud yang diungkapkannya. Antara yang dimaksudkan ialah madinah (bandar) dan madi1ni (keselesaan hidup dan ketinggian budi) (Mohd Liki Hamid, 2004 : 4-5). Tamadun juga sering disamakan pengertiannya dengan peradaban yang membawa maksud keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani dalarn sesebuah bangsa dan masyarakat.

Selain daripada itu, perkataan yang sering digunakan dalarn bahasa lnggeris untuk memberi maksud tarnadun ialah civilization atau civilisation. Perkataan ini berasal daripada perkataan civitas dalam bahasa Latin yang bermaksud bandar atau kota. Tamadun dari segi bahasa mempunyai erti yang sama dengan istilah civilization dalam bahasa Inggeris. Civilization berasal daripada istilah bahasa Perancis iaitu city (bandar). Sehingga tahun 1732, ia merujuk kepada proses perundangan yang mengubah perbicaraan jenayah kepada perbicaraan sivil. Pada akhir abad ke-18, ia mula berkembang kepada makna yang lebih luas daripada hanya proses perundangan. Istilah ini mula digunakan di England pada tahun 1772 (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba'iyah Mohd Noor, Salina Hj. Zaino, 2000). Seperti hadarah dan peradaban, civilization juga membawa maksud menekankan penggabungan antara ketinggian budaya hidup dan kemajuan kebendaan.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

1.2 PENGERTIAN TAMADUN MENGIKUT BEBERAPA TOKOH TERKENAL. Secara ringkasnya pengertian tamadun dapat dilihat melalui pandangan yang mewakili pemikiran tamadun Barat, Islam dan Melayu seperti yang telah dibincangkan oleh Marzuki (1994 : 51-59) dalam Mohd Liki Hamid (2004 : 9) seperti mana berikut;

Tamadun Menurut Sarjana Barat (a)Arnold Toynbee: Tamadun ialah suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni. (b)J.K. Fiebleman: Tamadun ialah kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat. Dengan perkataan lain, proses masyarakat ke atas material dengan sendiri menjad!kannya barang baru bagi sesuatu keperluan. (c)E.B. Taylor:

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 Tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat. (d)Oswarld Spengler: Tamadun Barat lebih mementingkan kebendaan, kerana kebendaan itu membawa kepada kemajuan. (e)Will Durant: Tamadun ialah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran, kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen iaitu sumber ekonomi, sistem politik, tradisi moral dan kesenian.

Tamadun Menurut Sarjana Islam (a)Ibn Khaldun : Tamadun ialah kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek industri yang boleh mempertingkatkan kualitinya. Ini termasuk keperluan kepada bahanbahan makanan, pakaian, peralatan rumah tangga dan sebagainya. (b)Muhammad Rasyid Redha : Agama adalah asas tamadun. lni kerana peningkatan unsur maknawi (spiritual) akan mendorong kebangkitan fizikal. Rasionalnya semua tamadun di dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan atau kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan agama atau sebaliknya. (c)Sayyid Qutb :

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan, Pclitik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah serta bercirikan mlai-nilai moral Islam. (d)Said Hawa : Tamadun secara umum terbahagi kepada dua kategori iaitu tamadun Islam dan tamadun Jahiliah. Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya relevan dengan kebudayaan itu. Manakala tamadun Jahiliah pula ialah segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan moral. (e)Umar Audah ai-Khatib: Tamadun ialah himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan.

Muhammad al-Bahiy : Tamadun ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sarna ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan lain-lain. Tamadun Menurut Sarjana Melayu (a) Abu Bakar Hamzah : Tamadun Islam ialah sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan yang lahir daripadanya, sarna ada sesuatu yang berupa niskala (nisbah) mahupun yang berupa sekala (material).

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 (b)Wan Hashim Wan Teh: Pencapaian tinggi pemikiran ahli masyarakatnya dalam aspek budaya dan kesusasteraan, agama dan moral, pelbagai aspek kesenian, tatasusila iaitu adab, budi pekerti serta organisasi politik atau kemampuan mewujud dan menguruskan sesebuah kerajaan yang demokratik. Termasuk dalam konsepsi tamadun ialah kemajuan dalam pengurusan ekonomi dan perdagangan serta peningkatan dalam teknologi yang berkemampuan meningkatkan keselesaan hidup manusia. Justeru, tamadun Barat lebih menonjolkan aspek pencapaian kebendaan atau material sebagai ukuran bagi menentukan sesebuah masyarakat itu bertamadun atau sebaliknya, manakala tamadun Islam mengimbangi di antara pembangunan material dan spiritual atau antara kebendaan dan kerohanian. Tamadun Melayu juga meletakkan aspek keagamaan dan moral suatu unsur penting selain pembangunan material kerana menerima pengaruh besar daripada Tamadun Islam.

1.3 CIRI-CIRI TAMADUN Secara umumnya tamadun mempunyai ciri- ciri seperti berikut: 1. Pemikiran keagamaan: Cth:tamadun Islam, China, India dll. 2. Kota Raya : Baghdad bagi tamadun Islam, Lembah Hwang Ho tamadun Cina. 3. Penduduk yang ramai: Merupakan elemen penting dlm proses pembangunan sesebuah negara. Dapat menghasilkan kemajuan & pencapaian yg tinggi dlm pelbagai bidang sprt sains &
7

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 teknologi, seni bina dsbgnya. 4. Pemerintahan & Undang-undang: Undang-undang yang adil dan berkesan dapat membawa kemajuan kepada sesebuah tamadun. 5. Pengkhususan kerja: Cth: wujudnya golongan intelektual, para sarjana, pedagang, teknorat, petani, pekerja dan sebagainya. 6. Ilmu pengetahuan 7. Teknologi 8. Perdagangan Antarabangsa

1.4 HUBUNGAN TAMADUN DENGAN AGAMA. Menurut Kamus Dewan (1998), agama ialah kepercayaan kepada Tuhan dan sifatsifat, kekuasaan, penerimaan ajaran dan perintah-Nya. Secara fitrah, agama dan kepercayaan bukan hanya merupakan perkara asas yang wujud dalam diri setiap manusia, tetapi juga sudah menjadi suatu keperluan kepada manusia. Manusii memerlukan agama kerana

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 dorongan sifat semulajadi iaitu seperti rasa takut yang membawa kecenderungan untuk mendapatkan keselamatan dan perlindungan daripada Tuhan. Islam mendefinisikan agama dengan nama al-deen, iaitu cara hidup yang disepadukan dari kepatuhan menurut peraturan yang diturunkan oleh Allah SWT dengan meletakkan agama Islam itu sebagai kebudayaan. Islam meletakkan hubungan yang amat erat di antara agama dan tamadun. Ianya berbeza dengan pandangan Barat yang meletakkan agama sebagai sebahagian daripada kebudayaan iaitu agama lahir dari aktiviti manusia atau hasil dari interaksi manusia dengan alam sekitar atau ketakutan kepada kuasa ghaib. Peranan agama dalam membentuk pandangan semesta sesebuah masyarakat serta perilaku tindakan mereka dalam kehidupan sememangnya amat penting. Ini kerana agama mengajar manusia melaksanakan perkara-perkara positif dalam kehidupan seperti berusaha, amanah, sabar dan sebagainya yang dapat melahirkan tamadun manusia. Kemunculan tamadun-tamadun silam sebelum ini merupakan manifestasi kepada kehidupan beragama yang berperanan membentuk pandangan semesta dan nilai kehidupan yang terpuji dalam masyarakat ketika itu. Contohnya tamadun Barat dipengaruhi oleh agama Kristian, tamadun Timur Tengah, Rusia dan China kebanyakannya dipengaruhi oleh agama Islam. Manakala tamadun Asia Tengah pula dipengaruhi oleh Hindu dan Buddha. Agama juga mempunyai hubungan dengan unsur tamadun yang lain seperti moral, etika, ekonomi, undang-undang, estetika dan sains. Walaubagaimanapun peranan agama ini telah dinafikan oleh dunia Barat yang pemah mengalami Zaman Kegelapan yang mendakwa agama Kristian telah menyebabkan berlakunya kemunduran dalam kehidupan manusia. Fahaman ini menyebabkan mereka memisahkan agama dengan kehidupan, lalu membina ilmu dan tamadun atas dasar kemanusiaan dan sains moden sejak zaman Renaissanse sehingga kini.

Namun demikian, keadaan ini berlaku sebaliknya di dunia Timur atau suatu ketika dahulu dikenali dengan nama Jahiliah, telah berjaya membangun dan mencipta kemajuan kerana berpegang teguh dengan ajaran agama yang dinamakan Islam. Mengenai kewujudan

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 hubungan yang erat antara tamadun dan ajaran Islam ini, R.E. Sullivan menegaskan, "Moslem civilisation was the product of Moslem religion." Manakala M. Abduh pula merumuskan bahawa "adherence to the Prophets and the guidance of religion provides the basis for every civilisation. (Mohd Nasir Ripin, Abdullah Sulong, Zulkiflee Haron, 2003: 5).

10

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 1.5 HUBUNGAN TAMADUN DENGAN KEBUDAYAAN. Hubungan antara tamadun dan kebudayaan ialah kedua-duanya merupakan hasil ciptaan manusia yang menyentuh aspek cara hidup dengan menggunakan akal dan fikiran untuk menggarap ilmu dan pengetahuan. Daripada pemilikan ilmu ini pula, ia melahirkan keinginan dan kehendak untuk mencapai satu tingkat kehidupan yang maju dengan mematuhi undang-undang dan peraturan hidup dengan membina asas-asas pembangunan dan pemodenan. Menurut Kamus Dewan (1998), kebudayaan ialah cara hidup sesuatu masyarakat. Pengertian ini mempunyai makna yang sangat luas Jpenggunaannya. Perkaitannya dengan tamadun dapat dilihat melalui ciri-ciri khusus kemajuan kehidupan sesuatu masyarakat yang meliputi pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, kesenian, senibina, pakaian, agama dan lain-lain pencapaian manusia. Perkaitan antara kebudayaan dan tamadun berdasarkan kesamaan sumber kedua-duanya dihasilkan oleh fikiran dan keilmuan manusia dalam membangunkan insan untuk mencapai taraf hidup yang lebih maju di dunia ini. Bagaimanapun, tamadun berbeza daripada budaya sekiranya dilihat dari dua keadaan berikut: (a)Pengaruh dari natijah tamadun berkekalaJ:l lebih lama berbanding dengan pengaruh dari natijah budaya. Dengan pengertian lain sesuatu natijah budaya yang kekal lama dalam sesebuah masyarakat merupakan natijah tamadun. Sebagai contoh, kesetiaan kepada maharaja merupakan satu natijah tamadun dalam masyarakat Jepun meskipun sistem politik mereka telah jauh berbeza daripada keadaan silam. Manakala cara mereka berpakaian dan pemilihan jenis makanan pula merupakan natijah budaya kerana telah mengalami banyak perubahan dalam tempoh seratus tahun ini.

(b)Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya selalunya dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu. Tamadun Islam misalnya mengandungi beberapa budaya mengikut negara atau wilayah yang berbeza. Sebagai contoh, budaya

11

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 masyarakat Islam di rantau Melayu berpakaian berbeza daripada masyarakat Islam di Semenanjung Arab sungguhpun mereka berada di bawah naungan ketamadunan Islam.

1.6 HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BANGSA. Hubungan antara tamadun dengan bangsa tidaklah begitu ketara sekalipun terdapat beberapa tamadun yang sering dikaitkan dengan sesebuah bangsa seperti tamadun China dan India. Walaubagaimanapun hubungan tamadun melangkaui hubungan-hubungan sesuatu bangsa kerana kewujudan sesebuah tamadun tidak berdasarkan batasan kedudukan geografi, budaya dan kebangsaan. Bagaimanapun, Islam meletakkan agama sebagai nadi utama di -dalam pembinaan tamadun manakala bangs a tidak memberikan suatu makna yang cukup besar kepada tamadun. Kepelbagaian bangs a dalam Islam dikira sebagai milik bersama secara global dan mempertahankan survival tamadun Islam untuk merentas zaman. Kefahaman ini dipetik menerusi maksud firman Allah SWT di dalam al-Quran surah al-Hujurat (49) ayat 13 yang bermaksud: Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu semua daripada seorang lelaki dan wanita dan Kami telah menjadikan kamu semua bersuku-suku dan berbangsabangsa, supaya kamu saling kenaI mengenal antara satu sama lain. Sesungguhnya semuliamulia kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Kewujudan dan kemunculan tamadun-tamadun yang besar dan masyhur dilihat mempunyai penonjolan yang tersendiri seperti tamadun Yunani yang masyhur dengan falsafah dan keseniannya, manakala tamadun Islam pula masyhur dengan perspektif kehidupan yang menyeluruh di samping perkembangan sains dan teknologi. Keistimewaan tersebut hasil pandangan semesta atau world view yang biasanya berdasarkan agama yang dianuti oleh mereka.

12

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 Unsur utama yang menjadi pembeza antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain ialah pandangan semesta (world view). Pandangan semesta inilah yang menjadikan sesuatu tamadun membentuk keutuhan yang berterusan dalam mencapai kemajuan yang menjadikan tamadun itu kekal. Walaubagaimanapun, kebanyakan tamadun yang pernah wujud memiliki ciri-ciri tertentu yang meneruskan kesinambungan sesuatu masyarakat.

Beberapa ciri-ciri yang sejagat dimiliki oleh sesebuah tamadun seperti berikut :

Penempatan Kekal Penempatan kekal merupakan aspek penting dalam kewujudan sesebuah tamadun di dunia ini. Ini kerana manusia memerlukan suatu kawasan bagi menjalankan aktiviti ekonomi dan kemasyarakatan malah tempat tinggal mereka. Kewujudan suatu penempatan tetap dan kekal membolehkan sesebuah masyarakat menetap di kawasan-kawasan yang boleh membekalkan hasil makanan kepada mereka. Ciri-ciri ekonomi as as di kawasan ini ialah wujudnya sumber makanan as as seperti tumbuhan bijirin liar serta sumber protein seperti ikan, udang, ketam dan sebagainya. Oleh itu, pemilihan kawasan yang mempunyai ciri-ciri ekonomi tersebut merupakan proses ke arah pembentukan sebuah masyarakat pertanian awal yang akhirnya membentuk bandar hasil daripada revolusi pertanian. Di samping itu, pemilihan kawasan yang mempunyai ciri-ciri geografi tertentu amatlah penting bagi memastikan kelangsungan bekalan makanan seperti lembah sungai kerana tanahnya mempunyai tahap kesuburan semulajadi bagi permulaan kepada pertanian tetap, bekalan air yang cukup untuk kegunaan komuniti dan juga pertanian. Hampir kesemua tamadun awal bermula di kawasan-kawasan lembah sungai yang subur contohnya tamadun Mesir di lembah Sungai Nil, tamadun Sumeria di lembah Sungai Euphrates dan Tigris, tamadun Shang di lembah Sungai Kuning dan tamadun Mohenjo Daro13

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 Harappa di lembah Sungai Indus. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba'iyah Mohd Noor, Salina Hj. Zainol, 2000 : 7). Penempatan kekal ini merupakan suatu yang amat penting dalam meneruskan proses selanjutnya atau kesinambungan perkembangan sesebuah tamadun itu.

Revolusi Pertanian Perkembangan revolusi pertanian disebabkan penciptaan kekayaan (wealth creation) wujud di dalam sesebuah masyarakat. Perkara ini berlaku disebabkan masyarakat semakin pandai mengeksploitasi alam semulajadi melalui cara-cara saintifik. Ciri ini menjadi ukuran kepada ketamadunan sesebuah masyarakat berdasarkan kekayaan yang diperolehi. Keadaan ini berlaku apabila wujud pertambahan hasil pertanian dan pentemakan meningkat dan melampaui tahap sara diri. Kesannya segelintir anggota dalam masyarakat itu dapat bergiat dalam aktiviti lain seperti pertukangan, perdagangan dan sebagainya. Pad a peringkat ini kita dapati berlaku penciptaan peralatan yang lebih baik bagi meningkatkan lagi hasil makanan. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd DaH, Arba'iyah Mohd Noor, Salina Hj. Zainol, 2000 : 8). Revolusi pertanian turnt memperkembang dan mempertingkatkan pengkhususan pekerjaan di kalangan anggota masyarakat. Kewujudan lebihan pengeluaran makanan menyebabkan masyarakat akan menjalankan aktiviti ekonomi lain seperti pertukangan, pentemakan, perniagaan dan sebagainya. Kepesatan perkembangan aktiviti-aktiviti ekonomi yang lain ini akan menghasilkan suatu bentuk baru kegiatan ekonomi yang dikenali sebagai perdagangan. Masyarakat sudah mampu menjuallebihan hasil makanan mereka malah mampu membuat pertukaran dengan barangan keperluan yang lain.
14

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 Sistem Politik dan Pemerintahan yang Teratur Kewujudan suatu sistem politik dan pentadbiran yang teratur merupakan salah satu ciri penting tamadun dan menjadi simbol atau lambang kepada ketamadunan sesebuah masyarakat. Kebiasaannya pada peringkat awal perkembangan sesuatu tamadun sistem politik dan corak pemerintahan berdasarkan kepada hubungan kekeluargaan dan darah dalam membentuk sebuah masyarakat sebenar. Apabila manusia mencapai tahap tamadun yang tinggi, sistem politik dan pentadbirannya menjadi lebih kompleks. Begitu juga dengan kelompok manusia yang diperintah akan menjadi semakin kompleks. Hubungan antara individu bukan lagi berasaskan kepada hubungan darah, tetapi bentuk pemerintahan bermula dengan ketua kepada kuasa pemerintah tertinggi yang dikenali sistem beraja atau monarki yang menjadi hak turun temurun, contohnya raja atau sultan dalam tamadun Melayu dan Firaun dalam tamadun Mesir. Organisasi politik di bawah kuasa pemerintah tertinggi ini muncul sejak tahap awal sesebuah masyarakat mencapai tamadun. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba'iyah Mohd Noor, Salina Hj Zainol, 2000 : 14). Di samping itu, pemerintahan juga mengandungi pelbagai bentuk pentadbiran yang membantu, menyelaras serta melicinkan sesebuah negara seperti kehakiman, perkhidmatan awam, suruhanjaya dan badan-badan keselamatan seperti polis dan tentera. Kewujudan bentuk pentadbiran tersebut boleh dilihat pada pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dengan wujudnya jawatan Temenggung yang berperanan menjaga keselamatan, Laksamana menjaga keselamatan perairan dan lain-lain.

15

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

Stratifikasi dan Organisasi Sosial Pengkelasan dalam masyarakat berdasarkan kelas dan status merupakan suatu ciri yang berlaku dalam perkembangan sesebuah tamadun. Stratifikasi sosial sesuatu masyarakat biasanya bermula dengan pemilikan tanah pertanian yang dianggap mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat sementara golongan yang tidak mempunyai tanah pertanian menjadi golongan pekerja atau buruh iaitu kelas yang lebih rendah, contohnya hamba. Oleh itu kelas masyarakat seseorang atau sesebuah keluarga pada awal kemunculan tamadun ditentukan berdasarkan pemilikan tanah tersebut. Selain itu golongan masyarakat yang mempunyai status yang tinggi dilihat mempunyai peraturan adat yang istimewa yang tidak boleh dilakukan oleh golongan berstatus rendah termasuklah jenis pakaian, perhiasan dan bentukbentuk binaan rumah. Lazimnya golongan yang berstatus tinggi juga merupakan golongan yang berada pada strata sosial yang paling tinggi serta mengawal sebahagian besar faktor pengeluaran.

16

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 Namun demikian perkembangan ekonomi yang membawa kepada kemunculan golongan peniaga atau pedagang kemudiannya mempengaruhi perubahan sosial. Kemunculan golongan ini secara tidak langsung menjejaskan kerangka masyarakat awal. Pemilikan kekayaan kini bukan hanya terhad kepada tanah tetapi juga harta benda lain yang mana kekayaan tersebut telah mempertingkatkan kedudukan pedagang ke kelas sosial yang tinggi. Dalam keadaan ini golongan bangsawan yang memiliki tanah dan kuasa politik boleh ditandingi oleh golongan pedagang. Oleh itu dalam kebanyakan masyarakat, golongan pedagang dinafikan status tinggi oleh golongan bangsawan melalui pelbagai cara walaupun golongan ini mempunyai kekayaan.

Urbanisasi Urbanisasi merupakan proses pembentukan pembandaran at au dikenali sebagai bandar. Bandar merupakan pusat utama kegiatan pentadbiran, ekonomi, keagamaan, kemasyarakatan dan sebagainya dalam sesebuah tamadun. Ianya dianggap sebagai nadi sesebuah tamadun kerana hampir semua aktiviti masyarakat berlangsung di bandar. Walaubagaimanapun aspek urbanisasi ini merangkumi juga kawasan perkampungan yang didiami oleh sebilangan masyarakat lain yang mempunyai peranan dan fungsi yang sarna seperti di bandar. Bentuk lazim yang wujud pada bandar-bandar awal ialah penempatan sekelompok bandar di mana pusatnya ialah kuil-kuil dan istana-istana yang didiami oleh keluarga pemerintah serta pembesar-pembesar. Sementara golongan petani dan pekerja-pekerja lain

17

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 tinggal di kampung masing-masing yang berhampiran dengan bandar. Oleh itu penempatan keseluruhannya lebih bercorak berselerak (dispersed city). Contohnya bandar dalam tamadun Shang mempunyai binaan tembok-tembok yang memisahkan setiap kelompok berdasarkan kepada kelas sosial serta pengkhususan kerja. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba'iyah Mohd NoOf, Salina Hj. Zainol, 2000: 11). Tamadun Lembah Indus memberi contoh terbaik di mana proses perbandaran dibangunkan sangat menakjubkan. Kesan-kesan tinggalan bangunan besar, bilik air, limbah, pembentungan, longkang dan palung di kaki-kaki atap masih menjadi bukti kepada ketinggian kehidupan masyarakat tempatan pada ketika itu.

Perkembangan Sains dan Teknologi Kepesatan kemajuan sains dan teknologi selaras dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan pemikiran sesebuah masyarakat. Ianya memartabatkan sesebuah tamadun dati satu tahap ke satu tahap yang lebih tinggi. Kemajuan material selalunya berpunca dari kemajuan pemikiran atau mind~ dan keilmuan sesuatu bangsa. Taraf pemikiran yang tinggi ini pula diterjemahkan dalam bentuk realiti yang bersifat benda atau alatan atau teknologi. Kemajuan dalam bidang perdagangan sekadar contoh, diiringi dengan teknologi perkapalan, penciptaan
18

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 mata wang, alatan tembaga, tembikar dan seumpamanya. Tidak dapat dinafikan sejarah sesebuah tamadun amat bergantung kepada ketinggian sains dan teknologinya. Penciptaan piramid sebagai contoh, kekal menjadi mercu tanda tamadun Mesir hingga hari ini. Pada awal perkembangan sains dan teknologi setiap tamadun memiliki ciri yang sarna dengan penggunaan batu sebagai alat terpenting dalam kehidupan. Pengetahuan dan pengalaman manusia semakin meningkat dalam penciptaan perala tan keperluan seharian sehingga memasuki era pertanian dan kerja-kerja kraftangan. Dua penciptaan terpenting manusia pada peringkat ini ialah bajak dan roda. Bajak memudahkan kerja-kerja dalam sektor pertanian manakala roda menjadikan aktiviti pengangkutan pembuatan tembikar dan pengairan. (Azhar Hj. Mad Aras, Azharudin Mohd Dali, Suffian Mansor, Zulkarnaian Abdul Rahman, 2001 : 10). Perkembangan sains dan teknologi manusia bertambah baik dengan penggunaan besi sebagai bahan utama penciptaan pelbagai keperluan manusia sehingga ke hari ini. Kepesatan manusia melakukan kajian dan penyelidikan melonjakkan taraf kehidupan yang bertambah maju dan canggih.

Sistem Tulisan Masyarakat memerlukan kepada komunikasi untuk berinteraksi sambil memberi atau menerima maklumat. Lantaran itu, kewujudan sistem tulisan merupakan ciri tamadun yang paling penting bagi perkembangan sesebuah tamadun dalam jangka mas a panjang. Tulisan

19

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 dalam tamadun awal mempunyai pelbagai bentuk yang difahami oleh komuniti setempat, contohnya di Sumeria, Mesir dan China muncul tulisan piktograf yang mana gambar-gambar dilukis bagi mewakili sesuatu makna. Tulisan piktograf ini kemudiannya berkembang kepada sistem tulisan yang berbentuk logagrafi (logographic) iaitu bentuk awal kepada pembentukan tulisan berbentuk abjad. Kemunculan tulisan menjadi petunjuk kepada dinamisme masyarakat sesebuah tamadun kerana melalui sistem tulisan, komunikasi dalam masyarakat menjadi lebih luas dan efektif. Angka-angka yang terbit daripada sistem tulisan memudahkan lagi pengiraan dibuat. Perkembangan ini membawa kepada kemunculan kelas terpelajar atau literati. Golongan ini terbabit dalam aktiviti pemerhatian dan penyimpanan rekodrekod. Ilmu astronomi merupakan ilmu yang berkembang seiring dengan sistem tulisan dan angka dalam masyarakat tamadun awal. Penciptaan sistem tulisan dan angka secara tidak langsung telah memperkembangkan ilmu pengetahuan dalam masyarakat bertamadun. Catatan-catatan dapat dibuat dan rekod-rekod dapat disimpan. Contohnya dalam sejarah China telah wujud tradisi menyimpan rekod istana sejak tamadun Shang. Sistem tulisan turut menjadi penggerak kepada kemunculan seni kreatif yang melibatkan penulisan seperti penggarapan epik-epik, puisi-puisi dan cerita-cerita rakyat, contohnya epik Gilgamesh dalam masyarakat Sumeria. Sistem tulisan juga dapat membantu memperkembangkan dan menyemarakkan sesuatu agama atau kepercayaan. Contohnya, penganut agama Islam dapat menghayati ajaran Islam yang sebenar melalui kitab al-Quran yang telah ditulis dan dibukukan oleh golongan ulama terdahulu.

Sistem Agama dan Kepercayaan

20

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 Kehidupan beragama merupakan ciri penting yang wujud dalam masyarakat bertamadun. Pemikiran tentang wujudnya kuasa ghaib yang mengawal kehidupan manusia menunjukkan manusia sebenarnya sudah berfikir mengenai keperluan spiritual Giwa) mereka. Spiritual merupakan unsur penting dalam tamadun-tamadun dunia, misalnya tamadun Mohenjo DaroHarappa, tamadun Sumeria dan Mesir. Agama dan kepercayaan ~ini bukan sahaja rriemberi kesan kepada wujudnya manusia yang bersopan santun atau baik tetapi juga dimanifestasikan melalui pembinaan bangunan-bangunan keagamaan yang kemudiannya menjadi pusat kepada urbanisasi dalam tamadun tersebut Kemunculan tamadun dikatakan bermula apabila muncul bandar-bandar. Lazimnya bandar-bandar awal muncul di sekitar pusat-pusat upacara agama. Kerja-kerja mencari gali bahan-bahan arkeologi mendapati bahawa kadangkadang bandar tersebut berasal daripada sebuah kuil agama atau pusat penyembahan nenek moyang. Kewujudan kompleks-kompleks kuil amatlah menonjol dan seiring dengan pertumbuhan bandar sehingga sejarawan dan ahli arkeologi berpendapat bahawa kepercayaan agama yang telah diinstitusikan sebagai agama rasmi sesebuah masyarakat memainkanperanan penting dalam pembentukan masyarakat bertamadun dan bandarbandar awal. Peristiwa besar dunia hari ini pun seringkali dikaitkan dengan agama. Tahun Masehi sebagai contoh, dinasabkan kepada seorang Nabi Isa yang menyebarkan ajaran agama Kristian.

21

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

1.7 FAKTOR KELAHIRAN DAN KEJAYAAN TAMADUN

Kemunculan dan perkembangan sesebuah tamadun dipengaruhi oleh pelbagai faktor, antaranya (Chandra Muzaffar, Che Wan Jasimah Wan Mohd Radzi, Hashim Hj.Musa, Mohd Zuhdi Marsuki, 2003: 13) :

Politik yang kukuh Politik yang kukuh merupakan faktor utama yang menentukan jangka hayat sesebuah tamadun. Contohnya, tamadun Mesopotamia dengan sistem beraja dan Kod ammurabinya (1792-50 S.M). Tamadun Mesir dengan Raja Firaun dan sistem hierarkinya. Begitu juga tamadun Lembah Indus dan tamadun Melayu yang terkenal dengan sistem beraja dan sistem pembesamya seperti empayar Melaka. Kesultanan Melaka yang diasaskan oleh Parameswara dari Palembang sekitar 1400M telah mengukuhkan sistem pentadbirannya dengan memperkenalkan Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Tamadun China yang bermula di Lembangan Sungai kuning (Hwang Ho) juga ditentukan kesinambungan hayatnya oleh faktor politik, perundangan dan kestabilan.

kedudukan yang Strategik Kelahiran sesebuah tamadun kebanyakannya disebabkan kedudukannya yang trategik yang boleh mewujudkan penempatan masyarakat dan juga mudah untuk lemperoleh sumbersumber semulajadi untuk menampung kehidupan masyarakatnya. aktor lokasi seperti ini yang merujuk kepada kesesuaian faktor-faktor geografi telah .ilihat menggalakkan kemunculan tamadun China di Lembah Huang-He dan Yang Tse, tamadun India di Lembah Ganges dan Brahmaputra, tamadun Mesopotamia di Lembah igris dan Euphrates, tamadun Mesir di Lembah Nil dan juga tamadun Melaka di )inggiran- Selat Melaka. Jika dilihat

22

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 keistimewaan Tamadun Melaka sehingga menjadi mpayar yang ulung di rantau ini pada abad ke-15 adalah disebabkan kedudukannya rang strategik dari segi perdagangan dan pelabuhannya terlindung dan selamat dari iupan angin Monsun.

Rangsangan Keagamaan Kemunculan sesebuah tamadun juga boleh dikaitkan dengan rangsangan eagamaan dan kerohanian. Ajaran agama dan amalan rohani sebenamya mendorong lanusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan sud yang mendorong ,epada kehidupan bertamadun. Sesebuah masyarakat yang menghayati kehidupan eragama akan berusaha untuk membangunkan kehidupan mereka menuju kepada :esempurnaan kemanusiaan dan seterusnya melahirkan ketinggian budaya. Daripada lembangunan kehidupan seperti ini bermulalah bibit-bibit kehidupan bertamadun. kemunculan Tamadun Islam misalnya begitu dipengaruhi oleh rangsangan nilai aripada penghayatan cara hidup Islam yang sempuma. Sejarah Tamadun Islam bermula di Semenanjung Tanah Arab, dari zaman yang dikenali sebagai Jahiliah kerana masyarakat Arab pada masa itu masih jahil tentang agama dan berpuak-puak. Peperangan sering meletus, golongan kaya sering menindas golongan miskin dan wanita berada pada kedudukan yang hina. Kedatangan Islam telah mengubah cara hidup masyarakat Arab kepada perpaduan ummah dan sifat keinsanan yang tinggi. Tamadun Islam mula berkembang pesat sehingga mencapai kegemilangan.

Penghayatan Tinggi Terhadap Moral dan Nilai Terpuji Kelahiran sesebuah tamadun turut didorong oleh penghayatan yang tinggi terhadap moral dan nilai yang terpuji. Nilai-nilai murni yang wujud pada masyarakat sudah pasti menggalakkan kecintaan kepada ilmu dan nilai-nilai murni yang lain seperti kreativiti, ketekunan, kerajinan, semangat berdisiplin dan sebagainya. Nilainilai murni yang wujud pada pemimpin sudah pasti menggalakkan kepimpinan yang berhemat, bertanggungjawab dan jujur yang seterusnya mendorong rakyatnya berganding bahu untuk membangunkan negara. Penghayatan nilai-nilai murni seperti penekanan konsep keadilan dalam

23

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 pemerintahan telah dihayati hampir semua tokoh tamadun silam seperti Plato dan Aristotle dalam tamadun Yunani, Lao Tze dan Kung Fu Tze dalam tamadun Cina, Kautilya dan Samkara dalam tamadun India serta al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam Tamadun Islam.

Pengalaman Kesengsaraan Hidup Kemunculan sesebuah tamadun dikaitkan juga dengan kesengsaraan hidup. Situasi kehidupan yang sengsara dan menderita boleh mendorong masyarakat untuk bekerjasama mengembelengkan tenaga untuk membebaskan diri mereka daripada belenggu tersebut. Kesengsaraan dan penderitaan menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih berdisiplin dan kreatif dalam membangunkan kehidupan mereka. Dalam konteks zaman moden, kemunculan negara Jepun seringkali dikaitkan dengan penderitaan masyarakatnya selepas kekalahan mereka dalam Perang Dunia Kedua. Kekalahan dalam peperangan tersebut telah meningkatkan semula semangat rakyat Jepun untuk bangun memajukan negara mereka. Hasil usaha yang bersungguh-sungguh menjadikan Jepun sebagai sebuah negara yang maju dalam bidang sains dan teknologi serta muncul salah satu kuasa ekonomi dunia.

Toleransi dengan Tamadun Lain Kelahiran sesebuah tamadun turut didorong oleh toleransi yang tinggi terhadap sumbangan tamadun-tamadun yang lain. Semangat untuk mewujudkan interaksi antara tamadun merupakan satu rangsangan kepada pemupukan kehidupan bertamadun. Toleransi terhadap sumbangan tamadun-tamadun yang lain menggambarkan sikap terbuka untuk menerima sumber-sumber yang baik daripada tamadun-tamadun tersebut dan seterusnya membantu kemunculan tamadun barn. Sikap tokoh-tokoh penting dalam tamadun-tamadun sebelum ini jelas menampakkan toleransi dan saling hubungan antara tamadun. Tamadun Islam

24

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 contohnya merupakan tamadun yang bersikap terbuka untuk menerima sumber ilmu astronomi daripada tamadun Yunani.

1.8 FAKTOR-FAKTOR KEMEROSOTAN DAN KERUNTUHAN TAMADUN

Ketidakadilan dan Perbezaan Jurang Berlakunya ketidakadilan dengan wujudnya jurang perbezaan yang begitu ketara antara golongan kaya dengan miskin. Sebagai contoh, situasi seperti ini dapat diperhatikan berlaku pad a zaman pemerintahan raja-raja zaman Greek awal, terdapat ramai golongan hamba abdi yang hidup miskin dan melarat sedangkan golongan kaya terus menambah kekayaan. Golongan miskin ini tidak dapat hak untuk mengundi malah ditindas dan diperah tenaga untuk mengusahakan tanah orang kaya. Akibat daripada ketidakadilan yang dilakukan oleh golongan atasan maka tercetus perasaan tidak puas hati dan pemberontakan dan rusuhan orang bawahan. Mereka menuntut pembaharuan dari segi ekonomi terutama mengenai tanah, namun desakan mereka tidak diendahkan, malah ketua mereka Tiberius dan Cains Gracchus telah terkorban akibat ditindas oleh ahli-ahli senat. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba'iyah Mohd Noar, Salina Hj. Zainol, 2000 : 33).

Penindasan dan Kezaliman

25

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga persoalan hak-hak kemanusiaan diketepikan sarna sekali. Kehidupan bertarnadun sudah tidak bermakna lagi apabila sistem ketatanegaraan dan perundangan tidak dihormati malah dicabuli dengan sewenangwenangnya. Sebagai contoh, semasa era pemerintahan Dinasti Sui (589-618), Maharaja Yang Ti (604-617) telah mengabaikan tanggungjawab serta bertindak kejarn ke atas rakyatnya. Tindakan beliau yang memaksa rakyat membina istana-istana raja dan terusan membawa rasa tidak puas hati rakyat. Akhimya golongan petani bangkit memberontak dan menjatuhkan dinasti tersebut. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd DaH, Suffian Mansor, Zulkarnaian Abdul Rahman, 2001 : 23).

Keruntuhan Moral dan Nilai Masyarakat Berlakunya keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutarnanya di kalangan pemimpin yang menandakan musnahnya penghayatan terhadap budi pekern yang murni dan mulia. Berdasarkan sejarah kemerosotan tamadun Yunani, tamadun Romawi dan Tamadun Islam boleh dikaitkan dengan keruntuhan moral dan nilai terutama di kalangan pemimpin. Dalam pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyyah perpecahan berlaku di kalangan puak Syi' ah dan Sunni kerana semangat perkauman yang sempit. Malah wujud di kalangan pemimpin mereka yang tidak berakhlak mulia seperti suka berfoya-foya, zalim, tamak kuasa dan sebagainya. Nilai-nilai yang tidak sihat di kalangan pemimpin ini telah menyebabkan keadaan politik menjadi tidak stabil, akhirnya kerajaan menjadi merosot dan lemah. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba'iyah Mohd Noar, Salina Hj. Zainol, 2000 : 33).

Sikap Tertutup Dari Menerima Perubahan

26

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 Wujud sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan terutamanya dari segi perubahan teknologi atau perubahan dalam struktur politik, ekonomi dan sosial. Sikap tertutup seperti ini sudah tentu merencatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah masyarakat yang seterusnya menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang beku atau jumud berpanjangan. Dalam sejarah dapat dilihat bagaimana Tamadun Islam Uthmaniyyah mengalami keruntuhan dari dalam disebabkan sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan teknologi dan so sial. Begitu juga yang berlaku kepada tamadun China yang enggan menerima perubahan dari Barat menyebabkan kerajaan China semakin merosot dan lemah walaupun pelbagai usaha dijalankan untuk memulihkannya.

Malapetaka dan Bencana Alam Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan secara besarbesaran. Faktor seperti ini juga merupakan salah satu penyebab kemerosotan sesebuah tamadun. Bagaimanapun, faktor ini di luar kawalan manusia untuk menghalangnya daripada berlaku. Misalnya wabak penyakit yang dahsyat telah me!ebak ke seluruh bandar Athens dan telah mengakibatkan kematian dan kemusnahan sehingga melemahkan semangat penduduk Athens pada sekitar 429 S.M. Pericles yang dianggap pemerintah yang berkebolehan telah menjadi mangsa wabak penyakit tersebut termasuk ramai pembesar-pembesar yang telah banyak membuat perubahan kepada Athens sendiri. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba'iyah Mohd Noor, Salina Hj. Zainol, 2000 : 34).

27

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

KESIMPULAN Sesebuah tamadun itu sebenarnya mempunyai kriteria dan faktor tersendiri dalam membina, membangun dan memajukan tamadun tersebut. Terdapat tamadun yang mampu bertahan untuk jangka mas a yang lama namun sebaliknya terdapat juga tamadun yang tidak dapat bertahan lama kerana faktor-faktor tertentu. Begitu juga dengan tamadun Malaysia yang meletakkan asas pembinaannya yang berteraskan kepada polarisasi kaum, ras dan bangs a bagi membina acuan tamadun Malaysia itu sendiri.

2.0 TOKOH TAMADUN ISLAM


AL-FARABI

28

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

2.1 RASIONAL PEMILIHAN TOKOH AL FARABI

29

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 Bumi Turkistan yang selama beberapa abad di bawah empayar Islam telah menjadi pusat aktiviti keintelektualan dan keagamaan. Kini telah menjadi sebuah jajahan di bawah pemerintahan Soviet Union. Namun, kita harus berterima kasih kerana bumiTurkistan ini yang telah melahirkan al-Farabi, seorang ahli falsafah yang begitu agung dalam dunia Islam mahupun Barat. Pengkajian beliau meliputi banyak bidang, daripada Disiplin Logik dan Falsafah kepada Ilmu Fizik dan Psikologi; daripada Linguistik dan Matematik kepada Sains Politik dan Perbandingan Agama. Al-Farabi merupakan ahli falsafah Muslim yang berpandukan alQuran dan Sunnah, bukannya berteraskan ahli falsafah Greek sepertimana yang sering didakwa. Malahan, cara hidup dan berfikir beliau dalam dunia keintelektualan, juga berpandukan al-Quran, As-sunnah dan syariah. Oleh itu saya memilih tokoh ini kerana sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang sangat ulung dan ilmuwan yang hebat. Banyak pemikirannya masih relevan dengan perkembangan kehidupan manusia hari ini. Pemikirannya mengenai politik dan negara banyak dikaji sebagai panduan dalam pentadbiran dan pemerintahan. Selain itu hasil kerja dan penulisannya masih lagi digunakan dan menjadi rujukan di pusat-pusat pembelajaran dan institusi pendidikan. Sumbangan Al-Farabi memberikan pengaruh besar dalam bidang sains, falsafah, dan ilmu pengetahuan berkurun lamanya.

30

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

2.2 RIWAYAT HIDUP AL-FARABI Nama asal Al-Farabi ialah Abu Nasr Muhammad bin Muhammad Tarkhan Al-Uzdag. Beliau dilahirkan di Wasij, iaitu di wilayah Transosiana,di negara Turkestan. Beliau dikatakan lahir pada tahun 257 H bersamaan 870 Masihi, pada zaman pemerintahan kerajaan samaniah. Al-Farabi dikatakan berketurunan Turki, bapanya berketurunan Persia manakala ibunya pula berketurunan Turki. Pada zaman pemerintahan kerajaan Samaniyah, bapa AlFarabi bekerja sebagai seorang pegawai tentera kerajaan manakala perkerjaan ibunya tidak diketahui dengan jelas. Dimasa kecil, ia yang dikenal rajin belajar dan memiliki otak yang cerdas, belajar agama, bahasa Arab, bahasa Turki, dan bahasa Parsi di kota kelahirannya, Farab. Setelah besar al-Farabi pindah ke Baghdad dan tinggal selama 20 tahun. Di Baghdad ia memperdalam filsafat, logika, matematika, etika, ilmu politik, musik, dll. Dari Baghdad AlFarabi kemudian pindah ke Harran (Iran). Disana ia mempelajari filsafat Yunani kepada beberapa ahli diantaranya Yuhana bin Hailan. Dari Harran kemudian pindah lagi ke Baghdad.Al-Farabi dikatakan mendapat pendidikan awal dari guru-guru persendirian, sama ada beliau pergi belajar di rumah guru berkenaan ataupun beliau belajar secara formal di masjid-masjid yang terdapat di Wasij., seterusnya beliau dikatakan dibesarkan semasa pemerintahan Nasir Ibnu Ahmad. Al-Farabi tidak seperti beberapa tokoh atau sarjana muslim yang lain, ini kerana beliau tidak menulis mengenai riwayat hidupnya sendiri berbanding dengan tokoh yang lain yang membuat biografi tentang kehidupan mereka. Keduanya Al-Farabi dikatakan memiliki atau mempunyai daya akal yang tinggi sejak dari kecil lagi, ini kerana dalam usia muda lagi beliau telah belajar dan mampu belajar berbagai-bagai ilmu.

31

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 Al-Farabi juga dikatakan dapat menguasai beberapa bahasa asing, antaranya bahasa Syria, Arab, Greek, dan beberapa bahasa lagi sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa Al-Farabi berasal dari wasij dan keluarga berketurunan Turki, penguasaan ini tidak akan dicapai tanpa keinginan yang tinggi. Al-Farabi juga menguasai pelbagai bidang dalam ilmu keagamaan, antaranya ilmu Nahu, Tafsir, Hadis, Fiqh, dan sebagainya, selain itu beliau juga mahir dalam pelbagai cabang-cabang falsafah, ilmu lingkungan, ilmu militer dan ilmu muzik, walaupun Al-Farabi mahir dalam pelbagai bidang tetapi beliau lebih tertarik ataupun lebih memberikan perhatiannya pada bidang falsafah dan logik. Al-Farabi juga lebih dikenali sebagai guru kedua, beliau dikenali sebegitu selepas Aristotle sebagai guru pertama, ini kerana beliau sentiasa mengkaji buku-buku yang dihasilkan oleh Aristotle, mahupun mengkaji mengenai diri Aristotle. Al-Farabi dikatakan mempunyai ramai guru-guru, tetapi yang utama ataupun yang lebih diberikan perhatian dan masyhur ialah Ibn Hailan dan Matta ibn Yunus, kedua-dua guru beliau ini mahir di dalam bidang logik dan falsafah. Pada tahun 287 Hijrah bersamaan 900 Masihi merupakan pengembaraan pertama AlFarabi ke negara luar iaitu Baghdad bersama gurunya yang tidak asing lagi ialah Ibnu Hailan. Kedatangan Al-Farabi ke Baghdad bersama gurunya adalah untuk mempelajari logik dan mendalaminya. Seterusnya pada tahun 298 Hijrah bersamaan 908 Masihi, beliau telah meninggalkan Baghdad bersama gurunya untuk ke Harran seterusnya meneruskan perjalanan ke Konstentinople, beliau ke sana untuk mempelajari falsafah dengan mendalam yang mana gurunya iaitu Ibnu Hailan bertindak sebagai penyelia beliau dalam pembelajaran tersebut. Manakala pada tahun 297 Hijrah bersaman 910 Masihi, beliau telah kembali ke Baghdad semula. Kembalinya beliau ke Baghdad adalah untuk belajar, mengajar, mengkaji buku-buku yang di tulis oleh Aristotle dan menulis karya-karya. Pada tahun 330 Hijrah

32

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 bersama 942 Masihi, Al-Farabi telah berpindah ke Damsyik iaitu satu daerah di negara Syria akibat kekacauan dan ketidakstabilan politik yang berlaku di Baghdad. Manakala pada tahun 332 Hijrah bersamaan 944 Masihi Al-Farabi dikatakan telah pergi ke Mesir, tetapi tidak diketahui tujuan, mengapa dan kegiatan beliau di sana, tapi menurut Abi Usaibiyah yang mana merupakan seorang ahli sejarah, mengatakan Al-Farabi telah mengarang sebuah karya mengenai politik ketika berada di Mesir iaitu sekitar tahun 337 Hijrah. Seterusnya pada tahun 338 Hijrah bersamaan 949 Masihi Al-Farabi telah kembali semula ke Damsyik, sekembalinya ke sana adalah untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya sebagai seorang cendiakawan di sebuah istana di Aleppo semasa pemerintahan Syria baru iaitu seorang putera Handaniyah bergelar Saf Al-Daulah, yang tertarik dengan kebijaksanaan dan kepandaian beliau. Serta kehidupannya sebagai seorang ahli sufi. Di dalam bulan Rajab 339 Hijrah bersamaan 950 Masihi, Al-Farabi telah meninggal dunia di damsyik, semasa beliau berumur 80 tahun. Beliau telah dikebumikan di sana, iaitu di sebuah perkuburan di bahagian luar pintu selatan atau pintu sampingan kota tersebut. Saf al-daulah sendiri yang mengetuai para pembesar negeri bagi menyembahyangkan jenazah Al-Farabi, seorang cendikiawan yang terulung dan termasyhur di kalangan para sarjana dan tetamu di istana Saf Al-Daulah.

33

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

2.3 SUMBANGAN AL- FARABI Sumbangan al-Farabi adalah dalam bidang mantik, falsafah dan sosiologi. Tambahan lagi, beliau memberi sumbangan yang amat besar dalam bidang ilmu hisab, sains, perubatan dan muzik. Beliau juga mengarang ensiklopedia. Dalam bidang mantik, beliau membuat pengajian sistematik dengan membahagikan subjek kepada 2 kategori : Takhayyul (pendapat/ idea) dan Thubut (bukti / dalil). Beliau menggabungkan teori Platonik dan Aristotle dengan teologi dan menulis komentar tentang fizik, mantik dan meteorologi. AlFarabi yakin dan percaya bahawa falsafah dan Islam wujud dalam harmoni. Karangannya, Kitab al- Ihsa al-'Ulum mengemukakan prinsip-prinsip dasar dan klasifikasi sains daripada perspektif yang baru. Namun, keterampilannya sebagai seorang ilmuwan yang terulung lebih dalam bidang falsafah. Bahkan kehebatannya dalam bidang ini mengatasi ahli falsafah Islam yang lain seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd. Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagiaan. Maka tidak hairanlah, Al-Farabi dikenali sebagai orang yang paling memahami falsafah Aristotle. Dia

34

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 juga merupakan seorang yang terawal menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab. Meskipun pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan manusia. Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politlk. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna.

Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk diekspolitasikan untuk kepentingan orang lain. Justeru, seorang ahli falsafah yang tulen tidak akan merasai sebarang perbezaan di antaranya dengan pemerintah yang tertinggi kerana keduanya merupakan komponen yang saling lengkap melengkapi. Dalam hal ini beliau mencadangkan agar diwujudkan sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh ahli falsafah. Pandangan falsafahnya yang kritikal telah meletakkannya sebaris dengan ahli falsafah Yunani yang lain. Dalam kalangan ahli falsafah Islam, beliau juga dikenali sebagai Aristotle kedua. Bagi Al-Farabi, ilmu segala-galanya dan para ilmuwan harus diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara. Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan falsafah dan ajaran Confucius yang meletakkan golongan ilmuwan pada tingkat hierarki yang tertinggi di dalam sistem sosial sesebuah negara. Di samping itu, Al-Farabi juga mengemukakan banyak pandangan yang mendahului zamannya. Antaranya beliau menyatakan bahawa keadilan itu merupakan sifat semula jadi
35

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 manusia, manakala pertarungan yang berlaku antara manusia merupakan gejala sifat semula jadi tersebut. Sebagai seeorang ilmuwan yang tulen, Al-Farabi turut memperlihatkan

kecenderungannya menghasilkan beberapa kajian dalam bidang perubatan. Walaupun kajiannya dalam bidang ini tidak menjadikannya masyhur tetapi pandangannya telah memberikan sumbangan yang cukup bermakna terhadap perkembangan ilmu perubatan di zamannya. Salah satu pandangannya yang menarik ialah mengenai betapa jantung adalah lebih penting berbanding otak dalam kehidupan manusia. Ini disebabkan jantung memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut keperluan anggota tubuh badan.

Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang serba boleh. Banyak daripada pemikirannya masih relevan dengan perkembangan dan kehidupan manusia hari ini. Sementelahan itu, pemikirannya mengenai politik dan negara banyak dikaji serta dibicarakan di peringkat universiti bagi mencari penyelesaian dan sintesis terhadap segala kemelut yang berlaku pada hari ini. Al-Farabi berpendapat bahawa ilmu politik adalah ilmu yang meneliti berbagai-bagai bentuk tindakan, cara hidup, watak di posisi positif dan akhlak. Semua tindakan dapat diteliti mengenai tujuannya, dan apa yang membuat manusia dapat melakukan seperti itu dan bagaimana yang mengatur memelihara tindakan dengan cara yang baik dapat diteliti. Kebahagian manusia diperoleh kerana perbuatan atau tindakan dan cara hidup yang dijalankan. Bagi Al-Farabi, kebahagian adalah dicapai melalui pandangan akal dan perbahasan dan bertemu dengan tuhan dalam hubungan akal. Al-Farabi berpendapat bahawa kebahagian hakiki (sebenar) tidak mungkin dapat diperoleh sekarang (di dunia ini ), tetapi sesudah kehdupan sekarang iaitu akhirat. Namun sekarang ini juga ada kebahagian yang nisbi seperti kehormatan,kekayaan, dan kesenangan yang dapat dilihat dan dijadikan
36

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 pendoman hidup.Kebahagiaan sejati sentiasa dengan suatu tindakan yang mulia, kebajikan dan keutamaan. Maka, untuk menuju ke arah itu melalui kepimpinan yang tegak dan benar. Kepimpinan tumbuh dari keahlian dan pembawaan manusia. Hal ini dapat mengarahkan manusia dalam menegakkan nilai-nilai utama dan tindakan bakal memelihara sebagai kemantapan keahlian yang disebut pemerintahan dan raja. Al-Farabi menyatakan bahawa masalah dalam politik dapat dibahagikan kepada dua iaitu: 1. Pemerintahan atas dasar penegakan terhadap tindakan tindakan yang sedar, cara hidup. Dasar ini dapat dijadikan upaya untuk memperolehi kebahagiaan. Pemerintahan atas dasar ini disebut pemerintahan utama, dimana sebagai ciri kotakota dan bangsa- bangsanya tunduk terhadap pemerintahan. 2. Pemerintahan atas dasar penegakan terhadap tindakan-tindakan dan watak-watak dan rangka mencapai sesuatu yang dianggap mendapat suatu kebahagian. Maka, muncul beraneka ragam bentuk pemerintah. Apabila yang dikejar adalah kejayaan semata dapat dianggap sebagai pemerintah yang rendah. Jika mengejar kehormataan, pemerintahan akan bergantung kepada apa yang menjadi tujuannya. Dipandang dari kemampuan suatu pemerintahan ilmu politik terbahagi menjadi dua: 1. Kemampuan dalam melahirkan peraturan-peraturan yang bersifat universal 2. Kemampuan yang disebabkan oleh adanya ketekunan dalam aktiviti politik, dengan harapan boleh menjadi kebijaksanaan Sebagai ringkasan pemerintahan dapat menjadi baik, jika ada teoritis dan praktis bagi pengelolaannya. Dalam membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu. Al-Farabi menjelaskan bahawa roh dan amalan saja tidak akan mampu untuk mensucikan seseorang dan mengangkatnya ke arah kesempurnaan tetapi juga memerlukan fikiran dan amalan renungan. Sebarang percubaan dan usaha untuk memisahkan elemen-elemen ini akan melahirkan sebuah negara yang pincang serta masyarakat yang kacau bilau. Oleh itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar kepada pembinaan sesebuah negara yang kuat, stabil dan makmur.
37

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 Selain itu, Al-Farabi menulis beberapa buah buku dalam bidang sosiologi, 'Ara Ahl alMadina al-Fadila' (Bandar Contoh) adalah yang terkenal. Ia adalah sumbangan terbesar dalam bidang sosiologi dan sains politik. Beliau juga mengarang buku untuk bidang metafizik dan psikologi termasuk hasil kerja aslinya. Al-Farabi menyatakan bahawa seorang individu itu tidak akan meraih kejayaan dan kesempurnaan tanpa menerima bantuan daripada individu-individu yang lain. Adalah fitrah manusia untuk bergaul dan berganding bahu bersama manusia lain untuk melakukan sesuatu pekerjaan, justeru mencapai kesempurnaan. Setiap manusia perlu tinggal bersama-sama masyarakat di sekelilingnya. Dalam karangannya yang lain pula, beliau menulis "arahan dan fatwa dalam teori sains patut diserahkan kepada imam dan pemerintah negara atau kepada mereka yang mempelajari teori-teori sainsmerekalah yang sepatutnya disuruh memburu ilmu tersebut dan membentuk sifat-sifat mereka daripada zaman kecil hingga mereka besar dan matang. Di dalam seni muzik, al-Farabi merupakan seorang pemuzik yang handal dan lagu hasil karya beliau meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya. Selain mempunyai kemampuan bermain alat muzik, beliau juga berjaya mencipta sejenis alat muzik yang dikenali sebagai gambus (Umar, 1983). Mahayudin (2004) pula menyatakan bahawa alFarabi adalah pencipta dan pengembang seni muzik daripada alat rabah dan qanun. Al-Farabi turut menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam yang diberi judul al-Musiqa. "Beliau mahir dalam muzik dan menyumbang karyanya serta mencipta beberapa alat muzik. Al-Farabi mampu membuat penontonnya tertawa atau menangis hanya dengan memainkan alat muziknya. Karangannga tentang muzik, 'Kitab al-Musiqa' amat terkenal. Menurut Mahayudin (2004), beliau juga terkenal menerusi karyanya yang diterjemahkan bertajuk Grand Book on Music, Styles in Music dan On The Classification of Rhythm. Buku-buku ini sebenarnya diterjemahkan daripada karya bahasa Arab dan menjadi rujukan penting di Eropah. Selain itu, beliau juga memberi sumbangan yang besar dalam penciptaan not-not muzik

38

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 Al-Farabi menulis banyak buku dalam pelbagai bidang termasuk sumbangan aslinya. 117 buah buku dikatakan berjaya bertahan. 43 di antaranya adalah mengenai mantik, 7 tentang sains politik dan kesusilaan, 11 menyentuh tentang metafizik dan 28 buah buku mengenai perubatan, sosiologi, muzik dan komentar. Buku beliau yang bertajuk 'Fusus al-Hikam' telah digunakan sebagai bahan teks falsafah buat beberapa abad di Eropah. Beliau banyak mempengaruhi bidang sains dan falsafah untuk beberapa abad lamanya.

2.4 KARYA AGUNG AL -FARABI Para penulis biografi asal Arab memberikan apresiasi tinggi atas berbagai karya AlFarabi. Nama lengkapnya dalam sumber-sumber Arab adalah Muhammad ibn Muhammad ibn Uzalagh Ibn Tarkhan, penduduk asli Farab di Transoxiana yang berasal dari Turki atau Turkoman. Penulis biografinya paling awal bernama Said Ibn Said Al-Andalusi (w. 1070) menitikberatkan kontribusi Al-Farabi dalam bidang logika. Setelah belajar logika kepada Yuhanna Ibn Haylan, ia segera melampaui semua Muslim di bidang tersebut. Dia
39

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 menjelaskan bagian-bagian samar dari (ilmu itu) dan berhasil mengungkapkan rahasia dalam buku-buku karyanya dengan ekspresi dan isyarat yang menarik perhatian. Karyanya yang berjudul The Enumeration of the Sciences(Ihsa al-Ulum) banyak dipuji ilmuwan sebagai risalah tak tertandingi dan risalah-risalah yang sama mengagumkan tentang Philosophy of Plato and Aristotle pada metafizika dan politik, Civil Polity (al-Siyasah al-Madaniyah) dan Virtuous Regime (al-Sirah al-Fadilah). Risalah Al-Farabi yang paling terkenal berjudul The Virtuous City (Al-Madinah alFadilah). Menurut Said, risalah ini mewujudkan prinsip-prinsip dasar filsafat Aristoteles, fondasi bagi enam prinsip spiritual, dan bagaimana cara substansi jasmaniah berasal dari enam prinsip spiritual tersebut sebuah referensi yang hampir mirip dengan skema emanasi dari Plotinus. Informasi ini dilengkapi sumber-sumber referensi ketika Al-Farabi datang ke Damaskus, di sana ia bekerja sebagai penjaga kebun. Tak lama di situ, ia pindah ke Baghdad mengabdikan diri untuk mempelajari bahasa Arab yang tidak diketahuinya, walaupun ia fasih bahasa Turki serta banyak bahasa lainnya. Di dalam karyanya yang berjudul On the Rise of Philosophy kita diberi tahu bahwa setibanya di Baghdad ia segera berkenalan dengan ahli logika terkemuka bernama Abu Bishr Matta (w. 911) dan ahli logika yang kurang dikenal bernama Yuhanna Ibn Haylan. Selain perjalanannya ke Mesir dan Ascalon, peristiwa yang paling berkesan dalam hidupnya adalah hubungannya dengan Saif Al-Daulah (w. 967) seorang penguasa Hamdani di Aleppo yang mencintai seni dan kaligrafi. Saif Al-Daulah menjungjung tinggi makna filosofis dari kebiasaan hemat dan sikap pertapa serta pada musik. Selain karya besar berjudul Musical Treatise (Kitab al-Musiqa al-Kabir), ditambah dengan karyanya mengenai Melody (fi al-Iqa) dan Transition to Melody(al-Nuqlah ila alIqa) dan karya-karya musik lainnya. Al-Farabi dilaporkan menjadi musisi terampil. Ia bermain begitu mengesankan di hadapan Saif Al-Daulah yang menyebabkan pendengarnya tergerak untuk mengalirkan air mata. Tetapi ketika ia berubah lagu, mereka tertawa dan akhirnya jatuh tertidur, sehingga ketika ia pergi mereka tidak menyadarinya. Setelah

40

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 kunjungannya ke Mesir pada tahun 949, ia kembali ke Damaskus sampai meninggal pada tahun 950. Di dalam karyanya yang hilang berjudul Rise of

Philosophy berisi informasi otobiografi tambahan. Setelah meninjau tahap filsafat Yunani melewati periode Klasik ke periode Alexandria, ia menjelaskan bagaimana pengajaran logika berpindah dari Alexandria ke Baghdad, di mana terdapat guru-guru terkenal seperti Ibrahim Al-Marwazi, Abu Bishr Matta dan Yuhanna Ibnu Haylan. Pengajaran logika telah dibatasi sampai dengan akhir suasana hati eksistensial karena dianggap banyak mengancam keimanan. Al-Farabi muncul sebagai orang pertama yang melanggar tradisi logika dan melanjutkan bagian pertama dari Organon untuk studi Analytica Posteriora (Kitab al-Burhan). Studi tentang logika Aristoteles sebenarnya telah dibahas dalam seminar-seminar Nestorian dan Jakobite di Suriah dan Irak mengenai empat bagian pertama dari logika itu; yaitu Isagoge dari Porphyry, Categories, Interpretation (Peri Hermeneias) dan Analytica Priora yang dikenal dalam sumber-sumber Arab sebagai Kitab al-Qiyas. Kesaksian penulis biografinya sendiri sangat konklusif dalam menyoroti peran AlFarabi sebagai ahli logika besar pertama yang melampaui ilmuwan Muslim pendahulunya dan sarjana Kristen sezamannya seperti Yuhanna Ibn Haylan dan Abu Bishr Matta sebagai gurunya sendiri dalam logika. Kesaksian ini diperoleh dari luasnya karya Al-Farabi dalam bidang logika. Karyanya mencakup serangkaian komentar besar (shuruh) pada Analytica Posteriora, Analytica Priora, Categories, Isagoge, Rhetoricadan On Interpretation (Syarh Kitab al-Ibarah) merupakan satu-satunya komentar yang masih bertahan. Harus ditambahkan pula karyanya dalam bentuk parafrase dari Analytica Posteriora, Analytica Priora, Topica,Isagoge, dan Sophistica, serta karyanya dalam Conditions of Certainty(Sharait al-Yaqin). Namun, tulisan paling asli mengenai logika terdiri dari serangkaian risalah analitis yang dimaksudkan sebagai pengantar untuk mempelajari logika dengan pengecualian pada Isagoge karya Porphyry dan pendahuluan pada Categories yang tidak selari dengan sejarah kuno atau abad pertengahan. Termasuk di dalamnya Introductory Treatise (Risalah fi
41

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 al-Tawtiah), Five Sections (al-Fusul al-Khamsah), Terms Used in Logic (al-Alfaz alMustamalah fi al-Mantiq) danBook of Letters (Kitab al-Huruf). Tulisan-tulisan Al-Farabi mengenai fizikal dan meteorologi di antaranya Physics (alSama al-Tabii) mreupakan kitab yang dikenal dalam bahasa Arab, risalah mengenai Changing Entities (Fi al-Mawjudat al-Mutaghayrah), Heavens and the World (alSama wa al-Alam), Meteorology(al-Athar al-Ulawiyah), serta risalah mengenai Perpetuity of Motion danEssence of the Soul (Fi Mahiyat al-Nafs). Adapula karya-karyanya dalam bidang kimia dan astrologi, risalah yang paling penting mengenai On Valid and Invalid Astrological Inferences (Fi ma Yasuh wa la Yasuh min Ilm Ahkam al-Nujum) yang mampu bertahan sampai sekarang. Ia juga menulis komentar yang dikenal dalam bahasa Arab sebagai alMajasti karya dari Ptolemeus berjudul Almagest. Karya-karya Al-Farabi mengenai metafizik dan metodologinya adalah Treatise on Metaphysics (Fi al-Ilm al-Ilahi), Harmony of the Opinions of Plato and Aristotle (Fi Ittifaq wa Ara Aflatun wa Aristutalis juga dikenal sebagai al-Jam Bain Rayai al-Hakimain), Name of Philosophy (Fi Ism al-Falsafah), Philosophy and its Genesis (Fi al-Falsafah wa sabab Zuburiha) dan puncak karyanya berjudul Enumeration of the Science (Ihsa al-Ulum). Dalam bidang etika dan politik, sosok Al-Farabi juga memiliki keunggulan. Sejumlah karya telah dihasilkan berdasarkan sumber-sumber kuno. Daftar karyanya ini dimulai dengan Opinions of the Inhabitants of the Virtuous City (Ara Ahl al-Madinah alFadilah), Civil Polity(al-Siyasah al-Madaniyah), Epitome of Platos Laws (Kitab alNawamis),Select Sections (Fusul Murtazaah min Aqawil al-Qudama), Attainment of Happiness (Tahsil al-Saadah) dan risalah pendek berjudul Admonitionto Seek the Path of Happiness (al-Tanbih ala Sabil al-Saadah). Karyanya yang hilang berupa komentar mengenai Opening Parts of Aristotles Ethics (Syarah Shadr Kitab al-Akhlaq li-Aristutalis). Akhirnya, Al-Farabi juga cemerlang dalam teori dan praktek musik. Karyanya yang paling terkenal dan sampai kepada kita dalam bidang ini berjudul Large Music (Kitab alMusiqa al-Kabir), ia juga menulis risalah pendek mengenai Melody (Fi al-Iqa), Transition to Melody (al-Nuqlah ila al-Iqa), dan A Short Discourse on Melody (Kalam fi al-Iqa Mukhtashar) yang tidak sudah tidak ada lagi.

42

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

2.5 INTERAKSI ANTARA TAMADUN Sikap ingin mewujudkan saling berinteraksi dengan tamadun- tamadun lain merupakan rangsangan kepada kehidupan bertamadun. Ini kerana sikap tolenteransi kepada sumbangan tamadun-tamadun yang lain menggambarkan sikap terbuka untuk menerima nilai-nilai yang
43

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 baik daripada tamadun-tamdun tersebut dan seterusnya membantu kepada kemunculan tamadun baru. Tamadun Islam umpamanya menerima sumber-sumber ilmu daripada Tamadun China, Tamadun India, Eropah dan sebagainya melalui interaksi antara tamadun tersebut melalui tokoh-tokoh. Keagungan empayar Islam satu ketika dahulu telah memberikan sumbangan yang amat besar di dalam pembentukan sejarah ketamadunan manusia. Di antara ciri-ciri keagungan yang telah dicapai oleh umat Islam pada zaman kegemilangan mereka ialah kemajuan yang tinggi dalam bidang ilmu pengetahuan. Kemajuan sains dalam sejarah kebangkitan ilmu dalam Islam telah melahirkan tokoh-tokoh ternama yang sangat ramai. Antaranya ialah al-Khawarizmi, al-Kindi, al-Farabi, al-Biruni dan sebagainya. Mereka ini beserta ramai lagi tokoh ilmu yang lain telah meninggalkan kesan yang besar dalam kemajuan ilmu pengetahuan bagi manusia sejagat. Sumbangan tokoh-tokoh Islam ini telah mewujudkan interaraksi antara tamadun Islam dan tamadun-tamadun lain di dunia. Berfokoskan pada tokoh Islam yang saya pilih iaitu Al Farabi, terdapat beberapa interaksi yang berlaku antaranya interaksi tamadun islam dengan tamadun eropah yang dibawa oleh al-Farabi. Sebelum tiba zaman Renaissance, Eropah dilanda zaman gelap (dark age). Maksud dark age ini ialah zaman masyarakat Eropah menghadapi kemunduran intelek dan kelembapan ilmu pengetahuan. Sementera masanya pula menurut Encyclopedia Americana ialah tempoh 1000 tahun, yang bermula antara zaman kejatuhan Kerajaan Roman dan berakhir dengan kebangkitan intelektual pada kurun ke-15 Masihi. "Gelap" juga bermaksud tiada prospek yang jelas bagi masyarakat Eropah. Situasi ini wujud kerana tindakan dan cengkaman kuat pihak berkuasa agama; Gereja Kristian yang sangat berpengaruh. Gereja serta para paderi mengongkong pemikiran masyarakat dan juga politik. Mereka berpendapat hanya gereja sahaja yang berkelayakan untuk menentukan kehidupan, pemikiran, politik dan ilmu pengetahuan. Akibatnya kaum cendekiawan yang terdiri daripada ahli-ahli sains berasa mereka ditekan dan dikontrol. Pemikiran mereka ditolak. Sesiapa yang mengeluarkan teori yang bertentangan dengan pandangan gereja akan ditangkap dan didera malah ada yang dibunuh.

44

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 Dalam politik, gereja sering bersaing dengan kuasa-kuasa kerajaan. Biasanya apa yang berlaku di Eropah pada abad pertengahan itu ialah kuasa gereja lebih kuat dan adakalanya terjadi semacam kerjasama, Thomas Aquinas(merujuk pada gambar) seorang ahli fikir zaman ini mengeluarkan teori "negara wajib tunduk kepada kehendak gereja". St Augustine (m 430) sebelumnya juga berpendirian demikian. Manakala Dante (1265-1321) berpendapat kedua-dua kuasa itu hendaklah masing-masing berdiri sendiri, dan mestilah bekerjasama untuk mewujudkan kebajikan bagi manusia (Joseph H Lynch, 1992, 172-174). Diringkaskan cerita sejarah, golongan cendekiawan sentiasa memberontak terhadap dan kongkongan gereja tersebut. Pada kurun kedua belas, gerakan intelek telah mula berjalan. Cerdik pandai Eropah mula bersikap lebih berminat untuk tahu dan lebih ghairah terhadap kebudayaan bangsa Timur yang telah lama maju. Dan Timur yang dimaksudkan itu ialah Timur Tengah. Beberapa kota besar di Timur Tengah telah menjadi kata ilmu pengetahuan seperti Iskandariah, Harran, Antiok dan Baghdad. Diskusi akademik yang melibatkan tajuk besar seperti metafizik, perubatan, astronomi, etik, politik, fizik dan seumpamanya dibahas secara terbuka dan ilmiah. Ini bermakna sewaktu dunia Islam sudah menikmati kemajuan dan tamadun yang tinggi, Eropah masih diselimuti kegelapan dan kemunduran! Dunia telah diperlihatkan tentang betapa hebatnya perkembangan intelektual dan ilmu pengetahuan di dunia Islam antara kurun ke-9 hingga ke-12. Sewaktu pemerintahan khalifah-khalifah Abbasiyah yang mashyur; al-Mansur (75475), Harun al-Rashid (786-809) dan al-Makmun (813-833) wilayah-wilayah Islam khasnya di Baghdad telah disuburkan dengan kemunculan ahli-ahli fikir besar seperti al-Farabi, yang menjadi pemikir-pemikir dalam bidang-bidang falsafah, metafizik, fizik, matematik, etik, politik, psikologi, perubatan, geografi, astronomi, kimia, optik, dan muzik. Sebuah institusi bernama Baitul-Hikmat telah secara langsung membantu operasi ilmiah ini dengan jayanya. Ini menunjukkan interaksi antara tamadun Islam yang melahirkan tokoh Al Farabi telah menyelamatkan Eropah dari zaman kegelapannya.

Dalam bidang falsafah dan pemikiran, daripada pengaruh Islam, orang Eropah dapat membebaskan pemikiran mereka yang selama ini dibelenggu oleh pelbagai doktrin Kristian
45

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 terutama sekali hubungan manusia dengan alam. Manusia tidak lagi dipandang sebagai makhluk yang pasif lantaran dosa warisan. Demikian juga sikap mereka terhadap kehidupan di dunia, bukan lagi sesuatu yang dibenci lantaran ia merosakkan, tetapi sesuatu yang mesti diisi dengan aktiviti kehidupan yang bermakna. Perubahan sikap ini akhirnya melahirkan satu gerakan intelektual yang dikenali sebagai faham humanisme pada abad ke-13M. Tokohtokoh falsafah Islam yang dicontohi oleh orang Eropah antaranya ialah al-Farabi, yang mengungkapkan bahawa manusia boleh mengenal Tuhan tanpa wahyu dan guru telah mempengaruhi pemikiran orang Eropah. Karya ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Roger Bacon dan diterbitkan bersama-sama teks Arab di Oxford pada tahun 1671. Seterusnya karya tersebut diterjemahkan ke bahasa-bahasa Eropah yang lain. Bukan setakat menterjemah, malahan orang Eropah juga menghayatinya melalui penciptaan kisah-kisah berdasarkan idea yang dikemukakan dalam buku tersebut. Antara kisah tersebut ialah Robinson Crusoe yang dihasilkan pada abad ke 18M. Maka secara tidak langsung Al Farabi telah mengubah pemikiran orang Eropah pada masa ini menjadi makhluk yang tidak lagi mundur, interaksi tokoh Al Farabi telah membawa kebaikan pada masyarakat Eropah serta mengembangkan dan meninggikan Tamadun Islam di mata dunia. Ringkasnya, dalan interaksi ini banyak aspek keintelektualan Islam telah ditiru oleh bangsa Eropah sehingga melahirkan satu perubahan besar dalam sejarah tamadun di Eropah. Namun begitu, nilai-nilai murni yang terkandung dalam tamadun Islam yang dibawa oleh Al Farabi pada masa itu tidak dimanfaatkan oleh masyarakat Barat bagi mengukuhkan lagi tamadun mereka, malah mereka menggantikannya dengan nilai-nilai kebendaan sematamata. Justeru, lahirlah era penjajahan bagi mengejar harta kekayaan tanpa batas dan sempadan.

46

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 KESIMPULAN Al-Farabi merupakan model cendekiawan Islam yang pakar segenap bidang. Beliau menguasai banyak bahasa. Selain bahasa Arab, Turki, dan Parsi, dikatakan bahawa beliau mengetahui loghat-loghat Asia Tenggara dan bahasa tempatan termasuk bahasa Syria dan Greek. Penulisan Al-Farabi mencakupi setiap bidang ilmu. Idea beliau juga mempengaruhi daripada segi keintelektualan ke atas dunia Islam di Timur dan juga duniaLatin di Barat. Beliau pernah menghuraikan secara terperinci pandangan tokoh falsafahAristotle dalam bidang Fizik Meteorologi dan Logik. Berdasarkan pemikiran intelektualitu, beliau diberi gelaran utama al-Muallim al-Thani (guru yang kedua). Beliau digambarkan dengan seadil-adilnya sebagai tokoh yang kuat pegangan agamanya. Beliau seorang Muslim sejati yang hidup dan berfikir dalam sinaran ajaran Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah. Al-Farabi membentuk gagasan idea sebagai tindak balas intelektual kepada pemikiran Greek. Pengislaman sains dan falsafah Greek yang diusahakannya perlu mendapat perhatian yang wajar daripada kalangan sarjana Muslim hari ini.

47

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

3.0 REFLEKSI. Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah kerna dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menyiapkan Kerja Kursus TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA(TITAS) pada kali ini dengan jayanya. Pertama kali mendapat tugasan ini, saya sebenarnya tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Namun, selepas mendapat penerangan dan taklimat daripada pensyarah iaitu UST MUSTAFFA B MAT DAUD dan semua pensyarah pembimbing yang lain barulah saya faham apa sebenarnya kehendak tugasan. Bagi saya tugasan TITAS ini merupakan tugasan yang menarik untuk saya terokai dan selesaikan, sepertimana yang diarahkan saya dikehendaki memilih seorang tokoh untuk dikaji dan saya memilih Tokoh Islam iaitu Al Farabi. Saya pasti tidak ramai yang mengetahui kehebatan beliau selaku tokoh terulung, ini kerana pada mulanya saya juga tidak mengenali beliau. Pada mulanya saya ingin memilih tokoh Ibn Khaldun kerna beliau merupakan tokoh tersohor sejak saya di bangku sekolah, di dalam buku teks sejarah juga banyak menyebut pasal ketokohan Ibn Khaldun, namun sewaktu pencarian bahan saya terbaca satu buku yang menulis Al Farabi Aristotle kedua, lantas menarik perhatian saya untuk mengenali beliau dengan lebih mendalam. Hasil dari kajian saya beliau bukan Aristotle kedua malah lebih hebat dari itu, sifatnya yang zuhud dan merendah diri membuatkan saya semakin mengaguminya. Al-Farabi merupakan model cendekiawan Islam yang pakar segenap bidang. Beliau menguasai banyak bahasa. Selain bahasa Arab, Turki, dan Parsi, dikatakan bahawa beliau mengetahui loghatloghat Asia Tenggara dan bahasa tempatan termasuk bahasa Syria dan Greek. Bagi saya sebagai pelajar pada masa kini kita patut mencontohi dan mengagumi beliau diatas kemampuannya menguasai pelbagai bahasa. Banyak sifat dan kecemerlangannya yang boleh dicontohi oleh kita semua, tugasan ini membuatkan saya semakin tertarik untuk mengkaji tokoh-tokoh lain dalam Tamadun

48

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 Islam kerna saya yakin bahawa tokoh-tokoh Islam lebih hebat dibandingkan dengan tokoh Barat. Berbicara tentang cabaran dalam menyiapkan tugasan ini, saya menghadapi kesulitan apabila ingin mengaitkan tokoh Al Farabi dengan pembangunan tamadun, ini memerlukan saya mengkaji secara keseluruhannya tentang tokoh ini dan menghubungjalinkan interaksi yang berlaku. Namun apa yang saya perolehi ialah Al Farabi banyak menimbulkan interaksi dalam tamadun Eropah kerna beliau amat mahir dalam bidang falsafah dan menyedarkan masyarakat Eropah pada masa tersebut sehingga membolehkan masyarakat Eropah bangkit dan membina tamadun yang hebat pada masa itu. Walaubagaimanapun saya sangat berpuas hati dengan tugasan ini, saya mengharapkan pihak ustaz juga dapat menilai tugasan ini dengan baik dan berpuas hati dengan tugasan ini. Oleh itu, saya ingin menyusun sepuluh jari jika terdapat salah dan silap dari segi tutur kata yang kurang menyenangkan pihak-pihak tertentu. Diharapkan hasil kerja saya ini dapat membantu dalam memenuhi kehendak kursus program saya di institusi ini.

49

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

4.0 RUJUKAN Azhar Hj.Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arbaiyah Mohd Noor & Salina Hj. Zainol. (2000).Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS 1). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. II Azhar Hj.Mad Aros2004.. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS 2). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Chandra Muzaffar, Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi, Hashim Hj. Musa, Mohd Zuhdi Marsuki. 2001. Pengenalan Ilmu Ketamadunan.Dlm. Tamadun Islam dan Tamadun Asia, hlm. 3-17. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Ibn Khaldun, 1995. Mukadimah (Terjemahan DBP), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sulayman Fayyad, (2003) Siri Tokoh Cendikiawan Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. http://djlovehistory.blogspot.com/2008/05/bab-1tingkatan-4definisi-\tamadun.html

50

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011 http://impreschoolteacha.blogspot.com/2008/12/pengertian-tamadun.html http://titashaba.blogspot.com/2008/11/definisitamadun.html http://aliasppd.tripod.com/sarjanabaratdanislam.htm http://saku30.tripod.com/BAB1SEJ4.htm http://belajarsejarah.blogspot.com/2008/08/apakah-konsep-tamadun.html http://www.slideshare.net/wanbk/52ciri-ciri-tamadunislam

51

You might also like